Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 20

Topik

Sistem dan
Kawalan

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1.

Mengenal pasti operasi sistem kawalan dan sistem mekanikal;

2.

Membincangkan konsep sistem tuas dan sistem takal;

3.

Menerangkan sistem hidraulik dan sistem pneumatik; dan

4.

Menghuraikan sistem kawalan elektrik dan elektronik.

PENGENALAN
Sistem dalam sesuatu alat ialah bahagian yang mengawal operasi kefungsian alat
itu. Tanpa sistem, sesuatu alat itu tidak akan berfungsi. Sistem adalah gabungan
beberapa elemen atau komponen yang boleh beroperasi mengikut fungsi yang
diprogram untuk melakukan kerja.
Dalam bahagian ini, anda akan mengikuti lima asas sistem kawalan yang penting
dalam sesuatu peralatan dan mesin. Sistem-sistem boleh mempertingkatkan
kecekapan, produktiviti dan mengefisenkan kerja manusia masa kini. Lima sistem
tersebut adalah sistem mekanikal, sistem hidraulik, sistem pneumatik dan sistem
elektrikal dan elektronik.
(a)

Kejuruteraan Kawalan
Kejuruteraan kawalan adalah berdasarkan asas-asas teori maklum balas
dan analisis sistem linear, dan ia menghasilkan konsep-konsep teori
rangkaian dan teori komunikasi. Oleh itu, kejuruteraan kawalan tidak
terhad kepada mana-mana disiplin kejuruteraan tetapi digunakan secara
langsung berkaitan dengan penerbangan, kimia, mekanikal, alam sekitar,
kejuruteraan awam dan kejuteraan elektrik.

144 TOPIK 7 SISTEM DAN KAWALAN

(b)

Sistem Kawalan
Satu sistem kawalan adalah sambungan komponen yang membentuk
sistem konfigurasi yang akan memberikan tindak balas sistem yang
dikehendaki. Asas untuk analisis sistem merupakan asas yang disediakan
oleh sistem linear, yang mengkaji hubungan sebab-akibat bagi setiap
komponen sistem. Satu komponen atau proses untuk menjadi satu sistem
kawalan boleh diwakili oleh satu blok seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 7.1.

Rajah 7.1: Sistem kawalan

7.1

SISTEM MEKANIKAL

Tahukah anda sistem mekanikal membolehkan sesuatu peralatan bergerak,


berpusing dan berfungsi dengan tujuan memindahkan dari satu pergerakan
(input), contohnya sesuatu motor, kepada satu pergerakan yang lain (output)
(lihat rajah 7.2).

Rajah 7.2: Sistem mekanikal

Satu sistem mekanikal adalah alat yang terdiri daripada pelbagai bahagian
mekanikal. Satu daya dibekalkan pada pergerakkan (input). Setelah daya
tersebut digunakan, ia boleh mencetuskan gerakan untuk pergerakan beban.
Kuasa dibekalkan kepada beban adalah keluaran sistem mekanikal (output).

TOPIK 7

SISTEM DAN KAWALAN

145

Sistem mekanikal digunakan dengan meluas dalam kehidupan kita seharian.


Antara kegunaannya ialah memandu kereta, mengayuh basikal dan
seumpamanya. Sistem mekanikal boleh terdiri daripada sistem ringkas, contoh
sistem ringkas yang biasa kita lihat ialah sistem gear pada sebuah basikal.
Rajah 7.3 menunjukkan sistem gear yang terdapat pada sebuah basikal.

Rajah 7.3: Sistem gear basikal

7.1.1

Sistem Tuas

Tuas adalah mesin ringkas yang dibuat daripada sebatang rod yang bebas
bergerak pada satu titik tetap yang dipanggil fulkrum. Oleh itu tuas terdiri
daripada tiga bahagian iaitu fulkrum, beban dan daya (lihat Rajah 7.4).
Kedudukan fulkrum akan menentukan jumlah daya yang diperlukan untuk
mengangkat sesuatu objek.

