Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

1.

PENGENALAN
Tajuk
Lokasi
Tarikh
Masa
Aktiviti

: Lawatan 1
: Parit Bengkok
: 24 November 2014 (Isnin)
: 9.00 Pagi
: Pembinaan kotak bentuk, memotong dan membengkok tetulang keluli

Projek pembinaan ini merupakan pembinaan rumah 3 tingkat. Projek ini dibina
sendiri oleh tuan rumah dengan bantuan 2 orang pekerja yang diupah. Pada masa ini,
projek pembinaan telah siap 60% di mana progress kerja d tingkat 3 sedang dilakukan.
Progress kerja buat masa ini lebih tertumpu pada pembinaan kotak bentuk dan
pembentukan tetulang.

2.0

TEORI

2.1

KOTAK BENTUK
Kotak bentuk merupakan satu struktur sementara yang dibina untuk menampung
konkrit basah bagi membentuknya kepada bentuk-bentuk dan saiz (dimensi) yang
diperlukan dan menyokongnya sehingga ia boleh berdiri dengan sendiri (mengeras).

Kotak bentuk terdiri daripada bahan (papan)yang bersentuhan dengan konkrit dan
bahan penggalas yang menyokong atau menupang bahan permukaan tersebut. Kotak
bentuk bertujuan untuk:
i.
Menampung konkrit basah yang baru dituang bagi membentuknya ke bentuk
ii.
iii.

dan saiz yang dikehendaki.


Menanggung konkrit semasa kerja-kerja pemadatan (compaction)
Menahan konkrit sehingga konkrit tersebut memperoleh kekuatan yang
mencukupi untuk berdikari (self-supporting).

2.2

TETULANG
Tetulang ialah sejenis besi yang berbentuk bulat dan panjang yang digunakan sebagai
tetulang pada konkrit. Tetulang juga adalah suatu bahan yang penting kepada
bangunan kerana ia sebagai rangka yang akan menguatkan bangunan tersebut. Jenisjenis Keluli Bar ADALAH SEPERTI BERIKUT:
i.
Mild Steel Bar / Plain Round Bar (Keluli bar lembut)
Bentuknya bulat dan licin bersimbolkan huruf R. Jenis ini mempunyai saiz dan
ii.

simbol yang tetap (non-standard) bersimbolkan huruf M,MS MR


High Yield bar / High tensile bar / Deformed Bar (Keluli Bar Keras/Bunga)
Kod BS 4449 Bentuknya bulat, bulat empat segi bersimbolkan Y. Jenis ini juga
mempunyai saiz dan simbol yang tidak tetap (non-standard) bersimbolkan
huruf-huruf dan tanda berikut; H, HY, HT. Bentuk empat segi dikenali dengan
(Square Twisted). Kedua-dua bar ini dicacatkan (bergerutu/Bunga) bagi

iii.

menyediakan lekatan yang lebih baik dan pegangan yang kemas.


Welded Steel Fabric Reinforcement (British Reinforcement Concrete / British
Rol Coil (BRC)
Bentuk berjejaring empat segi tepat atau empat segi bujur dalam kepingan. Ia
juga disediakan dalam bentuk bergulung kepingan. BRC ini dibuat daripada
keluli yang berukuran garis pusat 2.5mm hingga 120mm. Panjang kepingan
tersebut ialah 4.8 m dan lebarnya 2.4 m. BRC ini dibuat daripada keluli yang
sama ukuran garis pusat berlainan ukuran garis pusat. BRC juga terdapat jenis
yang berbunga/keras ( bersaiz dan simbol A 8, A10 dan lain-lain).

3.0

PERALATAN

3.1

Pembinaan Kotak Bentuk


i.
Pita Pengukur

ii.
iii.
iv.

Papan lapis
Kayu saiz 2 x 1
Tukul

v.

vi.

Paku

Gergaji

vii.
viii.

3.2

Memotong dan Membengkok Tetulang Keluli


i.
Tempat membengkok tetulang keluli manual

Kepala Staging
Penimbang Air

ii.

Pahat

iii.
iv.

Tukul besi
Pita Pengukur

4.0

Langkah Kerja

4.1

Pembinaan Kotak Bentuk

a.

Pembinaan Kotak Bentuk Bagi Rasuk Bumbung


i.
Sebelum pemasangannya, tetulang bagi rasuk bumbung yang di sokong oleh
tiang akan diletakkan terlebih dahulu. Tetulang diikat menggunakan dawai
halus dan dikemaskan dengan playar. Kerja-kerja memaku kayu pelapik saiz 2
x 4 juga dilakukan bagi menyokong kotak bentuk. Ini penting kerana ia akan
ii.

menggelakkan daripada kotak bentuk daripada terbuka dan jatuh


Di bahagian bawah yang menyokong papan ini diletakkan kepala perancah
bagi mengukuhkan perancah yang menyokong secara keseluruhannya. Ia

iii.

diperbuat daripada besi keluli dan berat. Ia dikemaskan dengan bolt dan nat.
Pembinaan kotak bentuk bagi rasuk bumbung adalah agak berbeza dengan
pembinaan rasuk tanah kerana perancah seperti kayu atau staging digunakan
untuk menyokong kedudukan kotak bentuk semasa kerja-kerja pembinaan

iv.

rasuk bumbung dijalankan.


Pekerja-pekerja akan menjalankan kerja-kerja di atas perancah dengan
membina pampan bawah atau toto terlebih dahulu dan seterusnya memasang
sisi kotak bentuk bagi rasuk bumbung.

4.2

Memotong dan Membengkok Tetulang Keluli


i.
Kerja merancang tanda pada tetulang keluli dilakukan terlebih dahulu
ii.
Keluli yang telah selesai diukur dan di tanda di letakkan di tempat
iii.

pembengkok tetulang keluli (Manual)


Sebelum kerja-kerja pembengkokan besi dijalankan. Tetulang keluli mestilah:
a. Keluli mestilah bersih dari minyak dan gris serta bebas dari habuk.

b. Keluli mestilah dipotong dan di bengkok mengikut kehendak Jadual


Bentuk yang disediakan
c. Pemotongan dan bengkokkan hendaklah mematuhi piawaian yang telah
iv.

ditetapkan
Kerja-kerja pembengkokan besi dijalankan dengan menggunakan bantuan
spanner untuk menolak tetulang keluli

v.

Kerjakerja

pemotongan tetulang keluli dilakukan dengan menggunakan pahat dan tukul


besi.

5.0

PERBINCANGAN

i.

Penggunaan alatan mesin kurang diaplikasikan di tapak bina. Untuk projek


pembinaan bagi kawasan ini majoriti menggunakan alatan manual kecuali
alatan membancuh simen. Hal ini disebabkan projek yang dilaksanakan Cuma
berskala kecil. Penggunaan alatan manual untuk projek yang kecil adalah
relevan cuma memerlukan masa yang agak lama untuk melakukan sesuatu
kerja.

6.0

KESIMPULAN
Kerja pemasangan kotak bentuk, memotong dan membengkok kotak bentuk
merupakan antara kerja pembinaan yang sangat penting. Kotak bentuk berperanan
penting bagi memastikan konkrit dapat dibentuk mengikut bentuk yang dikehendaki
dan tetulang berperanan penting bagi memastikan kekuatan sesuatu bangunan itu
kukuh. Oleh sebab itu, kerja-kerja pembinaan harus dilakukan dengan teliti agar
kekuatan sesuatu struktur dapat dijamin selamat.

You might also like