Kejayaan Selepas Penubuhan Malaysia Slides

You might also like

Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 6

KEJAYAAN SELEPAS

PENUBUHAN MALAYSIA
1. EKONOMI
- Mewujudkan satu pasaran yang lebih luas bagi menggalakkan pelaburan,
perdagangan dan industri pertanian.
- Kadar pertumbuhan ekonomi tinggi menjadikan Malaysia negara yang
terbaik prestasinya di rantau Asean.
- Dasar-dasar pembangunan negara diperkenalkan.Contohnya Dasar
Ekonomi Baru (DEB). DIgubal bagi mengurangkan ketidakseimbangan
sosioekonomi antara kaum dan wilayah.
2. INDUSTRI
- Bidang perusahaan automobil merupakan mercu mencapai kejayaan
Malaysia.
-Dua buah syarikat yang menghasilkan kereta nasional ialah Syarikat
Holdings Bhd (PROTON) dan Syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd
(PERODUA). Kereta nasional ini dieksport ke luar negara seperti Australia,
Singapura, United Kingdom.

3. PEMBANGUNAN POLITIK
- Pembinaan negara bangsa adalah matlamat utama pembangunan politik.
- Dicapai melalui pelbagai pendekatan seperti penerapan dasar awam yang
digubal oleh kerajaan, pemupukan semangat nasionalisme melalui simbol
dan ritual negara seperti lagu kebangsaan, bendera kebangsaan dan
perayaan hari kemerdekaan.
4. PEMBINAAN
- Kejayaan Malaysia dapat dilihat melalui pembinaan bangunan yang
menjadi kebanggaan negara. Bangunan pencakar langit seperti Menara
Kuala Lumpur dan Menara Berkembar PETRONAS merupakan bangunan
mercu tanda kemajuan negara di Malaysia.
-Kedua-dua menara ini telah menjadikan Malaysia sebagai destinasi
pelancongan dan menarik banyak pelancong asing melancong ke negara
Malaysia sepanjang tahun.

5. Pengangkutan
- Kemajuan bidang pengangkutan dan perhubungan menempa nama
Malaysia di seantero dunia. Sistem pengangkutan yang terkenal seperti
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). KLIA ialah lapangan
terbesar di negara Malaysia dan merupakan salah satu penerbangan yang
terpenting di rantau Asia Tenggara.
- Pengangkutan lain seperti Sistem Transit Ringan (LRT), KTM, PUTRA,
monorel, Lebuh Raya Utara-Selatan dan Terowong SMART - Menjimatkan
masa, tenaga dan wang.
6. Teknologi
- Malaysia melangkah maju ke era teknologi angkasa lepas apabila berjaya
melancarkan dua satelit Malaysia Asia Timur iaitu MEASAT I dan MEASAT II.
Pelancaran satelit ini menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara
ASEAN yang mempunyai satelit angkasanya sendiri.
-Program penghantaran angkasawan negara yang pertama iaitu Dr. Sheikh
Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha telah berjaya mengharumkan nama
Malaysia di pentas dunia.

7. Bidang Sukan
-Kejayaan negara yang lain ialah kejayaan dalam bidang sukan. Sukan
negara semakin rancak apabila banyak atlet negara yang berjuang
bermati-matian untuk mengharumkan nama Malaysia di persada
antarabangsa. -Pemain sukan wanita yang terkenal ialah ratu skuasy
negara, Datuk Nicol Ann David.
-Selain bidang skuasy, pemain badminton profesional Malaysia terkenal di
dunia, iaitu Datuk Lee Chong Wei. Beliau selalu menyertai pertandingan
badminton di dalam atau di luar negara Malaysia dengan keputusan yang
cemerlang.
-Jadi, jelaslah bahawa peningkatan pencapaian yang cemerlang oleh atletatlet negara berjaya menempa nama Malaysia di seantero dunia.

PENUTUP
Kesimpulannya, Pembentukan Malaysia telah melahirkan sebuah negara yang
disegani dan disanjungi oleh negara lain. Malaysia merupakan sebuah negara yang
maju dan telah mencapai kejayaan luar biasa dalam pelbagai bidang. Kejayaankejayaan luar biasa yang dicapai selama ini telah mengharumkan nama Malaysia di
persada antarabangsa.
Kita sepatutnya menghargai dan memperingati pengorbanan yang telah
dilakukan untuk mempertahankan Tanah Melayu atau Malaysia daripada penjajah
asing. Kitalah yang akan menncorakkan masa hadapan negara kita untuk satu
jangka masa yang panjang kerana kita adalah pelapis bagi generasi sekarang.
Tanah Melayu dan kejayaan kemerdekaan itu adalah hasil usaha penyatuan
tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India berdasarkan tolak ansur sesama
mereka. Atas dasar kesepakatan inilah juga yang memberi asas yang kukuh dalam
pembentukan Malaysia.
Rakyat Malaysia perlu berusaha gigih, bangga dan memberikan sokongan
sEpenuhnya kepada pelbagai pihak untuk memajukan negara dalam pelbagai bidang
dan juga dapat membangkitkan semangat rakyat Malaysia agar lebih berani untuk
berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa maju lain di dunia.

You might also like