Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

PENGENALAN

Perkataan Jepun bermaksud sumber matahari atau dalam bahasa Inggeris the
sourse of the rising sun. Orang Jepun menggelarkan negaranya sebagai Nihon atau
Nippon. Kepulauan Jepun terletak di sebelah timur pantai Benua Asia, menganjur
sebagai satu kawasan yang melengkung sejauh 3,800 kilometer(2,360 batu). Ia
meliputi kawasan seluas 377,708 kilometer persegi (145,834 batu persegi).
Kepulauan Jepun terdiri daripada empat buah pulau utama iaitu Pulau Honshu,
Hokkaido, Kyushu dan Shikoku dan mengandungi lebih kurang 3,900 buah pulau
kecil yang berangkaian. Sebelum munculnya zaman pembaharuan Meiji 1868- 1912,
Jepun diperintah oleh Keshogunan Tokugawa (1603-1867). Keshogunan Tokugawa
mengamalkan pemerintahan secara feudalisme di mana para shogun (pemimpin
tertinggi samurai) menguasai aspek politik, ekonomi dan sosial.
Pihak Shogun telah mengamalkan Dasar Tutup Pintu.Jepun mengamalkan
dasar tersebut bagi menjaga kedaulatan dan keselamatannya daripada ancaman
kuasa-kuasa besar. Keadaan ini menjadikan Jepun sukar menerima pembaharuan
daripada kuasa barat.Keadaan ini sebaliknya telah berubah dengan kedatangan
Kapten Perry ke Jepun. Kapten Perry dan Shogun telah menandatangani Perjanjian
Kanagawa yang menandakan tamatnya dasar pemencilan yang diamalkan sekian
lama.
ZAMAN PEMBAHARUAN MEIJI (1868-1912 )
Pemerintah Meiji setelah mengambil tampok pemerintahan daripada keshogunan
Tokugawa telah mengambil daya usaha untuk memajukan dan membangunkan
Jepun. Pada tahun 1867, rejim Tokugawa digulingkan dan Meiji mengambil alih
kuasa pemerintahan. Kuasa sebenar berada di tangan golongan pegawai dan
pemimpin yang merupakan bekas kelas tentera. Objektif utama dalam dasar luar
mereka ialah mengubahsuaikan perjanjian-perjanjian yang berat sebelah, mencapai
kebebasan sepenuhnya dan mencapai kedudukan yang selaras dengan kuasa barat.
Proses pemulihan Meiji ini dipengaruhi oleh pemimpin-pemimpin terkemuka
seperti Inobuto Hirobumi, Saigo Takamori, Okuma Shigenobu, Fukuzawa dan
diketuai oleh Mahajara Mutsuhito yang terkenal dengan gelaran Maharaja Meiji.
Maharaja Meiji mendapati kekuatan dan keagungan Barat terletak pada kekuatan
ekonomi dan ketenteraan. Para pemimpin muda Meiji telah menyedarkan betapa
pentingnya pembaharuan dan pembangunan bagi Negara Jepun. Mereka ini telah
menggubal satu dasar modenisasi yang menyeluruh dari segi politik, ekonomi dan
social. Ia melibatkan penyerapan teknologi dan sains dari Barat yang diselaraskan
dengan ciri-ciri Jepun.
KUNCI KEJAYAAN MASYARAKAT JEPUN DALAM PEKERJAAN DAN KEHIDUPAN
Pemerintah Meiji telah mewujudkan empat slogan sebagai teras kepada rakyat
Jepun untuk meyokong kepimpinan Meiji dan rakyat Jepun dapat berdiri setanding

dengan ketamadunan barat. Keempat-empat prinsip ini telah disematkan di jiwa


orang-orang Jepun supaya sentiasa hidup bermatlamat dan mencipta keunggulan di
dunia.
Melalui slogan-slogan ini , Kerajaan Meiji menghantar misi-misi ke barat untuk
mempelajari sistem industri Amerika dan Eropah. Jepun juga melengkapkan sektor
militarinya dengan berpandukan kepada model Jerman dan Perancis.
i.

ii.

iii.

iv.

