Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 86

PERBANDINGAN KATA KERJA TATABAHASA

DEWAN, NAHU MELAYU MUTAKHIR DAN


PETUNJUK TATABAHASA BAHASA MELAYU
OLEH:
FAWWIZA BINTI SHAHRUDDIN (M20151000095)
NOOR HASZWANI BINTI MOHD YUSOFF (M20151000092)

PENSYARAH:
PROF. ABDUL HAMID MAHMOOD

PERBANDINGAN KATA KERJA


TATABAHASA DEWAN, NAHU MELAYU
MUTAKHIR DAN PETUNJUK TATABAHASA
BAHASA MELAYU

Pengenalan
Golongan kata merupakan sesuatu perkataan dalam bahasa yang dapat
digolongkan ke dalam golongan tertentu berdasarkan beberapa kriteria
seperti kriteria struktur, fonologi atau bunyi, kriteria struktur morfem,
kriteria sintaksis dan kriteria semantik.
Pergolongan kata juga merupakan proses menjeniskan dan
menggelompokkan kata berdasarkan ciri-ciri persamaan yang dimiliki oleh
kategori kata tersebut, makna kata, kesempurnaan bentuk, taburan kata dan
fungsinya dalam ayat. Terdapat empat bentuk golongan kata dalam bahasa
Melayu, iaitu:
i) Kata nama
ii) Kata kerja
iii) Kata adjektif / Kata sifat
iv) Kata tugas

Kata kerja ialah kata yang digunakan untuk


menyatakan sesuatu perbuatan. Dalam sesebuah ayat,
kata kerja berfungsi sebagai predikat. Kata kerja
merupakan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja,
sama ada yang berlaku atau dilakukan. Contohnya,
berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya.
Menurut Bahasa Melayu Mudah (Abdul Hamid
Mahmood, 2013), kata kerja ialah kata yang
menyatakan makna perbuatan atau perlakuan. Kata
kerja pada umumnya ditandai oleh imbuhan-imbuhan
seperti me-, me-kan, me-I, memper-, memper-
kan, memper-I, ber-, ber-an dan ber-kan.

Selain itu, dalam buku Pelita Bahasa Melayu (Za'ba, 1965)


kata kerja menggunakan istilah kata perbuatan. Beliau
membahagikan kata perbuatan kepada dua bahagian iaitu
perbuatan melampau dan perbuatan tidak melampau.
Berdasarkan aliran tatabahasa terkini, perbuatan melampau
adalah kata kerja transitif manakala perbuatan tidak
melampau pula adalah kata kerja tak transitif.

Definisi dan Konsep Kata Kerja


Tatabahasa Dewan

Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan


atau konstruksi frasa kerja. Frasa kerja terdiri daripada kata
kerja yang boleh disertai beberapa unsur lain seperti kata
bantu, objek, pelengkap, ayat komplemen dan keterangan.

Nahu Melayu
Mutakhir

Kata kerja ialah kata yang berfungsi pada predikat


dalam ayat Subjek-Predikat - (objek) - (Ajung). Kata
kerja boleh dibahagikan kepada dua iaitu kata kerja
leksikal dan kata kerja bantu.

Petunjuk Tatabahasa Kata kerja ialah kata yang menyatakan makna


perbuatan atau perlakuan.
Bahasa Melayu

Tatabahasa Dewan
Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi
binaan atau konstruksi frasa kerja. Frasa kerja terdiri
daripada kata kerja yang boleh disertai beberapa
unsur lain seperti kata bantu, objek, pelengkap, ayat
komplemen dan keterangan. Beberapa contoh ayat
yang mengandungi kata kerja adalah seperti yang
berikut.
1)Ali tidur.
2)Mereka sedang membaca buku.
3)Adik Fatimah bermain di padang.
4)Pemandu itu membelok ke kanan.
5)Peristiwa itu disaksikan oleh dua ratus orang.

Tatabahasa Dewan
Dalam kelima-lima ayat di atas, kata kerja masingmasing ialah tidur dalam ayat (1), membaca dalam
ayat (2), bermain dalam ayat (3), membelok dalam
ayat (4) dan disaksikan dalam ayat (5).
Kata kerja dapat dibahagikan kepada dua kumpulan
iaitu kata kerja aktif dan kata kerja pasif. Kata kerja
aktif pula terbahagi kepada dua jenis iaitu kata kerja
aktif tak transitif dan kata kerja aktif transitif. Kata
kerja aktif tak transitif dapat dibahagikan kepada dua
subgolongan, iaitu kata kerja aktif tak transitif tanpa
pelangkap dan kata kerja tak transitif berpelangkap.

Tatabahasa Dewan

tanpa pelengkap
Kata Kerja Aktif

aktif tak transitif

Kata Kerja

berpelengkap
Kata Kerja Pasif

aktif transitif

Tatabahasa Dewan
Kata Kerja Aktif
Kata kerja aktif ialah kata kerja yang hadir dalam ayat aktif iaitu
ayat yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau yang
diterangkan. Kata kerja aktif terbahagi kepada dua jenis, iaitu:
1) Kata kerja aktif tak transitif
2) Kata kerja aktif transitif
Kata Kerja Aktif Tak Transitif
Kata kerja aktif tak transitif ialah kata kerja yang tidak
memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. Kata kerja aktif
tak transitif dapat dibahagikan kepada dua subgolongan, iaitu:
1) Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap
2) Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap

Tatabahasa Dewan
1)Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap
Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kerja
yang boleh berdiri sendiri tanpa objek atau penyambut seperti
dalam contoh berikut.:
1) Semua orang pulang.
2) Adik saya masih tidur.
3) Padi masih menguning.
4) Pemuda itu tersenyum.
5) Mereka asyik berbual.
Kesemua ayat di atas terdiri daripada subjek dan kata kerja yang
berdiri sendiri iaitu tanpa pergantungan pada unsur lain untuk
melengkapkan makna atau maksud ayat. Kata kerja ini juga
boleh diikuti oleh unsur keterangan yang berfungsi memberikan
maklumat tambahan. Contohnya:

Tatabahasa Dewan
2) Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap
Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap ialah kata kerja yang
mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud
ayat. Unsur pelengkap ini hendaklah dibezakan daripada objek
atau penyambut, kerana objek atau penyambut hanya hadir
selepas kata kerja transitif dan boleh pula mengalami proses
pasif. Pelengkap ialah unsur yang hadir selepas kata kerja tak
transitif untuk menyempurnakan maksud ayat. Ayat dengan kata
kerja aktif tak transitif yang mempunyai pelengkap tidak boleh
dipasifkan. Contoh kata kerja aktif tak transitif berpelengkap
adalah seperti berikut:
1) Keadaan bapa beransur baik.
2) Mereka tidak berbuat jahat.
3) Mereka tinggal di Kampung Paya.
4) Pengembara itu berselimutkan embun.
5) Dia menjadi guru.