Rajah 7.4: Sistem tuas ringkas

146 TOPIK 7 SISTEM DAN KAWALAN

Tuas adalah mesin ringkas yang digunakan untuk mengangkat berat atau beban
dan membantu memudahkan kerja. Ia juga dapat memudahkan kita mengangkat
atau menggerakkan objek dengan mudah. Sistem tuas memudahkan kerja-kerja
harian kita seperti berikut:
(a)

Mengangkat objek;

(b)

Menggunting kertas; dan

(c)

Mencabut paku.

Rajah 7.5: Contoh kerja menggunakan sistem tuas ringkas

Tuas boleh dikelaskan kepada tiga kelas. Tuas kelas pertama, tuas kelas kedua
dan tuas kelas ketiga. Ketiga-tiga kelas tuas ini dibezakan dengan menentukan
kedudukan fulkrum, daya dan beban.
(a)

Tuas Kelas Pertama


Pada tuas kelas pertama, fulkrum berada di tengah-tengah. Beban berada
pada satu hujung dan daya di hujung yang satu lagi. Satu contoh dalam
kelas tuas ini ialah papan jongkang-jongkit. Beban ialah orang yang
diangkat ke atas, dan daya ialah berat orang yang jatuh ke bawah. Fulkrum
berada di tengah-tengah di antara mereka berdua. Contoh lain tuas kelas
pertama ialah sistem gunting dan playar (lihat Rajah 7.6).

TOPIK 7

SISTEM DAN KAWALAN

147

Rajah 7.6: Contoh-contoh alat yang menggunakan tuas kelas pertama

(b)

Tuas Kelas Kedua


Tuas kelas kedua ialah apabila fulkrum berada pada satu hujung, daya
menentang, beban berada di tengah-tengah, dan daya berada pada hujung
yang satu lagi. Contoh bagi tuas kelas kedua ialah kereta sorong, pembuka
botol minuman dan pemecah buah keras (lihat Rajah 7.7).

Rajah 7.7: Contoh-contoh alat yang menggunakan tuas kelas kedua

148 TOPIK 7 SISTEM DAN KAWALAN

(c)

Tuas Kelas Ketiga


Tuas kelas ketiga ialah apabila fulkrum berada pada satu hujung, daya
berada di tengah-tengah dan daya menentang, beban berada pada hujung
yang satu lagi. Contoh bagi Tuas kelas ketiga ini ialah joran memancing.
Beban ialah ikan, hujung pemegang adalah fulkrum dan daya dikenakan
pada bahagian tengah joran (lihat Rajah 7.8). Contoh lain ialah seperti
pemegang ais.

Rajah 7.8: Tuas kelas ketiga

7.1.2

Sistem Penyambungan Mekanikal

Penyambungan mekanikal berfungsi untuk memindahkan daya dan pergerakan


dalam sistem mekanikal. Konsep asas penyambungan mekanikal mempunyai
input dan output. Ini ditunjukkan dalam Rajah 7.9.
Contoh aplikasi sistem penyambungan mekanikal ialah pada sistem brek dan
tong sampah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.9.

TOPIK 7

SISTEM DAN KAWALAN

149

Rajah 7.9: Sistem penyambungan mekanikal

7.1.3

Sistem Takal

Sistem takal asas mengandungi dua roda berlurah yang dipasang pada aci dan
tali sawat. Apabila takal pemacu diputarkan, takal pengikut akan berputar pada
arah yang sama melainkan tali sawat disongsangkan (lihat Rajah 7.10).

Rajah 7.10: Sistem takal dan tali sawat

150 TOPIK 7 SISTEM DAN KAWALAN

Kelajuan putaran takal pengikut bergantung kepada nisbah diameter kedua-dua


takal. Jika diameter takal pengikut lebih besar daripada takal pemacu, takal
pengikut akan berputar dengan kelajuan yang lebih rendah tetapi mempunyai
daya kilas yang lebih tinggi.
Contoh penggunaan sistem takal ini boleh didapati dalam mekanisma putaran
spindel mesin gerudi meja (lihat Rajah 7.11). Kebiasaannya takal-takal ini
dihubungkan menggunakan tali sawat. Tali sawat pula terdapat dalam berbagai
jenis dan bentuk antaranya berbentuk rata, bulat, segiempat dan tirus bergigi.

