Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Sinopsis novel Wira Persona Avatari

Watak utamanya ialah Anas dan Aina yang ingin menyertai pertandingan Avatari Kebangsaan
Kesepuluh disebabkan minat dan hendak mengulangi kejayaan pasukan Zamrud1 dalam pertandingan
itu sepuluh tahun yang lalu. Pasukan Zamrud1dianggotai oleh ayah mereka, Profesor Dr. Muhammad
Fitri Izzati, Ho Shao Long, Kuppusamy, Nora dan Vicky. Kini ayah mereka telah hilang di laut
Andaman sejak enam bulan yang lalu ketika mengetuai ekspedisi mengkaji pelbagai fenomen aneh di
laut itu.
Oleh sebab perbelanjaan untuk menyertai pertandingan itu memerlukan lebih kurang RM 100
000, mereka mendapat bantuan daripada pasukan Zamrud 1 yang diketuai oleh Ho Shao Long. Kini,
dua beradik itu dapat menubuhkan pasukan Zamrud 2 yang terdiri daripada Anas, Aina, Adeen,
Pauline dan Kumar. Mereka merupakan remaja yang berumur antara 12 tahun hingga 18 tahun.
Pauline ialah anak Ho Shao Long, pengusaha pusat permainan komputer Game Star, penggodam dan
pengatur cara komputer yang cekap. Kumar pula ialah anak kuppusamay seorang jutawan emas.
Kumar menarik diri daripada pasukan itu kerana tidak yakin dengan kemampuan pasukan dan mesin
avatari yang dianggap klasik. Tempat kumar digantikan dengan Anjali hebat bermain permainan
komputer Robot War setelah Berjaya mengalahkan Sudin dan Tony. Kemudian Aina mengajak
sahabat baiknya, Zuriani, seorang gadis sunti kacukan Melayu dan Inggeris menjadi pemain
simpanan.
Pertandingan itu akan diadakan pada bulan Disember. Mereka membuat persediaan fizikal,
mental, latihan dan peralatan dalam tempoh empat bulan. Untuk mendapatkan ketahanan fizikal
dan mental, mereka dilatih oleh Cikgu Nisah. Adeen, anak Profesor Zakri dan pelajar kolej mengubah
mesin komputer avatari itu dengan cip elektronik yang diubah suai supaya dapat bertindak lebih laju
dan ingatan ram lebih besar. Dengan pengubahsuaian itu, mesin itu berkeupayaan untuk bertempur
dalam pertandingan itu nanti.
Pada hujung tahun itu, pertandingan pun diadakan di pusat Beli-Belah Angun. Pertandingan
itu disertai oleh peserta dari seluruh dunia antaranya dari Amerika Syarikat, Australia, Rusia,
Jepun Republik Rakyat China, Indonesia dan United Kingdom. Pertandingan diadakan dalam
empat pusingan iaitu pusingan pertama, kembara mencari pasu emas yang berisi soalan untuk
ke pusingan kedua. Kembara mereka di alam siber ialah memasuki zaman prasejarah. Pusingan
kedua, pertandingan mengumpul harta karun daripada tamadun Mesir Purba. Pusingan ketiga
pula, pertandingan permainan tradisional dan pusingan keempat, pertandingan mengubah
sejarah dunia.
Pusingan pertama merupakan saringan, pusingan kedua disertai oleh seratus pasukan terbaik,
pusingan ketiga disertai oleh dua puluh lima pasukan manakala pusingan keempat hanya lima
pasukan. Hadiah yang ditawarkan kepada johan pertandingan ialah Rm 1 juta. Pasukan Zamrud 2
berjaya dalam semua pusingan hingga layak menyertai pusingan keempat. Pelbagai halangan dilalui
oleh pasukan itu ketika pertandingan diadakan.
Pada pusingan pertama, buah cempedak yang berisi pasu emas mereka dirampas oleh
pasukan Aura Suci. Pada pusingan kedua pula, cip elektronik pemecut mesin telah hilang. Adeen
dapat mengatasi masalah itu. Pada pusingan keempat pula, bilik persalinan mereka diganggu
pengkhianat sehingga menyebabkan Aina cedera tertembak. Tempat Aina diganti oleh Zuriani.
Disebabkan pasukan Zion dari Rusia hendak mengubah sejarah dunia dengan membunuh nabi
Muhammad s.a.w ketika baginda baharu dilahirkan, Anas selaku ketua pasukan menukar permainan
mengubah sejarah kejatuhan Melaka kepada menggagalkan rancangan empat pasukan lain untuk
mengubah sejarah dunia. Hal ini disebabkan dia berasa bertanggungjawab untuk menjaga maruah
junjungan Nabi Muhammad s.a.w dan agama Islam. Tindakan mereka disetujui oleh hakim dan
pasukan Zamrud 2 menjadi johan pertandingan Avatari kebangsaan kesepuluh dengan membolot
hadiah RM 1 juta.
Anjali dapat ditangkap kerana mencuri cip elektronik dan menjadi pengkhianat pasukannya
sendiri. Aina yang dirawat di hospital mendengar berita daripada televisyen bahawa ayahnya yang
hilang telah ditemui.