Tatabahasa Dewan
Dalam ayat-ayat di atas, perkataan yang condong itu
ialah kata kerja aktif tak transitif, sementara unsur
yang mengikutinya ialah pelengkap. Unsur-unsur yang
menjadi pelengkap ini boleh terdiri daripada beberapa
jenis, iaitu kata adjektif, frasa sendi nama, dan kata
nama.

Tatabahasa Dewan
Kata Kerja Aktif Transitif
Kata kerja aktif transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek
yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan
maksudnya. Contoh kata kerja transitif dalam ayat :
1) Murid-murid sedang membersihkan kawasan sekolah.
2) Saya telah menjawab surat itu.
3) Pegawai itu tidak mengabaikan tugasnya.
4) Kami membaiki kereta kesayangan ayah.
5) Dia memasukkan surat itu ke dalam sampul berdaftar.
Dalam contoh-contoh di atas, kata kerja membersihkan,
menjawab, mengabaikan, membaiki dan memasukkan ialah kata
kerja transitif. Contoh-contoh lain kata kerja transitif adalah
seperti, menendang bola, memukul gendang, menghulurkan tali,
memendekkan perjalanan dan sebagainya.

Tatabahasa Dewan
Kata Kerja Pasif
Kata kerja pasif ialah kata kerja hasil daripada proses
transformasi atau perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif.
Contoh ayat pasif ialah:
1) Kawasan sekolah sedang dibersihkan oleh murid-murid.
2) Surat itu telah saya jawab.
3) Tugasnya tidak diabaikan oleh pegawai itu.
4) Kereta kesayangan ayah kami baiki.
5) Surat itu dimasukkannya ke dalam sampul berdaftar.

Tatabahasa Dewan
Contoh kata kerja dibersihkan dalam ayat (1), saya jawab dalam
ayat (2), diabaikan dalam ayat (3), kami baiki dalam ayat (4) dan
dimasukkan dalam ayat (5) ialah bentuk kata kerja pasif. Bahkan,
salah satu ukuran yang dapat digunakan untuk menentukan
sama ada sesuatu kata kerja itu transitif atau tidak adalah
dengan melihat sama ada kata kerja itu dapat mengalami proses
pasif atau tidak.
Selain imbuhan meN-.. (kan/i) yang wujud dalam kata kerja
transitif aktif, awalan ter- juga boleh hadir dalam kata kerja
demikian, misalnya terlanggar, terminum, terpijak dan tertekan.
Contoh dalam ayat:
1)Bas persiaran itu terlanggar tembok rumah Ali.
2)Pekerja itu terminum racun serangga.
3)Saya terpijak tangannya.
4)Dia tertelan biji nangka.

Tatabahasa Dewan
Kata kerja pasif juga boleh mengandungi awalan ter-, misalnya:
terkarang, termaktub, terbina, dan ternampak. Berikut
merupakan contoh dalam ayat:
1) Buku itu terkarang oleh Zaba.
2) Perkara itu sudah termaktub dalam perlembagaan.
3) Istana Raja Melaka terbina dalam masa dua bulan.
4) Asap kapal itu tidak ternampak lagi oleh mereka.

Nahu Melayu Mutakhir


Menurut Asmah Haji Omar, apa yang dinamakan kata kerja ialah
kata yang berfungsi pada predikat dalam ayat Subjek-Predikat (objek) - (Ajung). Kata kerja boleh dibahagikan kepada dua iaitu
kata kerja leksikal dan kata kerja bantu.
Kata Kerja

Kata Kerja Leksikal

Kata Kerja Bantu

Nahu Melayu Mutakhir


Kata Kerja Leksikal
Kata kerja leksikal merupakan kata kerja yang mendukung
makna leksikal, yakni makna yang mempunyai rujukan di luar
rujukan nahu. Kata leksikal ini juga disebut kata kerja utama.
Kata kerja dalam subgolongan ini merupakan sistem terbuka. Ini
bermakna kata kerja yang baru boleh dibentuk dari
perbendaharaan yang ada atau dimasukkan ke dalam bahasa
Melayu dengan meminjam dari perbendaharaan asing.
Kata kerja leksikal boleh dibahagikan kepada dua subgolongan
sama ada rujukannya itu perbuatan atau bukan perbuatan iaitu
kata kerja perbuatan dan kata kerja keadaan. Perbezaan antara
keduanya terletak pada subjeknya. Kata kerja perbuatan.
Subjeknya adalah pelaku, sedangkan kata kerja keadaan
subjeknya bukan pelaku.

Nahu Melayu Mutakhir

Kata Kerja Perbuatan

Subjek: Pelaku

Kata Kerja Keadaan

Subjek: Bukan
Pelaku

Kata Kerja Leksikal

Nahu Melayu Mutakhir


Kata Kerja Perbuatan
Kata kerja perbuatan boleh dibahagikan kepada beberapa
subgolongan yang menunjukkan ada tiadanya ciri-ciri makna
tertentu. Pembahagian-pembahagian itu adalah seperti berikut:
Subgolongan Kata Kerja Perbuatan
1. Perbuatan Sengaja Tak Sengaja

Contoh
- membuka

i) Perbuatan sengaja ialah perbuatan - memberi


yang

- mengambil

dilakukan dengan penuh sedar oleh - berdiri


pelaku.

ii)

Perbuatan

tak

sengaja

kebalikan
daripada perbuatan sengaja.

ialah - tertidur
- terambil
- terkeluar
- jatuh

Nahu Melayu Mutakhir


2. Perbuatan Kendiri- Luar Kendiri

- mandi

i) Perbuatan kendiri adalah perbuatan

- bercukur

yang berlaku atau dilakukan pada diri - bersolek


sendiri.
ii)
Perbuatan

luar

kendiri

- berhias
adalah - jual

perbuatan yang

- minum

dilakukan pada orang atau benda lain.

3.

Perbuatan

Menyebabkan-

Menyebabkan
i)

Perbuatan

- mandikan

- hidupkan
Tak -bunuh
(menyebabkan

menyebabkan

perbuatan

ialah orang atau binatan


mati)

yang menyebabkan berlakunya sesuatu -basuh


peristiwa atau keadaan.

(menyebabkan
bersih)

Nahu Melayu Mutakhir


ii) Perbuatan tak menyebabkan adalah
lawan

daripada

- mati

perbuatan - datang

menyebabkan,

- marah

yakni tidak menyebabkan terjadinya - berbaring


peristiwa atau keadaan.
4. Menghasilkan- Tak Menghasilkan
i)

Perbuatan

menghasilkan

perbuatan
yang

adalah nasi, masak gulai)


-buat (dalam buat kuih,

merujuk

menghasilkan
sesuatu.