Rajah 7.11: Sistem takal dan tali sawat pada mesin gerudi

7.1.4

Sistem Gear

Komponen-komponen mekanikal yang menghasilkan gerakan terdiri daripada


gear, takal, aci dan tali sawat. Sistem takal dan tali sawat telah pun kita
bincangkan sebelum ini.
Gear mempunyai fungsi kerja yang tersendiri seperti berikut:
(a)

Mengawal kelajuan, menambah dan mengurangkan daya kilas;

(b)

Menukar arah pergerakan dalam sesuatu mesin; dan

(c)

Menghasilkan putaran dan melakukan pemindahan tenaga.

TOPIK 7

SISTEM DAN KAWALAN

151

Jadual 7.1 membincangkan enam jenis gear, aci engkol dan aci sesondol yang
biasa digunakan dalam sistem kawalan mekanikal.
Jadual 7.1: Komponen Mekanikal
Jenis Gear

Penerangan
Gear Taji adalah jenis yang paling biasa. Gear yang
mempunyai gigi yang lurus, dan dipasang pada aci
selari. Gear taji banyak sekali digunakan untuk
mewujudkan beza pengurangan gear yang sangat besar.

Gear Taji

Setiap kali gigi gear bertemu dengan gigi pada gear yang
lain, gigi-gigi ini akan berlanggar dan mengeluarkan
bunyi. Ia juga meningkatkan tekanan pada gigi gear.
Gear taji terdiri daripada dua gear yang berlainan saiz
berputar berlawanan arah. Berfungsi untuk memutar dua
batang aci yang selari tetapi berlawanan arah putarannya.
Contoh: jam mekanikal dan mesin pemotong rumput.
Gear belitan (worm gear) digunakan apabila
pengurangan gear yang besar diperlukan. Ia adalah
perkara biasa untuk gear belitan mempunyai
pengurangan 200:1, dan juga sehingga 300:1 atau lebih.

Gear Belitan

Perkara yang menarik mengenai gear belitan ini ialah,


tiada gear lain yang mempunyai sistem pertukaran gear
sepertinya. Ini adalah kerana sudut pada gear ini begitu
cetek dan apabila gear cuba untuk berputar, geseran
antara gear akan memegang gigi-gigi dengan kuat. Ciri
ini amat berguna untuk mesin seperti sistem penghantar,
di mana ciri-ciri kekuatan pegangan boleh bertindak
sebagai brek apabila tidak berlaku penghantaran dalam
motor. Salah satu penggunaan lain yang sangat menarik
ialah digunakan untuk enjin yang memerlukan daya
kilas yang tinggi, di mana kebanyakannya digunakan
untuk kereta yang berprestasi tinggi atau trak.

152 TOPIK 7 SISTEM DAN KAWALAN

Gear serong berguna apabila arah putaran aci yang perlu


ditukar secara bersudut tepat. Ia biasanya dipasang pada
aci dengan kedudukan 900 (bersudut tepat), tetapi boleh
juga direka bentuk untuk bekerja pada sudut yang lain.

Gear Serong

Gigi pada gear serong adalah lurus, lingkaran atau


hypoid. Gigi gear serong yang lurus sebenarnya
mempunyai masalah yang sama seperti gigi lurus gear
taji kerana setiap gigi akan memberi kesan kepada semua
gigi secara serentak.
Gear Hypoid menyerupai gear serong lingkaran kecuali
paksi acinya tidak bertemu (kedudukannya bukan
bersilang paksi). Reka bentuk diperbaharui pada bentuk
gear hypoid agak baru dan khusus kerana ia dihasilkan
menggunakan alat mesin Gleason yang canggih. Gigi
lingkaran Gear Hypoid adalah serong dan melengkung.
Paksinya boleh berada di sudut kanan atau sebaliknya.

Gear Hypoid

Operasi kerja gear hypoid adalah lebih baik berbanding


dengan gear serong dan gear belitan. Gear Hypoid
umumnya mempunyai sudut tekanan yang ada di antara
19 dan 22 darjah. Gigi di Gear Hypoid direka bentuk
dengan menambah keconcongan ke arah gigi. Ini
menjadikan gear hypoid menghantar putaran dengan
lebih lancar dan tanpa bunyi berbanding dengan gear
serong lingkaran.Gear ini paling biasa ditemui dalam
gandar kenderaan motor.
Gear Heliks seakan sama saja dengan gear taji tetapi gigi
pada gear heliks dipotong pada sudut ke muka gear.
Apabila dua gigi pada sistem gear Heliks bertemu, ia
mencengkam pada satu hujung gigi dan seterusnya
kepada keseluruhan gigi sebagai gear berputar, sehingga
kedua-dua gigi gear bercantum penuh.

