Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 40

Isi Kandungan

Bil

Perkara

Mukasurat

1.

Pengenalan

2.

Panduan Analogi

3.

Pelajaran 1 (Memahami Tekanan Udara)

4.

Strategi Pengajaran & Pembelajaran (P1)

5.

Pelajaran 2 (Mengaplikasi Prinsip Tekanan Udara)

20

6.

Strategi Pengajaran & Pembelajaran (P2)

21

7.

Contoh Rancangan Pengajaran Harian

32

8.

Senarai Semak Kemahiran Berfikir Kreatif (P1)

35

9.

Senarai Semak Kemahiran Berfikir Kreatif (P2)

38

e-SMART

Modul Pengajaran Sains e-SMART Bagi Penerapan


Kemahiran Berfikir Kreatif Murid

(Science Modul using Analogi for cReative Thinking skill)

PENGENALAN
Modul e-SMART ini dibangunkan bertujuan mempelbagaikan strategi
pengajaran guru bagi menerapkan kemahiran berfikir kreatif murid.
Pendekatan yang digunakan dalam pembangunan modul ini ialah
pendekatan konstruktivisme menggunakan model 5E (memberi perhatian,
menjelajah, menerang, menghurai dan menilai). Pendekatan pembelajaran
ini memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemahiran berfikir
secara kreatif iaitu dengan membuat hubungkait antara pengalaman sedia
ada murid dengan konsep sains yang dipelajari. Kombinasi penggunan
panduan model analogi FAR (F-fokus (focus),A-tindakan (action) dan Rrefleksi (reflection) pula, berupaya membantu meningkatkan kemahiran
berfikir secara kreatif melalui pengstrukturan semula idea baru hasil daripada
hubungkait pengetahuan sedia ada dengan konsep sains yang baru
dipelajai. Secara ringkasnya, e-SMART memberi maksud modul sains atas
talian yang menggabungkan penggunaan analogi bagi penerapan
pemikiran kreatif (e-electronic; S-science; M-module ;A-analogy; R-foR
cReative; T-thinking skill). Modul yang dibangunkan ini merangkumi topik
Tekanan Udara bagi subjek sains tingkatan 2.
Selain itu, aktiviti yang diterapkan dalam modul pengajaran dan
pembelajaran sains ini menggalakkan murid untuk bekerjasama, berkongsi
idea atau pengalaman dalam menyelesaikan masalah melalui
pembelajaran secara kolaboratif dan inkuiri dan mengakses sendiri
maklumat yang dikehendaki melalui pautan ke laman web lain. Konsep emodul (electronic module) iaitu pembelajaran yang dibina di atas talian (elearning) bertujuan membekalkan murid dengan ilmu sains dan keterampilan
teknologi agar mereka mampu bersaing dalam globalisasi dunia ICT. Melalui
penggunaan elemen multimedia yang menarik beserta teks, grafik, visual,
audio dan video beserta analogi simulasi bergambar yang diterapkan
dalam bahan modul pengajaran dan pembelajaran, dapat membantu
murid memahami proses sains atau konsep sains abstrak dengan lebih
mudah.

Mukasurat | 2

e-SMART

MODEL 5E 5E & PANDUAN ANALOGI FAR

Analogi

Memberi
Perhatian

Menilai

Menghurai

Meneroka

Analogi

Menerang

Model pengajaran 5E mempunyai lima fasa digunakan dalam modul


pengajaran sains ini bagi mengaplikasikan persekitaran pembelajaran
konstruktivis (pembinaan pengetahuan) yang berpusatkan murid. Model
pengajaran 5E Model ini telah dibangunkan oleh Biological Science
Curriculum Study (BSCS) pada sekitar tahun 1980-an (Bybee et al 2006) dan
mempunyai lima fasa;(1)Penglibatan (engagement), (2)penjelajahan
(exploration), (3)penerangan (explaination),(4) penghuraian (elaboration)
dan (5)penilaian (evaluation). Setiap fasa mempunyai fungsi tertentu yang
dapat membantu
guru melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran, terutamanya untuk menerapkan kemahiran berfikir murid di
samping meningkatkan pemahaman murid dalam pembinaan ilmu,
perkembangan teknologi, peningkatan sikap dan juga kemahiran. Aktivitiaktiviti yang dibangunkan dalam modul pengajaran sains adalah
berasaskan kepada model 5E yang mengkhusus kepada penerapan
kemahiran berfikir kreatif murid. Bagi merangsang kemahiran berfikir kreatif,
maka analogi digunakan serta digabungkan ke dalam aktiviti fasa memberi
perhatian dan meneroka.

Mukasurat | 3

e-SMART

Panduan Analogi

Definisi analogi dalam modul ini ialah menghubungkan


dan membandingkan di antara dua benda yang
mempunyai ciri-ciri yang sama untuk menerangkan sesuatu konsep sains
yang berbentuk abstrak, bagi meningkatkan keupayaan penaakulan dan
kemahiran berfikir murid (Harrison and Treagust 1993;Nessel & Graham 2007.
Panduan analogi FAR digunakan dalam modul ini bagi membantu guru
mengaplikasikan analogi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Jadual 1 menunjukkan penerangan mengenai panduan analogi FAR.
Jadual 1: Panduan Analogi FAR
Maksud FAR

Penerangan

Tindakan Guru

F (Focus)Fokus

Pastikan pengetahuan
sedia ada murid dan
kenapa analogi
digunakan

1. Konsep sains susah, abstrak


2. Murid kenal pasti idea dan
pengetahuan sedia ada murid
tentang konsep tersebut
3. Analogikanpastikan analogi
digunakan dapat difahami murid

A-(Action)
Tindakan

Pastikan murid memahami


perkara atau fenomena
yang ingin disamakan
dengan konsep yang
akan dipelajari murid.
Pastikan guru
menerangkan konsep
analogi dan sains kepada
murid

1. Persamaan kenal pasti persamaan


antara perkara yang ingin
dianalogikan dengan konsep sains
2. Perbezaan bincangkan pula
perbezaan yang wujud antara
keduanya

R-(Reflection)
Refleksi

Buat refleksi berkenaan


analogi yang digunakan.
Adakah ia berguna atau
perlu penambahbaikan.

1. Kesimpulan beri kesimpulan


tentang penggunaan analogi,
adakah ia dapat difahami murid.
2. Penambahbaikan perbincangan
tentang penggunaan analogi dan
beri murid peluang menjana idea
untuk mencipta analogi sendiri

Mukasurat | 4

e-SMART

Contoh penggunaan panduan analogi (FAR)

Analogi Bola dengan Teori Kinetik Gas

Fokus (Focus)

Terangkan tentang konsep tekanan udara kepada


murid.
Konsep - Tekanan udara bermaksud tekanan yang
dihasilkan oleh perlanggaran molekul (zarah-zarah)
udara ke atas permukaan luar dan permukaan dalam
sesuatu objek.
Teori kinetik gas menyatakan bahawa molekul udara
sentiasa bergerak bebas dan berlanggar antara satu
sama lain dan sentiasa berlanggar terhadap dinding
bekasnya.

Tindakan (Action)

Persamaan
Analogi bola

Sasaran zarah udara

Bola bergerak secara


rawak dan bebas bila
ditendang

Zarah udara bergerak


secara rawak dan bebas

Tekanan wujud bila bola


melantun dan
berlanggar dengan
dinding

Tekanan wujud bila zarah


udara
berlanggar
dengan dinding bekas

Perbezaan
Zarah udara sentiasa
bergerak bebas dan
berlanggar dinding bekas
Refleksi (Reflection)

Bola hanya akan bergerak


dan melantun apabila
ditendang

Kenal pasti sama ada konsep analogi dapat


difahami oleh murid atau tidak.
Minta murid beri kesimpulan mengenai
pemahaman mereka terhadap teori kinetik gas.
Minta murid beri idea analogi ciptaan mereka.