Fukoku Kyohei- Kuatkan Tentera Kuatkan Ekonomi. Prinsip ini mendokong


cita-cita bahawa segala pemikiran dan jasad orang-orang Jepun hendaklah
memperkuatkan keselamatan negara dan memperkukuhkan ekonomi
supaya
rakyat Jepun disegani dan dihormati di dunid. Oleh itu mereka digesa
bekerja
kuat tanpa rasa jemu supaya negara mencapai keunggulan.
Bunmei Kaika- Meningkatkan Kecerdikan Dalam Pendidikan. Prinsip ini
mendokong agar orang-orang Jepun bersemangat mencari, mengamalkan
dan menyebarkan ilmu-ilmu baru berteraskan sains dan teknologi kepada
seluruh anak-anak Jepun. Ini dibuat berdasarkan Jepun telah ketinggalan
jauh
dari segi pencapaian teknologi dan ekonomi apabila membuka pintu
negaranya ke atas negara-negara barat. Bagi menjamin maruah dan
bangsa
Jepun dihormati, rakyat disarankan menimba ilmu tanpa sempadan.
Shokusan Kogyo- Menjalankan Program Perindustrian Berat. Prinsip ini
mendokong cita-cita bahawa negara Jepun mestilah maju dalam lapangan
perindustrian berat untuk mengembangkan ekonomi Jepun di seluruh
dunia.
Tokyo telah memainkan peranan sebagai pusat perindustrian dan
penyelidikan di lapangan perindustrian supaya negara Jepun mampu
mengeksport barang-barangnya ke seluruh dunia. Ramai orang Jepun
telah
dihantar ke negara barat untuk menimba ilmupengetahuan dan pulang ke
Jepun sebagai perintis serta penasihat kepada orang-orang Jepun di
lapangan
perindustrian.
Kokusai- Kankei Menjalin Perhubungan dengan Masyarakat Antarabangsa
untuk menjadi sebuah negara maju rakyat Jepun diminta mengadakan
perhubungan dengan seluruh dunia agar negara Jepun terkenal dan ini
sekaligus berupaya meningkatkan perdagangan Jepun. Budaya Jepun
menjadi elemen penting diperkenalkan oleh orang-orang Jepun melalui
konsep kaizen dan arigato.

ASPEK SOSIAL

Kerajaan Meiji telah menjalankan pemodenan pendidikan ke atas semua lapisan


masyarakat. Rakyat Jepun percaya bahawa pendidikan boleh menjadikan Negara
mereka makmur dan masyarakat akan mahir dalam bidang sains dan teknologi.
Masyarakat Jepun menghayati sejarah pembinaan negara Jepun dan bersikap setia,
yakin, berdisiplin dan sanggup berkorban (Bushido) setiap masa . Amanat dan
amanah ini dipraktikkan oleh setiap masyarakat dalam kehidupan seharian mereka.
Perkembangan pendidikan zaman Meiji dilihat sebagai satu cara
meyetupadukan rakyat dengan mengarahkan rakyat kea rah modenisasi nasional.
Perlembagaan Tokugawa telah menjadi landasan awal pemodenan Meiji. Dasar
pendidikan Meiji adalah berasaskan kepada prinsip Nasionalime, serta penyerapan
budaya barat yang bersifat selektif.

Kejayaan-kejayaan yang dicapai hasil pemodenan pemerintah Meiji ialah:i.

ii.

Membentuk sisitem pendidikan moden dan menggantikan sistem


pendidikan
Terrakoya. Sistem pendidikan Terrakoya yang mementingkan kemahiran
membaca,menulis dan mengira dirombak dengan penumpuan utama
kearah
pemikiran yang kritis. Kementerian Pendidikan ditubuhkan pada tahun
1871
dan pembentukan Rukun asas Pendidikan Rasmi Negara (Gakusei 1872 )
berkesan menambahbaikkan mutu pendidikan Jepun. Jepun telah
menjadikan
negara-negara barat sebagai model dalam memajukan pendidikan. Jepun
telah menjadikan Perancis, Jerman ,Belanda , Amerika Syarikat, Britain
dan
Russia.
Memasukkan doktrin Shinto (agama rasmi Jepun), sistem Kokutai
(semangat Kebangsaan Jepun) dan konsep Furusato (nilai kekeluargaan
dan
hubungan sosial). Bagi menyedarkan rakyat Jepun supaya sentiasa
mengenal
diri, bangsa dan tidak mudah lupa, lali atau lemah, pelajar-pelajar dan
rakyat
Jepun ditanamkan tiga elemen tersebut. Doktrin Shinto menekankan
falsafah
perjuangan dan pengorbanan dalam kehidupan seharian, falsafah kokutai
menekankan rakyat mesti bersatu pada dan berjuang untuk menjadikan
orang-

iii.