-masak (dalam masak

kepada

proses buat jerat)


- tumbuk (dalam tumbuk
kacang,tumbuk beras,
tumbuk sambal)
- jahit (dalam jahit baju,
jahit seluar)

Nahu Melayu Mutakhir


ii) Perbuatan tak menghasilkan ialah
objeknya tidak menunjuk hasilnya.

- buka
- tutup
- makan

5.

- sapu
Menyaling-Tak - bersalam

Perbuatan

Menyaling

- berbual

i) Perbuatan menyaling diwakili oleh

- berpelukan

kata kerja yang menunjukkan - bermakian


adanya

tindak balas. Perbuatan menyaling


ini
boleh didukung oleh awalan atau
akhiran atau kedua-duanya: ber-,
ber-an.
ii)
Perbuatan

tak

menyaling - menegur

Nahu Melayu Mutakhir


6. Perbuatan dengan Upaya Biasa- - terangkat
Upaya

- tergamak

Luar Biasa
i) Perbuatan yang merujuk kepada
upaya luar biasa itu pada lazimnya
diwakili oleh kata kerja yang
mempunyai
awalan ter- (upaya).
ii) Perbuatan yang diwakili oleh katakata
tanpa awalan ter- yang berkenaan
merujuk kepada upaya biasa.
7. Perbuatan Seketika Berterusan
i)

Perbuatan

seketika

- berdering

adalah - berlari

Nahu Melayu Mutakhir


ii)

Perbuatan

berterusan

pula - berdering-dering

merupakan

- berlari-lari

perbuatan yang berlangsung -memandangterusmenerus untuk beberapa ketika.

8. Perbuatan Tabiat- Bukan Tabiat

mandang
- memanggil-manggil
-

berjual

(berjual

i) Perbuatan tabiat ialah perbuatan nasi)


yang

- bekerja

dikerjakan sebagai ciri dalam - berabdi


hidup
pelakunya.
ii) Perbuatan bukan tabiat diwakili - menjual
oleh
kata kerja.

- mengerjakan
- mengabdikan

Nahu Melayu Mutakhir


9. Perbuatan Gerak- Bukan Gerak

- pergi

i) Perbuatan gerak diwakili oleh - terbang


kata

- bawa
kerja yang merujuk kepada - ambil

perbuatan
yang bergerak dari satu titik ke
titik
yang lain.
ii) Lawan kepada perbuatan gerak

- duduk

adalah perbuatan bukan gerak. - tidur


Kata

- hinggap

kerja bukan gerak tidak dapat


bergabung dengan adverba
arah.

- bernyanyi

Nahu Melayu Mutakhir


10. Perbuatan Memanfaatkan-Bukan
Memanfaatkan
i) Perbuatan memanfaatkan adalah

- masakkan
- tuliskan
- bacakan

perbuatan yang dilakukan untuk - belikan


manfaat

atau kepentingan orang lain.

- masak

ii) Perbuatan yang tidak mendukung - bawa


makna
memanfaatkan adalah perbuatan
yang
diwakili oleh kata kerja.

- tulis

Nahu Melayu Mutakhir


Kata Kerja Keadaan
Kata kerja keadaan adalah kata kerja yang tidak menunjukkan
adanya gerak perbuatan. Kata Kerja ini adalah seperti hidup,
mati, sakit, ada, punya, berbaju, menjual, letih, penat. Kata kerja
keadaan boleh dibahagikan kepada kata kerja peristiwa, kata
kerja kepunyaan dan kata kerja pemerian.
Kata Kerja
Peristiwa

Kata
Kerja
Keadaan
Kata Kerja
Pemerian

Kata Kerja
Kepunyaan

Nahu Melayu Mutakhir


Kata Kerja Peristiwa
Kata kerja peristiwa ialah kata kerja yang
menerangkan sesuatu peristiwa seperti mati, hidup,
lahir, sakit, kalah, menang, sembuh, ada (dalam
pengertia wujud) dan sebagainya.
Kata Kerja Kepunyaan
Kata kerja kepunyaan menyatakan milik atau
kepunyaan dan kata kerja ini terbatas jumlahnya.
Kata-kata itu adalah ada, punya, mempunyai dan
memiliki.

Nahu Melayu Mutakhir


Kata Kerja Pemerian
Kata kerja pemerian memerikan atau meghuraikan
atau mentakrifkan sesuatu yang biasanya merupakan
subjek ayat dan terbatas jumlahnya. Kata kerja ini
adalah menjadi, merupakan dan terdiri (daripada).
Kata Kerja Kognisi
Kata kerja kognisi adalah kata kerja yang merujuk
kepada hal-hal yang berhubung dengan akal fikiran
seperti ingat, fikir, berfikir, percaya, yakin dan
sebagainya.

Nahu Melayu Mutakhir


Kata Kerja Leksikal dalam Fungsi Nahuan
Melihat kepada fungsi nahuan, kata kerja leksikal
boleh dibahagikan kepada kata kerja transitif, tak
transitif, aktif dan pasif.

Nahu Melayu Mutakhir


Kata Kerja Transitif
Yang dimaksudkan dengan kata kerja transitif adalah
kata yang boleh diikuti oleh objek. Misalnya,
Dia menulis surat.
KK Objek
Dia membaca buku.
KK
Objek

Kata kerja transitif boleh dibahagikan kepada kata


kerja ekatransitif (yakni dengan satu objek), dan
dwitransitif (yakni dengan dua objek). Kata kerja
ekatransitif boleh dibahagikan kepada transitif jati dan
transitif semu, sedangkan kata kerja dwitransitif
benar-benar merupakan transitif jati. Transitif semu
boleh mempunyai objek frasa atau objek klausa.

Nahu Melayu Mutakhir


Kata Kerja Transitif Objek Frasa dan Objek Klausa
Kata kerja transitif dengan objek frasa adalah kata kerja
yang objeknya terdiri daripada hanya satu kata atau frasa
seperti contoh yang diberi dalam 2.2.2.1. Kebanyakan dari
kata kerja transitif dalam bahasa Melayu termasuk dalam
subgolongan ini.
Terdapat sebilangan kecil kata kerja transitif yang hanya
mengambil klausa sebagai objek. Kata kerja seperti ini
ialah kata kerja kognisi dan beberapa dari kata kerja bukan
kognisi seperti berkata.
1) Dia berkata bahawa dia tidak menyokong cadangan itu.
2) Saya tidak percaya bahawa dia mungkar.
3) Kami yakin dia akan berjaya.

