Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU SABAH

KM 36 JALAN BALUNG, BEG BERKUNCI NO.27, 91009 TAWAU SABAH


TELEFON: 089-051250, 089-951639, FAKSIMILI: 089-951255

NAMA PELAJAR

SABRINA BINTI SABRAN

NO.KAD
PENGENALAN

901007-12-6668

KUMPULAN / UNIT

KDPM KDC KEMAS

AMBILAN

NOVEMBER 2012

NAMA MATA
PELAJARAN

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

NAMA PENSYARAH

EN. SANDY KARIKI

TARIKH SERAHAN

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Page 1

ISI KANDUNGAN

TAJUK

MUKA SURAT

Penghargaan

Soalan Tugasan

Pengenalan

Apakah maksud pertolongan cemas

6,7,8

Mengapakah pertolongan cemas


perlu di pelajari

9,10,11,12

Berdasarkan kepada prtolongan


cemas asas yang telah di plajari, buat
Esei.

13,14,15

Bibliograf

16

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Page 2

PENGHARGAAN

Syukur kepada tuhan, kerana atas pertolongan-Nya saya dapat menyiapkan tugasan
saya dengan baik. saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing
En.Sandy Kariki, atas bimbingan dan tunjuk ajar beliau dalam menyiapkan tugasan ini.

Ucapan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan, kerana bersama-sama


membuat perbincangan dan memberi bantuan kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini.
Jasa baik dan dorongan rakan-rakan sekalian amatlah saya hargai dan ingati sampai bila-bila.

Sekian terima kasih.

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Page 3

TUGASAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

1. Apa maksud pertolongan cemas ?


2. Mengapakah pertolongan cemas perlu di pelajari ?
3. Berdasarkan kepada pertolongan cemas asas yang
telah andda pelajari, pilih mana-mana satu topic dan
buat penulisan esei.

PENGENALAN
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Page 4

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ialah satu pertubuhan sukarela yang
ditubuhkan pada tahun 1948, sebagai cawangan Persatuan Palang Merah Britain di
Sabah dan Sarawak. Persatuan ini diiktiraf kerajaan Malaysia pada tahun 1957 dan
Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1963.. Pada tahun 1950an, lebih
banyak cawangan persatuan ditubuhkan di Malaysia bermula di Pulau Pinang pada
tahun 1950 dan kemudian di negeri-negeri lain.
Ketika kemerdekaan pada tahun 1957, cawangan di Semenanjung Malaysia
dikenali sebagai Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu. Persatuan
mendapat pengiktirafan oleh Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada 4 Julai 1963
dan menjadi ahli badan antarabangsa itu pada 24 Ogos 1963.
Berikutan penggabungan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak
serta penubuhan Persekutuan Malaysia pada September 16, 1963, suatu penggubalan
akta baru yang dikenali sebagai Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Penswastaan)
Akta 1965 telah bertindak menggabungkan Persatuan Palang Merah Malaya dan
cawangannya Persatuan Palang Merah di Sabah dan Sarawak dibawah nama baru
iaitu Persatuan Palang Merah Malaysia. Ia dibentangkan di Parlimen dan digazetkan
pada 1 Julai 1965.
Pada 5 September 1975, Persatuan Palang Merah Malaysia telah ditukar nama
kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia selaras dengan kebenaran penukaran
nama Akta Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Akta Persatuan Bulan Sabit
Merah Malaysia Akta 1975 oleh Parlimen Malaysia.

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Page 5

SOALAN 1
APAKAH MAKSUD PERTOLONGAN CEMAS?

Pertolongan cemas bermaksud,

Bantuan Permulaan atau Bantu Mula atau

Rawatan Awal yang diberikan kepada seseorang yang mengalami kecederaan dalam
sebarang kemalangan

atau sakit secara mengejut dengan tiba-tiba dengan

menggunakan objek sekelilingan sebelum mangsa di hantar ke hospital.

Pertolongan segera yang diberikan kepada pesakit dengan tidak mengira bangsa
atau keturunan sebelum mendapat rawatan dari doktor atau pihak hospital. Pertolongan
cemas ini adalah Rawatan pertama diberi kepada pesakit atau mangsa kemalangan.

Antara Matlamat utama BSMM adaalah untuk menyelamatkan nyawa,


mengelakkan kecederaan dari bertambah buruk, mengurangkan kesakitan pesakit dan
sebagai persediaan sebelum diambil alih oleh doktor.