iv.

orang Jepun satu bangsa yang mulia di dunia menerusi taat setia kepada
maharaja dan menjaga Negara sepanjang masa. Manakala Furusato ialah
menekankan nilai ikatan kekeluargaan dan hubungan social yang rukun
damai
bagi membangunkan Negara yang dapat memberikan satu kehidupan
yang
terjamin lagi aman.
Kota Tokyo berperanan sebagai pusat perkembangan dan penyebaran
ilmu.
Pemimpin Meiji telah menjadikan Tokyo pusat pusat kecemerlangan ilmu
sejajar dengan kemudahan infrastruktur yang dimilikinya. Menjelang tahu
1880- an banyak universiti ditubuhkan antaranya Universiti Tokyo 1877,
Universiti Meiji 1881, Universiti Tokyo Imperial 1885, dan Universiti
Waseda
1882. Penubuhan unversiti ini telah melahirkan golongan cerdik pandai
Jepun
yang seterusnya menabur bakti untuk kemajuan negara Jepun.
Pemerintah Meiji telah mengeluarkan peruntukan yang besar dalam
bidang
pendidikan. Ramai pakar-pakar asing dan penterjemah buku-buku asing ke
dalam bahasa Jepun diambil. Pemimpin Meiji sedar mutu pendidikan akan
terabai dan rakyat lambat menerima pembaharuan ilmu-ilmu moden
tanpa
adanya kepakaran dan buku-buku ilmuan bagi rakyat Jepun meningkatkan
ilmu pengetahuan dan bidang teknologi.

ASPEK EKONOMI
Pemerintah Meiji sebaik sahaja mengambil kuasa pemerintahan daripada Shogun
Tokugawa pada tahun 1868-1912, telah mengambil daya usaha yang gigih
memajukan dan memodenkan pembangunan ekonomi bagi memajukan Negara
Jepun. Salah satu usaha yang dilakukan ialah memajukan industri perkapalan
perdagangan untuk kejayaan ekonominya. Perusahaan kapal-kapal kecil telah
digantikan dengan kapal-kapal yang besar dan berteknologi tinggi. Bagi
mengekalkan negara Jepun sebagai sebuah negara yang berpengaruh dan
berkuasa, pada tahun 1869, pemerintah Meiji telah menetapkan keputusan
pembinaan kapal-kapal moden. Pengumunan ini telah dikeluarkan oleh Perdana
Menteri Jepun melalui arahan yang bernombor 968.
Pada tahun1870, pengumunan ini dijalankan sekali lagi untuk meningkatkan
pertumbuhan syarikat-syarikat perkapalan Jepun. Kedua-dua pengistiharkan ini
menunjukkan secara jelas pemerintah Meiji mengutamakan dan menggalakkan
perdagangan luarnya.Pedagang-pedagang Barat seperti Amerika Syarikat, British,