Mukasurat | 5

e-SMART

UNIT 6

Modul Pengajaran Sains e-SMART

TEMA
BIDANG PEMBELAJARAN
TAJUK

: Jirim Dalam Alam


: Tekanan Udara
: Tekanan Udara

Band : 4
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
(Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu
prosedur atau secara sistematik)

mengikut

Pernyataan standard : B4
Mengaplikasi pengetahuan saintifik dan kemahiran saintifik dalam
membentuk konsep dan prinsip sains dalam penyelesaian masalah
Deskriptor : D14
Mengkaji tekanan udara
Evidens : E1
Menghubungkait pergerakan zarah udara dengan Teori Kinetik gas,
menunjukkan udara mengenakan tekanan dan menerangkan faktor yang
mempengaruhi tekanan udara seperti isipadu atau suhu melalui aktiviti
Objektif pembelajaran:
Selepas mempelajari bab ini, pelajar boleh:
1/ Memahami tekanan udara
2/ Mengaplikasi prinsip tekanan udara dalam kehidupan harian
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat;
1/ Menerangkan kewujudan tekanan udara dengan merujuk kepada Teori
Kinetik.
2/ Menerangkan faktor yang mempengaruhi tekanan udara.
Kata Kunci :
Tekanan udara, Teori Kinetik Gas, zarah,isipadu,suhu,sifon, tangki gas, aerosol
Sumber Bahan Pengajaran & Pembelajaran : Komputer/internet
Mukasurat | 6

e-SMART

Pelajaran

Memahami Tekanan Udara

1
Tajuk

Tekanan Udara

Pernyataan Standard

Mengaplikasi pengetahuan saintifik dan


kemahiran saintifik dalam membentuk
konsep dan prinsip sains dalam
penyelesaian masalah

Objektif pembelajaran:

a) Murid berupaya menerangkan


kewujudan tekanan udara dengan
merujuk kepada Teori Kinetik.
b) Murid berupaya menerangkan faktor
yang mempengaruhi tekanan udara.

Penggunaan elemen analogi

Penggunaan elemen analogi diaplikasikan


pada konsep yang berbentuk abstrak

Penerapan Kemahiran berfikir

Menjanakan idea
Menghubungkaitkan
Membuat inferens
Meramalkan
Mengitlakkan
Membuat gambaran mental
Mensintesiskan
Membuat hipotesis
Menganalogi
Merekacipta

kreatif

Mukasurat | 7

e-SMART

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PELAJARAN 1)


Set Induksi
Jenis Aktiviti

Aktiviti

1. Mencari maklumat

1. Minta murid supaya


memerhatikan Gambar
Ingat kembali
1 yang diberikan.
2. Beri arahan kepada
Tujuan:
murid supaya membuat
Menghubungkaitkan
perbandingan kepada
pengetahuan sedia
tiga keadaan jirim
ada (keadaan jirim)
tersebut.
dengan konsep baru 3. Soal murid, apakah
(tekanan udara)
perbezaan di antara
(Teori Konstruktivisme)
tiga keadaan jirim
tersebut.

Catatan
Kemahiran berfikir
kreatif diterapkan:

Menjana idea
Menghubungkait
Membuat gambaran
mental

Teori:
Konstruktivisme
Bahan bantu mengajar:

2. Mencari maklumat
Mengapa?

1. Berdasarkan jawapan
yang telah diberikan
dalam 1, minta murid
menyenaraikan
jawapan bagi soalan
dalam Gambar 2 yang
diberikan.
2. Kemudian, minta murid
membuat keputusan
jawapan yang boleh
diterima bagi soalan
Gambar 2
3. Beri penerangan
mengenai tajuk yang
akan dipelajari oleh
murid iaitu tekanan
udara.

Modul e-SMART
Buku teks/rujukan

Alat berfikir:

Lembaran
penyusunan grafik
membanding beza
Soalan & penyoalan
Lembaran
penyusunan
grafik
membuat keputusan

Kaedah/Teknik:
Penyoalan

Mukasurat | 8

e-SMART

Langkah 1 : E1 engagement/memberi perhatian


Panduan analogi FAR (focus-action-reflection)
Jenis aktiviti
1.1 Analogi
Bola
Fokus

Tindakan

Aktiviti
Terangkan tentang konsep
tekanan udara kepada murid.
Konsep - Tekanan udara
bermaksud tekanan yang
dihasilkan oleh perlanggaran
molekul (zarah-zarah) udara ke
atas permukaan luar dan
permukaan dalam sesuatu objek.
Teori kinetik gas menyatakan
bahawa molekul udara sentiasa
bergerak bebas dan berlanggar
antara satu sama lain dan
sentiasa berlanggar
terhadap dinding bekasnya.
Tunjukkan video E1.1 kepada murid
tentang perbandingan di antara
analogi bola dan sasaran zarah
udara.
(Teori Kognitif pembelajaran
dengan multimedia)
Analogi bola
Sasaran zarah
udara
Bola bergerak
Zarah udara
secara rawak
bergerak secara
dan bebas bila rawak dan
ditendang
bebas
Tekanan wujud
bila bola
melantun dan
berlanggar
dengan dinding

Tekanan wujud
bila zarah udara
berlanggar
dengan dinding
bekas

Catatan
Kemahiran berfikir
kreatif diterapkan:
Menjana idea
Menghubungkait
Menganalogi
Memberi gambaran
mental
Merekacipta
Teori:
Konstruktivisme
Teori kognitif
pembelajaran
dengan multimedia
(CTML)
Bahan bantu mengajar:
Modul e-SMART
Buku teks/rujukan
Alat berfikir:
Lembaran penyusunan
grafik membanding
beza
Kaedah/Teknik:
Penggunaan analogi
Penyoalan
Perbincangan

Perbezaan
Bola hanya
berlanggar
dinding bekas

Zarah udara
sentiasa
bergerak bebas
akan bergerak
dan melantun
apabila
ditendang
Mukasurat | 9

e-SMART

Refleksi

Jenis Aktiviti
1.2
Eksperimen

Kenal pasti sama ada konsep


analogi dapat difahami oleh
murid atau tidak.
Minta murid beri kesimpulan
mengenai pemahaman mereka
terhadap konsep tekanan
udara.
Minta murid beri idea analogi
ciptaan mereka.
Kesimpulan : udara
mengenakan tekanan
Aktiviti
Sebelum menjalankan eksperimen,
beri penerangan kepada murid
tentang konsep tekanan udara.

Mari Uji!
Konsep - Molekul udara dalam
objek akan berlanggar dengan
permukaan dalam objek, molekul
udara di luar objek akan
berlanggar dengan permukaan
luar objek. Kekerapan
perlanggaran antara molekul
udara terhadap dinding bekasnya
akan menghasilkan daya yang
menolak terhadap dinding bekas
tersebut. Daya ini
dipanggil tekanan udara (air
pressure).
Kemudian, tunjukkan Gambar E1.2
(Mari Uji!) berkaitan eksperimen
yang akan dijalankan.
Tujuan : Menunjukkan bahawa
udara mengenakan tekanan
Bahan : Gelas, air dan kadbod
Prosedur :
1. Isikan air di dalam gelas
sehingga penuh
2. Tutupkan mulut gelas
dengan sekeping kadbod
3. Sambil menekan kadbod
pada mulut gelas,
telangkupkan gelas seperti

Catatan
Kemahiran berfikir
kreatif diterapkan:
Menjana idea
Membuat inferens
Membuat hipotesis
Teori:
Konstruktivisme
Bahan bantu mengajar:
Modul e-SMART
Bahan-bahan
eksperimen
Buku teks/rujukan
Alat berfikir:
Lembaran
penyusunan grafik
membuat inferens
Lembaran
penyusunan grafik
membuat kesimpulan
Soalan & penyoalan
Kaedah/Teknik:
Eksperimen
Perbincangan
kumpulan

Mukasurat | 10

e-SMART

ditunjukkan dalam Rajah 1


4. Lepaskan tangan dan
perhatikan pada kadbod
tersebut.
Setelah eksperimen selesai beri
lembaran kerja E1.2 kepada murid
untuk diselesaikan.
Refleksi
Minta setiap kumpulan memberi
kesimpulan mengenai
eksperimen yang telah mereka
jalankan. (Teori konstruktivisme)
Tunjukkan video E1.2 (jawapan
lembaran kerja) kepada murid
Kesimpulan: Udara
mengenakan tekanan
1.3 Video
Bagaimana
telur rebus
boleh masuk
ke dalam
botol?

