Tapak Warisan Dunia Unesco

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

TAPAK WARISAN DUNIA

UNESCO
ANEA3105
PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN
MOHAMAD AZIZUL BIN SAMAD (AEN130002)

PENGENALAN

TAPAK WARISAN DUNIA UNESCO ialah satu pengiktirafan


dari United Nation ( UN ) yang di berikan pada tempat
yang menyimpan salah satu nilai-nilai pendidikan, sains
atau kebudayaan.
Bermula di Mesir atau Egpyt yang bercadang mahu
membina Empangan Aswan.
Pembinaan empangan itu bakal menenggelamkan kuil
Abu Simble dan Philae.
UN mahu melindungi tempat tersebut maka mereka
memulakan program Tapak Warisan Dunia UNESCO
Program ini ditubuhkan di bawah "Konvensyen
Perlindungan Warisan Budaya dan Semula Jadi Dunia
pada 16 November 1972.

MISI PENUBUHAN
Menggalakan negara untuk menandatangani World
Heritage Convention dan memastikan perlindungan
warisan semula jadi dan budaya.
Menggalakkan negara ahli untuk mewujudkan pelan
pengurusan dan penyediaan laporan berkaitan
pemuliharaan tapak Warisan Dunia.
Menyediakan bantuan kecemasan terhadap tapak
Warisan Dunia yang dalam bahaya dengan kadar segera.
Menggalakkan penyertaan masyarakat tempatan dalam
usaha pemeliharaan warisan semula jadi dan budaya
mereka.
Menggalakan kerjasama antarabangsa dalam usaha
pemeliharaan warisan semula jadi dan budaya dunia.

SENARAI TAPAK WARISAN


UNESCO

Sehingga tahun 2006:


644 tapak bagi kebudayaan
162 tapak bagi kawasan semulajadi
24 tapak bagi ciri bercampur

Malaysia:
Taman Negara Gua Mulu.
Taman Negara Kinabalu.
Melaka dan George Town, bandaraya bersejarah
Selat Melaka.
Tapak Warisan Arkeologi, Lembah Lenggong.

ZON

KEBUDAYAA
N

KAWASAN
SEMULA
JADI

CAMPURA
N

JUMLAH

Eropah dan
Amerika
Utara

377

58

10

445

Asia dan
Kawasan
Pasifik

138

51

198

Amerika
Latin dan
Caribbean

86

35

124

Afrika

42

32

78

Arab

61

66

704

180

27

911

JUMLAH

KRITERIA UMUM PEMILIHAN


TAPAK WARISAN DUNIA
UNESCO.
Untuk dimasukkan dalam Senarai Warisan Dunia , kawasan

tersebut mesti mempunyai nilai sejagat yang menonjol dan


memenuhi sekurang-kurangnya satu daripada sepuluh kriteria
pemilihan

Kriteria I:
Menggambarkan karya genius kreatif manusia.
Kriteria II:
mempamerkan satu perubahan yang penting dalam nilainilai kemanusiaan, dalam satu tempoh masa atau dalam
sesuatu kawasan budaya di dunia, mengenai perkembangan
dalam bidang seni bina atau teknologi, seni monumental,
perancangan bandar atau reka bentuk landskap;

Kriteria III:
mempunyai bukti unik atau sekurang-kurangnya yang luar biasa
kepada tradisi budaya atau tamadun yang hidup atau yang telah
hilang.

Kriteria IV:
menjadi contoh yang baik seperti jenis bangunan, seni bina dan
keseleruhan teknologi atau landskap yang menggambarkan satu
peringkat penting dalam sejarah manusia;

Kriteria V:
menjadi contoh yang baik sebuah penempatan tradisional
manusia, penggunaan tanah atau laut digunakan yang mewakili
budaya, atau interaksi manusia dengan alam sekitar.

