Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

Kekurangan Pelajar Lelaki Menceburi Profesion


Perguruan Sebagai Kerjaya : Satu Tinjauan
Abstrak
Isu kekurangan guru lelaki yang kritikal pada masa kini sentiasa dikaitkan dengan pelbagai
masalah disiplin di sekolah hari ini. Oleh itu satu kajian telah dijalankan bagi mengkaji faktorfaktor yang menyebabkan kurangnya pelajar lelaki memilih profesion perguruan sebagai kerjaya.
Faktor-faktor tersebut adalah ciri-ciri kerjaya guru, persekitaran dan persepsi terhadap profesion
perguruan. Seramai 100 orang pelajar lelaki Tingkatan lima dan Tingkatan enam dari sekolahsekolah yang terpilih dalam Negeri Sembilan yang dipilih sebagai responden. Data dan
maklumat yang diperolehi melalui borang soal selidik telah di analisis dengan menggunakan
Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) Versi 15.0 serta analisis deskriptif berbentuk frekuensi
dan peratusan. Hasil dapatan kajian menunjukkan hanya dua faktor iaitu ciri-ciri kerjaya guru
dan faktor persekitaran yang menyebabkan kurangnya golongan lelaki memilih perguruan
sebagai kerjaya.
1.1 Pengenalan
Isu yang sering di perkatakan berhubung sistem pendidikan di Malaysia dewasa ini adalah isu
kekurangan guru lelaki dalam profesion perguruan. Masalah tersebut semakin serius apabila
bilangan pelajar lelaki yang menceburi profesion perguruan di IPTA semakin berkurangan. Guru
lelaki di sekolah rendah dan menengah masih lagi diperlukan berikutan jumlah guru wanita pada
ketika ini masih lagi ramai berbanding guru lelaki. Memandangkan guru lelaki mempunyai
peranan yang penting di sekolah, isu berkaitan kekurangan guru lelaki perlu diambil perhatian
dengan lebih mendalam.
1.2 Pernyataan Masalah / Objektif Kajian
Dalam kajian ini, penyelidik ingin mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan kurangnya pelajar
lelaki yang sedang belajar di tingkatan lima dan enam di sekolah-sekolah terpilih dalam Negeri
Sembilan menceburi profesion perguruan sebagai kerjaya yang mana faktor-faktor tersebut
meliputi ciri-ciri kerjaya guru, persekitaran, dan persepsi terhadap profesion perguruan.
Objektif kajian adalah:i. Mengenalpasti sama ada ciri-ciri kerjaya guru merupakan faktor yang menyebabkan kurangnya
pelajar lelaki memilih perguruan sebagai kerjaya.
1

PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA


Kekurangan Pelajar Lelaki Menceburi Profesion
Perguruan Sebagai Kerjaya : Satu Tinjauan
ii. Mengenalpasti sama ada persekitaran merupakan faktor yang menyebabkan kurangnya pelajar
lelaki memilih perguruan sebagai kerjaya.
iii. Mengenalpasti sama ada persepsi terhadap profesion perguruan merupakan faktor yang
menyebabkan kurangnya pelajar lelaki memilih perguruan sebagai kerjaya.
1.3 Latar belakang masalah
Guru lelaki mempunyai peranan yang penting dalam insititusi pendidikan terutamanya di
sekolah-sekolah rendah dan menengah. Walau bagaimanapun jika dilihat pada senario yang
berlaku pada hari ini, bilangan lelaki yang memohon untuk menceburi bidang perguruan sangat
kecil dan kritikal. Ini terbukti daripada data yang diperolehi misalnya pada sekitar tahun 1960-an
dan 1970-an, bilangan guru lelaki adalah lebih ramai daripada perempuan tetapi pada masa
tahun-tahun 1990-an bilangan wanita yang memasuki profesion perguruan adalah lebih ramai.
Kekurangan guru yang terdiri daripada golongan lelaki ini juga tidak dapat dinafikan berikutan
kira-kira 88 peratus guru di bandar besar adalah wanita dan ketidakseimbangan ketara dengan
jumlah guru lelaki ini dikatakan antara punca kemerosotan disiplin yang serius di kalangan
pelajar.
Secara kesimpulannya, profesion perguruan di Malaysia masih lagi kekurangan tenaga pengajar
daripada golongan lelaki dan ianya berada di tahap yang kritikal. Keadaan ini, boleh
menyumbang kepada ketidakseimbangan proses pendidikan serta kecacatan pada perlaksanaan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan di sekolah-sekolah khasnya iaitu memperkembangkan lagi
potensi individu dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Oleh itu, kajian ini perlu di
jalankan untuk mengenalpasti apakah faktor-faktor yang menyebabkan kurangnya pelajar lelaki
memilih profesion perguruan sebagai kerjaya mereka. Hasil kajian ini adalah penting untuk
memberi kesedaran kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, pihak institusi pengajian tinggi
mahupun masyarakat terhadap ketidakseimbangan tenaga pengajar yang ada di negara kita pada
masa kini. Daripada maklumat yang diperolehi, pihak Kementerian Pendidikan Malaysiaat
merangka dan melaksanakan strategi untuk menarik lebih ramai golongan lelaki menceburi
bidang perguruan.

PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA


Kekurangan Pelajar Lelaki Menceburi Profesion
Perguruan Sebagai Kerjaya : Satu Tinjauan
1.4 Skop Kajian/ Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk kajian adalah keseluruhan rangka projek yang menyatakan corak jenis kajian yang
hendak dijalankan, jenis maklumat yang perlu dikumpul, sumber maklumat didapati dan kaedah
yang digunakan bagi memperolehi maklumat. Kajian ini adalah jenis expo-faktor. Dalam kajian
ini fenomena yang dikaji ialah faktor yang mempengaruhi pemilihan profesion perguruan di
kalangan 100 orang pelajar lelaki tingkatan lima dan enam sekolah-sekolah terpilih dalam Negeri
Sembilan.
Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai alat kajian bagi mendapatkan data secara
kuantitatif. Soal selidik ini mengandungi 2 bahagian. Bahagian A merupakan bahagian maklumat
diri responden sementara bahagian B pula merupakan set soalan yang terdiri daripada faktorfaktor yang mendorong pelajar memilih profesion perguruan.
Responden diperlukan untuk melengkapkan borang soal selidik tentang latar belakang masalah
dan beberapa aspek lain yang bertujuan untuk menjawab persoalan kajian. Kesemua persoalan
kajian yang dinyatakan di dalam bab satu digunakan untuk membentuk item-item solan di dalam
borang soal selidik. Borang soal selidik tersebut kemudiannya diedarkan kepada responden.
Seterusnya, borang soal selidik yang telah diisi oleh responden dianalisis oleh pengkaji
menggunakan SPSS Versi 15.0. Maklumat yang diperolehi daripada analisis data ditukar ke
dalam bentuk perangkaan dan statistik. Keputusan akan dibincang dan dirumuskan bagi
menerangkan keadaan sebenar permasalahan penyelidikan.
1.5 Metodologi Kajian
Bab ini membincangkan metadologi yang digunakan dalam kajian ini bagi mencapai objektif
kajian. Sehubungan dengan itu, metodologi kajian ini adalah menumpukan perbincangan
mengenai metodologi yang digunakan dalam penyelidikan yang meliputi aspek-aspek;
1.5.1 Rekabentuk penyelidikan,
1.5.2 Populasi dan sampel kajian;
1.5.3 instrumen kajian
1.5.4 Pengumpulan Data
1.5.5 Analisis Data.

PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA


Kekurangan Pelajar Lelaki Menceburi Profesion
Perguruan Sebagai Kerjaya : Satu Tinjauan
1.6 Rangka Jadual Kerja
Kajian yang akan dijalankan berdasarkan jadual kerja kajian menggunakan Carta Gantt. Sebagai
panduan untuk menyediakan jadual kerja, berikut adalah anggaran masa yang diperlukan bagi
setiap aktiviti dalam kajian yang akan dilakukan dalam tempoh 3 hingga (12 Minggu) hingga 6
bulan (24 minggu).
Aktiviti Kajian

Anggaran Masa

Menyediakan cadangan kajian

2-3 minggu

Meneliti kajian lalu/teori/metodologi

2-4 minggu

Merangka instrumen kajian

2-3 minggu

Menjalankan pilot test

1-2 minggu

Mengumpul data

2-5 minggu

Menganalisis data

1-2 minggu

Menulis laporan

2-5 minggu

Jumlah minggu

12 24 minggu

Anggaran masa yang diberikan tersebut adalah sekadar panduan supaya pengkaji dapat memberi
tumpuan seimbang kepada semua aktiviti dan proses yang terlibat dalam kajian yang akan
dijalankan.
1.7 Kepentingan Kajian
Kajian yang dijalankan diharap dapat memberikan maklumat yang baik dan berguna kepada
semua pihak terutamanya pihak yang terlibat secara langsung dalam bidang pendidikan iaitu
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Institut Perguruan Malaysia (IPGM) / UPSI , serta
ibu bapa dan masyarakat.
i.

Kementerian Pendidikan Malaysia

Kajian ini di harap dapat memberikan makluman tentang apakah sebenarnya punca kepada
kekurangan bilangan pelajar lelaki menceburi profesion perguruan sebagai kerjaya. Dapatan
kajian tentang ciri dan faktor yang menyebabkan pelajar tidak memilih kerjaya sebagai guru ini

PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA


Kekurangan Pelajar Lelaki Menceburi Profesion
Perguruan Sebagai Kerjaya : Satu Tinjauan
boleh dijadikan maklumbalas kepada usaha Kementerian Pendidikan untuk mempertingkatkan
lagi profesion perguruan agar memiliki ciri-ciri yang lebih menarik.
ii.

UPSI / Institusi Perguruan/ Program Perguruan

Dapatan kajian juga diharap memberikan maklum balas kepada pihak IPG dalam usaha
mewujudkan keseimbangan dalam pemilihan bakal pelajar yang akan mengikuti kursus
perguruan di IPG dan UPSI. Daripada dapatan kajian ini, diharapkan pihak Universiti dapat
mengenalpasti calon-calon yang sesuai semasa pemilihan dan pengambilan dilakukan. Ini untuk
memastikan graduan IPG dan UPSI adalah mereka yang benar-benar mampu menjadi guru yang
bukan sahaja cemerlang dari segi penguasaan ilmu tetapi juga dari segi sikap dan komitmen
terhadap profesion ini.
iii.

Ibu bapa dan Masyarakat

Memberi kesedaran kepada ibu bapa dan masyarakat dalam membentuk minat dan mendorong
golongan muda mudi terutama kaum lelaki menceburi profesion perguruan.
1.8 Bibliografi
Atan Long (1982). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Crow & Crow (1981). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Maridah Mariani Johari dan Widad Othman (1998). Faktor Pengaruh Pilihan Kerjaya Pelajar Tingkatan
Empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Sutan Omar, Dungun, Terengganu. Jurnal Pendidikan,114.
Hishammuddin bin Mohd.Tajuddin (1995). Faktorfaktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Kerjaya Di
Kalangan Pelajarpelajar Tingkatan Empat Di Dua Buah Sekolah Menengah Vokasional Di Negeri
Perak.

You might also like