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Page 6

Hal ini kerana persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia mempunyai beberapa 7
prinsip-prinsip. Antaranya ialah :

Kemanusiaan/
humanity

Saksama/
impartiality

Berkecuali/
neutrality

Berhasrat untuk memberi pertolongan tanpa diskriminasi


kepada yang cedera mencegah dan meringankan
kesengsaraan di mana jua ianya wujud. Tujuan
melindungi
nyawa
dan
kesihatan.
Memupuk
kesefahaman, persahabatan, kerjasama dan kedamaian
yg bekekalan di kalangan manusia.

Tidak membezakan bangsa, kaum, agama, darjat dan


fahaman politik dalam kegiatannya.

Untuk mendapat kepercayaan orang ramai terhadapnya.


Persatuan tidak menyebelahi mana-mana pihak yang
bermusuh dan tidak menyertai pertikaian yang bercorak
politik, perkauman, agama atau ideologi.

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Page 7

Kebebasan/
independence

Khidmat sukarela/
Voluntary service

Walau pun merupakan badan tambahan kepada pihak


yang berkuasa awam dan tertakluk kepada undangundang negara. Persatuan tetap menjaga otonominya
supaya ia boleh bertindak mengikut prinsip pergerakan.

Ia merupakan badan sukarela yang tidak didorong oleh


sebarang tujuan mencari untung.

Bersatu /
unity

Kesejagatan/
universality

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Hanya ada satu Persatuan Palang Merah atau Bulan


Sabit Merah dalam sesebuah negara. Persatuan ini
hendaklah terbuka kepada semua pihak dan aktivitinya
meliputi seluruh negara.

Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah


Antarabangsa meliputi seluruh dunia, di mana semua
Persatuan mempunyai taraf dan tanggungjawab yang
sama serta saling bantu membantu di antara satu sama
lain.

Page 8

Soalan 2
Mengapakah pertolongan cemas perlu di pelajari ?

Ilmu pertolongan cemas boleh dipelajari melalui latihan khas yang disediakan oleh pakar
dalam bidang perubatan seperti doktor dan para medik. Selain itu, latihan sedemikian juga
dikendalikan oleh organisasi dan pertubuhan untuk ahli-ahli mereka.

Antara organisasi yang melatih ahli-ahlinya pengetahuan dan kemahiran pertolongan


cemas seperti Persatuan Bulan Sabit Merah, Pengakap, Jabatan Pertahanan Awam, Kadet
Bomba dan St John Ambulan.

Latihan pertolongan cemas lebih sesuai dilakukan dengan menghadiri kelas. Bagi
mereka tidak berkesempatan melakukan sedemikian boleh juga mempelajarinya melalui buku.
Apa yang dibaca itu boleh dijadikan sebagai panduan asas apabila memberi pertolongan
cemas. Pengetahuan dan kemahiran pertolongan cemas bukan sahaja bertujuan untuk
membantu orang lain. Dalam kes tertentu, pengetahuan itu penting untuk diri sendiri. Banyak
kes kemalangan yang berlaku ketika tiada orang lain berhampiran.

Terdapat beberapa kepentingan mengapa pertolongan cemas perlu di pelajari.


Antaranya adalah disebabkan untuk menyelamatkan nyawa. Sekiranya kita mempelajari
pertolongan cemas dalam masa yang sama dapat membantu menyelamatkan nyawa orang
lain. Contohnya apabila kita berada di sesuatu kawasan dan berlakunya situasi kecemasan, kita
dapat membantu serba sedikit kesakitan atau kemalangan mangsa. dengan itu nyawa sesorang
dapat diselamatkan.

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Page 9

Seterusnya

ialah,

dapat

mengelakkan

kecederaan

mangsa

menjadi

lebih

buruk.Sekiranya terdapat mangsa mengalami kecedaraan luka besar di mana-mana bahagian


misalnya di tangan dapat di bantu dengan kadar yang segera. Ini kerana kebiasaan nya luka
parah ini akan menyebabkan mangsa mengalami pendarahan yang banyak sekali gus
mengakibatkan mangsa kekurangan darah dalam tubuh dan menyebabkan lemah. Oleh itu,
pertolongan cemas sangat perlu di pelajari untu membantu mangsa.

Suasana panik dan tertekan biasa terjadi apabila melihat ada seseorang tercedera atau
dalam keadaan bahaya akibat sesuatu penyakit. Keadaan itu boleh berlaku di mana-mana dan
bila-bila masa. Kes mungkin berlaku di rumah, di tempat kerja, di sekolah, di jalan raya dan
sebagainya. Tahap dan jenis kecederaan yang dialami mangsa pula mungkin hanya calar-calar
kecil saja. Banyak juga kes kecederaan teruk yang boleh membawa maut. Selain itu keadaan
cemas melibatkan penyakit seperti lemah jantung menyebabkan maut juga sering berlaku.
Semua mangsa kemalangan atau kes kecemasan, biar apapun jenis kecederaan atau penyakit
dialaminya, perlu diberi bantuan kecemasan. Bantuan kecemasan diberikan bagi memberi
kelegaan kepada mangsa dan mengelak daripada tahap kecederaan menjadi bertambah teruk.
Bantuan kecemasan atau pertolongan cemas ialah bantuan awal yang diberikan kepada orang
yang sakit atau mangsa kecemasan sebelum ketibaan ambulan atau pakar yang berkelayakan.

