SKRIP MAJLIS Berbuka Puasa Hajah Nancy

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SKRIP MAJLIS BERBUKA PUASA

Assalamualaikum w.b.t. dan salam 1 Malaysia,


Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian,majlis akan bermula sebentar
lagi. Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian diminta mengambil tempat.
Bil
1.

Que

Agenda

UCAPAN

Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Datuk Haji Datu Nasrun

PENGUMUMAN

Haji Datu Mansur, Ahli Parlimen Silam,


Mengumumkan ketibaan YB Hajah Nancy Binti Shukri, Menteri Di
Jabatan Perdana Menteri

2.

NYANYIAN LAGU

hadirin sekalian mohon terus berdiri bagi sama-sama kita


manyanyikan lagu Negaraku dan sabah tanah airku..
Hadirin sekalian dijemput duduk.

3.

SENARAI

Yang Berhormat Puan Hajah Nancy Binti Shukri, Menteri di

PROTOKOL

Jabatan Perdana Menteri


Yang Berhormat, Datuk Haji Datu Nasrun Haji Datu Mansur, Ahli
Parlimen P.188 Silam,
Yang Berusaha, En Usman Bin haji Hamid, Ketua Cawangan

Sabah Amanah Raya Berhad (ARB)


Yang berusaha, Pegawai Daerah Lahad Datu, En Iman Ali
Yang Berbahagia, Ketua Polis Daerah Lahad Datu,
Yang dikasihi, Penolong Pegawai Daerah, En Juraimin Hj Jadil,
Yang dikasihi, Penolong Pegawai Daerah Kecil Tungku,
Yang Dikasihi, Penolong Pegawai Daerah
Yang dikasihi Ketua Puteri UMNO, Zuraidah Asdain
Yang dikasihi, Hj Gaspar Sari Pegawai Tadbir Agama JAHEINS

Yang dihormati, Datu Abd Rashid Haji Datu Mansur, Pegawai


Khas Parlimen Silam, merangkap pengerusi program
AJK-AJK Bahgian, Ketua UMNO Bahagian, Pengerusi-pengerusi
Belia, Ketua-ketua Jabatan, ketua-ketua cawangan, ketua-ketua

kampung, ahli jawatankuasa, serta hadirin dan hadirat sekalian.

4.

UCAPAN ALU-

Kompang Bergema Pusaka Bangsa

ALUAN

Dipalu oleh Si Anak Muda

PENGACARA

Hadir Tuan Puan meriah suasana

MAJLIS

Kami menyambut penuh gembira.


Bismilahhirahmanirahim...
Ahlan wasahlan ya ramadhan
Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan terhadap Rabbul Izzah,
tuhan yang maha esa, kerana dalam kita meniti ramadhan Al-karim
yang penuh keberkatan ini dapat kita berkumpul dalam Majlis Jejak
Waris Bersama YB Hajah Nancy Binti Shukri, Menteri Di Jabatan
Perdana Menteri

5.

BACAAN DOA

Hadirin sekalian, Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita


menadah tangan dengan penuh ketakwaan untuk mengaminkan doa
yang akan dibacakan oleh Ustaz Rahim Abdul Rahman
Dengan segala hormatnya dipersilakan........................................
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz atas pimpinan bacaan
doa itu tadi.

6.

UCAPAN ALUALUAN DARIPADA


PENGERUSI
PROGRAM

Hadirin dan hadirat sekalian,


Tak molek jika ada alu tiada lesungnya,
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya,
Tak berkat ilmu jika tiada amalnya,
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara.
Untuk itu, Majlis dengan sukacitanya mempersilakan En Usman Bin
Haji Hamid, Ketua Cawangan Sabah, Amanah Raya Berhad (ARB)
untuk menyampaikan ucapan beliau.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.


Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En Usman Bin Haji
Hamid atas ucapan alu-aluan itu tadi.
Hadirin sekalian, kini kita menjemput dan mempersilakan YB yang kita
kasihi dan hormati iaitu, YB Datuk Haji Datu Nasrun Haji Datu
Mansur, Ahli Parlimen P.188 Silam untuk memberikan ucapan
sepatah dua kata.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada YB Datuk Haji Datu
Nasrun Haji Datu Mansur, Ahli Parlimen P.188 Silam atas ucapan
sebentar tadi.
Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian, Kini tibalah masa
7.

UCAPAN

yang dinanti-nantikan, Majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan

PERASMIAN

mempersilakan Yang Berhormat Hajah Nancy Shukri, Menteri di

PROGRAM

Jabatan Perdana Menteri untuk menyampaikan ucap utama


sempena Majlis Jejak Waris Bersama YB Hajah Nancy Binti
Shukri, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan..
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima
kasih kepada YB atas ucapan itu tadi.

8.

PENYERAHAN
SUMBANGAN

Majlis seterusnya menjemput YB Hajah Nancy Binti Shukri, Menteri


Di Jabatan Perdana Menteri naik ke pentas dengan diiringi oleh YB
Datuk Haji Datu Nasrun Haji Datu Mansur, En Usman Bin Hamid,
En Iman Ali,
untuk menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf.
Penerima pertama dipersilakan RUJUK SENARAI PENERIMA

9.

DOA BERBUKA
PUASA

Majlis berehat seketika bagi persediaan berbukapuasa. Bagi


membacakan doa berbuka puasa,dijemput Ustaz Rahim Abdul
Rahman dipersilakan.

(selepas berbuka puasa)


Untuk makluman hadirin sekalian, program yang akan
berlangsung selepas ini adalah solat maghrib berjemaah, dan
selepas itu jamuan makan malam. Oleh itu, Para hadirin dijemput
bersama-sama mendirikan solat maghrib berjemaah.

10.

PENUTUP

Hadirin sekalian, dengan


Dari mana asalnya, usah diusul
Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati.
Kami mewakili Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen P.188 Silam,
merakamkan penghargaan terima kasih kepada Yang Berhormat
Hajah Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri atas
kesudian meluangkan masa pada petang ini untuk sama-sama hadir
dalam Majlis Jejak Waris Bersama YB Hajah Nancy Binti Shukri,
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.
Tidak dilupakan juga kepada kepada tetamu jemputan, AJK-AJK
Bahgian, Ketua UMNO Bahagian, Pengerusi-pengerusi Belia,
Ketua-ketua Jabatan, ketua-ketua cawangan, ketua-ketua
kampung, ahli jawatankuasa, serta hadirin dan hadirat sekalian.
Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh..

You might also like