Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 20

PEMBIMBING RAKAN

SEBAYA (PRS)
OLEH:
PN. ROZITA BT ABAS
KAUNSELOR
SMK. UNDANG REMBAU

APA ITU PRS ?


Kaunselor Sebaya ialah seorang individu
sama ada berdasarkan pilihan sendiri atau
dipilih, memberi pertolongan kepada
rakan-rakan sebaya dengannya. Mereka
ini bukan ahli profesional tetapi berupaya
menggunakan kemahiran kaunseling
untuk menolong rakan mereka.
(Tindall & Gray, 1985)

APA ITU PRS ?


Pembimbing Rakan Sebaya ialah seorang
pelajar yang telah dilatih dalam bidang
kemahiran atau komunikasi dan kaunseling. Ia
berfungsi sebagai seorang kawan yang
berkesan kepada rakan sebaya terutama
kepada mereka yang memerlukan pertolongan.
PRS tidak bertugas untuk memberi nasihat dan
menyelesaikan masalah rakan-rakan tetapi ia
menjadi seorang pendengar yang peka kepada
perasaan orang lain, berminat dan mengambil
berat serta rela memberi khidmat dalam sistem
sekolah.
(Zuraidah, 1987)

APA FUNGSI PRS ?


Sebagai rakan yang berkesan dan
sebagai saluran tidak formal untuk kawan
mencurahkan perasaan.
Sebagai peninjau rasa rakan-rakan untuk
membolehkan guru kaunseling
menjalankan program-program yang
bercorak menghalang/mencegah.
Penghubung kepada khidmat Bimbingan
dan Kaunseling seperti membuat rujukan
jika perlu.

SIAPA PRS ?

PERINGKAT 1: Pelajar-pelajar Baik


Pencapaian Akademik
Berminat
Personaliti
Sikap
Latar belakang stabil

PERINGKAT 2: Pelajar Yang Memerlukan Latihan


lebih Intensif
Pelajar yang kerapmenimbulkan masalah salahlaku
di sekolah.
Pelajar yang menjadi pemimpin dalam kumpulan
kecil secara tidak formal dan mempunyai pengaruh.

AHLI PRS PERLU


MEMPUNYAI..
SAHSIAH DIRI

Beragama
Bertanggungjawab
Tahan lasak
Bercita-cita tinggi
Menghormati orang lain/ orang tua
Taat
Menepati masa
Berusaha dan bersungguh-sungguh
Tidak mudah putus asa
Berfikiran terbuka
Sentiasa menjaga keselamatan, Kesihatan & Keselamatan diri
Inginkan kecemerlangan
Berpandangan jauh

AHLI PRS PERLU


MEMPUNYAI..
KONSEP KENDIRI POSITIF

Bertindak secara positif


Boleh memikul tanggungjawab.
Menahan perasaan kecewa dengan baik.
Rasa diri boleh sesuai/pengaruhi
persekitaran.
Rasa bangga dengan pencapaian
Mencapai gred berkualiti
Penghargaan yang tinggi.

KENAPA PRS DIPERLUKAN ?

RASIONAL
Guru B&K belum mencukupi untuk menampung
keperluan khidmat yang makin bertambah.
Remaja boleh mempengaruhi rakan secara positif.
Mereka dilatih terlebih dahulu bagaimana
mempengaruhi rakan secara positif.
PRS yang terlatih boleh membantu pelajar membina
perlakuan yang lebih diterima melalui contoh teladan
dan perhubungan yang terbuka.
Bertambah masalah salah laku di kalangan pelajarpelajar- memerlukan bimbingan dan perhatian PRS
sebagai khidmat sokongan.
Membantu khidmat Bimbingan dan kaunseling dalam
menyediakan saluran untuk mencurahkan perasaan,
dan perkara lain yang tidak dapat dinyatakan kepada
orang dewasa.

FALSAFAH PRS
BANTU DIRI UNTUK MEMBANTU ORANG LAIN

Pengaruh orang dewasa berkurangan kepada remaja dan pengaruh


rakan sebaya menjadi penting.
Pengaruh Rakan Sebaya adalah satu tenaga yang kuat untuk membawa
Rakan-rakan ke arah positif atau negatif

Latihan PRS menjelajah dan menggunakan pengaruh rakan sebaya ini


dengan Positif melalui menjadi kawan dan menjadi contoh.

MATLAMAT PRS
Menolong mengurangkan masalah disiplin di
sekolah.
Membina budaya kasih mesra dan bantumembantu di kalangan pelajar-pelajar.
Memupuk potensi kepimpinan dan menjadi
orang dewasa yang peka, bertimbangrasa
dan rela menolong, dan hidup dalam satu
masyarakat yang majmuk.
Membina pelajar yang yakin diri dan
mempunyai nilai-nilai murni berdasarkan
kepercayaan kepada Tuhan.