Nahu Melayu Mutakhir


Kata-kata yang berhuruf condong ini terdiri daripada
klausa yang berfungsi sebagai objek kepada kata kerja yang
mendahuluinya. Jika klausa itu diganti dengan satu kata atau
frasa nama, maka ayat-ayat yang dihasilkan bukan ayat nahuan.
Misalnya:
1) Dia berkata hal itu kepada saya.
2) Saya tidak percaya kata-katanya.
3) Kami yakin perkara itu.
Ayat-ayat di atas boleh menjadi ayat nahuan yang baik jika
objeknya mendahului pengantar objek akan atau tentang seperti
dalam contoh di bawah ini.
1) Dia berkata tentang hal itu kepada saya.
2) Saya tidak percaya akan kata-katanya.
3) Kami yakin akan perkara itu.

Nahu Melayu Mutakhir


Kata Kerja Ekatransitif dan Dwitransitif
Kata kerja ekatransitif adalah kata kerja yang mempunyai
satu objek sahaja, baik objek kata atau objek frasa
mahupun objek klausa. Misalnya
1) Dia menulis surat.
KK

Objek

2) Dia membaca buku.


KK

Objek

3) Dia berkata bahawa dia tidak menyokong


cadangan itu.
4) Saya tidak percaya bahawa dia mungkar.
5) Kami yakin dia akan berjaya.

Nahu Melayu Mutakhir


Kata kerja dwitransitif adalah kata kerja yang boleh
mengambil dua objek. Kedua-dua objek itu boleh
terdiri daripada objek frasa atau satunya objek frasa
dan satu lagi objek klausa. Contoh:
1)Dia memberi saya buku itu.
2)Dia menghadiahkan saya baju itu.
3) Dia memberitahu saya bahawa dia tidak setuju.

Nahu Melayu Mutakhir


Kata Kerja Transitif Jati dan Kata Kerja Transitif
Semu
Kata kerja transitif jati dimaksudkan kata kerja yang
boleh dipasifkan dan digunakan dalam ayat yang
mempunyai pola Objek-Perbuatan-Pelaku, misalnya
menulis, membaca, menarik, memakai yang dalam
bentuk pasifnya adalah ditulis, dibaca, ditarik, dipakai.

Kata kerja transitif semu tidak boleh dipasifkan, yakni


tidak boleh dikenakan awalan di-. Contoh kata kerja
transitif semua adalah ada, gemar, punya.
1)Dia ada kereta.
2)Kami gemar durian.

Nahu Melayu Mutakhir


Walau bagaimanapun, ayat-ayat tersebut tidak
boleh diterbalikkan seperti di bawah ini :
1) Kereta diadanya.
2) Durian digemarnya.
3) Wang tidak dipunyanya.

Nahu Melayu Mutakhir


Kata Kerja Aktif dan Pasif
Kata kerja boleh ditinjau dari bentuknya dalam
susunan ayat. Kita dapati bahawa kata kerja transitif
dalam
susunan
ayat
Pelaku-Perbuatan-Objek
mempunyai bentuk yang berbeza dengan ayat yang
berfungsi dalam ayat yang bersusunan ObjekPebuatan-Pelaku
atau
Objek-Pelaku-Perbuatan.
Berdasarkan itu, kata kerja boleh dibahagikan kepada
kata kerja aktif dan kata kerja pasif. Pertimbangan
aktif dan pasif ini hanya melibatkan kata kerja
perbuatan dan kata kerja keadaan tidak dikenakan
pembahagian aktif dan pasif.

Nahu Melayu Mutakhir


Kata Kerja Aktif
Kata kerja aktif adalah kata kerja yang berfungsi pada
perbuatan dalam ayat yang berstruktur PelakuPerbuatan-Objek dan kata kerja yang berkenaan boleh
transitif dan boleh tak transitif.
Oleh sebab kata kerja transitif terbahagi kepada
transitif jati dan transitif semua, maka kata kerja aktif
juga dibahagikan kepada aktif jati dan aktif semu.
Kata kerja aktif jati adalah kata kerja yang boleh
dipasifkan. Kata kerja ini mengambil awalan me-.
Contohnya, menulis, membaca dan sebagainya.
Kata kerja aktif semu adalah kata kerja yang tidak
mempunyai bentuk pasifnya.

Nahu Melayu Mutakhir


Kata Kerja Pasif
Seperti kata kerja aktif, kata kerja pasif juga mempunyai
pembahagian kepada pasif jati dan pasif semu.
Kata Kerja Pasif

Kata Kerja Pasif


Jati

Kata Kerja Pasif


Semu

Kata kerja pasif jati adalah kata kerja yang mengambil


awalan di- misalnya ditulis, dibaca dan sebagainya dan
dalam ayat digunakan dalam bentuk seperti itu. Kata kerja
pasif jati berfungsi pada perbuatan dalam ayat ObjekPerbuatan-(oleh)-Pelaku.

Nahu Melayu Mutakhir


Kata kerja pasif semu adalah kata kerja yang tidak
mengambil sebarang awalan kecuali per-, dan berfungsi
pada perbuatan dalam ayat yang bersusunan Objek-PelakuPerbuatan.
Kata Kerja

Kata Kerja Pasif Jati

Kata Kerja Pasif Semu

Objek-Perbuatan-(oleh)-

Objek-Pelaku-Perbuatan

Pasif
Susunan Ayat

Pelaku
Contoh Ayat

i) Surat itu ditulisnya.


ii) Projek itu dikelolakan
oleh kerajaan.

i) Hal itu sudah saya katakan


kepadanya.
ii)Tetamu itu hendak kami
persilakan ke rumah kami.

Berdasarkan contoh ayat di atas, antara pelaku dengan


kata kerja pasif semu tidak boleh disisipkan sebarang unsur
lain seperti kata kerja bantu atau kata nafi.

Nahu Melayu Mutakhir


Kata Kerja Bantu
Kata kerja bantu adalah kata kerja yang membantu
kata kerja leksikal dalam memberi aspek atau
modalitas. Kata kerja bantu dapat dibahagikan kepada
dua subgolongan iaitu kata kerja aspek dan kata kerja
modalitas. Kedua-dua subgolongan ini mendahului
kata kerja leksikal dalam ayat. Dalam wacana, keduaduanya boleh berdiri sebagao ayat minimal, misalnya:
A. Encik boleh tolong saya?
B. Boleh.
A. Sudah makan, encik?
B. Sudah

Nahu Melayu Mutakhir


Kata kerja bantu memasuki sistem tertutup.
Sungguhpun ada kata kerja bantu yang diambil dari
bahasa lain (mesti dari bahasa Inggeris, wajib dari
bahasa Arab), jumlahnya terbatas walaupun terdapat
kata kerja bantu yang diambil daripada bahasa lain
(mesti daripada bahasa Inggeris, wajib dariapda
bahasa Arab). Pengambilan tersebut berlaku dalam
jangka masa yang lama.

