Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

SMK TAMAN SETIAWANGSA

NAMA

: NUR ERIESHA BINTI ZAINAL ABIDIN

KELAS

: 4 BESTARI

TAJUK

: BAHAN BUATAN DALAM INDUSTRI

GURU

: PUAN NORMAH BINTI MISPAR

ISI KANDUNGAN
Bi

Tajuk

Muka

l
1

surat
Pendahuluan :
-

6-8

4.3.1) Maksud aloi


4.3.2) Perbezaan antara aloi dan logam
4.3.3) Komposisi, sifat dan kegunaan aloi

9 - 10

Polimer Sinetik dan Kegunaan :


-

4.2.2) Proses penghasilan ammonia


4.2.3) Baja buatan

2-5

Aloi :
-

4.1.1) Proses penghasilan asid sulfurik


4.1.2) Kegunaan asid sulfurik kepada manusia
4.1.3) Pencemaran yang berlaku akibat proses penghasilan
asid sulfurik
4.1.4) Cara mengatasi pencemaran

Penghasilan Ammonia dan Garamnya :


- 4.2.1) Kegunaan ammonia dalam kehidupan
-

Asid Sulfurik :
-

3.1.1) Maksud
3.1.2) Kepentingan

4.4.1) Maksud polimer


4.4.2 ) Polimer semulajadi dan monomernya
4.4.3) Polimer buatan, monomer dan kegunaanya

Kaca dan Seramik serta Kegunaanya :


- 4.5.1) Contoh kaca dan kegunaan
- 4.5.2) Kegunaan seramik dan ciri-ciri seramik
Bahan Komposit dan Kegunaannya :
- 4.6.1) Maksud bahan komposit
- 4.6.2) Bahan komposit dan kegunaan
- 4.6.3) Sifat bahan komposit dan bahan asal
Rumusan :
- Kepentingan bahan buatan dalam industri
- Tanggungjawab pengguna dalam memastikan penggunaan

11

12

13

14

bahan buatan yang ada

Rujukan

15

PENDAHULUAN
3.1.1) Maksud :

Bahan buatan ialah bahan yang dibuat sendiri dengan campur tangan manusia atau sesuatu yang
diolah manusia dari bahan kimia dan paduannya, bukan asli dari alam. Banyak bahan buatan
dihasilkan untuk keselesaan kita.

3.1.2) Kepentingan :
Bahan Pemutih
- Untuk menghilangkan kotoran degil pada pakaian.

Produk membunuh serangga


- Untuk membunuh serangga seperti lipas, semut dan sebagainya

Zat Aditif
- Untuk menambahkan kualiti makanan, menambahkan perasa serta untuk mengawet
makanan

Asid sulfurik
4.1.1 ) Proses penghasilan asid sulfurik
Asid sulfurik dibuat secara industri melalui proses sentuh. Bahan mentah yang digunakan dalam
proses sentuh ialah sulfur ( atau bijh sulfida ), udara dan air.

Carta aliran proses sentuh :


Peringkat 1 : Pengeluaran sulfur dioksida

Peringkat 2 : Pembentukan sulfur trioksida

Peringkat 3 : Pembentukan asid sulfurik

2
Peringkat 1 : Pengeluaran sulfur dioksida
-

Sulfur lebur dibakar di dalam udara kering untuk menghasilkan sulfur dioksida, SO2.
Gas yang terbentuk ditulenkan dan disejukkan .
S + O2

SO2

Peringkat 2 : Pembentukan sulfur trioksida


-

Sulfur dioksida, SO2 dan gas oksigen, O2 yang berlebihan disalurkan melalui mangkin
vanadium (V) oksida, V2O5 pada suhu 450 oC dan tekanan 1 atm untuk menghasilkan
sulfur trioksida, SO3\

2SO2 + O2
-

2SO3

Kira-kira 99.5% sulfur dioksida, SO2 ditukarkan kepada sulfur trioksida, SO3 melalui
tindak balas berbalik itu.

