Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Peraruh

2.5
TAKRIF PEARUH
Pearuh ialah komponen yang mempunyai sifat menentang sebarang perubahan pengaliran arus. Pearuh
menghasilkan kearuhan. Kearuhan adalah arus yang dialirkan melalui satu pengalir, satu medan magnet kecil terbina
mengelilingi pengalir itu. Sekiranya pengalir ini berbentuk gelung, medan magnet akan membantu satu sama lain,
menjadikannya lebih kuat. Untuk menguatkan lagi medan magnet, satu teras boleh ditambah. Prinsip gegelung
pengalir dikenali sebagai kearuhan. Pearuh dibuat daripada gegelung dawai dengan satu bahan teras seperti
udara, besi dan bahan ferit. Setiap bahan tersebut mempunyai ciri-ciri tertentu untuk mendapatkan nilai kearuhan.
Unit ukuran kearuhan ialah Henry (H). Peraruh diwakili oleh L.
2.6

2.6.1

a)

JENIS-JENIS PEARUH
Pearuh boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu pearuh tetap dan pearuh bolehubah.
Pearuh Tetap
Pearuh tetap digunakan bagi litar yang memerlukan nilai kearuhan yang tidak berubah. Empat jenis pearuh tetap
ialah teras udara, teras besi, teras besi serbuk dan teras ferit.
Pearuh teras udara

Pearuh teras udara biasanya mempunyai nilai aruhan mikro henry atau kurang. Oleh kerana nilai
kearuhannya rendah, ia biasanya digunakan pada frekuensi yang tinggi. Contohnya, pearuh ini
digunakan sebagai pencekik frekuensi radio bagi menghalang arus frekuensi radio (frekuensi tinggi)
daripada melalui laluan tertentu dalam litar.
b)

Pearuh teras besi


Teras besi yang digunakan ialah teras besi berlapis yang bersalut penebat nipis. Nilai kearuhan pearuh teras besi
adalah daripada beberapa mili henry hingga beberapa henry. Pearuh teras besi digunkan sebagai penapis frekuensi
rendah dalam litar bekalan kuasa. Ia juga digunakan sebagai pencekik dalam litar lampu pendaflour.

c)

Pearuh teras besi serbuk dan teras ferit.


Teras besi serbuk dihasilkan dengan menampakkan serbuk besi yang diselaputi oleh penebat. Teras ferit pula
dibuat daripada bahan magnet bukan pengalir. Dengan menggunakan teras besi serbuk atau teras besi ferit, nilai
kearuhan akan lebih tinggi dan saiz pearuh dapat dikecilkan. Pearuh teras besi serbuk dan teras ferit mempunyai
tiga bentuk iaitu solenoid, toroid dan teras pot. Jenis solenoid mempunyai nilai kearuhan 1mikro henry atau kurang
manakala toroid dan teras pot pula mempunyai nilai kearuhan di antara beberapa mikro henry hingga beberapa mili
henry. Pearuh teras besi serbuk dan teras ferit biasanya digunakan di dalam litar talaan radio.

2.6.2

Pearuh Bolehubah
Kearuhan bagi pearuh bolehubah akan bertambah apabila teras digerakkan ke dalam belitan dan akan berkurangan
apabila digerakkan keluar belitan. Teras yang biasa digunakan ialah teras ferit dan teras besi serbuk. Terdapat
beberapa bentuk pearuh boleh ubah iaitu di antaranya ialah pearuh yang menggunakan skru logam (tembaga) bagi
melaraskan kedudukan teras itu sendiri mempunyai bebenang untuk pelarasan teras. Bagi pearuh boleh ubah
berperisai, ia dipasangkan pada papan litar bercetak. Kelebihannya ialah perisai logam dapat mengelakkan
komponen berhampiran daripada gangguan yang dihasilkan oleh pearuh.

.
2.7 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ARUHAN
Kekuatan arus teraruh (induced current) bergantung kepada ;
1)
2)
3)
4)

Bilangan lilitan (winding) dalam gelung.


Ketelapan bandingan (jenis teras).
Luas muka keratan rentas.
Arus yang mengalir

5)
6)
7)
8)

Panjang laluan fluks magnet.


Jumlah fluks.
Kekuatan magnet
Kecepatan magnet itu ditujah ke dalam gelung.

Bagaimana menentukan transistor jenis NPN atau PNP

1.

LANGKAH 1

Menentukan kaki base

Set multimeter pada X10

Apabila probe hitam di atas mana-mana kaki dan probe merah menyentuh kaki yang
lain dan pesonganmenunjukkan skala penuh pada meter. Maka transistor adalah jenis NPN dan kaki
yang berada pada probe hitamadalah kaki base.

Sekiranya probe merah menyentuh mana-mana kaki dan probe hitam menghasilkan pesongan
ke atas kaki-kaki yglain, ini menunjukan transistor jenis PNP.

2. LANGKAH 2
Menentukan kaki Collector & Emitter.
Set multimeter pada X10

Untuk NPN Sentuhkan dengan kemas kedua-dua kaki selain drp kaki
base yg diketahui semasa langkah 1

Jarum akan menunjukkan pesongan skala penuh pada meter.

3. Untuk PNP transistor

Set meter X10


Sentuhan 2 kaki transistor dengan kedua-dua probe merah dan hitam.
Jarum akan menunjukkan pesongan skala penuh pada meter.

You might also like