Pertolongan cemas yang biasa diperlukan oleh mangsa ialah menahan pendarahan,
membalut luka, mengurangkan kesan kesakitan akibat patah tulang, memulihkan pernafasan,
mengelak kesan keracunan, gigitan binatang bisa, tercekek dan melecur.

Selain disebabkan kes kemalangan, kecemasan juga melibatkan golongan yang


mengidap penyakit berbahaya seperti lemah jantung, lelah, alahan dan sawan babi. Pengidap
penyakit berkenaan sering berdepan dengan keadaan di mana mereka menghadapi saat kritikal
yang memerlukan bantuan kecemasan. Tanpa bantuan kecemasan, terutama dalam kes
berkaitan pernafasan, boleh menyebabkan mereka meninggal dunia.

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Page 10

Memberi pertolongan cemas memerlukan tindakan dan kaedah yang betul. Tanpa
pengetahuan dan kemahiran pertolongan cemas, bantuan kecemasan yang diberikan mungkin
menyebabkan kesan tidak seperti diharapkan. Seringkali berlaku kes pengendalian pertolongan
cemas yang diberikan kepada mangsa tidak sesuai dan tidak selamat. Dalam kes tertentu,
bantuan yang diberikan bukan dapat melegakan penderitaan mangsa. Sebaliknya tindakan
menyebabkan keadaan lebih serius.

Dalam kes tertentu, penyelamat turut menjadi mangsa. Kes seperti menyelamat turut
terperangkap dalam kebakaran. Banyak kes penyelamat turut mati lemas. Kejadian itu berlaku
antara lain berpunca penyelamat tidak mengetahui asas menyelamat dan pertolongan cemas.
Pengetahuan pertolongan cemas amat berguna. Pengetahuan mengikut kaedah-kaedah asas
sudah memadai berbanding tiada langsung. Pertolongan cemas yang diberikan kepada mangsa
mungkin dapat menyelamatkan nyawa mangsa. Satu tindakan mudah penting untuk membantu
masalah berkaitan sistem pernafasan dan pendarahan.

Bantuan pernafasan yang betul penting bagi memulihkan pernafasan mangsa. Bantuan
pernafasan memerlukan tindakan pantas dalam tempoh beberapa minit. Jika tiada seseorang
yang tahu melakukan bantuan pernafasan di tempat kejadian, sudah terlambat untuk mendapat
bantuan orang lain di tempat lain. Justeru, pengetahuan pertolongan cemas amat penting
dipelajari oleh setiap orang. Paling tidak, dalam setiap keluarga atau kumpulan mesti terdapat
salah seorang daripada mereka yang mempunyai kemahiran asas dalam memberi pertolongan
cemas.
Persediaan ini penting bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya kes-kes
kecemasan yang berlaku di rumah atau di tempat kerja. Kes kemalangan kecil tetap perlu
diberikan bantuan cemas mengikut tindakan yang betul. Dalam kes sedemikian, mangsa perlu
bertindak sendiri untuk menyelamatkan diri. Bantuan kecemasan dilakukan sendiri agak terhad.
Namun amat berguna untuk mengelak daripada kecederaan menjadi semakin teruk. Tindakan
mudah kecemasan terhadap diri sendiri mungkin satu tindakan menyelamatkan nyawa.

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Page 11

Jenis-jenis keecederaan

Mengalami Kecederaan Bahagian Leher.

Kecederaan Bahagian Kaki

Kecederaan bahagian tangan

Soalan 3
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Page 12

Berdasarkan kepada pertolongan cemas asas yang telah anda


pelajari, pilih mana-mana satu topic dan buat penulisan esei.

PATAH DAN KECEDERAAN

Patah dan kecederaan merupakan salah satu pertolongan cemas asas yang telah
dipelajari. Patah merupakan salah satu kecederaan yang sering di alami oleh mangsa
kemalangan. Patah terbahagi kepada dua iaitu patah tertutup dan patah terbuka. Patah tertutup
ialah salah satu kecederaan tulang patah di dalam dan tiada kecederaan kulit. Manakala peatah
terbuka pula ialah tulang yang patah akan menonjol keluar pada permukaan kulit.