Peringkat 3 : Pembentukan asid sulfurik


-

Sulfur trioksida, SO3 dilarutkan di dalam asid sulfurik, H2SO4 pekat untuk membentuk
oleum, H2S2O7.
SO3 + H2SO4

H2S2O7

Kemudian, oleum, H2S2O7 dicairkan dengan air untuk menghasilkan asid sulfurik, H2SO4
pekat dalam kuantiti yang banyak
H2S2O7 + H2O

2H2SO4

Tindak balas dalam peringkat 3 adalah setara dengan mencampurkan sulfur trioksida, SO3
secara langsung ke dalam air.
SO3 + H2O
H2SO4
Tindak balas ini tidak dilakukan di dalam industri kerana sulfur trioksida, SO3 bertindak
balas terlalu cergas dengan air. Tindak balas ini akan menghasilkan haba dan wasap air
sulfurik, H2SO4 yang banyak. Wasap ini mengkasi, tidak mudah dikondensasikan dan
mencemarkan udara.

4.1.2) Kegunaan Asid Sulfurik kepada manusia


- Asid sulfurik adalah bahan buatan terpenting dalam industri dan digunakan untuk membuat
bahan-bahan lain. Antaranya ialah :

Pembuatan baja (ammonium sulfat)


Membuat detergen
Membuat pigmen cat
Membuat gentian tiruan ( polimer )

4.1.3) Pencemaran yang berlaku akibat proses penghasilan asid sulfurik


- Sulfur dioksida, SO2 ialah salah satu hasil sampingan Proses Sentuh. Gas ini mencemarkan
alam sekitar. Hampir semua gas itu terhasil daripada pembakaran bahan api fosil yang
mengandungi sulfur. Kita akan menghidapi batuk, sakit dada, sesak nafas dan penyakit paru-paru
jka terhidu gas ini.

4
- Gas ini juga larut di dalam air hujan lalu menyebabkan hujan asid. Air hujan biasanya
mempunyai nilai pH 5.4. Hujan asid berlaku apabila nilai pH air berada antara 2.4 dengan 5.0.
Hal ini disebabkan oleh tindak balas sulfur dioksida, SO2 dengan air hujan.

2SO2(g) + O2(g) +2H2O(ce)

2H2SO4(ak)

Hujan asid menimbulkan banyak kesan buruk seperti :


a) Mengakis bangunan yang dibuat daripada batu marmar atau batu kapur.
b) Mengakiskan bangunan dan struktur yang dibuat daripada logam.

c) Meningkatkan keasidan tanah.


d) Meningkatkan keasidan air dalam tasik dan sungai
Pencemaran Udara :
Angin membawa bahan pencemar ke merata-rata tempat
Menyebabkan maslaah pernafasan kepada manusia
Pencemaran Air :
Tasik dan sungai menjadi berasid
Ikan dan hidupan akuatik yang lain akan mati
Pencemaran Tanah :

pH tanah berkurang
Garam mineral larut resap di dalam tanah
Akar pokok akan rosak
Tumbuhan akan mati akibat malnutrisi dan penyakit

4.1.4) Cara mengatasi pencemaran


Keasidan dalam tanah dan tasik dapat dikurangkan dengan menambahkan bahan bes
Kalium oksida digunakan untuk menyerap sulfur dioksida dalam gas buangan proses
sentuh.

Penghasilan Ammonia dan Garam


4.2.1) Kegunaan ammonia dalam kehidupan
Kegunaan utama ammonia ialah :

Membuat baja bernitrogen dalam bentuk ammonium sulfat, ammonium nitrat dan urea.
Cecair ammonia digunakan sebagai penyejuk dalam peti sejuk.
Sebagai bahan mentah dalam pembuatan asid nitrik dalam proses Ostwald.
Ditukarkan pada asid nitrik yang seterusnya digunakan dalam pembuatan bahan letupan.
Sebagai alkali untuk mencegah susu getah membeku supaya susu getah dapagt disimpan
dalam bentuk cecair.
Menghasilkan ammonium klorida yang digunakan dalam pembuatan sel kering.

