Fieldwork Report

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 22

HGF 3043 : KAJIKLIM

BAHAGIAN A CERAPAN SUHU DI MANJUNG, PERAK


BAHAGIAN B PENCEMARAN UDARA DI IPOH, PERAK

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA
SAIFUL ANUAR BIN ISMAIL
SIMON CARL OSKAR ANDERSSON
NURUL NISSA BINTI MUHAMMAD RADZI
AMMELIA ANAK AMIN
NURUL FATIN AMERAH BINTI MOKTAR
THEVARUBANI A/P VASOO

NO. MATRIK
D20141067780
D20151069728
D20131064504
D20131064464
D20131064456
D20131064484

NAMA PENSYARAH : MOHD HAIRY BIN IBRAHIM


KUMPULAN : C

BAHAGIAN A

PENGENALAN
Pada 1 oktober sehingga 4 oktober,kursus kajiklim telah melakukan aktiviti kerja lapangan di
Ipoh. Dimana pencerapan suhu,kelembapan bandingan dan juga kelajuan angina telah
dilakukan di beberapa tempat yang telah dilakukan. suhu ialah suatu ukuran kecenderungan
jasad atau sistem untuk melepaskan tenaga secara spontan. Suhu adalah sifat fizikal sesuatu
sistem yang merupakan dasar kepada anggapan lazim "panas" dan "sejuk", iaitu sesuatu yang
lebih panas mempunyai suhu yang lebih tinggi. Suhu datangnya daripada gerakan-gerakan
mikroskopik jirim yang rawak, dan suhu adalah berkaitan dengan tenaga purata gerakangerakan mikroskopik ini. Konsep suhu, yang ditakrifkan sebagai tegangan kepada entropi,
adalah susulan daripada hukum termodinamik sifar.Suhu diukur menggunakan termometer
yang ditentukur pada bermacam jenis skala suhu (celcius). Kelembapan bandingan
ditakrifkan sebagai jumlah wap air dalam satu sampel udara yang dibandingkan dengan
jumlah maksimum wap air udara yang dapat dikandungkan pada sebarang suhu tertentu.
Kelembapan juga dapat diungkapkan sebagai kelembapan mutlak dan kelembapan tentu.
Kelembapan bandingan adalah metrik penting yang digunakan dalam ramalan cuaca.
Kelembapan menunjukkan besar kemungkinan kerpasan, embun atau kabus. Kesan ini
dihitung dalam jadual indeks haba. Wap air yang panas mempunyai lebih tenaga haba
berbanding wap air yang sejuk dan oleh itu lebih banyak wap air menyejat ke dalam udara
panas berbanding udara sejuk. Manakala kelajuan angin diukur dalam meter per saat atau
knot. Keadaan tenang dilaporkan apabila kelajuan angin adalah kurang daripada 0.5 meter per
saat atau kurang dari satu knot. Dalam mengukur kelajuan angina ini peralatan yang
digunakan untuk mengukur kelajuan angin adalah anemometers, alat yang paling biasa
digunakan adalah cup anemometer. Ia dibentuk daripada tiga cup secara hemisferik.
Perbezaan tekanan angin di antara cup akan menyebabkan cup tersebut berpusing. Kadar
pusingan adalah berkadar langsung dengan kelajuan angin.
2

KAWASAN KAJIAN
Kajian ini telah dijalankan di sekitar daerah Manjung yang terletak di negeri Perak. Daerah
Manjung ini terletak pada koordinat iaitu 4.40000 (latitud) dan 100.69997 (longitud).
Daripada sumber daripada Portal Rasmin Pejabat Daerah dan Tanah Manjung, daerah
Manjung ini berkeluasan 116,800 hektar iaitu bersamaan dengan 1168.9km persegi terbahagi
kepada 5 mukim iaitu Mukim Beruas, mukim Lekir, mukim Lumut, mukim Pengkalan Bharu
dan mukim Sitiawan. Daerah Manjung ini terdiri daripada 223, 804 orang penduduk yang
terdiri daripada kaum Melayu (50.0%), Cina (28.99%), India (12.29%) dan lain-lain (8.64%).
Kawasan kajian ini juga merupakan daerah kedua yang terkecil di negeri Perak selepas
Daerah Kerian.Daerah Manjung lebih tertumpu kepada sektor ekonomi utama iaitu pertanian,
perkhidmatan dan perindustrian.

