Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

KESAN PEMBUANGAN SAMPAH TERHADAP ALAM SEKITAR

Menganggu Keseimbangan Ekosistem


Pengurusan sampah sarap yang tidak teratur di kawasan Kampung Rampaian
akan

menyebabkan

pelbagai

kesan

yang

negatif

sehingga

menjejaskan

keseimbangan ekosistem persekitaran perkampungan tersebut. Perkara ini dapat


dijelaskan seperti berikut. Sampah yang mengandungi bahan kimia atau bahan
organik seperti sisa-sisa makanan dan najis, jika dibuang ke dalam kawasan air
boleh menyebabkan air dikawasan itu mendapat jumlah nutrien yang berlebihlebihan. Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya proses eutrophication
dimana nutrien-nutrien tersebut menyebabkan alga tumbuh berlebih-lebihan dan
apabila alga-alga itu mati, bakteria yang mereputkan atau decompose alga
tersebut

akan

mempergunakan

jumlah

oksigen

yang

banyak

hingga

menyebabkan hidupan air yang lain tidak dapat hidup kerana kekurangan
oksigen. Akibat daripada kekurangan oksigen ini menyebabkan banyak hidupanhidupan akuatik mati di dalam sungai tersebut. Malahan, menyebabkan
berlakunya pencemaran bau hasil daripada bangkai-bangkai hidupan air yang
kekurangan oksigen. Kesan daripada ini juga akan menganggu keselesaan
penduduk Kampung Rampaian yang terpaksa menghadapi masalah pencemaran
bau daripada sampah yang tidak diurus dengan baik serta bau busuk bangkai
hidupan akuatik yang mati di kawasan sungai di kampung tersebut.
Menjejaskan Kesihatan
Malahan, pembuangan sampah-sarap yang tidak sistematik dan tidak diurus
dengan baik di kawasan Kampung Rampaian dimana hanya satu sahaja tong
sampah besar sahaja yang disediakan oleh Majlis Daerah Kota Kinabalu,
menyebabkan kawasan Kampung Rampaian yang tidak mempunyai tempat
pembuangan sampah yang khusus, menyebabkan mereka mengambil inisiatif
dengan membuang sampah di merata-rata tempat. Oleh itu, pembuangan
sampah sarap yang tidak diurus dengan baik ini akan memberi kesan buruk
kepada kesihatan masyarakat di kawasan perkampungan tersebut. Sisa-sisa
pembuangan sampah juga boleh membawa pelbagai wabak penyakit yang
disebarkan oleh haiwan-haiwan perosak seperti tikus, lipas, burung gagak, lalat
dan lain-lain sehingga menyebabkan penularan pelbagai wabak penyakit kesan
daripada pembuangan sampah sarap yang tidak teratur ini seperti demam
denggi, Taun, Malaria, keracunan makanan dan sebagai. Misalnya, pembuangan

sampah di dalam air boleh menyebabkan pembiakan nyamuk Aedes di dalam air
dan boleh menyebabkan penyakit deman denggi kepada orang sekeliling di
Kampung Rampayan tersebut sehingga boleh membawa maut.
Pencemaran Udara
Pembuangan sampah-sarap di merata-rata tempat dan tiada pengurusan yang
sistematik diambil untuk mengatasi masalah pembuangan sampah di Kampung
Rampayan juga boleh menyebabkan berlakunya pencemaran udara. Perkara ini
berlaku disebabkan bau yang busuk terhasil daripada sampah sarap ini akan
menyebabkan

wujudnya

pencemaran

bau

dan

seterusnya

menyebabkan

pencemaran udara berlaku. Maka bau-bauan dan kotoran akan menjejaskan


kehidupan sekeliling kawasan alam sekitar yang terlibat. Malahan, ada segelintir
masyarakat di kawasan perkampungan tersebut yang mengambil jalan mudah
dengan

melakukan

pembakaran

terbuka

untuk

membuang

sampah

dari

kediaman mereka. Pembakaran sampah ini akan menyebabkan berlakunya


pencemaran udara yang teruk. Tambahan lagi, jika sampah sarap yang dibakar
itu merupakan barangan plastik, akan menyebabkan pembebasan bahan-bahan
pencemar atau gas-gas yang berbahaya seperti karbon dioksida, Sulphur,
nitrogen dan sebagainya dari barangan plastik tersebut apabila dibakar.
Seterusnya

menyebabkan

pencemaran

udara

yang

teruk

serta

dapat

menjejaskan kualiti udara yang bersih akibat daripada pembakaran terbuka yang
dilakukan

oleh

sesetengah

masyarakat

Kampung

Rampayan

untuk

menyelesaikan masalah sampah sarap di kediaman mereka.


