Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

1.

0 Pendahuluan
Kumpulan Wang Disatukan ialah semua wang yang diperolehi oleh kerajaan dengan apa jua
cara dan dimasukkan ke dalam satu tabung hasil kerajaan dan diuruskan oleh
perbendaharaan.
1.1 Definisi
Mengikut Perkara 97,Perlembagaan Persekutuan, Kumpulan Wang Disatukan ditafsirkan sebagai:
1) Segala hasil dan wang yang walau bagaimanapun didapatkan atau diterima oleh
Persekutuan, tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan dan undang-undang persekutuan
hendaklah dibayar masuk ke dalam serta menjadi satu kumpulan wang yang dinamakan
kumpulan Wang Persekutuan Disatukan
2) Segala hasil dan wang yang walau bagaimanapun didapatkan atau diterima oleh sesuatu
negeri, tertakluk kepada Fasal 3 dan kepada mana-mana undang-undang hendaklah dibayar
masuk ke dalam serta menjadi satu kumpulan wang yang dinamakan kumpulan Wang
Disatukan bagi negeri itu.
3) Jika mengikut undang-undang negeri atau mengenai Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur,Labuan dan Putrajaya,mengikut undang-undang Persekutuan, apa-apa Zakat,Fitrah,
Baitulmal atau hasil agama Islam ,yang seumpamanya adalah didapatkan, maka hasil itu
hendaklah dibayar masuk ke dalam keluarkan kecuali dibawah kuasa Undang-undang
Negeri atau undang-undang persekutuan ,mengikut mana yang berkenaan.
Mengikut Akta Prosedur Kewangan 1957 , Seksyen 7 Kumpulan Wang Disatukan
hendaklah diselenggara mengikut tiga akaun yang berasingan :
i) Akaun hasil Disatukan
ii) Akaun Wang Pinjaman yang Disatukan
iii) Akaun Wang Amanah y/ang Disatukan
2.0 Akaun Hasil Disatukan
2.1
Definisi
Akaun Hasil Disatukan mengakaunkan semua urusniaga terimaan hasil dan
perbelanjaan mengurus Kerajaan.Akaun Hasil Disatukan ditubuhkan mengikut
Perkara 97 dan 98 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 7 (a) Akta Prosedur
Kewangan, 1957 (Disemak 1972).
2.2 KLASIFIKASI HASIL DAN PERBELANJAAN MENGURUS
Segala hasil dan wang yang didapatkan atau diterima oleh Kerajaan hendaklah
dibayar masuk ke dalam Akaun Hasil Disatukan kecuali wang pinjaman, wang
amanah, kutipan Zakat, Fitrah, Baitulmal atau hasil agama Islam yang
seumpamanya.
Hasil diklasifikasikan seperti berikut:
2.2.1 Hasil Cukai
Hasil Cukai adalah hasil yang dikutip atas harta atau pendapatan individu,
perbadanan, perkongsian dan syarikat mengikut Akta Cukai Pendapatan, Akta
Duti Kastam, Akta Duti Eksais, Akta Cukai Jualan dan akta-akta lain berkaitan.
2.2.2 Hasil Bukan Cukai

Hasil Bukan Cukai adalah hasil Kerajaan termasuk kenaan bayaran daripada
kelulusan permit, bayaran untuk perkhidmatan yang diberi, jualan
perkhidmatan, barang-barang dan harta, sewa harta benda Kerajaan, hasil dari
pelaburan, sumbangan daripada agensi- agensi Kerajaan dan swasta, selain
daripada cukai, terimaan bukan hasil dan hasil Wilayah-wilayah Persekutuan.
2.2.3 Terimaan Bukan Hasil
Terimaan Bukan Hasil adalah semua pulangan balik perbelanjaan termasuk
terimaan daripada kumpulanwang amanah yang berlebihan, kredit antara
jabatan, pulangan balik bayaran yang lebih atau bayaran pelarasan dalam
tahun-tahun kewangan yang lalu. Juga termasuk terimaan daripada agensiagensi kerajaan yang lain.
2.2.4 Hasil Wilayah-wilayah Persekutuan
Hasil Wilayah-wilayah Persekutuan adalah hasil cukai dan hasil bukan cukai
yang dipungut bagi pihak Wilayah-wilayah Persekutuan.
2
AKAUN HASIL DISATUKAN PPK 3

5.2 Perbelanjaan Mengurus Perbelanjaan Mengurus terdiri daripada


Perbelanjaan Tanggungan dan
Perbelanjaan Bekalan. Perbelanjaan Mengurus diklasifikasikan seperti berikut:
5.2.1
5.2.2
Perbelanjaan Tanggungan
Perbelanjaan Tanggungan adalah perbelanjaan yang diperuntukkan oleh
undang-undang mengikut Perkara 98 Perlembagaan Persekutuan.
Perbelanjaan Bekalan
Perbelanjaan Bekalan adalah perbelanjaan yang diperuntukkan oleh undangundang mengikut Perkara 100 dan 101 Perlembagaan Persekutuan.
6. DASAR DAN KAEDAH PERAKAUNAN 6.1
Perakaunan Hasil
Hasil diakaunkan secara kasar ke dalam Akaun Hasil Disatukan kecuali
diperuntukkan sebaliknya oleh mana-mana undang-undang.
6.2 Perakaunan Perbelanjaan Mengurus
Perbelanjaan mengurus diakaunkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan mengikut
asas tunai. Bekalan dan perkhidmatan yang diterima sehingga 31 Disember
boleh dibayar dalam bulan Januari tahun berikutnya dan dikenakan kepada
akaun perbelanjaan tahun sebelumnya.
6.3 Kuasa Membayar
Pembayaran boleh dibuat dari Akaun Hasil Disatukan bagi tujuan-tujuan yang
dinyatakan di bawah Perkara 98, 100, 102 dan 104 Perlembagaan Persekutuan
dan Seksyen 13 Akta Prosedur Kewangan, 1957 (Disemak - 1972).
6.4 Kawalan Pembayaran
Sebarang pengeluaran dari Akaun Hasil Disatukan hendaklah diperuntukkan.
Amaun yang dikeluarkan pada sesuatu tahun kewangan bergantung kepada
lebihan akaun semasa kerajaan.
3
AKAUN HASIL DISATUKAN PPK 3

6.5
Pengendalian Akaun Akhir Tahun
6.5.1
6.5.2
Akhir Tahun Kewangan

Pada akhir tahun kewangan amaun dalam Akaun Kawalan Hasil dan Akaun
Kawalan Perbelanjaan Mengurus dipindahkan ke Akaun Hasil Disatukan.
Tahun Kewangan Baru
Baki bersih dalam Akaun Hasil Disatukan pada akhir tahun kewangan akan
dibawa ke akaun tahun kewangan baru.
7. PERSEMBAHAN DALAM PENYATA KEWANGAN
Persembahan Penyata Kewangan Tahunan hendaklah mengikut kehendak
Seksyen 16(1) Akta Prosedur Kewangan 1957 (Disemak-1972) dan
Persembahan Penyata Kewangan Kerajaan - PPK 2.
7.1 Lembaran Imbangan
Akaun Hasil Disatukan ditunjukkan sebagai satu item yang berasingan dalam
Lembaran Imbangan. Angka bandingan tahun sebelumnya juga perlu
dinyatakan.
7.2 Format Format Penyata Akaun Hasil Disatukan adalah seperti di
Persembahan
Penyata Kewangan Kerajaan - PPK 2.
8. TARIKH KUATKUASA
Tarikh kuatkuasa piawaian ini bermula dengan tahun kewangan 2005.
4

You might also like