Rajah 1 : Kawasan daerah Manjung, Perak


PENCERAPAN DATA SUHU, KELEMBAPAN BANDINGAN DAN KELAJUAN
ANGIN SETIAP STESEN DI MANJUNG

STESEN

SUHU (oC)

1
2
3
4
5
6

29.39
37.23
30.75
30.71
30.20
29.64

KELEMBAPAN
BANDINGAN
(g/m3)
72.70
72.31
67.71
67.37
87.38
70.79

KELAJUAN ANGIN
(km/j)
4.93
2.05
2.57
3.44
2.84
5.20

Jadual 1 : Data purata suhu, kelembapan bandingan dan kelajuan angin setiap stesen di
Manjung.

Pencerapan data suhu di Manjung melibatkan 6 stesen iaitu terbahagi kepada kawasan
bandar, sub bandar dan luar bandar. Lokasi pencerapan di kawasan bandar adalah di stesen 2
yang berdekatan dengan restoran makanan segera MacDonald dan stesen 3 di kawasan pusat
bandar, manakala lokasi di kawasan sub bandar adalah di stesen 4 yang berhampiran dengan
kawasan perumahan dan stesen 5 di kawasan Jabatan Meteorologi Manjung dan seterusnya
kawasan luar bandar adalah di stesen 1 di kawasan deretan kedai makan dan stesen 6 di
kawasan perumahan. Lokasi tersebut dipilih kerana untuk mencatat perbezaan nilai suhu,
kelembapan bandingan dan kelajuan angin.
Alatan yang digunakan untuk mencerap suhu, kelembapan bandingan dan kelajuan angin
adalah anemometer dan GPS. Kaedah ini merupakan kaedah utama untuk mendapatkan hasil
mengenai perbezaan suhu, kelembapan bandingan dan kelajuan angina di kawasan bandar,
sub bandar dan luar bandar. Cerapan dilakukan pada 2 Oktober 2015 pada waktu petang dari
pukul 3.00 7.00 petang. Sepanjang tempoh pencerapan dilakukan, cuaca berada dalam
keadaan baik.

PURATA CERAPAN SUHU DI MANJUNG

Berdasarkan rajah 1, purata suhu pada waktu cerapan petang mencatatkan nilai suhu
maksimum pada stesen 2 di kawasan bandar Manjung dengan nilai 37.23 oC berbanding nilai
suhu di kawasan luar bandar iaitu pada stesen 1 yang mencatatkan nilai suhu minimum
sebanyak 29.39 oC. Peningkatan suhu cerapan di stesen 2 yang berada di kawasan bandar
disebabkan oleh pembangunan yang rancak dimana mempunyai bangunan yang padat, jalan
raya utama yang menjadi tumpuan penduduk dan kekurangan tumbuhan hijau. Kawasan
bandar dikatakan membebaskan udara panas yang terperangkap dari dalam kawasan yang
berturap dengan simen, tar dan sebagainya. Hal ini telah menjadi faktor penyumbang kepada
peningkatan suhu di kawasan ini. Berbeza dengan stesen yang mempunyai nilai cerapan yang
minimum iaitu stesen 1 yang berada di kawasan luar bandar Manjung yang mempunyai
pembangunan yang kurang padat berbanding di kawasan bandar. Suhu yang rendah
dikawasan luar bandar Manjung disebabkan oleh persekitaran kawasan yang masih
mempunyai kawasan terpelihara daripada pembangunan yang pesat.

SUHU
40
35

37.23

30
25

30.75

29.39

30.71

30.2

29.64

20
15
10
5
0

SUHU SETIAP KAWASAN


1

Rajah 1 : Purata suhu setiap stesen di Manjung.

