Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

111

5.0
5.1

Fungsi bahagian-bahagian enjin

5.1.1

Piston

ENJIN

Piston terletak di dalam lubang silinder enjin. Piston diperbuat daripada aloi
alumunium atau besi tuangan. Fungsi piston adalah untuk memampatkan campuran
udara dengan bahan api dan menerima kuasa hasil dan memindahkan daya ini ke aci
engkol. Pada bahagian dinding piston terdapat tiga jenis gelang iaitu:
(i)

Gelang mampatan - terletak di bahagian atas sekali, berfungsi untuk


menghalang kebocoran gas.

Gambarajah 5.1.1: Gelang mampatan


(ii)

Gelang pengikis - terletak di bawah gelang mampatan, berfungsi untuk


mengikis minyak yang berlebihan pada dinding lubang silinder.

Gambarajah 5.1.2: Gelang pengikis


(iii)

Gelang minyak - terletak dibawah sekali, berfungsi untuk mengedarkan


aliran minyak pada dinding silinder.

112

Gambarajah 5.1.3: Gelang minyak


Piston disambungkan pada rod penghubung.

Lubang
cemat
piston

Alur Gelang

Kepala piston

Gambarajah 5.1.4: Bahagian-bahagian piston


5.1.2

Rod penghubung

Rod penghubung menghubungkan piston dengan aci engkol. Rod ini diperbuat
daripada alumunium tuangan. Fungsi rod penghubung adalah untuk menukarkan
salingan piston ke gerakan putaran aci engkol.
Terdapat dua bahagian rod penghubung iaitu:
(i)
(ii)

Bahagian hujung kecil - disambungkan ke piston.


Bahagian hujung besar - disambungkan ke aci engkol.

113

Pada hujung besar terdapat pengaut yang menyimbah minyak pelincir ke dinding
silinder.

Gambarajah 5.1.5: Bahagian-bahagian rod penghubung


5.1.3

Aci engkol

(a)

(b)
Gambarajah 5.1.6: Aci engkol

Aci engkol dipasang di dalam bongkah enjin. Pada aci engkol terdapat pengimbang
tara berat yang mengimbang dan melicinkan pergerakan putaran enjin. Satu hujung
aci engkol disambungkan dengan roda tenaga. Manakala satu hujung lagi ialah aci
penghantar kuasa yang menukar pergerakan salingan omboh kepada pergerakan
pusingan untuk memusing roda tenaga. Engkol merupakan komponen lengan yang
terpasang pada aci berputar secara sudut tegak, di mana gerakan salingan
disampaikan kepada aci atau diterima dari aci. Engkol digunakan untuk menukar
gerakan membulat menjadi gerakan salingan, atau sebaliknya. Lengan engkol boleh
dijadikan sebahagian aci itu ataupun komponen berasingan yang terpasang pada aci.
Pada hujung engkol sebelum pangsi terpasangnya rod penyambung. Hujung rod itu

114

yang bersambung dengan engkol bergerak secara membulat, manakala hujung yang
satu lagi biasanya terkekang supaya bergerak gelangsar keluar masuk secara linear.
5.1.4

Aci Sesondol

Gambarajah 5.1.7: Aci sesondol


Aci sesondol merupakan peralatan yang digunakan pada enjin omboh untuk
membuka dan menutup injap. Ia terdiri daripada rod silinder yang merentasi enjin
dengan beberapa sesondol berbentuk lonjong, satu untuk setiap injap. Sesondol
membuka injap dengan menolaknya ataupun menggunakan mekanisme perantaraan,
sambil ia berputar. Hubungan antara putaran aci sesondol dengan putaran aci engkol
adalah sangat penting. Memandangkan injap mengawal aliran campuran udara-bahan
api masukan serta gas ekzos, injap mesti dibuka dan ditutup pada masa yang tepat
mengikut lejang enjin. Oleh sebab itu, aci sesondol dihubungkan dengan aci engkol
sama ada secara terus melalui mekanisme gear, atau secara tidak terus melalui tali
sawat pemasaan ataupun rantai pemasaan. Dalam beberapa reka bentuk, aci sesondol
juga menggerakkan pengagih serta pam minyak pelincir dan pam bahan api. Juga
dalam reka bentuk sistem suntikan bahan api terawal, aci sesondol turut
mengendalikan pemancit bahan api.