PENGAJARAN
Kita hendaklah sentiasa berwaspada
- Tanpa mengenali Anjali dan latar belakang keluarganya, Anas membawa gadis itu menjadi
ahli pasukan Zamrud 2. akhirnya anjali menjadi musuh dan mengkhinati pasukan sendiri.
Kita hendaklah saling membantu
- ahli pasukan Zamrud membantu pasukan Zamrud dari aspek kewangan, kemudahan peralatan
dan latihan untuk menyertai pertandingan Avatari.
Hendaklah kita jujur dan setia kepada rakan
Pada saat ahli pasukan Zamrud 2 bergembira dengan kemenangan, Anjali tersingkir daripada
kumpulan itu akibat sikap khinatnya terhadp kumpulan sendiri.
NILAI
Keberanian.
- Contohnya, Anas, Adeen, Aina, dan ahli Pasukan Zamrud II yang lain dengan berani
menghadapi dua orang lelaki yang menceroboh bilik persalinan mereka.
Ketabahan
- Contohnya, ahli-ahli Pasukan Zamrud II tabah menghadapi cabaran sebelum dan semasa
bertanding dalam Pertandingan Avatari. Dengan ketabahan inilah, mereka akhirnya muncul
sebagai juara.
Kasih sayang
- Contohnya,Aina amat menyayangi ayahnya, Encik Fitri. Dia merindui ayahnya yang hilang
semasa ekspedisi di Luar Andaman. Aina juga menyayangi haiwan. Dia amat menyayangi
kucing kesayangannya, koko.
Kerjasama.
- Contohnya, Anas, Adeen, Aina, Pauline, dan Zuriani memberikan kerjasama yang padu
dengan berlatih bersungguh-sungguh bagi menjamin kemenangan kepada Pasukan Zamrud II
dalam Pertandingan Avatari Kebangsaan kali kesepuluh.
Persoalan
(a) Kerja sepasukan (team work) adalah penting untuk mencapai sesuatu matlamat.
- Ahli-ahli Pasukan Zamrud II telah memberikan kerjasama serta komitmen yang padu dalam
Pertandingan Avatari Kebangsaan kali kesepuluh. Walaupun menghadapi pelbagai masalah,
rintangan, dan cabaran, tetapi akhirnya mereka berjaya
(b) Unsur perpaduan merupakan salah satu faktor penting untuk membangun dan
memajukan negara yang berbilang bangsa.
- Adeen, Anas, Aina, Pauline, Anjali, dan Zuriani telah membuktikan bahawa
bangsa yang
berbeza boleh bersatu dan bekerjasama untuk mencapai kejayaan

You might also like