Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 28

KBKK

11 September 2012, iaitu hampir setahun yang lalu dan di dewan ini juga, kita telah
sama-sama menyaksikan Pelancaran Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia.
Setahun adalah satu jangkamasa yang agak lama. Jika kita bertanam padi tentu
sudah kita nikmati hasilnya, jika dahulu anak-anak pandai bertatih, kini sudah boleh
melangkah gagah.
Begitu juga halnya dalam kita merangka satu pelan pembangunan pendidikan yang
komprehensif, kementerian tidak bertindak tergesa-gesa malah kita mengambil
pendekatan terbuka mendengar pelbagai pandangan daripada segenap lapisan
masyarakat. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mendengar suara rakyat,
baik di bandar, mahu pun di desa, hatta hingga nun jauh ke kawasan pedalaman,
pandangan tulus daripada pelbagai persatuan, agensi kerajaan, pertubuhan
kerajaan dan bukan kerajaan, serta pakar-pakar pendidikan dalam dan luar negara.
Tidak lengkap dengan itu, PPPM ini kita bentangkan dalam Mesyuarat Khas Jemaah
Menteri. Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada
Perdana Menteri serta ahli Jemaah Menteri yang memberi sokongan yang cukup
padu kepada pembangunan pelan ini. Pelan ini juga telah saya sembah maklum
kepada Majlis Raja-Raja.
Dalam tempoh setahun setelah pelancaran laporan awal, KPM telah mengambil
pertimbangan sewajarnya bagi setiap maklum balas yang diterima. Kami dengar,
kami angkat suara hati rakyat dalam bentuk dokumen rasmi. Akhirnya pada hari ini,
dengan segala data dan maklumat yang kami cerna sejak 2011 lahirlah PPPM 20132025. Pelan ini menjadi suatu dokumen rasmi yang amat signifikan untuk
pembangunan negara kerana ia merupakan suatu rangka pelan pendidikan yang
terhasil dengan begitu teliti, tuntas, menyeluruh dan mencakupi semua lapisan
masyarakat.
Maka hari ini, KPM dengan rasa rendah hati "memulangkan" Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 kepada rakyat dengan pelbagai rangka tindakan
yang telah digalurkan sebagaimana yang diingini oleh rakyat untuk kepentingan
rakyat seluruhnya. Pelan ini dilancarkan dengan harapan yang begitu tinggi
daripada pihak kerajaan agar pendidikan menjadi tunjang kepada transformasi
negara yang sedang diusahakan. Penghasilan pelan ini memulakan lembaran
transformasi pendidikan tetapi juga menerajui transformasi perkhidmatan awam.
Maka, tidak sempurna jika saya tidak mengungkapkan jutaan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat dalam penghasilan pelan pendidikan ini.
Kelainan dalam penghasilan PPPM
Bagi mencapai cita-cita besar untuk maju dalam pendidikan, KPM telah mencipta
kelainan dan melangkaui semua kemungkinan dalam penghasilan PPPM. Suka saya
nyatakan di sini, suatu kelainan dalam menyediakan PPPM 2013-2025 ini adalah
dari segi penggunaan data dan dapatan kajian yang dilaksanakan oleh
Kementerian, universiti tempatan, UNESCO dan juga Bank Negara. Kementerian
telah menganalisis semula laporan awal sebelum ini seperti Laporan Penyata Razak,
Laporan Kabinet, Pelan Pembanguan Pendidikan 2000-2012 dan Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP) untuk menilai pencapaian negara dalam
pendidikan.

Kita tidak nafikan dalam usaha mengangkat kecemerlangan sistem pendidikan


negara sejak merdeka, telah banyak perkara yang telah dicapai. Kita telah berjaya
meningkatkan sebagai contoh kadar enrolmen pelajar sekolah rendah dan
menengah hampir 97 peratus; peruntukan pendidikan yang signifikan dan mapan
hampir 16 peratus daripada belanjawan negara diperuntukkan kepada Kementerian
Pendidikan, merapatkan jurang pencapaian bandar dan luar bandar dan kadar
literasi yang semakin baik, hampir 100 peratus sudah pun tercapai.
Kejayaan ini memperlihatkan bahawa wujud amalan-amalan baik yang pernah
dilaksanakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan
sekolah yang membawa kepada keberhasilan dan peningkatan prestasi dalam
sistem pendidikan kita. Contoh amalan baik ini juga adalah antara elemen yang
diambil dalam merangka strategi pelaksanaan inisiatif-inisiatif PPPM. Sebagai
tambahan, kementerian juga meneliti amalan terbaik daripada negara-negara yang
mempunyai sistem pendidikan bertaraf dunia seperti Korea Selatan, Singapura dan
Finland.
Dari sinilah kita memulakan perancangan untuk mengorak langkah bagi kembara
yang panjang sehingga 2025. Ini bermakna, setiap perancangan pendidikan yang
terkandung dalam PPPM ini, tidak dibuat secara sewenang-wenangnya malah
berdasarkan kepada fakta dan data selain daripada menerima secara positif
pendapat yang disuarakan oleh masyarakat keseluruhannya.
Tumpuan kepada keberhasilan murid
PPPM 2013-2025 memberi tumpuan kepada keberhasilan murid. Pelan ini
direncanakan sebegitu komprehensif yang melibatkan semua laluan pendidikan
merangkumi pendidikan teknik dan vokasional, pendidikan inklusif, pendidikan
agama, pendidikan seni dan sukan di sekolah-sekolah kerajaan. Ia juga merangkumi
semua peringkat persekolahan; daripada peringkat prasekolah hingga kepada
peringkat lepasan menengah.
Kita telah berjaya meningkatkan sebagai contoh kadar enrolmen pelajar sekolah
rendah dan menengah hampir 97 peratus; peruntukan pendidikan yang signifikan
dan mapan hampir 16 peratus daripada belanjawan negara diperuntukkan kepada
Kementerian Pendidikan, merapatkan jurang pencapaian bandar dan luar bandar
dan kadar literasi yang semakin baik, hampir 100 peratus sudah pun tercapai.
Saya mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Dialog Nasional Pendidikan
Negara, Tan Sri Dr. Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin yang mengambil inisiatif turun
ke seluruh negara dan berjumpa dengan sejumlah 17,000 rakyat yang
mengemukakan pandangan yang pelbagai dan hasil itulah yang kita cerna dan
masukkan dalam pelan ini.
Dalam usaha kita untuk mencapai cita-cita yang tinggi bagi tempoh 13
tahun lagi, PPPM 2013-2025 telah memberi tumpuan utama kepada
pembelajaran dan keberhasilan murid. Sebagai contoh, Kementerian telah
memperkukuhkan dasar bahasa dengan memberi tumpuan kepada dua
bahasa utama iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Malahan dalam
siri dialog yang kita adakan di seluruh negara sebahagian besar
mengutarakan kepentingan tentang bahasa Inggeris diperkukuhkan dan
ini kita ambil kira dalam pelan ini. Kita juga, memantapkan kemahiran
berfikir aras tinggi (KBAT), ini penting untuk menentukan anak-anak kita

bukan sahaja belajar dalam menghafal tapi faham dan tahu apa yang
mereka belajar dan menggunakan akal fikiran pada tahap tinggi. Selain
itu, kita memantapkan elemen etika dan kerohanian kerana elemen
pembelajaran kita tidak hanya mahu menekankan aspek pembelajaran
semata-mata, tetapi pembentukan sahsiah, menjadikan insan kamil dan
roh pendidikan itu mesti disemai, ditanam dan diperkukuh dalam jiwa
setiap anak-anak Malaysia dalam sistem persekolahan kita.
Dasar bahasa
Untuk memberikan pendidikan yang berkualiti kepada semua murid tanpa mengira
peringkat dan jenis sekolah, saya berani mengatakan semua aspek untuk
meningkatkan kualiti pendidikan telah dikaji dengan teliti dan dibincangkan secara
mendalam. Dasar pendidikan sedia ada yang berasaskan kepada Akta Pendidikan
masih dipertahankan dalam pelan ini.
Kementerian tidak berhasrat meminggirkan mana-mana aliran persekolahan yang
wujud di negara ini, malah akan memastikan setiap murid di Sekolah Kerajaan dan
Sekolah Bantuan Kerajaan mendapat akses, ekuiti dan kualiti pendidikan.
Kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan juga dijamin oleh Akta Pendidikan 1996
(Seksyen 28) dan ingin saya nyatakan di sini bahawa kedudukan bahasa-bahasa
ibunda sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah ini tidak pernah dinafikan
sama sekali.
Kementerian juga akan terus memartabatkan Bahasa Malaysia demi menjunjung
semangat perpaduan dan jati diri kebangsaan yang kukuh dalam kalangan
masyarakat. Pada masa sama untuk melahirkan generasi global, mata pelajaran
Bahasa Inggeris turut diberikan perhatian utama dan seperti yang telah diumumkan
awal tahun ini akan dijadikan mata pelajaran SPM wajib lulus menjelang tahun
2016. Dalam memastikan pelaksanaan hasrat ini, Kementerian sedang dalam usaha
menambah
masa
ataupun
'contact
hours'
di
dalam
kelas
agar
pendedahan/immersion murid-murid yang lebih dalam Bahasa Inggeris dapat
dilaksanakan.
Saya sedang meneliti kerana kita mempunyai sejumlah sekolah satu sesi dan masih
ada 1,600 sekolah dua sesi yang akan dijadikan sekolah satu sesi, maka tempoh
waktu persekolahan dilanjutkan umpamanya menambah waktu persekolah sejam
atau dua jam dan itu boleh kita gunakan untuk menambah contact hours untuk
bahasa Melayu, bahasa Inggeris atau bahasa lain di seluruh sekolah.
Bagi memperkukuh kedua-dua bahasa ini, PPPM menggariskan beberapa inisiatif.
Antaranya ialah menambah baik Kurikulum Bahasa Malaysia di Sekolah Jenis
Kebangsaan. Bagi murid yang lemah, kelas pemulihan akan diadakan di luar waktu
persekolahan dan ini tidak akan menjejaskan waktu pengajaran dan pembelajaran
mata pelajaran lain.
Dalam usaha meningkatkan penguasaan murid dalam bahasa Inggeris pula, guruguru Bahasa Inggeris telah diuji kemahiran mereka melalui Cambridge Placement
Test (CPT). Ekoran itu, kohort pertama seramai 5,000 orang telah mengikut latihan
lanjutan oleh British Council, manakala seramai 9,000 guru Bahasa Inggeris akan
mengikuti latihan pada Oktober nanti.