Tunjukkan video E1.3 (telur rebus)


kepada murid.
berkaitan udara mempunyai
tekanan.

Kemahiran berfikir
kreatif diterapkan:
Menjana idea
Membuat inferens

Minta murid memberikan


kesimpulan atau pendapat
tentang aktiviti yang
ditayangkan dalam video E1.3.
(Teori konstruktivisme)

Teori:
Konstruktivisme
Teori kognitif
pembelajaran
multimedia (CTML)

Refleksi
Beri kesimpulan bahawa udara
mempunyai tekanan di mana
tekanan udara luar yang tinggi
menolak telur rebus masuk ke
dalam botol.

Bahan bantu mengajar:


Modul e-SMART
Buku teks/rujukan
Alat berfikir:
Tayangan video E1.3
Lembaran
penyusunan grafik

Mukasurat | 11

e-SMART

1.4 Video
Bagaimana
tin aluminium
boleh
kemek?

Tunjukkan video E1.4 (tin kemek)


kepada murid.
berkaitan udara mempunyai
tekanan. (Teori kognitif
pembelajaran dengan multimedia)
Minta murid menjawab soalan
dalam lembaran kerja berkaitan
video E1.4 yang ditonton.
(Teori konstruktivisme)
Kemudian, minta murid
menyenaraikan jawapan
mereka.
Tunjukkan video E1.4 (jawapan)
kepada murid

Kaedah/Teknik:
Penyoalan
Perbincangan
.

Refleksi
Beri kesimpulan bahawa udara
mempunyai tekanan dan
berupaya menjadikan tin kemek.
Langkah 2 : E2 explore/menjelajah
Panduan analogi FAR (focus-action-reflection)
Jenis aktiviti
2.1 Analogi

Fokus

Aktiviti 2.1
Beri penerangan kepada murid
tentang faktor pertama yang
mempengaruhi tekanan udara.
Isipadu udara
Jika udara dimampatkan iaitu
dengan mengurangkan isi padu
bekas, zarah udara akan melanggar
dinding bekas dengan lebih kerap,
maka ini menyebabkan tekanan
bertambah. Jika isi padu berkurang,
tekanan udara bertambah
Tunjukkan video E2.1 berkenaan
faktor isipadu.

Tindakan

Tunjukkan gambar E2.1 (analogi isi


padu) kepada murid tentang
perbandingan di antara analogi
penumpang dalam bas dengan isi
padu sesuatu bekas dan minta
murid isikan tempat kosong dalam

Catatan
Kemahiran berfikir
kreatif diterapkan:
Menjana idea
Menghubungkait
Menganalogi
Membuat gambaran
mental
Merekacipta
Teori:
Konstruktivisme
Bahan bantu mengajar:
Modul e-SMART
Buku teks/rujukan
Alat berfikir:
Lembaran
penyusunan grafik
membanding beza
Soalan & penyoalan
Mukasurat | 12

e-SMART

helaian kerja E2.1.


(Teori konstruktivisme)

Analogi
penumpang bas
Ruang bas
dikecilkan.
Penumpang jadi
berhimpit
sesama sendiri

Penumpang
rasa tekanan
tinggi sebab
ruang sempit

Kaedah/Teknik:
Penggunaan analogi
Penyoalan

Sasaran isipadu
udara
Ruang bekas
dikecilkan. Zarah
udara akan
melanggar
dinding bekas
dengan lebih
kerap
Tekanan udara
jadi tinggi apabila
ruang bekas
dikecilkan

Perbezaan
Penumpang
tidak sentiasa
bergerak

Refleksi

Jenis aktiviti
2.2 Analogi
Fokus

Zarah udara
sentiasa bergerak
bebas dan
sentiasa
berlanggar
dinding bekas

Kenal pasti sama ada konsep


analogi dapat difahami oleh
murid atau tidak.
Minta murid beri kesimpulan
mengenai pemahaman mereka
terhadap faktor yang
mempengaruhi tekanan udara.
Minta murid beri idea analogi
ciptaan mereka.
Aktiviti
Terangkan kepada murid tentang
faktor kedua yang mempengaruhi
tekanan udara.
Suhu udara
Jika udara dipanaskan, zarah-zarah
dalam bekas akan dapat lebih
banyak tenaga, ia akan melanggar
dinding bekas dengan lebih kerap,

Catatan
Kemahiran berfikir
kreatif diterapkan:
Menjana idea
Menghubungkait
Menganalogi
Membuat gambaran
mental
Mereka cipta

Mukasurat | 13

e-SMART

maka tekanan bertambah. Jika suhu Teori:


meningkat, tekanan udara juga
Konstruktivisme
meningkat.
Teori kognitif
Tunjukkan video E2.2 berkenaan
pembelajaran
faktor suhu udara.
multimedia (CTML)
Tindakan

Tunjukkan gambar E2.2 (analogi


suhu) kepada murid tentang
perbandingan di antara analogi
penumpang dalam bas dengan isi
padu sesuatu bekas dan minta
murid isikan tempat kosong dalam
helaian kerja E2.2.
(Teori konstruktivisme)

Analogi
penumpang bas
Udara dalam
bas panas
waktu tengahari

Sasaran suhu
udara
Suhu ditinggikan

Penumpang
rasa tekanan
tinggi apabila
suasana dalam
bas panas.

Tekanan udara
jadi tinggi apabila
suhu ditingkatkan.

Bahan bantu mengajar:


Modul e-SMART
Buku teks/rujukan
Alat berfikir:
Lembaran penyusunan
grafik membanding &
membeza
Kaedah/Teknik:
Penggunaan analogi
Penyoalan

Perbezaan
Penumpang
tidak sentiasa
bergerak

Refleksi

Zarah udara
sentiasa bergerak
bebas dan
sentiasa
berlanggar
dinding bekas

Kenal pasti sama ada konsep


analogi dapat difahami oleh
murid atau tidak.
Minta murid beri kesimpulan
mengenai pemahaman mereka
terhadap faktor yang
mempengaruhi tekanan udara.
Minta murid beri idea analogi
ciptaan mereka.

Mukasurat | 14

e-SMART

Langkah 3 : E3 explain/menerang
Jenis aktiviti
3.1
Eksperimen
Hands-on
Time!

Aktiviti
Minta murid menjalankan
eksperimen seperti yang
ditunjukkan dalam gambar
E3.1(Hands-on).
(Teori konstruktivisme)
Tujuan : Menunjukkan faktor suhu
mempengaruhi tekanan udara
Bahan : Belon dan besen berisi air
suam
Prosedur :
1. Tiup dua biji belon A dan B
sehingga ia mengembang
2. Picit belon A dengan agak kuat
(jangan sampai pecah) dan
rasakan tekanan udara di
dalam belon
3. Picit pula belon B di dalam air
suam dan rasakan tekanan
udara dalam belon B
Refleksi
Setelah selesai eksperimen, minta
murid menerangkan hasil
eksperimen yang telah dijalankan
melalui pembentangan.

