2) Sosiologi Hukum PDF

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 23

PENDEKATAN SOSIOLOGI HUKUM

ISLAM DALAM KAJIAN USUL ALFIQH GUNAAN

Syamsul Azizul Marinsah & Mohd


Anuar Ramli

PENDEKATAN SOSIOLOGI HUKUM ISLAM DALAM KAJIAN USUL AL-FIQH


GUNAAN
Syamsul Azizul Marinsah & Mohd Anuar Ramli
Jabatan Fiqh & Usul,
Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya.
Abstrak
Hukum Islam merupakan panduan hidup yang dinamik lagi komprehensif. Ia mampu
menyediakan formula penyelesaian yang kompeten terhadap isu-isu yang timbul dalam
masyarakat Islam, sama ada melibatkan isu klasik dalam amalan tradisi masyarakat mahupun
isu baharu yang lahir dampak kemajuan sains dan teknologi semasa. Sehubungan itu, kajian
ini membincangkan tentang kaedah penyelidikan hukum Islam yang bersifat bersepadu dalam
disiplin kajian Usul al-Fiqh Gunaan (Applied Principles of Islamic Jurisprudence). Ia
memfokuskan metode Sosiologi Hukum Islam yang diguna pakai bagi memastikan
keseimbangan di antara idealisme yang terkandung dalam hukum Islam dengan realiti
perlaksanaannya di dalam masyarakat Islam. Untuk itu, pendekatan ini akan diterapkan dalam
meneliti fenomena sosial dalam kehidupan masyarakat Bajau-Islam di Semporna, Sabah
khususnya dalam aspek amalan tradisi mereka, antaranya amalan yang berkaitan dengan
kepercayaan kepada tulah, magombbo dan pitulak. Hasil kajian mendapati, terdapat gejala
sinkretisme dalam adat tradisi Bajau tersebut yang mana ia bertentangan dengan syariat Islam.
Justeru, metode Sosiologi hukum Islam yang diaplikasikan dapat memberikan jawapan tuntas
berhubung dengan amalan yang berlaku dalam masyarakat Islam.
Kata kunci: usul al-fiqh, sosiologi hukum Islam, sinkretisme, Bajau, adat tradisi

PENDAHULUAN

Secara asasnya dalam pengajian syariah, keperluan kepada transformasi hukum Islam bagi
menjawab persoalan isu semasa dalam masyarakat Islam hari ini merupakan satu keperluan
yang agak mendesak. Kegagalan memenuhi keperluan ini akan menjadikan pengaruh hukum
Islam dalam masyarakat menjadi semakin pudar dan semakin terhakis. Oleh yang demikian,
anjakan paradigma perlu dilakukan oleh para sarjana hukum Islam agar reformasi hukum
dapat dilakukan. Rentetan daripada ini, penulis berusaha memberikan pengenalan secara
ringkas berhubung dengan pendekatan sosiologi hukum Islam1 dalam usul al-fiqh gunaan agar
pemikiran hukum Islam sentiasa maju ke hadapan dan bersifat semasa. Sebenarnya metode ini
merupakan rentetan daripada satu metode iaitu a unified approach to shariah and social
inference.2

Sebagai suatu sistem hidup yang lengkap, Islam melihat kehidupan masyarakat manusia
secara rasional. Hukum Islam adalah satu pendekatan yang sangat mementingkan rasional.3
Ini terbukti apabila di dalam sumber perundangan Islam, terdapat satu metode pengambil
kiraan budaya masyarakat yang dikenali sebagai al-urf wa al-adah.4 Fakta ini membuktikan
Islam menghormati budaya sesuatu masyarakat, malah meraikannya dengan syarat ia tidak
bertentangan dengan nas syarak. Berasaskan kepada konsep ini, kajian ini cuba

Dalam konteks perbincangan ini, pendekatan sosiologi hukum yang dimaksudkan adalah pendekatan
penyelidikan ilmiah yang membicarakan fenomena sosial dalam kehidupan manusia. Dalam erti kata lain, ia
merupakan kajian yang tidak terbatas kepada masyarakat manusia sahaja tetapi merangkumi ilmu sejarah
(pendekatan historis), antropologi, sosiologi, ilmu geografi (keadaan persekitaran), latar belakang budaya dan
sebagainya. Kaedah sosiologi hukum Islam ini juga menggabungkan kaedah usul al-fiqh dan pengajian sains
sosial.

Metode ini sebenarnya daripada kajian oleh Louay Safi, dalam bukunya The Foundation of Knowledge A
Comparative Studyin Islamic and Western Methods of Inquiry (1996),Selangor: IIU & IIIT, hh. 171-196.
Muhammad Anas az-Zarqa coba mengembangkan metode ini dalam bidang ekonomi, lihat Muhammad Anas
az-Zarqa (1989), Tahqiq Islamiyah Ilm al-Iqtisad: al-Manhaj wa al-Mafh-m, dalam Toward Islamization of
Disciplin, Herdon: IIIT, h. 317-57.

Mahmood Zuhdi Abdul Majid (2010), Transformasi Fikah Semasa, Selangor: PTS Islamika Sdn. Bhd, h.111.

Al-Urf wa al-Adat merupakan salah satu sumber hukum di dalam ilmu Usul Fiqh. Kaedah ini sangat
penting kerana ia digunakan sebagai pertimbangan ijtihad dalam mengeluarkan sesuatu hukum. Ini kerana
hukum Islam mempunyai hubungan yang rapat dengan urf. Pada era sebelum agama, masyarakat sudah pun
mengenal hak dan kewajipan mereka yang dapat diterima dalam masyarakat. Tradisi dan segala batasan
mengenai tingkah laku anggota masyarakat menjadi rujukan penting dalam perlaksanaan sesuatu hukum.
Maklumat lanjut berhubung al-urf sebagai pertimbangan hukum, sila lihat Muhammad Firdaus Nurul Huda,
Kesan Perubahan Sosial Terhadap Hukum Islam (Selangor: Thinkers Library Sdn. Bhd, 2002), 112-119.
Sila lihat juga penjelasan metode ini dalam al-Jurjani (1283H) Kitab al-Tarifat ,Kaherah: t.p 99; Muhammad
Amin Afandi Ibn Abidin, (1980)), Majmu ah Rasail Ibn Abidin, t.tp.: t.t., j 2, h. 112; Subhi Mahmasani,
(1971), Falsafah al-Tasyri fi al-Islam, Beirut: t.p, h. 184. Sila lihat juga S. Mahmasani (1987) The
Philosiphy of Jurisprudence of Islam, terj. Selangor: Penerbitan Hizbi, h. 131.

membincangkan tentang kaedah penyelidikan hukum Islam yang bersifat bersepadu dalam
disiplin kajian Usul al-Fiqh gunaan. Perbincangan ini mempunyai beberapa bahagian yang
khusus iaitu pertamanya, konsep asas metodologi hukum Islam. Keduanya, fenomena
sinkretisme di kalangan masyarakat Bajau Semporna dan ketiganya bagaimana metode
sosiologi hukum Islam ini digunakan dalam menangani fenomena sinkretisme dalam
masyarakat Bajau.

KEPERLUAN INTEGRASI ANTARA DISIPLIN HUKUM ISLAM DAN SAINS


SOSIAL

Dalam perkembangan semasa kajian hukum Islam memperlihatkan wujudnya seruan untuk
memperbaharui dan memperkembangkan disiplin hukum Islam. Pembaharuan yang
dicadangkan ini adalah melibatkan perubahan kaedah analisis dan penambahan sumber
rujukan kajian hukum Islam. Muhammad al-Dasuqi menyatakan perlunya tajdid di dalam
bidang usul al-fiqh disebabkan oleh kenyataannya kebanyakan karya-karya usul al-fiqh yang
ada hanya membentangkan wacana-wacana yang sama dan diulang-ulang. Ini perlu diberi
penambahbaikan dengan memasukkan perbincangan-perbincangan baharu seperti konsep
baharu mengenai ta'lil al-ahkam dan juga matlamat utama perundangan (maqasid alshari`ah). Ini menurut beliau dapat menjamin usul al-fiqh mampu dihubungkan konteks sosial
semasa dan memberi kesan kepadanya5.

Secara umumnya pembaharuan di dalam kajian usul al-fiqh adalah pada dua bentuk iaitu
bentuk doktriner-normatif-deduktif dan juga bentuk empiris-historis-deduktif. Pada bentuk
yang pertama ia lebih berkaitan proses memilih, memberi makna, dan merumuskan
kesimpulan hukum daripada teks-teks Syariah6. Pada peringkat kedua ialah proses di mana
konteks sesuatu hukum itu terbentuk dan hendak diaplikasikan dianalisa secara sistematik.