Suka saya nyatakan di sini, walaupun Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris menjadi
agenda utama kementerian, murid juga digalakkan untuk menguasai bahasa
tambahan. Kementerian tidak menghalang pengajaran pembelajaran bahasa ibunda
malah membuka ruang dan peluang kepada murid untuk mendapatkan pendidikan
bahasa tambahan seperti bahasa Arab dan Kadazan Dusun.
Selain berusaha untuk meningkatkan penguasaan dwibahasa, kemahiran berfikir
aras tinggi, atau Higher Order Thinking Skills, juga menjadi fokus dalam usaha
Kementerian untuk melonjakkan sistem pendidikan negara dalam kelompok negaranegara yang mempunyai sistem pendidikan terbaik di dunia. Oleh itu, dalam pelan
ini, dasar 60:40 yang mula diperkenalkan pada 1967 akan diperkukuhkan dengan
meningkatkan kesedaran tentang Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan
Matematik (STEM). Kurikulum bersepadu berasaskan standard antarabangsa akan
dihasilkan dan penambahbaikan kerangka pentaksiran dengan memasukkan
elemen kemahiran berfikir akan dilakukan.
Pendidikan Islam
Kementerian juga beriltizam untuk melahirkan murid yang memiliki sahsiah terpuji
serta mempunyai identiti nasional. Dengan itu kurikulum bagi mata pelajaran
Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral akan dimantapkan. Kurikulum
Kebangsaan di sekolah agama akan ditingkatkan dengan pengukuhan kurikulum
Dini dan Tahfiz agar murid dapat dilengkapi dengan ilmu pengetahuan dan
kemahiran untuk berjaya dalam pasaran kerja berasaskan nilai dan tasawur Islam
yang kukuh. Soal ini sebenarnya banyak juga dibangkitkan oleh ibu bapa Islam yang
mahu pendidikan Islam diperkukuh dan diperluas agar menjadi asas kukuh dalam
sahsiah dan peribadi moral dan akhlak anak-anak kita.
Sistem pendidikan juga akan menyediakan laluan pendidikan yang bersesuai
dengan dengan bakat, minat dan gaya pendidikan di samping akan disepadukan
dengan keperluan pasaran buruh yang terarah kepada kerjaya pilihan mereka.
Maka, kementerian turut mengambil kira pendidikan teknik dan vokasional, seni,
dan sukan
Malahan saya telah melancarkan tahun lalu Program Transformasi Vokasional yang
mana kita tahu dalam sistem di negara kita setakat ini, tumpuannya tidak begitu
besar terhadap vokasional iaitu kurang 10 peratus. Sasaran kita meningkatkan
sehingga 20 peratus.
Di negara maju sudah sampai 60 hingga 70 peratus daripada keseluruhan pelajar
dalam sistem persekolahan yang mengambil bidang vokasional dan teknikal.
Bermakna, Malaysia masih jauh. Apabila kita melancarkan dasar ini dan
menyediakan tempat sebanyak 10,000, tahun ini sahaja terdapat 126,000 ibu bapa
yang mendaftar anak-anak mereka untuk mengambil aliran vokasional.
Alhamdulillah, sudah meningkat dengan begitu mendadak sekali. Sementara itu,
kita juga tidak lupakan pendidikan khas yang lebih inklusif. Dalam blue print awal
kita, mungkin kita tidak nyatakan dengan jelas tentang soal pendidikan khas. Jadi
mereka yang terdiri daripada kepimpinan persatuan yang mewakili orang istimewa
bertanya kenapa tidak ada makmal khas untuk mereka. Jadi, segala cadangan
mereka kita masukkan sebagai inti pati penting dalam pelan pendidikan ini khusus
untuk anak-anak kita yang kelainan dan keistimewaan ini.
Mengupaya pemimpin sekolah dan guru

Pembelajaran murid tidak akan berlaku jika tidak diiringi dengan perancangan rapi
di peringkat pelaksana. Guru adalah tunggak utama dalam meningkatkan prestasi
murid di sekolah. Menyedari perkara ini, PPPM telah memperkukuhkan Pejabat
Pendidikan Daerah dengan menempatkan pembimbing pakar untuk guru dan
pemimpin sekolah dengan program yang dikenali sebagai SISC+ dan SIPartner+.
Mereka bukan sahaja dapat membimbing dari segi pengajaran dan pembelajaran
tetapi juga dalam aspek penilaian seperti Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Harapan saya melalui bimbingan ini, guru-guru dan semua pengetua/guru besar
dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan.
Kementerian terus berusaha untuk memartabatkan profesionan keguruan dengan
inisiatif meningkatkan syarat kemasukan guru iaitu 30 peratus daripada graduan
terbaik memasuki profesion perguruan. Mereka ini digalakkan menjadi guru kerana
kita mahu guru bukan sahaja dalam kalangan terdidik tetapi terpelajar, banyak ilmu
dan ada kecemerlangan dalam pembelajaran mereka.
Selain itu laluan kerjaya guru, cadangan untuk mengurangkan beban tugas guru,
dan pelaksanaan program profesionalisme berterusan turut dilaksanakan. Bagi
pengetua/guru besar, kriteria perlantikan iaitu yang tidak berdasarkan kepada
jangka masa perkhidmatan akan dilaksanakan.
Tidak semestinya yang lebih senior menjadi pengetua atau memegang jawatan
yang lebih penting. Berdasarkan merit dan keupayaan mereka, ini yang kita akan
ambil kira dalam kenaikan pangkat mereka. Dalam masa lima tahun akan datang,
4,000 pengetua/guru besar akan menamatkan perkhidmatan dan ini membuka
peluang kepada calon-calon pengetua/guru besar yang berkelayakan dan
berprestasi tinggi mengisi kekosongan. Sudah ada peraturan ketika ini sesiapa yang
ingin jadi pengetua dan guru besar mesti melalui satu proses dan latihan khusus
dan jika mereka lulus baru kita meletakkan sebagai pengetua atau guru besar di
sekolah berkenaan.
Kelainan dalam Pelaksanaan PPPM
Semua aspek perancangan digalurkan didalam pelan ini. Apa yang harus kita
tumpukan sekarang ini adalah dari segi pelaksanaan. Saya akui PPPM yang
dicadangkan ini luas dan kompleks. Bagi memastikan kejayaan pelan ini, strategi
pelaksanaan secara berhemah mengikut fasa atau disebut sebagai gelombang,
dirangka dengan memberi tumpuan kepada sokongan terhadap guru dalam
gelombang pertama, sebelum memacu peningkatan sistem dalam gelombang
kedua dan beranjak ke arah kecemerlangan pendidikan dalam gelombang ketiga.
Penyusunan sebegini adalah penting kerana bagi memastikan pelan ini berjaya
keutamaan perlu diberikan terhadap inisiatif yang penting khususnya yang
membawa keberhasilan murid.
Penubuhan PADU
Untuk mengupayakan pelaksanaan Pelan ini juga, kementerian telah mewujudkan
entiti khas yang dinamakan PADU iaitu Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan
untuk memantau dan memastikan kejayaan inisiatif. PADU ditubuhkan dengan
dianggotai oleh pegawai-pegawai yang berbakat dari dalam dan luar Kementerian
kerana pelaksanaan pelan ini menuntut kesungguhan yang kental dan kemahiran
pengurusan yang cekap lagi berwibawa. Jelasnya, penubuhan entiti khas ini tidak
pernah dilakukan oleh Kementerian Pendidikan dalam melaksanakan mana-mana