3.2
Video

Tunjukkan kepada murid video


E3.2(a)(faktor isi padu) dan video
E3.2(b) (faktor suhu)berkaitan faktor
yang mempengaruhi tekanan
udara.
Minta murid membuat kesimpulan
daripada tayangan video yang
dilihat.(Teori kognitif pembelajaran
dengan multimedia dan
(Teori konstruktivisme)

Catatan
Kemahiran berfikir
kreatif diterapkan:
Menjana idea
Membuat inferens
Membuat hipotesis
Mensintesis
Teori:
Konstruktivisme
Bahan bantu mengajar:
Modul e-SMART
Bahan eksperimen
Buku teks/rujukan
Alat berfikir:
Lembaran
penyusunan grafik
membuat inferens
Lembaran
penyusunan grafik
membanding beza
Kaedah/Teknik:
Eksperimen
Perbincangan &
pembentangan
kumpulan

Kemahiran berfikir
kreatif diterapkan:
Menjana idea
Membuat inferens
Teori:
Konstruktivisme
Teori kognitif
pembelajaran
multimedia (CTML)
Bahan bantu mengajar:
Modul e-SMART
Alat berfikir:
Video E3.2a/E3.2b
Kaedah/Teknik:
Penyoalan

Mukasurat | 15

e-SMART

Langkah 4 : E4 elaborate/menghurai
Jenis aktiviti

4.1
Pemerhatian
Perhatikan
dan fikir!

Aktiviti
Tunjuk gambar E4.1 dan minta
murid perhatikan situasi dalam
gambar dan menjawab soalan
dalam lembaran kerja.
Minta murid memberikan idea
dan menghuraikan jawapan
mereka.
Seterusnya, beri kesimpulan
terhadap idea dan jawapan
yang telah dihuraikan murid.
(Teori konstruktivisme)

Catatan
Kemahiran berfikir
kreatif diterapkan:
Menjana idea
Membuat inferens
Menghubungkait
Meramal
Mensintesis
Teori:
Konstruktivisme
Bahan bantu mengajar:
Modul e-SMART
Buku teks/rujukan
Alat berfikir:
Lembaran penyusunan
grafik
Kaedah/Teknik:
Penyoalan
Perbincangan

Mukasurat | 16

e-SMART

4.2
Bahagikan pelajar kepada
Perbincangan
beberapa kumpulan.
Kemudian, setiap kumpulan
Apa,
perlu menyelesaikan satu
mengapa
tugasan dengan merujuk
dan
kepada persoalan dalam
bagaimana?
Gambar rajah E4.2 yang
ditunjukkan guru.
Wakil setiap kumpulan perlu
membentang dan menghuraikan
hasil kesimpulan mereka.
(Teori konstruktivisme)
Arahan
Gambarajah E4.2 menunjukan
dua biji belon dipasang pada
botol mineral untuk
menunjukkan kesan suhu ke
atas tekanan udara.
Air dalam dalam botol A
adalah air sejuk pada suhu bilik
manakala dalam botol B
diletakkan air suam.
a) Apakah yang diperhatikan
dalam eksperimen ini?
b) Udara dalam botol
manakah yang mempunyai
tekanan udara yang lebih
tinggi? Berikan sebab
(inferens) bagi pemerhatian
anda.
c) Berdasarkan Teori Kinetik,
jelaskan bagaimana suhu
mempengaruhi tekanan
udara.
d) Berikan faktor lain yang
mempengaruhi tekanan
udara.
Minta murid menjawab soalan
selepas selesai menjalankan
eksperimen.
(Teori konstruktivisme)

Kemahiran berfikir
kreatif diterapkan:
Menjana idea
Membuat inferens
Menghubungkait
Meramal
Membuat hipotesis
Mensintesis
Teori:
Konstruktivisme
Bahan bantu mengajar:
Modul e-SMART
Bahan-bahan
eksperimen
Buku teks/rujukan
Alat berfikir:
Lembaran
penyusunan grafik
membuat
kesimpulan
Soalan & penyoalan
Kaedah/Teknik:
Penyoalan
Perbincangan dalam
kumpulan
Pembentangan
dalam kumpulan

Mukasurat | 17

e-SMART

Langkah 5 : E5 evaluate/menilai
Jenis aktiviti

5.1
Penyoalan

Aktiviti
Beri murid Lembaran kerja
Penyusunan Grafik
Membanding beza Analogi 1.

Analogi 1
Minta murid menjawab soalan
dalam lembaran tersebut dan
menyerahkan kepada guru
setelah siap.

Catatan
Kemahiran berfikir
kreatif diterapkan:

Menjana idea
Membuat gambaran
mental
Menganalogi
Mereka cipta

.
Teori
Konstruktivisme
5.2
Penyoalan

Beri murid Lembaran kerja


Penyusunan Grafik
Membanding beza Analogi 2.

Analogi 2
Minta murid menjawab soalan
dalam lembaran tersebut dan
menyerahkan kepada guru
setelah siap.

5.3
Penyoalan

Beri murid Lembaran kerja


Penyusunan Grafik
Membanding beza Analogi 3.

Bahan bantu mengajar:


Buku teks/rujukan
Alat berfikir:
Lembaran penyusunan
grafik membanding
beza
Kaedah/Teknik:
Penyoalan bertulis

Analogi 3
Minta murid menjawab soalan
dalam lembaran tersebut dan
menyerahkan kepada guru
setelah siap.
5.4
Penyoalan

Beri murid Lembaran kerja Teka


Silang Kata

Teka Silang
Kata.

Minta murid menjawab soalan


dalam lembaran tersebut dan
menyerahkan kepada guru
setelah siap.

Kemahiran berfikir
kreatif diterapkan:
Menjana idea
Membuat inferens
Menghubungkait
Teori
Konstruktivisme

.
Bahan bantu mengajar:
Buku teks/rujukan

Mukasurat | 18

e-SMART

Alat berfikir:
Lembaran kerja teka
silang kata
Kaedah/Teknik:
Penyoalan bertulis
5.5 Refleksi

Beri murid Borang Refleksi Diri.

Bagaimana
Pencapaian
Saya?

Minta murid mengisi borang


refleksi tersebut dan
menyerahkan kepada guru
setelah siap.

Kemahiran berfikir
kreatif diterapkan:
Menjana idea
Menghubungkait
Bahan bantu mengajar:
Buku teks/rujukan

.
Alat berfikir:
Lembaran Borang
Refleksi Diri
Kaedah/Teknik:
Penyoalan bertulis

Mukasurat | 19

e-SMART

Pelajaran 2

Aplikasi Prinsip Tekanan Udara

Tajuk

Tekanan Udara

Pernyataan
Standard

Mengaplikasi pengetahuan saintifik dan kemahiran saintifik


dalam membentuk konsep dan prinsip sains dalam
penyelesaian masalah

Objektif
pembelajaran:

a) Murid berupaya menerangkan dengan contoh alatan yang


menggunakan prinsip tekanan udara.
b) Murid berupaya menjana idea untuk menyelesaikan
masalah dengan menggunakan prinsip tekanan udara.
c) Murid berupaya menghubungkaitkan langkah keselamatan
yang perlu diambil apabila menggunakan gas di bawah
tekanan tinggi.

Sinopsis
pengajaran dan
pembelajaran

Guru menggunakan pendekatan konstruktivisme model 5E


dengan menggabungngkan panduan analogi FAR bagi
menerangkan konsep tekanan udara kepada murid.
Penggunaan analogi FAR dalam fasa penglibatan/focus
(engagement/focus) dan penerokaan memberi peluang murid
untuk menghubungkait pengalaman sedia ada mereka
dengan konsep tekanan udara yang akan dipelajari.Penerapan
kemahiran berfikir kreatif oleh guru dalam setiap aktiviti yang
dijalankan.