Nahu Melayu Mutakhir


Kata Kerja Aspek
Kata kerja aspek merujuk kepada proses perbuatan atau
keadaan sama ada belum, masih atau selesai berlaku. Kata
kerja aspek mempunyai hubungan yang erat dengan
konsep waktu, yakni waktu perbuatan atau keadaan
berlaku. Kata kerja aspek dan pengertiannya adalah seperti
berikut:
Kata Kerja Aspek

i)

Menunjuk

perbuatan

sudah berlaku.
ii) Menunjuk perbuatan

Contoh

yang sudah,
pernah
atau sedang,

keadaan yang sedang berlaku


iii)

Menunjuk

belum berlaku

perbuatan

telah,
masih,

tengah,

yang belum, akan

Nahu Melayu Mutakhir


Sudah, Telah, Pernah
Sudah menunjuk kepada perbuatan atau keadaan yang
sudah berlaku dan sudah selesai. Misalnya:
1)Saya sudah membaca buku itu.
2)Mereka sudah membuang sampah itu.

Telah, yang hanya digunakan dalam bahasa tulisan,


menunjuk kepada perbuatan atau keadaan dalam masa
yang lampau, tetapi perbuatan atau keadaan boleh
menjadi selesai dan tidak selesai.

1)Saya telah menulis esei itu kelmarin tetapi belum


selesai.
2) Mereka telah melihat dia di jalan tadi.

Nahu Melayu Mutakhir


Perkataan telah dalam ayat-ayat di atas itu, jika digantikan dengan
sudah, akan menimbulkan ayat-ayat janggal.
1) Saya sudah menulis esei itu kelmarin, tetapi belum selesai.
2) Saya sudah melihat dia di jalan tadi.
Sebaliknya pula, ayat-ayat dengan sudah di bawah ini tidak boleh
mengambil telah.
a. Dia sudah berangkat.
b. *Dia telah berangkat
a. Mereka sudah berkahwin.
b. *Mereka telah berkahwin.
Ayat-ayat (b) dalam pasangan-pasangan di atas tidak lagi janggal jika
diperluaskan seperti di bawah ini :
1)Dia telah berangkat pukul tujuh tadi.
2)Mereka telah berkahwin di hadapan kadi petang kelmarin.

Nahu Melayu Mutakhir


Pernah merujuk kepada perbuatan atau keadaan yang berlaku
dalam jangka masa tertentu dalam masa lampau. Perbuatan
atau keadaan pada masa lampau yang dirujuknya itu selesai.
Contohnya:
1)Saya kenal orang itu. Dia pernah menjadi jiran saya sepuluh
tahun
yang lalu.
2) Dolah makin hari makin nakal kerana emaknya tidak pernah
memarahinya.
3)Saya tidak pernah makan sushi.
Seperti contoh ayat (ii) dan (iii) di atas, kata aspek sudah dan
pernah boleh diikuti oleh tidak. Misalnya:
1) Dia sudah tidak menghiraukan kita lagi.
2) Dia pernah tidak makan selama dua puluh empat jam.

Nahu Melayu Mutakhir


Sedang, Masih, Tengah
Kata kerja aspek sedang merujuk kepada perbuatan yang terus
berlangsung dan belum selesai. Misalnya:
1) Jangan bising. Ayah sedang tidur.
2) Saya nampak dia di jalan tadi. Dia sedang menuju ke
pejabat
pos.
3) Dia sedang dirawat di hospital. Sakitnya agak teruk.
Kata kerja sedang tidak boleh bergabung dengan kata sifat.
Ayat-ayat di bawah ini janggal:
1) Dia sedang kecil.
2) Dia sedang cantik.

Nahu Melayu Mutakhir


Masih menunjuk kepada perbuatan, keadaan atau sifat yang
berlangsung dan belum selesai. Di samping itu, masih menunjuk
kepada peralihan waktu antara dua perbuatan atau keadaan.
1) Kawan-kawannya sudah pulang. Dia masih bermain di padang.
2) Pak Ali sudah tua. Matanya masih terang.
3) Dia tidak menegur kita. Dia masih marah kepada kita.
Tengah hanya digunakan dalam bahasa lisan untuk sedang.
Contohnya:
1) Dia tengah makan waktu kita tiba.
2) Saya tengah baca buku, tiba-tiba saya dengar pintu diketuk
orang.

Nahu Melayu Mutakhir


Belum, Akan
Belum merujuk kepada perbuatan, keadaan atau sifat
yang tidak pernah berlaku. Di samping itu belum
mengandungi ciri nafian. Misalnya:
1) Saya belum melihat orang itu.
2) Ali belum pulang dari sekolah.
3) Buah itu belum masak.
Dalam bahasa lisan, konsep belum didukung oleh frasa
terpisah tak lagi. Contohnya:
1)Saya tak melihat lagi orang itu.
2)Ali tak pulang lagi dari sekolah.
3)Buah itu tak tua lagi.

Nahu Melayu Mutakhir


Penggunaan tak dalam ayat-ayat di atas tidak boleh
digantikan oleh tidak kerana makna yang didukung oleh
tidak lagi adalah tidak sama dengan makna yang
didukung oleh belum atau tak. Misalnya:
1)Saya tidak melihat orang itu lagi (kerana orang itu
sudah
menghilangkan diri).
2)Ali tidak pulang dari sekolah lagi (kerana menghadiri
kelas
tambahan).

Nahu Melayu Mutakhir


Kata aspek akan juga merujuk kepada perbuatan,
keadaan atau sifat yang tidak pernah berlaku sampai saat
dilakukannya. Berbeza dengan belum, akan tidak
mempunya ciri nafian tetapi mempunyai komponen
makna kehendak. Misalnya :
1)Minah belum melihat pameran itu. Dia akan pergi
besok.
2)Ahmad akan menyambut hari jadinya tidak lama lagi.
3)Perdana Menteri akan tiba lima minit sebelum upacara
bermula.
Oleh kerana akan mempunyai ciri kehendak, maka
terdapat makna bertindih yang didukung oleh mahu dan
hendak. Dalam hal ini, timbul keraguan sama ada akan

Nahu Melayu Mutakhir


Kata Kerja Modalitas
Kata kerja modalitas membantu dalam memberi ciri
suasana kepada perbuatan atau keadaan yang dirujuk
oleh kata kerja leksikal. Kata kerja modalitas dalam
bahasa Melayu adalah seperti berikut:
Kata Kerja Modalitas
i) Menunjukkan kehendak
ii) Menunjukkan keupayaan atau keizinan
iii) Menunjukkan kemestian
iv)
Menunjukkan
kebarangkalian
atau

Contoh
mahu, hendak
boleh, dapat
mesti,wajib, harus
Mungkin

kemungkinan
v) Menunjuk keengganan
vi) Menunjuk keperluan

Enggan
Perlu

Nahu Melayu Mutakhir


1. Mahu, Hendak
Kedua-dua kata kerja modalitas ini merujuk kepada rasa
kehendak akan perbuatan yang belum berlaku.
i) a. Saya hendak tidur. Saya sudah mengantuk.
b. Saya mahu tidur. Saya sudah mengantuk.
ii) a. Keretanya sudah tua. Dia hendak membeli yang
baru.
b. Keretanya sudah tua. Dia mahu membeli yang baru.