Gear Heliks

Kaedah putaran sedemikian membuatkan Gear Heliks


beroperasi lebih lancar dan senyap berbanding gear taji.
Atas sebab ini, Gear Heliks digunakan dalam hampir
semua sistem transmisi kereta dan untuk menghubungkan
dua gandar yang selari contohnya gear kereta.

TOPIK 7

SISTEM DAN KAWALAN

153

Rak adalah satu bar bergigi atau rod yang boleh


dianggap sebagai gear sektor yang lurus. Daya kilas
boleh ditukar kepada tenaga linear oleh jejaring rak
dengan pinan. Gear pinan bergerak pada rak dalam garis
lurus. Mekanisma ini digunakan dalam kereta untuk
menukar putaran stereng dalam gerakan kiri kekanan
atau kanan kekiri. Gear rak pinan digunakan dalam
kereta api gerabak.
Gear rak dan pinan

Sistem mekanikal yang menggabungkan pergerakan


putaran dengan gerakan salingan.

Berfungsi menerima kuasa tujahan rod penghubung


ketika lejang kuasa dalam enjin.

Mempunyai gear dan dua buah sesondol.

Berfungsi membuka dan menutup injap masukkan


dan keluaran bahan api dalam sesebuah enjin.

Gear aci sesondol dipasangkan bersama dengan aci


engkol.

Aci engkol

Aci sesondol

7.2

SISTEM HIDRAULIK

Dengan perkembangan yang pesat teknologi masa kini, sistem hidraulik semakin
meluas digunakan dalam pelbagai bidang industri untuk melakukan pelbagai
tugas yang berat dalam perindustrian, pembinaan, pembuatan, perlombongan
dan pengangkutan. Sistem hidraulik digunakan dalam pengendalian pelbagai
jentera berat seperti kren, lori pengangkut, kapal terbang, jentolak, jengkaut dan
sistem brek jentera (Rajah 7.12 dan 7.13). Sistem hidraulik menggunakan bendalir
untuk memindahkan tenaga hiraulik kepada tenaga mekanikal.
Bendalir adalah satu bahan yang boleh mengalir iaitu zarah-zarah yang
terkandung di dalamnya boleh bertukar kedudukan secara berterusan terhadap
satu sama lain. Bendalir juga tidak mempunyai rintangan yang berkekalan
terhadap anjakan daripada satu lapisan ke lapisan yang lain dalam bendalir
tesebut. Ini bermakna sekiranya bendalir tidak bergerak, tidak terdapat tegasan
ricih di dalamnya. Pada sebarang masa, bendalir menyamai bentuk bekas yang
dikandungi ataupun daya-daya yang cuba menghalang pergerakannya.

154 TOPIK 7 SISTEM DAN KAWALAN

Empat ciri cecair yang diambil kira dalam sistem hidraulik iaitu:
(a)

Cecair Tidak Mempunyai Bentuk


Cecair akan mengikut bentuk bekas yang diletakkannya. Oleh itu ia sesuai
digunakan untuk penghantaran daya dalam sistem hidraulik yang
mempunyai reka bentuk yang rumit.

(b)

Tidak Boleh Dimampatkan


Tekanan yang dikenakan ke atas bendalir akan dipindahkan dari satu
tempat ke tempat yang lain berdasarkan jumlah daya yang dikenakan ke
atas bendalir tersebut.

(c)

Memindahkan Tekanan ke Semua Arah (Hukum Pascal)


Hukum Pascal menyatakan bahawa tekanan yang bertindak ke atas
bendalir (di dalam tiub) akan dihantar sama dan tidak akan berkurang
dalam semua arah. Prinsip ini adalah penting untuk diingat, bahawa
tekanan di dalam mana-mana bahagian sistem hidraulik adalah sama ke
seluruh sistem tersebut.