perancangan sebelum ini. Malah melalui PADU yang akan mengaplikasikan prinsipprinsip pengurusan bersifat korporat, kementerian berhasrat untuk menyediakan
laporan tahunan dan status pencapaian inisiatif sebagai maklumat kepada semua
pihak.
Penglibatan pihak berkepentingan
Suatu lagi keunikan dalam pelaksanaan pelan ini ialah dengan pelibatan pihak
berkepentingan. Kementerian tidak mahu Pelan ini menjadi satu dasar yang hanya
difahami dan berlegar sekitar warga Kementerian sahaja.
Memandangkan pelan ini terhasil daripada aspirasi rakyat, maka kementerian
berhasrat untuk merakyatkan pelaksanaannya. Inisiatif-inisiatif yang direncanakan
dalam 11 anjakan yang telah diuar-uarkan, perlu melibatkan komitmen keseluruhan
rakyat kerana daripada rakyatlah tercetusnya ilham untuk merangka inistiatif
tersebut.
Di samping itu kita turut menekankan betapa pentingnya jaringan yang utuh antara
PIBG, ibu bapa dan sekolah. Kita juga memberikan perhatian tentang sumbangan
swasta dalam kita mahu meningkatkan PPPM ini.
Teach for Malaysia dan Sekolah Amanah dengan melibatkan pihak swasta. Saya
mengucapkan terima kasih kepada pihak Yayasan Amir dan Khazanah Malaysia.
Secara kebetulan saya baru mengadakan lawatan ke sebuah Sekolah Amanah di
Gelang Patah semalam dan menunjukkan hasil yang luar biasa.
Dengan pendekatan baharu yang digunakan sekolah ini saya melihat lonjakan yang
berganda. Kalaulah kita ada peruntukan sebanyak itu, dibantu dan diberikan kepada
kementerian, alangkah moleknya, semua sekolah kita laksanakan dalam bentuk
sama, lonjakan berganda akan kita lihat dalam tempoh yang amat singkat.
Pelancaran ini memberi seribu makna kepada kita dalam meningkatkan kualiti
pendidikan. Sempena majlis pelancaran ini kementerian menyediakan dokumen
lengkap setebal 300 muka surat dan ringkasan eksekutif dalam bahasa Malaysia
dan Inggeris selain brosur dalam empat bahasa. Mana yang rajin bacalah dokumen
setebal 300 muka surat itu supaya tahu apa yang mahu kita laksanakan. Mana yang
kurang rajin, mungkin baca brosur atau yang malas langsung kita akan sediakan
video.
Pendekknya tidak ada sebab rakyat Malaysia tidak tahu mengenai pelan ini. Tidak
ada sebab semua pihak tidak boleh terlibat sama mendokong dan menyokong pelan
ini. Kalau ada suara-suara yang sumbang itu mungkinkerana bahasanya sumbing,
sebab itu mereka tidak faham apa tujuan kita.
Sebab itu saya sebut, walaupun ada halilintar, ribut dan taufan, kita akan terus
melaksanakan pelan ini, insya-Allah. Kita mengharapkan dengan sokongan semua
pihak, maka akan tercerna satu sistem yang lebih baik dan berkualiti.
Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bekerja bertungkus-lumus
selama lebih dua tahun untuk menyediakan satu dokumen yang menjadi sejarah
pada hari ini.
Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130907/re_01/Gelombang-

transformasi-pendidikan#ixzz3V8HtTy2t
Utusan Melayu (M) Bhd
Kejayaan era maklumat kini banyak bergantung kepada kemahiran berfikir aras
tinggi seperti, kemahiran penyelesian masalah, kemahiran membuat penilaian
secara kritis serta kemahiran berfikir secara kreatif. Oleh itu, pelajar perlu dilibatkan
dengan aktiviti yang menjurus kepada tahap pemikiran yang lebih tinggi mengikut
taksonomi bloom (menganalisis, menilai, mencipta).
Keadaan dunia yang sentiasa berubah dan mencabar ini, menuntut para pelajar kita
bukan hanya membina kapasiti dari aspek pengetahuan semata-mata tetapi juga
membina pemikiran aras tinggi seperti pemikiran sistematik, penyelesaian masalah
dan membuat keputusan berdasarkan analisis situasi secara kritis. Pembangunan
KBAT adalah amat penting untuk membolehkan pelajar membuat anjakan dari
pengetahuan
serta kemahiran
kepada
tindakan
sebagai rakyat
yang
bertanggungjawab tanpa mengira peranan dalam masyarakat.
KBAT merupakan agenda utama dalam PPPM 2013-2025, maka adalah menjadi
tanggungjawab warga IPG, pensyarah khususnya untuk merealisasikan transformasi
pendidikan negara terutama dalam memupuk KBAT dalam kalangan guru pelatih.
Susulan itu adalah wajar guru pelatih mengamalkan kemahiran berfikir dan
memahami secara mendalam tentang program i-THINK.
Program i-THINK merupakan satu program yang bertujuan mempertingkatkan dan
membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan
murid berinovatif.Guru dan murid akan menggunakan alat berfikir dalam
pengajaran dan pembelajaran di samping melaksanakan aktiviti kemahiran berfikir
aras tinggi.
Abjad i bermaksud inovasi dan THINK pula bermaksud pemikiran secara inovatif
yang perlu ada pada semua murid inovatif.

KBKK DALAM PENGAJARAN TATABAHASA SECARA TIDAK LANGSUNG


PENGENALAN
Dalam pengajaran bahasa terutamanya pengajaran Bahasa Melayu, bidang
tatabahasa merupakan aspek penting yang perlu dititikberat serta diutamakan oleh
guru-guru. Aspek tatabahasa merangkumi beberapa perkara yang mengajar muridmurid mahir dalam pembinaan ayat, penggunaan sesuatu perkataan yang sesuai

dalam sesuatu ayat serta mengenali pelbagai jenis ayat dan kata. Itu hanya
beberapa perkara yang saya nyatakan kerana dalam Bahasa Melayu sahaja ada
pelbagai lagi aspek yang perlu diajar kepada murid dan murid perlu menguasainya
atau

sekurang-kurangnya

perlu

mengetahui

tentang

aspek-aspek

tersebut.

Pengajaran aspek tatabahasa secara amnya adalah mengikut sukatan pelajaran


yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan melalui Huraian Sukatan
Pelajaran. Guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu akan mengajar
tatabahasa secara langsung dan ada juga secara tidak langsung. Namun, walau apa
juga cara pengajarannya samaada secara langsung atau tidak langsung, aspek
tatabahasa perlu ada dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu. Ada pro dan kontranya pengajaran secara langsung atau tidak langsung itu
kerana apa juga pengajaran mata pelajaran itu akan menghadapi masalah. Dari
segi pronya, murid akan dapat menjana minda mereka secara automatik jika guru
mengajar secara langsung. Murid akan mengetahui dan menyedari bahawa guru
sedang mengajar tatabahasa contohnya membina ayat penyata atau ayat tanya.
Manakala dari segi kontra pula, murid akan menjadi malas untuk berfikir sendiri
kerana guru perlu menerangkan satu persatu. Berlainan pula jika pengajaran
tatabahasa itu diajar secara tidak langsung. Sudah tentulah kebaikannya, guru dan
murid akan dapat mengaitkan pembelajaran tersebut dengan situasi sebenar
seperti contohnya, pembinaan ayat secara lisan tanpa ditulis dan ini akan
membantu murid-murid dalam meningkatkan Kemahiran Berfikir secara Kritis dan
Kreatif (KBKK) mereka. Ironinya, terpulanglah kepada guru-guru itu melaksanakan
pengajaran aspek tatabahasa ini secara langsung atau tidak langsung asalkan
prinsip-prinsip pengajaran

tatabahasa

perlu digunapakai

dalam menentukan

keberkesanan sesi pengajaran dan pembelajaran tatabahasa. Menurut Kamus


Dewan (1984: 1056), prinsip mendukung makna asas atau dasar yang menjadi
pokok sesuatu pemikiran, kajian atau tindakan sesuatu teori. Maka dengan itu,
sesuatu teori itu adalah penentu apakah prinsip yang harus dipegang dalam
pengajaran. Dengan berpegang serta mengaplikasikan prinsip-prinsip pengajaran
tatabahasa, maka sesi pengajaran dan pembelajaran tatabahasa akan lebih
berkesan dan efektik dalam menyampaikan isi pelajaran serta mencapai objektif
pembelajaran
tatabahasa

yang
adalah

ingin

disasarkan

pelbagai

dan

oleh

guru.

terpulang

Prinsip-prinsip
kepada

guru

pengajaran
itu

dalam

mengaplikasikannya ketika sesi pengajaran dan pembelajaran tatabahasa. Apapun


8

teknik dan kaedah yang digunakan oleh guru, yang pasti prinsip-prinsip pengajaran
perlu diutamakan agar penyampaian aspek tatabahasa dalam pengajaran dapat
mencapai objektif. Penting agar semua guru dapat menggunakan prinsip-prinsip
yang ada dalam pengajaran tatabahasa bagi membantu murid lebih memahami apa
itu tatabahasa kerana pembelajaran tatabahasa bukanlah sesuatu yang mudah,
apatah lagi murid perlu mengetahui banyak perkara melalui tatabahasa seperti
penggunaan tanda bacaan yang betul dan tepat pada ayat selain dapat membantu
murid membezakan jenis-jenis ayat. Prinsip-prinsip pengajaran tatabahasa ini juga
boleh diperoleh seterusnya digunapakai berdasarkan teori-teori pembelajaran
seperti Behavioris. Prinsip-prinsip pengajaran tatabahasa ini penting sebagai garis
panduan dalam pengajaran tatabahasa agar guru dapat mencapai objektif dengan
cemerlang. Selain berdasarkan teori-teori pembelajaran, prinsip-prinsip pengajaran
tatabahasa

juga

adalah

daripada

prinsip-prinsip

umum

pengajaran

dan

pembelajaran Bahasa Melayu.


