Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

LAPORAN MAJLIS SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2010

SEKOLAH KEBANGSAAN KELANA JAYA 2


Tarikh
Hari
Masa
Tempat

:
:
:
:

29 Oktober 2010
Jumaat
3.45 petang 6.30 petang
Dewan Gemilang, SK Kelana Jaya.

1. OBJEKTIF
(a) Menyemai semangat muhibbah dalam kalangan warga sekolah
yang terdiri daripada pelbagai etnik, budaya, bangsa dan agama.
(b) Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan warga sekolah.
(c) Mencungkil bakat terpendam dalam diri murid-murid melalui
persembahan yang diadakan.
(d) Menanam keyakinan dalam diri murid-murid untuk berdepan
dengan khalayak ramai
(e) Mewujudkan persekitaran yang harmoni dan ceria dalam kawasan
sekolah bagi mencetuskan semangat untuk belajar.
2. SASARAN
Semua murid dan guru.
3. JAWATANKUASA INDUK DAN JAWATANKUASA KERJA
Sila rujuk lampiran 1
4. ATURCARA MAJLIS
3.45 petang

: Murid berkumpul di tapak perhimpunan

4.00 petang

: Murid beredar ke Dewan Gemilang


Bacaan Doa
Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan
Sekolah
Ucapan oleh Pn. Azizah binti Md. Lajim ( Penolong

Lagu
Kanan )
4.20 petang

: Persembahan Murid

5.00 petang

: Penyampaian Hadiah

5.30 petang

: Agihan makanan kepada semua murid

6.30 petang

: Bersurai
1

5. LAPORAN
Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak 2010 peringkat sekolah telah
dilaksanakan dengan baik dan lancar seperti yang telah dirancang. Program
ini telah mendapat kerjasama yang amat baik daripada semua pihak seperti
pentadbir, guru-guru, kakitangan sekolah dan murid-murid serta ibu bapa.
Majlis ini bermula pada jam 4.00 petang dan telah dipengerusikan oleh
Puan Halimah binti Ahmad. Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang
dipimpin oleh Encik Mustafa bin Ahmad dan diteruskan dengan nyanyian
Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. Seterusnya, ucapan
daripada Puan Azizah binti Md. Lajim selaku Penolong Kanan SK Kelana Jaya 2
mewakili Puan Toh Chwee Gnoh, Guru Besar SK Kelana Jaya 2 yang tidak
dapat hadir kerana urusan kerja yang lain.
Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak pada tahun ini telah diserikan
dengan enam buah persembahan daripada murid-murid sekolah ini.
Persembahan yang pertama ialah choral speaking bertajuk A Visit To The
Earth yang diwakili oleh murid-murid Tahun Lima Wawasan. Murid-murid ini
telah dibimbing oleh Puan Siti Jamilah binti Yasin. Persembahan kedua ialah
sebuah lakonan daripada murid-murid Tahun Enam, Tahun Tiga dan Tahun
Dua yang bertajuk Balada Terbunuhnya Beringin Tua di Sebuah Bandaraya.
Mereka telah dibimbing oleh Puan Rashidah binti Abdul Wahid, Cik Shuhailah
binti Zainal Abidin dan Encik Mustafa bin Ahmad.
Murid-murid Tahun Tiga Wawasan pula telah mempersembahkan
sebuah Tarian Multiracial yang dibimbing oleh Cik Mariana bt Mohamad, Puan
Tillay Yaadi A/P Ganesan dan Puan Bathmasree A/P Nagendrarao. Tarian ini
menggabungkan Tarian Melayu, Cina dan India. Persembahan seterusnya
ialah sebuah lakonan daripada murid-murid Tahun Enam dan Tahun Satu yang
bertajuk Bila Aku Dewasa. Mereka telah dibimbing oleh Puan Mona Liza
binti Noordin, Puan Zoriati binti Osman dan Puan Aduni binti Ramali.
Persembahan kelima ialah sebuah tarian zapin yang ditarikan oleh
murid-murid Tahun Lima dan Tahun Enam. Mereka telah dilatih oleh Cik Nora
binti Zahidin, Encik Faris Irwan bin Shafpii dan Puan Rosmawati binti Hassan.
Persembahan pentomim bertajuk Anak Derhaka oleh murid-murid Tahun
Empat mengakhiri persembahan pada Hari Kanak-kanak pada tahun ini.
Mereka telah dibimbing oleh Puan Norsaadah binti Mhd. Othman, Puan
Nazirah binti Awang, Puan Suhana binti Mamat dan Puan Rafqah binti
Bahazan.
Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah kepada muridmurid yang mendapat Anugerah Nilam 2010 mengikut kelas. Berikut adalah
nama-nama murid yang mendapat anugerah :
Tahun 1 Wawasan 1. Nurul Izzah binti Ashari
2. Dhaniyah Aisyah binti Mohamed Nadzir
3. Ain Nurul Shahidah binti Halim
Tahun 2 Wawasan 1. Farah Adiba binti Mohd. Pran
2

