Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

700/HEM_Asrama

UNDANG-UNDANG
ASRAMA

DAN

PERATURAN-PERATURAN

AM

Fasal 1 PERATURAN AM PAKAIAN


1.1 Pakaian murid Perempuan
1.1.1 Semua murid perempuan diwajibkan memakai pakaian seragam
sekolah iaitu kain hijau, baju kurung putih dengan lengan bercekak,
tudung putih labuh, skaf putih, kasut putih atau hitam bertumit rendah,
tanda nama rasmi semasa waktu persekolahan, perjumpaan rasmi di
dalam atau di luar sekolah.
1.1.2 Pakaian rasmi asrama : Baju batik, kain tudung putih labuh berskaf,
lencana sekolah, berstokin dan kasut atau sandal yang menutupi tumit.
(Sandal yang tidak menutupi tumit tidak dibenarkan).
1.1.3 Pakaian kemas : Berbaju kurung / jubah labuh, bertudung labuh,
berstokin, berkasut atau sandal yang menutupi tumit.
1.1.4 Murid-murid tidak dibenarkan memakai pakaian dan menggunakan
perhiasan yang tidak sesuai seperti mini skirt, slack dan jeans, baju yang
tidak berlengan, semua pakaian ketat dan jarang semasa memakai
pakaian rasmi asrama atau sekolah. Semua jenis barang kemas, alatan
solek, baju tidur nipis dan lain-lain pakaian dan perhiasan yang tidak
sesuai juga tidak dibenarkan.
1.1.5 Baju tidur hanya boleh dipakai semasa tidur malam sahaja.
1.2 Pakaian Murid Lelaki
1.2.1 Semua murid diwajibkan memakai pakaian seragam rasmi sekolah,
tanda nama seperti yang telah ditetapkan pada masa persekolahan,
perjumpaan rasmi di dalam dan di luar sekolah.
1.2.2 Pakaian rasmi asrama : Berseluar hijau, berbaju batik, lencana
sekolah, berstokin dan berkasut. Murid tidak dibenarkan memakai selipar.
1.2.3 Pakaian kemas : Berseluar panjang, baju kemeja atau T berkolar.
1.2.4 Murid-murid tidak dibenarkan memakai pakaian dan menggunakan
perhiasan yang tidak sesuai seperti seluar jeans, baju yang tidak
berlengan, semua pakaian ketat atau jarang dan semua jenis barang
kemas( gelang, cincin, rantai atau tangkal, subang) dan lain-lain pakaian
dan perhiasan yang tidak sesuai.

700/HEM_Asrama

1.2.5 Baju tidur hanya boleh dipakai semasa tidur malam sahaja.
1.3 Pakaian sewaktu solat
1.3.1 Lelaki : Berbaju Melayu, berkain pelikat, bersongkok hitam /
berkopiah.
1.3.2 Perempuan : Pakaian seperti kelas
menggunakan telekung masing-masing.

persediaan

petang

dan

1.4 Pakaian kelas Al-Quran dan Fardhu Ain.


1.4.1 Lelaki : Pakaian sekolah lengkap atau berbaju melayu dan
bersongkok hitam / berkopiah.
1.4.2 Perempuan : Pakaian sekolah lengkap / berjubah / berbaju kurung
dan bertudung labuh.

1.5 Pakaian semasa upacara rasmi forum / ceramah / seminar.


1.5.1 Semasa kelas persediaan atau waktu persekolahan pakaian
sekolah yang lengkap.
1.5.2 Aktiviti rasmi di surau pakaian seperti 1.3.1
1.5.3 Selain daripada 1.3.1 , 1.3.2 :
Pakaian rasmi asrama dan berkasut.
1.6 Pakaian semasa keluar ke bandar / balik ke rumah .
1.6.1 Lelaki : Pakaian rasmi asrama dan hanya dibenarkan memakai
singlet putih sahaja di dalam .
1.6.2 Perempuan : Pakaian rasmi asrama, berstokin dan berkasut.
1.7 Pakaian semasa aktiviti sukan / ko-kurikulum.
1.7.1 Lelaki : Memakai track bottom, baju-T berkolar, berkasut sukan dan
berstokin.
Perempuan : Memakai baju labuh dan longgar, berseluar panjang,
bertudung, berstokin dan berkasut.