Muhammad al-Dasuqi (1996) Nahwa Manhaj al-Jadid Li al-Dirasah `Ilmi Usul al-Fiqh, dalam Jurnal
Islamiah Ma`rifah, Tahun 1, Vol. 3, hh. 123-130

Kajian terhadap pembaharuan di peringkat ini dibahaskan secara komphrehensif oleh Kutbuddin Aibak di
dalam kajiannya. Beliau membahaskan mengenai metodologi pembaharuan hukum Islam yang melibatkan
penerapan Maqasid al-Syariah di dalam proses ijtihad semasa. Beliau menyarankan bahawa pembaharuan
metodologi ini melibatkan dua corak pendekatan yang perlu dikembangkan iaitu pendekatan talili iaitu
penggalian hukum yang bertumpu pada penentuan illah-illah hukum yang terdapat di dalam nass dan juga
pendekatan istislahi iaitu penggalian hukum yang bertumpu kepada prinsip-prinsip kemaslahatan daripada alQuran dan al-Sunnah. Kutbuddin Aibak (2008), Metodologi Pembaharuan Hukum Islam, Yogjakarta :
Pustaka Pelajar, hh. 14-15.

Dalam motode ini para pemikir telah mula melibatkan ilmu-ilmu seperti sejarah, bahasa,
antropologi, sosiologi, falsafah, dan filologi7.

Yusuf al-Qaradawi dalam penulisannya menyebut mengenai kepentingan pengaplikasian


beberapa ilmu moden di dalam tradisi usul al-fiqh. Beliau menyatakan:

Pada masa kini, satu daripada faktor yang berkesan dan keperluan yang mendesak di dalam
pengajian fiqh perbandingan yang mampu membantu para pelajar pengajian Islam untuk
menyelesaikan titik-titik pertikaian dan pertentangan pendapat yang berlaku di kalangan
para fuqaha' dan dengan yakin mengambil pendapat yang rajih ialah dengan merujuk kepada
penemuan-penemuan kajian saintifik yang dibuat di dalam pelbagai bidang keilmuan seperti
di dalam astronomi, fizik, biologi, kimia, perubatan dan psikologi. Bentuk-bentuk ilmu ini
tidak diketahui oleh para fuqaha' yang lalu. Oleh itu, sebahagian kesimpulan yang mereka
telah putuskan kemungkinan tidak bersesuaian dengan penemuan-penemuan ini, dan
dianggap sebagai sebuah ijtihad yang lemah dalam sesebuah persoalan fiqh,"8
Berhubung dengan interaksi fiqh dengan perubahan sosial, Firdaus Nurul Huda menekankan
tentang perlunya sebuah sistem perubahan hukum yang menyeluruh. Secara asasnya ia perlu
merangkumi penentuan kategori hukum yang dapat atau tidak dapat berubah secara terperinci,
hubung kait sesuatu hukum dengan fakta-fakta sosial yang melahirkan hukum, memastikan
kadar-kadar yang munasabah antara hukum dan perkembangan masyarakat, serta memerlukan
kaedah kaedah-kaedah baharu yang lebih berkesan, sistematik, dan berasas mengenai
perubahan hukum tersebut. Sistem ini juga perlu mengenal pasti realiti-realiti sosial yang
berkembang dan menentukan kadar keberkesanan realiti-realiti tersebut terhadap hukum
Syarak. Dengan wujudnya sistem perubahan hukum Islam ini maka penyelewengan dan
penyalahgunaan metodologi demi kepentingan yang remeh dapat dielakkan9.

Ini sudah semestinya memerlukan penelitian analisa-sosiologis bagi melaksanakan penelitian


yang sistematik dan tepat kepada sesebuah gejala sosial yang berubah yang mempunyai kaitan
dengan hukum-hukum tertentu. Kita tahu bahawa masa lalu para imam besar juga mempunyai
kedalaman ilmu, yang bukan sahaja hukum Islam, seperti yang kita fahami sekarang tetapi
juga di dalam ilmu kemasyarakatan. Istilah metode istiqrai yang dilakukan oleh Imam al7

Ahmad Kamaruzzaman Boestamam (2006), Asas-asas Reformasi Islam: Suatu Perspektif Asas, dalam
Jurnal Pemikir, Bil. 43, h. 30.

Yusuf Al-Qaradawi(1998), Al-Ijtihad al-Mu`asir Bayna al-Indibat wa al-Infirat, Beirut : Al-Maktab alIslami, hh. 33-34

Muhammad Firdaus Nurul Huda(2002), Kesan Perubahan Sosial Terhadap Hukum Islam : Satu Kajian
Tentang Metodologi Syariah dan Perlaksanaannya, Selangor ; Thinkers Library, h. 309

Syafie adalah suatu contohnya. Dengan metode inilah, al-Syafie bukan sahaja melakukan
penelitian sosiologis, namun juga antropologis dalam melihat realiti umat sebagai sasaran
penelitian untuk kemudian menjadi sasaran penentuan hukum Islam yang bersifat semasa.
Contohnya dalam penentuan jenis atau batasan darah haidh dan istihadhah10.

Jika ilmu usul al-fiqh menjadi alat bantu dalam memahami syariah, kaedah sosiologi pula
merupakan alat bantu dalam memahami masyarakat, iaitu medan hukum Syariah
diaplikasikan. Walaupun begitu ilmu usul al-fiqh tidak mempunyai kaedah tertentu untuk
menganalisis gejala sosial yang berkembang dalam masyarakat 11. Oleh itu para fuqaha
hendaklah

menguasai

metodologi

kaedah

penyelidikan

sains

sosial

moden

dan

mengadunkannya dengan kaedah-kaedah usul al-fiqh. Ini kerana proses analisis gejala sosial
ini amat penting dan termasuk di dalam kaedah ijtihad tahqiq al-manat (mengenalpasti latar
belakang realiti masalah) sebelum proses ijtihad takhrij dan tanqihal-manat dapat
dilaksanakan12.

Kelancaran ulama menjalankan tugas secara jelas dapat dibantu dengan ilmu sains sosial
kerana kandungan utama ilmu ini ialah i) pengetahuan tentang apa yang berlaku di dalam
masyarakat ii) pengetahuan tentang kenapa sesuatu tindakan dan perkembangan itu timbul di
dalam masyarakat. Secara amnya penggunaan pendekatan sosiologi dalam kajian hukum
Islam dapat mengambil beberapa tema iaitu:i)

pengaruh hukum Islam terhadap masyarakat dan perubahan masyarakat

ii)

pengaruh perubahan dan perkembangan masyarakat terhadap pemikiran hukum


Islam

iii)

tingkat pengamalan hukum agama dalam masyarakat

iv)

pola interaksi masyarakat mengenai isu-isu hukum Islam

10

A. Qodri Azizy ((2004), Reformasi Bermazhab : Sebuah Ikhtiar Menuju Ijtihad Sesuai Saintifik Moden, M.
Zain (Ed.), Jakarta : Penerbit Teraju, h. 166

11

Louay Safi(1996), The Foundaton Of Knowledge, Selangor : International Islamic University Malaysia &
International Institute of Islamic Thought, hh. 34,119 & 166

12

Huraian dalam Mohd Daud Bakar (1999), Hukum Islam Antara Prinsip Syari'ah dan Perbendaharaan Fiqh,
dalam Hukum Islam Semasa Bagi Masyarakat Malaysia Yang Membangun, Kuala Lumpur : APIUM, hh. 3540

v)

gerakan atau organisasi di dalam masyarakat

yang mendukung atau tidak

menyokong perlaksanaan hukum Islam13

Kebiasaannya untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan objektif dalam mengetahui
kenapa sesuatu perkembangan berlaku, ilmu sains sosial lebih menekankan kajian lapangan
yang bersifat saintifik yang bersesuaian dengan objek yang dikaji. Kekuatan utama
pendekatan ini adalah ianya akan memperoleh hasil yang lebih tepat, terkini, dan tidak terikat
dengan kajian sebelumnya. Apa yang lebih penting lagi, maklumat terkini yang diperolehi
daripada penggunaan kaedah penyelidikan lapangan (field work) ini kemudiannya perlu
diterapkan dengan perkiraan semasa dan terkini di dalam menetapkan sesuatu jawapan
terhadap masalah ummah14.