2. Allysa Farini binti Zairil Hisham


3. Ayu Aleesya Sofea binti Mohd. Faizar
Tahun 3 Wawasan 1. Nur Aneesha binti Rosli
2. Nur Aisyah binti Abdul Latif
3. Mohd. Firdaus bin Rozi
Tahun 4 Wawasan 1. Nur Batrisya Qurratu Ain binti Mustafa Kamal
2. Nur Farah Liyana binti Norhishamudin
3. Tunku Aifa binti Tunku Ata
Tahun 4 Bijaksana 1. Kumaran Guru Paran A/L Muruga
2. Noor Rizwan bin Mohamed Atham
3. Farah Faridah binti Ismail
Tahun 5 Wawasan 1. Mayang Sarilawanti binti Amran
2. Sharifah Batrisyia binti Sayyid Zainul Asri
3. Muhammad Syafiq bin Azlan
Tahun 5 Bijaksana 1. Muhammad Syafiq bin Jaafar
2. Mohamed Irman bin Ibrahim
3. Muhammad Faiz Azahari bin Abdul Halim
Tahun 6 Wawasan 1. Siti Nur Filzah
2. Tharenee A/P Murugiah
3. Minisha A/P Rajendran
Tahun 6 Bijaksana 1. Muhammad Afif Azhan bin Mohd. Azmi
2. Nor Syahirah binti Anuar
3. Rubini A/P Sanker
Seterusnya penyampaian Anugerah Murid Berwibawa 2010 mengikut
kelas masing-masing. Berikut adalah senarai nama murid yang menerima
anugerah :
Tahun 1 Wawasan Dhaniyah Aisyah binti Mohamed Nadzir
Tahun 2 Wawasan Khairunnasul Fikri bin Khairul Zaki
Tahun 3 Wawasan Nur Nas Nilia binti Nasri
Tahun 4 Wawasan Nur Nadine binti Mohamad Adam
Tahun 4 Bijaksana Yashini A/P Chandran
Tahun 5 Wawasan Mohd. Shauqee bin Ismail Salimi
Tahun 5 Bijaksana Muhammad Faiz Azahari bin Abdul Halim
Tahun 6 Wawasan Marsya Adriana binti Asri
3

Tahun 6 Bijaksana Anis Nadhirah binti Che Nasaruddin.


Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah sempena Bulan ICT
2010 kepada para pemenang. Senarai nama pemenang adalah seperti
berikut :
1) Pelajar Terbaik ICTL
Tahun 1 Wawasan - Dhaniyah Aisyah binti Mohamed Nadzir
Tahun 2 Wawasan Muhammad Ali bin Ismaizam
Tahun 3 Wawasan Thaneesh A/L SP Gunasekaran
Tahun 4 Wawasan Fatin Nabihah binti Zurin Azlan
Tahun 4 Bijaksana Yashini A/P Chandran
2) Pertandingan Menaip
Tahun 5 Wawasan 1. Nur Nafisah binti Ridhuwan
2. Khairunnasul Fahmi bin Khairul Zaki
Tahun 5 Bijaksana 1. Mohamed Irman bin Ibrahim
2. Exmirol Azwal bin Kamarul Exmal
3) Pertandingan Kuiz ICT
Tempat pertama Vimalan A/L Ravindran
Tempat kedua Mohamed Irman bin Ibrahim
4) Pertandingan Power Point
Tempat pertama Adam Izham b Mohd. Yusof &
Muhd Hazique bin Zairill Hisham
Tempat kedua Khairunnasul Fahmi b Khairul Zaki &
Muhammad Syafiq b Azlan
Tempat ketiga Pravinash A/L Anbalagan
Bagi Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas 2010, kelas yang
telah berjaya merangkul Anugerah Kelas Paling Bersih dan Paling Ceria Tahun
2010 bagi Tahap Satu ialah Tahun 3 Wawasan dan bagi Tahap Dua pula ialah
Tahun 5 Wawasan.

Majlis diakhiri dengan pengumuman Persembahan Terbaik sempena


Sambutan Hari Kanak-kanak 2010. Persembahan Terbaik dirangkul oleh murid
Tahun Empat yang telah mempersembahkan sebuah pentomim bertajuk
Anak Derhaka.
Murid-murid telah dijemput ke kantin untuk mengambil makanan
masing-masing diiringi oleh guru yang mengajar pada waktu tersebut. Selain
pizza, murid-murid juga diberi sebuah buku nota sebagai cenderamata. Majlis
berakhir pada jam 6.30 petang.
6. LAPORAN KEWANGAN
Sila rujuk lampiran 2
7. GAMBAR KENANGAN SEKITAR BERLANGSUNGNYA MAJLIS
Sila rujuk Lampiran 3
8. PANDANGAN DAN PENILAIAN
Majlis Sambutan Hari Kanak-kanak 2010 peringkat sekolah telah
dilaksanakan dengan lancar dan jayanya. Semua pihak yang terlibat iaitu
pentadbir, guru-guru dan murid-murid telah berusaha dan memberi kerjasama
yang baik bagi menjayakan program ini. Tak lupa
juga, kepada ibu bapa
yang turut membantu dengan memberi sokongan serta galakan kepada anak
masing-masing. Semoga majlis seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa
akan datang sebagai tanda penghargaan kepada kanak-kanak.

Disediakan oleh :

Disemak oleh :

........................................
(NAZIRAH BINTI AWANG)
Jawatankuasa Dokumentasi,
Sambutan Hari kanak-kanak 2010,

....................................
(ADUNI BIN RAMALI)
Penyelaras,
Sambutan hari Kanak-kanak

SK Kelana Jaya 2.

SK Kelana Jaya 2.

Disahkan oleh :

Diluluskan oleh :

............................
(RELA BINTI TAHIR)
Penolong Kanan HEM,
SK Kelana Jaya 2.

...........................
(TOH CHWEE GNOH)
Guru Besar,
SK Kelana Jaya 2.

2010

You might also like