PURATA CERAPAN KELEMBAPAN BANDINGAN DI MANJUNG


Berdasarkan rajah 2, purata kelembapan bandingan pada waktu cerapan petang mencatatkan
nilai maksimum iaitu 87.38 g/m3 pada stesen 5 manakala di stesen 4 mencatatkan nilai
minimum iaitu 67.37 g/m3. Peningkatan kelembapan bandingan di stesen 5 disebabkan oleh
kawasan hijau yang berada berhampiran dengan stesen tersebut. Selain itu, kawasan tersebut
juga menerima hujan yang lebih kerap berbanding di stesen-stesen lain. Hal ini demikian
kerana kelembapan bandingan sesuatu kawasan dipengaruhi oleh suhu kawasan tersebut. Jika
suhu di sesuatu kawasan tinggi, maka purata kelembapan bandingan di kawasan itu lebih
rendah. Berbeza dengan stesen 4 yang mencatatkan nilai purata kelembapan bandingan yang
rendah disebabkan oleh kepadatan perumahan yang menyebabkan berlakunya peningkatan
suhu dan penurunan kelembapan bandingan. Kawasan ini mempunyai kurangnya tumbuhan
hijau yang menjadi faktor penyumbang kepada penurunan kelembapan bandingan.

KELEMBAPAN BANDINGAN
90
80
70
60
50
40
30
20
10
0

KELEMBAPAN BANDINGAN SETIAP KAWASAN


1

Rajah 2 : Purata kelembapan bandingan setiap stesen di Manjung

PURATA CERAPAN KELAJUAN ANGIN DI MANJUNG


Berdasarkan rajah 3, stesen 6 mencatatkan purata kelajuan angin yang paling tinggi iaitu 5.2
km/j manakala stesen 2 mencatatkan purata kelajuan angin yang paling minimum iaitu 2.05
km/j. Ketinggian kelajuan angin di stesen 6 yang terletak di kawasan luar bandar berlaku
disebabkan kurangnya pembangunan di kawasan tersebut. Oleh hal demikian, angin dapat
bergerak terus tanpa mengalami sebarang halangan daripada bangunan yang tinggi seperti
yang terdapat di kawasan tersebut. Berbeza dengan stesen 2 yang terletak di kawasan bandar
yang mencatat kelajuan angin paling rendah. Hal ini demikian kerana, kawasan bandar
mempunyai pembangunan yang pesat dan menyebabkan angin tidak dapat bergerak dari satu
tempat ke tempat yang lain akibat terhalang oleh bangunan yang tinggi.

KELAJUAN ANGIN
6

5.2

4.93

5
3.44

4
3

2.84

2.57

2.05

2
1
0

KELAJUAN ANGIN SETIAP KAWASAN


1

Rajah 3 : Purata kelajuan angin setiap stesen di Manjung

PULAU HABA BANDAR DI MANJUNG


Didapati beberapa kawasan di Manjung mempunyai pusat pulau haba bandar yang boleh
dianggap kekal. Kawasan-kawasan yang dimaksudkan ialah di stesen 2 yang terletak di
restoran makanan segera MacDonald dan kawasan sekitarnya. Walau bagaimanapun,
beberapa pusat pulau haba bandar yang kecil wujud di beberapa tempat seperti di kawasan
bandar iaitu di stesen 3 yang terletak di kawasan pusat bandar. Umumnya, suhu di kawasan
bandar lebih panas daripada luar bandar, kadar ventilasi yang lemah dan kualiti udara yang
kurang baik dan kadar penyimpanan haba pendam yang tinggi.
Kualiti alam sekitar bandar menjadi semakin kurang baik setiap tahun (Wong et al. 2007).
Salah satu kesannya adalah meningkatnya haba bandar dan seterusnya suhu dalam bandar.
kesan bersih proses terma bandar menjadikan suhu bandar lebih tinggi berbanding dengan
kawasan luar bandar. keadaan ini begitu ketara selepas waktu petang. Pada waktu siang,
lapisan sempadan bandar dipanaskan dengan meningkatnya penyerapan bahangan gelombang
pendek oleh kebanyakan bahan pencemar yang ada di atmosfera bandar, pemindahan haba
rasa dari bumi dan dibantu oleh turbulens di sebelah atas atmosfera bandar. Peningkatan haba
rasa menyebabkan persekitaran bandar menjadi lebih panas daripada biasa berikutan
kekurangan kelembapan bandingan, struktur susun atur bangunan yang padat dan rapat yang
menjadikan pergerakan angin agak terbatas atau bersifat turbulens.
Fenomena pulau haba bandar yang dikaitkan dengan perubahan iklim dianggap sebagai
penyebab kepada pemanasan global. Berasaskan kajian lepas, pembentukan fenomena pulau
haba bandar banyak berpunca daripada faktor antropogenik terutamanya urbanisasi (Rohli &

Vega 2008). Antara aktiviti manusia yang banyak berlaku di bandar termasuklah aktiviti
perniagaan, perindustrian dan pengangkutan. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh beberapa
perkara iaitu persekitaran bandar kurang berlakunya sejatan dan juga perpeluhan (sejat
peluhan) daripada badan air dan tumbuh-tumbuhan berbanding kawasan luar bandar. secara
relatifnya, di kawasan bandar kurang tumbuh-tumbuhan hijau. Keadaan ini telah
menyebabkan lebihan haba banyak disimpan sebagai haba pendam dan akan dibebaskan pada
waktu malam.

