Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

ULASAN MENGENAI KES BULI

Kes buli membawa maksud masalah yang meliputi kegiatan seperti memeras ugut, menghina,
mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh seseorang terhadap
pemangsanya. Memang tidak boleh dinafikan bahawa dewasa ini, kes buli yang berlaku di
sekolah semakin berleluasa dan menjadi-jadi. Hal ini telah mencapai satu tahap yang amat
merimaskan dan membimbangkan pelbagai pihak seperti pihak sekolah, ibu bapa, kerajaan,
masyarakat dan lain-lain lagi.Menurut kajian, kes buli ini menjadi semakin meningkat pada
setiap tahun dalam kalangan pelajar dan semakin serius masalahnya. Jika tidak kerana angin
masakan pokok bergoyang. Oleh itu, setiap masalah yang berlaku tentu mempunyai puncanya.
Terdapat beberapa punca yang telah dikenal pasti sebagai penyumbang kepada masalah kes buli
ini.
Antaranya ialah kekurangan penghayatan nilai-nilai agama yang ada pada pelajar yang sanggup
melibatkan dirinya dalam kes buli. Mereka sanggup berbuat demikian hanya untuk mendapatkan
perhatian orang lain dan menunjukkan kekuatannya kepada orang lain. Mereka semakin
ketandusan nilai kemanusiaan.Selain itu, ibu bapa yang kurang memberikan belaian kasih sayang
dan prihatin kapada anak juga menjadi antara puncanya kes buli ini berlaku. Ibu bapa yang selalu
sibuk mencari duit dan bersikap materialistik telah mengabaikan tanggungjawab mereka
terhadap anak mereka.Di samping itu, para pelajar yang masih berumur setahun jagung dan
berdarah setampuk pinang ini mudah terpengaruh dengan tindakan rakan sebayanya. Jika kawankawannya merupakan pembuli, pelajar tersebut juga akan terikut-ikut perbuatan kawannya
supaya dapat diterima oleh ahli-ahli kumpulannya. Pengawasan yang longgar di sekolah juga
menjadi puncanya kerana telah memberi peluang kepada pelajar yang ingin menjalankan
pembulian mereka terhadap pelajar lain.
Bak kata pepatah tiada penyakit yang tiada penyembuhnya.Terdapat pelbagai langkah drastik
yang boleh dijalankan untuk membendung dan membanteras kemelut ini.Antaranya ialah pihak
kerajaan seperti Kementerian Pelajaran dan juga pihak sekolah harus menitikberatkan isu kes
buli ini dalam pelajaran di sekolah dengan melalui mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan

Moral, Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan sebagainya. Dengan itu, pelajar akan menyedari
bahawa perbuatan buli ini merupakan satu kesalahan dan pelajar juga didedahkan dengan
pelbagai maklumat tentang kesan buruk daripada perbuatan membuli dan cara-cara
mengelakkannya daripada terbabit dalam kes buli ini.Selain itu, ceramah atau kempen seperti
kempen anti-buli juga boleh diadakan secara berterusan di setiap sekolah dari semasa ke semasa
bagi menyedari para pelajar agar menjauhi diri daripada gejala buli. Aktiviti seperti kuiz tentang
kes buli juga boleh dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif dalam menangani masalah kes buli
ini.
Namun begitu, pihak sekolah juga perlu sentiasa memastikan bahawa pengawasan di setiap
pelosok kawasan sekolah seperti di belakang bangunan sekolah dan kaki lima sekolah yang sunyi
diperketat supaya tidak memberi sebarang peluang kepada mereka yang mempunyai keinginan
untuk membuli mangsanya.Pihak sekolah juga boleh menggalakkan para pelajar supaya
menyertai Kelab Pencegah Jenayah di sekolah dengan aktif. Hal ini kerana para pelajar akan
memperoleh lebih banyak pengetahuan tentang cara-cara mencegah masalah kes buli sekiranya
pelajar menjadi pemangsa dalam kes itu dan para pelajar juga boleh menyebarkan informasi
yang diperoleh itu kepada rakan-rakan yang lain agar semua pelajar tahu akannya.
Langkah yang lain ialah para pelajar juga harus pandai memilih kawan kerana para pelajar
biasanya juga akan mudah terpengaruh dengan perbuatan kawannya. Contohnya, jika kawannya
minat membaca buku, maka pelajar tersebut juga akan dipengaruhi dan membaca bersama-sama.
Perkara ini sama juga jika kawan pelajar itu sentiasa melibatkan diri dalam kes buli di sekolah.Di
samping itu, para pelajar juga harus berganding bahu dengan pihak sekolah dalam usaha untuk
membendung gejala ini. Para pelajar yang ternampak kes buli itu berlaku atau menjadi mangsa
pembuli harus memberanikan diri untuk melaporkan kepada pihak sekolah dengan segera agar
masalah itu dapat diatasi dengan secepat mungkin demi kesejahteraan sekolah.
Manakala, pihak sekolah yang telah menerima laporan aduan daripada pelajar juga harus
berusaha mengatasi masalah itu dengan bersungguh-sungguh dan bukan sebaliknya dengan
menutup kes itu dengan sesuka hati sahaja. Jika kes ini masih tidak dibicarakan, masalah kes buli
akan semakin bertambah dan berleluasa lagi.Pihak sekolah boleh berjumpa dengan pelajar yang