700/HEM_Asrama

1.8 Pakaian kelas persediaan / mengulangkaji.


1.8.1 Pakaian kemas
1.9 Pakaian semasa berada di dewan makan.
1.9.1 Pakaian kemas.

Fasal 2 MAKANAN
2.1 Murid-murid tidak dibenarkan membawa makanan keluar dari dewan
makan.
2.2 Murid yang sakit hendaklah memberitahu Penyelia Makanan / Warden
Asrama supaya makanan dihantar ke bilik.
2.3 Makanan yang dibawa / diterima dari kampung hendaklah disimpan
dengan baik dalam almari masing-masing. Tiap-tiap orang dibenarkan
hanya satu bekas makanan kering sahaja boleh disimpan. Makanan basah,
mudah basi dan berbau tidak boleh dibawa ke dalam asrama.
2.4 Murid-murid dikehendaki hadir ke dewan makan pada setiap kali
waktu makan mengikut masa yang ditetapkan. Murid-murid yang lewat
dari masa yang ditetapkan tidak berhak mendapat makanan.
2.5 Segala aduan berkenaan makanan hendaklah dikemukakan kepada
AJK asrama atau Ketua Asrama untuk dikemukakan terus kepada Warden
pada masa itu juga.
2.6 Semua bantahan mengenai makanan yang dihantar kepada Pengetua
hendaklah dibuat oleh Warden dan salinan kepada Pengelola Makanan.
2.7 Warden akan menyelesaikannya bersama-sama dengan Penyelia,
Pengelola Makanan dan Pengetua.

Fasal 3 TATATERTIB DI DEWAN MAKAN


3.1 Murid-murid hendaklah masuk ke dewan makan dengan berbaris,
tertib dan tidak membuat bising.

700/HEM_Asrama

3.2 Doa hendaklah dibaca terlebih dahulu sebelum makan oleh mereka
yang ditentukan. Doa hanya boleh dibaca setelah semua murid duduk
ditempat masing-masing dan tidak dibenarkan sebelum doa dibaca.
3.3 Murid-murid hendaklah makan dengan penuh kesopanan dan tertib.
Sebarang bentuk gurauan adalah dilarang sama sekali sewaktu makan.
3.4 Murid-murid hendaklah menghubungi Pengelola Makanan / Warden /
Ketua Asrama / AJK Makanan sekiranya terdapat kekurangan makanan
atau menu yang disediakan tidak mengikut jadual.
3.5 Murid-murid tidak dibenarkan membuang sisa-sisa makanan di atas
lantai dan di dalam sinki. Murid hendaklah membuangnya di dalam tong
sampah.
3.6 Semua tray dan peralatan makan minum yang telah digunakan
hendaklah diletakkan di tempat yang disediakan.
3.7 Segala peralatan dapur tidak dibenarkan dibawa masuk ke asrama.

Fasal 4 BILIK TIDUR


4.1 Semua penghuni asrama hendaklah berada di tempat tidur masingmasing tepat pada jam 11.30 malam. Semua lampu dan kipas-kipas
angin hendaklah dipadamkan. Murid-murid tidak dibenarkan berbual-bual,
merayau-rayau atau tidur di katil kawan.
4.2 Katil-katil dan almari-almari tidak boleh dipindah-pindahkan, begitu
juga dengan bantal dan tilam, tidak boleh dipindah milik.
4.3 Setiap penghuni bertanggungjawab atas keselamatan katil, bantal,
tilam, almari dan lain-lain kemudahan peralatan asrama yang disediakan.
Penghuni hendaklah memulangkannya dengan sempurna apabila
dikehendaki.
4.4 Tempat tidur (hari-hari persekolahan dan cuti) hendaklah dikemaskan
dengan baik sebelum pukul 7.00 pagi. Bantal mestilah bersarung biru dan
tilam bercadar biru. (Warna sarung bantal dan cadar tertakluk kepada
perubahan oleh pentadbiran asrama)
4.5 Semua kain baju hendaklah dilipat dan disimpan dengan teratur
dalam almari. Meletak kain baju di bawah bantal dan tilam dilarang sama
sekali. Kain baju, tuala dan lain-lain pakaian yang lembab dan basah
hendaklah dijemur di ampaian yang disediakan.
4.6 Dilarang menjemur atau menyidai semua jenis pakaian di tingkap dan
koridor atau di dalam bilik tidur. Baldi dan peralatan membasuh dan
mandi yang telah digunakan hendaklah disusun dengan teratur di dalam
bilik.