PENUTUP
Secara kesimpulannya, cerapan suhu yang dilakukan menunjukkan jumlah yang berbeza pada
sesuatu kawasan seperti kawasan bandar,sub bandar dan juga luar bandar. Purata suhu yang
dicerapkan menunjukkan kawasan bandar mempunyai jumlah suhu (celcius) yang agak tinggi
berbanding dengan kawasan sub bandar dan juga luar bandar. Hal ini kerana, pembinaan
bangunan-bangunan yang tinggi dan juga padat, jalan raya utama yang menjadi tumpuan
penduduk dan kekurangan tumbuhan hijau pada kawasan bandar menyebabkan suhu di
sekitar bandar tinggi.Berbeza dengan stesen yang mempunyai nilai cerapan yang minimum
iaitu berada di kawasan luar bandar Manjung yang mempunyai pembangunan yang kurang
9

padat berbanding di kawasan bandar. Suhu yang rendah dikawasan luar bandar Manjung
disebabkan oleh persekitaran kawasan yang masih mempunyai kawasan terpelihara daripada
pembangunan yang pesat.
Selain itu juga,kawasan yang mempunyai jumlah kelembapan bandingan yang tinggi
merupakan kawasan yang mempunyai kawasan hutan yang masih banyak iaitu kawasan luar
bandar manjung.hal ini kerana terdapatnya tumbuhan yang masih tebal dan banyak di
kawasan tersebut. Selain itu juga,kawasan tersebut turut menerima jumlah hujan yang
tinggi.manakala jumlah purata kelajuan angin pula menunjukkan keadaan yang sama dimana
kawasan luar bandar mempunyai kelajuan angin yang tinggi berbanding dengan kawasan
bandar.hal ini turut dipengaruhi oleh pembinaan bangunan yang banyak di kawasan bandar.
Pihak berkenaan boleh mengambil inisiatif dengan membuat kawasan hijau di kawasan
bandar supaya keadaan suhu boleh dikawal dan mengurangan berlakunya masalah-masalah
seperti panas yang berlebihan.

BAHAGIAN B
PENGENALAN
Pencemaran udara bukan satu fenomena yang baru, setelah manusia mampu mencipta api,
dan bermula daripada keadaan tersebut telah menimbulkan masalah dengan kualiti udara..
Oleh kerana manusia terus berkembang dan masyarakat diperluas, lebih banyak sumber daya
dan tenaga yang diperlukan untuk membekalkan pertumbuhan populasi. Pencemaran udara
selalu menjadi masalah di kawasan-kawasan pembandaran yang cepat atau kawasan yang
mempunyai aktiviti industri terbanyak. Di Inggeris dengan revolusi industri pada 1800-an
masyarakat sangat bergantung kepada arang batu sebagai sumber utama tenaga. Hal ini yang
menyebabkan banyak kematian akibat asap yang semakin teruk, keadaan yang paling teruk
10