Penggunaan
elemen analogi

Penggunaan analogi diaplikasikan dalam video 1.3 berkaitan


konsep pengalira air dalam sifon

Penerapan
Kemahiran
berfikir kreatif

Menjanakan idea
Membuat inferens
Mengitlakkan
Mensintesiskan
Menganalogi

Menghubungkaitkan
Meramalkan
Membuat gambaran mental
Membuat hipotesis
Merekacipta

Mukasurat | 20

e-SMART

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PELAJARAN 2)


Set Induksi
Jenis Aktiviti

Aktiviti

1. Mencari
maklumat

1. Minta murid supaya


memerhatikan Gambar
1 yang diberikan.
Ingat kembali
2. Beri arahan kepada
murid supaya membuat
Tujuan:
perbandingan kepada
Menghubungkaitkan
dua keadaan
pengetahuan sedia
pergerakan zarah-zarah
ada (pergerakan
udara dalam bekas
zarah) dengan
tersebut.
konsep baru
3. Soal murid, apakah
(aplikasi tekanan
perbezaan di antara
udara)
kedua-dua keadaan
(Teori konstruktivisme)
pergerakan zarah-zarah
udara dalam bekas.
4. Suruh murid perhatikan
keadaan tersebut, buat
inferens dan berikan
kesimpulan.

Catatan
Kemahiran berfikir
kreatif diterapkan:
Menjana idea
Membuat inferens
Menghubungkait
Teori:
Konstruktivisme
Bahan bantu mengajar:
Modul e-SMART
Buku teks/rujukan
Alat berfikir:
Lembaran
penyusunan grafik
membanding beza
Soalan & penyoalan
Kaedah/Teknik:
Penyoalan

2. Mencari
maklumat
Perhatikan!

1. Minta
murid
supaya
memerhatikan Gambar
2 yang diberikan.
2. Soal murid berkenaan
dengan Gambar 2 yang
ditunjukkan dan minta
murid berikan jawapan.
3. Seterusnya beri
penerangan berkaitan
topik yang akan
dipelajari iaitu Aplikasi
Prinsip Tekanan Udara.

Mukasurat | 21

e-SMART

Langkah 1 : E1 engagement/memberi perhatian


Jenis aktiviti

Aktiviti

1.1 Video

Sebelum video E1.1(sinki sumbat)


ditayangkan, beri penerangan
Membersihkan kepada murid berkaitan aplikasi
sinki tersumbat prinsip tekanan udara dalam
kehidupan seharian.
Tunjukkan video E1.1 tentang
bagaimana aplikasi tekanan
udara membantu membaiki sinki
yang tersumbat.
Minta murid senaraikan idea
bagaimana aplikasi tekanan
udara dapat membantu
membaiki sinki yang tersumbat.
Minta murid memberikan
kesimpulan atau pendapat
tentang aktiviti yang
ditayangkan dalam video E1.1.
(Teori kognitif pembelajaran dengan
multimedia, Teori konstruktivisme)

Refleksi
Beri penerangan sebenar
bagaimana tekanan udara dapat
membantu membaiki sinki yang
tersumbat.
1.2
Video

Tunjukkan video E1.2 tentang


bagaimana aplikasi prinsip
tekanan udara dapat
Mengasingkan mengasingkan telur kuning dari
telur kuning
telur putih.
Minta murid senaraikan idea
bagaimana aplikasi prinsip
tekanan udara dapat
mengasingkan telur kuning dari
telur putih.
Minta murid memberikan
kesimpulan atau pendapat
tentang aktiviti yang
ditayangkan dalam video 1.2.
Refleksi
Beri penerangan sebenar
bagaimana aplikasi prinsip
tekanan udara dapat
mengasingkan telur kuning dari
telur putih.

Catatan
Kemahiran berfikir
kreatif diterapkan:
Menjana idea
Membuat inferens
Teori:
Konstruktivisme
Teori kognitif
pembelajaran
multimedia (CTML)
Bahan bantu mengajar:
Modul e-SMART
Buku teks/rujukan
Alat berfikir:
Lembaran
penyusunan grafik
membuat inferens
Kaedah/Teknik:
Penyoalan
Kemahiran berfikir
kreatif diterapkan:
Menjana idea
Membuat inferens
Teori:
Konstruktivisme
Teori kognitif
pembelajaran
multimedia (CTML)
Bahan bantu mengajar:
Modul e-SMART
Buku teks/rujukan
Alat berfikir:
Lembaran penyusunan
grafik membuat inferens
Kaedah/Teknik:
Penyoalan
Mukasurat | 22

e-SMART

1.3 Video
Analogi

Tunjukkan video E1.3 tentang


analogi rantai manik dengan
pengaliran air dalam sifon.
Analogi rantai Minta murid perhatikan
manik dengan
bagaimana rantai manik
pengaliran air
dianalogikan dengan
dalam sifon
pengaliran air dalam sifon yang
menggunakan prinsip tekanan
udara.
Minta murid berbincang dalam
kumpulan dan menyiapkan
lembaran kerja.
Setiap kumpulan memberikan
jawapan masing-masing.
(Teori kognitif pembelajaran
dengan multimedia, Teori
konstruktivisme)

Analogi rantai
manik

Sasaran
pengaliran air
dalam sifon

Manik
mempunyai
ikatan antara
satu sama lain

Air mempunyai
ikatan yang
bersambung,
iaitu dua
hidrogen dan
satu oksigen

Apabila satu
manik ditarik
keluar dari jag,
semua manik
akan ikut tertarik
keluar dari jag

Apabila air
dialirkan dari
satu bekas
melalui sifon,
semua air akan
turun mengalir
ke bekas kedua

Manik akan
terus keluar dari
jag dari tempat
tinggi ke tempat
rendah

Air mengalir
dalam sifon dari
tempat tinggi ke
tempat rendah

Kemahiran berfikir
kreatif diterapkan:
Menjana idea
Membuat inferens
Menghubungkait
Menganalogi
Teori:
Konstruktivisme
Teori kognitif
pembelajaran
multimedia (CTML)
Bahan bantu mengajar:
Modul e-SMART
Buku teks/rujukan
Alat berfikir:
Lembaran penyusunan
grafik membanding &
membeza
Kaedah/Teknik:
Penggunaan analogi
Penyoalan
Perbincangan

Perbezaan
Manik dalam
bentuk pepejal

Air dalam
bentuk cecair

Mukasurat | 23

e-SMART

Langkah 2 : E2 explore/menjelajah
Panduan analogi FAR (focus-action-reflection)
Jenis aktiviti
2.1 Analogi

Fokus

Tindakan

Aktiviti 2.1

Catatan

Terangkan tentang konsep tekanan


udara tinggi dengan tekanan udara
rendah.