4.2.2) Proses penghasilan ammonia

Ammonia, NH3 disediakan dalam industry melalui Proses Haber. Dalam proses ini, gas
nitrogen, N2 daripada udara dipadukan dengan gas hydrogen, H2 daripada gas asli untuk
membentuk ammonia, NH3.

Campuran gas nitrogen, N2 dan gas hydrogen, H2 dalam nibah 1:3 mengikut idi padu dialirkan ke
dalam pemampat. Campuran ini dimampatkan sehingga tekanan menjadi 200 atm pada suhu
450oC. Campuran ini dialirkan melalui mangkin besi untuk meningkatkan kadar tindak balasnya.
N2 (g) + 3H2 (g)

2NH3 (g)

Gas ammonia, NH3 yang terbentuk disejukkan menjadi cecair dan diasingkan bagi meningkatkan
peratusan penghasilan ammonia. Penghasilan ammonia, NH3 ini membebaskan haba. Gas
nitrogen, N2 dan gas hidrogen, H2 yang tidak bertindak balas dikitar semula dengan
mengalirkannya
ke dalam reactor bersama dengan sumber gas nitrogen, N2 dan gas hydrogen, H2 yang baharu.
Kira-kira 98% gas nitrogen, N2 dan gas hydrogen, H2 dapat ditukarkan menjadi ammonia, NH3

4.2.3) Baja buatan


-

Baja ammonium merupakan salah satu baja kimia yang ditambahkan ke dalam tanah
untukk menggantikan unsur yang telah diserap oleh tumbuhan. Makronutrien yang

diperlukan oleh tumbuhan ialah nitrogen, fosforus, kalium dan kalsium. Baja ammonium
dapat disediakan melalui tindak balas antara ammonia, NH3 dengan asid.
Ammonium nitrat dihasilkan secara komersil sebagai baja kimia. Gas nitrogen didalam
udara bertukar ke gas ammonia, seterusnya asid nitrik dan menghasilkan ammonium
sulfat.
Baja diformulasikan khusus bagi tujuan tertentu, contohnya untuk membantu
pertumbuhan daun atau pengeluaran buah. Ia lazimnya mangandungi tiga unsur kimia
utama, iaitu nitrogen, fosforus dan kalium dalam kadar yang berbeza-beza. Unsur-unsur
yang lain seperti kalsium, sulfur, magnesium dan zat-zat mikro (micronutrients) turut
digunakan berdasarkan keperluan atau penggunaan baja tersebut. Walaupun nitrogen
boleh didapati di atmosfera bumi, hanya terdapat sekumpulan tumbuhan kecil
( contohnya kekacang ) yang melakukan proses ikatan nitrogen ( proses penukaran
nitrogen atmosfera kepada bentuk-bentuk yang lebih berguna seperti nitrat, ammonia dan
nitrogen oksida ). Hampir semua tumbuhan memerlukan sebatian nitrogen di dalam tanih
untuk tumbuh subur.

1) Nitrogen diperlukan oleh tumbuhan dalam jumlah yang besar untuk membuat protein
bagi pertumbuhan dan pembaikan sel.
2) Kebanyakan tumbuhan tidak mampu menyerap secara langsung nitrogen di udara
walaupun kekadang nitrogen di udara amat tinggi (78%). Tumbuhan hanya boleh
menyerap sebatian nitrogen terlarutkan di dalam air daripada tanah melalui akarnya.
3) Sebatian nitrogen b iasanya adalah dalam bentuk garam nitrat terlarutkan, ammonia dan
garam ammonium yang dihasilkan sebagai baja kimia.
4) Tindak balas ammonia dengan asid menghasilkan baja ammonium

NH3(ak) + HNO3(ak)

