Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Wakaf

Definisi wakaf
Wakaf ialah apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jualbeli,
pewarisan, hibah dan wasiat disamping mengekalkan sumber fizikalnya (ain).
Wakaf merupakan suatu pemilikan yang tidak sempurna kerana pemilikan ain (benda yang diwakafkan) adalah
kerana Allah S.W.T atau dihukumkan sebagai milik Allah S.W.T Adapun manfaat atau hasil wakaf itu kepunyaan
Maukuf Alaih iaitu pihak atau jihah atau orang yang ditentukan menerima manfaat wakaf.
Wakaf adalah suatu pemberian atau sumbangan ikhlas sebahagian daripada harta yang dimiliki untuk
kepentingan dan kesejahteraan umum yang dibenarkan oleh syarak.
Harta wakaf boleh menyumbang dalam pembangunan sosio-ekonomi ummah contohnya mendirikan projek
komersil seperti hotel wakaf, pusat-pusat perniagaan, projek sosial seperti rumah anak yatim, pusat perlindungan
dan lain-lain selagi tidak bercanggah dengan hukum syarak.

Fadilat wakaf
Firman Allah S.W.T
Bandingan (perbelanjaan derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah seperti
sebiji benih yang tumbuh dan menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan
(ingatlah) Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah amat luas (rahmat)
kurnia-Nya lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.
(Surah al-Baqarah: ayat 261)
Hadith riwayat Muslim yang bermaksud;
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasullullah S.A.W. telah bersabda Apabila mati anak Adam akan terhentilah
amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkannya atau anak yang soleh yang
mendoakannya.

Jenis-jenis wakaf
Wakaf dikategorikan kepada dua bahagian:

1. Wakaf Ahli (Wakaf Keluarga)


Iaitu wakaf yang memberi manfaat kepada keturunan maukuf alaih seperti anak,cucu dan seterusnya. Contoh,
Saya mewakafkan kesemua harta saya kepada anak cucu dan keturunan saya untuk selamanya.

2. Wakaf Khairi (Kebajikan)


Iaitu wakaf yang diperuntukan bagi tujuan kebajikan semata-mata. Wakaf Khairi terbahagi kepada 2 iaitu:

2.1 Wakaf Am
Wakaf yang tidak dikhaskan oleh pewakaf kepada pihak tertentu. Contohnya seperti seorang mewakafkan
sebidang tanah untuk kebajikan am. Dalam wakaf ini, Nazir Wakaf (Pemegang Amanah) mentadbirkan tanah
tersebut untuk apa jua bentuk pembangunan yang boleh memberikan hasil sebaik mungkin tanpa terikat dengan
jenis kebajikan/bentuk pembangunan tertentu. Manakala manfaatnya pula diagihkan kepada apa juga bentuk
kebajikan am yang mana pahalanya berterusan kembali kepada pewakaf.

2.2 Wakaf Khas


Wakaf yang manfaatnya dikhaskan kepada pihak tertentu sebagaimana yang di tentukan oleh pewakaf.
Contohnya;
Wakaf rumah khas untuk anak-anak yatim,Wakaf kedai hasilnya dikhaskan kepada masjid atau surau atau
madrasah tertentu sahaja dan Wakaf untuk masjid, surau, madrasah, tanah perkuburan dan sebagainya

2.3 Wakaf Tunai


Wakaf tunai ialah berwakaf menggunakan wang tunai yang dikumpul di dalam satu tabung amanah di bawah
pengurusan nazir yang diamanahkan untuk mengurus wakaf ini (iaitu YWM) bagi tujuan membiayai aktivitiaktiviti dan kebajikan amal jariah. Antaranya dibolehkan untuk pembangunan prasarana dakwah, sosial dan
pendidikan umat Islam.

Kelebihan Berwakaf
Wakaf adalah satu ibadah menyerahkan harta yang kita miliki untuk kegunaan Umat
Islam dengan niat sebagai ibadah untuk mendekatkan diri kita kepada Allah Subhanahu
Wa Taala.
Para Fuqahah (ahli fiqh dan ulama) berpendapat amalan wakaf merupakan ibadah yang
berbentuk sedekah jariah yang menjanjikan ganjaran pahala yang berkekalan dan
mengalir terus kepada pewakaf buat selama-lamanya dan sangat dituntut dalam agama
Islam.
Ia merupakan suatu amal soleh yang mana pahalanya akan diberikan secara berterusan
oleh Allah Subhanahu Wa Taala kepada pewakaf selagi mana harta atau ain yang
diwakafkan itu kekal dan dimanfaatkan oleh orang ramai.
Kedudukan harta wakaf adalah kekal sebagai hak Allah Taala, dengan demikian
kedudukan harta waqaf tidak boleh dimiliki, dijual, dihibah ( diberi ) , diwarisi dan
dipusakai.
Allah S.W.T telah mensyariatkan wakaf, menganjur dan menjadikannya sebagai salah
satu agenda untuk mendampingkan diri kepadanya dan memberikan pahala yang cukup
besar bagi sesiapa yang menginfaqkan harta mereka ke jalan Allah Taala sebagaimana
firman Allah :












:
Mafhumnya : Bandingan ( pahala ) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada
jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan
tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan
melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha
Luas ( KurniaNya ) lagi Maha Mengetahui.
( Surah Al-Baqarah Ayat 261 )
Rasulullah S.A.W sendiri amat menggalakkan umatnya supaya memperbanyakkan
sedekah jariah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A yang
bermaksud :



:


Maksudnya : Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya
kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah , ilmu yang dimanfaatkannya dan
anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya.
( Hadis Riwayat Muslim )
Hikmah Berwakaf
Allah s.w.t berfirman didalam surah al-imran ayat 115 yang bermaksud:
Dan apa sahaja kebajikan yang mereka lakukan, maka mereka tidak sekali-kali
akan dinafikan atau disekat daripada mendapat pahala. Dan ingatlah allah
sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertakwa.
Antara hikmah yang terdapat didalam ibadah wakaf ialah:

menzahirkan pengabdian diri kepada allah s.w.t

sebagai langkah mendekatkan diri kepada allah s.w.t


mendapat kebajikan yang berkekalan walaupun pewakaf telah meninggal dunia
berkongsi manfaat dikalangan umat islam dalam menyemarakkan syiar islam.
Ianya dapat mengukuhkan perpaduan dan ekonomi ummah dan
Ianya juga secara tidak langsung dapat mengekalkan pemilikan dan pengkongsian
aset umat islam di Negara ini khususnya.

You might also like