Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Nama: Mohd Asri Bin Rahman

No. Matrik: BT13110067


Laras Bahasa
Konsep:
Laras bahasa bermaksud gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa. Laras
bahasa merupakan satu konvensi sosial, iaitu yang digunakan oleh pengguna
tertentu untuk keadaan tertentu. Laras bahasa turut didefinisikan sebagai polapola atau ciri-ciri khusus penggunaan bahasa mengikut bidang atau hal yang
diperkatakan untuk mencapai matlamat yang diharapkan. Ciri-ciri laras yang
penting ialah perbendaharaan kata, susunan ayat dan frasa yang digunakan.
Sesuatu laras tertentu digunakan untuk keadaan atau situasi tertentu. Daripada
suatu segi, dapat dikatakan bahawa dengan memilih laras yang tidak sama untuk
situasi-situasi yang berlainan, anggota masyarakat dapat menunjukkan bahawa
mereka sedar akan situasi-situasi sosial yang berlainan yang wujud di sekitar
mereka.
Ciri laras bahasa
1. Laras bahasa biasa
Laras bahasa biasa ialah laras khusus yang digunakan untuk masyarakat
umum seperti bidang hiburan (laporan sukan, berita sukan), pengetahuan
dan penerangan (syarahan, rencana), maklumat dan pemujukan (rencana,
iklan).
Laras biasa tidak melibatkan bidang tertentu, mudah difahami, tiada
istilah teknikal dan kurang kata pinjaman. Laras biasa juga menggunakan
gaya ayat sederhana, ringkas dan padat. Struktur ayatnya adalah mudah.
Contohnya, di larang memijak rumput. Laras bahasa biasa terbahagi
kepada formal dan tak formal.
Laras Bahasa Biasa
Formal/Rasmi
Digunakan dalam majlis rasmi, surat kiriman dan sebagainya.
2. Laras bahasa khusus
Laras khusus pula merujuk kepada kegunaan untuk khalayak khusus
seperti ahli-ahli atau peminat dalam bidang tertentu dan pelajar-pelajar
(rencana, laporan, buku).

Pembeza utama yang membezakan antara laras biasa dengan laras


khusus ialah kosa kata, tatabahasa dan gaya.
Perbezaan antara laras biasa dan laras khusus

Golongan laras
Biasa

Khusus

Jenis-jenis laras bahasa


1. Laras biasa
Laras ini merupakan penggunaan bahas yang tidak membabitkan sebarang
bidang ilmu atau konteks khusus. Ia biasanya digunakan dalam perbualan
seharian. Oleh itu, laras biasa tidak mengandungi istilah atau pola yang khusus.
Contoh : Hai Mat ! Nak ke mana tu? Tak singgah dulu?
2. Laras bahasa
Biasanya digunakan dalam dunia korporat, khususnya bidang perusahaan,
perindustrian, perakaunan, perbankan, perniagaan dan perdagangan.
Contoh: Bank Simpanan Nasional (BSN) mencatatkan prestasi di luar jangkaan
apabila mengaut keuntungan sebelum cukai bagi setengah tahun pertama, lebih
RM70 juta dan mengatasi keuntungan sebanyak RM 47.754 juta bagi tahun lalu.

Laras jenis ini kebiasaanya digunakan untuk mengiklankan

jenama

barangan yang ingin dijual. Gaya bahasa yang digunakan biasanya memujuk
pendengar supaya membeli barangan menerusi cara penyampaian yang menarik
sekali. Ayat yang digunakan pendek-pendek dan tidak gramatis. Laras ini diguna

untuk mempengaruhi penguna untuk membentuk tanggapan tertentu , atau


mengubah sikap dan melakukan tindakan. Laras ini juga digunakan dalam iklan,
tender, laporan dan sebagainya , disokong pula oleh gambar, lukisan, grafik,
ilustrasi dan sebagainya. Iklan dapat dihasilkan dengan beberapa cara seperti
berikut:
(a) Slogan: Kami Ada Cara
(b) Kaedah Pernyataan: Rumah Untuk Dijual/Disewa
(c) Perkaitan Konsep: Artis X dengan Tilam Jenama Y
(D) Perisytiharan: Waja dengan Aksesori Lengkap
(e) Kaedah Umpan: Beli Satu, Percuma Satu
(f) Mesra: Keutamaan Kami Adalah Pelanggan.
(g) Bandingan: Bateri X Lebih Berkuasa dan Tahan Lama
(h) Gesaan: Cepat! Cepat! Datanglah Beramai-ramai
(i) Pertanyaan: Sakit Pinggang? Sapulah Dengan Minyak Angin Z.