Perancis, German dan lain-lain berlumba-lumba ingin mendapatkan konsesi


perdagangan terbuka luas di Jepun. Dasar terbuka ini telah menyebabkan
pelabuhan-pelabuhan utama seperti Tokyo, Osaka, Kyoto,Yokohama, Nigata menjadi
tumpuan pertukaran perdagangan antarabangsa. Pemimpin Meiji juga turut
membina kapal perang bagi mengawal dan menjamin kedaulatannya daripada
sebarang ancaman daripada luar.
Pembinaan kapal-kapal perang ini ternyata telah membantu kejayaan Jepun
di dalam menewaskan China pada 1894-1895 dan Rusia 1904-1905. Kemengan ini
telah meninggikan lagi imej Jepun di kalangan negara-negara barat.Menerusi
pelaksanaan dasar industri perkapalan moden, pemerintah Meiji telah berjaya
membuka mata orang-orang Jepun bahawa dasar pemencilan diri tidak lagi
menguntungkan orang-orang Jepun dan Negara mereka secara keseluruhannya.
Melalui perdagangan import dan eksportnya, Pemerintah Meiji juga turut
memajukan pembinaan jalanraya, landasan keretapi, dan telgraf. Perkembangan ini
adalah penting bagi membantu Negara Jepun melaksanakan revolusi industri berat
seperti
penubuhan
kilang-kilang
simen,
besi,pembinaan
pelabuhanpelabuhan.Revolusi perindustrian berat ini tidak akan berjaya jika pengangkutan
perkapalan tidak dijalankan lebih dahulu.
Selain daripada perindustrian perkapalan yang ditumpukan oleh Pemerintah
Meiji, berbagai-bagai program ekonomi di adakan untuk kesejahteraan rakyat Jepun.
Dimulakan dengan perindustrian bercorak berat .Sebelum tahun 1870 ekonomi
pertanian dan perindustrian dimulakan secara kecil-kecilan akibat kekurangan
modal. Selepas tahun 1870 kerajaan tealh mengambil alih dan mula membiayai
pembangunan perindustrian dengan modal yang diperolehi dari cukai dan pinjaman
saudagar. Untuk terus meningkatkan lagi bidang industri, kerajaan telah
menubuhkan Kementerian Perusahaan dalam bulan Disember 1870. Kerajaan Meiji
mula mengimport mesin-mesin dan menjual mesin-mesin ini kepada pengusaha
tempatan secara ansuran, perindustrian utama seperti kilang kain bulu dan tekstil,
simen, dan kertas ditubuhkan.
Pemerintah Meiji juga membangun pertanian secara moden bagi
meningkatkan daya pengeluaran pertanian khususnya dalam bekalan makanan
(tanaman padi). Tanah-tanah telah dibuka dengan luasnya di Pulau Honshu dan
Hokkaido. Tanaman padi ,teh, buah-buahan dan sayur-sayuran diberi tumpuan
utama. Para pelajar telah dihantar ke luar negeri untuk mendalami bidang
pertanian, khususnya di Britiain untuk mendalami cara-cara penggunaan jentera
moden, baja kimia, cara mengawal penyakit, pemasaran dansebagainya.
Pemerintah Meiji juga telah membangunkan pertanian secara moden dengan
cara meningkatkan daya pengeluaran pertanian khusunya dalam bekalan makanan
(tanaman padi). Tanah-tanah telah dibuka dengan luasnya di Pulau Honshu dan
Hokkaido. Tanaman padi,teh ,buah-buahan telah diberi tumpuan utama.Tumpuan
juga diberi pada program perindustrian berat .Pemimpin-pemimpin telah berusaha

memperkembangkan industri besi dan keluli, perkapalan, ketenteraan, tanah,


pembinaan untuk melahirkan sebuah masyarakat usahawan dan negara industri.
Kemunculan Zaibatsu (keluarga perdagangan) seperti Mitsui, Mitsubishi,
Sumitomo dan Yasuda telah mempercepatkan proses perindustrian dan
pertumbuhan kapitalisme di Jepun. Kumpulan ini telah berkembang menjadi syrikatsyarikat gergasi dalam bidang perindustrian dan perdagangan. Zaibatsu Mitsui dan
Mitsubishi telah bekerjasama erat dengan beberapa pemimpin Meiji. Kumpulan ini
menjadi penggerak dalam semua lapangan pembagunan seperti pembinaan jalan
raya, landsan keretapi, penubuhan bank-bank dan sebagainya. Institusi-institusi
kewangan ditubuhkan untuk menjana projek-projek perindustrian secara besarbesaran dan mengurus kewangan negara.
Pada tahun 1870, sistem kewangan baru diperkenalan daripada ryo kepada
yen. Sistem cukai, sistem tariff dan perlindungan turut diperkenalkan bagi
mengurus ekonomi Jepun. Pada tahun 1876, Pemerintah Meiji telah menubuhkan
Pusat Galakan Perdagangan untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti perdagangan
baru, menyusun kemudahan pengangkutan dan mengkaji masalah-masalah
perdagangan di dalam dan di luar negeri. Pusat ini juga ditugaskan untuk mencari
peluang-peluang perdagangan di seluruh Negara. Kemuncak daripada kepesatan
ekonomi ini ialah penubuhan Bank Industri pada tahun 1900.Selain itu kerajaan
Meiji juga turut merangka satu bentuk sistem ekonomi baru yang sistematik.
Sistem ini meliputi sistem perkembangan infrastruktur termasuk jalan raya,
sistem keretapi, sistem pos dan telegraf, penerimaan organisasi saham bersama
sebagai satu bentuk perbadanan, mengimport jentera serta memilik negarakan
kilang-kilang.
POLITIK
Sebaik sahaja pemerintah Meiji menerajui pemerintahan kerajaan Jepun, pada 3hb
Januari 1868, beliau telah melafaz beberapa ikrar. Ia bertujuan untuk menaik taraf
negara Jepun supaya setaraf negara-negara yang sudah maju di barat. Ikrar Meji
mengandungi lima usul iaitu :i.
ii.
iii.
iv.
v.