Di dalam kerangka epistemologi, pengaruh pemikiran-pemikiran yang timbul di era


Pencerahan Tamadun Barat (Enlightenment) pada abad ke-18 telah menerapkan unsur-unsur
'sekularisme' dengan segala bentuknya yang tersendiri ke dalam hal ehwal kemasyarakatan.
Di dalam konteks ini, sains fizikal di dalam perkembangan ilmu falsafah - setelah
disekularisasikan- telah ditempatkan sama tahapnya dengan sains tulen. Di dalam proses
sekularisasi ini, secara bertahap, sains sosial kemudiannya telah ditempatkan di peringkat
yang sama dengan sains tulen. Di dalam bidang sains sosial proses ini mempunyai bentuknya
yang tersendiri iaitu dengan terbentuknya aliran positivism di dalam sosiologi 15. Doktrin
posivitisme ini menekankan bahawa kebenaran hanya terletak kepada fakta-fakta empiris
yang boleh dilihat atau dikira secara kuantitatif. Prinsip ini sudah tentu tidak sesuai dengan
perspektif Islam yang meletakkan ilmu pengetahuan secara holistik merangkumi ilmu
keagamaan yang diwahyukan(al-ulum al-naqliyyah) dan ilmu peradaban manusia (al-`ulum
al-`aqliyyah). Selain itu di dalam model kajian fungsionalisme16, institusi agama ialah
dianggap sama tarafnya dengan institusi ekonomi, politik dan kekeluargaan dan sebagainya 17.

13

H.M. Atho Mudzhar,(2000), Pendekatan Sosiologi Dalam Studi Hukum Islam, dalam Mencari Islam :
Studi Islam dengan Berbagai Pendekatan, Amin Abdullah (Ed.), Yogjakarta : Tiara Wacana Yogya, hh. 3536.

14

Rahimin Affandi Abdul Rahim(2002), "Ke Arah Penyediaan Kaedah Penyelidikan Hukum Islam Terkini :
Satu Pengenalan", dalam Jurnal Syari`ah, Tahun. 1, Vol.10, hh. 11-12.

15

Ibid., h. 79.

16

Fungsionalisme dapat didefinisikan dengan dua cara yang berbeza. Kingley Davis apabila menyatakan
bahawa setiap sosiologis merupakan fungsionalis beliau memaksudkan bahawa fungsionalisme adalah
pendekatan kajian yang menghubungkan suatu elemen tertentu dalam masyarakat kepada keseluruhan entiti
masyarakat dan menghubungkan elemen-elemen ini antara satu sama lain. Definisi yang lebih tepat ialah

Konsep-konsep teori sosial juga biasanya mempunyai kaitan langsung dengan doktrin
(ideologi) tertentu.

Sebagai

contoh

kecenderungan mempertahankan

pendekatan fungsionalis-stukturalis

mempunyai

status quo struktur kapitalis demokrasi barat dan

menjadikan masyarakat kapitalis moden sebagai model pendekatan sosiologi mereka. Teori
konflik pula yang melihat masyarakat sentiasa mempunyai elemen eksploitasi dan konflik
didasari ideologi dialektik-materialisme Marx dan turut menjadikan bentuk masyarakat dalam
perspektif pemikiran Marxist sebagai model sosiologi aliran ini. 18

Walaupun begitu kaedah-kaedah pengumpulan dan pengkajian data secara saintifik adalah
objektif. Tidak dinafikan ia mempunyai kelebihan dalam kajian kemasyarakatan. Akan tetapi,
biasanya seorang penganalisa sosial mempunyai nilai-nilai tertentu yang menjadi dasar
analisisnya terhadap seberang isu sosial. Penganalisis sosial di dalam analisisnya sama ada
dalam keadaan sedar atau tidak, akan mengambil sisi pandangan ideologikal dan teori tertentu
di dalam proses analisis dan penghuraian data. Kadangkala di dalam menganalisis fenomena
sosial, beliau mengabaikan penggunaan kaedah saintifik sebagaimana yang dilakukan Max
Weber dalam menganalisis Islam. Beliau bukan sahaja bersikap bias tetapi juga mengabaikan
metodologi beliau sendiri.19

sepertimana yang diberikan oleh Turner dan Maryanski iaitu sebuah pendekatan yang melihat sesebuah
masyarakat dengan menyamakannya dengan organism yang bersifat biologikal dan usaha menghuraikan
sesuatu struktur kemasyarakatan di dalam kerangka ia memerlukan kepada hubungan dengan elemen-elemen
kemasyarakatan lain secara menyeluruh.
17

Wan Hisham Wan Teh (1986), Sumbangan Sarjana Islam kepada Pengwujudan dan Perkembangan
Antropologi, dalam Sains Sosial dari Perspektif Islam, Bangi : Penerbitan UKM, hh. 56-58.

18

Ilyas Ba Yunus (1989), Pengislaman Sains Sosial, dalam Sains Sosial dan Sains Tulen, I.R. Faruqi & A.O.
Nasef (Ed.), Mohamad Rafie Abdul Malek, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 33-36

19

Abu Bakar A. Bageder (t.t), Islam and Sociological Perspective, dalam Islamization Of Social Sciences,
Kuala Lumpur : Muslim Youth Movement Of Malaysia. Turner menyatakanPada titik pokok pandangan
Weber tentang masyarakat Islam, ia mengkontraskan antara rasionalitas dan sifat sistematik masyarakat
Barat, terutama dalam bidang hukum, ilmu pengetahuan, industri dan kondisi-kondisi ekonomi-politik,
dengan peradaban Timur yang berubah-rubah dan tidak stabil khususnya peradaban Islam. Bryan S.
Turner (2005), Menggugat Sosiologi Sekuler : Studi Analisis Atas Sosiologi Weber, Yogyakarta : Suluh
Press, h. 23.

KONSEP ASAS METODE SOSIOLOGI HUKUM20

Dalam perspektif usul fiqh, secara asasnya terdapat tiga metode ijtihad, iaitu bayani
(linguistik), talili (qiyas) dan istislahi (teologi).21 Ekoran daripada tiga metode ini kemudian
muncullah perbagai metode yang lain seperti metode istinbath,22 istiqrai23, takwini24 dan
sebagainya. Kebanyakan metode-metode ini mempunyai keistimewaan tersendiri namun
terdapat banyak kekurangannya dalam menjawab persoalan yang berhubung dengan isu
semasa yang berkait rapat dengan fenomena sosial.25 Justeru itu, keterbatasan metode-metode
ini dalam merungkai persoalan baharu dalam menangani fenomena sosial, membuatkan
pengkaji berusaha mengembangkan idea memperkenalkan satu metode iaitu sosiologi hukum
Islam agar ia mampu menutup ruang-ruang kekurangan hukum Islam agar hukum Islam dapat
menyelesaikan masalah yang bersifat semasa.26
Metode sosiologi hukum Islam merupakan satu kajian dalam disiplin ilmu hukum Islam27
yang mengkaji gejala serta fenomena masyarakat sebagai latar belakang pembinaan hukum.28

20

Pendekatan ini berbeza dengan disiplin sosiologi hukum di Indonesia yang membincangkan sosiologi dari
aspek undang-undang (sociology of law).

21

Ketiga-tiga metode ini dikenali sebagai metode jadali. Maklumat lanjut boleh didapati dalam Amir Mu'allim
dan Yusdani (1999), Konfigurasi Pemikiran Hukum Islam, Yogyakarta, hh 64-67. .Ijtihad istihsani tidak
dianggap sebagai metode ijtihad yang tersendiri kerana terdapat beberapa bahgian aplikasinya termasuk
dalam perbahasan ijtihad qiyasi dan sebahagian yang lain dalam katagori istislahi, Lihat lebih lanjut pada
Muhammad Maruf ad-Dawalibi (1965) al-Madhal ila Ilm Usul al-Fiqh, Ttp: Dar al-Kitab al-Jadid, h. 419.

22

Maksud kaedah istinbath ialah memetik kesimpulan khusus dari dalil-dalil umum yang terkandung di dalam
sumber naqli. Lihat Idris Awang (2001), Kaedah Penyelidkan Satu Sorotan, Kuala Lumpur: APIUM, h. 82.

23

Maksud kaedah istiqrai ialah memetik kesimpulan hukum umum yang dihasilkan dari fakta-fakta khusus,
terutamanya terhadap sesuatu masalah yang tiada ketentuan nasnya daripada al-Quran dan sunnah. Ibid., 82.