PRINSIP-PRINSIP

PENGAJARAN

TATABAHASA

BAHASA

MELAYU

DI

PERINGKAT

SEKOLAH
Pengajaran

tatabahasa Bahasa

Melayu di peringkat sekolah

mementingkan

penguasaan murid terhadap beberapa perkara asas seperti pembinaan ayat yang
betul dari segi konteks dan situasi. Selain itu, murid juga perlu didedahkan kepada
beberapa jenis ayat, penggunaan tanda bacaan, penanda wacana, simpulan
bahasa, peribahasa dan sebagainya lagi serta murid dapat menguasainya dengan
baik. Pengajaran tatabahasa ini memerlukan beberapa prinsip yang perlu dijadikan
sebagai garis panduan agar guru dapat mengajar dan mencapai objektifnya
sementara murid dapat menguasai tatabahasa. Berikut adalah beberapa prinsip
umum dalam pengajaran tatabahasa Bahasa Melayu.
Prinsip pertama pengajaran tatabahasa Bahasa Melayu ialah, guru perlu membuat
perancangan yang rapi terlebih dahulu sebelum melaksanakan sesi pengajaran dan
pembelajaran dalam aspek tatabahasa yang ingin disampaikan kepada murid. Guru
perlu menyediakan satu Rancangan Pengajaran yang berkesan dan sesuai dalam
pengajaran tatabahasa. Melalui Rancangan Pengajaran ini guru dapat merancang
beberapa aktiviti yang dirasakan sesuai dengan aras murid-murid di dalam kelas
yang berbeza-beza selain memanfaatkan masa yang diberikan adalah mencukupi

untuk setiap aktiviti yang dirancang oleh guru itu. Contohnya Kuiz Membina Ayat
atau perbincangan kum pulan membina ayat. Lazimnya, dalam penyediaan
Rancangan Pengajaran ini, guru perlu memfokuskan beberapa perkara agar dapat
mencapai target atau objektif pengajarannya sekurang-kurangnya tiga daripada
lima atau dua daripada tiga objektif yang ingin dicapai. Guru juga perlu sedar
bahawa

perancangan

yang

rapi

itu

akan

dapat

menjamin

keberkesanan

penyampaian seorang guru dengan lebih bermakna dan berkesan. Sesi pengajaran
dan pembelajaran juga akan menjadi lebih menarik dengan perkembangan idea
oleh guru sebelum memulakan pengajaran.
Prinsip

yang

kedua

ialah,

guru

perlu

memulakan

proses

pengajaran

dan

pembelajaran tatabahasa daripada yang mudah kepada yang lebih susah atau lebih
kompleks. Guru perlu mengelakkan diri daripada mengajar atau mendedahkan
murid kepada sesuatu yang kompleks terlebih dahulu apatah lagi jika ianya
berkaitan dengan tatabahasa. Pengajaran secara berperingkat daripada senang
kepada susah merupakan satu langkah yang bijak kerana murid perlu memahami
terlebih dahulu konsep tatabahasa yang diajar kemudian barulah mereka dapat
mengaplikasi dan memahaminya. Selain itu, prinsip ini turut bertujuan untuk
mengelakkan daripada berlakunya kekeliruan dan kesukaran kepada murid dalam
memahami isi pelajaran tatabahasa yang disampaikan oleh sesorang guru itu.
Tambahan lagi, di dalam bilik darjah itu pula murid-muridnya adalah terdiri daripada
pelbagai tahap atau aras kecerdasan mereka, iaitu ada murid yang dapat
memahami pelajaran tatabahasa dengan mudah dan cepat manakala ada pula
murid yang lambat (slow learner) dalam memahami atau menguasai tatabahasa.
Oleh sebab itu, adalah penting agar guru menyampaikan isi pelajaran tatabahasa
itu bermula dengan perkara-perkara asas dan yang mudah difahami oleh murid.
Prinsip ketiga pula ialah, persediaan oleh guru terhadap murid-murid dengan latih
tubi dalam jumlah yang memadai atau banyak. Melalui latih tubi ini, murid bukan
sahaja dapat memahami dan menguasai aspek tatabahasa dengan baik, malahan
murid-murid dapat membantu diri mereka dalam memperkayakan lagi kosa kata.
Kosa kata pula merupakan salah satu daripada aspek tatabahasa. Latih tubi ini
boleh diberikan oleh guru samaada pada penghujung sesi pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas ataupun sebagai kerja tambahan kepada murid ketika
berada di rumah. Latihan latih tubi yang disediakan oleh guru kepada murid-murid

10

boleh dibuat sama ada dalam bentuk tulisan ataupun lisan yang mampu
mengekalkan ingatan murid-murid terhadap aspek tatabahasa yang mereka pelajari
dengan lebih kukuh lagi. Bagi pihak guru pula, latihan latih tubi ini pula berfungsi
sebagai alat yang akan mengesan kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh muridmurid. Maka, dengan adanya alat ini, bolehlah guru-guru membuat atau melakukan
tindakan yang sewajarnya dalam membantu murid-murid tersebut, yang sudah
dikenalpasti mempunyai kelemahan untuk dibantu agar dapat menguasai aspek
tatabahasa dengan lebih baik lagi.
Prinsip yang keempat dalam pengajaran tatabahasa Bahasa Melayu ini ialah,
pengajaran secara konkrit dengan penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dan
bahan rangsangan lain yang sesuai serta menarik dan berkesan. Penggunaan BBM
dan bahan rangsangan lain yang sesuai ini bertujuan untuk menarik minat muridmurid agar lebih fokus terhadap isi pelajaran mengenai tatabahasa yang
disampaikan oleh guru. Selain itu, sesi pengajaran dan pembelajaran pula tidak
akan membosankan dengan adanya BBM yang menarik utnuk digunapakai
sepanjang sesi berlangsung. Secara tidak langsung, murid akan lebih tertarik serta
menambah atau meningkatkan kefahaman mereka terhadap isi pelajaran mengenai
tatabahasa. Bagi guru pula, faedah penggunaan BBM ini bukan sahaja mampu
menarik minat murid untuk belajar tatabahasa tetapi juga bahan-bahan tersebut
dapat membantu guru-guru dalam proses penyampaian isi pelajaran kepada murid.
Ia membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah
serta dapat membantu guru mencapai objektif pengajaran pada hari tersebut.
Prinsip seterusnya ialah, guru perlu mahir tentang selok-belok aspek tatabahasa
yang ingin diajarkan. Oleh itu, adalah penting bagi seorang guru Bahasa Melayu
yang ingin mengajar tatabahasa itu supaya mengenalpasti struktur isi pelajaran
dengan lebih jelas sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Apa
yang pentingnya mengenai prinsip ini ialah, sebagai seorang guru, adalah amat
penting

agar

guru

dapat

mengelakkan

diri

daripada

menyampaikan

atau

memberikan maklumat berkaitan hukum-hukum dan peraturan tatabahasa yang


disampaikan oleh guru itu adalah bersesuaian serta menepati kehendak sukatan
dan mengelakkan kekeliruan dalam pemahaman murid dalam sesi pembelajaran
tatabahasa. Sekiranya maklumat yang disampaikan itu bercanggah atau tidak
menepati dan tidak bersesuaian dengan kehendak Sukatan Pelajaran Bahasa

11

Melayu, adalah menjadi kesalahan kepada guru yang mengajar itu kerana setiap isi
pelajaran adalah berasakan kepada garispanduan yang diberikan oleh Kementerian
Pendidikan itu sendiri. Murid bukan sahaja keliru atau mendapat maklumat yang
salah,

malah

guru

tidak

akan

dapat

mencapai

objektif

pengajaran

yang

disasarkannya.
Prinsip keenam pula ialah berkaitan dengan rumus atau hukum bahasa yang
terdapat di dalam aspek tatabahasa. Seperti mata pelajaran Sains atau Matematik
yang mempunyai rumus atau hukum-hukum tertentu, tatabahasa Bahasa Melayu
juga tidak terlepas daripada rumus atau hukum bahasa. Jika Sains dan Matematik
menggalakkan

agar

mengingatinya,

rumus

berbeza

atau

dengan

hukumnya
rumus

dan

perlu

dihafal

hukum

agar

bahasa

yang

senang
tidak

menggalakkan agar murid-murid untuk menghafal rumus dan hukum tersebut.


Sudah memadai sekiranya murid-murid hanya perlu memahami penggunaan
tatabahasa dalam bahasa dengan betul kerana sudah menjadi prinsip dalam
pengajaran tatabahasa yang turut menekankan aspek tatabahasa itu perlu diajar
secara sistematik atau terancang. Selain itu, pengajaran aspek tatabahasa ini juga
diajar dan digunakan mengikut kesesuaian atau dalam konteks situasi sebenar
harian murid-murid. Sekiranya apa yang diajarkan itu diaplikasikan oleh murid
dalam situasi sebenar, maka lebih mudah dan senanglah murid-murid memahami
seterusnya dapat menguasai aspek tatabahasa dengan baik.
Prinsip seterusnya pula ialah proses menitikberatkan makna dan aspek tatabahasa
itu mengikut konteks berdasarkan petikan yang digunakan. Lazimnya, sesi
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu tidak akan lari daripada penggunaan
petikan

sebagai

BBM.