Ciri-ciri patah pula ialah patah melarat. Maksud patah melarat ialah tulang yang
mengakibatkan organ di sekelilingnya rosak. Contohnya paru-paru rosak disebabkan patah
tulang rusuk atau kerosakkan otak disebabkan tengkorak pecah. Manakala patah rebung ialah
hanya sebahagian daripada tulang yang patah. Ia berlaku apabila tulang kanak-kanak yang
muda dan baru membesar iattu cedera. Ia mungkin kelihatan bengkok seperti ranting muda dan
lembut.

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Page 13

Terdapat beberapa tanda-tanda patah. Beberapa tanda-tanda patah telah di kenalpasti


antaranya ialah sakit di tempat patah atau berhampiran dengannya. Terdapat juga bengkak
beserta lebam. Mangsa akan hilang daya pergerakkan pada bahagian cedera, seterusnya
berlaku perubahan rupa bentuk. Ini dapat di bandingkan di antara lengan tangan serta kaki
yang cedera dengan anggota yang tidak cedera.

Sekiranya berlaku, mangsa haruslah dirawat di bahagian cedera. Pekara pertama yang
harus dilakukan ialah sokong dan ampuh bahagian cedera dan elakkan gerakkan pada
bahagian tersebut. Sekiranya ada luka, tutup mana-mana luka menggunakan bebat suci hama.
Sokong bahagian cedera dalam posisi yang sangat selesa. Jika patah lengan, rehatkan
bahagian tersebut menggunakan bantal atau kusyen. Guna bahagian anggota yang x cedera
sebagai sokongan seperti bebat jari yang patah kepada jari sebelahnya dan dapatkan bantuan
perubatan segera.

Terdapat beberapa jenis kecederaan pula. Antaranya ialah Kecederaan Intrisik (Direct
Injury).Kecederaan ini disebabkan oleh atlet itu sendiri seperti terlalu lebih melakukan regangan
(hyper) atau mengalami kejang otot. Ia selalunya melibatkan otot, tendon dan ligamen.
Biasanya ia kurang teruk daripada kecederaan extrintik atau kecederaan yang kena dari luar.

Seterusnya, Kecederaan Intrinsik (Indirect Injury)Kecederaan disebabkan oleh faktor


luaran seperti tumbukan, sepakan pelanggaran atau hentakan peralatan yang digunakan atau
sebagainya. Ia biasanya lebih serius berbanding dengan kecederaan intrinsic kerana mungkin
melibatkan patah, seliuh tulang, koyak yang teruk pada ligamen atau tendon atau koyak pada
otot. Atlet sukan seperti bolasepak, hoki, silat, bolasepak futsal sering mengalami kecederaan
begini.

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Page 14

Selain itu, Kecederaan lebih guna Ia biasanya disebabkan oleh tekanan yang berulang
dikenakan pada dikenakan pada satu-satu tempat samada tisu, tulang , ligamen dan tendon.
Jika ketelaluan kecederaan aka terkumpul sehingga ia melebihi mekanisme pemuliharaan tisu
berkenaan. Pada tahap ini atlet akan mengalami rasa sakit bengkak dan terdedah kepada
kecederaan.

Kecederaan lebih guna sering dapat dilihat pada pelari jarak jauh: 1500 meter ke atas
termasuk pelari marathon, pemain tenis, badmiton dan golf. Mereka biasya mempunyai sejarah
dari segi perubahan mendadak dalam kekerapan atau intensity sesuatu aktiviti dimana tubuh
mereka belum bersedia. Contohnya jika atlet biasa berlari 4 kilometer selang sehari dan tibatiba jurulatih bercadang untuk mengambil bahagian dalam acara 10 kilometer dengan
persediaan hanya 2 minggu. Pertambahan jarak secara mendadak akan menyebabkan lebih
beban dan mikrotrauma berlaku khususnya terhadap kaki atlet lalu mengalami kemungkinan
pelbagai jenis kecederaan.

Teknik yang baik juga mungkin menyebabkan kecederaan sebegini. Contoh pelaksaan
backhand secara kurang betul akan menyebabkan berlakunya tennis elbow. Membuat pilihan
kurang tepat terhadap peralatan juga salah satu sebab kecederaan lebih guna boleh berlaku.
Contohnya raket yang terlalu berat atau saiz grip yang tidak betul akan menambahkan lagi
kecederaan tennis elbow tadi.

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Page 15

BIBLIOGRAFI
http://pbsmsmkdabb.blogspot.com/2010/07/definisi-pertolongan-cemas-rawatan.html

http://kayuhjer.blogspot.com/2011/08/apa-itu-pertolongan-cemas.html

http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=22818

Buku Teks untuk Ahli Belia PBSM


Persatuan BSMM
DR. MOHDZIR MOHD YASIN

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Page 16

You might also like