24

Maksud kaedah takwini ialah meneliti latar belakang yang menyebabkan munculnya sesuatu nas syarak
(Qur'an dan sunnah) di dalam masalah hukum. Ia menumpukan perhatian terhadap dua perkara utama,
pertamanya, sebab-sebab kemunculan sesuatu masalah hukum yang telah diselesaikan oleh nas naqli (asbab
al-nuzul) dan keduanya kualiti periwayatan nas syarak tersebut (asbab al-wurud).

25

Mahsun Fuad, Hukum Islam dan Sosial dalam Jurnal al-Risalah v.11, no. 2, November 2011, hh. 383-387.

26

Metode ini bukanlah bermakna penulis adalah orang pertama yang memperkenalkannya. Tetapi ia merupakan
lanjutan kajian-kajian daripada sarjana-sarjana hukum Islam yang lain seperti Louay Safi, Al-Zarqa dan lainlain. Sila lihat contohnya dalam Muhammad Anas al-Zarqa (1989), Tahqiq Islamiyah Ilm al-Iqtisad: alManhaj wa al-Mafhum, dalam Toward Islamization of Discipline, Herdon: IIIT.

27

Kata pengantar Prof. Dato Dr. Mahmood Zuhdi Hj. Ab. Majid dalam Muhammad Firdaus Nurul Huda (2002),
Kesan Perubahan Sosial Terhadap Hukum Islam. Batu Caves: Thinkers Library, h. xv.

28

Lihat metode dan bentuk kajian alternatif yang dikemukakan oleh M. Atho Mudzhar mengenai metode
penelitian sosial dalam M. Atho Mudzhar (1998), Pendekatan Studi Islam Dalam Teori dan Praktek.

Masyarakat dan perkembangan sosio-budaya tidak dapat dipisahkan dari persekitaran


geografi, latar belakang sejarah29 dan yang sewaktu dengannya yang mana keadaan-keadaan
ini melahirkan perbezaan dalam tingkah laku, aktiviti serta hubungan sosial. Dalam erti kata
lain, ia merupakan satu metode yang menggabungkan antara disiplin usul-fiqh dalam kajian
hukum Islam dengan disiplin sosiologi dalam disiplin sains sosial.

Kebiasaannya, dalam proses penetapan hukum Islam, penelitian terhadap realiti sosial melalui
mekanisme urf dan adat perlu diaplikasi kerana ia melibatkan kepentingan masyarakat
setempat. Ia selaras dengan urf dan adat sebagai satu fenomena sosial serta fakta-fakta yang
berkembang bersama pertumbuhan masyarakat.30 Ini kerana tidak dapat dinafikan lingkungan
atau persekitaran sosial dapat mempengaruhi pembentukan kerangka metodologi hukum.31

Kaedah ini bertujuan memastikan keseimbangan di antara idealisme yang terkandung dalam
hukum Islam (law in book) dengan realiti pelaksanaannya di dalam masyarakat (law in
action).32 Misalnya, sebelum sesuatu amalan dalam masyarakat Melayu itu boleh diterima
pakai, sarjana hukum Islam dengan bantuan ilmu kebudayaan (sosiologi) dapat memastikan
sama ada adat yang menjadi amalan masyarakat Melayu tersebut tergolong di dalam adat
yang baik (sahih) ataupun rosak (fasid).33 Ataupun apabila timbulnya isu-isu semasa dalam
masyarakat setempat yang memerlukan penyelesaian hukum, sarjana hukum Islam perlu
meneliti latar belakang setempat (urf) sebelum memutuskan sesuatu hukum. Ini bagi
memastikan hukum yang diputuskan selari dengan kemaslahatan masyarakat.

Yogyakarta: Pustaka Pelajar, h. 68. Begitu juga dalam Amir Mualim Yusdani (1999), Konfigurasi Hukum
Islam. Yogyakarta: UII Press, h. 122.
29

Lihat metode dan bentuk kajian alternatif berhubung pendekatan kajian sejarah yang dikemukakan oleh
Sumadi Suryabrata (2010), Metodologi Penelitian, Jakarta: Rajawali Press, h.73.

30

Mohd Anuar Ramli (2010), Analisis Gender Dalam Karya Fiqh Klasik Ulama Melayu, (Tesis Ph.D, Jabatan
Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, tidak diterbitkan), hh. 30-31.

31

Arief Aulia Rachman (2010) Metodologi Fikih Sosial M.A Sahal Mahfudh, Studi Keberanjakan dari
pemahaman Fiqh Tesktual ke pemahaman Fiqh Kontekstual Dan Relavansinya Dengan Hukum Keluarga
Islam (Tesis Sarjana, UIN Sunan Kalijaga, Yogjakarta), h. 20.

32

Noor Naemah Abdul Rahman (2003), Fatwa-fatwa Jemaah Ulama Kelantan Tahun 1920an-1990an: Satu
Analisis, (Tesis Ph.D., Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur,
tidak diterbitkan), hh. 39-40.

33

Rahimin Affandi Abdul Rahim (2002), Ke Arah Penyediaan Kaedah Penyelidikan Hukum Islam Yang
Terkini: Satu Pengenalan dalam Jurnal Syariah. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam Universiti
Malaya, v. 10:1, h. 13.

10

Justeru itu, kajian ini cuba memfokuskan pendekatan sosiologi hukum Islam dalam meneliti
fenomena sosial dalam kehidupan masyarakat Bajau-Islam di Semporna, Sabah khususnya
dalam aspek amalan tradisi mereka, antaranya amalan yang berkaitan dengan kepercayaan
kepada tulah, magombbo dan pitulak.

FENOMENA SINKRETISME-ISLAM DALAM AMALAN TRADISI BAJAU

Secara umumnya, orang Bajau merupakan salah satu kaum terbesar di Sabah. Berdasarkan
kajian ilmiah yang pernah dijalankan oleh para sarjana, orang Bajau di Sabah boleh
diklasifikasikan kepada dua kelompok iaitu kelompok Bajau di pantai barat dan kelompok
Bajau di pantai timur.34 Masyarakat Bajau di pantai barat terkenal sebagai petani dan nelayan
di samping menunggang kuda, manakala masyarakat Bajau di pantai timur Sabah terkenal
sebagai nelayan dan penyelam yang mahir.
Secara makronya, urf dan adat masyarakat Bajau di Sabah hampir sama dengan urf dan adat
orang Melayu di Semenanjung Malaysia. Namun, pemisahan dari sudut geografi dan
pengaruh luar memperlihatkan terdapat titik perbezaan di antara kedua etnik ini.35 Orang
Bajau kaya dengan adat tradisi yang diwarisi daripada nenek moyang secara turun temurun
hingga ke hari ini. Asimilasi orang Bajau dengan ajaran Islam menyebabkan berlakunya
percampuran adat tradisi Bajau dengan ajaran Islam. Akibat percampuran ini, ada antara
amalan yang diwarisi itu dianggap sebagai ajaran Islam yang murni, sedangkan ia hanya
amalan yang diwarisi dan tidak ada dalil yang jelas daripada al-Quran dan al-Sunnah.
Rentetan daripada itu, pengamalan hukum ibadat dalam adat tradisi Bajau dalam kehidupan
seharian telah bercampur baur dengan unsur-unsur luaran, khususnya hasil pengaruh daripada
kepercayaan Bajau sebelum ini iaitu kepercayaan pra-Islam. Fenomena campur aduk amalan
tradisi silam dengan ajaran Islam dikenali sebagai fenomena sinkretisme-Islam.36

34

Saidatul Nornis Mahali (2012), Bajau Pantai Barat, Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia
,hh. 2-4.

35

Syamsul Azizul Marinsah (2013), Amalan Tradisi Dalam Masyarakat Bajau di Semporna Sabah: Analisis
Dari Perspektif Urf Dalam Hukum Islam (Tesis Sarjana, Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya, Kuala Lumpur, tidak diterbitkan), hh. 1-2.

36

Secara mudahnya, konsep sinkretisme boleh difahami sebagai proses penggabungan atau proses
percampuran unsur-unsur asli dan unsur-unsur asing yang dapat memunculkan sebuah pola budaya baharu.
Dalam konteks masyarakat Bajau, sinkretisme yang dimaksudkan adalah gabung jalin antara adat tradisi
Bajau dengan syariat Islam. Walau bagaimanapun, fenomena sinkrtisme di kalangan masyarakat Bajau
tidaklah menyebabkan berlakunya pegangan baharu. Implikasi daripada proses sinkretisme-Islam ini
menyebabkan masyarakat keliru dalam membezakan sesuatu amalan tradisi itu merupakan adat tradisi Bajau

11

Fenomena sinkretisme dapat dilihat dengan jelas dalam kebudayaan Bajau terutamanya dalam
aspek amalan tradisi. Ini kerana amalan tradisi secara tidak langsung menggambarkan
perlakuan budaya seharian mereka yang terus menjadi identiti mereka tersendiri iaitu
masyarakat Bajau. Tradisi keagamaan yang bersumberkan kepada kepercayaan asli nenek
moyang dapat dikategorikan kepada empat bahagian iaitu;
i.

