Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 19

Pengurusan perubahan, faktor

demografi, faktor kepimpinan yang


melibatkan gaya kepimpinan dan
visi, faktor struktur yang
merangkumi struktur tugas dan
sistem, polisi dan prosedur, faktor
persekitaran iaitu persaingan,
teknologi, masyarakat dan dasar
kerajaan.

Pengurusan membawa maksud mengkoordinasikan aktiviti


kerja supaya pekerja dapat menyiapkan aktiviti kerja dengan
lebih efisyen dan efektif (Robin dan Coulter, 2002).

Cook dan Hunsaker (2001) pula mentakrifkan pengurusan


sebagai latihan merancang, mengarah dan membangunkan
pekerja, teknologi, kewangan dan sumber-sumber dalam
menyediakan produk dan perkhidmatan melalui sistem
organisasi.
Cameron dan Green (2004) mendefinisikan perubahan
sebagai aplikasi sesuatu yang baru dan berbeza daripada apa
yang dilakukan sebelum ini. Ia merupakan proses peralihan
kepada sesuatu yang baru dan berbeza (Smith, 2005).
Melalui definisi yang diberikan dapatlah disimpulkan bahawa
pengurusan perubahan merupakan aktiviti mengkoordinasi
yang merangkumi mengawal, merancang, mengarah individu
dalam organisasi terhadap kerja-kerja kearah mencapai
matlamat organisasi akibat peralihan kepada kepada sesuatu
yang baru dan berbeza.

Demografi merupakan kriteria fizikal


yang ada pada populasi seperti jantina,
umur, tahap pendidikan, tempoh
perkhidmatan, kedudukan geografi,
pendapatan, dan bilangan keluarga,
(Robbin dan Coulter, 2002). Dalam
kajian ini, pengkaji merujuk faktor
demografi kakitangan akademik
politeknik yang merangkumi jantina,
umur, taraf pendidikan dan tempoh
perkhidmatan.

Kepimpinan merujuk kepada keupayaan atau


kebolehan seseorang untuk mempengaruhi
sesuatu kumpulan kearah mencapai matlamat
(Robbin dan Coulter, 2002). Kepimpinan juga
merupakan proses mempengaruhi individu
lain terhadap usahanya bagi mencapai
sesuatu matlamat.
kepimpinan merujuk kepada tindakan
menyediakan halatuju, memberikan semangat
dan mengekalkan komitmen secara sukarela
terhadap visi yang ditetapkan oleh ketua
mereka.

Gaya kepimpinan merujuk kepada


keseragaman matlamat dan
kemahuan pemimpin dalam suasana
yang berlainan.
gaya kerjasama, gaya perundingan,
gaya arahan dan gaya paksaan yang
diperkenalkan oleh Dunphy dan
Stace (1990).

Visi adalah masa depan dan ia merupakan


proses menggabungkan situasi realiti dan
keadaan masa depan dalam jangkamasa
spesifik (Cook dan Hunsaker,2002).
Visi sesebuah organisasi perlu diketahui
oleh semua anggota organisasi. Dalam
kajian ini visi kepimpinan merujuk kepada
keupayaan atau kebolehan pemimpin untuk
mempengaruhi kakitangan pimpinanya
dalam mencapai satu matlamat perubahan
yang diketahui oleh semua kakitangannya.

Faktor struktur yang terdapat dalam


organisasi. Struktur ogranisasi
merupakan tugas yang dibahagikan,
dikumpulkan dan diselaraskan secara
rasmi (Abdul Razak dan Ainin, 2001).

Struktur tugas merujuk kepada menerangkan


tentang darjah bagaimana sesuatu tugas
diformalisasikan dan bagaimana langkah
sesuatu kerja ditentukan (Robbin dan Coulter,
2002).
Struktur tugas memberi panduan kepada
pekerja tentang cara pelaksanaan aturan
terhadap sesuatu kerja dan sebagai darjah
bagi setiap kerja yang dibentuk atau
dikhaskan oleh ketua mengikut langkah demi
langkah.

Sistem pula merupakan garis panduan atau proses


penstrukturan yang melibatkan proses berulang,
standad dan stabil (Cook dan Hunsaker, 2001).
sistem merujuk kepada garis panduan dan alat
perhubungan yang digunakan dalam melaksanakan
kerja harian oleh kakitangan akademik di politeknik.
Manakala polisi pula didefinisikan sebagai satu
garis panduan mengukuhkan parameter dalam
membuat keputusan (Robbin dan Coulter, 2002).
polisi merujuk kepada bentuk polisi yang dapat
membantu kearah pengurusan perubahan.
Prosedur pula didefinisikan sebagai siri langkah
yang berurutan dan berhubungkait yang boleh
digunakan untuk bertindakbalas terhadap
penstrukturan masalah (Robbin dan Coulter, 2002).
prosedur merujuk kepada langkah-langkah yang
diguna pakai dalam menyusunatur siri kerja yang
dapat menyumbang kepada pengurusan perubahan.

