Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

1.

2 Objektif kajian
Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk :
1.2.1 Menganalisis penggunaan dialek masyarakat Terengganu dalam filem Polis EVO.
1.2.2 Mengenal pasti penggunaan Kata Nama, Kata Kerja dan Kata Adjektif dalam dialek
Masyarakat Terengganu dalam filem Polis EVO.

1.3 Definisi Konsep


1.3.1 Definisi Dialek
Istilah dialek berasal daripada perkataan Yunani iaitu dialektos. Dialektos pada
mulanya digunakan dalam hubungan keadaan sesuatu bahasa dengan tempat itu.
Manakala, menurut Kamus Dewan Bahasa, dialek ialah satu bentuk bahasa yang
digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial yang berbeza
daripada bahasa standard. Dialek juga dikenali sebagai loghat atau pelat negeri di
kalangan masyarakat.
Seterusnya, menurut Abdul Hamid Mahmood (1994), yang dirujuk daripada Mario A.
Pei dan Frank Gaynor (1954), dialek ialah sebagai variasi atau kelainan bahasa
daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satusatu masyarakat bahasa. Ia mempunyai bentuk tertentu, dituturkan dalam kawasan
tertentu dan berbeza dari segi sebutan, tatabahasa dan penggunaan kata- kata
tertentu, tetapi perbezaannya tidaklah begitu besar untuk dianggap sebagai satu
bahasa lain.
Masyarakat Melayu sering bercakap menggunakan dialek mereka masing-masing
tidak kira dalam situasi tidak rasmi dalam perhubungan kekeluargaan dan
perhubungan harian. Secara umumnya, setiap bahasa mempunyai dialeknya yang
tersendiri. Dalam bahasa Melayu juga terdapat pelbagai dialek digunakan mengikut
kawasan, seperti dialek Kelantan, Terengganu, Melaka , Negeri Sembilan dan
sebagainya. Dialek- dialek ini terhasil oleh sebab pelbagai faktor antaranya ialah
faktor geografi, politik, penjajahan, perdagangan dan masa.
Berdasarkan definisi tersebut, dapat disimpulkan bahawa dialek masyarakat
Terengganu ialah variasi tidak standard atau jenis bahasa yang digunakan dalam
percakapan di sesuatu daerah iaitu di Terengganu yang mempunyai pelat sebutan

yang khas, yang berbeza daripada sebutan-sebutan umum yang digunakan di


negara ini dan difahami oleh golongan masyarakat atau di kawasan yang
mengamalkannya sahaja.
1.3.2 Definisi Dialek Masyarakat Terengganu
Salah satu dialek yang terdapat dalam bahasa Malaysia ialah dialek Terengganu.
Asmah Hj Omar (1991) telah mengelompokkan dialek di Semenanjung Tanah
Melayu kepada lima kelompok di mana dialek Terengganu telah dikelompokkan
kepada Kelompok Timur.
Dialek Terengganu bukan sahaja dituturkan oleh penduduk yang berasal dari
Terengganu malah mereka yang menduduki negeri ini juga turut menuturkan dialek
ini. Mereka menggunakan dialek ini sebagai alat komunikasi dalam pergaulan
seharian untuk mewujudkan sebuah perhubungan yang harmoni. Dialek ini juga
bukan sahaja dituturkan oleh masyarakat berbangsa Melayu, malah kaum berbangsa
cina dan India turut menggunakan dialek ini dalam pertuturan seharian.
Menurut Asmah Hj Omar (1991) sub dialek yang dituturkan di Kuala Terengganu
dianggap sebagai dialek Terengganu standard. Tambahan beliau lagi, Kuala
Terengganu merupakan kawasan pusat budaya, pentadbiran dan perniagaan.
Dengan demikian, sub dialek yang dituturkan di situ juga sedikit sebanyak menjadi
rujukan untuk dialek Terengganu, yang dianggap lebih tinggi daripada subdialek
subdialek lain.
Abdul Hamid Mohood ( 1990) berdasarkan kajian menyatakan dialek Terengganu
bukan sahaja dituturkan oleh penduduk negeri Terengganu sahaja tetapi dituturkan
juga oleh penduduk negeri Kelantan dan Pahang yang mendiami kawasan
sempadan negeri Terengganu. Menurut beliau lagi, dialek Terengganu agak unik dan
berbeza daripada bahasa Malaysia baku, baik dalam bidang fonologi, morfologi,
sintaksis, mahupun leksikal.
Dialek Terengganu terkenal dengan sebutan yang mempunyai penekanan terhadap
huruf G pada kebanyakan perkataan. Contohnya, perkataan ikan akan di sebut
sebagai ikang , makan di sebut makang dan pelbagai lagi. Dialek Terengganu juga
mempunyai suku kata yang sering memperkuatkan lagi perkataan yang sebelumnya.

You might also like