Kemahiran berfikir
kreatif diterapkan:
Menjana idea
Menghubungkait
Menganalogi
Membuat gambaran
mental
Merekacipta

Konsep tekanan udara tinggi dan


rendah
Air dalam sifon mengalir dari
kawasan tinggi ke kawasan rendah.
Ini kerana tekanan udara di
kawasan tinggi menolak air ke
kawasan bertekanan udara rendah.
Tunjukkan gambar analogi E2.1
tentang aplikasi prinsip tekanan
udara tinggi dan rendah dalam
peralatan sifon. Minta murid isikan
jawapan dalam lembaran kerja.
(Teori konstruktivisme)

Analogi air
terjun
Air bergerak dari
tempat tinggi ke
tempat rendah

Tempat tinggi
turun ke tempat
rendah

Sasaran
pengaliran air
dalam sifon
Tekanan udara
yang tinggi
menolak air ke
kawasan tekanan
udara rendah

Teori:
Konstruktivisme
Bahan bantu mengajar:
Modul e-SMART
Buku teks/rujukan
Alat berfikir:
Lembaran penyusunan
grafik membanding &
membeza
Kaedah/Teknik:
Penggunaan analogi
Penyoalan

Tekanan tinggi
pergi ke tekanan
rendah

Perbezaan
Air terjun
sentiasa
mengalir

Refleksi

Air dalam sifon


berhenti mengalir
bila kesemua air
sudah
dipindahkan
Kenal pasti sama ada konsep
analogi dapat difahami oleh
murid atau tidak.
Minta murid beri kesimpulan
Mukasurat | 24

e-SMART

mengenai pemahaman mereka


terhadap konsep tekanan udara
tinggi dan rendah.
mempengaruhi tekanan udara.
Minta murid beri idea analogi
ciptaan mereka.
Kesimpulan: Kawasan tekanan
udara tinggi akan
menolak/menekan ke kawasan
tekanan udara rendah.
Jenis aktiviti
2.2 Video
Bagaimana
sifon
berfungsi?

Aktiviti
Tunjukkan kepada murid video E2.2
iaitu berkaitan aplikasi peralatan
sifon menggunakan prinsip tekanan
udara.
Minta murid berbincang dalam
kumpulan dan menulis jawapan
dalam lembaran kerja.
Kemudian, setiap kumpulan perlu
memberikan jawapan masingmasing hasil perbincangan dan
penjelajahan dalam kumpulan
Kesimpulan: Tekanan tinggi akan
menolak/menekan kawasan
tekanan rendah.
(Teori kognitif pembelajaran dengan
multimedia, Teori konstruktivisme)

Catatan
Kemahiran berfikir
kreatif diterapkan:
Menjana idea
Membuat inferens
Teori:
Konstruktivisme
Teori kognitif
pembelajaran
multimedia (CTML)
Bahan bantu mengajar:
Modul e-SMART
Buku teks/rujukan
Alat berfikir:
Lembaran penyusunan
grafik membuat inferens
Kaedah/Teknik:
Penyoalan
Perbincangan
berkumpulan

Mukasurat | 25

e-SMART

Langkah 3 : E3 explain/menerang
Jenis aktiviti

3.1 Penyoalan
bergambar
Di mana tekanan
tinggi dan
tekanan rendah?

Aktiviti
Minta murid perhatikan
Gambar E3.1 yang diberikan
dan menjawab soalan
dalam lembaran kerja.
Kemudian, soal murid
berdasarkan soalan dalam
lembaran kerja yang telah
disiapkan.
Seterusnya, minta murid
berbincang bersama rakan
tentang peralatan lain yang
mengaplikasikan prinsip
tekanan udara
Setiap kumpulan perlu
membuat buku skrap
dengan memberikan
penerangan berkenaan
peralatan yang
mengaplikasikan prinsip
tekanan udara. (tempoh
menyiapkan buku skrap
ialah 3 hari)

Kemahiran berfikir
kreatif diterapkan:
Menjana idea
Membuat inferens
Mengitlak

Tunjukkan kepada murid video


E3.2 iaitu berkaitan aplikasi
peralatan picagari
menggunakan prinsip tekanan
udara.
Setelah menonton video
E 3.2, minta murid berikan
penerangan terhadap
aplikasi prinsip tekanan
udara dalam kehidupan
seharian.
Seterusnya bincang
bersama murid tentang
jawapan tersebut dan
berikan penerangan yang
sebenar.
Kesimpulan: Prinsip tekanan
udara dapat membantu
memudahkan sesuatu
urusan dalam kehidupan

Kemahiran berfikir
kreatif diterapkan:
Menjana idea
Membuat inferens

(Teori konstruktivisme)

3.2 Video
Menyedut air
menggunakan
picagari

Catatan

Teori:
Konstruktivisme
Bahan bantu
mengajar:
Modul e-SMART
Buku teks/rujukan
Alat berfikir:
Soalan & penyoalan
Kaedah/Teknik:
Penyoalan
Projek berkumpulan
(buku skrap)

Teori:
Konstruktivisme
Teori kognitif
pembelajaran
multimedia (CTML)
Bahan bantu
mengajar:
Modul e-SMART
Buku teks/rujukan
Kaedah/Teknik:
Modul e-SMART
Penyoalan
Perbincangan

Mukasurat | 26

e-SMART

3.3 Video
Mengembalikan
bentuk asal bola
ping pong yang
kemek

Tunjukkan kepada murid video


E3.3 iaitu berkaitan aplikasi
penggunaan prinsip tekanan
udara bagi mengembalikan
bentuk asal bola ping pong
yang kemek.

Kemahiran berfikir
kreatif diterapkan:
Menjana idea
Membuat inferens

Setelah menonton video


E3.3, minta murid berikan
penerangan terhadap
aplikasi prinsip tekanan
udara dalam kehidupan
seharian.
Seterusnya bincang
bersama murid tentang
jawapan tersebut dan
berikan penerangan yang
sebenar
Kesimpulan: Prinsip tekanan
udara yang diaplikasikan
dalam kehidupan seharian
dapat membantu
memudahkan sesuatu
urusan.

Teori:
Konstruktivisme
Teori kognitif
pembelajaran
multimedia (CTML)
Bahan bantu
mengajar:
Modul e-SMART
Buku teks/rujukan
Kaedah/Teknik:
Penggunaan TMK
Penyoalan
Perbincangan

(Teori kognitif pembelajaran


dengan multimedia, Teori
konstruktivisme)

Mukasurat | 27

e-SMART

Langkah 4 : E4 elaborate/menghurai
Jenis aktiviti

4.1 Penyoalan
bergambar
Cuba
selesaikan!

Aktiviti
Minta murid perhatikan
Gambar E4.1 yang diberikan
dan menyelesaikan masalah
dalam gambar tersebut.
Kemudian, minta murid
berbincang dalam kumpulan
bagi menyelesaikan masalah
yang diberi.
Setiap kumpulan perlu
menghuraikan jawapan
mereka dengan membuat
pembentangan.
Kesimpulan : masalah yang
dihadapi dapat diatasi
dengan mengaplikasikan
prinsip tekanan udara.
( Teori konstruktivisme)

4.2 Video
Penghasilan gas
di bawah
tekanan tinggi

Tunjukkan kepada murid video


E4.2 iaitu berkaitan gas di bawah
tekanan tinggi
Setelah menonton video E4.2,
minta murid berikan idea
berkenaan isi kandungan
video yang ditonton.
Seterusnya beri penerangan
kepada murid:
o Maksud gas di bawah
tekanan tinggi
o Bagaimana gas
tekanan tinggi
dihasilkan

(Teori kognitif pembelajaran dengan


multimedia, Teori konstruktivisme)

Catatan
Kemahiran berfikir
kreatif diterapkan:
Menjana idea
Membuat inferens
Menghubungkait
Membuat hipotesis
Mensintesis
Teori:
Konstruktivisme
Bahan bantu mengajar:
Modul e-SMART
Buku teks/rujukan
Kaedah/Teknik:
Penyoalan
Perbincangan
Pembentangan
berkumpulan

Kemahiran berfikir
kreatif diterapkan:
Menjana idea
Membuat inferens
Teori:
Konstruktivisme
Teori kognitif
pembelajaran
multimedia (CTML)
Bahan bantu mengajar:
Modul e-SMART
Buku teks/rujukan
Alat berfikir:
Tayangan video
Kaedah/Teknik:
Penyoalan
Perbincangan

Mukasurat | 28

e-SMART

4.3 Video
Kendalian gas
di bawah
tekanan tinggi

Tunjukkan kepada murid video


E4.3 iaitu berkaitan langkah
keselamatan gas di bawah
tekanan tinggi
Setelah menonton video E4.3,
minta murid berikan idea
berkenaan isi kandungan
video yang ditonton.
Kemudian, beri penerangan
kepada murid bagaimana
mengendalikan gas di bawah
tekanan tinggi
Seterusnya, untuk tugasan
murid, mereka dikehendaki
membuat slaid
pembentangan
menggunakan perisian power
point sains bertajuk Gas di
Bawah Tekanan Tinggi.
Segala sumber maklumat
hendaklah diperolehi
daripada internet dan buku
teks serta perlu dinyatakan
alamat web tersebut.
Panjang isi dihadkan kepada
5-7 slaid sahaja dan
pembentangan untuk tempoh
5 minit seorang.
Beri masa selama tiga hingga
lima hari untuk pelajar
menyiapkannya.