Dengan

penggunaan

petikan

ini

maka

guru

perlu

mementingkan makna serta aspek tatabahasa yang terdapat di dalam petikan yang
digunakan. Guru perlu mempastikan penggunaan aspek tatabahasa mengikut
konteks berdasarkan petikan yang digunakan itu. Guru perlu tahu bahawa
pemahaman dan penguasaan adalah sangat penting terhadap aspek tatabahasa
kerana ia terdiri daripada kepelbagaian hukum-hukum bahasa serta beberapa
peraturan atau undang-undangnya yang akan dapat membantu murid-murid
menguasai aspek tatabahasa itu dengan lebih baik lagi.

12

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU BERKAITAN PENGAJARAN


TATABAHASA SECARA TIDAK LANGSUNG
Tarikh: 28. 06. 2013
Hari: Jumaat
Mata pelajaran: Bahasa Melayu
Masa: 8.10 9.10 pagi (60 minit)
Kelas: Tahun 5
Bilangan pelajar: 29 orang
Tajuk: Pesan Nenek
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir proses pembelajaran, murid akan dapat :
Melaksanakan sesuatu arahan dengan tindakan yang wajar
Membina ayat perintah dengan betul
Menjawab dengan betul empat daripada lima soalan kefahaman.

Pengetahuan Sedia Ada Murid :


Murid sudah pernah diarah melakukan sesuatu tugasan atau aktiviti
Fokus Utama :
1.3 Memberikan dan memahami arahan serta pesanan tentang sesuatu perkara
Aras 3
Meneliti arahan dan pesanan untuk membuat tindakan wajar
Fokus Sampingan :
8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk

13

Aras 1
Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat
Sistem Bahasa :
Tatabahasa : Ayat Perintah
Pengisisan Kurikulum:
Ilmu : Pendidikan Moral
Nilai : Berani, Rajin, Patuh, Kerjasama
Kemahiran Bernilai Tambah:
Kemahiran Berfikir : Menjana idea, menganalisis
Kemahiran Belajar Cara Belajar : Membaca, perbincangan
Kecerdasan Pelbagai : Interpersonal, Intrapersonal
Kontekstual : Menghubungkait pengalaman dengan pembelajaran

Bahan Bantu Mengajar (BBM):


Lembaran kerja, kad manila, kad situasi, pen marker, kad ayat

Langkah /
Masa

Isi
Pelajaran
1.Permainan :
- Menyampaikan
maklumat
2. Sampul Rahsia

Set induksi
(5 minit)

Langkah 1
(15 minit)

1.Permainan :
- Pesan Nenek
membuat simulasi
berdasarkan
situasi yang dipilih
2. Simulasi

Aktiviti
P&P
1. Guru meminta ketua kumpulan
tampil ke depan untuk mencabut
pesanan yang terdapat di dalam
sampul rahsia.
2. Ketua kumpulan diberi masa
mengingati maklumat dan
menyampaikan pesanan kepada
setiap ahli kumpulan.
3. Ahli kumpulan terakhir akan
menyatakan maklumat yang
diterima.
4. Guru mengaitkan set induksi
dengan isi pelajaran pada hari ini.
1. Guru meminta ketua kumpulan
tampil ke depan untuk mencabut
sampul rahsia yang mengandungi
kad situasi.
2. Berdasarkan situasi yang
diberi, murid diminta membuat

Catatan
Nilai:
-Yakin

Kemahiran
Berfikir:
-Menjana idea

BBM:
-Kad ayat
Kemahiran
Berfikir:
-Menjana idea
-Menganalisis
Nilai:

14

simulasi terhadap arahan yang


tertera pada kad situasi.
3. Guru membimbing
perbincangan murid.

Langkah 2
(10 minit )

Langkah 3
(15 minit)

1.Tatabahasa :
- Ayat Perintah

1. Perrbincangan
Kumpulan:
- Membina 4 ayat
majmuk yang
mengandung kata
perintah
2. Pembentangan

Langkah 4
(10 minit)

1.Soalan
kefahaman

Penutup
(5 minit)

1.Rumusan

1. Berdasarkan simulasi yang


dilakukan, murid diminta
membina 2 ayat perintah yang
mengandungi adegan simulasi
2. Guru membimbing tugasan
murid.
1. Guru meminta ketua kumpulan
tampil ke depan untuk
mengambil kertas manila dan
pen marker.
2. Guru memberi arahan tajuk
perbincangan
3. Guru membimbing
perbincangan murid
4. Wakil setiap kumpulan akan
membentang hasil perbincangan

1. Murid dipilih secara rawak


untuk mengedarkan lembaran
kerja
2. Guru meminta murid
menjawab soalan kefahaman
3. Guru membimbing tugasan
murid-murid.

1. Guru merumuskan pelajaran


pada hari tersebut

-Berani
BBM:
-Kad situasi

Nilai:
-Rajin
Kemahiran
Berfikir:
-Menganalisis

Kemahiran
Belajar Cara
Belajar :
-Perbincangan
BBM:
-Kad Manila
-Pen marker
Kemahiran
Berfikir:
-Menjana idea
Nilai:
-Berani

Nilai:
-Rajin

BBM:
-Lembaran kerja
Kemahiran
Berfikir:
-Menjana idea

Nilai:
-Patuh

15

REFLEKSI : PENILAIAN GURU TERHADAP MURID DALAM PROSES PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN

MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI OLEH MURID SEMASA PROSES


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ASPEK TATABAHASA
Proses pengajaran dan pembelajaran aspek tatabahasa merupakan satu proses
yang berterusan dilakukan oleh guru sekiranya guru ingin mempastikan muridmurid memahami dan dapat mengaplikasikan tatabahasa dengan betul. Ketika sesi
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah berlangsung, tugasan guru lebih
mencabar kerana dia perlu berkebolehan dalam mengaplikasikan teknik-teknik dan
prinsip-prinsip pengajaran tatabahasa agar murid dapat memahami tatabahasa
dengan lebih baik. Namun, tidak dinafikan bahawa, setiap sesi pengajaran dan
pembelajaran itu pasti akan timbul beberapa masalah yang dihadapi oleh guru
ataupun murid. Berikut saya nyatakan, beberapa masalah yang dihadapi oleh murid
semasa proses pengajaran dan pembelajaran aspek tatabahasa ini.
Masalah yang pertama ialah, kesalahan penggunaan imbuhan. Dalam pengajaran
aspek tatabahasa, elemen seperti imbuhan itu adalah sangat penting untuk
dikuasai oleh murid-murid agar mereka tidak terpengaruh dengan bahasa pasar
atau bahasa campuran yang tidak sesuai digunakan ketika berada di dalam acara
atau majlis formal. Dengan menguasai atau memahami aspek imbuhan, murid akan
dapat menambahkan lagi pemahaman orang lain berkaitan ayat yang dituturkan
atau yang disampaikan oleh mereka. Kadangkala, masalah berkaitan imbuhan ini
bukanlah berpunca daripada pengajaran oleh guru itu tetapi lebih kepada murid

16

yang kurang atau tidak memahami konsep penggunaan imbuhan di dalam ayat.
Kita sedia maklum bahawa, dalam imbuhan itu wujudnya kata dasar. Tujuan
penambahan imbuhan terhadap kata dasar itu pula lebih kepada membezakan
maksud ayat yang menggunakan kata dasar itu. Contohnya,penggunaan kata pakai.
Jika kita meletakkan imbuhan di hadapan kata tersebut, iaitu imbuhan awalandi-,
maka kata pakaitadi akan menjadi dipakai. Contoh penggunaannya dalam ayat
ialah, kasut hitam itudipakaioleh Liza. Contoh seterusnya meletakkan imbuhan
pada belakang kata dasar iaitu imbuhan akhiran-kandan menjadi pakaikan.
Contoh dalam penggunaan ayat ialah, Pakaikandia baju itu, kata ibu kepada
Amin.Manakala penggunaan imbuhan pada awalan dan akhiran kata dasar
pakaiialah imbuhan apitandi kanmenjadi dipakaikan.Contoh penggunaannya
dalam

ayat

adalah

seperti

berikut,

robot

itudipakaikandengan

sut

yang

mewah.Ada dikalangan murid yang tidak tahu membezakan penggunaan perkataan


berimbuhan tersebut di dalam ayat yang mereka bina. Lazimnya masalah ini hanya
berlaku dikalangan murid-murid yang lembab atau slow learnerdan juga murid di
kelas Pemulihan. Bagi kes seperti ini, guru perlu bijak menanganinya dengan
memberikan seberapa banyak latihan latih tubi berkaitan dengan imbuhan agar
murid tersebut dapat memahami konsep imbuhan dengan lebih baik lagi. Selain
memberikan latihan latih tubi yang berterusan, guru juga perlu menggunakan
kaedah secara lisan untuk melatih murid agar dapat menguasai atau sekurangkurangnya tahu menggunakan imbuhan dengan baik.
Masalah yang kedua pula ialah, kesalahan penggunaan kata hubung. Murid-murid
akan berasa sukar untuk mengikis kebiasaan mereka menggunakan kata hubung
dalam pertuturan atau perbualan dalam situasi formal dengan penggunaan ayat
yang betul. Dalam kata hubung, konsep yang perlu diketahui dan difahami oleh
murid ialah, fungsi kata hubung itu iaitu sebagai penghubung atau penyambung
kepada dua atau lebih lebih sama ada perkataan, frasa, klausa atau ayat untuk
menjadi satu ayat sahaja. Namun, kebanyakan murid lebih suka menggunakan kata
hubung contohnya yang.Ada murid lebih suka dan selesa menggunakan perkataan
yangdiletakkan pada permulaan ayat semasa bertutur ataupun ketika menjawab
soalan kefahaman. Oleh itu, untuk mengurangkan kebiasaan ini seterusnya
menghilangkannya sekaligus daripada keterbiasaan, guru perlu bijak memainkan
peranan sebagai pembimbing murid-murid untuk menggunakan kata hubung

