Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

PETUA NENEK

Menghilangkan Parut Jerawat


Ambil sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. Insyaallah dapat menghilangkan masalah
jerawat
Menghilangkan Tahi Lalat
Caranya ialah ambil nenas dan limau purut yang telah dikisar, sapukan di tempat tumbuhnya tahi
lalat tersebut. Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri. Amalkannya selalu.
Bibir Merah Semulajadi
Sapukan sedikit mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur. amalkan setiap hari.
Melebatkan Bulu Kening
Ambik daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening pada setiap malam.
Licin Berseri
Ambil Yogurt Asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. Buat seperti
masker..biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air
bersih. Ulang 3 kali seminggu.
Naikkan Seri Wajah/Muka
Ambil air kelapa tua, sapukan ke muka anda. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh
muka anda. InsyaAllah wajah anda akan berseri dan parut di muka akan beransur hilang.
Mengelak Lebam di Bawah Mata
Semasa kita menyapu krim atau foundation di muka... pada bahagian bawah mata sapu krim
sambil mengurut guna jari manis sebanyak 3 kali dan baca selawat.
Menghilangkan Lebam Bawah Mata
Sebelum mandi pagi, lapkan mata anda dengan air sejuk dari peti sejuk.. cuba lah..ianya juga
baik untuk menyegarkan mata.
Melicinkan Wajah
Ambil buah tomato makan @sapu pada muka pada waktu pagi dan malam. Muka akan menjadi
licin dan halus. selamat mencuba.
Mencantikkan Kulit Muka
Untuk jadikan kulit muka yang cantik, mestilah rajin mencuci.
1. Sapu muka dengan telur -merah/putih biar hingga kering
2. Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi kemudian lapkan

dgn tuala yg bersih.Lakukan sekali sehari insyaallah kulit muka anda tidak ditumbuhi jerawat
dan menegangkan kulit muka yang kendur.

Menyerikan Wajah
Ambil embun pagi dihujung rumput/daun ( dikawasan yang tiada pencemaran ) dan sapukan
ditapak tangan.Kemudian sapukan di bahagian muka sambil berselawat dan biarkan hingga
kering. Kemudian basuh muka anda. Amalkan selalu.
Sentiasa Awet Muda
Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum
air suam sebanyak tiga teguk sahaja. InsyaAllah wajah mu akan kelihatan muda daripada umur
sebenar anda. Itu je terima kasih.
Kulit Sentiasa Tegang
Basuh muka dengan air. Ambil putih telor, sapukan pada muka. Kemudian ambil kapas muka dan
letakan pada muka tadi seperti memakai mask selepas itu sapu kembali putih telur tadi di atas
kapas muka sehingga basah, biar sehingga sehingga kering. Kapas yang melekap di muka akan
menjadi seperti topeng muka apabila di buka nanti. Hasilnya kita akan dapat lihat pada topeng itu
terdapat headwhite dan kotoran yang terdapat pada muka, amalkan sekali seminggu. Pasti wajah
anda tidak terdapat jerawat dan kulit akan putih dan lembut.

KACANG BERSALUT .
Terima kasih kpd yg empunya resipi Kacang Bersalut. Maaf lupa siapa. Resipi kacang bersalut ni
memang sedap.
Bahan2:
1. 500 gm kacang tanah.
2. 5 ulas bawang putih..tumbuk
3. 1 sb serbuk cili.
4. 2 sb gula.
5. 2 sk garam
6. 2 biji telur.
7. 5 sb tepung gandum.
8. 1 sb tepung beras.

Cara memasak:
1. Bersihkan kacang tanah (tidak basuh)
2. Campur semua bahan2 no. 2, 3, 4, 5, 6. Gaul sampai rata dan diperingkat ini garam dan gula
juga hancur.
3. Masukkan bahan2 no. 7 dan 8. Pastikan tepung membalut kacang tanah.
4. Panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana.
5. Apabila masak, angkat dan tapis.

Bahan-Bahan:
Bahan-bahan sos:
20 gm bawang merah 80 g bawang putih 20 g kunyit hidup 10 g lengkuas 100 g cili kering 80 g kerisik
Cara:

Gaul kesemua bahan-bahan iaitu daging, bawang merah daun bawang, lada putih, lada hitam dan gar

Jemput sedikitsebesar bola pingpong dan bulatkan. Panaskan minyak dan sebelum menggoreng, gole
garam dan gula secukup rasa.
Resepi kat bawah ni paling simple and baca mcm sedap jer..
Daging hancur (ayam/lembu/kambing/campuran) 2kg
Bawang putih 12 ulas (3ulas/ kg daging)
Udang Tepung ubi kayu
Putih telur 4 biji Garam (secukup rasa) Serbuk lada hitam (black pepper) - sekadar
perlu Minyak bijan (sesame oil) -sekadar menghilangkan bau

Cara-cara:
1) Kisar daging hancur bersama bawang putih dan udang sehingga lumat dan sebati
2) Masukkan daging yang telah dikisar tadi ke dalam bekas/mangkuk besar
3) Masukkan tepung ubi kayu ke dalam bekas berisi daging dan uli sehingga sebati.
4) Masukkan putih telur,garam,serbuk lada hitam dan minyak bijan ke dalam bekas dan uli
sekali lagi sehingga sebati.

5) Tambah tepung ubi kayu jika adunan daging masih lagi melekat-lekat di tangan.
6) Panaskan air di dalam periuk
7) Gentel atau nama rasminya bentuk-bentukkan daging menjadi bebola-bebola kecil dan
masukkannya ke dalam periuk yang berisi air panas tadi.
8) Tunggu sehingga bebola daging terapung sebelum di angkat (mcm ondeh-ondeh)
9) Rendam bebola daging di dalam air sejuk selama 5-10 minit bagi tujuan pengerasan.

You might also like