Persekitaran merupakan institusi atau


pengaruh dari luar organisasi dan ia
akan mempengaruhi serta memberi
kesan kepada prestasi organisasi
(Robbin dan Mukreji, 1994).
Dalam hal ini persekitaran merujuk
kepada faktor luaran organisasi yang
mempengaruhi politeknik iaitu
persaingan, teknologi, masyarakat dan
dasar kerajaan.

Persaingan didefinisikan sebagai


proses mencapai matlamat tanpa
diganggu oleh pihak lain (Robbin dan
Mukreji, 1994).
persaingan merujuk kepada
persaingan diantara kakitangan
akademik politeknik sendiri atau
persaingan politeknik dengan institusi
pendidikan lain yang seumpamanya.

Teknologi membawa maksud proses


kerja, kaedah dan peralatan yang
digunakan (Robbin dan Coulter,
2002).
Teknologi dirujuk sebagai peralatan
atau kaedah yang digunakan khusus
dalam pelaksanaan tugas harian di
kalangan kakitangan akademik
politeknik.

Masyarakat merujuk kepada masyarakat


yang berada di sekitar politeknik
termasuklah pelajar, kakitangan
pentadbiran dan orang awam yang
datang ke politeknik dengan tujuan
tertentu serta masyarakat yang berada
di luar politeknik iaitu orang awam dan
organisasi-organisasi lain yang
menyediakan pekerjaan kepada graduan
politeknik.

Dasar kerajaan merujuk kepada


peraturan yang ditetapkan oleh
kerajaan. Dasar kerajaan mempunyai
peranan yang penting dalam
mewujudkan perubahan.
Dalam konteks ini, politeknik merupakan
salah satu institusi pendidikan awam
yang wajib mematuhi pekeliling dan
arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Berdasarkan kepada Model Piramid (Rajah 1.1)yang dikemukan oleh


Cornell (1996) Menjelaskan dua faktor yang mempengaruhi perubahan.

Ia merangkumi faktor dalaman dan faktor luaran yang mengandungi


dimensi personal, persekitaran dan organisasi itu sendiri.
Dimensi personal merangkumi kepuasan kerja, gaji, keluarga, motivasi,
hubungan latihan berterusan, pendidikan, kesihatan dan keselamatan serta
kepercayaan dan penentangan.
Dimensi personal pula dikategorikan sebagai faktor internal yang
mempengaruhi perubahan dalam organisasi. Pengaruh persekitaran dan
organisasi pula merupakan faktor external yang mempengaruhi perubahan
dalam organisasi.

Faktor persekitaran terdiri daripada teknologi, ekonomi, pasaran semasa,


kerajaan, desakan masyarakat dan pertumbuhan penduduk. Manakala
faktor organisasi terdiri daripada pentadbiran, praktikal kerja, budaya
kerja, matlamat organisasi, pengeluaran output baru, kos, tekanan masa,
persaingan dan suasana kerja. Menurut Model Piramid Cornell ini,
keseimbangan ketiga-tiga aspek perlu dicapai dalam membentuk
perubahan yang berjaya.

Dimensi Personal
kepuasan kerja gaji
keluarga motivasi
hubungan latihan berterusan
pendidikan kepercayaan penentangan
Internal

External
Organisasi
Pentadbiran praktikal
kerja pengeluaran output
baru kos tekanan masa
persaingan suasana
kerja budaya visi
organisasi - desakan

External

PERUBAHAN

Persekitaran
Teknologi ekonomi
pasaran semasa
kerajaan desakan
masyarakat pertambahan
penduduk

Demografi

Kepimpinan

Jantina
Umur
Pendidikan
Tempoh Khidmat

Visi

Gaya

KEMAHIRAN
PENGURUSAN
PERUBAHAN
Struktur

Persekitaran

Struktur
tugas
Sistem, polisi dan
prosedur

Persaingan
Teknologi
Masyarakat
Dasar Kerajaan

Kemahiran pengurusan perubahan memainkan


peranan yang sangat penting dan perlu
diambilberat dalam sesebuah organisasi.
Terdapat pelbagai faktor yang mendorong
berlakunya perubahan, oleh itu setiap
kakitangan dalam organisasi perlu mempuinyai
kemahiran pengurusan perubahan yang efektif.
Perubahan yang ingin dilakukan perlu
disesuaikan dengan persekitaran organisasi.
Keupayaan organisasi mengadaptasi perubahan
dapat menjadikan organisasi hidup berdaya
saing dalam dunia yang semakin canggih.

Perubahan yang diperkenalkan mestilah


mampu mengubah dan mencorak keadaan
baru yang dapat meningkatkan prestasi
organisasi mahupun kepada semua
kakitanganya.
Bersesuaian dengan peranan politeknik
sebagai pusat ilmu, perubahan adalah perlu
bagi memastikan politeknik sentiasa updated
dengan persekitaran semasa seterusnya
mewujudkan kecemerlangan sebagai sebuah
institusi pendidikan teknikal yang unggul.

You might also like