Karangan Cemerlang 3

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 44

KEPENTINGAN SEMANGAT KEJIRANAN KEPADA MASYARAKAT

Nusa tercinta kita Malaysia merupakan negara yang mempunyai anak watan berbilang kaum
dan hidup secara bersama sehati sejiwa ibarat peribahasa seikat bak sirih, serumpun bak
serai. Sehubungan dengan itu, kebanyakan anggota masyarakat hidup berjiran di kawasan
bandar ataupun di kawasan luar bandar dan mereka saling berhubung, bertemu dan berurusan
antara satu sama lain. Namun terdapat lakaran suram yang menyelubungi kita bahawa ada
pandangan yang menyatakan bahawa semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat
Malaysia pada masa ini dikatakan semakin terhakis ibarat hidup segan mati tak mahu.
Banyak kempen dan usaha telah dijalankan oleh pelbagai pihak untuk merapatkan kembali
hubungan dalam kalangan jiran kerana semangat kejiranan begitu penting dalam kehidupan
bermasyarakat.
41
Sebenarnya semangat kejiranan dapat memupuk kerjasama dalam kalangan anggota
masyarakat di sesuatu tempat . Kerjasama ini boleh dipupuk melalui penglibatan anggota
masyarakat dalam pelbagai aktiviti yang diadakan di kawasan tempat mereka tinggal. Aktiviti
kemasyarakatan seperti gotong-royong, majlis sambutan perayaan atau perjumpaan bulanan
komuniti dapat mempertemukan semua jiran, saling berkenalan dan merapatkan hubungan .
Mereka akan lebih mesra, saling membantu bagai aur dengan tebing tanpa membezakan
warna kulit, bangsa atau kepercayaan. Hal ini menunjukkan bahawa semangat kejiranan yang
dipupuk dapat membentuk kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat seterusnya
membentuk ukhuwah yang kukuh dan ampuh.
Selain itu semangat kejiranan juga penting kerana dapat membentuk semangat kekitaan
dan melahirkan masyarakat yang bersatu padu. Mengimbas kembali Peristiwa 13 Mei
1969 menunjukkan bahawa jika masyarakat tidak bersatu padu dan berpecah-belah, negara
akan musnah dan kehidupan anggota masyarakat tidak akan selesa dan aman. Tuntasnya,
semangat kejiranan membolehkan semua anggota masyarakat memahami antara satu sama
lain. Masyarakat yang berbilang kaum ini boleh mempelajari perbezaan budaya dan sistem
sosial masyarakat lain seterusnya memahami sensitiviti mereka agar dapat bertoleransi,
bekerjasama dan saling menghormati. Tegasnya semangat kejiranan penting dalam
membentuk masyarakat yang bersatu padu dan seterusnya dapat memacu pembangunan
negara ke arah kegemilangan.
Di samping itu, semangat kejiranan juga penting kepada negara kerana memudahkan
kerajaan melaksanakan pelbagai program pembangunan dan membawa kemajuan
kepada rakyat. Slogan Negara Maju Rakyat Sihat menunjukkan apabila rakyat hidup
dalam keadaan sihat sejahtera maka pelbagai rancangan pembangunan dapat diatur, dirancang
dan dilaksanakan secara lancar tanpa sebarang kekangan. Jika masyarakat dapat hidup
bersama dalam suasana yang aman dan harmoni maka segala kemajuan yang disediakan oleh
kerajaan di seluruh pelosok tanah air akan dapat dinikmati bersama-sama secara adil dan
saksama. Sebagai contohnya, kerajaan telah berupaya membina pelbagai kemudahan dan
infrastrukutr di kawasan taman-taman perumahan seperti dewan orang ramai, balai raya,
taman permainan kanak-kanak mahupun pusat komuniti atas inisiatif, semangat kejiranan dan

perpaduan yang ditunjukkan oleh anggota masyarakat di sesetengah kawasan tempat tinggal.
Jelaslah semangat kejiranan penting bagi membantu anggota masyarakat dalam suatu
kawasan kejiranan menikmati pelbagai kemudahan awam yang disediakan oleh pihak
kerajaan.
Negara yang cemerlang lahir daripada rakyatnya yang berhemah tinggi dan hidup bersatu
padu seia sekata . Jika masyarakat dapat berganding bahu dan saling mengekalkan kehidupan
yang harmoni maka negara akan melakar kejayaan gemilang. Semangat kejiranan merupakan
salah satu elemen penting dan vital yang membantu melahirkan anggota masyarakat
yang harmoni, mempunyai jati diri dan semangat cinta akan negara . Melalui hubungan
kejiranan, pelbagai aktiviti berbentuk pemupukan nilai-nilai patriotisme dapat
diimplimentasikan. Sebagai contoh, mengibarkan jalur gemilang, mengadakan pameran
sempena ulang tahun kemerdekaan negara ataupun menyertai perarakan dalam sesebuah
pesta. Datuk Azhar Bin Mansor merupakan contoh paling jelas, dan atas sokongan rakyat
Malaysia membolehkan beliau melakukan pelayaran solo mengelilingi dunia sambil
mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh kejayaan. Hal Ini jelas menunjukkan
keharmonian kehidupan rakyat Malaysia membolehkan mereka melakukan sesuatu hal dan
perkara yang amat hebat bagi melonjakkan Malaysia di persada antarabangsa.
43
Semangat kejiranan yang wujud dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum
juga penting sebagai produk pelancongan. Sesungguhnya, kedatangan pelancong asing ke
negara ini banyak disebabkan kehidupan masyarakat Malaysia yang unik, mempunyai
pelbagai seni budaya yang menarik dan hidup secara harmoni dalam komuniti kejiranan.
Sesungguhnya, perpaduan masyarakat banyak membantu menarik kehadiran pelancong
terutamanya ketika musim perayaan besar. Sebagai contohnya pada sambutan Hari
Kemerdekaan, Majlis Rumah Terbuka dan sambutan pesta-pesta tertentu menampilkan
perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara kita yang amat disukai oleh para pelancong
asing tersebut . Selain di kawasan bandar, produk pelancongan seperti Program Homestay
atau Inap Desa di kawasan luar bandar juga dapat menunjukkan semangat hidup berjiran
dalam kalangan masyarakatnya . Maka sememangnya semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat Malaysia sangat berfaedah dan membawa pulangan ekonomi yang begitu
memberangsangkan kepada negara.
Intihanya, semangat kejiranan merupakan sebahagian daripada amalan dan menjadi budaya
masyarakat di Malaysia yang menjadikan negara kita unik pada pandangan masyarakat di
luar sana malah dikenali di seluruh dunia. Tuntasnya, Semangat kejiranan bukan sahaja
penting dalam mengekalkan suasana harmoni dalam kalangan rakyat di negara kita malah
sumbangannya cukup besar terutamanya bagi memastikan Malaysia terus cemerlang dan
mampu berdaya saing pada masa akan datang kerana rakyatnya yang bersahsiah terpuji bagi
melahirkan modal insan berminda kelas pertama yang dapat memacu negara tercinta ke arah
kegemilangan di puncak jagat.
TAJUK 1 : KEPENTINGAN HIDUP BERJIRAN
RANGKA ISI:

mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan penduduk.

mewujudkan kehidupan yang lebih harmoni, aman damai dan sejahtera.

mewujudkan persekitaran yang lebih selamat.

menjamin keselamatan kawasan kejiranan.

memupuk semangat bekerjasama dan tolong-menolong.

membantu meningkatkan perkembangan ekonomi masyarakat dan negara.

membantu menjayakan projek masyarakat setempat.

mengelakkan berlakunya kes-kes jenayah seperti pecah rumah, kecurian dan lain-lain.

menghapuskan perasaan hasad dengki, fitnah-memfitnah dan berburuk sangka antara


jiran.

menjana perkembangan dan kemajuan sesebuah kawasan kejiranan.

membantu mengatasi masalah kemiskinan, pengangguran, buta huruf dalam kawasan


kejiranan.

memberikan gambaran yang positif kepada masyarakat sekeliling, pelancong dan lainlain.

Nusa tercinta kita Malaysia merupakan negara yang mempunyai anak watan berbilang
kaum dan hidup secara bersama sehati sejiwa ibarat peribahasa seikat bak sirih, serumpun
bak serai. Sehubungan dengan itu, kebanyakan anggota masyarakat yang hidup berjiran di
kawasan bandar ataupun di kawasan luar bandar dan mereka saling berhubung, bertemu dan
berurusan antara satu sama lain. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, jiran boleh
ditakrifkan sebagai orang yang tinggal berhampiran dengan rumah seseorang. Namun begitu,
terdapat lakaran suram yang menyelubungi kita bahawa ada pandangan yang menyatakan
bahawa amalan kehidupan berjiran dalam kalangan masyarakat Malaysia pada masa ini
dikatakan semakin sirna ibarat hidup segan mati tak mahu. Sebahagian rakyat yang hidup
dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini lebih cenderung kepada sifat
nafsi ataupun individualistik dan bersilengah. Mereka ini tidak menyedari akan kepentingan
hidup berjiran terutamanya dalam kehidupan hari ini yang berwarna-warni. Persoalan yang
sering berlegar-legar di gawang minda kita ialah apakah kepentingan hidup berjiran kepada
individu, masyarakat dan negara?
Salah satu signifikan hidup berjiran ialah semangat kerjasama dalam kalangan
anggota masyarakat di sesuatu tempat dapat dipupuk. Semangat kerjasama amat penting
dalam kehidupan berkomuniti untuk mewujudkan kehidupan yang harmoni dengan tolongmenolong antara satu sama lain. Tanpa kerjasama antara satu sama lain sudah pasti sesuatu
kerja yang sukar tidak dapat diselesaikan dengan mudah. Kerjasama ini mampu dipupuk
menerusi penglibatan anggota masyarakat secara holistik dalam menjayakan aktiviti yang
dilaksanakan di kawasan perumahan mereka. Kerjasama ini boleh dipupuk melalui
penglibatan anggota masyarakat dalam pelbagai aktiviti yang diadakan di kawasan tempat
mereka tinggal. Aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, majlis sambutan perayaan

atau perjumpaan bulanan komuniti dapat mempertemukan semua jiran, saling berkenalan dan
merapatkan hubungan. Mereka akan lebih mesra, saling membantu bagai aur dengan tebing
tanpa membezakan warna kulit, bangsa atau kepercayaan. Menurut laporan majalah The
Times di Australia, kegiatan gotong -royong yang diamalkan di Malaysia merupakan antara
yang terbaik di dunia. Impaknya, dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti berfaedah seperti ini
akan membawa anjakan paradigma bukan sahaja kepada kawasan perumahan malah kepada
kesihatan anggota masyarakat itu sekali. Hal ini kerana dengan mengadakan aktiviti gotongroyong kawasan perumahan bukan sahaja akan kelihatan kemas bahkan juga membawa
kebaikan kepada kesihatan masyarakat itu sendiri. Tegasnya, sikap kerjasama dapat dipupuk
melalui kehidupan berjiran dan seterusnya dapat membentuk ukhuwah yang kukuh dan
ampuh.
Selain itu, hidup berjiran juga penting kerana dapat membentuk semangat kekitaan
dan melahirkan masyarakat yang bersatu padu. Hal ini kerana apabila setiap rakyat hidup
berjiran maka secara tidak langsung dapatlah menyahut proklamasi Perdana Menteri
Malaysia , Dato Seri Najib Tun Razak iaitu 1Malaysia yang menekankan semangat
perpaduan antara kaum di Malaysia. Sinergi dan usahasama sebeginilah sewajarnya dijadikan
panduan dan diaplikasikan dalam institusi masyarakat bagi mencetuskan semangat kejiranan
yang utuh persis peribahasa Melayu, ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua.
Contoh pendekatan yang boleh diambil untuk memupuk semangat perpaduan dan bersatu
padu dalam kalangan rakyat adalah dengan mengadakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan
semua kaum dalam pada masa yang sama seperti mengadakan Rumah Terbuka Kebangsaan
bagi setiap perayaan yang terdapat di Malaysia. Melalui pengimplimentasian program ini,
semangat kejiranan dapat dijalinkan dalam masyarakat yang berbilang kaum ini agar boleh
meluaskan horizon pemikiran dek kerana berpeluang mempelajari perbezaan budaya dan
sistem sosial masyarakat lain seterusnya memahami sensitiviti mereka agar dapat diterapkan
dengan nilai saling menghormati, bertolenrasi dan saling menyayangi antara satu sama lain.
Secara tidak langsung, tragedi 13 Mei 1969 yang merupakan sejarah hitam negara di mana
berlaku perbalahan antara kaum di Malaysia sehingga mengakibatkan rakyat huru-hara dan
negara kucar-kacir hanya akan berada dalam kotak memori sahaja, dan bukan untuk diulangi
lagi kelak. Ringkasnya, hidup berjiran mampu membentuk masyarakat berbilang kaum yang
stabil dari segi spiritual serta fizikal dan seterusnya dapat memacu pembangunan negara ke
arah kegemilangan.
Di samping itu, hidup berjiran juga penting kepada negara kerana dapat memudahkan
kerajaan melaksanakan pelbagai program pembangunan dan membawa kemajuan kepada
rakyat. Slogan Negara Maju Rakyat Sihat menunjukkan apabila rakyat hidup dalam
keadaan sihat sejahtera maka pelbagai rancangan pembangunan dapat diatur, dirancang dan
dilaksanakan secara lancar tanpa sebarang kekangan. Jika masyarakat dapat hidup bersama
dalam suasana yang aman dan harmoni maka segala kemajuan yang disediakan oleh kerajaan
di seluruh pelosok tanah air akan dapat dinikmati bersama-sama secara adil dan saksama.
Sebagai contohnya, kerajaan telah berupaya membina pelbagai kemudahan dan infrastruktur
di kawasan taman-taman perumahan seperti dewan orang ramai, balai raya, taman permainan
kanak-kanak mahupun pusat komuniti atas inisiatif kehidupan berjiran dan perpaduan yang
ditunjukkan oleh anggota masyarakat di sesetengah kawasan tempat tinggal. Kesannya,
bukan sahaja masyarakat akan menikmati pelbagai keselesaan yang disediakan bahkan juga
masyarakat akan pembangunan modal insan yang seimbang dapat dicapai. Situasi ini dapat
dikatakan sambil menyelam minum air. Jelaslah bahawa kehiduppan berjiran penting bagi
membantu anggota masyarakat dalam suatu kawasan kejiranan menikmati pelbagai
kemudahan awam yang disediakan oleh pihak kerajaan sekali gus membantu kerajaan
melaksanakan pembagai program rakyat.

Kehidupan berjiran juga merupakan salah satu elemen penting dan vital yang
membantu melahirkan anggota masyarakat yang harmoni, mempunyai jati diri dan semangat
cinta akan negara. Negara yang cemerlang lahir daripada rakyatnya yang berhemah tinggi
dan hidup bersatu padu seia sekata. Jika masyarakat dapat berganding bahu dan saling
mengekalkan kehidupan yang harmoni maka negara akan melakar kejayaan yang gemilang.
Melalui hubungan kejiranan, pelbagai aktiviti berbentuk pemupukan nilai-nilai patriotisme
dapat diimplimentasikan seperti mengibarkan jalur gemilang, mengadakan pameran sempena
ulang tahun kemerdekaan negara ataupun menyertai perarakan dalam sesebuah pesta. Datuk
Azhar Bin Mansor merupakan contoh paling jelas, dan atas sokongan rakyat Malaysia
membolehkan beliau melakukan pelayaran solo mengelilingi dunia sambil mengibarkan Jalur
Gemilang dengan penuh kejayaan. Hal Ini jelas menunjukkan keharmonian kehidupan rakyat
Malaysia membolehkan mereka melakukan sesuatu hal dan perkara yang amat hebat bagi
melonjakkan Malaysia di persada antarabangsa. Ringkasnya, anggota masyarakat yang
harmoni, mempunyai jati diri dan semangat cinta akan negara dapat dilahirkan melalui
kehidupan berjiran.
Dari sudut yang berbeza, hidup berjiran yang wujud dalam kalangan masyarakat
Malaysia yang berbilang kaum juga penting sebagai produk pelancongan. Sesungguhnya,
kedatangan pelancong asing ke negara ini banyak disebabkan kehidupan masyarakat
Malaysia yang unik, mempunyai pelbagai seni budaya yang menarik dan hidup secara
harmoni dalam komuniti kejiranan. Sesungguhnya, perpaduan masyarakat banyak membantu
menarik kehadiran pelancong terutamanya ketika musim perayaan besar dan mampu memikat
hati barisan pemimpin dunia untuk mempelajari formula Malaysia dalam mengekalkan
perpaduan antara rakyat seperti yang diutarakan Mantan Timbalan Perdana Menteri Britain,
John Presscott suatu ketika dahulu. Sebagai contohnya, pada sambutan Hari Kemerdekaan,
Majlis Rumah Terbuka dan sambutan pesta-pesta tertentu menampilkan perpaduan
masyarakat berbilang kaum di negara kita yang amat disukai oleh para pelancong asing
tersebut . Selain di kawasan bandar, produk pelancongan seperti Program Homestay atau
Inap Desa di kawasan luar bandar juga dapat menunjukkan kemaslahatan hidup berjiran
dalam kalangan masyarakatnya. Secara implisitnya, ekonomi negara yang
memberangsangkan akan dapat dicapai oleh Malaysia. Pendek kata, kehidupan berjiran
dalam kalangan masyarakat Malaysia sangat berfaedah dalam industri pelancongan negara.
Kalau ditelusuri dari sudut yang lain, hidup berjiran dalam kalangan masyarakat akan
membawa impak positif kepada masyarakat konvensional itu sendiri iaitu kesedaran hidup
berjiran mampu membawa kepada jaminan keselamatan penduduk setempat. Hal ini kerana
dengan wujudnya Rukun Tetangga yang terdiri daripada ahli-ahli masyarakat di kawasan
kejiranan itu sendiri, mereka akan menjalankan rondaan pada waktu malam secara
berkumpulan bagi memastikan kawasan perumahan mereka berada dalam keadaan selamat
sejahtera. Program ini juga mampu membantu pihak polis dalam usaha untuk mengurangkan
kegiatan jenayah yang biasa berlaku di kawasan perumahan seperti pecah masuk rumah. Jika
perkara ini tidak ditegah secara serius, dikhuatiri akan membawa kepada banyak implikasi
seperti harta benda dirompak dan yang paling memilukan jika membawa maut kepada ahli
rumah yang menjadi mangsa keadaan dalam kegiatan kebejatan moral ini. Maka, apabila
terlaksananya program sebegini yang melibatkan semua pihak, purata kes jenayah dalam
negara akan berkurangan dari semasa ke semasa. Secara tidak langsung, nama Malaysia juga
harum di segenap seantero mayapada dek kerana Malaysia merupakan antara negara paling
selamat untuk didiami di dunia hasil daripada kajian yang dilakukan oleh The World Justice
Project yang bertempat di New York, Amerika Syarikat. Hal ini sama dengan cogan kata
jiran sepakat membawa berkat. Tegasnya, semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat
mampu menjana kawasan perumahan yang harmoni dan aman.

Secara intihanya, sudah terang lagi bersuluh bahawa kehidupan berjiran merupakan
sebahagian daripada amalan dan menjadi budaya masyarakat di Malaysia yang signifikan.
Amalan yang murni ini menjadikan negara kita unik pada pandangan masyarakat di luar sana
malah dikenali di seluruh dunia. Oleh itu, semua rakyat Malaysia perlu bangkit dan lari
daripada kealpaan tentang mengamalkan kehidupan berjiran ini. Rakyat Malaysia tidak
seharusnya mempunyai sikap evasif dan bernafsi-nafsi bagai enau dalam belukar
melepaskan pucuk masing-masing malah perlu berganding bahu ibarat berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing dalam usaha untuk menjayakan amalan kejiranan ini. Diharapkan agar
komitmen padu daripada semua pihak ini dapat memupuk dan meningkatkan lagi semangat
perpaduan dan bekerjasama dalam sanubari setiap rakyat Malaysia yang sangat dituntut
untuk mengekalkan keamanan yang telah dikecapi. Semoga aspirasi Tun Dr. Mahathir
Mohamad untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020 akan
tercapai jua dengan terzahirnya permuafakatan dalam kalangan rakyat berbilang bangsa.
Ingatlah bahawa rakyat bersatu, negara maju!