3NH3(ak) + H3PO4(ak)

NH4NO3(ak)
Ammonium
nitrat

(NH4)3 PO4(ak)
Ammonium
fosfat

2NH3(ak) + H2SO4(ak)

(NH4)2 SO4(ak)
Ammonium
sulfat

8
Aloi
4.3.1) Maksud Aloi
- Campuran dua atau lebih unsur dengan komposisi yang tertentu di mana juzuk utama adalah
logam.
- Tujuan pengaloian adalah untuk menambah kekuatan dan kekerasan logam dan membaiki rupa
bentuk logam supaya menjadi menarik dan berkilat.

4.3.2) Perbezaan antara aloi dan logam


Aloi

Logam Tulen

Aom-atom mempunyai saiz yang berbeza

Atom-atom mempunyai saiz yang sama

Mengandungi lebih daripada satu jenis atom

Mengandungi satu jenis atom sahaja

Keras, tahan kakisan dan indah

Mulur, mudah terhakis dan tertempa

9
4.3.3) Komposisi, Sifat dan Kegunaan Aloi

Aloi

Gangsa

Loyang

Komposisi

90% kuprum
10% stanum

70% kuprum
30% zink

Sifat

Kegunaan

Kuat dank eras


Tidak mudah mengakis
Mempunyai permukaan
yang berkilat

Lebih keras daripada


kuprum

Membuat patung atau


tugu
Membuat pingat, pedang,
dan barangan hiasan

Membuat alat muzik dan


perkakas dapur

Keluli

99% ferum
1% karbon

Keras dan kuat

Keluli
nirkarat

74% ferum
8% karbon
18% kromium

Berkilat
Kuat
Tidak berkarat

Membina bangunan dan


jambatan
Membuat badan kereta
dan landasan kereta api

Membuat alatan seperti


pisau, garpu dan sudu
Membuat alatan
pembedahan

10

Polimer Sinetik dan Kegunaan


4.4.1) Maksud polimer
-

Polimer ialah molekul berantai panjang yang terbina daripada bamnyak ulangan unit
kecil yang dinamakan monomer. Monomer bersambung melalui ikatan kovalen menjadi
satu rantai yang panjang dan proses ini dinamakan pempolimeran.

4.4.2 ) Polimer semulajadi dan

Monomernya

Polimer semula jadi


Kanji
Selulosa
Protein
Lemak
Getah

Monomer
Glukosa
Glukosa
Asid amino
Asid lemak dan gliserol
Isoprene

4.4.3) Polimer buatan, Monomer dan Kegunaanya


Polimer buatan
Politena

Monomer
Etena

Polipropena
Perspeks

Propena
Metil metakrilat

Nilon

Heksana -1, 6- diamina


Asid heksana -1, 6-dioik

Kegunaan
Beg plastik, bekas plastic, penebat
untuk dawai elektrik
Paip, botol, karpet, bateri kereta, tali
Cermin keselamatan, cermin
pesawat, tingkap kenderaan, kanta
pelastik
Tali, gentian sinetik. Tali pancing

11

Kaca dan seramik


4.5.1)Contoh kaca dan kegunaan
Kaca

Kaca silica terlakur terdiri daripada silica,


SiO2
Kaca soda kapur terdiri daripada campuran
silica, SiO2 dan kalsium karbonat, CaCO3 atau
natrium karbonat, Na2CO3

Kegunaan
Membuat alatan kaca makmal, kanta optic,
teleskop, cermin, gentian optik

Membuat kaca tingkap, mentol, cermin, bekas


kaca

Kaca borosilikat tediri daripada campuran


silica, SiO2, boron oksida, B2O3, natrium
oksida, Na2O dan aluminium oksida, Al2O3

Membuat alatan memasak, alatan kaca


makmal, lampu kereta, saluran paip kaca

Kaca plumbum ( kaca kristal ) terdiri daripada


campuran silica, SiO2, plumbum (II) oksida,
PbO dan natrium oksida, Na2O

Membuat barangan hiasan, barangan kristal,


prisma

4.5.2) Kegunaan seramik dan Ciri-ciri seramik


Kegunaan seramik :

