Ayam Tandoori

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

Ayam Tandoori

(Credit to sayasukamasak.wordpress.com)

+ 2 ekor ayam belah 4


Rempah ratusnya:
+ 3 biji bawang besar
+ 13 ulas bawang putih
+ 2 inci halia
+ 2 sudu teh garam
+ 1 sudu serbuk kunyit
+ 1 sudu serbuk cili
+ 1 sudu serbuk lada sulah
+ 1 sudu serbuk jintan manis
+ 1 sudu serbuk jintan putih
+ 1 sudu serbuk ketumbar
+ 1 sudu serbuk kulit kayu manis
+ 3 biji buah pelaga
+ 1 cawan susu cair
+ 2 biji buah lemon
+ 2 ikat daun ketumbar
+ 2 ikat daun pudina
+ 2 sudu marjerin
+ 2 sudu sos tiram
+ pewarna merah

Langkah pertama sekali untuk membuat ayam tandoori ini, kita buat tairu. Perahkan biji buah lemon ke dalam 1 cawan susu
cair dan kacau. Sekarang anda akan melihat perubahan susu cair tadi menjadi tairu. Kalau nak gunakan plain yogurt pun boleh
menggantikan tairu ini.

Lepas itu, masukkan kesemua bahan-bahan rempah ratus tadi ke dalam pengisar. Jangan lupa perahkan 1 biji buah lemon ke
dalam pengisar. Untuk pengetahuan semua, di dalam resepi ini saya tidak menggunakan pewarna merah.. dah kehabisan stok..
nak beli kat kedai pun dah habis..

Kemudian, masukkan tairu ke dalam pengisar. Kisarkan bahan-bahan ini sehingga halus dan sebati.

Bila sudah selesai mengisar bahan-bahan tadi, lumurkan ke atas ayam-ayam ini. Pastikan kesemua ayam ini dilumur sehingga
sebati dengan rempah ratus ini.

Ok, sekarang masukkan ayam-ayam yang telah diperap dengan rempah ratus tadi ke dalam beg plastik kedap udara. Beg plastik
kedap udara boleh dibeli di pasaraya berdekatan. Jikalau takde, pakai aje bekas-bekas plastik yang kedap udara. Ini penting
supaya tiada bau-bau wap asing di dalam peti ais masuk kedalam ayam yang diperap tadi. Untuk pengetahuan semua, saya perap
ayam ini selama 5 jam sahaja.
Bahan-bahan ini habis diperap dari pukul 12 lebih tengahari dan saya biarkan ayam ini ke dalam peti ais selama 5 jam.

Kiranya pada pukul 5-6 petang saya sudah mula membakar ayam tandoori ini di dalam ketuhar dengan kepanasan 170c selama 1
jam.

You might also like