Dalam enjin dua lejang yang menggunakan aci sesondol seperti enjin diesel
dua lejang, injap dibuka sekali pada setiap putaran aci engkol, manakala pada enjin
empat lejang pula aci sesondol berputar pada kadar separuh daripada putaran aci
engkol. Bergantung kepada kedudukan aci sesondol, sesondol membuka injap secara
terus ataupun melalui pautan rod penolak dan lengan jumpelang. Pengendalian terus
melibatkan mekanisme yang lebih mudah serta dengan kadar kegagalan yang rendah,

115

tetapi memerlukan aci sesondol untuk ditempatkan pada bahagian atas silinder.
Walau bagaimanapun, pada zaman dahulu di mana enjin tidaklah secekap sekarang,
faktor tersebut tidak begitu dipedulikan, tetapi kini rekaan aci sesondol atas adalah
lazim. Sesetengah enjin menggunakan dua aci sesondol di mana masing-masing
mengawal injap-injap masukan dan keluaran secara berasingan, dikenali sebagai
sesondol atas berkembar (DOHC), maka enjin V6 DOHC pula mempunyai empat aci
sesondol.

5.1.5

Tapet

Gambarajah 5.1.8: Tapet


Tapet terletak di antara sesondol dan batang injap. Sesondol akan menggerakkan
tapet bagi membuka dan menutup injap.
5.1.6

Injap

Injap terletak pada rongga masukan dan rongga ekzos. Injap digunakan untuk
membuka dan menutup lubang pada rongga masukan dan rongga ekzos. Injap
berfungsi mengawal kemasukan campuran udara bahan api dan pengaliran keluar gas
eksoz. Terdapat 4 bahagian utama yang terdapat pada injap iaitu alur, batang, muka
dan kepala seperti yang ditunjukkan pada Gambarajah 5.1.9.
Alur
Batang
Muka
Kepala

116

Terdapat dua jenis injap iaitu injap masukan dan injap ekzos. Injap masukan
terletak berhampiran dengan rongga masukan. Injap masukan diperbuat daripada
logam nikel dan kromium. Injap masukan mempunyai saiz lebih besar daripada injap
ekzos kerana kemasukan campuran udara dan bahan api ke dalam lubang silinder
adalah lebih banyak berbanding dengan pengaliran keluar gas ekzos. Injap masukan
juga berfungsi untuk mengawal kemasukan campuran udara bahan api ke dalam
lubang silinder. Injap ekzos terletak berhampiran dengan rongga ekzos. Injap ekzos
diperbuat daripada kromium dan silikon. Injap ekzos mempunyai saiz kecil
berbanding injap masukan. Injap ekzos berfungsi untuk membebaskan gas ekzos.
Gambarajah 5.1.10 menunjukkan kedudukan injap masukan dan injap ekzos.
Alur
Batang
Muka
Kepala

Gambarajah 5.1.9: Bahagian-bahagian yang terdapat pada injap

Injap masukan
Injap ekzos
Rongga masukan masukan
Rongga ekzos

Gambarajah 5.1.10: Kedudukan injap masukan dan injap ekzos


5.1.7

Rongga masukan

Rongga masukan ialah rongga yang berbentuk paip dan terletak di dalam bongkah
enjin iaitu antara karburetor dengan ruang pembakaran. Rongga masukan berfungsi

117

untuk menyalurkan campuran udara dengan bahan api dari karburetor ke dalam
lubang silinder.

Gambarajah 5.1.11: Rongga masukan

5.1.8

Lubang silinder

Lubang silinder terletak di dalam bongkah enjin. Bongkah enjin merupakan bahagian
utama enjin dan merupakan komponen luar enjin. Bahagian bongkah enjin diperbuat
daripada besi tuangan. Namun pada masa sekarang, bongkah enjin banyak diperbuat
daripada aluminium tuangan. Ini kerana aluminuim tuangan merupakan bahan ringan
dan mampu untuk menyebarkan haba dengan lebih efektif berbanding besi tuangan.
Lubang silinder merupakan ruang untuk omboh bergerak. Omboh yang terletak
dalam lubang silinder ini bergerak ke atas dan ke bawah. Pergerakan omboh ini
dikenali sebagai gerakan salingan omboh. Selain daripada gerakan salingan omboh,
gerakan putaran juga berlaku di dalam lubang silinder ini. Gerakan putaran ialah
gerakan omboh dari arah kiri ke kanan. Lubang silinder diberi suatu lapisan khas
iaitu cylinder liner untuk mengurangi kehausan silinder yang berlaku akibat
pergerakan geseran omboh.