Membentuk kerajaan berdasarkan demokrasi berparlimen


Menggalakan yang menghalang bidang pelajaran.
Menghapuskan adat istiadat lama yang menghalang proses pemodenan.
Golongan atasan diarahkan supaya jangan memandang rendah kepada
orang-orang bawahan seperti petani dan pegawai tentera dan awam.
Dasar tutup pintu dan anti orang asing adalah tidak menguntungkan dan
perlu
dihapuskan.

Pada tahun 1873, sistem fiskal telah diubahsuai. Sistem bayaran cukai secara
tradisional dan rampasan harta secara paksaan telah dihapuskan. Bayaran wang
secara tunai dipraktikan dalam sebarang jenis urusniaga. Satu sistem cukai pusat
yang moden telah ditubuhkan bersama-sama dengan satu sistem wang yang baru.
Salah satu langkah modenisasi yang dijalankan ialah penghapusan sistem feudal
kepada sistem pemerintahan secara demokrasi.
Penghapusan feudalisme memperkukuhkan kedudukan kerajaan Meiji. Ini
membolehkan kerajaan mempunyai kuasa yang sepenuhnya ke atas negara dan
rakyat. Pada tahun 1876 sistem feudalisme dibubarkan sepenuhnya dan
terbentuklah pemerintahan pusat. pemerintah Meiji juga telah menamatkan system
class. Lapisan masyarakat yang sebelum ini dikuasai oleh golongan samurai,
petukan, petani dan pedagang. Status rakyat adalah sama rata dalam mendapatkan
keistemewaan-keistemewaan sebagai raakyat Jepun khususnya dalam lapangan
ketenteraan dan pendidikan.
Pada 11hb. Februari 1886, Maharaja Meiji telah mewujudkan Perlembagaan
Meiji (Perlembagaan Negeri Jepun yang pertama dan bertulis ).Perlembagaan Meiji
mengandungi dua buah dewan iaitu Dewan Pertuanan dan Dewan Perwakilan.
Pemerintah Meiji juga membuat perubahan dari dasar pemencilan kepada dasar
berbaik-baik dengan negara barat.Pada tahun 1877 Menteri Luar negeri Terajima
Munenori, telah membuka jalan perundingan dengan Amerika Syarikat.
Kerajaan Meiji juga menjalankan dasar berbaik-baik dengan pemimpinpeminpin negara barat khususnya Britain, Amerika Syarikat, German, Perancis,
Belanda, Sepanyol, Portugis dan lain-lain untuk menimba berbagai-bagai disiplin
ilmu khususnya sains dan teknologi. Pemerintah Meiji juga menumpukan kekuatan
tentera menubuhkan sebuah Angkatan Tentera dengan menubuhkan Angkatan
Tentera Darat dan Laut bertaraf Antarabangsa Gagah Perkasa- Berani Mati (Harakiri
dan Kamekaze).