Kemahiran berfikir
kreatif diterapkan:
Menjana idea
Membuat inferens
Menghubungkait
Membuat hipotesis
Mensintesis
Teori:
Konstruktivisme
Teori kognitif
pembelajaran
multimedia (CTML)
Bahan bantu mengajar:
Modul e-SMART
Buku teks/rujukan
Alat berfikir:
Lembaran
penyusunan grafik
membuat folio sains
Kaedah/Teknik:
Penyoalan
Perbincangan
Projek individu
pembentangan
power point.

(Teori kognitif pembelajaran dengan


multimedia, Teori konstruktivisme)

Mukasurat | 29

e-SMART

Langkah 5 : E5 evaluate/menilai
Jenis aktiviti

5.1
Penyoalan
Analogi 1

Aktiviti

Catatan

Beri murid Lembaran kerja


Penyusunan Grafik
Membanding Membeza Analogi
5.1

Kemahiran berfikir
kreatif diterapkan:
Menjana idea
Membuat gambaran
mental
Menganalogi
Mereka cipta

Minta murid menjawab soalan


dalam lembaran tersebut dan
menyerahkan kepada guru
setelah siap.
( Teori konstruktivisme)

5.2
Penyoalan
Analogi 2

Teori
Konstruktivisme

Bahan bantu mengajar:


Beri murid Lembaran kerja
Buku teks/rujukan
Penyusunan Grafik
Membanding Membeza Analogi Alat berfikir:
5.2
Lembaran
penyusunan grafik
Minta murid menjawab soalan
membanding beza
dalam lembaran tersebut dan
menyerahkan kepada guru
Kaedah/Teknik:
setelah siap.
Penyoalan bertulis
(Teori konstruktivisme)

5.3 Projek
berkumpulan

Tunjukkan kepada murid video 5.3


berkaitan projek kumpulan mereka
cipta kereta belon.
Pertandingan Setelah menonton video 3.1,
lumba kereta
bahagikan murid kepada
belon!
beberapa di mana setiap ahli
dalam kumpulan berjumlah 3
orang.
Setiap kumpulan dikehendaki
mereka cipta kereta belon
berdasarkan kreativiti masingmasing
Masa yang diperuntukkan bagi
menyiapkan kereta belon ialah
5 hingga 7 hari.

Kemahiran berfikir
kreatif diterapkan:
Menjana idea
Menghubungkait
Membuat gambaran
mental
Menganalogi
Mereka cipta
Teori
Konstruktivisme
Bahan bantu mengajar:
Modul e-SMART
Buku teks/rujukan

Setelah siap, perlumbaan kereta Alat berfikir:


akan diadakan bagi mengadili
Lembaran penyusunan
pemenang berdasarkan kriteria grafik mereka cipta
berikut:
Mukasurat | 30

e-SMART

o
o
o
o

Kelajuan
Kreativiti
Bahan terpakai
Pembentangan

Setiap kumpulan juga perlu


memberikan sedikit penerangan
berkenaan hasil reka cipta
mereka.

Kaedah/Teknik:
Pertandingan reka
cipta
Pembentangan
kumpulan

(Teori kognitif pembelajaran dengan


multimedia, Teori konstruktivisme)

5.4 Refleksi
Kumpulan
Bagaimana
kerjasama
dalam
kumpulan
saya?

Beri murid Borang Refleksi


Kumpulan
Minta murid menjawab soalan
refleksi dalam lembaran
tersebut dan menyerahkan
kepada guru setelah siap.
( Teori konstruktivisme)

Kemahiran berfikir
kreatif diterapkan:
Menjana idea
Menghubungkait
Bahan bantu mengajar:
Buku teks/rujukan
Alat berfikir:
Lembaran Borang
Refleksi Kumpulan
Kaedah/Teknik:
Penyoalan dan
penulisan

Mukasurat | 31

e-SMART

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


Mata Pelajaran

Sains

Tingkatan

2 Kreatif

Bilangan Pelajar

30

Tarikh

6 Oktober 2015

Masa

8.00 - 8.45 (45 minit)

Tajuk

Tekanan Udara

Objektif Pembelajaran

Memahami Tekanan Udara

Standard Prestasi

B3D17E1

Band 3
(Tahu, Faham & Boleh
Buat)

Menggunakan pengetahuan untuk


mengembangkan pemahaman tentang konsep
dan prinsip sains dalam kehidupan seharian

Deskriptor 17

Memerihal prinsip tekanan udara

Evidens 1

Menyatakan prinsip aplikasi tekanan udara dalam


picagari, sifon, pam penyembur dan penyedut
minuman serta menerangkan langkah-langkah
keselamatan yang perlu diambil apabila
menggunakan gas di bawah tekanan tinggi.

Hasil Pembelajaran

Kemahiran Berfikir Kreatif

Bahan Bantu Mengajar

Murid boleh:
Menerangkan kewujudan tekanan udara dengan
merujuk kepada Teori Kinetik.
Menerangkan faktor yang mempengaruhi
tekanan udara.
Menjana idea
Membuat inferens
Menganalogi
Video Analogi Teori Kinetik Gas, Soalan, Lembaran
Kerja

Pendekatan Kaedah

Penyoalan dan perbincangan

Mengajar
Penerapan nilai murni

Ilmu - Pengetahuan sains


Nilai Hormat-menghormati, kerjasama

Mukasurat | 32

MINGGU

OBJEKTIF

e-SMART

30
(22/7 26/7)

13.1
Memahami
tekanan
udara.

CADANGAN
AKTIVITI
Menjalankan aktiviti untuk
membincangkan teori kinetik
gas.
Menjalankan aktiviti untuk
menunjukkan udara
mengenakan
tekanan.

HASIL
PEMBELAJARAN

EVIDENS
PENTAKSIRAN

13.1.1
Menerangkan kewujudan
tekanan udara dengan
merujuk kepada Teori Kinetik.

B4D14E1 (13.1.1 , 13.1.2)


Menjelaskan pergerakan zarah
udara dengan merujuk kepada
Teori Kinetik gas dan kaitannya
dengan tekanan serta faktor yang
mempengaruhi tekanan udara
iaitu isipadu atau suhu melalui
aktiviti.

13.1.2
Menerangkan faktor yang
mempengaruhi tekanan
udara.

Menjalankan aktiviti untuk


menunjukkan faktor yang
mempengaruhi tekanan
udara
iaitu isipadu dan suhu.
13.2
Mengaplikasi
prinsip
tekanan
udara
dalam
kehidupan
harian.