Karangan Jenis Antarabangsa Bantuan kepada Mangsa Bencana Alam

Perosolan: Bencana alam sering berlaku di merata-rata. Mangsa bencana telah


kehilangan harta benda dan ahli keluarga. Sebagai negara penyayang, negara kita
sering menghulurkan bantuan untuk menolong negara yang dilanda bencana alam.
Huraikan sumbangan yang dapat kita berikan untuk membantu negara yang dilanda
bencana alam.
Bencana alam merupakan fitrah alam yang tidak dapat kita halang bak kata pepatah, geruh
tak berbunyi, malang tidak berbau.Tamsilnya, tsunami yang melanda Jepun pada 11 Mac
2011 telah menggemparkan seluruh dunia. Rakyat Malaysia patut bersyukur kerana Malaysia
sering terlepas daripada pelbagai bencana alam seperti gempa bumi, letupan gunung berapi,
tsunami, ribut taufan dan sebagainya. Sebagai masyarakat yang mempunyai sifat
kemanusiaan , kita sepatutnya bersimpati dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang
memerlukan bantuan ibarat hulurkan tangan, ringankan beban. Persoalan yang terus
melanda ruang legar fikiran kita, apakah bantuan yang dapat kita hulurkan kepada negara
yang terlibat dalam malapetaka?
Tidak dapat dipertikaikan lagi, sumbangan kewangan merupakan bantuan yang afdal untuk
membantu mangsa bencana. Khalayak ramai boleh menyalurkan bantuan dengan kutipan
derma. Badan-badan NGO dan media perlu menyeru orang ramai supaya memberikan
sedekah dan derma kerana mangsa bencana yang amat memerlukan dan mendambakan
bantuan kewangan bagi meneruskan kehidupan di alam fana ini. Mangsa bencana alam
memerlukan wang kerana segala harta mereka telah dimusnahkan. Makanan, susu dan
pakaian juga perlu diderma untuk membantu mangsa bencana yang hidup sehelai sepinggang
dan tengah kelaparan. Untuk mencapai hasrat murni ini, pelbagai peringkat kutipan derma
sering dijalankan oleh badan NGO, terutamanya Persatuan Bulan Sabit Merah dan pihak
berkenaan supaya dapat meringankan beban mangsa seperti peribahasa berat mata
memandang, berat lagi bahu memikul. Semua umat tidak harus lokek atau kedekut dalam

menghulurkan sumbangan kerana cubit paha kiri, paha kananya pun sakit juga agar
mangsa bencana dapat pulih seperti sedia kala.
Tambahan pula, kita perlu menghulurkan sumbangan dalam bentuk tenga dan kepakaran
kepada negara yang menghadapi bencana untuk menyelamatkan mangsa. Negara kita boleh
menghantar pasukan sukarela dan pasukan penyelamat yang profesional untuk mencari
mangsa-mangsa yang tertimbus dan hilang. Ketika tertimbus dalam gempa bumi, setliap
mangsa hanya mempunyai 72 jam untuk diselamatkan sebelum menemui maut. Proses
penyelamatan mangsa memerlukan perancangan yang sistematik, saintifik dan efektif.
Pasukan Gerakan Cepat dan Pasukan SMART di negara kita telah mempunyai segala
kelengkapan yang canggih dan kemahiran yang cekap untuk memberikan bantuan pada blabila dan di mana-mana sahaja. Sumbangan tenaga penyelamatan boleh menjadi platform
untuk menyalurkan bantuan dalam melaksanakan usaha murni dengan menyedari pepatah,
hari tidak selamanya panas.
Bukan itu sahaja, bantuan perubatan dan rawatan kesihatan harus disumbangkan kepada
negara yang dilanda musibah. Negara kita perlu memberikan bantuan ubat-ubatan, terutama
ubat pelali, vaksin dan sebagai. Pasukan perubatan yang terdiri daripada pegawai Jabatan
Kesihatan, doktor dan jururawat harus dihantar ke negara yang dilanda malapetaka untuk
memberikan rawatan kecemasan . Tidak dapat dinafikan bahawa nasib mangsa bagai sudah
jatuh ditimpa tangga kerana pelbagai penyakit berjangkit akan merebak selepas bencana
alam. Hal ini demikian kerana mayat yang bergelimpangan tidak dikebumikan dengan baik.
Bekalan air bersih turut tercemar. Lazimnya mangsa bencana akan cirit-birit, demam dan
muntah malah sistem imuniti mereka turut terjejas. Penyakit taun, kepialu dan batuk kering
akan menular di tapak bencana alam. Oleh itu, pasukan perubatan kita perlu mendirikan
pusat rawatan atau hospital sementara untuk menjalankan pembedahan dan memberikan
rawatan kepada mangsa yang sakit atau cedera memandangkan kebanyakan hospital dan
klinik tempatan telah musnah atau sarat dengan pesakit.
Selain keperluan fizikal, keperluan rohani tidak kurang pentingnya kepada mangsa bencana
alam. Pakar psikologi dan ahli kaunseling negara kita juga perlu dihantar ke negara yang
dilanda bencana alam. Lazimnya mangsa bencana alam akan menjadi trauma, iaitu sentisasa
cemas, takut, kesiangan dan fikiran sentisa bercelaru. Mereka hidup dalam penderitaan dan
kesedihan akibat kehilangan ahli keluarga yang disayangi. Dalam konteks ini, bimbingan dan
kaunseling perlu disalurkan kepada mangsa bencana alam. Sokongan moral daripada negara
kita amat penting untuk merawati hati mereka yang telah remuk-redam. Pemimpin dan artis
yang terkemuka boleh menziarahi mangsa untuk memberikan semangat kepada mereka
supaya mereka memperoleh nur harapan selepas menempuhi dugaan Tuhan. Lantas,
mangsa dapat menghadapi masa depan yang lebih berprestij dan penuh keyakinan.
Setelah ditimpa malapetaka, segala infrastrutur di negara kita akan binasa, bagai padang
jarak, padang terkukur. Walhasilnya, sekolah, hospital , klinik, jalan raya, rumah dan
sebagai telah musnah. Lebih-lebih lagi, ekonomi negara berkenaan telah lumpuh.
Sehubungan dengan itu, kerajaan negara kita patut menghantar pegawai-pegawai perancang
ekonomi bersama-sama dengan ahli korporat tempatan untuk menghidupkan aktiviti ekonomi
yang telah lumpuh di kawasan bencana itu. Saranan tentang pelan induk pembinaan dan
pembangunan sosioekonomi boleh dicadangkan agar ekonomi dan masyarakat terbabit dapat
pulih dengan secepat mungkin. Sebagai contoh, negara kita telah berjaya mendirikan lebih
daripada 3 ribu buah rumah kos rendah yang dilengkapi dengan pelbagai prasarana di Aceh ,
Sumatera Indonesia selepas dilanda tsunami pada tahun 2004. Oleh itu , bantuan membina

prasranan dan infrastrutur yang rosak patut dihulurkan oleh negara kita terhadap mangsa
bencana alam.
Secara tuntasnya, sebagai makhluk ciptaan Tuhan , semua umat bagai saudara yang tidah
harus dibezakan atas batasan geografi untuk bantu-membantu. Kita tidak harus bersikap
ego, bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Kata orang tua-tua,
di sebalik malapetaka ada hikmatnhya, iaitu seluruh dunia memperlihatkan
perikemanusiaan dengan menghulurkan bantuan kepada negara yang ditimpa musibah.
Amat wajarnya kita membudayakan sikap tolong-menolong sesama manusia tanpa mengira
bangsa, agama dan negeri lantaran buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.
Seluruh dunia akan bermuafakat sehingga melahirkan dunia utopia yang aman sentosa.

BANTUAN KEMANUSIAAN MALAYSIA


Ketika dunia hari ini merentasi arus teknologi yang semakin canggih, bencana alam pula
sering melanda dan menunjukkan belang. Pada realitinya, bencana alam seperti banjir,
letusan gunung berapi dan ribut taufan ialah satu fenomena alam yang tidak dapat kita halang
bak kata pepatah, geruh tidak berbunyi, malang tidak berbau. Hadirnya bencana alam tanpa
kita minta lantaran bencana alam ini berlaku atas kehendak Tuhan, pencipta segala
kehidupan. Bencana alam ini berlaku tidak kira tempat ataupun waktu. Pada abad ini,
walaupun teknologi semakin berkembang dan tumbuh dengan pantas bagai belut diketil ekor,
kemajuan ini tidak dapat menghalang bencana alam yang ganas melanda. Pada tanggal 26
Disember 2004, satu peristiwa telah menggemparkan dunia apabila semua berita melaporkan
berlakunya ombak besar iaitu tsunami di Acheh yang telah mengorbankan beratus ribu
nyawa. Kejadian dahsyat itu masih meninggalkan kesannya hingga kini malah masih menjadi
mimpi ngeri buat semua yang terlibat. Memang tidak dapat kita nafikan bahawa semenjak
belakangan ini banyak bencana alam yang berlaku di seluruh dunia termasuk negara kita dan
juga negara-negara jiran seperti gempa bumi di Pakistan dan di China, taufan Nargis di
Myanmar dan tanah runtuh yang dahsyat di Filipina. Fenomena yang terbaharu ialah letupan
Gunung Merapi di Yogyakarta, Indonesia. Sebagai masyarakat yang mempunyai sifat
kemanusiaan kerana berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, kita sepatutnya
bersimpati dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan ibarat hulurkan
tangan, ringankan beban.
Sebagai insan yang sedar tentang kesusahan orang lain, kita boleh menyalurkan bantuan
dengan kutipan derma. Derma yang dihulurkan akan disalurkan kepada mangsa bencana alam
yang amat memerlukan dan mendambakannya bagi meneruskan kehidupan di bumi ciptaan
Tuhan ini. Bantuan yang disumbangkan tidaklah hanya berfokuskan wang ringgit, tetapi
bantuan lain seperti ubat-ubatan, pakaian dan makanan juga diperlukan. Setelah bencana
berlaku, pastinya mangsa bencana tidak memiliki kelengkapan yang sempurna untuk hidup
kerana semua harta mereka telah dimusnahkan oleh bencana alam yang di luar jangka ini.
Pada masa ini, pelbagai peringkat kutipan derma telah dijalankan oleh pihak berwajib sama
ada pihak swasta ataupun pihak kerajaan yang berasa bertanggungjawab untuk membantu
sesama manusia. Contohnya dapat dilihat apabila pihak TV3 telah mengadakan Karnival Jom

Heboh untuk membantu mangsa-mangsa tragedi yang menyayat hati di seluruh negara ini.
Mantan Menteri Belia dan Sukan pernah menyatakan bahawa kita seharusnya bersyukur
dengan nikmat yang diberikan Tuhan dan harus berkongsi nikmat yang kita ada dengan orang
lain yang memerlukan supaya Tuhan akan melipatgandakan nikmat tersebut. Jelaslah di sini
bahawa kita tidak harus lokek dalam menghulurkan sumbangan kerana cubit paha kiri, paha
kanan pun sakit juga agar mangsa dapat hidup sempurna seperti kita.
Menganggotai pasukan penyelamat dan pencari juga merupakan peranan kita dalam
membantu dan mencari mangsa yang terperangkap dalam runtuhan bangunan atau mencari
mangsa yang hilang selepas kejadian bencana alam. Muktahir ini, banyak pasukan
penyelamat Malaysia diterbangkan ke negara-negara jiran yang mengalami bencana alam
untuk memberikan bantuan yang semampu boleh. Namun, tidak semua daripada kita yang
berani menjadi penyelamat kerana takut berlakunya kejadian susulan di tempat bencana
terbabit. Bagi mereka yang berani, mereka ibarat wira dari Malaysia yang datang untuk
menjalankan tanggungjawab mereka sebagai penghuni di muka bumi ini. Pasukan yang
terdiri daripada Pasukan Gerak Cepat dan Pasukan SMART di samping pasukan bomba
sentiasa dihantar sebagai kumpulan awal untuk turut sama dalam kerja-kerja mencari dan
menyelamat mangsa. Mereka membantu bukan untuk balasan atau ganjaran, namun
membantu atas dasar kemanusiaan demi menginsafi diri bahawa mereka perlu bersyukur
dengan segala keselesaan dan telah terselamat daripada bencana alam ini. Rentetan itu, sudah
terang lagi bersuluh bahawa menyumbangkan tenaga boleh menjadi satu platform untuk
menyalurkan bantuan dalam melaksanakan usaha murni ini lantaran kita berpegang pada kata
pepatah, hari tidak selamanya panas.
Membuat keputusan untuk menjadi sukarelawan bukanlah sesuatu yang mudah. Hal ini
disebabkan apabila menjadi salah seorang ahli sukarelawan, kita akan meninggalkan keluarga
yang tersayang dalam tempoh yang agak lama untuk memberikan bantuan kepada negaranegara jiran. Bantuan rawatan, membina rumah mangsa yang telah musnah semula dan
mententeramkan emosi mangsa adalah antara tugas sukarelawan. Pada masa ini, sukarelawan
bergerak dalam kumpulan ataupun persatuan. Para sukarelawan ini kebanyakannya
dianggotai oleh golongan doktor iaitu golongan bijak pandai untuk merawat mangsa yang
mengalami kecederaan sekali gus menyelamatkan nyawa mangsa. Kini, Mercy Malaysia
yang dipimpin oleh Dato Dr. Jamilah semakin mendapat tempat dalam hati masyarakat
setempat kerana perkhidmatan cemerlang mereka. Ketika mengadakan operasi menyelamat
mangsa dalam tragedi gempa bumi di Pakistan, Mercy Malaysia telah menerima pujian hasil
kepakaran dan disiplin yang tinggi para pengamal perubatan dari Malaysia. Konklusinya,
kemurnian hati para sukarelawan ini amat bernilai dan bererti kepada mangsa untuk mereka
terus menjalani kehidupan seperti manusia lain. Para sukarelawan yang berilmu pengetahuan,
berakal, rajin dan berkemahiran ini dapat dikatakan sebagai empat bersimpul satu dalam
usaha tulus suci ini.
Di samping bantuan derma dan tenaga, kita juga boleh mendoakan mangsa-mangsa kejadian
bencana alam ini. Doa yang dipohonkan adalah agar mereka tabah menghadapi dugaan
daripada Tuhan Yang Maha Mengetahui. Semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama
boleh mendoakan kesejahteraan hidup mangsa bencana yang masih hidup atau yang telah
terkorban mengikut kepercayaan agama masing-masing. Paparan akhbar harian seperti Berita
Harian, Utusan Malaysia dan Harian Metro telah melaporkan bahawa solat hajat dan bacaan
Yasin secara besar-besaran telah diadakan di Masjid Putra, Putrajaya yang telah dihadiri oleh
lebih daripada 2000 orang rakyat prihatin dan turut disertai oleh menteri-menteri dan Yang diPertuan Agong. Berdasarkan senario ini, terbuktilah di sini bahawa setelah menghulurkan

bermacam-macam bantuan. doa adalah pengakhiran bantuan yang diberikan lantaran kita
sedar bahawa apa-apa yang berlaku adalah ketentuan Tuhan. Tuntasnya, doa dapat kita
hadiahkan kepada mangsa kerana Tuhan itu Maha Adil lagi Maha Mengasihi. Doa ini juga
secara tidak langsung boleh melahirkan rasa simpati dan insaf supaya kita sekali tersengat
selalu beringat.
Di pihak kerajaan pula, bantuan pascabencana terus dihulurkan. Antara bantuan yang
diberikan seperti sumbangan modal dan kepakaran untuk membangunkan kawasan yang telah
tejejas teruk semula. Sebagai negara berjiran yang dapat merasakan rintihan dan suara hati
saudara serantau, Malaysia telah membantu kerajaan Indonesia dalam usaha membangunkan
semula sistem pendidikan di wilayah Acheh dan Yogyakarta di Indonesia yang terjejas teruk
dalam peristiwa gempa bumi dan Tsunami. Dengan sokongan yang diberikan itu telah dapat
mengurangkan sedikit beban yang ditanggung oleh mangsa-mangsa. Anak-anak dapat
meneruskan semula pelajaran, sementara hidup baru dapat dimulakan sedikit demi sedikit.
Sokongan dan bantuan kepakaran yang dihulurkan, sedikit sebanyak dapat meringankan
beban mereka di samping dapat memberikan sinar kehidupan yang baharu kepada mereka
selepas diuji dengan musibah yang tidak diduga itu.
Intihanya, semua orang seharusnya melupakan batasan geografi dalam menghulurkan
bantuan dan tidak menjadi enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Walau
di mana-mana jua kita berada, kita harus sedar bahawa manusia semuanya sama iaitu
menginginkan kehidupan yang sempurna. Amat wajar membudayakan sikap saling
membantu selagi kita termampu lantaran buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat,
malah buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali. Semua pihak haruslah bersamasama menghulurkan bantuan dengan apa-apa cara sekalipun kerana ada pepatah mengatakan
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Rasulullah juga pernah bersabda, Tidak
sempurna iman seseorang kamu, selagi kamu masih belum mengasihi saudara kamu seperti
kamu menyayangi diri kamu sendiri. Semoga sumbangan yang kita salurkan dapat
menyempurnakan iman kita dan dapat membantu mangsa meneruskan kehidupan seharian
mereka seperti sediakala
Selain itu, masyarakat penyayang mampu merobah paradigma masyarakat yang bersikap
bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Kita lihat pada masa ini,
kebanyakan warga kita sibuk mengejar kemewahan duniawi kerana bagi mereka hidup yang
singkat ini perlu diisi dengan kemewahan. Mereka bekerja siang malam tanpa memikirkan
peri pentingnya masyarakat penyayang kepada diri, keluarga, masyarakat, dan negara.
Golongan inilah yang akan membantutkan usaha murni kerajaan ke arah mewujudkan
masyakat penyayang secara bersepadu dan menyeluruh. Sebenarnya, melalui masyarakat
penyayang kita akan lebih bersikap prihatin dan rasional tentang apa-apa yang berlaku dalam
negara mahupun di luar negara. Sebagai tamsilnya, bencana alam yang dahsyat yang berlaku
di beberapa buah tempat baru-baru ini seperti gempa bumi di Padang, Indonesia, tsunami di
Samoa, dan ribut taufan di Filipina memerlukan belas kasihan daripada rakyat negara kita
untuk membantu kerana berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Secara
implisit, masyarakat penyayang akan mengamalkan sikap saling menolong kerana tangan
yang memberi lebih baik daripada yang menerima. Di samping itu, masyarakat penyayang
mampu membawa perubahan ekonomi negara dan melonjakkan nama Malaysia di persada
dunia. Sebenarnya, masyarakat sebegini mampu menarik lebih ramai pelancong untuk datang
ke negara kita yang akan membawa pulangan berbilion-bilion ringgit kepada nusa yang
tercinta ini. Rakyat Malaysia keseluruhannya diseru agar bersama-sama menunjukkan nilai
kasih sayang supaya pelancong berduyun-duyun datang ke negara kita. Segala perkara negatif
seperti keganasan, penderaan, dan sikap hidung tinggi perlulah dibuang jauh-jauh.