Nahu Melayu Mutakhir


2. Boleh, Dapat
Kata kerja modalitas boleh mempunyai komponen makna
keupayaan dan juga keizinan. Pada lazimnya, kedua-dua
komponen makna boleh dibezakan satu sama lain dalam
penggunaan kata-kata yang berkenaan itu dalam ayat.
Contoh boleh dengan komponen makna keupayaan:
1) Anak saya sudah boleh berjalan.
2) Dia boleh bercakap dalam tiga bahasa.
Contoh boleh dengan komponen makna keizinan:
1) Loceng sudah berbunyi. Kita boleh keluar.
2) Kita tidak boleh berniat jahat.

Nahu Melayu Mutakhir


Kata kerja modalitas dapat hanya mempunyai komponen
makna keupayaan. Dalam hal ini dapat hanya boleh
mengantikan boleh keupayaan. Misalnya:
1) Kakinya masih sakit. Dapatkah dia berjalan?
2) Hari itu hujan. Saya tidak dapat hadir ke mesyuarat
itu.

Nahu Melayu Mutakhir


3. Mesti, Wajib, Harus
Ketiga-tiga kata kerja modalitas ini merujuk kepada
kemestian dan boleh bertukar ganti satu sama lain. Harus
dalam bahasa keagamaan Islam mempunyai makna yang
lain, yakni diizinkan.
1) Saya mesti belajar kuat, supaya lulus dengan baik.
2) Rakyat Malaysia wajib taat kepada Negara Malaysia.
3) Wakil rakyat harus mengambil tahu tentang keadaan
hidup rakyat di kawasannya.

Nahu Melayu Mutakhir


4. Mungkin
Kata kerja mungkin mengandungi dua komponen makna,
iaitu kemungkinan dan kebarangkalian. Contoh ayatayat yang membawa makna kemungkinan seperti berikut:
1) Dia tidak mungkin tiba malam ini, kerana banjir besar
di
jalan.
2) Perkahwinan itu tidak mungkin berlangsung, kerana
masing-masing berpegang teguh kepada agamanya.
Contoh-contoh ayat dengan mungkin yang membawa
kebarangkalian adalah seperti berikut:
1) Saya mungkin ikut serta dalam pertunjukan itu.

Nahu Melayu Mutakhir


5. Enggan
Kata kerja modalitas enggan merupakan kata lawan bagi
mahu. Dalam perkataan lain, enggan membawa makna
tidak mahu. Contoh dalam ayat:
1) Dia enggan datang.
2) Kami enggan menerima jemputan itu.
Kata enggan tidak boleh bergabung dengan kata kerja
keadaan Contohnya:
1) Dia enggan gemar durian itu.
2) Dia enggan bermimpi.

Nahu Melayu Mutakhir


6. Perlu
Kata kerja modalitas perlu merujuk kepada keperluan atau
mustahaknya sesuatu. Contoh dalam ayat:
1) Saya tidak perlu hadir di mesyuarat itu.
2) Dia perlu mengisi borang itu dahulu.

Nahu Melayu Mutakhir


Penggabungan Kata Kerja Bantu
Kata kerja bantu tertentu, baik kata kerja aspek mahupun
kata kerja modalitas dapat bergabung sama sendiri. Ini
bermakna penggabungan yang mungkin adalah seperti
berikut:
i) Aspek + Aspek
ii) Modal + Modal
iii) Aspek + Modal

Nahu Melayu Mutakhir


Jenis

Kata Kerja Bantu

Contoh Ayat

Penggabungan
1.
Aspek
+ belum pernah

1. Dia belum pernah datang.

Aspek

2. Dia sudah pernah

sudah pernah
telah pernah

mengambil bahagian

dalam pertandingan Ratu


Cantik.
3. Saya telah pernah
melihatnya dahulu.

2.

Modal

Modal

+ mesti boleh
harus boleh
(wajib boleh- tiada)

1. Kita mesti boleh sampai


hari ini juga.
2. Dia harus boleh melompat
pagar setinggi itu.

Nahu Melayu Mutakhir


3. Aspek + Modal

sudah mahu

1. Saya sudah mahu berangkat pada waktu itu, tetapi

sudah wajib

tahu- tahu

sudah boleh

mereka sampai.

2. Orang Islam yang akil baligh sudah wajib sembahyang.

3. Anak saya yang kecil itu sudah boleh bertutur


dengan baiknya.

belum mahu

4. Saya belum mahu mandi.

belum mesti

5. Mereka belum mesti tidur.

belum dapat

6. Kenderaan belum dapat melalui jalan itu kerana banjir.

belum perlu

7. Dia belum perlu melaporkan diri.

masih hendak

8. Dia masih hendak minum.

masih mahu

9. Mereka masih mahu bercerita sungguhpun hari sudah larut

masih dapat

malam.

masih boleh

10. Usianya sudah lanjut, tetapi dia masih boleh bermain bola.

sedang mahu

11. Mereka sedang hendak (mahu) keluar.

sedang hendak
akan boleh

12. Tahun hadapan, dia akan boleh tinggal di kota.

akan dapat

13. Saya tidak akan dapat menghubunginya kerana di tempatnya


tidak ada telefon atau pejabat pos.

Nahu Melayu Mutakhir


Bentuk Lemah dari Kata Kerja Bantu
Kata kerja bantu tertentu mempunyai bentuk lemah yang
biasanya timbul dalam bahasa lisan. Bentuk-bentuk lemah
itu adalah seperti berikut:
nak

untuk

hendak

mau untuk

mahu

dah

sudah

untuk

Petunjuk Tatabahasa Bahasa


Kata kerja ialah kata yangMelayu
menyatakan makna perbuatan atau
perlakuan.

Kata kerja pada umumnya ditandai oleh imbuhan-imbuhan seperti


ber-, beran, berkan, me-, mekan, meI, memper-, memper
kan, dan memperi.
Kata kerja yang tidak ditandai imbuhan dapat dibezakan daripada
kata adjektif yang ditandai kata penguat seperti amat, sangat dan
paling kerana kata kerja tidak ditandai oleh kata-kata penguat
tersebut, misalnya *sangat duduk dan *paling hinggap tidak mungkin.
Kata kerja dalam Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu dibahagikan
kepada:
i) kata kerja tak transitif
ii) kata kerja transitif
iii) kata kerja pasif

Petunjuk Tatabahasa Bahasa


Melayu
Kata Kerja Tak Transitif
Kata kerja tak transitif terbahagi kepada bentuk-bentuk yang berikut:
i) asal
ii) berawalan beriii) berapitan beran
iv) berapitan berkan
v) berawalan mevi) berawalan ter Kata kerja dalam bentuk asal merupakan kata kerja yang bebas dan
tidak berimbuhan. Contohnya:ada, balik, bangkit, bangun, bantut, bantal,
bersin, bocor, bubar, bunting, buntu, cabik, carik, cerna, cicir, datang,
demam, diam, duduk, faham, gagal, gugur, habis, hadam, hadir, hamil,
hancur, hapus, hidup, hilang, hinggap, ikut, ingat, jadi, jaga, kalah,
kandas, karam, keluar, kembali, kembung, kemik, kempis, kenal, koyak,
kudung, kuncup, lahir, lalu, lari, larut, lebur, lenyap, lesap dan
seterusnya.