Mengumpul dan mentafsir


data
pada alatan yang
menggunakan
prinsip tekanan udara.
Mengumpul maklumat dan
membincangkan aplikasi
tekanan
udara dalam picagari, sifon,
pam
penyembur dan penyedut
minuman.
Membincangkan cara
menggunakan prinsip tekanan
udara untuk menyelesaikan
masalah harian seperti sinki
tersumbat dan menuang susu

13.2.1
Menerangkan dengan
contoh
alatan yang menggunakan
prinsip tekanan udara.

B3D17E1 (13.2.1)
Menyatakan
prinsip
aplikasi
tekanan udara dalam :
picagari.
sifon.
pelocok.
penyedut minuman.

13.2.2
Menjana idea untuk
menyelesaikan masalah
dengan menggunakan
prinsip tekanan udara.
B3D17E2 (13.2.3)
Menerangkan

langkah-langkah
Mukasurat | 33

e-SMART

pekat daripada tin.


Mengumpul maklumat
bagaimana tangki gas di
bawah tekanan tinggi
berfungsi.

13.2.3
Menghubungkaitkan langkah
keselamatan yang perlu
diambil apabila
menggunakan
gas di bawah tekanan tinggi.

keselamatan yang perlu diambil


apabila menggunakan gas di
bawah tekanan tinggi.

Membincangkan langkah
keselamatan yang perlu
diambil
apabila menggunakan gas di
bawah tekanan tinggi.

Mukasurat | 34

e-SMART

SENARAI SEMAK PENERAPAN KEMAHIRAN BERFIKIR KREATIF MURID


PELAJARAN 1

Menilai kebolehgunaan modul terhadap penerapan kemahiran berfikir


kreatif murid.
Nama murid : _______________________________________
Kelas

: _______________________________________

Petunjuk :
SB Sudah berjaya diterapkan
BB Belum berjaya diterapkan

Bil
1.

Aktiviti
Set induksi
a. Aktiviti 1
b. Aktiviti 2

Konstruk kemahiran berfikir kreatif

SB

BB

Catatan

1. Menjana idea
2. Menghubungkait
3. Membuati gambaran mental

Aktiviti Memberi perhatian Engagement(E1)


2.

Uji kaji air dalam


gelas (E1.2)

3.

Video tin kemek


(E1.4)

1.
2.
3.
1.
2.

Menjana idea
Membuat inferens
Membuat hipotesis
Menjana idea
Membuat inferens

Aktiviti Meneroka Explore (E2)


4.

Gambar analogi
penumpang bas
(E2.1)
(Faktor isi padu)

5.

Gambar analogi
penumpang bas
(E2.2)
(Faktor suhu)

1.
2.
3.
4.
5.

Menjana idea
Menghubungkait
Menganalogi
Membuat gambaran mental
Mereka cipta

1.
2.
3.
4.
5.

Menjana idea
Menghubungkait
Menganalogi
Membuat gambaran mental
Mereka cipta

Mukasurat | 35

e-SMART

Bil

Aktiviti

Konstruk kemahiran berfikir

SB

BB

Catatan

kreatif
Aktiviti Menerang Explaination (E3)
6.

Eksperimen Belon
(E3.1)

7.

1. Menjana idea
2. Membuat inferens
3. Membuat hipotesis
4. Mensintesis
Aktiviti Menghurai Elaborate (E4)

Pemerhatian
Bergambar
(E4.1)

8.

Perbincangan Gambar
(E4.2)

1.
2.
3.
4.
5.

Menjana idea
Menghubungkait
Membuat inferens
Meramal
Mensintesis

1.
2.
3.
4.
5.
6.

Menjana idea
Menghubungkait
Membuat inferens
Meramal
Membuat hipotesis
Mensintesis

Aktiviti Menilai Evaluate (E5)


9.

Penyoalan analogi 1
(E5.1)

10. Penyoalan analogi 2


(E5.2)

11. Penyoalan analogi 3


(E5.3)

1. Menjana idea
2. Membuat gambaran
mental
3. Menganalogi
4. Mereka cipta
1. Menjana idea
2. Membuat gambaran
mental
3. Menganalogi
4. Mereka cipta
1. Menjana idea
2. Membuat gambaran
mental
3. Menganalogi
4. Mereka cipta

Mukasurat | 36

e-SMART

Bil

Aktiviti

Konstruk kemahiran

SB

BB

Catatan

berfikir kreatif
12. Teka silangkata (E5.4)

1. Menjana idea
2. Menghubungkait
3. Membuat
inferens

13. Refleksi Diri (E5.5)

1. Menjana idea
2. Menghubungkait
3. Mensintesis

SB Sudah berjaya diterapkan


BB Belum berjaya diterapkan

Ulasan :

Nama Guru : _______________________________________


Tandatangan :_______________________________________

Masa/tarikh : _______________________________________

Mukasurat | 37

e-SMART

SENARAI SEMAK PENERAPAN KEMAHIRAN BERFIKIR KREATIF MURID


PELAJARAN 2
Menilai kebolehgunaan modul terhadap penerapan kemahiran berfikir
kreatif murid.
Nama murid : _______________________________________
Kelas

: _______________________________________

Petunjuk :
SB Sudah berjaya diterapkan
BB Belum berjaya diterapkan
Bil

Aktiviti

Konstruk kemahiran berfikir

SB

BB

Catatan

kreatif
1.

Set induksi
c. Aktiviti 1

4. Menjana idea
5. Menghubungkait
6. Membuat inferens

Aktiviti Memberi perhatian Engagement(E1)


2.

Video Sinki Sumbat


(E1.1)

3.

Video Analogi Rantai


Manik (Pengaliran air
dalam sifon)

4. Menjana idea
5. Membuat inferens
1.
2.
3.
4.

(E1.3)

Menjana idea
Menghubungkait
Menganalogi
Membuat gambaran
mental

Aktiviti Meneroka Explore (E2)


4.

5.

Gambar analogi air


terjun (aliran air sifon)
(E2.1)

6.
7.
8.
9.

Menjana idea
Menghubungkait
Menganalogi
Membuat gambaran
mental
10. Mereka cipta

Video pengaliran air


dalam sifon

6. Menjana idea
7. Membuat inferens

(E2.2)

Mukasurat | 38

e-SMART

Bil

Aktiviti

Konstruk kemahiran

SB

BB

Catatan

berfikir kreatif
Aktiviti Menerang Explaination (E3)
6.

a. Penyoalan
Bergambar (E3.1)

1. Menjana idea
2. Membuat inferens
3. Mengitlak

b. Buku skrap
berkumpulan
Aktiviti Menghurai Elaborate (E4)
7.

Penyoalan Bergambar
(E4.1)

8.

Pembentangan slaid
Gas di bawah tekanan
tinggi
(E4.3)

1.
2.
3.
4.

Menjana idea
Membuat inferens
Membuat hipotesis
Mensintesis

1.
2.
3.
4.
5.

Menjana idea
Menghubungkait
Membuat inferens
Membuat hipotesis
Mensintesis

Aktiviti Menilai Evaluate (E5)


9.

Penyoalan analogi 1
(E5.1)

10. Penyoalan analogi 2


(E5.2)

11. Projek Reka cipta


Berkumpulan
(E5.3)

5. Menjana idea
6. Membuat
gambaran mental
7. Menganalogi
8. Mereka cipta
5. Menjana idea
6. Membuat
gambaran mental
7. Menganalogi
8. Mereka cipta
1. Menjana idea
2. Menghubungkait
3. Membuat
gambaran mental
4. Menganalogi
5. Mereka cipta

Mukasurat | 39

e-SMART

Bil

Aktiviti

Konstruk kemahiran

SB

BB

Catatan

berfikir kreatif
13.

Refleksi dalam
Kumpulan

4. Menjana idea
5. Menghubungkait

(E5.4)

SB Sudah berjaya diterapkan


BB Belum berjaya diterapkan
Ulasan :

Nama Guru : _______________________________________


Tandatangan :_______________________________________

Masa/tarikh : _______________________________________

Mukasurat | 40

You might also like