Gambarajah 5.1.12: Lubang silinder

118

5.2

Enjin 4 Lejang

Enjin empat lejang yang juga dikenali sebagai enjin kitar Otto mula dipatenkan oleh
Eric B. Davidson dan Felice Matteucci pada 1854 diikuti dengan prototaip pertama
pada tahun 1860. Ia juga dikonsepkan oleh jurutera Perancis, Alphonse Beau de
Rochas pada tahun 1862 dan secara bebas, oleh jurutera Jerman, Nicholas Otto pada
tahun 1876. Kitaran kuasa terdiri daripada mampatan adiabatik, penambahan haba
seisipadu, pengembangan adiabatik serta penyingkiran haba seisipadu, diwakili
dengan perwatakan empat lejang atau gerakan naik-turun omboh di dalam silinder.
Jadual 5.2.1 menunjukkan definisi-definisi dalam lejang.
Takat Terakhir Atas
(TTA)
Takat Terakhir Bawah
(TTB)
Lejang

Takat yang paling tinggi dapat dicapai oleh piston


apabila bergerak ke atas.
Takat yang paling rendah yang dicapai oleh piston
apabila bergerak ke bawah.
Pergerakan piston untuk mencapai TTA ke TTB dan
dari TTB ke TTA.

Lubang silinder

Diameter bahagian dalam silinder.


Jadual 5.2.1: Definisi-definisi dalam lejang

Gambarajah 5.2.1: Bahagian-bahagian dalam lejang

119

Gambarajah 5.2.2: Sistem enjin empat lejang


Hari ini, jenis enjin pembakaran dalam yang paling lazim digunakan pada
kenderaan seperti kereta, bas, dan lori adalah jenis enjin empat lejang sama ada enjin
petrol ataupun diesel. Enjin empat lejang mendapat namanya daripada empat proses
(lejang) yang masing-masing mempunyai tugas khas iaitu masukan, mampatan,
perolehan kuasa dan ekzos.

5.2.1

Lejang masukan

Dalam lejang masukan, omboh akan bergerak dari TTA ke TTB. Injap masukan akan
terbuka dan injap ekzos tertutup. Semasa piston mula bergerak ke bawah, akan
berlaku keadaan vakum. Ini akan menyebabkan campuran bahan api dan udara akan
mengalir masuk ke dalam lubang silinder melalui injap masukan. Dalam lejang
masukan, aci engkol berputar separuh pusingan iaitu pada darjah pusingan 180 o.
Gambarajah 5.2.3 menunjukkan kedudukan injap masukan, injap ekzos, omboh dan
aci engkol semasa lejang masukan.

120

Gambarajah 5.2.3: Lejang masukan

5.2.2

Lejang mampatan

Semasa lejang mampatan pula, omboh bergerak dari TTB ke TTA. Pada masa ini,
kedua-dua injap masukan dan injap ekzos tertutup. Campuran bahan api dan udara
dimampatkan hingga ke ruang pembakaran. Aci engkol berputar lengkap satu
pusingan iaitu pada darjah pusingan 360o. Gambarajah 5.2.4 menunjukkan
kedudukan injap masukan, injap ekzos, omboh dan aci engkol semasa lejang
mampatan.

Gambarajah 5.2.4: Lejang mampatan

5.2.3

LejangKuasa

121

Gambarajah 5.2.5: Lejang kuasa


Pada akhir proses lejang mampatan, omboh telah menghampiri takat terakhir atas
(TTA). Oleh kerana terdapat mampatan bahan bakar dan udara dalam ruang
pembakaran menyebabkan palam pencucuh mengeluarkan percikan api. Campuran
bahan api dan udara tersebut bertindak balas dengan percikan api lalu menyebabkan
berlakunya pembakaran di ruang pembakaran. Pembakaran yang berlaku
menyebabkan tekanan dalam ruang pembakaran tinggi sehingga omboh di tolak ke
takat terakhir bawah (TTB). Dalam proses lejang kuasa aci engkol akan berputar
sebanyak satu separuh pusingan iaitu 540.

5.2.4

Lejang ekzos

122

Gambarajah 5.2.6: Lejang ekzos


Dalam satu kitaran empat lejang, lejang ekzos adalah kitaran yang terakhir. Dalam
proses akhir lejang kuasa, omboh akan sampai ke takat terakhir bawah (TTB) dan
menyebabkan injap ekzos terbuka. Dalam lejang ekzos berlakunya pergerakan
omboh dari takat terakhir bawah (TTB) ke takat akhir atas (TTA) yang menyebabkan
gas yang terbakar diruang pembakaran ditolak keluar melalui injap ekzos. Dalam
lejang ekzos ini, aci engkol berputar sebanyak dua pusingan iaitu 720.
Perbezaan keadaan yang berlaku dalam setiap kitaran empat lejang
merangkumi keadaan injap masukan dan injap ekzos, gerakan omboh serta tindak
balas yang berlaku dalam silinder dapat dilihat melalui Jadual 5.2.2 dibawah.