Hakikatnya pelancong-pelancong dari negara atas angin dan bawah angin akan datang ke
negara kita untuk melihat panorama indah yang unik di samping melihat rakyatnya yang
penyayang. Misalnya, kedatangan pelancong perlu diraikan dengan nilai kasih sayang
daripada setiap ahli masyarakat terutamanya pekerja yang terlibat secara langsung
menguruskan hal ehwal mereka. Dengan ini, masyarakat penyayang telah membawa
Malaysia ke landasan yang betul dengan memberi keuntungan kepada negara dan kita mampu
berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara membangun malah negara
maju yang lain. Sudah terang lagi bersuluh, kepentingan masyarakat penyayang akan
mewujudkan sebuah keluarga yang harmoni seperti yang diidam-idamkan oleh setiap
keluarga. Ikatan silaturahim bertambah erat apabila ahli keluarga memainkan peranan
terutamanya ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak. Hal ini demikian kerana anakanak diibaratkan sehelai kain putih dan ibu bapalah yang akan mencorakkannya. Lagipun ibu
bapa berperanan untuk mendidik anak-anak sejak kecil ibarat melentur buluh biarlah ketika
rebung supaya anak-anak akan mengamalkan nilai kasih sayang kerana bagaimana acuan
begitulah kuihnya. Contohnya, amalan gotong-royong dalam sesebuah keluarga, ibu bapa
meluangkan masa untuk menemani anak-anak mengulang kaji pelajaran, bermain bersamasama anak-anak dan sebagainya dapat mempererat hubungan mesra antara ibu bapa dengan
anak-anak. Situasi ini mengelakkan keluarga daripada bercerai-berai, porak-peranda,
bergaduh kerana semua ahli keluarga mengamalkan sikap penyayang. Jelaslah bahawa
masyarakat penyayang membawa perubahan yang drastik terhadap keluarga kerana keluarga
bahagia, negara sejahtera.. Kesimpulannya, masyarakat penyayang banyak memberi manfaat
kepada diri, keluarga, masyarakat, dan negara. Usaha mewujudkan masyarakat penyayang
dalam negara kita yang terdiri daripada pelbagai ras, budaya, dan agama ini memerlukan
kerjasama yang jitu daripada semua pihak kerana hendak seribu daya, tidak hendak seribu
dalih. Pembentukan masyarakat penyayang perlulah dilakukan secara bersungguh-sungguh
dan bukannya hanya hangat-hangat tahi ayam sahaja. Usaha ini merupakan tanggungjawab
kita sebagai rakyat kerana kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya.
Dengan ini, saya mencadangkan supaya kita perlu menggembleng tenaga untuk
meningkatkan usaha ke arah masyarakat penyayang bagi mewujudkan negara bangsa yang
cemerlang, gemilang, dan terbilang.
Copy and WIN : http://bit.ly/1J3vX3K

KARANGAN 2 : PERANAN MASYARAKAT UNTUK MEMBENTUK


MASYARAKAT PENYAYANG

PENDAHULUAN
(T) Cabaran ketujuh dalam Wawasan 2020 ialah mewujudkan masyarakat penyayang dan
budaya penyayang. Masyarakat penyayang boleh diertikan sebagai kelompok masyarakat
yang hidup dalam suasana saling menghormati, berbakti, memberi khidmat, menolong,
berbuat jasa, menabur budi, melakukan kebajikan, menunjukkan rasa kasih dan belas kasihan,
bertimbang rasa dan pemurah terhadap mereka yang memerlukan pertolongan dan bantuan.
Cara hidup ini juga dikenali sebagai budaya ikram. Tun Dr Mahathir mentafsirkan
masyarakat penyayang dan budaya penyayang sebagai sistem sosial yang mementingkan
masyarakat lebih daripada diri sendiri. (I) Sayangnya, kehidupan dalam suasana

pemuafakatan antara ahli-ahli keluarga yang terjalin mesra, bertimbang rasa, fahammemahami, hormat-menghormati sudah semakin terhakis dan telah diganti dengan sikap
individualistik bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing dan tidak
peduli yang menebal. Sama ada kita mahu menerima hakikat ini ataupun tidak, fenomena
inilah merupakan salah satu daripada punca berlakunya gejala sosial dalam masyarakat
seperti yang dihidangkan oleh media massa setiap hari. Malah boleh dikatakan, hampir setiap
hari akhbar-akhbar melaporkan berita kejadian penyalahgunaan dadah, pembuangan bayi,
pergaduhan yang berakhir dengan kematian, penculikan kanak-kanak, remaja lari dari rumah,
murid ponteng sekolah, sumbang mahram dan bermacam-macam lagi masalah yang
melibatkan setiap lapisan individu dalam masyarakat. (A) Sebelum bisul menjadi nanah,
setiap anggota masyarakat tanpa mengira usia, bangsa, agama dan status harus memainkan
peranan masing-masing untuk menangani masalah ini supaya masyarakat yang penyayang
dapat dilahirkan.
(P1) Peranan masyarakat yang signifikan ialah setiap individu masyarakat haruslah
mempunyai didikan agama yang mantap dan utuh. (M) Membentuk sebuah masyarakat
adalah sama seperti membina sebuah bangunan. Sekiranya dalam pembinaan bangunan,
asasnya disiapkan terlebih dahulu, maka begitu jugalah dengan pembentukan masyarakat
yang mesti dimulakan dengan pembinaan asasnya iaitu didikan agama. Hal ini dikatakan
demikian kerana setiap agama mengajar umatnya supaya berkasih sayang sama ada kasih
sayang kepada Pencipta, kasih sayang sesama manusia dan kasih sayang kepada makhluk
yang lain di muka bumi ini. Tanpa didikan agama, sudah pasti kehidupan manusia akan
keberantakan lantaran nipisnya keimanan yang dimiliki senipis kulit bawang. (B) Sekiranya
kita mempunyai keimanan yang tebal sudah pasti kita tidak akan melakukan kezaliman dan
penganiayaan kepada insan lain seperti kes penganiayaan bayi, kes pembunuhan, perogolan,
penindasan dan sebagainya. Bukan sahaja itu, kemusnahan alam sekitar juga dapat dielakkan.
(K) Sejajar dengan itu, masyarakat yang penyayang dapat mengurangkan kadar jenayah dan
setiap anggota masyarakat dapat hidup dalam keadaan yang harmoni. Lebih-lebih lagi
pembangunan yang lestari dan mapan dapat dipraktikkan disebabkan sifat penyayang telah
mulai membenih dalam jiwa masyarakat kita. (P) Maka jelaslah di sini bahawa didikan
agama yang mantap mampu melahirkan masyarakat yang penyayang demi kebaikan bersama.
(P2) Jika kita kaji dari dimensi yang lain, peranan masyarakat yang lain adalah dengan
menjadi suri teladan kepada golongan yang masih hijau atau separa matang. Dalam hal ini,
ibu bapalah yang memainkan peranan utama. (M) Hal ini disebabkan setiap individu yang
dilahirkan dalam negara kita dilahirkan oleh kesemua ibu bapa dan ibu bapa sepatutnya
berusaha membentuk seorang anak yang memiliki sifat-sifat penyayang. Jika setiap ibu bapa
terlibat dalam usaha ini dan penggabungan kesemua anak di Malaysia sudah mampu
melahirkan sebuah masyarakat yang penyayang. (B) Oleh itu, ibu bapa perlu menjadi contoh
yang terbaik kepada anak-anak bak kata pepatah, bapa borek, anak rintik. Pepatah ini
membuktikan bahawa ibu bapa sendiri perlu bersifat penyayang supaya jejak langkah meraka
akan diikuti oleh anak mereka. Dalam pada itu, ibu bapa sendiri perlu mencurahkan kasih
sayang kepada anak mereka supaya anak-anak yang membesar tidak akan rasa kekurangan
kasih sayang. (K) Keadaan ini secara tidak langsung akan menjadikan seseorang anak yang

membesar itu untuk mempunyai sifat kasih sayang kerana mereka mengetahui perasaan
kebahagiaan kasih sayang. Akhirnya, masyarakat yang penyayang yang lahir daripada
insititusi keluarga yang penyayang dapat dilahirkan. (P) Tegasnya, sebagai sebahagian
daripada anggota masyarakat ibu bapa perlu memainkan peranan mereka untuk melahirkan
masyarakat yang penyayang.
(P3) Selain itu, sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab pihak sekolah juga
haruslah memikul obligasi untuk melahirkan masyarakt yang penyayang. (M) Hal ini
dikatakan demikian kerana pihak sekolah juga merupakan salah satu ejen yang penting dalam
membentuk masyarakat yang penyayang. Lagipun, golongan kanak-kanak dan remaja banyak
menghabiskan masa mereka di sekolah selain rumah dan sekolah dianggap sebagai rumah
kedua mereka. (B) Pendedahan nilai-nilai murni harus didedahkan dan seterusnya disemai ke
dalam jiwa setiap pelajar. Oleh itu, pihak sekolah tidak seharusnya hanya mendedahkan
nilai-nilai murni kepada para pelajar dalam subjek Pendidikan Moral dan Agama Islam sahaja
tetapi nilai-nilai ini perlu diterapkan pada setiap masa walaupun di luar waktu dua subjek
tersebut. Guru-guru pula mesti menyemai sifat penyayang kepada para pelajar sejak mereka
kecil lagi seperti kata peribahasa Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Seterusnya pendekatan-pendekatan yang bersifat penyayang semasa proses pembelajaran
dan pengajaran seharusnya dikreatifkan. (K) Dengan ini, para pelajar dapat membesar
dengan persekitaran yang penyayang dan harmoni sekali gus impian untuk melahirkan
masyarakat penyayang dapat direalisasikan. Bukan itu sahaja, impian negara untuk
melahirkan modal insan bermentaliti kelas pertama dapat dilahirkan. (P) Jadi, peranan
masyarakat pendidik untuk melahirkan masyarakat penyayang tidak dapat dipertikaikan lagi.
(P4) Peranan masyarakat yang seterusnya ialah aktiviti-aktiviti kemasyarakatan
diperbanyakkan. (M) Melalui aktiviti kemasyarakatan yang diadakan, setiap anggota
masyarakat akan bersatu kudrat dan sebulat suara untuk menjayakan aktiviti yang dijalankan
persis kata orang tua-tua, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Bukan itu sahaja, sifat penyayang akan terserlah melalui amalan tolong-menolong dan
bertoleransi dalam aktivti-aktiviti tersebut. (B) Sebagai tamsilannya, amalan rumah terbuka
akan menggalakkan aktiviti ziarah-menziarahi jiran tetangga, saudara-mara dan rumahrumah kebajikan pada hari-hari perayaan. Manakala penyertaan masyarakat setempat dalam
aktiviti gotong-royong dan kerja sukarela juga perlulah diperbanyakkan. (K) Aktiviti-aktiviti
sosial ini sudah pasti dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain di
samping memupuk sikap pemurah, ikhlas, sentiasa sanggup membantu dan menghulurkan
tenaga untuk golongan yang tidak berkemampuan ibarat yang berat sama dipikul, yang
ringan sama dijinjing. Akhirnya, masyarakat yang berjiwa penyayang dapat dilahirkan untuk
membentuk sebuah negara yang harmoni dan bertaraf kelas pertama. (P) Deduksinya,
penganjuran aktiviti-aktiviti masyarakat setempat yang banyak merupakan antara elemen
yang penting bagi melahirkan masyarakat penyayang.
(P5) Meninjau dari skop yang berbeza, masyarakat yang penyayang juga dapat dilahirkan
melalui kempen kesedaran yang efektif. Usaha ini dapat dilaksanakan oleh golongan
masyarakat media sama ada media elektronik atau media cetak. (M) Seperti yang diketahui

umum bahawa media merupakan wahana yang berkesan untuk menyedarkan masyarakat
umum tentang kepentingan amalan penyayang dalam menjalani kehidupan harian kita. Pihak
media lebih menitikberatkan aspek sosial iaitu hubungan sesama manusia untuk didedahkan
tatapan umum. (B) Oleh itu, pihak media yang merupakan sebahagian daripada anggota
masyarakat yang prihatin haruslah menggiatkan pelaksanaan kempen Keluarga Bahagia,
Penerapan Nilai-nilai Murni dan Cintai Sungai Kita untuk menerapkan budaya penyayang
dalam kalangan masyarakat kita. Kempen-kempen ini haruslah diadakan secara berterusan
dan bukannya bermusim atau hangat-hangat tahi ayam. (K) Sehubungan dengan itu,
masyarakat sedar akan kepentingan amalan penyayang dalam konteks kehidupan
bermasyarakat. Sikap menganiayai, menindas dan memusnahkan kepentingan orang lain
dapat dihindarkan sekali gus dapat menyemai sikap prihatin dalam kalbu masyarakat kita hari
ini. (P) Izharlah bahawa peranan masyarakat media melalui kempen-kempen yang diadakan
dapat membentuk masyarakat yang penyayang.
PENUTUP
(K) Bulan semakin terang bahawa peranan setiap anggota masyarakat amat penting untuk
melahirkan masyarakat yang penyayang. Kasih sayang merupakan suatu fitrah yang amat
bernilai dalam diri manusia. Kasih sayang sangat penting untuk menjamin kesejahteraan
masyarakat. Pernyataan ini disokong oleh sabda Rasulullah S.A.W dalam memupuk amalan
kasih sayang yang bermaksud, Tidak beriman seseorang itu selagi dia tidak kasihkan
saudaranya sebagaimana dia kasihkan dirinya sendiri. (C) Oleh itu, setiap individu dalam
kalangan masyarakat harusnya mengambil inisiatif untuk melakukan anjakan paradigma bagi
merealisasikan pembentukan masyarakat penyayang dalam kalangan rakyat Malaysia. Kita
tidak seharusnya mengharapkan pihak berkuasa sahaja untuk menjayakan matlamat ini
kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Ibu bapa seyogianya memainkan peranan
penting untuk melahirkan generasi muda yang bermoral, berakhlak baik dan bersifat suka
menbantu orang lain. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus bekerjasama dan saling membantu
serta saling menyayangi ibarat yang tua dihormati, yang muda disayangi. Kita juga harus
mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan. (H) Dengan cara ini,
masyarakat kita akan dipandang tinggi sebagai sebuah bangsa yang bukan sahaja maju dari
aspek kebendaannya justeru kaya dengan budaya penyayang. Secara tidak langsung juga imej
negara akan harum di persada dunia dan masyarakat Malaysia akan dianggap sebagai
masyarakat kelas pertama kerana ketinggian akhlaknya. Tokoh pujangga yang bernama
Ahmad Shauqi Bey berkata, Sesungguhnya bangsa akan kekal utuh selagi akhlaknya
masih utuh. Jika akhlaknya sudah lumpuh, mereka pun akan lenyap. Diharapkan
pembentukan masyarakat penyayang dapat merealisasikan visi kudsi negara iaitu Wawasan
2020 dengan mudahnya.
Contoh karangan: Belajar secara berkumpulan lebih baik daripada berlajar
bersendirian
Belajar merupakan satu proses yang penting untuk menjadi murid
cemerlang. Terdapat pelbagai cara untuk kita belajar iaitu secara berkumpulan ataupun
secara berseorangan sahaja.
Belajar secara berkumpulan adalah lebih baik jika dibandingkan denan belajar
berseorangan. Penerangan dan perbincangan dengan kawan-kawan akan membuat kita lebih

mudah mengingati apa yang dipelajari. Kesannya, sesuatu pelajaran itu akan sentiasa kekal di
dalam minda kita.
Belajar secara berkumpula juga tidak membosankan .Perbincangan yang dibuat akan
menjadikan kita lebih bersemangat dan berminat untuk belajar. Ini kerana suasana
pembelajaran tidak kaku dan kita boleh bercakap untuk menyuarakan pendapat.
Kita juga akan memperoleh maklumat yang lebih banyak dan mendalam kerana
rakan-rakan dalam kumpulan tersebut membaca buku rujukan yang berlainan tentang tajuk
yang dibincangkan. Dengan ini semua maklumat tersebut dapat dikongsi bersama. Kesannya,
sesuatu tajuk itu akan dapat difahami dengan lebih mendalam.
Kesimpulannya, belajar secara berkumpulan lebih banyak membantu murid-murid
memahami sesuatu tajuk dengan berkesan berbanding dengan belajar secara bersendirian.
Oleh itu, murid-murid boleh memilih kaedah pembelajaran yang bersesuaian untuk mencapai
kecemerlangan.
Faedah belajar secara berkumpulan

Murid mempunyai cara yang tersendiri untuk mengulang kaji pelajaran mereka . Ada
yang suka belajar di perpustakaan ,di rumah dan ada juga yang suka belajar secara
bersendirian. Antara teknik belajar yang begitu popular dalam kalangan murid-murid sekolah
pada masa sekarang ialah belajar dalam berkumpulan. Apabila ditanya tentang belajar secara
berkumpulan, ramai orang mengatakan bahawa ia dilaksanakan bersama rakan-rakan.
Terdapat juga yang mengatakan bahawa belajar secara berkumpulan hanya membuang masa
sahaja. Pada pendapat saya, ini merupakan tanggapan yang salah.
Belajar secara berkumpulan sebenarnya lebih berkesan berbanding dengan belajar
secara bersendirian. Hal ini dikatakan kerana apabila belajar dalam kumpulan, idea dan
pemikiran dapat dikongsi bersama. Contohnya, apabila sekumpulan murid sedang membuat
kerja sekolah, setiap orang dalam kumpulan itu pasti akan mempunyai pendapat atau jawapan
yang berlainan. Itulah sebab perkongsian pendapat dilakukan, supaya mereka dapat memilih
jawapan yang paling sesuai. Dengan itu, murid-murid tidak perlu mengambil masa yang lama
untuk menjawab satu soalan.
Selain itu, dengan belajar secara berkumpulan, ahli kumpulan tersebut haruslah
mempunyai adab dan disiplin diri yang tinggi. Seperti yang saya katakan tadi, setiap orang
akan mempunyai pandangan yang berlainan dan jika ahli-ahli dalam kumpulan tersebut tidak
berdisiplin, mereka tidak akan dapat mengemukakan idea dengan teratur dan mereka pasti
tidak akan dapat bersedia untuk berbeza pendapat dan ini akan menuju kepada perselisihan
faham antara ahli-ahli dalam kumpulan tersebut.
Kita juga boleh menjalinkan hubungan persahabatan melalui pembelajaran dalam
kumpulan. Andaikan bahawa semua orang dalam kumpulan tersebut kenali satu sama lain,
dan seseorang daripada kumpulan itu menjemput seorang yang baru dan tidak dikenali,
mereka pasti akan memperkenalkan diri mereka agar ahli yang baru itu tidak terasa janggal

Seterusnya, apabila belajar secara berkumpulan, biasanya setiap kumpulan akan


mempunyai sekurang-kurangnya lima hingga enam orang ahli dan sekiranya dua orang
daripada kumpulan itu tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu, itu tidak akan menjadi
suatu masalah kerana masih terdapat empat orang ahli yang boleh bekerjasama untuk
membincang dan menyiapkan kerja atau tugasan yang diberikan

LANGKAH-LANGKAH MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA

'Bahasa jiwa bangsa', itulah frasa yang paling sesuai untuk melambangkan signifikan
sesuatu bahasa kepada bangsa-bangsa di Malaysia. Pelbagai polemik telah dibangkitkan
sejak akhir-akhir ini bagi membicarakan identiti bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan
bagi sebuah rumpun bernama Malaysia. Bahasa Malaysia telah diadaptasikan daripada frasa
asal 'Bahasa Melayu' yang disifatkan berjiwa perkauman sekaligus tidak relevan dengan
Gagasan 1 Malaysia. Namun begitu, apakah inisiatif yang perlu dilaksanakan demi
memartabatkan bahasa Malaysia dalam kalangan masyarakat?
Langkah-langkah yang patut diambil termasuklah menggesa semua urusan rasmi dan
surat-menyurat di semua jabatan kerajaan diimplimentasikan dalam bahasa ibunda.
Mutakhir ini, jabatan-jabatan kerajaan lebih gemar memilih bahasa Inggeris yang dianggap
berdarjat tinggi berbanding bahasa Malaysia untuk digunakan dalam urusan syarikat mereka.
Sifat nafsi yang menggunung dalam jiwa mereka wajar diibaratkan seperti kacang lupakan
kulit kerana mereka persis mengenepikan sebuah bahasa yang telah mendewasakan
pemikiran mereka. Oleh itu, pihak-pihak ini haruslah menjaga martabat bahasa Malaysia
supaya tidak hilang ditelan zaman.
Selain itu, idea Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI) juga harus dilupuskan. Sifat dominan bahasa Inggeris dalam kehidupan kita tidak
harus dinafikan, tetapi langkah ini dilihat berpotensi memadamkan kegemilangan bahasa
Malaysia di peringkat lokal. Jika teras pentarbiahan turut dilaksanakan dalam bahasa asing,
tidak mustahil pada satu era nanti, generasi akan datang tidak mengenali lagi perkataan
'Melayu'. Ironinya, usaha Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkasakan Bahasa
Inggeris (MBMMBI) dilihat sangat proaktif sebagai mangkin yang efektif demi membejat
kemelut bahasa yang sedang dihadapi Malaysia kini.
Sementelahan pula, kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil juga
tidak harus dikerling enteng berikutan perkara tersebut berkemampuan memperkasakan
bahasa Cina dan bahasa Tamil lantas menjatuhkan darjat bahasa ibunda di sekolah-sekolah
berkenaan. Jika dilihat dari perspektif berbeza, hal ini dapat menimbulkan nafsi perkauman
bahkan tidak sejajar dengan penerapan 1Malaysia dalam kalangan masyarakat. Maka,
polemik ini mungkin tidak dapat mencapai objektif kemenjadian bahasa sebagai agen
perpaduan yang utuh bagi semua rakyat di negara ini. Tuntasnya, pihak-pihak yang berwajib
seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) harus berfikir secara kreatif dan kritis demi
menaikkan imej bahasa ibunda secara holistik.