17

dengan betul, sesuai dengan fungsinya sebagai penghubung kepada dua ayat untuk
dijadikan kepada satu ayat sahaja. Guru perlu memperbanyakkan latih tubi
berkaitan

dengan

kata

hubung

agar

murid

dapat

menguasai

seterusnya

mengaplikasikan penggunaan kata hubung yang betul sama ada ketika bertutur
mahupun menjawab soalan kefahaman.
Masalah yang ketiga ialah, masalah yang berkaitan dengan kesalahan penggunaan
aspek frasa nama, frasa kerja dan frasa sendi nama. Apabila murid mempelajari
aspek tatabahasa yang berkaitan dengan kata nama seperti tempat atau arah
selain

kata

kerja

atau

adjektif,

murid

akan

mengalami

kesukaran

untuk

menyesuaikan ayat dengan situasi atau sukar membina ayat yang betul dan tepat
jika terdapat elemen-elemen tersebut. Contohnya, jika di dalam ayat itu ada

menunjukkan arah atau tempat, maka murid perlu menjarakkan kata


imbuhannya. Contohnya di sini, di sana, di dalam, ke Komplek Sukan, di
Kedai Serbaneka.Begitu juga dengan dengan ayat-ayat yang melibatkan
penggunaan kata sendi. Murid juga mengalami masalah untuk membina ayat
dengan baik. Guru perlu menerangkan kepada murid satu persatu mengenai
maksud dan fungsi frasa-frasa tersebut kerana dengan penerangan yang
diberikan sebelum meminta murid membina ayat, maka murid akan lebih
mengetahui dan memahami konsep frasa-frasa tersebut. Selain latih tubi
yang berterusan sama ada ketika berlangsungnya sesi pengajaran dan
pembelajaran, guru juga perlu meminta murid untuk membina ayat secara
lisan sebagai latihan kepada mereka untuk mengaplikasikan frasa-frasa
tersebut serta tahu membezakannya mengikut fungsinya.
Manakala masalah yang keempat pula ialah, masalah penggunaan sendi
nama. Penggunaan kata sendi nama seperti di, ke, kepada, daripada, pada,
bagi, tentangjuga adakalanya mengelirukan murid. Masalah keliru dan tidak
tahu

menggunakan

kata

sendi

mana

yang

harus

digunakan

sering

membelenggu murid dalam menghasilkan ayat yang betul. Oleh itu,


penerangan daripada guru mengenai fungsi dan konsep penggunaannya
adalah sangat penting agar murid mengetahuinya serta dapat membantu
murid menguasai atau memahami penggunaan sendi nama di dalam ayat

18

yang mereka

bina. Guru

perlu memperbanyakkan latihan latih tubi

tatabahasa berkaitan sendi nama agar murid dapat membezakan fungsi dan
konsep antara pada, kepadadan daripadadan sebagainya lagi. Latihan lisan
juga penting agar murid dapat membiasakan diri menggunakan kata sendi
nama yang sesuai untuk digunakan dalam perbualan. Malah, murid juga
perlu digalakkan membina ayat setiap hari sekurang-kurangnya satu ayat
dalam sehari sebagai latih tubi untuk mereka menguasai dan memahamai
aspek tatabahasa tersebut.

PENUTUP
Secara amnya, proses pengajaran aspek tatabahasa Bahasa Melayu adalah satu
proses yang berterusan, sama ada ia disampaikan atau diajarkan baik secara
langsung mahupun secara tidak langsung dan perlu mengikut prinsip-prinsip
pengajarannya agar apa yang disampaikan oleh guru itu dapat diterima oleh murid
dengan lebih berkesan lagi. Murid bukan sahaja dapat memahami malah dapat
mengaplikasikan aspek tatabahasa ini dengan baik sama ada dalam pertuturan
secara lisan mahupun secara bertulis. Perancangan lebih awal oleh guru adalah
penting agar guru dapat memikirkan langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan serta menarik melalui Rancangan Pengajaran Harian. Walaupun
setiap proses pengajaran itu akan berhadapan dengan masalah terutamanya
berkaitan dengan murid, namun sebagai seorang pendidik, guru perlu lebih kreatif
dan terbuka dalam mengajar murid aspek tatabahasa ini agar dapat mencapai
objektif. Guru juga perlu memikirkan langkah-langkah untuk mengatasi masalah
yang dihadapi oleh murid dengan memikirkan cara yang sesuai agar murid
sekurang-kurangnya dapat memahami konsep sesuatu elemen tatabahasa itu.

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI ASPEK PENCAPAIAN AKADEMIK


DAN LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
1.0

Pengenalan

Setiap individu yang dilahirkan adalah berbeza daripada individu yang


lain. Di dalam sesebuah kelas, terdapat perbezaan individu antara setiap
murid tersebut. Terdapat murid yang lemah, sederhana dan pandai. Menurut

19

Henson dan Eller (1999) di dalam bukunya Educational Psycholigy for


Effective, kepelbagaian individu merujuk kepada ciri atau sifat manusia yang
mempunyai potensi sama ada memajukan keupayaan seseorang (contohnya
seperti optimistik, sentiasa berani mencuba ) atau membataskan keupayaan
seseorang untuk belajar di dalam persekitaran sekolah ( contohnya seperti
takut melakukan, takut bertanya).
Satu kajian telah dilakukan ke atas dua orang murid sekolah rendah
yang berbeza pencapaian akademik. Kajian tersebut dilakukan melalui
kaedah temu bual berdasarkan beberapa soalan. Seorang mempunyai tahap
pencapaian akademik yang baik dan seorang lagi mempunyai pencapaian
akademik yang lemah. Kedua orang murid tersebut adalah murid lelaki,
berumur sembilan tahun, jantina yang sama dan berada di dalam kelas
yang sama.
Hasil dapatan daripada sesi temu bual, terdapat beberapa faktor yang
telah mempengaruhi pencapaian akademik kedua orang murid tersebut.
Antaranya, faktor personaliti, gaya kognitif dan gaya belajar, kesihatan,
jantina dan lokasi/tempat tinggal murid.
Justeru itu, beberapa langkah perlu diambil oleh guru untuk mengatasi
masalah pencapaian akademik kedua orang murid tersebut. Pertama,
kaedah kumpulan, pembelajaran koperatif, memberi peneguhan positif dan
negatif, mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran serta
mempelbagaikan bahan bantu mengajar.
2.0

Kajian Literatur

Menurut Carl Jung personaliti terbahagi kepada tiga jenis iaitu ekstrovert,
introvert dan ambivert. Murid yang memilikki ciri-ciri ekstrovert iaitu suka
bergaul, cepat mengeluarkan pendapat, mudah mesra, kreatif dan bersikap
lebih terbuka mempunyai pencapaian akademik yang lebih baik.
Menurut Honey dan Mumford (1992) dengan mengenalpasti gaya
pembelajaran individu, ia bukan sahaja hanya dapat mengeksploitasi gaya
pembelajaran yang diamalkan oleh individu malahan dapat meningkatkan
potensi seseorang dalam proses pembelajaran.
Menurut Maccoby dan Jacklin (1974) pelajar perempuan lebih baik daripada
kecerdasan lisan atau bahasa, sementara pelajar lelaki pula lebih baik dari
segi kecerdasan ruang. Ini bermakna pelajar perempuan lebih baik di dalam
perbendaharaan kata, tugasan mengeja perkataan dan membaca.
Sementara, pelajar lelaki pula lebih baik di dalam tugasan membaca peta,
teka silang kata atau tugasan berkaitan ruang. Pelajar lelaki turut
mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang dalam mata pelajaran
matematik , contohnya dalam menyelesaikan tugasan geometri.
3.0

Faktor-faktor mempengaruhi

20

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik murid.


Antaranya faktor personaliti, gaya kognitif dan gaya belajar, jantina,
kesihatan dan lokasi atau tempat tinggal.