700/HEM_Asrama

4.7 Kasut dan selipar hendaklah disusun dengan baik dan teratur. Beg-beg
pakaian yang besar hendaklah disimpan di tempat yang tertentu dan
bolehlah diambil ketika hendak pulang bercuti.
4.8 Murid-murid tidak dibenarkan berada di bilik tidur pada waktu
persekolahan, kelas al-Quran / ulangkaji / kelas tambahan, waktu-waktu
solat dan pada waktu-waktu lain yang tidak dibenarkan.
4.9 Semua jenis permainan padang (outdoor) tidak dibenarkan di bilik
tidur, anjung asrama, bilik study dan lain-lain lagi.
4.10 Murid-murid ditegah sama sekali duduk atau melepak di atas
tembok, siling, bumbung atau di tempat-tempat yang dianggap
berbahaya.

Fasal 5 BILIK SOLAT / SURAU


5.1 Murid-murid tidak dibenarkan memakai baju-T semasa bersolat atau
sebarang aktiviti keagamaan.
5.2 Bilik solat (surau) dikhaskan untuk tujuan beribadah dan aktiviti
keagamaan sahaja.
5.3 Alat-alat kelengkapan, bahan-bahan bacaan dan lain-lain yang ada di
surau tidak boleh dibawa keluar.
5.4 Lampu, kipas, paip dan pintu hendaklah dimatikan / ditutup selepas
digunakan.
5.5 Kebersihan dan ketenteraman surau hendaklah dijaga. Makanan dan
minuman tidak dibenarkan dibawa ke dalam surau.

Fasal 6 SOLAT / SEMBAHYANG


6.1 Semua murid yang tinggal di asrama diwajibkan solat di surau setiap
waktu solat.
6.2 Semua murid dimestikan mengikut aktiviti-aktiviti yang diadakan oleh
pihak asrama.
6.3 Waktu solat Jumaat, murid-murid lelaki hendaklah memakai pakaian
rasmi sekolah hari Jumaat. Murid yang tidak dapat ke masjid hendaklah
memberitahu Warden.

700/HEM_Asrama

6.4 Pada hari Jumaat selepas sesi persekolahan murid lelaki dikehendaki
terus ke masjid dan tidak dibenarkan pulang ke asrama.
6.5 Murid perempuan dikehendaki menghadiri kuliah Jumaat pada waktu
solat Jumaat.
6.6 Murid dikehendaki menunaikan solat fardu secara berjemaah pada
setiap waktu di surau.

Fasal 7 BILIK MANDI / TANDAS


7.1 Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan sebarang pakaian / kain,
alat-alat membasuh di dalam bilik mandi.
7.2 Dilarang menjemur atau menyidai semua jenis pakaian di dalam bilik
air.
7.3 Murid tidak boleh menggunakan sinki untuk merendam pakaian.
7.4 Murid-murid adalah dilarang membuang sebarang sampah dalam bilik
air, terutamanya dalam mangkuk tandas.
7.5 Murid tidak dibenarkan menggunting rambut dalam bilik air.
7.6 Penggunaan air hendaklah dijimatkan. Paip-paip air hendaklah ditutup
setelah digunakan. Murid-murid hendaklah menggunakan air yang
dikhaskan untuk mereka sahaja.
7.7 Kebersihan bilik air dan tandas adalah tanggungjawab setiap murid.

Fasal 8 KAWASAN LARANGAN


Tempat-tempat yang disebut di bawah adalah kawasan larangan bagi
murid-murid;
8.1 Kawasan asrama lelaki bagi murid perempuan dan asrama perempuan
bagi murid lelaki.
8.2 Pejabat sekolah, bilik-bilik guru, bilik warden kecuali jika dipanggil atau
diberi keizinan.
8.3 Tangki air, kolam, hutan rekreasi sekolah bilik janakuasa elektrik, bilik
suis, makmal komputer dan KHB serta tempat-tempat yang diumumkan
dari semasa ke semasa.