OBJEKTIF PENUBUHAN PRS


Membina pasukan PRS yang terlatih dalam
memberi pertolongan kepada rakan-rakan.
Melatih PRS dalam kemahiran asas yang
membolehkan mereka berinteraksi dengan
berkesan dengan rakan dan individu lain.
Membina satu perkhidmatan sokongan dalam
bidang bimbingan dan kaunseling untuk mengisi
pertambahan tuntutan dalam khidmat ini.
Membantu pihak sekolah dalam mengatasi
masalah salahlaku secara tidak formal dengan
menggunakan pengaruh positif PRS.

PENDEKATAN PRS
1. PERKEMBANGAN KENDIRI
PRS dilatih memahami dan memperbaiki
diri dan berusaha mengubah yang lebih
diterima.
Faham diri, maka PRS lebih faham dan
peka terhadap perasaan orang lain.
Berupaya melihat sesuatu dengan lebih
objektif.

PENDEKATAN PRS
2. MENCEGAH
PRS menjadi penggerak kepada
perubahan perlakuan dan dijadikan
sebagai contoh.
Menanam sifat-sifat mulia supaya
dapat dipraktiskan dan disebarkan
melalui pengaruh PRS dan memberi
pengukuhan kepada perlakuan yang
positif.

PENDEKATAN PRS
3. MEMULIH
Melatih pelajar yang memberi
masalah disiplin di sekolah.

ETIKA PRS
Amanah dan menyimpan rahsia
Memberi pertolongan jujur dengan memahami
batasan diri.
Menghormati hak rakan berkongsi perasaan dan
menerimanya tanpa prasangka.
Merujuk kes yang sukar ditolong kepada guru
kaunseling
Melaporkan kepada guru kaunseling jika
terdapat kes-kes merosak diri atau orang lain.
Menghormati sekatan-sekatan agama,
peraturan sekolah, norma-norma masyarakat
dan kebudayaan.

APA YANG BOLEH DAN TIDAK


BOLEH DILAKUKAN OLEH PRS
APA YANG BOLEH
DILAKUKAN?

APA YANG TIDAK


BOLEH DILAKUKAN?

Pemudah cara dalam


keadaan terbuka, penuh
kepercayaan rasa selesa dan
empati.
Menerima rakan dengan
terbuka tanpa mengukur.
Mendengar, menjelaskan
dan membantu rakan melihat
beberapa alternatif sebelum
membuat keputusan.

Mengawal, memberi khutbah


atau mendesak rakan tentang
apa yang harus mereka
lakukan.
Membuat kesimpulan awal
dan cuba mengubah mereka.
Memberi nasihat atau
memberi cadangan
penyelesaian untuk diikuti.

APA YANG BOLEH DAN TIDAK


BOLEH DILAKUKAN OLEH PRS
APA YANG BOLEH
DILAKUKAN

APA YANG TIDAK


BOLEH DILAKUKAN

Memberi sokongan dan


galakan untuk rakan
mengambil langkah positif.
Mematuhi kerahsiaan.
Menyedari bukan semua
masalah boleh diatasi
Berbincang dan
membantu rakan yang
menghadapi masalah
biasa seharian.

Menyelamatkan rakan
dengan membuat sesuatu
yang sepatutnya dilakukan
oleh rakan itu sendiri.
Bercerita dengan orang
lain
Mengharapkan semua
masalah boleh diatasi
dengan segera.
Berbincang dengan rakan
yang menghadapi masalah
emosi mendalam.

APA YANG BOLEH DAN TIDAK


BOLEH DILAKUKAN OLEH PRS
APA YANG BOLEH
DILAKUKAN

Memimpin rakan melihat


masalahnya dengan objektif dan
menggalak mereka mencari
penyelesaian sendiri supaya
mereka belajar melalui pengalaman.
Merujuk kes-kes yg berat kepada
guru kaunseling dan menjadi
jambatan kepada rakan yang
bermasalah untuk bertemu dengan
guru BK atau orang yg lebih arif.
Menjalankan projek membantu
sambil mempengaruhi rakan lain
supaya melibatkan diri.
Memberatkan kesejahteraan diri
dan memahami limitasi diri utk
membantu.

APA YANG TIDAK


BOLEH DILAKUKAN

Bertindak menyelesaikan
masalah rakan.
Menghadapi sendiri masalah
yang runcing sehingga
mengganggu ketenteraman jiwa
Menjalankan projek
bersendirian dan mengenepikan
rakan lain.
Terlibat dengan masalah rakan
secara peribadi sehingga
mengganggu pelajaran dan

LAGU PRS
Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima,
Menolong orang jangan harap balasannya,
Biar dengan ikhlas janganlah separuh hati,
Tiap yang berbakti Tuhan maha mengetahui
Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima,
Kesucian diri itulah sifat paling dipuji,
Senyuman dibibir keindahan budibahasa,
Keluhuran hati kita akan berbahagia,
Sikit sama merasa, fakir jangan dilupa ,
Hidup kita hanya sementara,
Manusia bersaudara, kasih sesama kita,
Jauhi dari bersengketa.
(Ulang rangkap 1 dan 2)

SEKIAN TERIMA KASIH


JADILAH SEORANG
AHLI PRS
YANG BERKESAN
DAN
CEMERLANG
BANTU DIRI UNTUK MEMBANTU ORANG LAIN

You might also like