Di samping itu, bagi mengukuhkan kedudukan bahasa Malaysia dalam sanubari rakyat
rencaman golongan, DBP harus melaksanakan pelbagai aktiviti yang menggapai minat
umum terhadap keindahan bahasa Malaysia. Aktiviti seperti Sayembara Pidato Antarabangsa
anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Pelancongan dengan usahasama
Radio Televisyen Malaysia (RTM) baru-baru ini dilihat sebagai anjakan paradigma yang
berpotensi memperkenalkan bahasa kebangsaan di peringkat dunia. Deduksinya, langkah
yang sama harus diambil DBP untuk mewujudkan 'jiwa bahasa' dalam kalangan rakyat.
Mendepani arus globalisasi kini, pelbagai perubahan serta modifikasi yang sudah
dilaksanakan terhadap bahasa Malaysia asal sehingga terbentuk bahasa rojak. Lihat sahaja
di kiri dan kanan jalan raya serta di bangunan-bangunan pencakar langit, banyak papan
tanda memaparkan penggunaan bahasa rojak. Perkara ini tidak patut dibiarkan berlarutan
kerana keupayaannya untuk mencemarkan bahasa adalah tinggi. Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT) tidak harus berpeluk tubuh dan mendiamkan diri, sebaliknya perlu mengambil
tindakan Undang-undang bagi menyedarkan pihak berkenaan bahawa bahasa Malaysia
bukanlah sebuah wadah mainan komersial. Oleh itu, 'pidana bahasa' ini perlu dibejat bagi
mewujudkan rakyat kontemporari yang berpegang teguh dengan bahasa ibunda.
Konklusinya, semua pihak haruslah menggembleng sinergi untuk meledakkan darjat
bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dalam semua urusan harian, selain status utamanya
sebagai bahasa kebangsaan. Janganlah kita menjadi manusia yang khusyuk menyelami sungai
pemodenan dengan mementingkan bahasa asing sebaliknya menidakkan kebolehan bahasa
Malaysia untuk membawa kita ke mata dunia. Pepatah Melayu ada menyebut, "yang kurik
itu kendi, yang merah itu saga, yang baik itu budi, yang indah itu bahasa". Oleh hal
yang demikian, marilah kita berpijak di bumi yang nyata dengan menjaga bahasa kebangsaan
supaya kekal nirmala dan 'tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas'.
USAHA-USAHA MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA
Malaysia dan Nusantara mempunyai bahasa pertuturan tersendiri, iaitu bahasa Malaysia.
Bahasa Malaysia telah menjadi bahasa perhubungan atau lingua franca lebih 600 tahun lalu,
lebih lama daripada bahasa Inggeris yang hanya bermula pertengahan kurun ke-16. Sejak
tahun 1955, bahasa Malaysia telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan negara dan telah
menjadi bahasa rasmi sejak merdeka. Pada tahun 1967, sepuluh tahun selepas merdeka,
bahasa Malaysia menjadi bahasa kebangsaan bahasa rasmi yang termaktub dalam
Perlembagaan Negara, iaitu Perkara 152. Krisis baharu yang melanda bahasa Malaysia ialah
rakyat negara ini semakin meminggirkan bahasa Malaysia yang merupakan bahasa
kebangsaan.
Krisis ini berpunca daripada tanggapan yang salah oleh masyarakat tentang kemampuan
bahasa Malaysia sebagai bahasa kemajuan negara ini. Faktor kedua berpunca daripada sikap
orang Melayu sendiri. Hal ini berlaku demikian kerana orang Melayu yang berkuasa telah
meminggirkan bahasa Malaysia daripada rancangan pembangunan. Mereka tidak mahu
menyokong rancangan pembinaan kepustakaan bahasa Malaysia. Jika keadaan ini dibiarkan
berterusan, janganlah terkejut jika negara kita terus tertinggal dalam arus kemajuan, muflis
dalam bidang ilmu, teknologi, dan budaya serta akhirnya terkubur di negara sendiri. Ratarata, ibu bapa mendidik anaknya bertutur dalam bahasa Inggeris, kononnya jika tidak
menguasai bahasa asing itu, mereka sukar mendapat pekerjaan.

Dalam dunia korporat, orang-orang Melayu sendiri malu untuk bertutur dalam bahasa
Malaysia dengan bangsanya sendiri, kononnya takut dikatakan kolot, ketinggalan zaman,
tidak bertamadun atau tertinggal dalam arus teknologi moden. Bangsa kita tidak terdesak
untuk mencipta ilmu dan teknologi baharu kerana ilmu itu dapat diperoleh dan dibeli dari
dunia lain sama ada dari barat atau timur sehingga bahasa Malaysia menjadi peniru atau
pengguna. Kita janganlah menuding jari kepada sesiapa jika bahasa Malaysia dipinggirkan
kerana kita sendiri yang enggan atau malu untuk menjadikan bahasa Malaysia sebagai bahasa
sains dan teknologi, bahasa pencipta ilmu dan budaya atau bahasa bertamadun tinggi.
Masyarakat kita sendiri lebih mementingkan bahasa Inggeris sebagai alat kemajuan, malah
dalam perbualan seharian sesama sendiri, kita lebih berminat menggunakan bahasa Inggeris
walaupun penguasaan bahasa Inggeris kita tidaklah sebaik mana.
Selain itu, dasar penswastaan yang tidak terhad semakin menyingkirkan kedudukan bahasa
Malaysia sebagai bahasa pengantar di institusi-institusi pengajian tinggi. Pelajar-pelajar di
sekolah menerima pendidikan bahasa Malaysia selama tiga belas tahun. Selepas itu, mereka
meninggalkan bahasa itu selepas tamat persekolahan untuk melanjutkan pelajaran mereka ke
kolej swasta yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam
pengajiannya.
Dalam usaha memartabatkan bahasa Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan
badan .m utama yang memainkan peranan yang amat penting dalam memartabatkan bahasa
Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi di Malaysia. Melalui peranan dan
usaha yang dimainkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, bahasa Malaysia telah digunakan
dalam pelbagai bidang, termasuklah undang-undang, kejuruteraan, sains dan teknologi,
ekonomi, perbankan, insurans dan sebagainya. Usaha ini terbukti dengan terbitnya buku-buku
pengistilahan dan glosari dalam bahasa Malaysia yang mencakupi pelbagai bidang tersebut.
Sebelum ini, kebanyakan istilah yang digunakan diambil daripada bahasa Inggeris. Usaha ini
merupakan satu kejayaan yang membanggakan. Hal ini sekali gus dapat membantu program
pendidikan di pusat pengajian tinggi.
Di samping itu, seluruh pekerja Dewan Bahasa dan Pustaka mesti menggunakan bahasa
kebangsaan dengan betul dalam semua ucapan rasmi seperti ucapan dalam majlis perasmian,
mesyuarat atau perhimpunan. Dewan Bahasa dan Pustaka hendaklah juga menjadi monitor
dan menggerakkan semua aktiviti pembinaan dan pemantapan bahasa kebangsaan di seluruh
negara, contohnya dalam projek Sukan Komanwel dan Koridor Raya Multimedia. Dalam
konteks ini, Dewan Bahasa dan Pustaka hendaklah sentiasa menasihat, menegur, dan
membimbing pemimpin kerajaan, swasta, media cetak, atau media elektronik supaya
menggunakan bahasa Malaysia yang betul dalam semua urusan rasmi.
Selain itu, peranan media massa juga tidak harus diperkecil. Media massa mempunyai
tanggungjawab sosial untuk memartabatkan dan mendaulatkan bahasa Malaysia. Pujian dan
sanjungan haruslah diberikan kepada stesen penyiaran TV3 kerana masih terus menggunakan
bahasa Malaysia dalam kebanyakan siaran. TV3 merupakan stesen penyiaran yang mulamula menggunakan bahasa baku walaupun kini tidak lagi dan begitu juga harapan kita
kepada RTM. Walaupun pihak RTM telah memulakan penyebutan baku bagi istilah asing,
namun usaha itu masih belum boleh dibanggakan. Oleh itu, diharapkan kebanjiran stesenstesen baharu ini dapat bersama-sama memartabatkan bahasa Malaysia di negara kita.
Di samping itu, mahasiswa institusi pengajian tinggi perlu memainkan peranan yang proaktif
untuk memartabatkan bahasa Malaysia. Hal ini demikian kerana mahasiswa perlu bergerak

bersama-sama bagi mengukuhkan bahasa Malaysia dalam semua bidang ilmu. Menurut
Datuk Mahadzir Mohd Khir, Timbalan Menteri Pelajaran, beliau mengatakan bahawa
langkah-langkah yang dijalankan oleh mahasiswa dengan menganjurkan Minggu Bahasa
Malaysia di institusi pengajian tinggi dalam kegiatan kebahasaan akan menarik minat dan
memupuk kecintaan orang ramai terhadap bahasa Malaysia. Pembabitan mahasiswa yang
peka terhadap keperluan dan perubahan semasa selaras dengan peranan mahasiswa sebagai
penggerak pembangunan masyarakat patut diberikan pujian. Minggu Bahasa Malaysia yang
dianjurkan oleh mahasiswa dapat mendaulatkan bahasa ibunda di samping memupuk
kecintaan terhadap bahasa Malaysia dalam kalangan generasi masa ini.
Warga pendidik di negara ini juga turut memainkan peranan yang penting untuk
memartabatkan bahasa Malaysia serta meningkatkan mutu pendidikan bahasa Malaysia.
Golongan pendidik hari ini telah dipertanggungjawabkan melaksanakan konsep bahasa
Malaysia dalam kalangan masyarakat. Peranan pendidik bahasa adalah penting kerana
mereka juga bertanggungjawab membimbing guru mata pelajaran lain. Peranan para pendidik
lebih penting dalam memartabatkan bahasa Malaysia kerana dalam kurikulum pendidikan
bahasa, matlamat utama adalah untuk melahirkan pelajar yang berupaya menggunakan
bahasa Malaysia yang baik dan membanggakan. Selain itu, dalam konteks sikap yang lebih
luas, nilai-nilai masyarakat yang positif perlu diterapkan melalui pendidikan bahasa.
Sehubungan dengan itu, peranan sektor swasta dalam memartabatkan bahasa Malaysia
amatlah dialu-alukan. Sektor swasta haruslah peka dan menganjurkan lebih banyak kegiatan
bahasa di luar negara seiring dengan promosi perniagaan atau produk masing-masing.
Kegiatan promosi dan pasaran secara terancang akan memberikan pulangan yang
merangsangkan perkembangan bahasa Malaysia sebagai bahasa ekonomi, sains, dan
teknologi. Papan-papan tanda dan iklan yang mempromosikan sesuatu produk haruslah
menggunakan kata-kata bahasa Malaysia yang betul dalam semua urusan rasmi. Dengan cara
ini, kita akan dapat mendaulatkan dan memartabatkan bahasa Malaysia bukan sahaja di
negara kita malah di pentas dunia.
Menurut Timbalan Menteri Pelajaran, orang Malaysia sendiri mesti membetulkan kelakuan,
sikap, tanggapan, dan semangat mereka terhadap bahasa Malaysia. Jika tidak siapakah lagi
yang akan bertanggungjawab memperjuangkan dan mendaulatkan bahasa Malaysia yang
menjadi bahasa kebangsaan? Beliau juga mengesyorkan satu pertemuan raksasa antara orangorang Malaysia yang terdiri daripada pemimpin politik, cendekiawan, ahli perniagaan, dan
sebagainya perlu diadakan untuk membincangkan segala masalah yang mengancam bahasa
Malaysia hari ini. Sebenarnya, isu bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan samalah
seperti nasib sosial dan budaya kebanyakan orang Malaysia. Oleh hal yang demikian, orangorang Malaysia haruslah bangun menjadi penegak bahasa Malaysia; bahasa yang menjadi
tonggak bangsa.
Kesimpulannya, daripada perbincangan di atas, langkah-langkah yang konkrit dan pragmatik
perlulah diambil untuk memartabatkan bahasa Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana
bahasa Malaysia ialah bahasa kebangsaan kita. Hakikat ini perlu disedari dan diakui oleh
seluruh rakyat Malaysia. Kepentingan bahasa ini tidak dapat dipertikaikan lagi, sebaliknya
setiap individu haruslah memanfaatkan masa mereka untuk mempelajari dan menguasai
bahasa Malaysia dengan baik. Cara itulah yang terbaik untuk memartabatkan bahasa
Malaysia yang ternyata memberikan faedah yang besar kepada perpaduan rakyat dan

teknologi Malaysia. Jika tidak, generasi yang akan datang akan ketinggalan dan dijajah oleh
kuasa-kuasa Barat yang menggunakan bahasa asing. Sesungguhnya, bahasa jiwa bangsa.

OBJEKTIF HARI GURU MALAYSIA

Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan


dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.

Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum
guru dalam masyarakat Malaysia.

Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.

Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.

Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar,


persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.

Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan


mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

si Kandungan:

Kebaikan (2 isi)

Keburukan (2 isi)

Kebaikan
Isi Pertama :

Sebagaimana yang kita ketahui,penggunaan laman sosial dapat menambah


kenalan yang baru di samping hubungan yang telah lama terputus dapat dieratkan
semula. Apabila seseorang itu telah menamatkan sesuatu pengajian di sekolah
menyebabkan mereka telah terputus hubungan antara satu sama lain. Laman sosial ini
digunakan sebagai suatu medium utama untuk mencari kenalan lama yang telah
terputus. Mereka dapat mengetahui kerjaya yang telah diceburi oleh rakan dan dapat
berinterasi antara satu sama lain. Gambar yang telah diletakkan di dalam profil juga
boleh dilihat dan dikomen oleh semua rakan. Mereka juga dapat menyampaikan
maklumat seperti mengadakan satu perjumpaan di sesuatu tempat dengan
mengumpulkan guru-guru dan rakan-rakan. Perkara ini menjadi mudah kerana dapat
menjimatkan masa dan tenaga dengan cara menggunakan kemudahan yang sedia ada.
Jadi jelaslah bahawa penggunaan laman sesawang sosial boleh menambahkan kenalan
yang baru.

Isi Kedua :

Selain itu,ramai remaja juga menghabiskan masa mereka dengan laman sosial.
Dengan adanya laman sesawang sosial, mereka dapat mengisi masa lapang mereka
dengan melayari facebook. Bagi mereka yang bijak, di samping mengisi masa lapang
ada antara mereka membuat bisnes dan membuat promosi melalui laman sesawang
sosial seperti Facebook dan Twitter. Mereka juga dapat menjadikan laman sesawang
sosial tersebut sebagai alternatif untuk menambahkan pendapatan bulanan mereka.
Orang ramai boleh membeli dengan mengklik di laman sesawang dan barangan
tersebut akan dihantar melalui pos laju. Siapa sahaja yang berminat untuk membeli
barangan tersebut hanya membayar dengan memasukan wang ke dalam bank yang
telah ditetapkan oleh penjual. Oleh itu, medium ini dapat menjimatkan masa dan tidak
perlu bersesak-sesak di pusat membeli belah untuk membeli sesuatu barangan.
Keburukan
Isi Pertama :

Penggunaan laman sosial bukan sahaja mendatangkan kesan yang positif malah
mendatangkan kesan negatif iaitu penggunaan laman sosial melalui internet
menyebabkan berlakunya banyak penipuan atau pemalsuan. Hal ini demikian
kerana, terdapat banyak kes penipuan yang berlaku terutamanya dalam kalangan
remaja perempuan. Perkara ini disebabkan oleh mereka yang baru dikenalinya melalui
laman sosial. Mereka biasanya akan mengikut semua kemahuan yang diminta oleh
rakan dalam laman sosial tersebut. Sebagai contohnya, perkara ini berlaku apabila
pasangan dalam laman sosial menghantar sistem pesanan ringkas(sms) untuk
membuat temu janji dengan menyatakan tempat dan masanya. Seterusnya, remaja
perempuan tersebut akan pergi ke tempat yang telah dinyatakan tanpa berfikir
panjang. Namun demikian, setibanya di tempat yang dinyatakan oleh kenalan laman
sosial itu, mereka mungkin ditipu dan ada juga yang telah menjadi mangsa rogol.

Isi Kedua :

Selain itu,penggunaan laman sosial menyebabkan golongan remaja menjadi lalai


dalam melakukan sesuatu tugasan. Kepelbagaian aplikasi yang menarik seperti
permainan yang terdapat dalam laman sosial mampu menarik minat pengguna laman
sosial tersebut. Hal ini menyebabkan pengguna akan berasa seronok sehingga leka
dan lalai untuk menyempurnakan urusan mereka. Tambahan pula, penggunaan laman
sosial juga memberikan kesan kepada prestasi pelajaran dalam kalangan remaja. Hal
ini akan menyebabkan mereka mengabaikan pelajaran kerana tiada masa yang
diperuntuk untuk mengulang kaji pelajaran.Apabila berlangsungnya sesuatu
peperiksaan markah yang diperolehi merosot dari peperiksaan sebelum ini
menyebabkan mereka tercari-cari kesilapan yang telah dilakukan untuk diperbetulkan.
Golongan pelajar yang menjadi tunjang kecemerlangan negara tidak dapat dilahirkan
ekoran penggunaannya yang melalaikan masyarakat. Oleh itu, penggunaan laman
menyebabkan seseorang itu membazir masa.

Penutup

Kesimpulannya, penggunaan laman sosial ini mendatangkan pelbagai kebaikan dan


keburukan kepada golongan remaja. Namun impak negatif yang wujud harus diberi

perhatian yang serius oleh pihak berkuasa untuk mengambil tindakan yang
sewajarnya terhadap laman sesawang sosial yang tidak bertanggungjawab. Sebagai
manusia yang berakal pastinya kita perlu menangkis setiap perkara yang buruk.
Pepatah ada mengatakan bahawa mencegah itu lebih baik daripada mengubati".