Maharaja Meij (3 November 1852 30 Julai 1912) ialah Maharaja Jepun yang ke122 menurut susunan pewarisan takhta tradisional, memerintah sejak 3 Februari
1867 sehingga hari kemangkatan baginda.
Nama diri baginda ialah Mutsuhito. Sepertilah maharaja-maharaja sebelumnya,
baginda dikenali dengan nama posthumus selepas mangkat. Selepas kemangkatan
baginda bermulanya satu tradisi baru iaitu memberikan zaman pemerintahan
mendiang maharaja kepada baginda setelah mangkat. Oleh sebab memerintah
ketika zaman Meiji (Pemerintahan kesedaran), baginda kini dikenali sebagai
Maharaja Meiji. Meskipun kadang-kadang dipanggil Mutsuhito atau Maharaja
Mutsuhito di luar Jepun, maharaja-maharaja Jepun hanya digelar dengan nama
posthumus mereka di Jepun. Penggunaan nama diri maharaja itu boleh dianggap
kurang sopan.
Ketika keputeraan baginda pada tahun 1852, Jepun merupakan sebuah negara yang
terpencil, belum berindustri dan feudal yang didominasi Syogun Tokugawa dan
daimyo yang memerintah lebih 250 kawasan terpencar di negara. Apabila baginda
mangkat pada tahun 1912, Jepun sudah melalui revolusi politik, sosial, dan
perindustrian dalam negara (Lihat Pemulihan Meiji) dan timbul sebagai salah
sebuah kuasa besar di pentas dunia.
Garis masa peristiwa-peristiwa sepanjang riwayat dan pemerintahan
Maharaja Meiji
Riwayat dan pemerintahan Meiji mengundang banyak perubahan besar kepada
masyarakat feudal Jepun. Berikut adalah garis masa peristiwa-peristiwa utama:

3 November 1852: Meiji (ketika itu dikenali sebagai Sachinomiya) dilahirkan


oleh gundik diraja Nakayama Yoshiko bersama Maharaja Komei

1853: Searmada kapal di bawah pimpinan Laksamana Pertama Matthew Perry


tiba di Jepun pada 8 Julai; dianggap sebagai "Pembukaan" Jepun. Kematian
Syogun.

185455: Penandatanganan perjanjian bersama


Bakufu.

Akhir 1850-an1860-an: Gerakan "sonno-joi" menjadi giat sepenuhnya.

1858: Penandatanganan perjanjian bersama Belanda, Empayar Rusia dan


Great Britain oleh Bakufu.

1860:
o

Mac: Tairo Ii Naosuke, dibunuh.

Amerika Syarikat oleh

11 November: Sachinomiya secara rasminya diisytiharkan Putera Raja


dan dikurniakan nama diri Mutsuhito.

1862: Peristiwa Namamugi

186465: Serangan Shimonoseki oelh kapal-kapal British, Amerika, Perancis


dan Belanda; disusuli pertelingkahan antara pihak syogun dan Choshu.

1866: Kematian Syogun, Tokugawa Iemochi pada 29 Ogos; pelantikan


Tokugawa Yoshinobu sebagai Syogun.

1867:
o

4 Januari: Pemulihan rasmi pemerintahan diraja;


pemerintahan syogun Tokugawa setelah 265 tahun

tamatnya

31 Januari: Kemangkatan Maharaja Komei akibat penyakit cacar


berdarah, penaikan takhta Mutsuhito secara tidak rasmi.

12 September: Pertabalan rasmi Maharaja Meiji.

23 Oktober: Nengo ditukar ke tahun pertama Meiji.

6 November: Ibu negara berpindah dari Kyoto ke Edo, dinamakan


semula sebagai Tokyo.

Akhir 1860-an1881: Zaman pemberontakan dan pembunuhan di Jepun.

1869
o

11 Januari: Perkahwinan Meiji ke Ichijo Haruko yang mulai saat itu


bergelar Maharani Shoken.

4 September: Meiji menyambut Duke Edinburgh.

1871: Pemansuhan kawasan han diisytiharkan.

1873: Istana Edo ranap akibat kebakaran; maharaja berpindah ke Istana


Akasaka. Putera-puteri sulung baginda lahir tanpa nyawa.

1877: Pemberontakan Satsuma

1878: Pembunuhan Okubo Toshimichi.

31 Ogos 1879: Kelahiran Putera Yoshihito, putera tunggal Meiji yang bakal
menjadi Maharaja Taisho.

You might also like