(d)

Mampu Melakukan Kerja-kerja Berat


Sistem hidraulik boleh melakukan kerja-kerja berat walaupun mempunyai
reka bentuk yang kecil dan ringkas. Ini dapat menjimatkan penggunaan
cecair hidraulik dalam sistem.

Oleh yang demikian, fungsi-fungsi bendalir hidraulik ialah:


(a)

Penghantaran kuasa;

(b)

Pelinciran kepada bahagian yang bergerak;

(c)

Sebagai penyendal kelegaan antara bahagian yang bertemu; dan

(d)

Pelenyap haba.

Rajah 7.12: Contoh sebuah jentolak

Rajah 7.13: Contoh sebuah jenkaut

TOPIK 7

SISTEM DAN KAWALAN

155

Sistem hidraulik terdiri daripada bahagian-bahagian utama seperti berikut:


(a)

Bahagian pembekalan;

(b)

Bahagian kawalan bendalir;

(c)

Bahagian penggerak; dan

(d)

Bahagian pemindahan tenaga.

Jadual 7.2 menerangkan bahagian-bahagian dalam sistem hidraulik dan fungsifungsinya.


Jadual 7.2: Komponen Hidraulik
Bahagian Sistem Hiraulik
(a) Bahagian pembekalan

Bahagian ini bertindak menyediakan tenaga


hidraulik dengan menggunakan sumber bendalir
dalam sebuah tangki simpanan.
Bahagian ini terdiri daripada tangki, motor elektrik,
pam, tolok tekanan, injap pelaga tekanan dan
penapis penyaring.

(b) Bahagian kawalan


bendalir

Bahagian kawalan bendalir terdiri daripada pelbagai


injap yang berfungsi bagi mengawal tekanan, kadar
aliran bendalir dan arah pengaliran bendalir.
Terdiri daripada injap kawalan tekanan, injap
kawalan aliran dan injap kawalan arah.

(c) Bahagian penggerak

Bahagian pengerak berfungsi menukar


hidraulik kepada tenaga mekanikal.

tenaga

Bahagian penggerak terdiri daripada dua bahagian,


iaitu penggerak-penggerak silinder (lelurus) dan
penggerak bergerak (motor).
Melakukan kerja-kerja menolak, mengangkat dan
memutar.
(d) Bahagian pemindahan
tenaga

Bahagian ini pula melakukan kerja memindahkan


tenaga hidraulik dari bahagian bekalan untuk
dipindahkan melalui perpaipan.

156 TOPIK 7 SISTEM DAN KAWALAN

7.3

SISTEM PNEUMATIK

Tahukah anda sebenarnya anda juga adalah pengguna sistem pneumatik dalam
kehidupan seharian? Kemudahan dan alat-alat yang pernah anda gunakan
seperti mesin pemampat (pam tayar), pintu automatik, pendingin udara, gerudi,
mesin perawat gigi dan sebagainya adalah menggunakan sistem pneumatik.
Pada asasnya sistem pneumatik adalah sama dengan sistem hidraulik. Sistem
pneumatik untuk melakukan kerja-kerja yang lebih ringan atau sederhana berat
tidak seperti sistem hidraulik. Pengendaliannya lebih mudah dan murah dan
adalah menggunakan udara bertekanan bukan bendalir seperti dalam sistem
hidraulik.
Seperti sistem hidraulik, sistem pneumatik juga terdiri daripada bahagianbahagian utama seperti berikut (rujuk Jadual 7.3):
(a)

Bahagian pembekalan;

(b)

Bahagian kawalan pneumatik;

(c)

Bahagian penggerak; dan

(d)

Bahagian pemindahan tenaga.


Jadual 7.3: Sistem Pneumatik
Bahagian Sistem Pneumatik

(a) Bahagian pembekalan

Menggunakan sumber udara atmosfera


dimampatkan dalam tangki udara.

yang

Bahagian ini terdiri daripada tangki, motor elektrik,


pemampat, penyejuk, penapis minyak dan air,
penapis udara, pengering, pelicin, tolok tekanan dan
alat pengatur tekanan.
(b) Bahagian kawalan
pneumatik

Berfungsi mengawal tekanan, arah udara yang


dimampatkan dan kadar aliran.
Terdiri daripada pelbagai injap kawalan iaitu injap
kawalan tekanan, injap kawalan arah dan injap
kawalan aliran.