Ritual menghadapi krisis

ii.

Ritual mengharapkan keselamatan

iii.

Ritual menghadapi penyakit atau malapetaka

iv.

Ritual yang menggambarkan kesyukuran

Amalan tradisi yang diamalkan oleh masyarakat Bajau Semporna sebenarnya bersangkut paut
dengan ritual-ritual di atas. Mereka akan mengamalkan amalan tradisi tersebut kerana situasi
yang dinyatakan di atas amat mempengaruhi kehidupan mereka. Dalam erti kata lain,
beberapa amalan tradisi yang dilakukan seperti upacara magombbo, pitulak, dan sebagainya
adalah berbentuk sinkretisme amalan yang pada umumnya masyarakat Bajau melaksanakan
ritual tersebut atas dasar kebiasaan semata-mata. Ini kerana mereka beranggapan sekiranya
tidak dilaksanakan amalan-amalan tersebut maka akan mendatangkan bahaya dan malapetaka
ke atas generasi muda Bajau. Antara amalan tradisi tersebut ialah:

a. Kepercayaan kepada tulah

Tulah secara mudahnya didefinisikan sebagai balasan jahat luar biasa terhadap orang yang
melanggar sesuatu pantang larang.37Kepercayaan kepada konsep tulah ini merupakan kawalan
sosial yang amat berkesan dalam memastikan keharmonian struktur sosial masyarakat Bajau.
Walau pun terdapat unsur positif38 dalam kepercayaan kepada konsep tulah, namun pada
masa yang sama terdapat unsur negatif yang boleh merosakkan akidah orang Bajau. Menurut
atau syariat Islam. Maklumat lanjut berhubung definisi sinkretisme sila lihat R. Beals, Anthropology Today:
An Encyclopedia Inventory ( Chicago: University of Chicago Press, 1953), 621-641; Justin Lee Hing Giap,
The Blurring of Boundaries at The Periphery: Explaining the Eclecticism and Syncretism of Alternative
Healing, Psychotherapeutic, Motivational and Spiritual Movements (Disertasi Sarjana, Jabatan Sosiologi,
Universiti Nasional Singapura), 66.
37

Noresah Baharom 2010, Kamus Dewan Edisi Keempat, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 1726;
Tulah, laman sesawang Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM), dicapai 14 Mac 2013,
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=tulah

38

Yap Beng Liang, Orang bajau Pulau Omadal Aspek-Aspek Budaya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka,hh. 133-140.

12

orang Bajau Semporna, tulah boleh menimpa seseorang jika melakukan perkara-perkara
seperti berikut;
a. Tidak menghormati orang-orang tua. Tindakan tidak menghormati ini termasuklah
mereka yang mencaci, menyumpah, kurang ajar, memarahi atau enggan menurut
kehendak mereka.
b. Melupakan tanggungjawab kepada ibu bapa, kaum kerabat, dan nenek moyang.
c. Bersifat kedekut terhadap ibu bapa atau nenek moyang seperti tidak menunaikan
permintaan mereka terhadap sesuatu barang dan sebagainya.
d. Tidak menjaga barang-barang yang diwarisi.39
Menurut seorang informan yang menjadi sumber rujukan pengkaji sendiri,40 konsep tulah
memang menebal dalam kalangan orang Bajau. Ia seolah-olah satu tegahan yang sangat
ditakuti. Beliau menceritakan kepada pengkaji sendiri bahawa beliau pernah alami beberapa
peristiwa pelik yang didakwa sebagai tulah oleh keluarga beliau.41 Beliau masih yakin dan
percaya bahawa kepercayaan tulah ini boleh termasuk dalam gejala syirik memandangkan
terdapat konsep kepercayaan orang Bajau bahawa nenek moyang mampu memberi mudarat
selain daripada Allah SWT. Namun, jika diteliti, pandangan beliau tidak konsisten dan
kontradik kerana mempercayai dua perkara yang bertentangan dalam satu masa yang sama.
Unsur sinkretisme dapat dilihat dalam amalan tradisi ini ketika majlis pengubatan orang yang
berjin42dalam mengubati para pesakit yang terkena tulah. Dalam proses awal upacara
39

Barang-barang yang diwarisi di sini bermaksud barang yang ditinggalkan oleh nenek moyang (barang
pusaka). Antara barang pusaka nenek moyang yang selalu ditinggalkan kepada warisnya ialah gantang, gong,
kulintangan, tambul, kitab, tali pinggang dan sebagainya. Sila rujuk Yap Beng Liang, Orang Bajau Pulau
Omadal, 133-140.

40

Temu bual bersama informan pada 23 Oktober 2012 di Pantai Dalam Kuala Lumpur. Beliau merupakan
pelajar Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya yang berasal dari Sabah. Nama beliau dirahsiakan atas
permintaan beliau untuk menjaga nama dan maruah keluarga beliau.

41

Perkara pelik yang informan tersebut ceritakan kepada pengkaji ialah beliau telah terkena tulah warisan.
Diceritakan bahawa barang warisan bagi keluarga mereka ialah sebuah kopiah. Tetapi kopiah tersebut telah
digigit tikus dan apa yang pelik dan uniknya, dengan secara tiba-tiba beliau telah mengalami keguguran
rambut dengan tidak semena-mena. Rambut yang hilang di atas kepala informan tersebut adalah sama dengan
gigitan yang koyak pada kopiah tersebut. Justeru, bapa beliau sendiri berusaha untuk merawat dengan cara
membelikan sebuah kopiah baharu yang sama dengan kopiah yang digigit tadi disusuli dengan bacaan doa
selamat. Apa yang menariknya, dengan izin Allah SWT, rambut yang hilang di kepala informan tersebut telah
pulih dan sembuh seperti sedia kala. Tetapi informan tersebut masih percaya bahawa itu merupakan kuasa dan
izin Allah SWT, bukan kerana kepercayaan tulah yang dipercayai oleh keluarga-keluarga beliau.

42

Yang dimaksudkan dengan orang yang berjin ialah orang atau manusia yang dipilih jin untuk menjadi
perantaraannya dengan manusia. Sila lihat Yap Beng Liang (1977), Orang Bajau Pulau Omadal, Sabah: Satu

13

pengubatan tersebut, ia dimulai dengan ayat suci al-Quran.43 Selepas itu, ia disertai dengan
ucapan kalimah-kalimah bahasa Arab seperti lafaz basmalah, selawat ke atas nabi, doa-doa
dan sebagainya. Namun, hakikatnya ini semua adalah pada awal bacaan sahaja, seterusnya ia
akan diselitkan dengan bacaan mantera-mantera tertentu yang pelik dan tidak dapat
difahami.44 Seterusnya fenomena sinkretisme boleh dilihat juga ketika orang Bajau membaca
doa selamat dan amalan bacaan berzanji sebagai tanda kesyukuran disembuhkan dan
dielakkan daripada sebarang penyakit atau malapetaka. Kesan yang nyata hasil daripada
gabung jalin antara kepercayaan tradisi Bajau dan ajaran Islam ini menyebabkan percampuran
pemikiran dan budaya yang jelas bercanggah. Ini seolah-olah menggambarkan segala amalan
yang bercanggah di dalam adat amalan tradisi Bajau boleh diamalkan dengan syarat diselitkan
unsur-unsur ajaran Islam seperti majlis doa selamat dan bacaan ayat al-Quran.45 Gejala
sinkretisme dalam hal ini boleh membawa kekeliruan pemikiran terhadap doktrin agama yang
dianuti. Secara tidak langsung, ia boleh menjejaskan akidah kepada individu Bajau Muslim.
b. Magombbo atau Kembo-mboan
Magombbo merupakan amalan orang Bajau untuk memuja roh leluhur nenek moyang dengan
tujuan memohon rahmat dan kesejahteraan hidup.46 Istilah lain yang sinonim dengan
magombbo ialah magpaii-bahau.47 Magombbo atau magpaii-bahau merupakan ritual yang
paling kompleks bagi komuniti Bajau di Semporna yang diwarisi sejak lama dahulu yang
diperturunkan melalui keturunan yang dipanggil sebagai jin yang merupakan pewaris rasmi

Kajian Tentang Sistem Budaya(Tesis Sarjana , Jabatan Pengajian Melayu, Fakulti Sastera dan Sains Sosial,
Universiti Malaya).
43

Temu bual bersama Encik Yusuf Kasim pada 4 Oktober 2012 di kediaman beliau di kampung Gallam-gallam
daerah Semporna. Beliau banyak mempelajari ilmu-ilmu ini (ilmu pengubatan) dari bapa beliau.