pada tahun 1952, ketika masyarakat di zaman itu memandu di jalan-jalan dengan merasakan
bangunan rumah mereka dari penglihatan yang dekat kepada tiada dalam erti kata lain
kelihatan kabur (Ahrens, 2005). Pencemaran udara hari ini terus memberi kesan kepada
masyarakat dan manusia, terutama di bandar-bandar dan akan memberi kesan kepada lebih
banyak orang di masa depan kerana dunia yang sedang berlaku urbanisasi (Barry & Chorley,
2003).
Sebuah negara yang melihat jenis-jenis aktiviti hari ini adalah Malaysia di mana pertumbuhan
ekonomi dan perkembangan masyarakat yang sebahagian besar didorong oleh industri dan
eksport (EPU). Faktor utama untuk pertumbuhan ekonomi negara ini selama beberapa dekad
terakhir berasal dari industri getah dan timah, (EPU). Sebahagian besar industri ini, bersama
dengan industri lain seperti industri perikanan, yang terletak di bahagian barat Semenanjung
Malaysia. Sebuah bandar yang dipengaruhi oleh perkembangan pesat adalah Ipoh, Perak.
Terdapat kajian sebelum ini yang mengkaji keadaan iklim bandar di rantau ini yang
menunjukkan masyarakat menyedari masalah yang berhubungan dengan jenis pembangunan
(Ibrahim, Jahn, & Hadi, 2012). Kajian ini adalah berdasarkan kepada data yang dikumpul
melalui soal selidik dan temubual yang dilakukan di berbagai kawasan di daerah Ipoh selama
perjalanan lapangan dengan kelas klimatologi dari UPSI pada 2015/03/10.
KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian yang dipilih adalah di sekitar bandaraya Ipoh yang terletak di negeri Perak.
Kedudukan Bandaraya Ipoh adalah pada garis latitud 04 darjah 34U latitud dan garis
longitud adalah pada 100 darjah 06T dengan kedudukan pada 40.1 meter daripada aras laut.
Bandaraya Ipoh yang terletak dalam daerah Kinta dan mempunyai keluasannya 387.13 km
persegi. Daerah Kinta merupakan kawasan yang semakin pesat membangun di samping
beberapa kawasan sekitar seperti di Simpang Pulai, Chemor, Lahat, Tanjong Rambutan,

11

Jelapang dan Tambun. Ipoh yang merupakan bandaraya utama negeri Perak berperanan
sebagai pusat pentadbiran, perdagangan, sukan, kewangan, politik, keagamaan dan juga
pendidikan menjadi tumpuan penduduk. Topologi daerah Bandaraya Ipoh merupakan
kawasan tanah pamah dan di bahagian selatan Ipoh pula,persekitarannya diliputi oleh
kawasan batu kapur (160 meter tinggi). Rajah 1 menunjukkan lokasi bandaraya Ipoh di
negeri Perak Darul Ridzuan dan kawasan tumpuan kajian iaitu di Chemor dan Simpang Pulai.

Rajah 1: Kawasan Bandaraya Ipoh, Perak


DAPATAN KAJIAN
BAHAGIAN A : DEMOGRAFI RESPONDEN

12

Rajah 1 : Rajah Demografi Responden


Sumber : Kajian Lapangan Ipoh, 2015
Berdasarkan rajah demografi responden yang telah di analisa yang ditunjukan di rajah 1, jelas
menunjukkan bahawa responden terdiri dari 23 orang lelaki (51%) dan 22 orang perempuan
(29%) daripada 45 orang responden. Umur responden pula terdiri daripada umur 20-20 tahun
seramai 11 orang (24%), 30-39 tahun seramai 16 orang (36%), 40-49 tahun seramai 8 orang
(18%) dan 50 tahun ke atas seramai 10 orang (22%) daripada 45 orang responden. Data
demografi menunjukkan bangsa responden terdiri daripada bangsa Melayu seramai 38 orang
(85%), Cina seramai 6 orang (13%) dan India seramai 1 orang (2%) daripada 45 orang
responden. Tahap pendidikan responden pula terdiri daripada tahap sekolah rendah seramai 9
orang (20%) , sekolah menengah seramai 27 orang (60%), kolej/universiti seramai 7 orang
(16%) dan tidak bersekolah seramai 2 orang (4%) daripada 45 orang responden.

13

Rajah 2 : Rajah Demografi Responden


Sumber : Kajian Lapangan Ipoh, 2015
Berdasarkan rajah demografi responden yang telah di analisa yang ditunjukan di rajah 1, jelas
menunjukkan bahawa lokasi tempat tinggal responden terdiri daripada kawasan pusat bandar
seramai 4 orang (10%), sub bandar seramai 4 orang (10%) dan pinggir bandar seramai 33
orang (80%) daripada 45 orang responden. Selain itu, tempoh responden menetap di Ipoh
adalah selama 20 tahun ke atas seramai 27 orang (60%), 10 tahun ke atas 7 orang (15%), 5
tahun ke atas 4 orang (9%) dan 5 tahun ke bawah 7 orang (16%) daripada 45 orang
responden. Seterusnya, adalah status perkahwinan responden iaitu responden yang bujang
seramai 15 orang (33%), berkahwin seramai 28 orang (62%) dan duda/janda seramai 2 orang
(5%) daripada 45 orang responden. Akhir sekali adalah jenis pekerjaan responden iaitu kerja
kerajaan seramai 1 orang (2%), bekerja sendiri 18 orang (40%), suri rumah 12 orang (27%),

14

swasta 9 orang (20%), perkilangan 3 orang (7%) dan lain-lain seramai 2 orang (4%) daripada
45 orang responden.