3.Laras Bahasa Akademik


Laras akademik boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian berdasarkan
bidang ilmu yang diperkatakan. Antaranaya laras sains, laras ekonomi, laras
sastera dan sebagainya. Laras ini kemudiannya terbahagi pula kepada beberapa
sub-bidang yang terdapat dalam sesuatu bidang akademik. Misalnya, dalam
bidang sains, terdapat laras kimia, biologi dan fizik.
Dalam bidang akademik, laras yang digunakan mudah dikesan dengan
kehadiran istilah-istilah teknikal dan khusus yang berkaitan dengan bidang
berkenaan.

Contoh dalam bidang ekonomi : Perubahan dalam pola guna tenaga merupakan
gejala yang umum dalam proses pembangunan ekonomi. Lebihan buruh daripada
sektor pertanian yang mempunyai daya pengeluaran marginal yang rendah

semakin ramai diserap ke dalam sektor industri yang mempunyai daya


pengeluaran yang tinggi.
Contoh laras sains dalam bidang biologi : Sel-sel kelenjar kolon merembeskan
mukus yang berfungsi dalam melicinkan pergerakan kandungan kolon ke arah
rektum. Tidak terdapat enzim yang dirembeskan di bahagian kolon. Cecair yang
dirembeskan bersifat alkali.
Contoh laras bahasa sains dalam bidang geokimia : Sejauh mana pencarian OH
atau H20 pada permukaan bergantung pada pH, seperti yang ditunjukkan dalam
rajah 8.11 dan seperti yang diramalkan daripada persamaan 8.21.

4.Laras Bahasa Undang-Undang


Merupakan salah satu daripada laras ilmiah yang terdapat dalam bahasa Melayu
sejak zaman dahulu lagi. Bagaimanapun, pada hari ini, laras undang-undang
lebih bersifat moden dan banyak menggunakan istilah teknikal.
Contoh : Defenden membantah pada awal prosiding kerana tidak bersetuju
dengan cadangan plainitif untuk mengemukakan saksi-saksi yang dikatakan tidak
relevan dengan perbicaraan berkenaan.
Contoh: Barangsiapa yang:a) memberikan kepadanya dirinya sendiri @ menyiksa mana-mana orang
lain bertentangan dengan peruntukan seksyen 14 dengan memberikan
kepadanya dadah berbahaya yang ditetapkan di bahagian 3 dan 4 dari
jadual pertama atau
b) dijumpai berada di mana-mana premis yang telah di khaskan atau di
gunakan untuk mana-mana tujuan seperti yang telah di tetapkan dalam
seksyen 13 supaya mana-mana dadah berbahaya tersebut boleh
diberikan atau atu di hisap atau dengan kaedah lain olehnya adalah
bersalah atas suatu kesalahan terahdap akta ini dan jika disabitkan
hendaklah di denda tidak lebih dari lima ribu ringgit atau di kenakan
hukuman penjara selama tempoh tidak lebih daripada 2 tahun.

