Kertas Kerja Jubah Graduasi

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

TASEK PERMAI
68000, AMPANG
SELANGOR
___________________________________________________________________________

KERTAS KERJA MEMOHON PERUNTUKAN


PROJEK JUBAH GRADUASI SEKOLAH

___________________________________________________________________________

KELAB GURU DAN STAF


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
TASEK PERMAI

1.0

PENDAHULUAN
Hari Graduasi merupakan satu aktiviti tahunan bagi SMK Tasek Permai. Majlis ini
diadakan untuk menyuntik semangat para pelajar dalam usaha meningkatkan
pencapaian pelajar dan juga prestasi sekolah. Majlis ini dirancang untuk memperolehi
peningkatan akademik pelajar khasnya dalam peperiksaan SPM akan datang. Pihak
sekolah amat mengalukan program seperti ini supaya para pelajar dapat merasai
penghargaan daripada pihak sekolah dengan mengadakan majlis yang gilang gemilang
seperti ini.
Bagi menampung keperluan pelajar dan juga kos sewa jubah graduasi yang
semakin meningkat, Ahli Jawatankuasa Kelab Guru dan Staf (KGS) bersepakat
untuk menyediakan jubah graduasi sendiri bagi kemudahan para pelajar di masa akan
datang.

2.0

OBJEKTIF
1.
2.
3.
4.

3.0

Memberikan pengiktirafan kepada pelajar yang menamatkan sesi


persekolahannya di tingkatan 5
Memberikan galakan dan contoh yang baik kepada murid lain agar terus berusaha
lebih maju lagi.
Mengelakkan berlaku masalah sebelum/semasa/selepas graduasi sekiranya
terpaksa menyewa jubah sekolah lain.
Mengurangkan beban para pelajar yang perlu membayar sewa jubah

ANGGARAN PERBELANJAAN
PERKARA
Set Jubah Graduasi

KOS
RM 140 X 150 UNIT
JUMLAH KESELURUHAN

JUMLAH
RM 21,000
RM 21,000

4.0

PENUTUP
Pihak kami berharap agar projek ini dapat berjalan dengan lancar dengan sumbangan
yang diterima dari pihak tuan/puan. Semoga projek ini dapat membantu meringankan
beban pelajar di majlis graduasi yang akan datang.

Disediakan oleh,

Disemak oleh

....................................................
Cik Nurul Natasya binti Izazi
Penolong Setiausaha KGS
SMK Tasek Permai

...................................................
Pn Rahayu binti Ariffin
Pengerusi KGS
SMK Tasek Permai

Diluluskan oleh,

.....................................................

SEBUT HARGA JUBAH KONVO GRADUASI


Sukacita kami lampirkan sebutharga jubah konvo khusus untuk kegunaan Sekolah Menengah
(Saiz Dewasa):1. Badan dan tangan : Kain Koseibo = RM 140.00 satu set.
Kain Viscose = RM 155.00 satu set.
* Satu set termasuk jubah, topi-mortar, hanger & plastik penutup habuk.
2. Lace di depan dan di tangan : Kain Cotton berwarna.
* Tambah RM20.00 untuk songket emas "plain" dan RM30.00 untuk songket emas
berbunga.
3. Tempoh siap selama 21-28hari dari tarikh pembayaran deposit 50%.
4. Penghantaran percuma di sekitar Wilayah Kuala Lumpur atau dalam radius 15km. Dari
pejabat kami.
5. Untuk tempahan 100 set keatas, SATU set jubah VIP akan diberikan percuma. Reka
bentuk mengikut budi bicara kami.
Kami harap sebutharga dan keterangan di atas adalah lengkap dan jelas. Mohon pihak cikgu
hubungi kami sekira memerlukan keterangan lebih lanjut.
Sekian.
UQI MARKETING
Yusuf @ Bamie.
016 2287122 - panggilan.
017 8757581 - watsap.

You might also like