BAHAGIAN B : MENGENALPASTI TAHAP KESEDARAN PENDUDUK

TAHAP KESEDARAN PENDUDUK


5

KEKERAPAN

4
3.36

4
3.38

1.17
b9

4
3.47

1.25
b10

1.27
b11

4
3.71

3.71

1.34

1.31
b12

4
3.49

b13

4
3.71

1.34
b14

1.18
b15

PILIHAN JAWAPAN
Mean

Mode

Std. Deviation

Rajah 1.0 : Rajah Kekerapan Jawapan Responden


Sumber : Kajian Lapangan Ipoh, 2015
Berdasarkan jadual 1.0 jelas menunjukan purata (mean) dan mod (mode) soalan tertinggi
yang dijawab oleh responden adalah pada soalan B12 iaitu purata (mean) 3.71 dan mode 5 .
Soalan B12 ini mengenai penyataan pencemaran udara di kawasan tersebut adalah berpunca
dari asap-asap kilang dan kenderaan. Hal ini jelas menunjukkan responden sedar bahawa
pencemaran udara di kawasan tersebut adalah berpunca asap kilang simen berhampiran
kawasan tersebut yang banyak membebaskan partikel seperti habuk ke udara yang
menyumbang kepada pencemaran udara dan keadaan bandar Ipoh yang sesak dengan kereta
15

juga turut menyumbang terhadap pencemaran udara kerana asap-asap dari kenderaan ini
dibebaskan ke udara pada setiap hari dengan jumlah yang banyak. Manakala purata (mean)
soalan terendah yang dijawab oleh responden iaitu purata (mean) sebanyak 3.36 adalah pada
soalan B9 iaitu soalan mengenai terlalu banyak pembinaan petempatan, bangunan dan
perkhidmatan di kawasan ini, berkemungkinan pembinaan dilihat tidak memberi masalah
kepada responden.

BAHAGIAN C : MENGENALPASTI KESAN PENCEMARAN PM10

KESAN PENCEMARAN PM10


4
3.67

Mean
4

Mode
4

Std. Deviation

3.44

3.29

3.27

4
3.49

2.16
KEKERAPAN
1

c16

1.12

c17

1.07

c18
3.64

1.1

c19

0.89

1.21

c20 2.76
c21
2.93

1.14

c22
11.09 c23

1.12

c24

1.36

c25
3.09
3

JAWAPAN PILIHAN

Rajah 2.0 : Rajah Kekerapan Jawapan Responden


Sumber : Kajian Lapangan Ipoh, 2015
Berdasarkan jadual 2.0 jelas menunjukan purata soalan (mean) tertinggi soalan yang dijawab
oleh responden adalah pada soalan C16 iaitu purata (mean) 3.67. Soalan C16 mengenai
responden/ ahli keluarga selalu mengalami masalah sakit tekak dan batuk. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa ramai responden sedar bahawa mereka mengalami kesan pencemaran
16

PM10 ini. Hal ini berlaku akibat habuk dari kilang simen yang berhampiran dengan kawasan
kajian telah menghampiri kawasan rumah respon melaluai angin, hal ini menyebabkan habuk
tersebut masuk ke rongga badan melaluai rongga hidung dan mulut yang seterusnya melekat
di ruang tekak akibatnya kebanyakan penduduk di kawasan kajian ini mengalami sakit tekak.
Purata (mean) soalan terendah bagi bahagian ini iaitu 2.16 adalah pada soalan C22 iaitu
soalan yang menyatakan terdapat responden/ ahli keluarga yang mendapat penyakit TIBI, hal
ini menunjukkan bahawa hanya sesetengah responden yang mengalami masa TIBI dan iainya
berkemungkinan berlaku bukan daripada kesan pencemaran PM10.

