Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

INOVASI PEGGUNAAN BUKU TEKS DIGITAL DI KOREA

Pada masa kini, murid-murid di sekolah kita memikul buku yang berat sehingga pernah
menjadi isu negara. Malah pernah wujud jadual waktu anjal untuk mengelakkan murid
sekolah membawa banyak buku ke sekolah.Tetapi berlainan pula di Korea Selatan.
Kementerian Pendidikannya telah merancang untuk menukarkan buku teks sekolah kepada
buku teks digital. Kerajaan melabur sekitar 2 billion untuk menghasilkan persekitaran di
mana pelajar boleh belajar secara interaktif dengan sistem yang dibangunkan.
Pada peringkat awal, kertas dan buku teks digital akan digunakan serentak. Kerajaan akan
membangunkan cloud computing system untuk digunakan seluruh sekolah di Korea di
mana pengguna iaitu murid dan guru boleh mengakses semua buku teks digital melalui
tablets PC.
Sudah tentunya ia memerlukan kos yang tinggi untuk melaksanakannya kerana semua
sekolah harus mempunyai wifi dan rangkaian yang maju. Tetapi kementerian akan
memberikan tablet PC secara percuma kepada keluarga berpendapatan rendah.

You might also like