Kebaikan:-

1. Sebagai alat perhubungan. Laman sosial dijadikan sebagai alat perhubungan,


contoh yang paling ketara adalah pertemuan semula rakan sekolah ataupun rakan
kampung di alam maya dan seterusnya dapat mengetahui perkembangan semasa
sesama mereka. Laman sosial juga dijadikan sebagai alat perhubungan di antara
pemimpin dan masyarakat dan juga di antara pelanggan dan pengeluar produk.

2. Sebagai alat pemasaran produk. Laman sosial ini amat berguna kepada
sesetengah pihak yang menjalankan perniagaan di mana ianya dijadikan sebagai alat
untuk memasarkan produk mereka. Ianya amat berkesan dan mudah. Maklumat
terkini tentang produk yang dikeluarkan dapat diketahui dengan cepat.

3. Sebagai alat untuk menyebarkan ilmu pengetahuan. Tidak dapat dinafikan


laman sosial banyak membantu dalam penyebaran maklumat di mana ianya berlaku
apabila sesuatu maklumat itu dikongsi dengan rakan-rakan yang lain. Contohnya ilmu
keagamaan

4. Sebagai alat untuk memantau pergerakan anak-anak (itupun sekiranya anakanak approved request untuk jadi kawan ibu bapa kena bijak la..nak menyamar ke..
). Anak-anak sekarang, sekolah rendah sudah ada akaun laman sosial, sama ada
dibuka oleh ibu bapa atau pengaruh dari kawan. Ibu bapa boleh mengikuti status
terkini anak-anak mereka. Mengenali kawan-kawan kepada anak mereka.
Kebiasaanya para remaja lebih suka bercerita masalah mereka dengan kawan-kawan
daripada ibu bapa. Jadi ibu bapa perlu mencari inisiatif untuk memantau anak mereka.
Ini adalah salah satu caranya.

Keburukan:-

1. Pembaziran masa. Penggunaan yang terlampau lama di dalam laman sosial


mengakibatkan pembaziran masa berlaku. Contohnya aplikasi games. Terdapat
ramai pengguna laman sosial menjadi ketagih dengan aplikasi games seperti
Farmville, Mafia Wars dan Pet Society. Ianya seolah-olah menjadi satu kerugian
kepada mereka sekiranya meninggalkan permainan tersebut. Ianya memang secara
terang berlakunya pembaziran masa. Masa diluangkan dengan kerja-kerja yang tidak
berfaedah.

2. Mengurangkan produktiviti. Ketagihan dengan laman sosial sekaligus telah


mengurangkan produktiviti kerja. Majikan menghadapi masalah untuk menyekat
pekerja mereka dari melayari laman sosial. Majikan boleh menyekat pekerja mereka
dari melayari laman sosial dengan memblock laman-laman tersebut. Namun
demikin kecanggihan teknologi masa kini telah memudahkan laman-laman tersebut
dilayari dengan menggunakan telefon bimbit.

3. Penipuan. Penipuan boleh berlaku di mana-mana sahaja termasuk juga di laman


sosial. Pengguna laman sosial mesti bijak dalam mengenalpasti akan kesahihan
sesuatu perkara yang terdapat di laman sosial. Pengguna juga jangan cepat percaya
dengan orang yang tidak dikenali.Contoh penipuan yang terdapat di laman sosial
adalah seperti pelaburan haram. Terdapat ayat-ayat yang digunakan seperti setiap
kali login di facebook dapat RM100..memang menarik tapi begitu mudah nak dapat
duit? Apabila di siasat ia hanyalah sebagai salah satu teknik untuk menarik perhatian
pengguna facebook memasuki skim tersebut. Terdapat juga pengguna yang tertipu
akibat terlampau percaya dengan kenalan facebook yang hanya dikenali di laman
sosial.

4. Pencerobohan akaun. Pengguna laman sosial dinasihatkan supaya tidak


memasukkan maklumat peribadi seperti nombor akaun bank, nombor telefon, alamat
rumah dan sebagainya. Sekiranya pencerobohan maklumat berlaku, mereka yang
tidak bertanggungjawab, boleh menggunakan maklumat tersebut untuk tujuan-tujuan
tertentu yang pasti tanpa keizinan pemilik yang sebenar. Seringkali kita mendengar
akaun laman sosial selebriti-selebriti tanahair yang berjaya diceroboh dan ianya
memberi kesan yang buruk kepada pemilik sebenar.

5.Sebagai satu media untuk menyebarkan fitnah. Terdapat juga kes di mana laman
sosial digunakan sebagai alat untuk menyebarkan fitnah di mana gambar-gambar yang
tidak senonoh mungkin telah diupload tanpa pengetahuan pemilik gambar tersebut
dan pelbagai fitnah telah dilemparkan. Pemilik akaun laman sosial seharusnya bijak
dalam mengendalikan akaun mereka. Add Friends hanya yang dikenali, kadangkadang kita lihat beribu jumlah friends, tapi kenal ke? Kalau tak kenal, perkongsian
maklumat harus la terhad.

6. Kebocoran maklumat. Ini boleh berlaku sekiranya pemilik akaun laman sosial
memberi maklumat sulit tentang syarikat di mana tempat mereka bekerja. Kebocoran
maklumat ini boleh memberi kesan negatif kepada syarikat terbabit. Pekerja sesebuah
syarikat harus tahu membezakan maklumat yang boleh dikongsi dengan orang ramai
dengan maklumat yang tidak boleh dikongsi dan sekiranya dikongsi boleh memberi
kesan yang buruk kepada syarikat tersebut sekiranya maklumat tersebut diketahui
oleh pesaing syarikat terbabit. Sekiranya tak tahu nak beza, jalan selamat, tidak perlu
kongsi maklumat tersebut.

kepentingan teknologi maklumat


Dalam mendepani arus globalisasi, Malaysia telah berjaya berdiri sama tinggi, duduk
sama rendah dengan negara-negara maju yang lain. Hal ini demikian kerana pelbagai
kemudahan teknologi yang dicipta marcapada ibarat cendawan tumbuh selepas hujan apabila
manusia berlumba-lumba untuk mencipta teknologi yang memudahkan kehidupan seharian.
Terdapat pelbagai kepentingan prima penggunaan teknologi maklumat dalam
kehidupan manusia. Antaranya ialah memudahkan manusia untuk mendapatkan maklumat di
hujung jari terutama dalam kalangan pelajar. Menerusi teknologi maklumat ini, manusia akan
dapat mempelajari pelbagai maklumat keduniaan yang dapat membuka dan meluaskan minda
mereka. Selain maklumat pendidikan, kita juga dapat mencari maklumat mengenai hiburan,

isu-isu politik dan sebagainya.


Selain itu, manusia juga dapat berkomunikasi antara satu sama lain tanpa sempadan.
Pengenalan mengenai laman sosial seperi "Facebook","Twitter","Friendster" dan sebagainya
telah menghubungkan manusia dengan dunia luar. Sebagai contoh seseorang yang berada di
luar negara sama ada atas urusan perniagaan atau menuntut ilmu dapat melepaskan rindu
serta bertanya khabar kepada keluarga tercinta yang berada di perantaan hanya dengan
menggunakan teknologi laman sosial.
Seterusnya, teknologi maklumat ini juga memudahkan ahli pernigaan menjalankan
aktiviti pernigaan mereka hanya di dalam talian sahaja sekaligus dapat menjimatkan kos dan
tenaga. Aktiviti perniagaan yang dijalankan melalui talian bukan sahaja dapat memudahkan
urusan pekerja, bahkan ia juga dapat memudahkan pembeli atau pengguna.
Akhir sekali, manusia dapat melakukan pembayaran bil dan urusan perbankan melalui
laman sesawang sahaja. Manusia tidak perlu menghabiskan tenaga dan bersusah-payah untuk
menguruskan pelbagai pembayaran dan urusan-urusan kewangan. Ia juga memudahkan
seseorang yang terlalu sibuk dengan kerja seharian membuat pembayaran dengan mudah.
Kesimpulannya, teknologi maklumat yang ada marcapada memainkan peranan vital
kepada setiap manusia. Teknologi maklumat ini haruslah digunakan dengan sebaik yang
mungkin kerana banyak manfaat yang dapat kita peroleh menerusi peranan teknologi
maklumat itu sendir
Kepentingan Teknologi Maklumat & Komunikasi. (Karangan Rangsangan)
BAHAGIAN A: KARANGAN RANGSANGAN (PEPERIKSAAN PERTENGAHAN
TAHUN)
Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan teknologi
maklumat dan komunikasi. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah
perkataan.
Dalam meniti arus kemodenan, teknologi maklumat dan komunikasi amat mustahak dalam
kalangan masyarakat kini. Terdapat banyak kemajuan dalam teknologi maklumat dan
komunikasi, daripada telefon yang besar kepada telefon bimbit yang amat nipis dan banyak
kegunaan , daripada mencari maklumat di perpustakaan kepada mendapatkan maklumat
daripada Internet. Maklumat kini semuanya berada di hujung jari sahaja . Sehubungan dengan
itu, jelaslah bahawa terdapat banyak kepentingan teknologi maklumat kepada manusia.
Salah satu daripadanya ialah kecanggihan teknologi maklumat pada marcapada ini mampu
mempercepat kerja kita.Hal ini terbukti apabila majoriti populasi masyarakat di Malaysia kini
mencari bahan atau sumber maklumat mereka hanya daripada Internet.Mereka tidak mencari
bahan yang mereka perlukan di perpustakaan kerana di situ mereka perlu bersusah payah
mencari buku-buku yang mengandungi maklumat yang mereka inginkan di atas rak yang
disusuni dengan ribuan buku. Masalah ini akan banyak memakan masa mereka. Sebaliknya,
masyarakat modenisasi kini hanya duduk di rumah, di hadapan komputer mereka dan
menekan satu klik sahaja demi mendapatkan maklumat yang diperlukan oleh mereka.
Kecanggihan teknologi maklumat ini jelas sekali dapat menjimatkan masa di samping dapat
mempercepat sesuatu kerja yang dilakukan oleh mereka.

Kemaslahatan seterusnya, teknologi maklumat dan komunikasi pada alaf ini dapat
membuatkan kita berhubung dan berkomunikasi dengan orang yang berada jauh daripada
kita. Misalnya, seorang anak yang melanjutkan pelajaran di sebuah universiti yang jauh
daripada tempat tinggal mereka boleh melepaskan kerinduan terhadap ibu bapa mereka
dengan hanya menelefon mereka. Bagi mereka yang melanjutkan pelajaran di luar negara
pula, mungkin caj panggilan telefon amat mahal tetapi mereka boleh mengatasi masalah itu.
Caranya adalah dengan menggunakan kemudahan laman sosial yang semakin banyak muncul
belakangan ini bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Laman sosial dapat membuatkan
mereka berinteraksi dengan kadar yang rendah. Jika rindu untuk berbual-bual sambil menatap
muka mereka, pelajar itu sendiri boleh menggunakan aplikasi panggilan video. Aplikasi ini
boleh didapati dalam laman sosial seperti Skype. Dengan adanya kemudahan ini, hubungan
kekeluargaan tidak akan putus walaupun tinggal berjauhan.
Dalam konteks ini, para murid dapat menggunakan Internet untuk membantu
pembelajaran mereka juga antara kepentingan teknologi maklumat kepada manusia. Senario
ini dapat dilihat apabila sudah ada banyak laman blog yang berkaitan dengan sesuatu subjek
mengikut sukatan pembelajaran di sekolah yang memenuhi Internet. Dalam blog tersebut,
terdapat banyak cara menjawab soalan peperiksaan dan tips yang diberikan untuk menghafal
sesuatu sukatan pembelajaran. Kebiasaannya, tips-tips ini diberikan sendiri oleh guru-guru
cemerlang yang ada di seantero Malaysia. Rentetan itu, hal ini akan sedikit sebanyak
membantu para murid dalam meningkatkan lagi kefahaman mereka terhadap sesuatu subjek
yang mereka lemah. Hal ini juga akan dapat membuatkan seseorang murid itu dapat
menjawab soalan peperiksaan dengan baik lantas membolehkan mereka mendapat keputusan
yang cemerelang.
Konklusinya, kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi memainkan peranan yang
amat mustahak kepada manusia pada hari ini. Teknologi ini akan terus ditambahbaikkan dari
semasa ke semasa supaya kerja harian manusia akan menjadi lebih mudah. Oleh itu, kita
tidak boleh ketinggalan dalam kemajuan teknologi maklumat. Kita hendaklah sentiasa
mengikuti perkembangan semasa agar negara dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah
dengan negara-negara maju lain.

Sumbangan Sains dan Teknologi Dalam Kehidupan Manusia. Bincangkan


Kehidupan manusia memang banyak dipengaruhi oleh sains dan teknologi. Lihat sahaja
ciptaan seperti kereta, rumah dan komputer yang begitu lumrah dalam kehidupan manusia
kini. Jadi, memang banyak sumbangan yang wujud.
Kewujudan teknologi dan sains telah menyebabkan banyak kerja manusia menjadi lebih
mudah untuk dilaksanakan. Bayangkan kerja mengemas rumah tanpa alat pembersih habuk
atau mesin pembasuh pakaian yang menyenangkan kerja membasuh baju kita. Kerja
mengemas yang mudah ini menjadikan kehidupan manusia lebih produktif.
Selain itu, teknologi dan sains juga mampu menjimatkan masa perjalanan seseorang dengan
terciptalah system pengangkutan moden. Manusia boleh bergerak ke satu tempat yang lain
dengan mudah melalui kereta, kapal terbang dan kapal laut serta kereta api. Kalau dahulu
perjalanan memakan masa sebulan atau setahun kini perjalanan itu hanya memerlukan

beberapa jam atau minit sahaja.


Malahan, manusia juga memperoleh banyak ilmu pengetahuan menerusi teknologi dan sains
ini. Kini sudah wujud buku secara elektronik dan internet pula memudahkan manusia untuk
memperoleh pelbagai informasi dengan hanya menekan papan kekunci komputer mereka
sahaja. Manusia menjadi semakin mengetahui keadaan sekeliling mereka dengan kemunculan
teknologi dan sains ini.
Sebenarnya, semua hasil ciptaan sains dan teknologi menjadikan kehidupan manusia lebih
selesa. Kalau dahulu manusia terpaksa bekerja keras untuk melakukan sesuatu kini sudah
berubah. Hasil teknologi dan sains menjadikan wujudnya pelbagai peralatan yang menjadikan
manusia lebih baik kehidupannya.
Kesimpulannya, teknologi dan sains memang memberi sumbangan yang ketara terhadap
kehidupan kita semua. Mungkin ada hasil ciptaan itu membawa keburukan tetapi semua
kesan buruk itu ditimbulkan oleh sikap manusia sendiri. Oleh itu, kita harus menghargai
semua ciptaan sains dan teknologi ini.
Sains dan Teknologi: Suatu kelebihan atau kemudaratan?
Ditulis oleh Norkumala binti Awang. Posted in Artikel
Dalam era dunia tanpa sempadan, semua maklumat hanyalah dihujung jari. Sains dan
teknologi membawa kita kepada suatu perubahan kehidupan. Kemajuannya tidak boleh
dinafikan. Namun, dalam pada itu, ada juga yang menafikan tentang kesan sains dan
teknologi. Pelbagai kesimpulan yang dibuat oleh individu berdasarkan pengamatan tentang
kesan sains dan teknologi sama ada membawa kepada kemajuan mahupun kemusnahan alam
sejagat.
Tidak dapat dinafikan bahawa sains dan teknologi mempunyai peri pentingnya dalam
pembangunan masyarakat sejagat. Namun ia juga tidak dapat disangkal mempunyai kesan
buruk dalam pembangunan negara termasuk alam sekitar mahupun sosial. Semua ini tidak
dapat dielakkan kerana kadang- kadang manusia sibuk mengejar kemajuan dan kecanggihan
sehinggakan alpa dengan kesan buruk yang bakal menimpa. Segala penemuan dan ciptaan
sains dan teknologi yang lahir dari akal manusia kadang tersasar dengan tujuan sebenar
kerana tidak mengikut lunas-lunas yang telah digariskan oleh Islam. Tidak hairanlah jika kini
banyak pengamalan sains dan teknologi juga mengundang kepada kemudaratan jika batasbatas penerokaan ilmu sains tidak menepati apa yang telah Islam utarakan.
Kini, ciptaan yang cukup canggih hasil penemuan manusia dalam teknologi pertahanan
mampu melindungi negara daripada diserang musuh. Pelbagai bentuk alat pertahanan
daripada senjata sehinggalah alat kelengkapan perang turut mengiringi kemajuan sains dan
teknologi. Dari satu sudut, ia mungkin membawa kebaikan kepada negara tapi jika difikirkan
mungkin banyak lagi kesan yang timbul akibat penggunaan alat canggih hasil kemajuan sains
dan teknologi. Pernahkah terfikir, bahawa kecanggihan alatan perang boleh membawa
kemusnahan dunia termasuklah alam sekitar dan juga banyaknya jiwa yang terkorban dek
kerakusan manusia sendiri. Contohnya, kesan penggunaan bom atau senjata api boleh
memusnahkan alam sekitar. Walaupun sekadar untuk menguji keupayaan sesuatu ciptaan,
kadang- kadang ia mengundangkan kepada kemusnahan alam sekitar seperti membawa
kepada pencemaran alam. Sementara itu, tahap kepakaran yang tinggi dan peralatan canggih

diperlukan untuk membina sendiri sebuah bom nuklear.


Kini kawalan terhadap bahan radioaktif sebenarnya amat longgar memandangkan amalannya
kian meluas. Kesan daripada letupan bom kotor mungkin tidak sedahsyat bom nuklear tetapi
boleh menyebarkan bahan radioaktif dan menyebabkan radiasi ke kawasan yang lebih luas.
Sudah tentu ia memberi kesan psikologi terhadap masyarakat yang kurang pengetahuan
mengenai keselamatan sinaran. Mungkin ia juga menimbul kekalutan dan ketakutan yang
akan menjejaskan kegiatan sesebuah masyarakat. Usaha pembersihan kawasan yang dicemari
radiasi juga menelan belanja yang tinggi dan membabitkan tenaga kerja yang ramai dan
peralatan yang canggih. Bukankah ia akan memberi kesan kepada ketenteraman awam,
menyebabkan kegawatan ekonomi negara malah ia turut tersebar melalui tiupan angin dan
tekanan udara ke negara yang bersempadan. Kesan inilah yang turut dibimbangi oleh banyak
pihak kerana penyalahgunaan kemajuan teknologi yang sedia ada.
Teknologi maklumat yang berkembang pesat sehingga ke hari ini memungkinkan semua
lapisan masyarakat mendapat maklumat dengan begitu mudah. Pelbagai penerokaan
maklumat boleh diperolehi tanpa ada batasan. Dengan menggunakan teknologi maklumat dan
komunikasi, jalan dakwah terbuka luas untuk menyampaikan sesuatu yang berguna kepada
masyarakat. Namun di sebalik kecanggihan dan kelebihan teknologi tersebut kini, terselit
suatu keburukan yang jarang sekali difikirkan kerana ia timbul tanpa disedari. Ramai muda
mudi kita terpengaruh dengan kelebihan teknologi maklumat. Kesannya kepada
pembangunan sosial generasi kita terlalu besar di mana mereka leka dengan teknologi
tersebut sehingga mengabaikan nilai murni. Contohnya, internet yang merupakan gedung
ilmu, tetapi kadangkala muda mudi kita menyalahgunakan kelebihannya dengan melayari
laman- laman web yang berunsur lucah dan tidak berakhlak. Ini akan mempengaruhi fikiran
golongan tersebut dan akan merosakkan pembangunan nafs mereka.
Kemajuan teknologi maklumat juga mendatangkan kesan buruk apabila kini berlaku pula
pencerobohan maklumat yang disebut sebagai "penggodam" di mana maklumat sulit
sesebuah negara boleh diceroboh dengan mudah. Melalui teknologi terkini juga,
pengubahsuaian ke atas sesuatu gambar boleh dibuat. Kadangkala ia memberi kesan buruk
kerana boleh menyebabkan fitnah.
Kini bioteknologi memacu negara ke arah pembangunan. Bidang kejuruteraan makanan
menerusi teknologi terkini mampu menghasilkan makanan ubahsuaian genetik (Genetically
Modified Food) yang mempunyai ciri- ciri terbaik seperti tahan lama, sedap dan bermutu,
mudah, murah serta meningkatkan pengeluaran tanaman contohnya beras perang, tomato dan
cili. Makanan yang dihasilkan adalah sama tetapi mempunyai sifat- sifat yang berbeza yang
dimasukkan dengan pelbagai gabungan gen organisma lain. Apa yang menjadi persoalan
ialah sumber genetik yang digunakan untuk menghasilkan makanan ubahsuaian tersebut
dikhuatiri daripada benda-benda yang dilarang oleh syarak. GMF juga memberi kesan
terhadap kesihatan manusia kerana mengandungi bendasing (allergen) yang tidak diketahui
kesan buruknya.
Isu pengklonan juga mendapat perhatian hangat dari semua pihak. Hasil kemajuan teknologi
mampu memindahkan genetik dari satu organisma ke organisma lain. Ini akan menghasilkan
satu organisma yang sama dengan yang induk. Isu ini agak dibimbangi kerana takut
disalahgunakan oleh pihak tertentu untuk tujuan pengklonan manusia. Hal ini terlalu
menyimpang dari landasan agama yang sebenar. Begitu juga dengan teknologi "stem cell"
yang banyak kelebihannya dalam membantu mengatasi pelbagai penyakit. Namun apa yang
dikhuatiri jika penggunaan "embryonic stem cell" bakal disalahgunakan juga untuk

pengklonan manusia.
Natijah daripada kemajuan sains dan teknologi kini sememangnya banyak membawa kepada
kebaikan disamping terselit juga keburukan. Pokok pangkalnya, apa jua kemajuan yang
dicapai perlulah berlandaskan nilai- nilai Islam dan mengikut batas- batas penerokaan ilmu
yang telah ditetapkan. Barulah kemajuan dan pembangunan yang kita capai tidak terpesong
dan tidak mendatangkan keburukan kepada ummah kerana kadangkala keburukan itu
sebenarnya kita juga yang menciptakannya.
CIRI-CIRI SAHABAT YANG BAIK

Sentiasa membantu ketika dalam kesusahan.