Mencemarkan Keindahan Alam Sekitar dan Imej Penduduk Kampung
Rampayan
Selain itu, masalah pembuangan sampah turut mencemarkan imej Kampung
Rampayan tersebut. Akibat daripada sistem pengurusan sampah yang tidak
sistematik dan tidak teratur menyebabkan kawasan perkampungan tersebut
kelihatan kotor. Keadaan kawasan kampung ini yang terjejas kebersihannya akan
menyebabkan keindahan alam sekitar di sekeliling kampung tersebut akan
menjadi terjejas dan juga mengundang persepsi yang negatif keatas penduduk
di kawasan perkampungan tersebut. Pihak luar mungkin akan menganggap
masyarakat Kampung Rampayan ini sebagai masyarakat yang kurang tahap
kesedaran

mengenai

penjagaan

kebersihan.

Disamping

itu,

pembuangan

sampah sarap merata-rata tempat juga akan menjejaskan keindahan alam

sekitar

yang

dimiliki

oleh

kampung

tersebut.

Dimana

akibat

daripada

pembuangan sampah di kawasan kampung tersebut menyebabkan berlakunya


pencemaran sungai dan kepupusan sesetengah spesies hidupan akuatik. Ini akan
menjejaskan kebersihan dan keindahan alam sekitar yang dimiliki oleh Kampung
Rampayan tersebut

Berlakunya Bencana Alam


Disamping itu, pembuangan sampah-sarap juga boleh mengundang kepada
berlakunya bencana alam yang memberi kesan negatif kepada alam sekitar
serta hidupan lain. Perbuatan membuang sampah-sarap ke dalam longkang akan
menyebabkan longkang menjadi tersumbat dan menghalang pengaliran air
ketika

hujan.

Manakala,

pembuangan

sampah

ke

dalam

sungai

pula

menyebabkan sungai menjadi cetek sehingga menyebabkan berlakunya banjir


kilat akibat daripada limpahan air yang berlebihan dari sungai yang cetek dan
longkang yang tersumbat. Seperti situasi di Kampung Rampayan dimana
sentiasa berlaku banjir kilat ketika musim hujan berlaku. Perkara ini berlaku
disebabkan pembuangan sampah yang tidak diselia dengan baik menyebabkan
berlaku masalah longkang tersumbat akibat dipenuhi dengan sampah sarap
menyebabkan sentiasa berlaku banjir kilat apabila tibanya musim tengkujuh di
perkampungan tersebut.
Menjejaskan

Ekonomi

dan

Pembangunan

Masyarakat

Kampung

Rampayan
Melalui pembuangan sampah sarap yang tidak terurus ini juga akan memberi
kesan kepada ekonomi dan pembangunan masyarakat Kampung Rampayan ini.
Pengurusan sampah yang tidak sistematik ini akan menyebabkan berlakunya
penyebaran wabak penyakit yang dibawa oleh binatang-binatang perosak seperti
penyakit

deman

denggi,

kencing

tikus,

keracunan

makanan,

taun

dan

sebagainya. Kesan daripada penyebaran wabak penyakit ini akan menjejaskan


kesihatan penduduk-penduduk di kawasan perkampungan ini. Impak daripada
kesihatan yang terjejas juga telah memberi masalah kepada masyarakat
kampung untuk keluar mencari rezeki kerana disebabkan kesihatan mereka yang
tidak berapa baik seterusnya membantutkan pertumbuhan ekonomi dan

produktiviti masyarakat perkampungan Rampayan tersebut. Disamping itu,


pembuangan sampah sarap yang tidak terkawal ini juga akan menyukarkan
proses pembangunan dijalankan di kawasan perkampungan tersebut. Pihak
kerajaan perlu mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk merawat
masyarakat kampung tersebut dan juga untuk menyelesaikan masalah sampah
sarap ini. Perkara ini telah menghalang kerajaan untuk membiayai aktiviti
pembangunan di kampung tersebut kesan daripada aktiviti pengurusan aktiviti
sampah yang tidak sistematik ini.

RUJUKAN
Geof Knight, Plastic Pollution, United Kingdom:Raintree,
2013.

David Naguib Pellow, Garbage Wars: The Struggle for


Environmental

Justice

In

World,

Cambridge,

Massachusetts: MIT Press, 2004.


Eleonora Deschamps, Jrg Matschullat, Arsenic: Natural
and Anthropogenic, Boca Raton, USA:CRC Press, 2011.

You might also like