INJAP
LEJANG

MASUKA
N

INJAP

GERAKAN

TINDAK BALAS DALAM

EKZOS

OMBOH

SILINDER

123

Bergerak ke

Lejang

Terbuka

masukan

Tetutup

bawah dari
TTA ke TTB
Bergerak ke

Lejang

Tertutup

mampatan

Tertutup

atas dari TTB


ke TTA

Lejang kuasa

Tertutup

Tertutup

Tertutup

Terbuka

memasuki silinder.

Omboh memampatkan campuran


bahan api.

Bergerak ke

Percikan api terhasil dan membakar

bawah dari

campuran udara dan bahan api lalu

TTA ke TTB

menghasilkan tenaga dan haba.

Bergerak ke
Lejang gekzos

Campuran udara bahan api

atas dari TTB


ke TTA

Gas ekzos keluar melalui injap


ekzos.

Jadual 5.2.2: Perbezaan keadaan dalam kitaran empat lejang

5.3

Kesukaran dan miskonsepsi fungsi bahagian-bahagian utama dan

pergerakan enjin
Dalam bab ini, pelajar akan didedahkan mengenai kesukaran dan miskonsepsi untuk
mempelajari bahagian-bahagian utama enijin dan proses yang berlaku dalam enjin
empat lejang. Bahagian-bahagian utama enjin terdiri daripada piston, rod
penghubung, aci engkol, aci sesondol, tapet, injap, rongga masukan dan juga lubang

124

silinder. Dalam topik ini, pelajar harus mengingati bentuk setiap bahagian utama
enjin dan memahami fungsi bagi setiap bahagian utama enjin tersebut. Tetapi
terdapat beberapa bahagian utama enjin yang boleh menimbulkan kekeliruan pada
pelajar antaranya seperti aci sesondol dan aci engkol, takat terakhir atas (TTA) dan
takat terakhir bawah (TTB) dan lain-lain bahagian enjin lagi. Pelajar juga selalu
mengalami salah konsep atau miskonsepsi dan sukar untuk mengingati proses yang
berlaku dalam sistem pergerakan enjin empat lejang di dalam topik ini. Di sini,
pelatih akan cuba mengatasi kesukaran dan miskonsepsi tersebut dengan mengajar
cara atau kaedah yang lebih mudah untuk meningkatkan kefahaman dan ingatan
pelajar terhadap topik ini.

5.3.1

Perbezaan antara aci sesondol dan aci engkol.

Bagi memudahkan pelajar untuk memahami perbezaan antara aci sesondol dan aci
engkol, huruf S pada sesondol boleh disamakan dengan suis di mana fungsi untuk
aci sesondol boleh diibaratkan sebagai suis iaitu pergerakan aci sesondol akan
menyebabkan injap terbuka atau tertutup. Injap digunakan untuk membuka dan
menutup lubang pada rongga masukan dan rongga ekzos. Injap juga berfungsi
mengawal kemasukan campuran udara bahan api dan pengaliran keluar gas ekzos.
Manakala fungsi bagi aci engkol pula ialah menghasilkan gerakan putaran
daripada gerakan salingan piston. Daripada gerakan putaran ini, aci penghantar kuasa
dapat menjalankan pelbagai kerja mekanikal untuk pergerakan enjin.

125

Gambarajah 5.3.1: Aci Sesondol

Gambarajah 5.3.2: Aci Engkol

5.3.2

Takat terakhir atas (TTA) dan Takat terakhir bawah (TTB)

Takat Terakhir Atas (TTA) adalah aras yang paling tinggi dapat dicapai oleh piston di
dalam silinder manakala Takat Terakhir Bawah (TTB) adalah aras yang paling bawah
dapat dicapai oleh piston di dalam silinder. Silinder pula merupakan tempat di mana
piston bergerak ke atas dan ke bawah. Manakala jarak antara piston bergerak dari
TTA ke TTB dinamakan lejang. Untuk meningkatkan kefahaman pelajar, TTA dan
TTB dapat ditunjukkan dalam Gambarajah 5.3.3 di bawah.

Aras paling
tinggi yang
dapat dicapai
oleh piston.
Aras paling
bawah yang
dapat dicapai
oleh piston.