TOPIK 7

(c) Bahagian penggerak

SISTEM DAN KAWALAN

157

Berfungsi menukar tenaga pneumatik kepada tenaga


mekanikal.
Bahagian penggerak terdiri daripada penggerakpenggerak silinder (lelurus) dan penggerak bergerak
(motor).
Melakukan kerja-kerja menolak, mengangkat dan
memutar.

(d) Bahagian pemindahan


tenaga

Bahagian ini pula melakukan kerja memindahkan


udara yang termampat dari bahagian bekalan untuk
dipindahkan melalui litar perpaipan.

AKTIVITI 7.1
1.

Terangkan tiga perbezaan antara sistem hidraulik dan sistem


pneumatik.

2.

Berikan dua contoh jentera alat-alat yang menggunakan sistem


hidarulik dan sistem pneumatik.

7.4

SISTEM ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

Kawalan elektrikal adalah jenis kawalan elektromagnet. Ia bertindak mengawal


kerja alatan elektrik seperti yang dikehendaki. Kawalan elektrik adalah kawalan
yang menggunakan prinsip-prinsip elektromagnet. Contoh sistem elektrik
adalah seperti peralatan elektrik mesin basuh, peti sejuk lampu dan sebagainya.
Manakala sistem elektronik adalah seperti sistem elektronik peka cahaya, sistem
siren, sistem penggera dan lain-lain lagi.

158 TOPIK 7 SISTEM DAN KAWALAN

Komponen-komponen dalam sistem kawalan elektrik adalah seperti berikut


(rujuk Jadual 7.4):
Jadual 7.4: Komponen Kawalan Elektrik
Komponen Sistem Kawalan Elektrik

(a)

Geganti
kawalan

Bertindak sebagai suis.


Mengawal litar kawalan.
Menyambung bekalan kepada motor kecil.

Kendalian secara elektromagnet.


(b)

(c)

Geganti
beban
lampau

Mengesan arus berlebihan.

Penyentuh

Bertindak seperti suis bagi memutuskan litar dengan selamat.

Memutuskan litar kawalan yang bertindak memutuskan litar


utama.

Kendalian secara elektromagnet.


(d)
(e)

Pemutus
litar

Bertindak memutuskan litar bekalan bila arus mengalir

Lampu

Dinamakan juga sebagai lampu pandu.

melebihi had secara automatik.

Memberi isyarat keadaan litar kawalan.


Lampu pandu hijau tanda gerak.
Lampu pandu merah tanda henti.

Lampu pandu kuning tanda belantik.


(f)

Suis punat
tekan

Melengkapkan dan memutuskan litar


sentuhan seketika sahaja kepada litar.

elektrik

dengan

Terdiri daripada punat tekan terbuka dan punat tekan


tertutup.

(g)

Suis

Alat untuk melengkapkan dan menyambung litar elektrik


secara mekanikal.

Contoh suis adalah suis pisau dan sius togol.

TOPIK 7

SISTEM DAN KAWALAN

159

Sistem kawalan elektronik pula terdiri daripada komponen-komponen


elektronik separa pengalir dalam sistem kendaliannya seperti berikut (rujuk
Jadual 7.5):
Jadual 7.5: Komponen Elektronik
Komponen Sistem Kawalan Elektronik
(a) Diod

Bertindak membenarkan arus mengalir sehala sahaja.

(b) Diod zener

Bertindak membenarkan arus mengalir secara


pincang songsang bila voltan balikan mencapai nilai
voltan zener.

(c) Transistor

Bertindak sebagai suis, penguat isyarat dan penguat


kuasa.
Jenis PNP dan NPN.

(d) Penerus kawalan silikon


(SCR)

Komponen separuh pengalir terdiri daripada anod,


katod dan get.
Contoh: TO202, TO92 dan TO064.
Melengkap dan memutuskan litar.

(e) Litar bersepadu


(Integrated Circuit)

Gabungan diod, transistor dan kapasitor atau


pemuat.
Contoh: IC pemasa 555.
Digunakan dalam audio, radio, kalkulator, jam
digital, telefon mudah alih, komputer, televisyen dan
sebagainya.