44

Ibid.

45

Menurut fahaman orang Bajau, segala amalan yang ditokok tambah di dalam adat tetapi diselitkan dengan
ajaran Islam, maka ia boleh diamalkan. Fahaman ini harus dibetulkan kerana segala adat yang diamalkan
harus selari dengan kehendak syariat Islam kerana adat atau urf itu sendiri terbahagi kepada dua iaitu urf
sahih dan urf fasid. Amalan yang didakwa orang Bajau sebagai ajaran Islam itu sebenarnya tergolong dalam
urf fasid kerana ia mengandungi unsur-unsur bidah dan khurafat yang boleh menjejaskan akidah orang
Bajau yang beragama Islam.

46

Bottignolo, Bruno (1995) Celebrations with the Sun: An Overview of Religious Phenomena among the
Badjaos Quezon City: Ateneo de Manila University Press, p. 73.

47

Lihat Hanafi Hussin, Magpaii-Bahau: Reunion Between Living and Dead among Bajau Community of
Semporna, Sabah, Malaysia, dalam Southeast Asian Religion, Culture and Art of the Sea, ed. Hanafi Hussin
(Kuala Lumpur: University of Malaya, Institute of Ocean and Earth Sciences), 19-34.

14

langkapan.48Amalan ini dilakukan oleh mereka yang melanggar pantang larang atau sesuatu
perkara tertentu. Upacara magombbo ini dilakukan jika seseorang itu terdapat tulah
keturunan yang mana ia dalam bentuk penyakit seperti kudis, kurap atau penyakit kulit yang
lain yang tidak akan sembuh walaupun dirawat dengan bantuan perubatan moden.
Upacara ritual magombbo biasanya akan dilaksanakan pada setiap tahun dan dilakukan
mengikut tatacara tradisi, keagamaan dan melibatkan orang yang berjin. Amalan magombbo
melibatkan jamuan besar-besaran yang juga dikenali sebagai magjamu. Magjamu dalam
upacara magombbo merupakan satu upacara untuk memberi makan kepada roh nenek
moyang. Mereka mempercayai roh semangat dan jin mempengaruhi kehidupan manusia di
dunia. Sajian yang menjadi kesukaan nenek moyang mereka ialah padi baharu (paii-bahau).49

Unsur sinkretisme dapat dilihat dalam amalan tradisi ini ketika mana selesai sahaja upacara
magombbo dilakukan, biasanya masyarakat Bajau akan mengadakan majlis doa selamat
sebagai tanda kesyukuran di atas perkara buruk yang tidak diingini tidak berlaku. Sehubungan
itu juga, sinkretisme dalam hal ini jelas kerana berlakunya gabung jalin antara kepercayaan
kepada Allah yang maha kuasa dan kepercayaan kepada roh nenek moyang. Dalam upacara
magombbo, sedia maklum orang Bajau sangat takut kemurkaan yang dikenakan ke atas
seseorang individu oleh roh nenek moyang. Seolah-olah terdapat suatu kuasa yang khusus
boleh memberi mudarat selain dari Allah SWT iaitu nenek moyang. Hal ini jelas menjejaskan
akidah sehingga boleh dihukumkan syirik yang besar dan nyata ke atas pelakunya.

c. Pitulak

Pitulak merupakan satu proses pengubatan atau perawatan dengan menghanyutkan pitulak
(perahu) ke laut. Pitulak yang merupakan perahu kecil diadakan semasa mengubat budak
yang lumpuh akibat daripada iblis atau makhluk halus yang merasukinya. Dipercayai dengan
menghanyutkan perahu tersebut, iblis yang berada di dalam badan budak tersebut akan hanyut
bersama-sama perahu tersebut. Dalam erti kata lain, adat ini seolah-olah adat untuk menolak
bala. Proses rawatan melalui pitulak ini sebenarnya jarang diadakan kecuali jika penyakit

48

49

Hanafi Hussin , Diaspora Bajau Laut dan Pengekalan serta Penerusan Amalan Tradisi di Sabah, ( Borneo
Research Journal, no. 2 (2008), 154. Makalah ini juga turut dibentangkan di persidangan Antarabangsa
Hubungan Malaysia-Indonesia, Universitas Gajah Mada, Yogjakarta, Indonesia, Jun 2009.
Ibid., 23.

15

seseorang sangat kronik akibat rasukan syaitan atau iblis. Sebenarnya, amalan ini sama
dengan amalan orang Bajau di Kepulauan Filipina iaitu di Pulau Tawi-Tawi. Amalan ini
ditegaskan oleh H. Nimmo seperti berikut:
During periods of much illness, death, or unusually bad luck, a ceremony is held to rid the
moorage of the evil spirits believed to be causing the misfortune. Each family contributes a
small amount of moneys or goods towards the construction of a small boat to carry away the
trouble. After they have travelled through the moorage waters, the boats is taken to the open
sea and set adrift, in the belief that the disease causing spirits have been attracted to the boat
and will drift away from the moorage with it.50
Sebenarnya, upacara pitulak ini tidak lagi kelihatan dalam kalangan masyarakat Bajau
Semporna. Ini kemungkinan arus pemodenan yang mendominasi masyarakat serta mereka
lebih percaya kepada rawatan moden di hospital-hospital atau klinik dan rawatan yang
berteraskan islamik seperti rawatan menggunakan khidmat ustaz-ustaz di kampung, sekolah
atau sebagainya. Namun begitu, menurut Encik Mel, upacara ini masih wujud di kalangan
orang Bajau Laut khususnya di Kampung Bangau-bangau.51 Menurut beliau, lazimnya pitulak
dihiasi dengan bendera dan layar kuning yang dimuatkan dengan penumpang yang terdiri
daripada kain berwarna-warni. Patung-patung itu dianggap sebagai wakil pesakit. Di samping
patung-patung tersebut, seekor ayam putih atau hitam akan dihanyutkan ke laut bersama-sama
pitulak tersebut. Sama fungsinya seperti patung, ayam itu turut didakwa wakil kepada pesakit
tersebut. Selain patung dan ayam, turut disertakan dalam pitulak tersebut makanan yang
beraneka jenis sebagai persembahan kepada iblis yang pembawa penyakit.

METODE SOSIOLOGI HUKUM ISLAM SEBAGAI LANGKAH PENYELESAIAN

Dalam interaksi dengan kebudayaan masyarakat setempat, hukum Islam tidak bersifat
menolak semua sekali budaya yang sudah dihayati oleh masyarakat. Fakta ini jelas diperakui
seperti yang terdapat dalam kaedah usul al-fiqh yang mana urf iaitu suatu asas budaya yang
paling kukuh telah diterima sebagai salah satu sumber hukum Islam.52

50

H.A Nimmo, The Sea People of Sulu (A Study of Social Change in The Philippines) (London: International
Textbook Co. Ltd, 1972), 42.

51

Temu bual dengan Encik Mel pada 29 Oktober 2012 di kediaman beliau di Kg. Bangau-Bangau Semporna
Sabah. Beliau merupakan orang Bajau Laut, tetapi telah lama menetap di darat.

52

Al-Tufi (1954), Risalah fi al-Maslahah. Kaherah: t.tp, h.16 ; Abu Sannah (1949), al-Urf wa al-Adah Fi Ray
al-Fuqaha, Kaherah, h. 32 ; al-Buti (1961), Islamic Law Its Scope and Equity, terj., London, p.23 ; Subhi
Mahmasani (1971), Falsafah al-Tasyri fi al-Islam, Beirut, hh. 148-179.