5.Laras bahasa media

Laras

media

massa

kurang

mementingkan

gaya

atau

nahu,

khususnya

penggunaan imbuhan dan kata hubung. Berita sebagai satu wacana mempunyai
struktur teks yang tersendiri, lain daripada struktur teks cereka, dan lain pula
daripada struktur teks esei dan karya ilmiah. Wartawan atau pengarang akhbar
menggunakan bahasa untuk menjelaskan sesuatu menurut cara yang paling
mudah diterima sesuai dengan selera sebilangan besar pembaca akhbar.
Tiga ciri penting yang harus ada dalam berita akhbar yang baik ialah
bahasa yang digunakan mudah, gaya tulisan yang jelas dan isi tulisan mestilah
tepat. Oleh sebab akhbar diterbitkan untuk orang ramai, maka bahasa akhbar
haruslah sesuai dengan bahasa kegunaan orang ramai.
Bahasa yang digunakan bersahaja dan bersifat melaporkan sesuatu peristiwa
yang berlaku. Bahasanya juga ringkas dan mengandungi berita yang maksimum
untuk

dipaparkan

kepada

pembaca

dan

penonton.

Ayat

yang

panjang,

mengandungi beberapa klausa, menggunakan petikan, metafora, kiasan, istilah


teknik, dan sebagainya haruslah dielakkan.
Contoh : Perak menjuarai kejohanan bola sepak Piala Malaysia 1998 selepas
menewaskan Terengganu dengan jaringan tipis 1-0 di Stadium Nasional malam
tadi.
6.Laras Bahasa Sastera
Memperlihatkan gaya bahasa yang menarik dan kreatif. Bahasanya boleh dalam
bentuk naratif, deskriptif, preskriptif, dramatik dan puitis.
Beberapa ciri bahasa sastera adalah:
a)
b)
c)
d)

kreatif dan imaginatif


mementingkan penyusunan, pengulangan dan pemilihan kata
puitis dan hidup,: monolog, dialog, bunga-bunga bahasadan sebagainya.
menggunakan bahasa tersirat: perlambangan, kiasan, perbandingan,

peribahasa, metafora, simile, personifikasi, ilusi, ambiguiti dan sebagainya.


e) terdapat penyimpangan tatabahasa atau manipulasi bahasa.
Contoh : Apabila berbicara mengenai kesusasteraan, kita sebenarnya akan
membincangkan beberapa aspek seperti tema, kronologi, mesej yang ingin
disampaikan, watak dan perwatakan unsur termasuk personifikasi dan metafora.
Contoh

novel : Perkarangan tempat menunggu di Unit Kecemasan Hospital

Universiti Kebangsaan Malaysia kelihatan lengang. Qasdina yang sudah hampir

15 minit tiba, sekadar menyepikan diri di deretan bangku-bangku kosong yang


terdapat di situ. Air matanya sudah lama kering. Penantiannya bagaikan tiada
jawapan.
7.Laras Bahasa Agama
Mengandungi istilah agama daripada bahasa Arab. Struktur ayatnya banyak
dipengaruhi struktur bahasa Arab. Diselitkan dengan petikan daripada al-Quran
dan hadis.
Contoh (doa) : Wahai Tuhan kami,kami meminta daripada Engkau kesejahteraan
dalam agama, kesihatan tubuh badan, keberkatan rezeki, keampunan sebelum
mati, rahmat pada kala mati, dan keampunan selepas mati. Wahai Tuhan kami,
senangkanlah kami waktu menghadapi kematian dan lepaskan kami dari neraka
dan anugerahi kami kemaafan pada waktu perkiraan.
8.Laras Bahasa Sukan
Berkaitan dengan aktiviti-aktiviti dan kegiatan sukan.
Contoh : Sistem liga merupakan satu-satunya format pertandingan yang paling
digemari oleh pihak penganjur dan para peserta dalam permainan sukan
berpasukan. Dalam sistem ini setiap pasukan akan bertemu seberapa banyak
yang mungkin dengan pasukan yang lain bergantung kepada bilangan ahli
kumpulan masing-masing.
9.Laras Bahasa Sains Komputer
Mengandungi istilah-istilah berkaitan dengan peranti komputer dan siber.
Contoh : Aktiviti penyelenggaraan komputer peribadi (PC) sering dianggap
remeh, kerana sifatnya yang agak membosankan meskipun aktiviti ini penting.
Seperti perkakasan, selenggaraan secara berterusan juga perlu untuk perisian
,sisitem operasi (OS), program dan data.

You might also like