3.1

Personaliti

Setiap murid mempunyai personaliti yang tersendiri. Faktor personaliti


memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pencapaian akademik
seseorang pelajar (Eysenck 1979).
Menurut ahli psikologi, personaliti
merangkumi pemikiran, persepsi, nilai, sikap, watak, keupayaan,
kepercayaan, kecerdasan, motivasi, kebiasaan dan sebagainya.
Menurut Carl Jung personaliti terbahagi kepada tiga jenis iaitu
ekstrovert, introvert dan ambivert. Murid yang memiliki ciri-ciri ekstrovert
iaitu suka bergaul, cepat mengeluarkan pendapat, mudah mesra, kreatif dan
bersikap lebih terbuka mempunyai pencapaian akademik yang lebih baik.
Pelajar sekolah rendah didapati lebih ekstrovert serta mampu memperolehi
pencapaian akademik yang cemerlang (Elliot,1972;Anthony,1977 dan Riding
1979).
Murid yang peramah, suka bergaul dan ceria mudah mendapat ramai
kawan. Ini dapat meningkatkan pencapaian akademik apabila mereka dapat
belajar secara berkumpulan. Pada kebiasaannya, murid akan menjadi baik
dan berjaya apabila mereka bersahabat dengan rakan yang baik dan rajin.
Jika mereka bersahabat dengan rakan yang tidak bermoral maka mereka
turut gagal mengekalkan kejayaan yang dicapai sebelumnya ( Sulaiman,
1996 ). Ini bermaksud seseorang murid yang mempunyai kecemerlangan
dalam bidang akademik akan menjadi sebaliknya jika berkawan dengan
rakan-rakan yang mempunyai sikap yang malas dan tidak suka kepada
sesuatu kejayaan dalam bidang akademik. Hal ini kerana, seseorang rakan
itu dapat mempengaruhi rakan yang lain untuk mengikuti jejaknya.
Faktor personaliti ini dapat disokong oleh Teori Sigmund Freud bahawa
perkembangan personaliti manusia terbahagi kepada tiga iaitu ego, id, dan
superego. Murid yang berkebolehan dan pintar cerdas kognitif dalam
pencapaian akademik tergolong dalam personaliti ego. Ego ialah realiti
komponen psikologi yang mengutamakan realiti dan pemikiran logik. Murid
yang memiliki elemen ego penuh dengan persepsi, inginkan kemajuan dan
boleh menyesuaikan fungsinya mengikut keadaan semasa.
Manakala, murid yang mempunyai personaliti id ialah murid yang
mementingkan keseronokkan, tidak rasional dan penuh dengan orientasi
berkehendakkan kepuasan. Murid superego pula lebih menyerupai hati
nurani atau conscience seseorang individu. Murid ini mempunyai kedua-dua
personaliti ego dan id.

21

3.2

Gaya belajar dan gaya kognitif

Gaya kognitif ialah cara individu mempersepsi maklumat mengenai


persekitarannya. Sementara, gaya belajar merujuk kepada pendekatan
individu kepada cara belajar yang digemarinya.Menurut Honey dan Mumford
(1992) dengan mengenalpasti gaya pembelajaran individu, ia bukan sahaja
hanya dapat mengeksploitasi gaya pembelajaran yang diamalkan oleh
individu malahan dapat meningkatkan potensi seseorang dalam proses
pembelajaran.
Gayabelajar yang bersesuaian dengan diri seseorang murid adalah
salah satu penentuan ke arah kecekapan dan kebolehan mengasimilasikan
ilmu yang dipelajari dengan cemerlang dan berkesan. Gaya pembelajaran
yang sesuai penting untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Ini
kerana, cara yang bersesuaian dengan ciri-ciri pembelajaran akan
menyebabkan pelajar di semua peringkat lebih bermotivasi dan seterusnya
akan meningkatkan pencapaian akademik (Chambers, 1991).
Faktor ini turut disokong oleh Herman Witkin dan Gooddenough (1977)
yang memperkenalkan gaya bebas medan dan bersandar medan. Antara
ciri-ciri pelajar gaya bebas medan ialah , suka berinteraksi secara formal
dengan guru, matlamat pembelajaran daripada punca dalaman dan suka
merancang sendiri cara pembelajaran. Manakala,ciri-ciri pelajar bersandar
medan ialah suka berinteraksi secara informal dengan guru, matlamat
pembelajaran daripada punca luaran iaitu ibu, bapa atau guru dan suka
pembelajaran terancang dan berstruktur. Oleh yang demikian, pelajar yang
mempunyai ciri bersandar medan mempunyai pencapaian akademik yang
lebih cemerlang berbanding pelajar bebas medan.
Pencapaian akademik murid yang berbeza turut merujuk kepada gaya
kognitif impulsif dan reflektif. Menurut Slavin (1997) gaya impulsif merujuk
seseorang yang gemar memberi respons secara tepat, yang biasanya tidak
menitikberatkan ketepatan. Pelajar impulsif suka membuat kerja dengan
cepat, tetapi membuat kesilapan kerana belajar mengikut gerak hati.
Manakala, pelajar reflektif seseorang yang sentiasa menganalisis diri dan
pemikiran sendiri. Pelajar reflektif lambat menyiapkan tugasan tetapi kurang
membuat kesilpan. Mereka lebih mementingkan ketepatan jawapan atau
kesempurnaan tugasan daripada menepati masa yang ditetapkan. Perasaan
kurang yakin diri ini menyebabkan mereka lambat menyiapkan tugasan.
3.3

Kesihatan

Murid yang sihat sentiasa riang, cerdas, suka bertanya dan dapat
mengikuti pengajaran dan pembelajaran guru dengan baik. Manakala, murid
yang tidak sihat kelihatan lemah, kurang bertenaga, tidak menumpukan
perhatian di dalam kelas dan tidak mempunyai ramai kawan. Selain itu,
murid lemah kerana menghadapi masalah kesihatan seperti asthma,
talassemia, hepatitis B dan sebagainya.

22

Penjagaan kesihatan merupakan salah satu tanggungjawab penting


kepada murid. Kesihatan fizikal dan kesejahteraan mental akan
membolehkan murid mengikuti pelajaran dengan baik dan sempurna.
Pemakanan yang tidak mencukupi sama ada dari segi kuantiti ataupun
kualiti boleh melambatkan proses kematangan. Kekurangan pemakanan
yang seimbang boleh menggangu pola-pola pertumbuhan kerana kurangnya
pengambilan vitamin, mineral dan protein.
Dengan pengabaian tersebut, keupayaan fizikal dan mental muridmurid tersebut agak terbatas dan lemah menyebabkan tumpuan mereka
terhadap pembelajaran adalah lemah. Keadaan ini menyumbang kepada
kemerosotan pencapaian akademik dalam mata pelajaran yang
dipelajarinya.
Faktor ini turut disokong dengan adanya Teori Hirarki Keperluan
Maslow. Keperluan Fisiologi merupakan peringkat keperluan yang paling
asas. Keperluan ini adalah penting bagi kehidupan sesuatu organisme,
apatah lagi manusia. Keperluan asas ini merangkumi apa yang diperlukan
untuk diri atau fizikal seseorang seperti keperluan mendapatkan makanan,
minuman dan tempat tinggal.
Oleh itu, dalam konteks pendidikan murid-murid yang kurang
mendapat makanan tidak dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya
terhadap pelajaran mereka. Ini kerana kesan daripada kekurangan
keperluan ini akan mengakibatkan kesihatan murid terganggu atau terjejas.
4.0

Jantina

Pengaruh jantina adalah amat besar dalam mempengaruhi


pencapaian akademik seseorang individu. Jantina boleh mempengaruhi
individu dalam berbagai cara dan keadaan contohnya dalam cara
berpakaian, berfikir, kesopanan, sikap, personaliti dan juga dalam
pencapaian akademik (Campbell dan Clewell 1999).
Menurut Maccoby dan Jacklin (1974) pelajar perempuan lebih baik
daripada kecerdasan lisan atau bahasa, sementara pelajar lelaki pula lebih
baik dari segi kecerdasan ruang. Ini bermakna pelajar perempuan lebih baik
di dalam perbendaharaan kata, tugasan mengeja perkataan dan membaca.
Sementara, pelajar lelaki pula lebih baik di dalam tugasan membaca peta,
teka silang kata atau tugasan berkaitan ruang. Pelajar lelaki turut
mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang dalam mata pelajaran
matematik , contohnya dalam menyelesaikan tugasan geometri.
Faktor ini turut disokong oleh Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard
Gardner. Pencapaian akademik murid perempuan lebih baik daripada murid
lelaki kerana murid perempuan mempunyai kecerdasan verbal linguistik.
Menurut Howard Gardners, (1983), seseorang yang mempunyai kecerdasan

23

verbal-linguistik mampu memahami, bertutur, menulis pelbagai jenis bahasa


dan mampu menguasai bahasa asing dengan baik dan fasih
Oleh itu, murid perempuan dikatakan memiliki kecerdasan verbal
linguistik kerana cemerlang pada peringkat persekolahan dalam bidang
bahasa. Murid perempuan sering melibatkan diri dalam pertandingan
berkaitan bahasa, meminati ilmu falsafah dan isu-isu sosial dan suka
membaca bacaan yang luas serta membaca dengan pantas.
5.0

Lokasi atau tempat tinggal

Murid yang tinggal dan membesar di kawasan persekitaran yang sihat


mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan dirinya. Menurut Papalia
(2001) persekitaran merupakan perkara yang bukan genetik yang
mempengaruhi seseorang individu. Ini dapat dilihat melalui asuhan dan
interaksi dengan kedua orang ibu bapanya, pengaruh adik-beradik, ahli
keluarga lain, guru, kawan-kawan, bahan media cetak dan media elektronik
serta bahan daripada komputer.
Menurut Baumrind ( di dalam Santrock, 2001), terdapat empat bentuk
asuhan keluarga iaitu authoritarian, autoritatif, mengabaikan dan indulgent.
Ibu bapa yang mengamalkan bentuk asuhan keluarga autoritatif dapat
membantu pencapaian akademik murid-murid di sekolah. Ini kerana, ibu
bapa autoritatif adalah ibu bapa yang memberikan kebebasan yang terbatas
kepada anak mereka. Antara ciri ibu bapa autoritatif ialah menggalakkan
anak-anak berdikari di samping memberi sedikit kawalan ke atas tingkah
laku mereka dan anak-anak bebas berkomunikasi secara lisan dengan ibu
bapa yang bersifat menyokong dan membantu perkembangan anak-anak
mereka. Oleh yang demikian, anak-anak yang dibesarkan dengan cara
asuhan autoritatif ini menunjukkan tingkah laku bersosial yang baik.
Faktor ini turut disokong dengan Teori Perkembangan Ekologi
Bronfenbrenner. Mengikut Urie Bronfenbrenner (1917) terdapat lima sistem
yang mempengaruhi ekologi iaitu sistem mikro, sistem meso, sistem ekso,
sistem makro dan sistem krono. Sistem mikro adalah seting di mana
seseorang individu menghabiskan masa bersama-sama keluarga, rakan
sebaya, berada di sekolah atau berada di kawasan setaman atau
sekampung. Di dalam sistem ini, individu mempunyai hubungan yang
langsung dengan ibu bapa, adik beradik, guru, rakan sebaya, jiran dan lainlain. Justeru itu, murid yang tinggal di dalam ekologi sistem mikro dapat
membesar dengan sihat dan sekaligus dapat meningkatkan pencapaian
akademiknya. Ini kerana kawasan persekitarannya telah membantu
menjadikannya murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani.