Kriteria VI:
hendaklah secara langsung berkaitan dengan peristiwaperistiwa atau tradisi hidup, idea-idea, atau kepercayaan, seni
dan karya sastera berkepentingan sejagat yang menonjol.

Kriteria VII:
mengandungi fenomena alam superlatif atau kawasan
keindahan alam semula jadi yang luar biasa dan berkepentingan
secara estetik.

Kriteria VIII:
mewakili peringkat penting sejarah bumi, termasuk rekod hidup,
proses geologi berterusan dalam pembangunan bentuk bumi,
atau ciri geomorphic atau fisiografi yang ketara.

Kriteria IX:
mewakili proses berterusan ekologi dan biologi dalam evolusi
dan pembangunan daratan, air tawar, pantai dan ekosistem
marin dan kepelbagaian biologi tumbuhan dan haiwan.

Kriteria X:
mengandungi habitat semulajadi yang paling penting dan ketara
untuk pemuliharaan in-situ kepelbagaian biologi, termasuk yang
mengandungi spesies terancam dari segi nilai sejagat yang
menonjol dari sudut pandangan sains atau pemuliharaan.

MELAKA DAN GEORGE TOWN,


Bandaraya bersejarah Selat Melaka
MELAKA

Harta warisan yang dicalonkan di Bandar Bersejarah


Melaka meliputi 38.62 hektar dan terdiri daripada dua
kawasan utama pada kedua-dua belah Sungai Melaka.
Yang pertama adalah zon sivik Bukit St. Paul yang
mempunyai beberapa bangunan kerajaan, muzium, gereja,
dataran bandar dan bandar kubu asal dari abad ke-16
zaman Portugis dan Belanda.
Yang kedua ialah Zon Kediaman Bersejarah meliputi lebih
daripada 600 rumah kedai, bangunan komersil dan
kediaman, bangunan beribadat dan makam
Ia dibina berdasarkan pelan grid yang agak tidak teratur,
dengan empat jalan utama yang selari dengan pantai dan
lintasan jalan.

GEORGE TOWN

Harta-warisan yang dicalonkan di Bandar Bersejarah


George Town meliputi 109.38 hektar dan terdiri daripada
kawasan Bandar dalaman yang bersejarah di tanjung timur
laut Pulau Pinang.
George Town mewakili pembangunan yang menyusul
kemudian, bermula pada zaman British iaitu pada akhir
abad ke-18.
Ia dibina pada susun atur yang tidak tersusun, terdiri
daripada beberapa sistem grid yang menunjukkan tahap
pembangunan yang berbeza, dan mengandungi lebih 1,700
bangunan bersejarah.
Kawasan penempatan asal adalah di bahagian tengah
dengan grid yang paling biasa manakala bagi Cornwallis
adalah ke arah timur laut.

KRITERIA PENGIKTIRAFAN

Kriteria (ii), (iii), dan (iv) daripada Garis Panduan Operasi


2005.
Kriteria (ii) :
menunjukkan nilai-nilai kemanusiaan yang saling bertukar,
dalam satu jangka masa ataupun di dalam sebuah
kawasan berbudaya sedunia, bagi kemajuan pembinaan
ataupun technology, kesenian yang tersergam,
perancangan Bandar atau rekabentuk landskap.
The Historic Cities of the Straits of Malacca :
Melaka and George Town" menunjukkan contoh-contoh luar
biasa dari pelbagai budaya Bandar perdagangan di Asia
Timur dan Tenggara, yang terjalin melalui ekonomi bersifat
perdagangan dan pertembungan peradaban dan
kebudayaan Melayu, Cina, India dan Eropah.

Kriteria (iii) :
Mengandungi keunikan atau sekurang kurangnya
perakuan luar biasa mengenai budaya tradisi atau
peradaban yang masih wujud mahupun yang telah
lenyap.