BAHAGIAN D: PENGUBAHSUAIAN SIKAP KOMUNITI TERHADAP


PENCEMARAN PM10 DI KAWASAN KAJIAN

PENGUBAHSUAIAN SIKAP KOMUNITI

KEKERAPAN

5
4.5
4
3.5
3
2.5
2
1.5
1
0.5
0

d26 d27 d28 d29 d30 d31 d32 d33 d34 d35 d36
JAWAPAN PILIHAN
Mean

Mode

Std. Deviation

Rajah 3.0 : Rajah Kekerapan Jawapan Responden


Sumber : Kajian Lapangan Ipoh, 2015

17

Berdasarkan jadual 3.0 jelas menunjukan purata (mean), mod (mode) dan sisihan piawai
(standard deviatan) soalan tertinggi yang dijawab oleh responden adalah pada soalan D36
iaitu purata (mean) 4.31, mod (mode) 5 dan sisihan piawai (standard deviatan) 848. Soalan
D36 adalah

mengenai kesedaran responden untuk melakukan perubahan sikap dengan

sentiasa membasahkan halaman rumah dengan air agar berlaku pemendapan habuk. Hal ini
jelas menunjukkan bahawa responden sedar akan kebaikan sekiranya mereka membasahakan
halaman rumah mereka dengan air akan berlaku pemendapan habuk dan ianya dapat
mengurangkan risiko responden untuk mendapat kesan pencemaran PM10 seperti batuk dan
sesak nafas. Hal ini kerana sekirannya berlakunya pemendapatan air tersebut, iainya akan
turut memerangkap habuk dan partikel halus di sekeliling kawasan tersebut. Purata (mean)
soalan terendah bagi bahagian ini iaitu sebanyak 3.67 adalah pada soalan D26 iaitu soalan
mengenai memasang perangkap habuk di setiap tingkap di rumah, hal ini menunjukkan
bahawa responden kurang setuju

dengan pengubahasuaian sikap ini kerana ianya

memerlukan kos yang tinggi untuk melakukannya selain kurang berkesan untuk
menyelamatkan responden daripada terkena kesan pencemaran PM10.

18

BAHAGIAN E: CADANGAN PENDUDUK TERHADAP LANGKAH


PERANCANGAN DI KAWASAN KAJIAN

CADANGAN PENDUDUK
6
5
4
KEKERAPAN

3
2
1
0

e37

e38

e39

e40

e41

JAWAPAN PILIHAN
Mean

Mode

Std. Deviation

Rajah 4.0 : Rajah Kekerapan Jawapan Responden


Sumber : Kajian Lapangan Ipoh, 2015
Berdasarkan jadual 4.0 jelas menunjukan purata soalan (mean) tertinggi yang dijawab oleh
responden adalah pada soalan E37 iaitu purata (mean) 4.38. Soalan E37 ini adalah mengenai
cadangan penduduk untuk mengurangkan pembakaran sampah sarap atau bahan bakar. Hal
ini menunjukkan bahawa responden sedar akan kepentingan cadangan ini iaitu apabila
19

pembakaran sampah sarap atau bahan bakar oleh penduduk dapat dikurangkan, salah satu
faktor pencemaran PM10 dapat dikurangkan dan hal ini menyebabkan pencemaran PM10 di
kawasan kajian juga dapat dikurangkan. Purata soalan terendah bagi bahagian ini iaitu
sebanyak 4.18 sahaja adalah pada soalan E39, soalan E39 ini adalah mengenai melaporkan
sebarang aktiviti yang tidak sihat khususnya berkaitan pencemaran udara kepada Jabatan
Alam Sekitar, hal ini menunjukkan bahawa responden yang juga penduduk di kawasan ini
tidak mementingkan cadangan ini kerana ianya adalah cadangan yang tidak releven kerana
responden percaya bahawa Jabatan Alam Sekitar sentiasa memantau perkara ini.
PENUTUP
Kesimpulannya, didapati hasil soal selidik yang dijalankan dikawasan tersebut rata-rata
kilang seperti kilang simen yang terdapat dikawasan tersebut telah menjadi penyumbang
kepada belakunya pencemaran udara seperti jerebu di kawasan tersebut. Hal berpunca asap
kilang simen berhampiran kawasan tersebut yang banyak membebaskan partikel seperti
habuk ke udara yang menyumbang kepada pencemaran udara dan keadaan bandar Ipoh yang
sesak dengan kereta juga turut menyumbang terhadap pencemaran udara kerana asap-asap
dari kenderaan ini dibebaskan ke udara pada setiap hari dengan jumlah yang banyak.
Seharusnya pihak yang terlibat perlu membuat pemantauan ke kilang-kilang tersebut bagi
memastikan asap yang dilepaskan daripada kilang-kilang tersebut bebas daripada sebarang
kandungan yang boleh menyebabkan pencemaran berlaku.selain itu, mereka juga boleh
mengambil langkah dengan membina kilang-kilang tersebut jauh daripada kawasan bandar
atau kawasan petempatan. Hal ini kerana asap-asap ini memberi kesan negative kepada
penduduk di sekitar tersebut. Manakala masalah asap yang berpunca daripada kenderaan ini
pula boleh mengambil inisiatif dengan berkongsi kenderaan atau mengurangkan penggunaan