Menunjukkan teladan yang baik.

Mengajak ke arah kebaikan.

Bersedia mendengar masalah.

Membantu dalam pelajaran.

Contoh Karangan
Setiap individu di dunia ini pastinya memiliki sahabat ataupun rakan dalam kehidupan
mereka. Rakan-rakan amat diperlukan dalam menghilangkan kebosanan yang melanda diri.
Namun demikian, beberapa perkara perlu dipertimbangkan dalam memilih rakan. Hal ini
demikian kerana jika tersalah pilih rakan akan rosaklah masa hadapan kita. Jika diperhalusi,
ada beberapa ciri dalam memilih sahabat yang perlu kita ketahui.
Ciri yang paling utama sudah pastinya sahabat yang sentiasa membantu kita ketika
susah dan senang. Peribahasa ada mengatakan rakan ketawa senang dicari tetapi rakan tangis
sukar ditemui. Oleh itu, dalam memilih sahabat ciri ini perlu ada supaya mereka sentiasa
membantu kita tanpa mengira waktu dan ketika. Jelaslah, rakan atau sahabat yang sebegini
mampu mengisi kekosongan dan sentiasa ada saat diperlukan.
Sahabat yang baik juga pastinya mampu menunjukkan teladan yang baik kepada kita.
Sudah pasti kita tidak mahu menjadi seperti disebabkan nila setitik habis rosak susu
sebelanga. Disebabkan sikap rakan kita yang tidak elok, habis rakan-rakan yang lain dituduh
bersekongkol mahupun dilabel sebagai membawa pengaruh yang negatif. Huraian ini sangat
bertepatan dengan peribahasa berteman dengan tukang minyak wangi kita akan ikut wangi,
berteman dengan tukang minyak kita akan ikut bau minyak.
Di samping itu, dalam memilih sahabat juga pilihlah sahabat yang sentiasa mengajak
kita ke arah kebaikan. Sebagai contohnya, pilihlah sahabat yang tidak meninggalkan solat dan
tahu menghormati orang yang lebih tua. Perkara ini penting kerana ciri-ciri sahabat yang baik
itu akan menjadi ikutan kita sepanjang masa. Secara tidak langsung, masyarakat akan
memandang tinggi individu-individu yang memiliki ciri-ciri yang baik dalam diri mereka.

Seterusnya, sahabat yang baik juga pastinya bersedia untuk berkongsi ataupun
sekurang-kurangnya mendengar masalah kita pada bila-bila masa yang diperlukan. Sahabat
yang baik mampu berfungsi sebagai pembimbing di saat kita menghadapi masalah. Namun
demikian, nasihat dan bimbingan yang diberikan mestilah mampu membawa kita ke arah
kebaikan. Tidak dapat dinafikan lagi, kita perlu bersedia mendengar masalah rakan jika ingin
menjadi sahabat yang baik.
Izharnya, ada berbagai-bagai ciri yang perlu diperhalusi dalam menilai erti
persabahatan. Oleh sebab itu, kita wajar dan harus berhati-hati untuk menjadikan seseorang
itu sebagai kawan, teman ataupun jua sahabat kita. Seorang sahabat semestinya memiliki
sifat-sifat yang terpuji untuk diikuti dan dicontohi. Sahabat boleh membahagiakan kita untuk
menempuh kehidupan di dunia ini dan juga membantu kita di akhirat kelak.
Harga barang semakin hari semakin meningkat. Berikan pendapat anda tentang langkahlangkah mengurus perbelanjaan keluarga dengan baik.
Pada alaf baharu ini, harga barang semakin meningkat secara mendadak dari sehari ke
sehari. Hal ini berpunca daripada permintaan terhadap sesuatu produk yang mencatatkan
peningkatan sedangkan pengeluarannya tidak berlandaskan kadar permintaan di pasaran.
Sehubungan dengan itu, masyarakat terkena akan tempiasnya kerana kuasa beli mereka
menjadi lebih terhad. Oleh hal yang demikian, rakyat haruslah mengambil inisiatif supaya
perbelanjaan keluarga dapat diurus dengan baik.
Pertama sekali, kita haruslah berbelanja mengikut keperluan. Sekiranya kita
mempunyai keghairahan untuk memiliki sesuatu barang demi memenuhi kehendak nafsu
sendiri, maka mustahillah kita berdaya upaya untuk menampung keperluan seharian yang
menelan belanja yang besar. Oleh hal yang demikian, amatlah wajar seseorang merancang
perbelanjaan sebelum membeli-belah di pasar raya. Tuntasnya, perbelanjaan yang
berdasarkan keperluan merupakan hasil daripada pengurusan perbelanjaan yang bijak dan
berhemat.
Selain itu, kita juga patutlah membelanjakan wang berpandukan bajet yang ditetapkan.
Kita tidak seharusnya mempraktikkan amalan berbelanja secara boros kerana amalan tersebut
akan mengakibatkan kita terperangkap dalam krisis kewangan malahan banyak yang didapati
berhutang kepada ahli keluarga, rakan sebaya, saudara-mara dan sebagainya. Jikalau kita
tidak mempunyai pendapatan yang memuaskan atau rendah, usahlah kita meniru gaya
berbelanja golongan yang berada seperti jutawan, pengusaha syarikat antarabangsa dan
golongan yang berstatus tinggi. Sesungguhnya, masyarakat yang berbelanja mengikut bajet
merupakan pengguna yang pintar.
Di samping itu, perbandingan harga produk sebelum membeli juga merupakan langkah
yang efektif untuk menguruskan perbelanjaan keluarga. Ketika membeli barangan baik
produk elektronik mahupun barang keperluan seharian seperti beras, minyak masak dan
sayur-sayuran, kita perlulah membandingkan harga produk pelbagai jenama agar kita dapat
memperoleh sesuatu barang yang bermutu dengan harga yang lebih murah. Selain harga
produk, pengguna sewajarnya menitikberatkan kualiti serta tarikh luput barangan. Jikalau
barang yang telah dibeli luput tarikhnya dan tidak selamat untuk digunakan, bukankah
perbelanjaan kita boleh dikategorikan sebagai pembaziran?

Seterusnya, aktiviti berkebun secara kecil-kecilan di halaman rumah juga mampu


menjimatkan perbelanjaan seharian keluarga. Hal ini demikian kerana seisi keluarga tidak
perlu memperoleh sumber vitamin, sayur-sayuran dan buah-buahan yang dijual dengan mahal
sekali di pasar tani. Dengan amalan berkebun yang berterusan, masyarakat dapat menikmati
hasil titik peluh sendiri yang lebih organik kerana bebas daripada racun serangga dan racun
rumpai. Hasil yang berlebihan pula boleh dijual kepada peniaga sayur-sayuran di pasar tani
atau di pasar pagi. Tambahan pula, bercucuk tanam juga mampu mendatangkan pendapatan
tambahan kepada sesebuah keluarga.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai langkah yang berkesan untuk menguruskan
perbelanjaan keluarga dengan baik. Justeru, pelbagai lapisan masyarakat haruslah berbelanja
secara berhemat agar kehidupan kita tidak terjejas dengan teruk sekali akibat kenaikan harga
barangan di pasaran tempatan, bak kata ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.

CIRI-CIRI REMAJA BERWAWASAN


Teruja kenari di tepi pulasan,
Pegun nak dara gemersik suara:
Remaja kini tinggi wawasan,
Tonggak kejayaan aspirasi negara.
Pantun di atas jelas menunjukkan bahawa remaja kini merupakan tunjang kecemerlangan
sesebuah negara. Mereka merupakan pelapis yang akan menduduki tampuk pemerintahan
pada masa akan datang. Sayang dan malang sekali, remaja hari ini tidak sedar akan obligasi
yang terbeban di bahu mereka itu. Realitinya, Malaysia memerlukan lebih ramai remaja
berwawasan yang mampu mendukung aspirasi negara.
Dalam perbincangan ini, saya akan mengutarakan tentang ciri-ciri remaja berwawasan yang
diperlukan di negara Malaysia. Remaja berwawasan dan mempunyai akhlak yang mulia
boleh dicontohi. Selaras dengan cogan kata, budi bahasa budaya kita, remaja perlulah
mempunyai nilai moral yang tinggi. Mereka hendaklah mengamalkan amalan bersopan
santun ketika bertutur,berjalan, makan dan minum serta cara berpakaian. Mereka juga
mestilah menghormati orang yang lebih tua daripada mereka dengan bertutur dengan nada
yang rendah dan membongkokkan badan apabila berjalan di hadapan mereka. Selain itu,
remaja yang berwawasan juga sentiasa membantu rakan-rakan mereka yang berada di dalam
kesusahan,bak kata peribahasa, berat sama dipikul,ringan sama dijinjing.Perintah agama juga
tidak pernah dilupakan oleh remaja berwawasan kerana segala kejayaan bermula apabila kita
taat kepada perintah agama. Dengan ini jelaslah bahawa, berakhlak mulia merupakan salah
satu ciri remaja berwawasan.
Melihat daripada perspektif yang lain, seorang remaja yang berwawasan mestilah mempunyai
pengetahuan yang tinggi. Cogan kata ,membaca jambatan ilmu, kerana ilmu hanya didapati
melalui pembacaan bahan ilmiah. Remaja yang berwawasan sentiasa menelaah buku untuk
mendapatkan ilmu. Kita sedia maklum bahawa remaja adalah pewaris tampuk pemerintahan
negara dan dengan adanya ilmu di dada, mereka pasti dapat menangani segala onak dan duri
yang bakal didepani oleh negara kelak. Seterusnya, renaja berwawasan yang berilmu
pengetahuan tidak akan mudah terpedaya dengan tipu helah anasir-anasir mazmumah yang
sentiasa mencari peluang untuk menjatuhkan anak bangsa ,ibarat duri dalam daging. Sudah

terang lagi bersuluh, dengan mempunyai ilmu pengetahuan, remaja mampu menjadi remaja
berwawasan dan negara dapat melahirkan golongan inteligesia yang mampu menggalas
aspirasi negara.
Bertitik tolak daripada manifestasi tersebut, kriteria remaja berwawasan seterusnya ialah
seseorang yang gigih berusaha dan berani mendepani cabaran. Peribahasa yang bulat tidak
datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang ,perlulah disemat di dalam diri setiap
remaja .Remaja yang berwawasan sentiasa berusaha untuk mendapatkan kejayaan dan tidak
bersikap pesimistik.Tamsilnya, mereka tidak akan berputus-asa apabila tidak mendapat
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, sebaliknya mereka menjadikan perkara
tersebut sebagai permulaan sesuatu kejayaan, bak kata Adelucia Longbotton, satu pintu akan
tertutup, pintu yang lain akan terbuka. Namun, kadang-kadang kita melihat dan menyesali
pintu yang tertutup itu terlalu lama sehingga terlupa untuk melihat pintu yang telah terbuka.
Remaja berwawasan juga tidak pernah mengeluh untuk melaksanakan sesuatu perkara kerana
hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih. Oleh hal yang demikian jelaslah bahawa, remaja
berwawasan sentiasa gigih berusaha.
Semangat patriotik yang tinggi merupakan pemangkin kepada kemerdekaan negara yang
sudah mencapai angka lima puluh lima tahun pada hari ini. Remaja yang berwawasan
hendaklah menanam semangat patriotik di dalam diri kerana George Santayana pernah
berkata, manusia yang melupai sejarah, pasti akan mengulanginya semula. Semangat sayang
akan negara dapat menyelamatkan tanah tumpah darah ini daripada dijajah oleh kuasa asing
semula. Remaja berwawasan tidak akan mudah terpengaruh dalam segala bentuk penjajahan
sama ada dari segi mental, intelektual, hiburan dan sebagainya. Mereka juga tidak akan
mudah terpengaruh dengan budaya barat yang berbeza sama sekali dengan budaya timur yang
kita amalkan selama ini. Jelaslah bahawa,semangat patriotik yang tinggi merupakan ciri
remaja berwawasan yang diidam-idamkan oleh negara.
Akhirulkalam ,ciri-ciri remaja berwawasan ini mampu dicapai oleh setiap remaja kerana ia
merupakan aspek-aspek yang sememangnya sudah diterapkan di dalam diri setiap
warganegara Malaysia tidak kira kanak-kanak, remaja, orang dewasa mahupun warga emas.
Dengan ini, diharapkan bahawa cita-cita negara untuk mencapai status negara maju pada
tahun 2020 dan dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara atas angin
yang moden tidak menjadi seperti angan-angan Mat Jenin.
Cara-cara yang berkesan untuk melahirkan insan yang cemerlang
Posted: November 20, 2010 in Uncategorized
19

143 Votes
Cara-cara yang berkesan untuk melahirkan insan yang cemerlang
Pada alaf digital yang mendepani ombak globalisasi ini, negara kita telah pesat membangun

dan bangunan yang mencakar langit telah didirikan bagai cendawan tumbuh selepas hujan.
Namun demikian, pembangunan kerohanian tidak mengalami transformasi yang ketara secara
anjakan paradigma. Untuk merealisasikan wawasan 2020, Misi Nasional atau Satu Malaysia,
kerajaan perlu menjanakan pembangunan kerohanian untuk melahirkan modal insan yang
cemerlang, terutamanya golongan remaja kerana mereka merupakan tonggak negara yang
bakal menerajui cerucuk kepimpinan di negara kita. Dalam konteks ini, modal insan yang
cemerlang memerlukan ciri-ciri yang unik, iaitu berintelek, berakhlak mulia, kreatif dan
kritis, berbadan sihat serta memiliki kepimpinan. William J. Siegel berkata, Manusia tidak
meracang untuk gagal tetapi mereka gagal merancang. Oleh itu, semua pihak yang
terlibat perlu merancangkan tindakan-tindakan yang efektif untuk melahirkan insan yang
cemerlang dalam kalangan rakyat Malaysia.
Untuk mencambahkan insan yang cemerlang, ibu bapa memainkan peranan yang prioriti.
Menurut Hadis, anak dibaratkan kain putih yang akan dicorakkan oleh ibu bapanya.
Lantaran itu, ibu bapa yang bertanggungjawab dan memiliki ilmu keibubapaan berupaya
mencanai insan yang gemilang. Terlebih dahulu, ibu bapa perlu menitikberatkan pencapaian
akademik anak mereka. Selain menemani anak mereka mengulang kaji dan membuat latihan,
ibu bapa juga perlu menjadi role model atau suri teladan kepada anak mereka dalam amalan
membaca kerana ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. Amalan membaca perlu
dipupuk sejak kecil lagi, persis peribahasa melentur buluh biarlah dari rebung. Banyak
membaca luasnya ilmunya. Ibu bapa tidak patut lokek atau kedekut untuk memberikan pujian
kepada anak atas sesuatu kejayaan. Hal ini dapat memberikan dorongan kepada mereka untuk
mendaki lereng yang penuh dengan onak dan duri hingga mencapai kejayaan yang
cemerlang. Hal ini selaras dengan kata-kata El Leseur, Tanpa semangat tidak ada
pekerjaan besar yang dapat dilakukan. Tegasnya ibu bapa perlu berusaha membimbing
anak mereka ke arah kecemerlangan akademik.
Bagaimanapun, kecemerlangan akademik atau intelek tidak akan membawa sebarang makna
jika tidak dilengkapi dengan sahsiah yang mulia. Ternyata, banyak golongan yang terdidik
turut melibatkan diri dalam pelbagai jenayah kolar putih atau gejala sosial terutamanya
pengagihan dadah dan kegiatan maksiat bagai melukut di tepi gantang. Sehubungan dengan
itu, ibu bapa perlu memastikan anak mereka menerima ajaran agama dan nilai-nilai murni di
rumah. Ibu bapa perlu membimbing anak mereka menjalankan solat sembahyang dan
mengaji kitab-kitab suci. Golongan muda perlu memiliki keimanan yang teguh untuk
menjauhi segala godaan dan nafsu. Pemuda dan pemudi yang berbudi bahasa,
bertanggungjawab dan berjati diri dapat melahirkan masyarakat sakinat yang diidamidamkan. Dengan kata lain, ibu bapa hendak membentuk anak remaja yang berakhlak mulia
untuk melahirkan masyarakat penyayang menjelang wawasan 2020.
Untuk melunaskan hasrat negara, modal insan yang kreatif dan kritis merupakan komponen
yang signifikan. Pihak sekolah berperanan penting untuk melahirkan insan yang kreatif dan
kritis. Sukatan pelajaran dan kokurikulum sekolah perlu mengalami reformasi dan keluar dari
kepompong yang tradisi dan statik. Dalam dunia ICT, pendapatan Google, Facebook dan
Microsoft telah mengatasi pendapatan negara kita. Produk yang dijual oleh mereka ialah
kreativiti dan ilmu mereka. Hal ini telah membuktikan bahawa ilmu yang dimiliki tidak akan
berguna jika tidak dicampuri dengan imaginasi yang berani dan praktikal yang berterusan.
Ekoran daripada itu, pihak sekolah perlu menggalakkan pelajar mengemukakan idea mereka.
Pertandingan reka cipta robotik, laman web dan fesyen serta lain-lain lagi perlu diadakan .
Secara tidak langsung, pihak sekolah dan warga didik tidak boleh lagi bergantung pada buku
teks sahaja tetapi perlu bersikap terbuka untuk melatih anak buah mereka untuk mencetuskan
idea yang kreatif dan kritis.
Di samping itu, ibu bapa dan pihak sekolah perlu memastikan generasi muda kita memiliki
badan yang sihat dan cergas. Pihak sekolah perlu memberikan ilmu pengetahuan tentang