Petunjuk Tatabahasa Bahasa


Melayu
Kata Kerja Terikat
Ada juga kata kerja yang tidak berimbuhan tetapi bukan
pula kata kerja asal melainkan kata kerja terikat, yakni
tidak bebas, kerana memerlukan imbuhan ber-, atau me-,
atau ter- untuk dapat digolongkan sebagai kata kerja
sepenuhnya.
Contoh kata kerja terikat ialah :
adu, agah, ajak, alih, air, ambil, ampu, anngap, angkat,
antuk, asah, asuh, atur, babas, bakar, balah, bancuh,
banting, bantu, basmi, basuh, bawa, bayar, beli dan
seterusnya.

Petunjuk Tatabahasa Bahasa


Melayu
Kata kerja yang berawalan ber-, atau be-, atau bel- dikenal
sebagai kata kerja dalam bentuk terbitan kerana kata itu
terbit daripada kata lain yang menjadi dasarnya.
Contohnya : berasal, beroda, belajar, dan sebagainya.

Kata kerja yang berapitan beran terbit daripada kata


lain yang diberi awalan ber- serta akhiran an.
Contohnya : bercucuran, berdekatan, berguguran, dan
sebagainya
Kata kerja yang berapitan berkan terbit daripada kata
lain yang diberi awalan ber- serta akhiran kan.
Contohnya: beralaskan, bersandarkan, bersenjatakan dan
sebagainya.
Beberapa contoh kata kerja tak transitif yang berawalan
me-, atau mem-, atau men-, atau meng- ialah : menyala,

Petunjuk Tatabahasa Bahasa


Melayu
Beberapa contoh kata kerja
yang berawalan ter- ialah :
termenung, tersenyum, tertawa dan sebagainya.

Semua kata kerja tak transitif kecuali yang berapitan berkan


dapat berdiri sendiri dengan makna sepenuhnya. Oleh sebab
itu, kata kerja tak transitif kecuali yang berapitan berkan
dapat menjadi frasa kerja untuk bertugas sebagai predikat
sesuatu ayat.
Kata kerja tak transitif yang berapitan berkan tidak dapat
berdiri sendiri sebagai frasa untuk bertugas sebagai predikat
sesuatu ayat.
Kata kerja tak transitif yang berapitan berkan memerlukan
penyertaan frasa nama yang bertugas sebagau objek kepada
kata sendi akan yang akan disingkirkan menjadi akhiran kan
pada kata kerja yang berapitan berkan itu.

Petunjuk Tatabahasa Bahasa


Kata kerja tak transitif Melayu
yang berawalan ber-, atau me-,
atau ter-, misalnya berbincang, berkata, bertanya,
melompat, tersenyum, dan sebagainya tidak boleh
ditiadakan awalannya.
a)*Dia kata kepada saya. (tidak baku)
Dia berkata kepada saya. (baku)
b)*Saya tanya kepada dia. (tidak baku)
Saya bertanya kepada dia. (baku)
c)*Jangan lompat. (tidak baku)
Jangan melompat. (baku)
d)*Dia senyum kepada saya. (tidak baku)
Dia tersenyum kepada saya. (baku)

Petunjuk Tatabahasa Bahasa


Melayu
Dalam ayat inti, kata kerja tak transitif boleh diikuti oleh
frasa sendi yang terdiri daripada kata sendi serta frasa
nama sebagai objek bagi kata sendi itu, tetapi tidak boleh
diikuti oleh frasa nama yang seolah-olah menjadi objek
bagi kata kerja tak transitif itu, kerana kata kerja tak
transitif tidak memerlukan objek. Misalnya:
*Saya tidak tahu alamatnya. (tidak baku)
Saya tidak tahu akan alamatnya. (baku)

Petunjuk Tatabahasa Bahasa


Melayu
Kata Kerja Transitif
Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai objek
untuk menjadi frasa kerja yang dapat bertugas sebagai
predikat ayat.
Objek yang menyertai kata kerja transitif itu pula mestilah
frasa nama.
Kata kerja transitif terbahagi kepada bentuk-bentuk yang
berikut:
i) berawalan meii) berapitan mekan
iii) berapitan mei
iv) berawalan rangkap memperv) berapitan memperkan

Petunjuk Tatabahasa Bahasa


Melayu
Beberapa contoh kata kerja transitif yang berawalan me-,
atau mem-, atau men-, atau meng-, atau menge- ialah :
melukis, membeli, menjual,nmenggoreng, mengecat dan
sebagainya.

Kata kerja yang berapitan mekan terbit daripada kata


lain yang diberi awalan me- serta akhiran kan.
Contohnya: mengajarkan, membelikan, mendekatkan,
memerahkan, mengesahkan, dan sebagainya.
Kata kerja yang berapitan meI terbit daripada kata lain
yang diberi awalan me- serta akhiran i. Contohnya:
membasahi, mendekati, menghinggapi, melalui dan
sebagainya.

Petunjuk Tatabahasa Bahasa


Melayu
Awalan rangkap memperterjadi daripada dua awalan yang

dirangkapkan jadi satu, iaitu mem- dan per-. Contohnya:


memperalat, memperbanyak, memperoleh dan sebagainya.
Beberapa contoh kata kerja transitif yang berawalan rangkap
memper- dan berakhiran kan ialah: memperhatikan,
memperlakukan, mempersatukan, dan sebagainya.
Kecuali kata makan dan minum semua kata kerja transitif dalam
ayat aktif tidak boleh tidak berawalan me-.
a) *Dia suka baca buku. (tidak baku)
Dia suka membaca buku. (baku)
b) *Amin tendang bola itu. (tidak baku)
Amin menendang bola itu. (baku)
Kata-kata lain tidak boleh diletakkan di antara kata kerja
transitif dengan objek.