Membuat kanta
Membuat barang-barang mekanikal
Penebat elektrik seperti peti sejuk, pembakar roti, palam elektrik
Bahan binaan seperti jubin bumbung, simen, singki

Ciri-ciri seramik :

Penebat haba-elektrik
Takat lebur yang tinggi
Keras dan kuat tetapi agak rapuh
Tambah mampatan

12
Bahan Komposit dan Kegunaannya
4.6.1) Maksud bahan komposit
-

Bahan komposit ialah bahan baharu yang dihasilkan daripada campuran dua atau lebih
bahan seperti logam, aloi, kaca, seramik dan polimer. Bahan yang terhasil ini mempunyai
sifat gabungan bahan asalnya.

4.6.2) Bahan komposit dan kegunaan


Bahan komposit

Kegunaan

Konkrit yang diperkukuh

Digunakan untuk membina bangunan yang


tinggi, jambatan dan pelantar minyak

Superkonduktor

Digunakan dalam kereta api laju, system


penyimpan tenaga bermagnet, generator,
transformer dan cip komputer

Gentian kaca

Digunakan untuk membuat tangki penyimpan


air, raket badminton, bot dan papan peluncur
salji
Digunkan untuk membuat kanta optik, tingkap
kereta, tingkap bangunan, panel paparan
maklumat, kanta kamera, suis optik

Kaca fotokromik

4.6.3) Sifat bahan komposit dan bahan asal


Bahan Komposit

Bahan Asal

Kuat dank eras tetapi rapuh

Memperkukuh bahan

Mempunyai daya tegangan yang lemah

Menambah kekuatan rengangan

13

Rumusan
4.8.1) Kepentingan bahan buatan dalam industri

Dengan adanya penghasilan bahan buatan yang berkualiti dan banyak. Ia dapat
membantu dalam memajukan Negara dalam bidang perdagangan. Sebagai contoh, kita
boleh mengesport barangan bahan buatan yang dihasilkan oleh negara kita ke negara luar.
Ia juga dapat dijadikan sebagai pendapatan negara. Dengan cara begini, Ia dapat
menjadikan negara kita mencapai wawasan 2020 iaitu untuk menjadi sebuah negara yang
maju sekaligus dapat menjalankan hubungan diplomatik dengan negara luar.

Selain itu, penghasilan bahan buatan amat penting kerana ia banyak memberi kemudahan
kepada manusi dalam kehidupan seharian

4.8.2) Tanggungjawab pengguna dalam memastikan penggunaan bahan buatan


yang ada

Pengguna juga mestilah mengamalkan sikap bertanggungjawab dalam memastikan


penggunaan bahan buatan yang ada. Mengaplikasikan sikap disiplin, toleransi, dan
bertanggung jawab dalam penggunaan alat dan bahan, serta teliti saat melakukan
berbagai kegiatan pembuatan karya rekayasa dari bahan buatan. 2.

Memahami konsep desain pembuatan karya dan pengemasan karya bahan buatan secara
kreatif berdasarkan konsep dan prosedur berkarya sesuai wilayah setempat. 3.

Membuat karya rekayasa dari bahan buatan sesuai desain dan bahan buatan yang ada di
wilayah setempat. 4.

Memahami prosedur pembuatan penjernih air dari bahan buatan

14
Rujukan

1.
2.
3.
4.

www.slideshare.net/acelam/precentation-seramik-omar-a090087
www.cikguhalimi.com/2013/10/proses-sentuh-contact-proses.html
www.slideshare.net/syedammar180410/folio-kimia-bab-9
http://www.slideshare.net/BarbaraSian/bahan-kimia-dalam-industri?
related=1
5. Buku teks kimia tingkatan 4

- SEKIAN -

15

You might also like