cara-cara menjaga kesihatan kerana mencegah lebih baik daripada mengubati. Pendidikan
Jasmani di sekolah perlu dititikberatkan. Kementerian Pelajaran telah menetap setiap pelajar
perlu bergiat dalam satu sukan. Hal ini merupakan tindakan yang bijaksana. Ibu bapa perlu
memastikan anak mereka senantiasa menjaga kebersihan dan mengamalkan pemakanan
seimbang seperti kriteria dalam piramid makanan. Sehubungan dengan itu, putera dan puteri
yang sedang berjuang dalam medan ilmu dapat menjauhi penyakit kronik dan penyakit
berjangkit. Badan cergas otak cerdas. Fizikal yang sihat akan membentuk semangat kental
dan waja diri untuk menghadapi pancaroba dalam gelombang globalisasi. Natijahnya, ibu
bapa dan pihak sekolah perlu menitikberatkan kesihatan dan kekuatan fizikal anak muda kita.
Sementelahan, pihak sekolah perlu mengaturkan strategi yang terancang untuk melahirkan
pemimpin yang berwibawa . Apakah ciri-ciri seorang pemimpin yang berwibawa? Tidak lain
tidak bukan pemimpin yang berketerampilan perlu bersikap disiplin, tanggungjawab, amanah,
dapat bekerjasama, berinteraksi dan bermusyawarah dengan orang lain serta berupaya
berucap di khalayak ramai. Dalam situasi ini, pihak sekolah perlu menyediakan satu ruang
yang kondusif kepada pelajar untuk menonjolkan kepimpinan mereka. Setiap pelajar perlu
diberikan peluang untuk menjadi ahli jawatankuasa dalam kelas, persatuan kokurikulum dan
pasukan beruniform. Menurut kata-kata mutiara, Anda memerlukan sebanyak mungkin
pengalaman getir untuk menziarahi keunggulan anda. Justeru itu, guru sebagai
penasihat harus membimbing pelajar untuk menjadi pemimpin tanpa banyak campur tangan.
Seperti peribahasa, bumi mana tidak ditimpa hujan, pelajar yang bersalah atau bersilap
perlu diberi peluang untuk membaiki diri mereka sehingga meminimumkan kelemahan
mereka. Kepimpinan seseorang insan akan berputik setelah dibimbing, diasak, dilatih dan
diberi peluang. Hakikatnya, sekolah merupakan medan yang kondusif untuk membuahkan
modal insan yang bercirikan kepimpinan.
Kesimpulan, bak kata peribahasa, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara,
golongan muda perlu dicanai supaya menjadi modal insan yang cemerlang. Ibu bapa dan guru
memainkan peranan yang terpenting untuk mencapai aspirasi tersebut. Adakah pada tahun
2057, negara kita telah memiliki saintis yang memperoleh hadiah Nobel? Adakah negara kita
akan memiliki usahawan seperti Bill Gates? Adakah negara kita akan memiliki olahragawan
yang akan memiliki pingat emas dalam Sukan Olimpik? Hasrat tersebut akan tercapai jika
masyarakat kita mengalami anjakan paradigma dari segi pembangunan kerohanian untuk
melahirkan model insan yang cemerlang seperti tema Hari kebangsaan, 1 Malaysia Menjana
Transformasi.
CARA-CARA ANDA MENGATASI TEKANAN ATAU STRES
Setiap manusia tidak terlepas daripada menghadapi tekanan dalam kehidupan. Hal ini
bertepatan dengan maksud peribahasa, bumi mana yang tidak ditimpa hujan dan lautan mana
yang tidak bergelora. Bagaimanapun, tekanan yang dihadapi itu berbeza-beza tahapnya.
Tekanan yang dihadapi oleh golongan dewasa mungkin akibat memikirkan masalah keluarga,
kewangan atau kerjaya, manakala bagi remaja pula tekanan yang dihadapi mungkin berkaitan
dengan pelajaran, hubungan dengan rakan atau masalah yang berkaitan dengan keluarga.
Bagi sesetengah orang, tekanan mungkin membawa kejayaan dan kebahagiaan dalam
kehidupan, manakala yang lainnya pula menganggap tekanan sebagai sumber kesengsaraan
dan penderitaan sehingga tekanan yang dihadapi itu membawa kepada pengakhiran

kehidupan. Sebagai pelajar, saya juga tidak terlepas daripada menghadapi tekanan yang
berpunca daripada pelbagai faktor terutamanya faktor pelajaran. Oleh hal yang demikian,
sebelum nasi menjadi bubur, beberapa langkah telah saya ambil bagi menangani masalah
tekanan.
Kehidupan yang terlalu sibuk menyebabkan kita sering melupakan kegiatan yang sangat
berfaedah untuk kesihatan fizikal, mental dan psikologi kita. Kegiatan tersebut ialah riadah,
iaitu aktiviti yang sering dilakukan pada waktu lapang terutamanya pada hujung minggu.
Antara kegiatan riadah yang kerap saya lakukan ialah berbasikal, joging, bermain futsal,
bermain badminton, bersiar-siar di taman rekreasi dan memancing ikan. Selepas bermain
futsal dan badminton umpamanya, selain peluh mengalir membasahi tubuh, kepenatan akan
dapat dirasakan. Selepas mandi dan membersihkan diri, saya akan berehat melepaskan lelah.
Keadaan akan menjadi lebih baik apabila saya dapat melelapkan mata. Oleh sebab kepenatan
selepas melakukan riadah, saya akan tidur dengan sangat lena. Hilang sebentar segala
masalah yang membelenggu diri. Tekanan pun menghindar dan akhirnya fikiran menjadi
lapang. Ada waktunya saya melakukan riadah bersama-sama ibu bapa saya. Peluang
keemasan itu saya gunakan sepenuhnya dengan melakukan perbincangan, sama ada yang
berkaitan dengan masalah peribadi, mahupun masalah pelajaran yang sering memberikan
tekanan kepada saya. Lantaran itu, saya menganggap kegiatan riadah sebagai serampang dua
mata yang membantu meningkatkan kesihatan diri di samping menjadi salah satu cara untuk
mengurangkan tekanan.
Sesungguhnya saya amat meyakini bahawa cara kita berfikir amat mempengaruhi kesihatan
diri, terutamanya kesihatan mental. Lantas, demi memastikan saya memiliki kesihatan yang
baik tanpa menghadapi tekanan, saya sentiasa berfikiran positif apabila berhadapan dengan
situasi yang kritikal dan sukar. Apabila menerima pujian, saya tidak akan berbangga dengan
pujian tersebut, sebaliknya saya akan memikirkan sama ada pujian terebut diberikan secara
ikhlas atau diberikan kepada saya kerana ada udang di sebalik batu. Berkemungkinan pujian
itu diberikan secara bersahaja, atau jika tidak pun saya menerimanya sebagai satu
penghargaan. Bagaimanapun, jika kritikan atau teguran pula yang diberikan, saya akan
menerimanya dengan minda terbuka dan menganggapnya sebagai kritikan yang membina.
Ibu sering mengingatkan saya bahawa kritikan yang diberikan oleh seseorang itu sebenarnya
lebih ikhlas dan memiliki nilai kejujuran berbanding dengan pujian yang selalunya lebih
bersifat palsu. Di sebalik kritikan yang diterima itu saya akan melakukan muhasabah diri lalu

membaiki segala kekurangan yang ada agar saya tidak menerima kritikan yang sama pada
waktu yang lain pula. Sekiranya saya tidak dapat menerima kritikan tersebut, fikiran akan
menjadi tidak menentu dan kusut, lalu akhirnya saya akan terjerat dalam kancah tekanan yang
melampau. Natijahnya, saya sentiasa menghadapi tekanan dengan fikiran yang positif.
Saya ialah penggemar dan pencinta muzik sama ada muzik ciptaan anak tempatan mahupun
muzik antarabangsa. Seandainya muzik tidak didengar menerusi cakera padat, masih ada
muzik di dalam jiwa saya yang membuatkan kaki bergoyang. Bagi saya, muzik pencetus
kegembiraan dan keceriaan, walaupun sesekali muzik mengundang kesedihan dan kedukaan.
Hal ini bertepatan dengan pandangan ahli-ahli psikologi bahawa muzik merupakan salah satu
wahana terapi yang efesien dan sumber ketenangan fikiran yang sering diabaikan. Apabila
muzik bergema, hati akan dibuai oleh alunan melodinya sehingga di luar kesedaran diri, saya
seperti berada di alam yang lain. Muzik yang rancak akan menyebabkan kaki bergoyang,
manakala muzik sentimental pula akan menjadikan diri dibuai perasaan. Seni katanya yang
melankolik akan menyumbang ke arah penghayatan yang tinggi seolah-olah saya turut
merasakan kedukaan yang sedang dialami oleh pelantun lagu tersebut. Jika tekanan
menghimpit perasaan, tanpa disedari saya telah melupakan sebentar tekanan tersebut dengan
bantuan muzik. Hal ini bertepatan dengan kata-kata pujangga yang menukil bahawa muzik
tak mungkin dapat dipisahkan daripada jiwa setiap manusia. Tanpa muzik juga kehidupan
akan menjadi sepi. Oleh itu, muzik bukan sahaja dapat menghiburkan hati, malah muzik
seperti memiliki kuasa magis yang berupaya mengurangkan tekanan yang saya hadapi,
bertepatan dengan maksud peribahasa sambil menyelam minum air.
Saya juga menjadikan ibadat sebagai salah satu cara untuk mengurangkan tekanan yang
dihadapi. Setiap hari saya akan mendirikan solat , sekurang-kurangnya lima kali sehari
kerana solat merupakan tiang agama. Apabila saya tidak mendirikan solat, hal ini bermakna
runtuhlah agama saya. Sesungguhnya, solat memberikan ketenangan yang tidak dapat saya
ungkapkan dengan kata-kata. Solat yang khusyuk akan menjadikan saya melupakan semua
tekanan yang saya hadapi, malah saya dapat merasakan betapa dekatnya diri saya dengan
Yang Maha Pencipta. Jiwa berasa tenang dan damai, hati juga menjadi bersih. Benarlah
seperti yang pernah dikatakan oleh seorang penceramah gaya hidup sihat, Encik Norhisham
Mustaffa bahawa solat merupakan senaman yang paling ampuh untuk memberikan kesihatan
terbaik buat tubuh badan kita . Ketika rukuk dan sujud, darah akan mengalir dengan lebih
sempurna di tubuh kita. Demikian juga ketika saya duduk di antara dua sujud dan duduk

tahyat awal serta akhir, kedudukan tubuh dan jari-jari kaki memberikan bentuk senaman yang
begitu berkesan. Selepas mendirikan solat, saya akan berzikir yang mampu membersihkan
dan memberikan kedamaian kepada hati serta jiwa. Saya sangat menyedari dan menginsafi
bahawa hanya Allah yang dapat membantu saya dalam segala hal. Lantaran itu, saya
menjadikan ibadat sebagai usaha yang terbaik untuk menghindari dan mengurangkan tekanan
yang dihadapi.
Melancong merupakan aktiviti kekeluargaan yang amat saya nanti-nantikan. Setiap
tahun ayah dan ibu akan membawa saya serta adik melancong ke luar negara. Sehingga kini
kami telah melawat Indonesia, China, Kemboja dan India selain melancong di dalam negara.
Sejujurnya, setiap kali melancong saya dapat merasakan keterujaan dan kegembiraan yang
membolehkan saya melupakan segala masalah yang membelenggu fikiran. Secara tidak
langsung, tekanan yang mengganggu fikiran yang berpunca daripada masalah yang dihadapi
dapat saya atasi atau setidak-tidaknnya dapat saya lupakan sebentar. Ketika melancong itu,
saya dapat menikmati keindahan dan keunikan panorama negara lain di samping
menambahkan pengetahuan tentang budaya dan sejarah negara tersebut, bertepatan dengan
maksud peribahasa jauh perjalanan luas pemandangan, banyak pula pengalaman. Ketika
melawat Solo dan Jogjakarta di Pulau Jawa, Indonesia umpamanya, saya dapat menyaksikan
keunikan budaya mereka walaupun kita masih dalam rumpun yang sama, iaitu Melayu. Seni
tari mereka sangat halus dan mempesona berdasarkan gerak jari tangan, kaki dan tubuh
mereka dengan iringan muzik gamelan yang syahdu. Adat di keraton pula masih dikekalkan
untuk tatapan pelancong walaupun sistem pemerintahan beraja tidak lagi diamalkan di
republik tersebut. Keunikan Candi Borobudur amat mengagumkan dengan seni binanya yang
amat halus. Keseluruhan aktiviti ketika melancong itu termasuk sesi membeli-belah cukup
membantu saya melupakan segala tekanan yang dihadapi.
Sebagai kesimpulan, terdapat pelbagai usaha yang saya lakukan untuk menghadapi tekanan
dalam kehidupan. Walau apa-apa pun yang berlaku, mahu atau tidak, saya terpaksa
menghadapi segala tekanan yang ada demi kelangsungan hidup yang lebih bermakna.
Tekanan merupakan masalah dan tekanan juga merupakan sumber motivasi, justeru tanpa
tekanan, hidup kurang berseri umpama pokok yang tidak berbunga. Dengan tekanan jugalah
fikiran saya menjadi lebih matang dan dewasa. Di sebalik ketabahan saya menghadapi
tekanan itu, saya masih memerlukan insan lain untuk menghadapinya dengan lebih rasional.
Dalam hal ini, kedua-dua ibu bapa akan menjadi sumber rujukan saya di samping rakan-rakan

sebaya yang rapat hubungannya dengan saya. Saya juga tidak melupakan guru yang mendidik
dan mengajar saya menjadi insan berilmu. Sesungguhnya, hanya dengan ketabahan dan
keimanan yang kukuh dapat membantu saya menghadapi semua tekanan dengan tenang.
Remaja hari ini berdepan dengan pelbagai tekanan dalam usaha memenuhi keinginan ibu
bapa dan guru untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Stres yang dihadapi telah
menyebabkan ada remaja yang mengambil tindakan yang tidak sesuai. Jelaskan usahausaha yang perlu anda lakukan untuk menangani stres.
Zaman remaja diakui sebagai zaman yang sangat indah namun penuh pancaroba. Remaja
akan meneroka pelbagai sudut kehidupan demi mencari hala tuju mereka. Dalam tempoh
pengembaraan itu, remaja akan berdepan dengan pelbagai masalah yang menguji ketabahan
mereka. Ada remaja yang berjaya menangani masalah dengan baik namun ada juga yang
tewas dalam kancah emosi sehingga mencetuskan permasalahan yang lebih serius. Remaja
seperti inilah yang perlu dibantu agar mampu menangani tekanan emosi dalam jiwa mereka
dengan cara yang bijak.
Apabila dibebani masalah, remaja lebih cenderung untuk melarikan diri daripada masalah
dengan mencetus masalah lain. Contohnya, remaja selalu berdepan dengan konflik keluarga
kerana pandangan yang berbeza. Jika itu berlaku, mereka mengambil jalan mudah dengan
keluar melepak bersama rakan-rakan yang mungkin mendorong mereka untuk melakukan
perkara-perkara negatif. Mereka mula tidak pulang ke rumah kerana tidak ingin bertembung
dengan punca masalah di rumah. Hakikatnya tindakan itu tidak bijak kerana langkah terbaik
adalah dengan mencari punca masalah tersebut dan berbincang bersama-sama agar yang
keruh dapat dijernihkan. Jelas bahawa merungkai benang yang kusut adalah lebih baik
daripada terus menambah masalah.
Ada juga remaja yang gemar memendam rasa apabila berdepan dengan masalah. Mereka
akan menjadi pendiam dan jika keadaan itu dibiarkan berterusan, kemungkinan mereka akan
menjadi murung. Kemurungan yang berlebihan akan membawa kepada masalah jiwa. Perkara
ini boleh dielakkan jika remaja mencari seseorang yang boleh dipercayai untuk meluahkan
masalah mereka. Teman baik merupakan orang yang sepatutnya dijadikan sandaran namun
remaja perlu bijak memilih orang yang paling dipercayai. Walaupun orang yang mendengar
tidak mampu membantu, sekurang-kurangnya luahan masalah itu dapat meringankan
kekusutan yang bermain di minda. Melepaskan apa yang terbuku di jiwa merupakan terapi
paling baik dalam menangani stres.
Selain itu, cara yang tepat untuk mengatasi stres adalah dengan mendekatkan diri kepada
Tuhan. Berdoa dan meluahkan rasa hati kepada Tuhan dapat meringankan bebanan. Dengan
mendekatkan diri kepada Tuhan, remaja dapat menerima hakikat bahawa masalah yang
datang itu adalah dugaan daripada Tuhan untuk menguji tahap keimanan seseorang. Dugaan
itu akan dipandang dari sudut yang positif jika remaja menerima segala masalah sebagai
ketentuan atau takdir daripada Tuhan. Maka mendekatkan diri kepada Tuhan dengan
beribadat merupakan cara yang paling tepat untuk menghilangkan keresahan hati dan remaja
boleh memohon petunjuk daripada Tuhan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Kerunsingan terbukti dapat dihindarkan atau diatasi dengan cara beriadah. Jika ada masalah,
luangkan masa untuk bersenam atau berjalan-jalan di kawasan riadah yang tenang. Ini selaras
dengan slogan badan cergas otak cerdas. Aliran darah yang lancar hasil aktiviti riadah dapat
mengurangkan tekanan pada minda yang berserabut dan kemungkinan remaja dapat
melupakan seketika masalah yang sedang ditanggung. Remaja juga patut mengajak rakan
atau ahli keluarga untuk bersama-sama beriadah dan hasil komunikasi ketika sesi riadah
dapat membantu meringankan masalah. Tuntasnya, proses biologi yang tercetus ketika
beriadah dapat memberi ilham kepada remaja untuk menyelesaikan masalah emosi yang
ditanggung.
Kesimpulannya, stres tidak boleh dibiarkan menguasai diri kerana implikasinya terlalu besar.
Orang yang sedang dalam tekanan yang keterlaluan selalunya tidak dapat mengawal diri
sendiri. Justeru, jika kita sedang mengalami stres, berusahalah untuk mengatasinya secepat
mungkin. Begitu juga jika kita melihat rakan yang sedang dalam tekanan, carilah jalan untuk
membantunya mengatasi masalah tersebut. Cegah sebelum parah adalah jalan yang terbaik
sebelum nasi menjadi bubur.
Kesan Pengambilan Makanan Segera
Apabila ada ura-ura untuk mencadangkan pengharaman iklan makanan segera dalam media
massa sama ada media cetak atau media elektronik oleh Kementerian Kesihatan, banyak
pihak memberikan pandangan yang berbeza-beza. Pandangan tersebut sudah tentu bersifat
positif dan negatif. Kebanyakan pandangan negatif adalah berkaitan dengan kesan negatif
terhadap ekonomi. Justeru, pakar-pakar ekonomi berpendapat bahawa langkah tersebut
sebagai suatu tindakan yang boleh memalapkan ekonomi terutama dalam industri
pengiklanan. Dalam hal ini, golongan tersebut lupa bahawa tentang kerosakan dan
komplikasi kesihatan yang berlaku apabila terlalu banyak makan makanan segera. Adakah
demi kelok ekonomi, kita sanggup berkorban nyawa? Persoalan besar ini perlu direnungkan
dengan
sikap
berlapang
dada
dan
berpandangan
jauh.
Trend masyarakat masa kini turut mendorong perkembangan drastik industri makanan segera.
Masyarakat yang terlalu sibuk sama ada kesibukan tugas atau kesibukan yang berpunca
daripada rentak kehidupan masyarakat moden mendorong mereka mencari jalan pintas
dengan mengambil makanan segera sebagai alternatif daripada makanan berat. Padah yang
paling buruk daripada sikap tersebut apabila sikap itu menjangkiti anak-anak pula. Jika
beberapa dekad yang lalu, mi segera menjadi pilihan makanan segera, kini terdapat ribuan
jenama dikeluarkan atas keperluan makanan segera. Selain kurang berkualiti dan kandungan
zat makanan yang tidak seimbang, makanan segera banyak membawa mudarat sebagai akibat
kandungan
garam
dan
bahan
pengawet
yang
berlebihan.
Pada hari ini, perkara yang membimbangkan berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan
remaja, iaitu komplikasi kegemukan atau obesiti. Statistik sejak akhir-akhir ini menunjukkan
bahawa 25 hingga 30 peratus kanak-kanak di Malaysia menghadapi masalah kegemukan.
Bahaya kegemukan telah menjadi suatu sindrom baru rakyat Malaysia yang dikatakan
berpunca daripada pengambilan berlebihan makanan segera yang mengandungi lemak dan
gula yang tinggi. Makanan tersebut ialah aiskrim, makanan yang berasaskan marjerin dan
minuman berkarbonat di dalam tin adalah antara makanan kegemaran kanak-kanak dan
remaja kini. Bahaya yang paling serius daripada kegemukan ialah risiko peningkatan

kolesterol

dalam

darah.