16

Merujuk kepada metode sosiologi hukum Islam, seharusnya metode ini hendaklah berasaskan
kepada sosiologi masyarakat yang berada di kawasan-kawasan tertentu yang sesuai dengan
keadaan mereka. Sebagai contohnya di Malaysia, pembinaan metodologi ala tempatan
Malaysia ini harus mengambil kira latar belakang masyarakat Malaysia dipandang dari segi
sejarah, psikologi dan mentaliti masyarakat, bentuk dan sifat kebudayaan Melayu, 53 warisan
peninggalan penjajah British, proses pembangunan selepas kemerdekaan dan impak
perkembangan globalisasi ke atas masyarakat Malaysia. Kesemua elemen ini perlu diketahui
dengan mendalam sebelum pembentukan suatu kerangka penyelidikan Islam (research
design) boleh dibuat.54 Apa yang pastinya, pengambil kiraan kesemua persoalan ini amat
penting memandangkan kerangka penyelidikan ala Islam di lokasi luar Malaysia 55 mungkin
tidak sesuai untuk dipakai bagi masyarakat Malaysia.56

Justeru itu, dalam soal ini, tugas utama seseorang sarjana hukum Islam adalah
menghubungkan antara syariah dengan masyarakat. Oleh itu, untuk menjayakan tugas ini
mereka perlu mengetahui dengan terperinci dua komponen utama ini iaitu syariah dan
masyarakat yang bakal diterapkan dengan penyelesaian hukum Islam. Kalau ilmu bantu
utama untuk mendalami syariah terkandung di dalam ilmu usul al-fiqh,57maka begitulah juga

53

Untuk melihat kepentingan mengambil kira persekitaran Melayu yang berbeza dengan persekitaran bukan
Melayu serta kesannya terhadap penetapan sesuatu hukum Islam, sila lihat Rahimin Affandi Abdul Rahim,
"Kebudayaan Melayu dan Islam di Nusantara: satu analisa pengkaedahan", dalam Seminar Hukum Islam
Semasa III Peringkat Kebangsaan 2000, Anjuran Jabatan Fiqh dan Usul, APIUM, pada 7-8hb November
2000, hIm 27-29.

54

Untuk melihat kepentingan perkaitan antara research design dengan latar belakang sesuatu masyarakat yang
hendak dikaji, sila lihat kupasan Hashim Musa(A.R), Fieldwork: Satu Pencarian dan Pengalaman, Kuala
Lumpur, 1996.

55

Sesuatu penyelidikan hukum Islam lazimnya bergantung pada beberapa faktor utama seperti faktor budaya
dan ras. Tafsiran sarjana hukum yang dari ras Caucasian yang terkenal dengan sifat kasar kerana berada
dalam keadaan iklim yang mencabar akan berbeza dengan tafsiran para sarjana hukum Melayu Polensia yang
lebih bersifat lemah lembut. Sila lihat Mohd Kamil Abdul Majid, Sosiologi Islam, hh.110-111; Mohd
Salleh Lebar (1998), Sosiologi Sekolah dan Pendidikan, Batu Caves, hh. 37-39.

56

Lihat sebagai contohnya pandangan masyarakat Melayu yang berbeza dengan masyarakat lain tentang persepsi
terhadap masa dan kepentingannya dalam kehidupan. Lihat Asmah Haji Omar, Malay Perception of Time,
Kuala Lumpur, 2000, khususnya dalam bab lapan dan sembilan.

57

Nabil Sbebaby, "'Bah and Qiyas in early Islamic legal theory", dalam Journal of the American Oriental
Society, v. 102, 1982, h. 27.

17

dengan bantuan ilmu sains sosial seseorang fuqaha akan dapat mengetahui keadaan sosial
masyarakat yang bakal menerima penerapan Islam.58

Kelancaran para sarjana hukum Islam menjalankan tugas ini secara jelas dapat dibantu dengan
ilmu sains sosial. Ini kerana antara kandungan utama sains sosial adalah;59
(i)

Pengetahuan tentang apa yang berkembang di dalam masyarakat.

(ii) Pengetahuan tentang kenapa sesuatu tindakan dan perkembangan itu timbul di dalam
masyarakat.

Pada kebiasaannya, untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan objektif dalam bahagian ke
(ii) ini, ilmu sains sosial lebih menekankan kajian soal selidik yang bersifat saintifik
bersesuaian dengan objek yang dikaji. Kekuatan utama pendekatan ini adalah ianya akan
memperolehi hasil yang lebih tepat, terkini dan tidak stereotype dengan kajian sebelumnya. 60

Berhubung dengan fenomena sosial masyarakat Bajau yang khususnya bersangkut paut
dengan gejala sinkretisme terutama dalam amalan tradisi mereka, pendekatan sosiologi
hukum yang digunakan harus menepati kaedah berikut;
1. Kaedah pencarian jawapan syarak berasaskan sumber naqli dan 'aqli terhadap
permasalahan hukum amali yang timbul di dalam masyarakat.

Dalam hal ini, para sarjana hukum Islam hendaklah mengguna pakai beberapa
kaedah tradisi silam dalam mengistinbath hukum. Kaedah seperti induktif,
deduktif, dan kaedah historis (kaedah pensejarahan) sangat penting dalam hal
ini bagi memastikan hukum yang berkait rapat dengan masyarakat Bajau tepat
dan tidak terlalu keras memandangkan masyarakat Bajau banyak terpengaruh
dengan fahaman animisme sebelum ini.

2. Kaedah mencari maklumat terperinci terhadap objek masalah, persoalan mukallaf


yang menjadi fokus utama di dalam sesuatu permasalahan hukum.

Dalam hal ini, kepentingan pengetahuan berkaitan sains sosial sangat


dititikberatkan kerana ilmu sains sosial mampu mengenali lebih rapat

58

Faisal Othman, "Kaitan ilmu-ilmu agama dengan sains sosial", dalam Islamiyyat, v. 7, 1986, hh. 39-65.

59

Saleh Faghirzadeh (2008), Sosiologi Sosiologi, Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia
Berhad,hh. 5-13.

60

Faisal Othman, "Kaitan ilmu-ilmu agama dengan sains sosial", dalam Islamiyyat, v. 7, 1986, hh. 39-65.

18

fenomena sesuatu masyarakat. Antara kaedah dalam hal ini dirumuskan seperti
berikut;
a. Kaedah analisis gejala sosial tentang apa yang berlaku di dalam
masyarakat. Mengikut kaca mata kaedah sains sosial moden, untuk tujuan
menjadikan sesuatu kajian itu bersifat logiko-empirikal,61sebarang usaha
mendapatkan maklumat tentang apa yang berlaku yang biasanya
merupakan sesuatu permasalahan perlu menggunakan beberapa metode
penyelidikan lapangan yang khusus merangkumi (i) metode soal selidik,
(ii) temu bual, (iii) pemerhatian (observasi), (iv) persampelan dan (v)
eksperimen.62
Merujuk khusus kepada metode observasi, ternyata metode ini paling sesuai
digunakan oleh para sarjana hukum Islam dalam memerhati fenomena sosial yang berlaku di
dalam masyarakat dengan melihat apa dan bagaimana sesuatu masyarakat itu mengamalkan
amalan-amalan tertentu. Dalam hal ini, penulis berkesempatan merakam dan melihat sendiri
beberapa amalan tradisi masyarakat Bajau Semporna. Hasilnya, penulis dapat meneliti
terdapat amalan tradisi Bajau yang bertentangan dengan syariat Islam seperti kepercayaan
kepada tulah namun dicampur adukkan dengan nilai-nilai agama agar tidak berlaku
kontradiksi antara ajaran Islam dan adat tradisi Bajau. Ini yang dikatakan fenomena
sinkretisme-Islam yang sebenarnya boleh menggugat akidah orang Bajau Muslim. Hanya
melalui pendekatan sosiologi hukum Islam sahaja adat-adat ini boleh dinilai menurut
perspektif hukum Islam sama ada ia tergolong dalam urf sahih atau urf fasid.
b. Pengetahuan sains sosial dapat menyumbangkan maklumat terperinci
tentang tahap dan faktor perkembangan sosial semasa, yang dapat
membantu para sarjana hukum Islam mengetahui latar belakang
permasalahan persekitaran secara tuntas sebelum mengeluarkan sesuatu
keputusan hukum.
Dalam isu fenomena sosial Bajau, contoh yang boleh dilihat ialah dalam aspek pegangan
agama masyarakat Bajau sebelum menganut agama Islam. Secara tradisinya, amalan tradisi
masyarakat Bajau merupakan hasil daripada kepercayaan animisme seperti pemujaan dan
kepercayaan kepada perkara-perkara tahyul, ghaib, kuasa jin dan sihir. Walaupun secara

61

62

Mahmood Nazar Mohamed, "Asas-asas penyelidikan Sains sosial", dalam Pengenalan Kepada Sains Sosial,
Kuala Lumpur, 1998, hIm 220-221.
Ibid., hh. 223-228.