disyaki melibatkan diri dalam kes buli dan juga ibu bapanya untuk membincangkan masalah
yang dihadapi oleh pelajar tersebut dan mendapatkan jalan keluarnya. Pihak sekolah harus
mengenakan hukuman yang setimpal kepada pelajar tersebut agar dia tidak mengulangi
perbuatan itu lagi dan juga dijadikan sebagai iktibar kepada pelajar yang lain.
Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk membendung
kemelut ini. Ibu bapa haruslah menampilkan teladan yang baik kepada anak-anak mereka supaya
anak akan mencontohi kelakuan ibu bapa mereka kerana pada tanggapan anak mereka, perbuatan
ibu bapa adalah sentiasa betul dan patut diikuti. Janganlah ibu bapa berlakuan baik di hadapan
anak-anak sahaja, sedangkan mereka juga sering mengejek, menghina orang dan sebagainya.
Bak kata pepatah bapa borek, anak rintih, ketam mengajar anaknya berjalan lurus sedangkan
dirinya berjalan senget.
Tambahan pula, di samping mengejarkan kebendaan dalam kehidupan dan sibuk bekerja, ibu
bapa juga harus sentiasa mengambil perhatian tentang keadaan anak mereka semasa di sekolah
dan memberikan belaian kasih sayang yang sepenuhnya kepada mereka supaya mereka tidak
berasa sunyi dan diabaikan. Ibu bapa juga harus memupuk anak mereka sejak kecil lagi seperti
melentur buluh biarlah dari rebungnya agar sentiasa sudi meluahkan isi hati dan masalah yang
dihadapi kepada mereka bagi mengatasinya bersama-sama.
Natijahnya, selagi masalah ini masih berleluasa, impian negara kita yang ingin melahirkan satu
bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju akan tinggal sebagai khayalan sahaja. Hasrat
negara kita yang ingin mencapai Wawasan 2020 juga akan tinggal sebagai angan-angan Mat
Jenin semata-matanya. Hal ini kerana para pelajar merupakan aset negara yang penting dan akan
menerajui negara ini pada masa depan. Bak kata peribahasa Melayu pemuda harapan bangsa,
pemudi tiang negara. Oleh itu, semua pihak haruslah sehilir semudik dan sehati sejiwa dalam
usaha menangani masalah kes buli ini walaupun kita terpaksa mengharungi liku-liku yang penuh
dengan onak duri ini. Semoga berkat daya usaha yang gigih, kita dapat melahirkan generasi
muda yang dapat menjulang nama negara dan mengangkat martabat bangsa dipersada dunia.

You might also like