Komplikasi dan radang tiga serangkai iaitu darah tinggi, buah pinggang dan sakit jantung
sentiasa menjadi perbualan hangat penyakit moden masa kini.Satu kajian yang dibuat oleh
Pusat Pendidikan Pacific Health di Bakerfield, California dan Prevention Concepts
Incorporated di Los Angeles yang melibatkan 200 pelajar sekolah menunjukkan bahawa
sebanyak 8 orang mengambil lemak tepu yang berlebihan daripada makanan ringan yang
disediakan. Selain itu, dalam mesyuarat Kolej Kardiologi Amerika di Anaheim melaporkan
risiko remaja menghadapi sakit jantung daripada lebihan lemak tepu dan kolesterol yang
terdapat
dalam
makanan
segera
adalah
amat
tinggi.
Otak sewajarnya lebih sihat. Peribahasa pun ada menyatakan bahawa "otak yang cerdas
berada pada tubuh badan yang sihat". Walau bagaimanapun, kajian di Baycrest Centre di
Universiti Toronto, Kanada merumuskan bahawa makanan segera boleh merosakkan fungsi
otak. Hal ini berdasarkan kandungan makanan segera yang mengandungi lebihan lemak yang
boleh merosakkan daya konsentrasi dan tahap ingatan. Otak memerlukan glukosa untuk
berfungsi dengan baik, namun kandungan lemak yang terlalu banyak boleh mengganggu
peranan glukosa. Kajian Profesor Greenwood dari Universiti Toronto menunjukkan bahawa
makanan segera mengandungi kadar lemak dan protein yang tinggi serta kandungan
karbohidrat yang rendah merupakan imbangan makanan yang tidak sesuai untuk
perkembangan
otak
manusia.
Selain itu, pelbagai komplikasi lain turut mengancam pengambilan makanan segera.
Ancaman tersebut ialah radang paru-paru yang boleh membawa kepada penyakit asma yang
kronik. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh pakar saintis dari Scotland dan Arab Saudi
dengan semua pengamal perubatan mendapati bahawa makanan ringan menjadi punca
meningkatnya penyakit alahan dalam kalangan kanak-kanak. Kajian yang dilakukan terhadap
100 orang kanak-kanak yang mengambil makanan segera menunjukkan bahawa mereka
kurang mengambil makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, vitamin E, zat-zat logam
dan susu amat mudah menghadapi risiko diserang asma yang berlarutan.
Benarlah seperti telahan orang tua-tua, "jangan ambil senang jika tidak mahu susah". Inilah
musibah apabila masyarakat terlalu memilih jalan mudah termasuk dalam hal makan minum.
Makanan sebenarnya menjadi sumber untuk kesihatan dan kesejahteraan, malang sekali
apabila makanan turut membawa kesengsaraan kepada manusia.
Di bawah ini saya senaraikan kesan pengambilan makanan segera secara berlebihan.

Obesiti - Tahukah anda bahawa makanan segera merupakan punca kegemukan.


Tak percaya? Dalam sebiji burger sahaja terdapat 35 peratus lemak. Itu tidak termasuk
lagi dengan hidangan yang lain seperti ais krim, kentang goreng, ayam goreng, dan
sebagainya. Memang lazat tetapi sanggupkah anda menderita sebelum tua akibat
keseronokan yang sememangnya dapat dikecapi hanya seketika sahaja?

Ketahanan badan menjadi lemah. Ini kerana terdapat banyak bahan kimia
dimasukkan sekali dalam makanan sebagai perisa tambahan. Bukan itu sahaja,
pewarna tiruan juga memberikan kesan kepada ketahanan badan manusia.

Penambahan kolestrol dan kalori secara mendadak dalam badan. Macam mana
itu? Anda hendak tahu? Dengan mengambil makanan ringan secara kerap dan
banyak akan menyebabkan kolestrol dan kalori masuk ke dalam badan. Kalau
anda sempat membaca kandungan bahan pada plastik pembungkus makanan segera,
anda akan mengetahui jumlah kandungan kalorinya. Setiap jenis makanan segera
mempunyai kandungan minyak, lemak, dan karbohidrat yang tinggi. Kalau anda
sudah tahu, pasti ramai yang akan kurangkan pengambilan makanan segera.

Diabetes - Anda tahu apakah maksud diabetes? Ia merupakan satu penyakit yang
lebih dikenali sebagai kencing manis. Salah satu penyebab penyakit kencing manis
adalah pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. Air
birkabonat dan bergas merupakan sumber utama kepada diabetes kerana kandungan
gulanya memang tinggi.

Kanser - Tahukah anda bahawa kandungan bahan kimia dan perisa yang ada
dalam makanan ringan dan segera boleh menyebabkan kanser. Takut kan?

Langkah-langkah yang dapat dilaksanakan untuk memupuk semangat


patriotisme dalam kalangan generasi muda.

Semangat patriotisme ialah semangat cinta akan negara. Perdana Menteri, Yang Amat
Berhormat Dato Seri Najib Tun Abdul Razak menyatakan bahawa semangat
patriotisme perlu dipupuk dalam diri generasi muda di negara ini supaya rakyat di
negara lain dapat menghormati dan memandang mulia kepada kita. Tambah beliau
lagi, semangat patriotisme hendaklah diterapkan dalam diri generasi muda kita kerana
budaya ini sudah menjadi sebahagian negara.Terutamanya ,ibu bapa perlu
menerapkan semangat patriotisme dalam diri anak-anak untuk menjadikan mereka
sebagai generasi muda yang cemerlang dan dibanggakan oleh negara kerana
keperibadian generasi kini akan mencerminkan keperibadian negara ini. Banyak
langkah yang boleh dilakukan oleh pelbagai pihak untuk memupuk semangat
patriotisme dalam diri generasi masa kini.

Antara langkah yang boleh dilakukan untuk memupuk semangat patriotisme


dalam diri generasi muda ialah bermula dari ibu bapa. Misalnya, ibu bapa perlu sering
bercerita tentang tokoh-tokoh pejuang tanah air kepada anak-anak. Secara tidak
langsung semangat patriotik dapat diterapkan semasa anak-anak masih kecil lagi. Ibu
bapa haruslah bercerita atau membacakan cerita tentang perjuangan tokoh-tokoh
terkenal seperti Mat Kilau, Tok Janggut, Tok Kenali,Datuk Bahaman dan banyak lagi
pejuang tanah air. Ibu bapa perlu mendedahkan jasa-jasa pejuang tanah air dengan
memberitahu mereka betapa sukarnya berjuang untuk membebaskan diri daripada
belenggu penjajahan. Selain itu, menceritakan peristiwa orang-orang terdahulu hidup
semasa zaman penjajahan. Apabila bercerita ibu bapa perlu menekankan betapa
pentingnya semangat patriotisme dalam diri kita. Hal ini dapat dilihat apabila orang
terdahulu mengharungi pahit maung dan bertapa sukarnya untuk mendapatkan
makanan, hidup dalam kesusahan dan kesengsaraan serta sentiasa dizalimi oleh
penjajah. Mereka akan dapat membandingkan keadaan hidup dalam pascamerdeka.

Selain itu, pihak sekolah perlu mengadakan lawatan ke tempat bersejarah


untuk pelajar-pelajar sekolah supaya menjadi generasi yang mempunyai semangat

patriotisme. Terdapat banyak tempat bersejarah di negara kita untuk dikunjungi.


Tempat-tempat tersebut merupakan monument yang perlu dipelihara supaya generasi
kini akan dapat melihat sendiri dan merasai kesan yang amat mendalam. Sebagai
contoh tempat bersejarah yang boleh dilawati ialah Kota A Famosa di Melaka. Sambil
melawat ke tempat bersejarah, guru yang mengetuai lawatan tersebut perlu
menceritakan tentang kejatuhan Melaka lalu Portugis membina Kota A Famosa.
Pelajar-pelajar akan dapat melihat kesan peristiwa tanah air dan dapat menerapkan
semangat cinta akan negara.pemerhatian mereka terhadap kesan-kesan peninggalan
sejarah akan melahirkan semangat juang untuk menpertahankan negara daripada
ancaman musuh. Contohnya, kunjungan ke tempat bersejarah yang lain seperti Bandar
Hilir Melaka yang akan mengingatkan mereka kepada sejarah hitam negara ketika
dijajah oleh Portugis, Belanda dan Inggeris.

Tambahan lagi, generasi kini perlu menyertai program yang dilakukan oleh
pihak kerajaan. Contohnya remaja kini perlu menyertai Program Latihan Khidmat
Negara. Program ini dipernuhi dengan aktiviti yang memupuk semangat patriotik
seperti kawad kaki dan latihan berkumpulan. Program ini juga merupakan gabungan
latihan ketenteraan dan memupuk semangat patriotik kepada mereka ke arah cinta
akan negara. Pelatih-pelatih akan dapat mempelajari nilai-nilai murni seperti
tanggungjawab, kerjasama dan hormat-menghormati. Pelatih akan bercampur gaul
dengan pelatih lain yang berbilang kaum, budaya dan agama yang berbeza. Hal ini
akan dapat memupuk semangat perpaduan yang merupakan elemen yang penting
dalam semangat patriotik seperti pepatah bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Di
samping itu, program ini akan dapat melahirkan generasi yang mengetahui hal
kenegaraan yang berkaitan dengan kerajaan dan kedaulatan negara.

Seterusnya, ibu bapa perlu sering membawa anak-anak menyambut hari


kemerdekaan. Ibu bapa dan anak-anak perlu melihat atau menyertai sambutan di
kawasan setempat atau ibu bapa mengajak anak-anak menyaksikan kemeriahan
kemerdekaan di televisyen. Hai ini demikian akan dapat menjadi medium yang sangat
berkesan untuk menyermai rasa cinta akan negara dalam sanubari meraka. Di samping
menyaksikan kemeriahan kemerdekaan akan dapat mengimbas kembali nostalgia dan
memori sewaktu negara dijajah melalu nukilan puisi-puisi, sketsa, novel-novel
kemerdekaan terbit di hati meraka semangat biar patah tulang, jangan putih mata. Ibu
bapa juga perlu menerangkan kepada anak-anak nikmat menjadi anak pascamerdeka
dan bersyukur kerana diberikan keamanan dan kedamaian.

Konklusinya, memupuk semangat patriotisme perlu dijalankan sepanjang


masa tanpa henti. Hal ini demikian dapat melahirkan generasi yang mempunyai rasa
cinta akan negara dan menjadi individu yang berguna kepada bangsa dan juga negara.
Peranan semua pihak sangat penting untuk menerapkan semangat patriotik dalam diri
generasi muda. Contoh yang baik akan diikuti oleh orang ramai. Bak kata pepatah
bagaimana acuannya, begitulah kuihnya.

Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara kita pada masa
ini seperti yang didakwa oleh banyak pihak. Hal ini berlaku demikian kerana masingmasing sibuk dengan urusan sendiri yang menyebabkan mereka tidak menghiraukan
perkara lain. Pada pendapat mereka, perkara yang penting dalam hidup ialah mereka perlu
berusaha untuk mencari kekayaan dan hendak mencari wang untuk menambahkan
pendapatan semata-mata. Oleh itu, mereka tidak menitikberatkan semangat patriotik dan

tidak tidak mempedulikan sambutan hari kebangsaan, contohnya anggota masyarakat kita
tidak mengibarkan bendera Malaysia ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan negara
dijalankan. Jadi, kita berharap agar semangat patriotik dalam kalangan masyarakat dapat
ditingkatkan.
Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan semangat
patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Satu daripada caranya adalah dengan
memberikan penekanan tentang proses pemupukan semangat patriotik dari bangku
sekolah lagi. Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar seperti
kata peribahasa Melayu, melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Sekiranya semangat
patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah semangat patriotik akan terus diamalkan
dan dikekalkan hingga dewasa. Tambahan pula, amalan ini penting kerana kita dapat
melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan negara dan tidak melakukan perkara-perkara
yang akan memburukkan nama negara.
Cara lain yang boleh dijalankan adalah dengan membuat pengubahsuaian dan
memberikan penekanan tentang aspek semangat patriotik ini dalam kurikulum di
sekolah dan di institusi pengajian tinggi. Sekiranya perkara ini dilakukan, murid-murid
akan memahami dan menghayati semangat patriotik kerana aspek tersebut dipelajari dalam
mata pelajaran tertentu. Dengan perkataan lain, perkara itu akan dipelajari secara formal di
dalam kelas, diuji dalam peperiksaan dan seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian.
Oleh hal yang demikian, semangat patriotik itu akan terus subur dalam sanubari murid-murid
hinggalah selepas mereka menamatkan persekolahan atau pendidikan mereka di institusi
pengajian tinggi.
Pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-besaran
melalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotik ini akan
memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik dalam
kalangan masyarakat di negara kita Oleh itu, Kementerian Penerangan Malaysia, di samping
media elektronik seperti televisyen dan radio memang berkesan untuk menyuburkan dan
meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Dengan perkataan lain,
televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau program yang dapat
meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-pejuang
kemerdekaan negara. Selain itu media elektronik itu juga hendaklah menayangkan filem
seperti Bukit Kepong, Paloh, dan drama-drama yang berkaitan dengan semangat cinta
akan negara.
Agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab pula perlulah menjalankan aktiviti yang
bersesuaian dengan usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan
masyarakat agar dapat memupuk semangat ini. Aktiviti tersebut boleh dijalankan di
kampung-kampung dan juga di kawasan perumahan. Oleh itu, aktiviti seperti sambutan hari
kemerdekaan pada peringkat taman perumahan dan kampung perlulah digalakkan. Di
samping itu, Jabatan Penyiaran atau stesen televisyen juga perlu mengadakan forum tentang
semangat patriotik dengan menjemput tokoh-tokoh akademik daripada pelbagai bangsa dan
juga tokoh masyarakat yang memperjuangkan semangat kebangsaan suatu masa dahulu.
Aktiviti tersebut bukan sahaja dapat memupuk semangat patriotik malahan dapat
mengeratkan perpaduan antara kaum di negara kita.
Semangat patriotik juga dapat dipupuk melalui contoh dan teladan daripada pemimpinpemimpin negara dan pemimpin masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman

politik. Dengan cara itu, anggota masyarakat akan mencontohi pemimpin-pemimpin mereka
yang memiliki semangat patiotik yang tinggi. Para pemimpin perlulah selalu mengingatkan
dan menekankan kepentingan menghargai kemerdekaan yang telah dicapai hasil perjuangan
dan titik peluh pejuang-pejuang kemerdekaan yang terdahulu dan menghayatinya dengan
sepenuh hati. Hal ini penting kerana, kemerdekaan yang dinikmati ini hendaklah dihayati,
dijaga dan dikekalkan sampai bila-bila. Sekiranya perkara ini tidak dititikberatkan oleh semua
orang sudah pasti kemerdekaan yang dinikmati sukar untuk dipertahankan dan tidak tidak
akan memberi makna lagi kepada generasi yang akan datang.
Oleh hal yang demikian, usaha-usaha untuk memupuk semangat patriotik perlulah
dijalankan sepanjang masa tanpa henti. Hal ini demikian kerana, semangat patriotik ini
penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi
individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri. Individu yang memiliki
semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan
negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding dengan
negara-negara maju yang lain. Skiranya semangat patriotik tidak dapat dipupuk dalam
kalangan remaja, pastilah mereka tidak ada perasaan cinta akan negara dan menyebabkan
mereka hilang jati diri. Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu dan memainkan
peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan dalam
kalangan masyarakat
SEMANGAT PATRIOTISME
TUGASAN 5MC(3), 5KL(2) & 5WP(1)
PUNCA LUNTUR SEMANGAT PATRIOTISME
1. Kurang kesedaran tentang kepentingan semangat patriotisme pada masa hadapan
2. Lebih mementingkan kekayaan hidup daripada menitikberatkan semangat patriotisme
3. Terlalu mengagungkan ideologi Barat
4. Kurang menekankan semangat patriotik di sekolah pendidikan berorientasikan
peperiksaan
5. Kempen kesedaran yang kurang berkesan - bermusim dan hangat-hangat tahi ayam
KEPENTINGAN SEMANGAT PATRIOTISME
1. Dapat memastikan kemerdekaan negara terpelihara
2. Dapat membentuk identiti negara dengan bebas
3. Dapat menikmati kemajuan negara
4. Dapat menjamin keharmonian negara
5. Dapat mengekalkan perpaduan nasional
LANGKAH PEMUPUKAN SEMANGAT PATRIOTISME
1. Peranan ibu bapa mempraktikkan semangat patriotisme untuk diteladani oleh anak-anak
2. Kempen berterusan dan efektif daripada kerajaan dan badan swasta
3. Penubuhan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
4. Mengadakan aktiviti yang berkaitan dengan semangat patriotisme di sekolah
5. Penekanan diberikan kepada kepentingan mempelajari sejarah negara
Tugasan Ciri-ciri Rakyat yang Mencintai Negara
1. Menghormati Lagu Negaraku

2. Mendukung Prinsip Rukun Negara


3. Mengamalkan Perpaduan
Remaja yang bersemangat patriotik merupakan satu aset yang tidak ternilai buat mana-mana
negara termasuklah Malaysia. Golongan ini yang masih muda dan penuh dengan impian
boleh memberikan sumbangan yang bermakna kepada negara jika diasuh dengan betul oleh
generasi lama. Kegagalan melakukan tindakan yang betul mampu menjadikan generasi
remaja ini satu bebanan pula kepada masyarakat di negara ini. Lantaran itu, banyak
kepentingan yang boleh wujud menerusi remaja yang bersemangat patriotik ini jika usahausaha memupuknya berjalan lancar.
Mengapakah semangat patriotik ini penting wujud dalam jiwa remaja kita? Semangat ini
berguna dipupuk kerana mampu mengurangkan risiko berlakunya rusuhan kaum di negara
ini. Masyarakat kita yang berbilang bangsa menjadikan perkara ini satu risiko yang boleh
berlaku dalam sekelip mata sahaja. Jika rusuhan kaum tercetus di negara ini maka semua
pembangunan yang dirancang selama ini akan hilang begitu sahaja. Jelaslah, semangat
patriotik harus dipupuk dalam jiwa anak remaja kita.
Selain itu, pemupukan semangat patriotik ini berupaya menjamin keseinambungan
pembangunan negara pada masa hadapan tanpa sebarang kekangan. Remaja bakal meneraju
pucuk pimpinan negara pada masa hadapan dan tanpa sikap patriotik sudah pasti mereka
menganggap pembangunan negara itu sesuatu yang tidak bermakna untuk diteruskan
usahanya. Negara memang memerlukan jiwa remaja yang penuh kreativiti dan inovatif itu
dalam memastikan pembangunan negara berjalan lancar. Maka, kewujudan semangat
patriotik memang penting untuk memastikan arus pembangunan negara mampu diteruskan.

You might also like