160 TOPIK 7 SISTEM DAN KAWALAN

(f) Kapasitor atau pemuat

Menyimpan cas dan menyahcas.


Unit farad (F).
Fungsinya menghadkan jumlah arus yang mengalir.

(g) Perintang tetap

Unit ukurannya ialah Ohm ()


(h) Diod pemancar cahaya

Menyala bila arus mengalir melaluinya.


Sebagai lampu pandu dalam sesuatu litar.

(i) Buzer

Mengeluarkan bunyi.
Memberi isyarat amaran.

(j) Papan litar

Terdiri daripada papan litar biasa (Verobod) dan


papan litar bercetak (Printed Circuit Board PCB).
Terdiri daripada lapisan kuprum disalurkan pada
permukaan penebat gentian.
Lubang-lubang pada balapan untuk memasang kaki
komponen elektronik sebelum dipaterikan.

Rajah 7.14 menunujukkan jadual nilai perintang tetap secara terperinci.

Rajah 7.14: Jadual nilai perintang tetap

TOPIK 7

SISTEM DAN KAWALAN

161

Topik ini membincangkan lima asas sistem kawalan yang penting dalam
sesuatu peralatan dan mesin iaitu sistem mekanikal, sistem hidraulik, sistem
pneumatik dan sistem elektrikal dan elektronik.

Kawalan adalah sambungan komponen yang membentuk sistem konfigurasi


yang akan memberikan tindak balas sistem yang dikehendaki. Asas untuk
analisis sistem yang merupakan asas yang disediakan oleh sistem linear,
yang mengkaji hubungan sebab-akibat bagi setiap komponen sistem.

Sistem mekanikal membolehkan sesuatu peralatan bergerak, berpusing dan


berfungsi dengan tujuan memindahkan dari satu pergerakan (input),
contohnya sesuatu motor, kepada satu pergerakan yang lain (output).

Sistem pneumatik adalah sama dengan sistem hidraulik. Sistem pneumatik


untuk melakukan kerja-kerja yang lebih ringan atau sederhana berat tidak
seperti sistem hidraulik. Pengendaliannya lebih mudah dan murah serta
menggunakan udara bertekanan bukan bendalir seperti dalam sistem
hidraulik.

Kawalan elektrik adalah kawalan yang menggunakan prinsip-prinsip


elektromagnet.

Sistem elektronik adalah seperti sistem elektronik peka cahaya, sistem siren,
sistem penggera dan lain-lain lagi.

Sistem kawalan

Sistem hidraulik

Sistem mekanikal

Sistem pneumatik

Sistem takal

Sistem elektrik dan elektronik

Sistem tuas

162 TOPIK 7 SISTEM DAN KAWALAN

Hasni Rais, & Jamil Abd Baser. (2007). Reka cipta tingkatan 4 & 5. Selangor:
Cerdik Publications Sdn. Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1995). Sukatan pelajaran dan huraian
sukatan pelajaran reka cipta sekolah rendah tahun 4, 5 & 6. Kuala Lumpur:
Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1996). Sukatan pelajaran dan huraian

sukatan pelajaran reka cipta sekolah menengah rendah tingkatan 1, 2 & 3.


Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1996). Sukatan pelajaran dan huraian
sukatan pelajaran reka cipta sekolah menengah atas tingkatan 4 & 5. Kuala
Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2002). Sukatan pelajaran reka cipta,
kurikulum bersepadu sekolah menengah. Kuala Lumpur: Pusat
Perkembangan Kurikulum.
Maimunah Bt Husien, Mohd Saaya Mohd Adris, Mohd Razin Ong Abdullah, &
Abdul Samad Hanif. (2003). Teknologi kejuruteraan tingkatan 5. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Noor Abdullah, & Nor Aslina Mamat. (2007). Masteri memori melalui peta
minda kemahiran hidup bersepadu tahun 4, 5, 6. Subang Jaya: PNI Neuron
Sdn. Bhd.
Siti Amnah Bt Sahran, Farid Hassan, Rosiah Bt Nawi, & Johari A. Aziz. (2004).
Kemahiran hidup bersepadu tingkatan 3. Selangor: Cerdik Publications
Sdn. Bhd.

You might also like