19

umumnya adat-adat ini telah menerima perubahan yang telah direlevansikan dengan nilainilai agama Islam, namun begitu masih terdapat amalan tradisi yang tidak menerima
perubahan dan penyesuaian nilai-nilai agama Islam secara total. Sebagai contohnya ialah
amalan tradisi Bajau pitulak. Hakikatnya, latar belakang amalan ini mempunyai persamaan
dengan orang Bajau di Kepulauan Filipina iaitu di pulau Tawi-tawi. Fakta ini dijelaskan oleh
pengkaji sosio-budaya Bajau luar negara H. Nimmo.63

Justeru, dapat dianalisis amalan ini benar-benar bertentangan dengan ajaran Islam kerana
amalan ini mempunyai persamaan dengan adat Bajau di Filipina yang jelas percaya kepada
fahaman animisme. Dengan ini, terbukti metode pengetahuan sains sosial sekali lagi
memberikan impak yang besar kepada para sarjana hukum Islam sebelum mengeluarkan
hukum.

KESIMPULAN

Pendekatan sosiologi hukum Islam sangat penting dalam usul al-fiqh gunaan. Secara
mudahnya, metode sosiologi hukum Islam dapat difahami sebagai penggabungan antara
kedua-dua kaedah iaitu kaedah ilmu usul al-fiqh dan disiplin sains sosial. Pendekatan
bersepadu ini (hukum Islam dan sains sosial) merupakan satu metode yang ideal untuk
memastikan hukum Islam bersifat semasa dan mampu menangani jurang kelompangan dan
kelemahan dalam metodologi hukum Islam sebelum ini yang lazimnya bersifat tekstual
semata-mata di samping mengabaikan elemen kontekstual.

Berhubung dengan fenomena sinkretisme dalam masyarakat Bajau, ia merupakan satu


masalah besar kerana ia melibatkan dua elemen penting yang saling bertentangan iaitu
mengamalkan ritual tertentu dan mengaitkannya dengan ajaran Islam. Sehubungan dengan itu,
para sarjana hukum Islam harus menggunakan pendekatan yang sesuai dalam menangani
masalah ini kerana dikhuatiri pendekatan yang keras akan menyebabkan orang Bajau terus
mengamalkan amalan tradisi yang bertentangan dengan ajaran Islam.

63

H.A Nimmo. 1972, The Sea People of Sulu (A Study of Social Change in The Philippines), London:
International Textbook Co. Ltd, p. 42.

20

BIBLIOGRAFI

A.L. Belford. The Encyclopedia Americana International Edition. Connecticut: Grolier


Incorporated, 1996.
Anwar, Syamsul, Epistemologi Hukum Islam Probabilitas dan Kepastian, dalam Yudian W.
Asmin (ed.), Ke Arah Fiqh Indonesia. Yogyakarta: FSHI Fak. Syariah, 1994.
Anwar, Syamsul, Paradigma Fikih Kontemporer: Mencari Arah Baru Telaah Hukum Islam
Pada Program S3 PPS IAIN Ar-Raniry Banda Aceh. Makalah Lokakarya Program Doktor
Fikih Kontemporer pada Pascasarjana IAIN Ar-Raniry, Darussalam, Banda Aceh, 28
Agustus, 2002
Anwar. Syamsul, Pengembangan Metode Penelitian Hukum Islam, dalam Ainurrofiq (ed.),
Madzhab Jogja Menggagas Paradigma Usul Fiqh Komtemporer. Yogyakarta: Pustaka ArRuz, 2002.
Anwar, Syamsul. Teori Hukum Hukum Islam al-Ghazali dan Pengembangan Metode
Penemuan Hukum Islam, dalam M. Amin Abdullah et al., Tafsir Baru Studi Islam dalam Era
Multi Kultural. Yogyakarta: Kurnia Kalam Semesta, 2002
Catherine Soaners, ed., Oxford Dictionary, Thesaurus and Wordpower Guide. New York:
Oxford University Press, 2001.
Carsten Colpe, Syncretism, dalam The Encyclopedia of Religion. Eliade, Mircea, ed. New
York: Simon & Schuster Macmillan, 1987.
David. L. Sills et.al, ed., International Encyclopedia of The Social Sciences . New York: The
Macmillan Company & The Free Press, 1968.
Halina Sendera Mohd Yakin . Identiti Budaya Etnik Palau di Semporna, Sabah: Konservasi,
Adaptasi dan Transformasi Budaya . Kertas Kadangkala Bil.7, Universiti Malaysia Sabah,
2007.
Hanaffi Hussin, Magpaii-Bahau: Reunion Between Living and Dead among Bajau
Community of Semporna, Sabah, Malaysia, dalam Southeast Asian Religion, Culture and
Art of the Sea, ed. Hanafi Hussin .Kuala Lumpur: University of Malaya, Institute of Ocean
and Earth Sciences.
Hanafi Hussin , Diaspora Bajau Laut dan Pengekalan serta Penerusan Amalan Tradisi di
Sabah, Borneo Research Journal, no. 2 (2008), 154. Makalah ini juga turut dibentangkan di
persidangan Antarabangsa Hubungan Malaysia-Indonesia, Universitas Gajah Mada,
Yogjakarta, Indonesia, Jun 2009.
Hashim Fauzy Yaakob, Sinkretisme Agama dan Islam, Utusan Malaysia, 26 Febuari 2010
21

James Mark Baldwin. ed., Encyclopedia of Philosophy and Pyschology. New Delhi: Cosmo
Publications, 1986.
Julius Gould et al., eds., A Dictionary of The Social Sciences .New York: Free Press, 1964.
Justin Lee Hing Giap, The Blurring of Boundaries at The Periphery: Explaining the
Eclecticism and Syncretism of Alternative Healing, Psychotherapeutic, Motivational and
Spiritual Movements, Disertasi Sarjana, Jabatan Sosiologi, Universiti Nasional Singapura.
Md Saffie Abd. Rahim, Wan Shawaluddin Wan Hassan Ramli Dollah, Ab. Nasir Roslan.
Kegiatan Ekonomi dalam Bajau Pantai Timur, ed. Md Saffie Abd Rahim. Kuala Lumpur:
Institut Terjemahan & Buku Malaysia, 2012.
Norazit Selat, Konsep Asas Antropologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989.
Noresah Baharom et al., Kamus Dewan, ed. ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
2005.
R. Beals. Anthropology Today: An Encyclopedia Inventory. Chicago: University of Chicago
Press, 1953.
Rosnah Ismail. Interaksi Keluarga Bajau. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah, 2001.
Saidatul Nornis Mahali. Bahasa dan Alam Pemikiran Masyarakat Bajau. Kota Kinabalu:
Centre For The Promotion of Knowledge and Language Universiti Malaysia Sabah.
Saidatul Nornis Mahali. Bajau Pantai Barat. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku
Malaysia Berhad.
Suraya Sintang, Fenomena Sinkretisme-Islam Dalam Adat Resam Masyarakat Bugis: Kajian
Kes Daerah Tawau, Sabah, Seminar Zaba Mengenai Alam Melayu 1, Nilai-Nilai Peradaban
Melayu, 12-14 Ogos 2003.
Safi, Louay, Rancangan Metodologi Alternatif: Sebuah Refleksi Perbandingan Metode
Penelitian Sosial dan Barat. Yogyakarta: Tiara Wacana, 2001.
Safi, Louay. The Foundation of Knowledge, A Comparative Study in Islamic and Western
Methods of Inquiry. Selangor: IIU & IIIT, 1996.
Al-Syatibi. al-Muwafaqat fi Usul al-Ahkam. Ttp: Dar al-Fikr, 1341 H.
The Encyclopedia Americana International Edition. Danbury: Grolier Incorporated, 1999.
William L. Reese. Dictionary of Philosophy and Religion. New Jersey: Humanities Press Inc,
1980.
Yap Beng Liang (1977), Orang Bajau Pulau Omadal, Sabah: Satu Kajian Tentang Sistem
Budaya (Tesis Sarjana , Jabatan Pengajian Melayu, Fakulti Sastera dan Sains Sosial,
Universiti Malaya)

22

Yap Beng Liang (1985), The Traditional World View of the Indigenous Peoples of Sabah.
dlm. Mohd Taib Osman (pnyt.), Malaysian World View:76-130. Singapore: Institute of
Southeast Asian Studies.

23

You might also like