Petunjuk Tatabahasa Bahasa


Melayu
Kata Kerja Pasif
Kata kerja pasif ialah kata kerja yang berasal daripada kata kerja
transitif tetapi yang tidak lagi berawalan me-. Selain itu, kata kerja
pasif boleh berawalan per- serta berakhiran i dan berakhiran kan.
Contohnya ambil, atasi, berikan, percepat, peringati, perhatikan, dan
sebagainya.
Apabila kata kerja pasif disertai kata ganti diri pertama maka
terbentuklah frasa kerja pasif diri pertama. Contohnya:
Kata Ganti Diri
Pertama
aku
beta
kami
kita
ku
saya

Kata Kerja
Pasif
ambil
atasi
berikan
percepat
peringati
perhatikan

Frasa Kerja Pasif


Diri Pertama
aku ambil
beta atasi
kami berikan
kita percepat
kuperingati
saya perhatikan

Petunjuk Tatabahasa Bahasa


Melayu
Apabila kata kerja pasif
disertai kata ganti diri kedua
pula maka terbentuklah frasa kerja pasif diri kedua.
Contohnya:

Kata Ganti Diri


Kedua
anda
awak
engkau
kamu
kalian
kau

Kata Kerja
Pasif
baca
dekati
kerjakan
peroleh
pelajari
perkatakan

Frasa Kerja Pasif


Diri Kedua
anda baca
awak dekati
engkau kerjakan
kamu peroleh
kalian pelajari
kauperkatakan

Petunjuk Tatabahasa Bahasa


Melayu
Apabila kata kerja pasif
disertai awalan di- atau awalan
rangkap diper- maka terbentuklah kata kerja pasif diri
ketiga. Kata kerja pasif diri ketiga ada yang tidak
berakhiran, ada yang berakhiran i, dan ada juga
berakhiran kan. Contohnya:
Awalan

Kata Dasar

di-

baca

di-

gemar

di-

hindar

diper-

daya

diper-

ingat

diper-

juang

Akhiran

Kata Kerja Pasif


Diri Ketiga
dibaca

-i
-kan

digemari
dihindarkan
diperdaya

-i
-kan

diperingati
diperjuangkan

Petunjuk Tatabahasa Bahasa


Melayu
Kata kerja pasif diri ketiga
dapat berdiri sendiri dengan
makna sepenuhnya dalam ayat. Oleh sebab itu, kata kerja
pasif diri ketiga dapat menjadi frasa kerja pasif diri
ketiga serta boleh bertugas sebagai predikat ayat.

Kata kerja pasif boleh juga berawalan ber- seperti kata


kerja tak transitif.
Beberapa contoh kata kerja pasif yang berawalan terseperti kata kerja tak transitif juga.
Beberapa contoh kata kerja pasif yang berawalan terialah :terangkat, terbunuh, tercapai dan sebagainya.

Petunjuk Tatabahasa Bahasa


Melayu
Ada juga kata kerja pasif
yang berapitan kean seperti
kata nama terbitan.

Beberapa contoh kata kerja pasif yang berapitan kean


ialah: kecurian, kedinginan, kehujanan, dan sebagainya.
Satu lagi ialah bentuk frasa kerja pasif bantuan yang
terdiri daripada kata kerja pasif serta kata bantu kena.
Contohnya: kena bunuh, kena curi, kena pukul, kena
tendang, kena tipu, kena usik dan sebagainya.
Kata-kata lain tidak boleh diletakkan antara kata ganti diri
pertama dan kedua dengan kata kerja pasif.

Petunjuk Tatabahasa Bahasa


Bentuk kata kerja pasif Melayu
diri ketiga dengan awalan di- dan

awalan rangkap diper- tidak boleh digunakan untuk diri pertama


dan diri kedua. Elakkan kesalahan seperti yang diberikan dalam
kurungan di bawah ini:
i) kubeli (bukan *dibeli olehku)
ii) kaubeli (bukan *dibeli oleh engkau)
iii) saya perhatikan ( bukan *diperhatikan oleh saya)
iv) kamu pelajari (bukan *dipelajari oleh saya)
Kata kerja pasif yang tidak berawalan di- tidak boleh digunakan
untuk diri ketiga. Elakkan kesalahan-kesalahan seperti yang
diberikan dalam kurungan di bawah ini:
i) diambil oleh Ali (bukan *Ali ambil)
ii) dibeli olehnya (bukan *dia beli)
iii) dicari oleh mereka (bukan *mereka cari)

Kesimpulan
Berdasarkan huraian kata kerja yang telah dilakukan oleh tokohtokoh bahasa bagi ketiga-tiga buah buku tatabahasa, iaitu
Tatabahasa Dewan, Nahu Melayu Mutakhir dan Petunjuk
Tatabahasa Bahasa Melayu, dapat dilihat bahawa terdapat
persamaan dan perbezaan dalam golongan kata kerja. Dari
aspek peristilahan, ketiga-tiga buku menggunakan istilah yang
sama bagi kata kerja.

Selain itu, dari aspek subgolongan kata, Asmah Haji Omar


(2009) menggolongkan kata kerja dalam buku Nahu Melayu
Mutakhir di bawah subgolongan karyaan manakala Nik Safiah
Karim et al. (2008) dan Asraf (2007), menggolongkan kata kerja
dalam buku Tatabahasa Dewan serta Petunjuk Tatabahasa
Bahasa Melayu di bawah golongan utama.

Kesimpulan
Berdasarkan ketiga-tiga buku yang telah dikaji, kata kerja yang
terdapat dalam buku Nahu Melayu Mutakhir telah dibahagikan
kepada dua subgolongan, iaitu kata kerja leksikal dan kata kerja
bantu. Kata kerja leksikal dibahagikan kepada dua subgolongan
yang lain, iaitu kata perbuatan dan kata keadaan. Dalam fungsi
nahuan pula, kata kerja leksikal boleh dibahagikan kepada kata
kerja transitif, tak transitif, aktif dan pasif. Kata kerja bantu pula
dibahagikan kepada kata kerja aspek dan kata kerja modalitas.

Sementara itu, penggolongan kata kerja bagi buku


Tatabahasa Dewan dan Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu
adalah sama, iaitu terbahagi kepada kata kerja tak transitif,
kata kerja transitif dan kata kerja pasif.

Kesimpulan
Di samping itu, dari aspek pendekatan pula, Asmah Haji Omar
berpegang teguh pada teori struktural dengan melihat sesuatu
nahu atau bahasa dari sudut struktur dan sistem kata serta
fungsinya dalam ayat. Manakala, Tatabahasa Dewan dan
Petunjuk Bahasa Melayu berkonsepkan Teorti Transformasi
Generatif.
Kesimpulannya, terdapat persamaan dan perbezaan antara
ketiga-tiga buku tatahabahasa ini. Walau bagaimanapun,
ketiga-tiganya saling melengkapi bagi pemahaman dan kajian
dalam bidang bahasa serta menjadi rujukan yang sangat
penting terutama buat para guru dalam usaha untuk
meningkatkan penguasaan tatabahasa terutamanya dalam
kalangan pelajar sekolah.

Sekian, terima kasih.

You might also like