126

Gambarajah 5.3.3: Aras TTA dan TTB Dalam Lejang Enjin

5.3.3

Pergerakan Enjin Empat Lejang

Bagi memudahkan pelajar memahami dan mengingati proses pergerakan enjin empat
lejang ini, pelatih menggunakan kaedah pembinaan jadual mnemonik di mana pelajar
perlu mengingati huruf-huruf awal bagi setiap tajuk penting yang terdapat di dalam
jadual. Pelatih akan memberikan jadual kosong (7 kotak x 6 kotak) dan pelajar perlu
mengisi jadual tersebut berpandukan arahan yang diberikan oleh pelatih. Pelajar
perlu mengingati ayat Liyana Minta Emak Goreng Pisang Dan Tempe yang mana
setiap huruf awalannya ianya merujuk kepada tajuk-tajuk (item-item) bagi setiap
kumpulan di dalam jadual. Huruf L bagi Liyana merujuk kepada Lejang, M = injap
Masukan, E = injap Ekzos, G = Gerakan piston, P = Pusingan aci engkol, D = Darjah
pusingan dan T = Tindak balas dalam silinder. Bagi kumpulan Lejang, pelajar perlu
mengingati ayat Mastura Makan Kek Epal dimana M = Masukan, M = Mampatan,
K = kuasa dan E = ekzos. Setelah itu, untuk kumpulan Injap Masukan pelajar perlu
mengingati hanya ruang Lejang Masukan sahaja yang diisi dengan perkataan
terbuka manakala ruang lejang yang lain ditulis dengan perkataan tertutup. Bagi
Injap Ekzos pula, hanya ruang Lejang Ekzos sahaja yang diisi dengan terbuka
manakala ruang yang lain diisi dengan tertutup.

127

Bagi kumpulan Gerakan Piston, gerakan pistonnya bermula dari atas ke


bawah (TTA-TTB) bagi lejang masukan dan sebaliknya bagi lejang-lejang
seterusnya. Bagi kumpulan Pusingan Aci Engkol pula, pelajar perlu diingatkan aci
engkol hanya bergerak pusingan bagi setiap lejang. Maka ia akan ditulis bermula
dengan pusingan bagi lejang masukan dan ditambah pusingan lagi bagi
lejang berikutnya. Darjah pusingan bagi aci engkol pula adalah 180 bagi setiap
pusingan. Maka pelajar harus mengisi 180 bagi Lejang masukan dan pelajar
ingatkan untuk menambah 180 bagi setiap lejang yang berikutnya.
Bagi kumpulan yang akhir sekali iaitu kumpulan Tindak Balas Dalam
Silinder, pelajar harus mengingati urutan peristiwa yang berlaku dalam setiap
lejang. Mungkin akan berlaku sedikit kesukaran, tetapi pelatih juga perlu kreatif iaitu
dengan menggunakan kaedah gambarajah supaya pelajar lebih mudah mengingati
dan memahami peristiwa yang berlaku dalam setiap lejang. Jadual 3 dibawah
menunjukkan bagaimana kaedah jadual mnemonik dapat diinterpretasikan. Pelajar
perlu diingatkan supaya penerangan mengenai sistem edaran enjin empat lejang ini
tidak diterangkan mengikut urutan kumpulan dari kiri ke kanan, tetapi ianya harus
diterangkan mengikut lejang-lejang iaitu bermula daripada lejang masukan,
mampatan, kuasa dan juga ekzos.

LIYANA

MINTA

EMAK

GORENG

PISANG

DAN

TEMPE

LEJANG

INJAP

INJAP

GERAKAN

PUSINGAN

DARJAH

TINDAK BALAS

MASUKAN

EKZOS

PISTON

ACI

PUSINGAN

DALAM SILINDER

ENGKOL
Campuran udara bahan

128
MASUKAN

TERBUKA

TERTUTUP

KE BAWAH

TTA-TTB

PUSINGAN

180

api memasuki silinder.


Piston memampatkan

MAMPATAN

TERTUTUP

TERTUTUP

KE ATAS TTB-

1 PUSINGAN

TTA
KUASA

TERTUTUP

TERTUTUP

(+180)

campuran udara bahan

360

api.
Percikan api terhasil &

KE BAWAH

(+180)

membakar campuran-

TTA-TTB

PUSINGAN

540

menghasilkan tenaga &


haba.
Gas ekzos keluar

EKZOS

TERTUTUP

TERBUKA

KE ATAS TTA-

2 PUSINGAN

TTB

Jadual 5.3.1: Edaran Enjin Empat Lejang

(+180)
720

melalui injap ekzos.

You might also like