Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

20 TIPS HIDUP SIHAT

1. Berhenti merokok. Merokok boleh menyumbang kepada pelbagai masalah


kesihatan seperti batuk akibat merokok, masalah pernafasan, masalah hati,
hipertensi dan kanser. Sukar untuk berhenti? Lakukannya demi orang tersayang
kerana perokok pasif juga mengalami kesan yang sama! Berhenti merokok akan
memperbaiki kesihatan dan menjimatkan wang anda.
2. Tarik nafas dalam-dalam. Kira hingga sepuluh sebelum anda hilang sabar atau
naik berang. Kurangkan stres dengan senaman, meditasi dan yoga. Ajaklah
seseorang untuk menemani anda.
3. Flos gigi anda. Ia menghapuskan nafas berbau, mengelakkan plak serta
meningkatkan keyakinan diri. Pengambilan bakteria baik Lactobacillus acidiphilus
NCFM setiap hari membantu mengimbangi mikroflora usus, memperbaiki
penghadaman dan nafas berbau.
4. Untuk meningkatkan kesihatan seksual, kombinasi horny goat weed dengan
damiana, withania, ginseng, gingko, muira puama dan puncture vine boleh diambil
sebagai suplemen. Horny goat weed meningkatkan keinginan seks, manakala ginko
dan ginseng melegakan keletihan dan stres untuk kesihatan seksual yang lebih baik.
5. Sekiranya anda sudah menopaus, ketahui ketumpatan jisim tulang dengan
membuat pemeriksaan status tulang di farmasi. Ketumpatan tulang yang rendah
mengakibatkan osteoporosis dan meningkatkan risiko keretakan tulang. Walau
bagaimanapun, masih belum terlewat untuk mengambil kalsium, magnesium, zink,
mangan dan vitamin D untuk mengekalkan kesihatan tulang. Gabungkan dengan
asid lemak perlu omega-3 dan omega-6 untuk kesan yang lebih baik!
6. Mengalami kesan menopaus? Ambil suplemen yang menggabungkan black
cohosh, red clover, dong quai, soya dan sage setiap hari untuk melegakan
ketidakselesaan. Untuk keseimbangan hormon dan meringankan sindrom prahaid,
ambilah vitex dengan minyak evening primrose setiap hari. Ia mengurangkan
kesakitan dan ketidakselesaan!
7. Kajian menunjukkan pengambilan zink membantu mengekalkan kesihatan prostat.
Zink mengandungi lebih daripada 300 enzim yang diperlukan untuk membaiki luka
dan mengelakkan parut. Pengambilan zink sebanyak 15mg sehari bermanfaat untuk
menguatkan akar dan mengelak keguguran rambut. Zink boleh diperolehi daripada
daging merah, ayam, tiram, kekacang, bijian, sesetengah makanan laut, bijirin
penuh dan makanan bijirin yang diperkaya.

8. Banyakkan minum air untuk menahan selera makan anda. Anda mungkin
kehilangan berat badan kerana ia mengurangkan pengambilan makanan. Minum
sekurang-kurangnya 2 liter atau lapan gelas air sehari untuk memastikan tubuh
dapat berfungsi dengan baik. Air membantu membersih dan membuang toksik dan
mengekalkan kecantikan kulit.
9. Tidak mengambil sarapan atau mengurangkan pengambilan kalori tidak
membantu mengawal berat badan dalam jangka panjang. Ambil sarapan secara
sihat dan makan malam yang ringan kerana metabolisme memuncak pada waktu
pagi dan menurun menjelang malam.
10. Ambil perhatian semasa memasak atau makan di luar. Elakkan daripada
mengambil makanan bergoreng dan karbohidrat ringkas. Pilihlah salad, mi sup,
sayuran atau bubur ikan, buah-buahan dan teh herba.
11. L-karnitina, kompaun menyerupai vitamin menghalang pengumpulan lemak
badan dan membantu mengurangkan lemak tanpa kesan sampingan. Ia cara sihat
untuk mengurangkan berat badan dan kekal sihat.
12. Pilihlah untuk menaiki 50 anak tangga berbanding eskalator. Ia juga mampu
melegakan stres. Mulakan dengan berjalan selama 50 minit sehari.
13. Setiap sejam bekerja, ambil 5 minit rehat dengan membuat regangan, berjalan
atau bermeditasi. Cara itu boleh meningkatkan aktiviti fizikal dan produktiviti serta
rasa lebih baik sepanjang hari. Vitamin B juga membantu mengekalkan tenaga dan
meningkatkan prestasi di tempat kerja.
14. Apabila keluar membeli-belah, letakkan kenderaan anda sejauh mungkin.
Gunakan kesempatan untuk berjalan.
15. Sebelum bangkit dari katil pada waktu pagi, lakukan 5 kali senaman perut.
Tambahkan bilangannya setiap hari sehingga mencapai 50. Selain membakar lemak,
otot abdomen anda menjadi padat dan cantik .
16. Senaman adalah cara terbaik menyingkir toksik secara semula jadi yang sama
penting dengan diet yang baik. Tambahkan probiotik, spirulina organik, milk thistle &
dandelion ke dalam diet anda untuk kesan pembersihan yang lebih baik.
17. Berjalan adalah senaman terbaik dan mudah untuk mengelakkan osteoartritis.
Manfaatnya termasuklah menguatkan otot kaki, pinggul dan torso, memperbaiki
keanjalan dan postur serta menguatkan tulang
18. Lakukan aktiviti berkumpulan dengan memilih tempat yang memberi intensiti
dan ketahanan lebih tinggi setiap aktiviti bagi meningkatkan stamina seperti Institut

Kajian Perhutanan Malaysia (FRIM). Kumpulan 3-4 orang sesuai untuk mengeratkan
hubungan selepas sibuk bekerja. Lakukannya sambil mendengar muzik, mungkin
membuatkan anda lebih bersemangat.
19. Berjalan menggunakan pedometer untuk mengira langkah mungkin lebih
menyeronokkan. Ia dipakai pada tali pinggang sepanjang hari dan akan
menunjukkan jumlah kalori yang dibakar selepas berjalan.
20. Senaman berterusan membantu mengawal obesiti yang menyumbang pelbagai
penyakit seperti jantung, diabetes, peningkatan paras trigliserida dan sakit sendi.
Mengekalkan kecergasan dan berat badan sihat membantu memanjangkan jangka
hayat dan meningkatkan kualiti kehidupan

You might also like