20

kenderaan seperti kereta,motosikal dan sebagainya dan hanya menggunakan kenderaan


tersebut apabila perlu sahaja ke tempat kerja atau sebaliknya.

RUJUKAN ( BAHAGIAN A)
Ahrens, D.C. (2005). Essentials of meteorology. Singapore: Thomson Learning.
Barry, R.G., & Chorley, R.J. (2003). Atmosphere, weather and climate. New York, NY:
Routledge.
Economic Planning Unit of Malaysia. Malaysian economic development position, problems
and plans. Retrieved from: http://www.epu.gov.my/epu-theme/rmk1/chapt1.pdf
http://pdtmanjung.perak.gov.my/rakyat/profil-daerah.html Portal Rasmi Pejabat Daerah dan
Tanah Manjung
Ibrahim, M.H., & Jahn, J.Md., & Hadi, A.S. (2012). Human response to the effects of urban
climate changes in kinta valley, Malaysia: special references to Ipoh city, Perak.
Retrieved from: http://environment.scientific-journal.com/articles/2/6.pdf
Ibrahim, M.H., Haryati Shafii & Koh, L.S. (2015). Pengaruh Cuaca Dan Iklim Terhadap
Manusia dan Persekitarannya : Isu dan Cabaran. Universiti Tun Hussein Onn, Johor.
Laman Web Rasmi Majlis Perbandaran Manjung: http://www.mpm.gov.my/petalokasi
Mohmadisa Hashim, Yusri, M.S, Nasir Nayan. (2012). Perubahan Persekitaran Pelbagai
Perspektif dan Masalahnya. Tanjong Malim:Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Rohli, R.V. & Vega, A.J. 2008. Climatology. Boston: Jones and Bartlett Publishers
Shaharuddin Ahmad. (2012). Mikroiklim Bandar Perkembangan Dan Impak Pulau Haba
Bandar di Malaysia. Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Wong, N.H., Jusuf, S.K, Win, A.A.L, Thu, H.K, Negara, T.S. & Xuchao, W. 2007.
Environmental study of the impact of greenery in an institutional campus in the
topics. Building and Enviroment 42: 2949-2970.

21

RUJUKAN (BAHAGIAN B)

Ahrens, D.C. (2005). Essentials of meteorology. Singapore: Thomson Learning.


Barry, R.G., & Chorley, R.J. (2003). Atmosphere, weather and climate. New York, NY:
Routledge.
Economic Planning Unit of Malaysia. Malaysian economic development position, problems
and plans. Retrieved from: http://www.epu.gov.my/epu-theme/rmk1/chapt1.pdf.
Majlis

Bandaraya
Ipoh.
(2015).
Bandar
Raya
Ipoh.
Retrieved
from
http://www.mbi.gov.my/web/guest/jabatan;jsessionid=0594BDAA0A345874CCA7
BAF1%208D07B9.

Ibrahim, M.H., & Jahn, J.Md., & Hadi, A.S. (2012). Human response to the effects of urban
climate changes in kinta valley, Malaysia: special references to Ipoh city, Perak.
Retrieved from: http://environment.scientific-journal.com/articles/2/6.pdf
Mohmadisa Hashim, Wan Ruslan Ismail, Nasir Nayan, Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah &
Mohd Hairy Ibrahim. (2012). Analisa Trend Hujan Di Bandaraya Ipoh Perak. E
Bangi, FSSK, UKM . Volume 7, Number 1, 149-164, 2012.

22

You might also like