5.0

Langkah-langkah mengatasi

24

Antara langkah-langkah mengatasi yang boleh diambil ialah mengadakan


kaedah kumpulan, pembelajaran, peneguhan positif dan negatif,
mempelbagaikan
strategi
pengajaran
dan
pembelajaran
serta
mempelbagaikan bahan bantu mengajar.
5.1

Kaedah kumpulan

Di dalam sesebuah kelas terdapat beberapa orang murid yang


mempunyai tahap keupayaan yang berbeza-beza. Oleh itu, guru boleh
menggunakan kaedah kumpulan untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan tahap keupayaan murid. Ini dapat memudahkan
guru menyediakan latihan atau bahan sumber pengajaran dan
pembelajaran.
Guru boleh mengasingkan murid yang lemah, sederhana dan pandai
dalam kumpulan yang ditetapkan. Dengan cara ini, guru dapat memantau
prestasi setiap kumpulan berdasarkan tahap keupayaan dan kecerdasan
murid-murid tersebut. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran juga tidak
membebankan murid kerana guru menggunakan aras yang berbeza untuk
setiap kumpulan.Guru juga perlu membuat carta kemajuan dan rekod profil
untuk setiap murid-muridnya. Hasil pemerhatian guru dan pencapaian murid
perlu dicatat dari masa ke masa.
5.2

Pembelajaran Koperatif

Pembelajaran koperatif ialah pembelajaran di dalam kumpulan


heterogenius di mana biasanya terdapat murid cerdas dan lambat. Di dalam
aktiviti pembelajaran ini, murid cerdas dikehendaki membantu murid lemah.
Murid yang cerdas akan bersungguh-sungguh membantu murid yang lemah
kerana markah yang diperoleh setiap individu di dalam kumpulan akan
menjadi markah kumpulan. Secara tidak langsung, dapat memupuk
semangat bekerjasama apabila setiap kumpulan bersaing satu sama lain.
Kaedah pengajaran ini adalah menggunakan idea perancah
(scaffolding) dalam Teori Perkembangan Kognitif Vygotsky, di mana murid
cerdas akan membimbing pelajar lemah di dalam zon perkembangan
proksimal. Ini kerana, ada kalanya pengajaran rakan sebaya lebih berkesan
daripada guru, kerana pemikiran lateral boleh digunakan oleh pelajar yang
cerdas ini.
5.3

Peneguhan positif dan negative

Semasa berlakunya aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam


kelas, guru hendaklah memberi peneguhan positif kepada murid yang
menunjukkan tingkah laku yang baik. Murid-murid akan berasa dihargai
apabila dipuji oleh guru. Guru boleh membuat peneguhan positif dengan
mengatakan bagusapabila murid dapat memberi jawapan yang betul
ketika sesi soal jawab di dalam kelas. Peneguhan positif juga boleh diberikan

25

dengan memberikan simbol bintang pada buku latihan murid kerana dapat
menyiapkan kerja dengan tulisan yang kemas dan cantik.
Manakala, peneguhan negatif untuk mengelakkan tingkah laku yang
yang tidak disukai. Contoh, guru yang hendak mengelakkan muridnya
membuat bising akan mengatakan bahawa, Saya akan membenarkan
murid yang telah menyiapkan kerja keluar rehat lebih awal. Oleh itu, murid
akan menyiapkan kerja yang diberikan untuk keluar rehat lebih awal.
Selain itu, guru juga boleh menggunakan prinsip Premack atau
grandmothers rule, iaitu dengan menyatakan , Murid yang membuat
kerja dengan tulisan yang cantik dan kemas akan dibenarkan membaca
komik Naruto. Ini bermakna murid akan membuat latihan yang diberikan
dengan teliti untuk mendapatkan sesuatu yang disukainya.
5.4

Mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran

Strategi dan kaedah pengajaran guru berfungsi sebagai satu panduan


pengajaran ke arah keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru di
dalam kelas. Guru perlu mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran untuk menarik minat murid supaya dapat mengikuti
pengajaran dan pembelajaran sehingga tamat. Antaranya, kuiz,
perbincangan, percambahan idea, lakonan, simulasi, kaedah penyoalan,
projek dan lawatan.
Guru juga boleh menngunakan pelbagai soalan bagi mengetahui tahap
pencapaian dan kebolehan muridnya. Penyoalan boleh dilakukan dalam
bentuk pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.
Contoh, guru boleh memulakan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
dengan memulakan set induksi menggunakan tayangan video, bercerita,
bernasyid dan sebagainya. Secara langsung dapat menggalakkan
penglibatan murid-murid dan meningkatkan motivasi untuk belajar.
3.5

Mempelbagaikan bahan Bantu mengajar

Guru perlu menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar seperti


penyampaian maklumat melalui transperansi, laman web atau pencarian
internet, carta dan lain-lain lagi. Ini adalah sesuai kerana di dalam sesebuah
kelas ada murid yang peka kepada audio, ada yang tertarik kepada visual
dan yang tertarik kepada kinestetik.
Pembelajaran melalui akhbar di dalam bilik darjah adalah satu cara
pengajaran yang boleh merangsang minda murid berfikir, kerana terdapat
banyak pengetahuan yang boleh didapati di dalam surat khabar tersebut.
Pembelajaran berbantukan komputer juga dapat merangsang minat
murid untuk belajar. Soalan-soalan yang diberikan adalah mengikut aras
soalan daripada yang mudah hingga susah. Oleh itu, murid yang lemah,
sederhana dan pandai dapat menjawab soalan mengikut tahap keupayaan
masing-masing. Pembelajaran berbantukan komputer amat menarik
26

digunakan kerana mengandungi elemen-elemen visual grafik yang dapat


menarik perhatian murid contohnya animasi kartun.
6.0

Kesimpulan

Pencapaian akademik murid yang berbeza adalah disebabkan oleh


faktor personaliti, gaya kognitif dan gaya belajar, jantina, kesihatan dan
faktor lokasi. Ini kerana setiap murid mempunyai perbezaan individu
tersendiri.
Oleh itu, setiap guru perlu mengenalpasti apakah tahap kecerdasan
murid di dalam kelas. Ini untuk memudahkan guru menjalankan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap keupayaan seseorang murid
itu. Langkah-langkah mengatasi yang boleh di ambil oleh guru ialah
mengaplikasikan kaedah kumpulan, pembelajaran koperatif, memberi
peneguhan positif dan negatif, mempelbagaikan strategi pengajaran dan
pembelajaran serta mempelbagaikan bahan bantu mengajar.
Guru juga perlu mengenalpasti dan memahami setiap masalah yang
berlaku pada murid-muridnya. Keprihatinan dan kerjasama guru membantu
murid yang mengalami masalah perbezaan individu ini akan dapat
melahirkan modal insan yang cemerlang suatu hari nanti. Ini sejajar dengan
hasrat Falsafah Pendidikan kebangsaan
bahawa modal insan yang
dilahirkan haruslah seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Guru bukan sahaja menyampaikan ilmu pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas malah memainkan peranan amat penting iaitu mendidik dan
membimbing murid menjadi insan yang berguna, cemerlang, gemilang dan
terbilang pada masa hadapan.
7.0

Rujukan

Agnes, P. W. , Kellerman, A.S., & Meyer, J. (1996). Multimedia in the


classroom. Boston: Allyn & Bacon.
Alsagoff. S (1992). Teknologi pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka
http://images.dehewaraspak.multiply.multiplycontent.com/attachment/0/RvGX@AoK
CtMAAFNiRgc1/hubungan%20sosioekon%20dgn%20pcapaaan.pdf?
key=dehewaraspak:journal:23&nmid=58573556
http://www.personalitypage.com/info.html

Ismail.M, (1995). Penilaian di bilik darjah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka
Husin.K(1993).Pedagogi 3. Penggunaan psikologi dalam bilik darjah.Petaling
Jaya : Longman Malaysia.
Mohamed.M. (1990). Pengantar psikologi satu pengenalan asas kepada jiwa
dan tingkah laku manusia, Kuala lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

27

Nor.S & Ramli. D (1998). Kemahiran Berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK):
Longman.
Wan Zah Wan Ali (2000) Memahami pembelajaran.Kuala Lumpur: Utusan
Publications

28

You might also like