The Historic Cities of the Straits of Malacca : Melaka and


George Town" merupakan perakuan kepada kepelbagaian
warisan budaya dan tradisi Asia, di mana agama dan
budaya yang terhebat pernah bertemu. Kewujudan
bersama kepercayaan berbeza yang ketara dan tidak
ketara- pada kepelbagaian rumah-rumah ibadat,
merupakan bukti kepada kepelbagaian agama di Asia.

Kriteria (iv):
Melaka dan George Town mencerminkan campuran
pengaruh yang telah mencipta seni bina yang unik,
budaya dan seni bandar yang berbeza dengan kawasan
lain di Asia Timur dan Asia Selatan.
Khususnya, mereka menunjukkan pelbagai yang luar
biasa rumah kedai dan rumah bandar. Bangunanbangunan ini menunjukkan jenis yang berbeza dan
peringkat pembangunan jenis bangunan, ada yang
berasal dari tempoh Belanda atau Portugis.
Antara bangunan warisan yang menjadi tumpuan
pelancong ialah Rumah Syed Al-Atas, Tokong Khoo
Kongsi, Masjid Melayu Lebuh Acheh dan Tokong Yap

Kronologi Pengiktirafan Melaka


Sebagai Tapak Warisan Dunia.
BIL.

TARIKH

PERISTIWA

JANUARI '07 Dossier pencalonan Melaka dan George


Town ke senarai warisan dunia UNESCO
dihantar ke WHC.

MAC '07

Penerimaan surat pengesahan daripada


UNESCO; dossier pencalonan secara
teknikalnya memenuhi semua kriteria
UNESCO bagi pencalonan tapak warisan
kebudayaan.

JULAI '07

31st Meeting Of World Heritage


Committee" di Christchurch, New Zealand
telah mengesahkan secara formal
pencalonan Melaka dan George Town dan
kedua-dua tapak akan dinilai pada tarikh
yang ditetapkan oleh penilai ICOMOS

24-31 OGOS '07 Melaka dan George Town menerima lawatan


penilaian daripada seorang pakar yang dilantik
oleh ICOMOS iaitu Prof. David Lung, Hong Kong.

JANUARI '08

Penghantaran maklumat tambahan


(supplementary) sebagaimana yang telah
diminta oleh pihak ICOMOS bagi proses
penilaian lanjut.

JUN '08

Penghantaran maklumat tambahan bagi


maklumbalas (feedback) laporan ICOMOS.

7 JULAI '08

Melaka dan George Town dengan rasminya


telah diisytiharkan oleh WHC sebagai tapak
warisan kebudayaan dunia.

1 OGOS '08

Sambutan/perayaan bagi pengisytiharan tapak


warisan kebudayaan dunia telah diadakan di
Bandaraya Melaka.

OKTOBER/
NOVEMBER '08

Penerimaan sijil dari UNESCO.

KESIMPULAN

Penyesuaigunaan bangunan bersejarah dan keunikan ciri budaya dan


semula jadi di Tapak Warisan Dunia UNESCO merupakan satu tugas
yang amat sukar.
Kerja-kerja penyesuaigunaan yang dilakukan perlulah mematuhi akta
dan peruntukan undang-undang yang menjaga bangunan bersejarah
terutama sekali bagi bangunan bersejarah yang telah diwartakan di
bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005.
Akta ini digubal bagi memastikan bangunan bersejarah dipulihara
dari dirosakkan atau diubah dengan sewenang-wenangnya.
kepentingan prinsip pemuliharaan perlulah dititik beratkan bagi
mengelak berlakunya banyak perubahan dari sudut reka bentuk seni
bina dan bahan binaan yang digunakan pada bangunan bersejarah
tersebut.
Penyelidikan diharap dapat memberi kesedaran dan sumbangan
dalam mengembangkan ilmu pengetahuan berkaitan
penyesuaigunaan bangunan bersejarah dan ciri unik budaya dan
semula jadi di Tapak Warisan Dunia UNESCO yang terdapat di
Malaysia.

You might also like