700/HEM_Asrama

8.4 Dewan makan kecuali pada waktu makan, waktu mengulangkaji dan
waktu-waktu yang ditetapkan.
8.5 Kawasan dapur, bilik tidur pada waktu belajar, kelas mengulangkaji,
kelas al-Quran dan waktu solat.
8.6 Kantin sekolah pada waktu mengulangkaji.
8.7 Murid juga tidak dibenarkan pulang ke asrama pada waktu ulangkaji
kecuali setelah mendapat keizinan daripada warden.
8.8 Berada di luar kawasan sekolah kecuali dibenarkan atau mendapat
keizinan daripada warden.

Fasal 9 PEMERIKSAAN ASRAMA


9.1 Pemeriksaan asrama untuk menentukan kebersihan akan dijalankan
pada setiap hari Ahad mulai jam 9.00 pagi atau mengikut ketetapan oleh
pihak asrama.
9.2 Murid-murid hendaklah berdiri di sisi katil masing-masing dengan
memakai pakaian rasmi asrama /sekolah. Semasa pemeriksaan dijalankan
almari-almari hendaklah dibuka supaya dapat dilihat dan diperiksa.
9.3 Pemeriksaan akan dilakukan oleh Warden / Pengawas / Pengetua /
Pegawai-pegawai dari Jabatan atau semua mereka yang tersebut di atas.
Pada hari persekolahan bilik asrama akan diperiksa oleh Warden / Guru /
Guru Disiplin dan Ketua Asrama. Mereka berhak memanggil murid yang
terlibat jika terdapat sesuatu yang tidak memuaskan.
9.4 Murid-murid yang pulang bercuti bulanan atau terpaksa keluar dari
asrama waktu pemeriksaan hendaklah mengemas tempat tidur dan
almari terlebih dahulu. Pemeriksaan mengejut akan diadakan pada bilabila masa sahaja.
9.5 Setiap kesalahan akan dicatat dan direkodkan dan diberi mata
mengikut besar kecilnya kesalahan yang dilakukan. Mata kesalahan ini
juga akan dibuat penilaian untuk menduduki asrama pada tahun
berikutnya atau asrama sekolah-sekolah lain.

Fasal 10 CUTI BULANAN / BERMALAM DI LUAR

700/HEM_Asrama

10.1 Murid-murid dibenarkan bercuti / balik ke kampung masing-masing


sebulan sekali mengikut masa yang ditentukan oleh pihak asrama. (lihat
kepada kalendar balik yang diedarkan pada setiap tahun).
10.2 Pada hari Jumaat, murid-murid hanya dibenarkan pulang selepas jam
2.00 petang.
10.3 Permohonan bercuti dalam hari-hari persekolahan tidak akan
dibenarkan.
10.4 Waktu hendak pulang, murid dikehendaki mengemukakan kad keluar
masuk serta mendapatkan tandatangan atau cop dari warden yang
bertugas dua hari sebelum balik. (sila rujuk pada jadual tugasan warden).
10.5 Murid-murid tidak dibenarkan berada di asrama waktu pulang bercuti
selepas jam 5.00 petang.
10.6 Murid-murid tidak dibenarkan sama sekali pergi ke tempat lain selain
daripada apa yang telah diluluskan.
10.7 Murid-murid yang pulang bercuti dikehendaki berada semula di
asrama sebelum jam 6.00 petang pada hari terakhir cutinya. Murid-murid
yang gagal berbuat demikian boleh diambil tindakan disiplin.
10.8 Murid-murid yang telah pulang ke asrama dikehendaki melaporkan
diri kepada pengawal dan mengambil kad keluar masuk yang telah
ditandatangani oleh pengawal.
10.9 Kenderaan ibu bapa / penjaga / pelawat tidak dibenarkan berhenti di
hadapan pos pengawal.
10.10 Kenderaan ibu bapa / penjaga / pelawat tidak dibenarkan masuk ke
kawasan sekolah selepas jam 6.00 petang.

Fasal 11
HOSPITAL

KELUAR

KE

BANDAR

POLIKLINIK

11.1 Keluar ke bandar dibenarkan seminggu sekali iaitu pada hari Sabtu
sahaja. Masa yang ditetapkan ialah antara jam 8.00 pagi hingga 12.00
tengah hari.
11.2 Murid dikehendaki mengemukakan kad keluar masuk serta
mendapatkan tandatangan atau cop daripada warden yang bertugas
sebelum keluar.
11.3 Keluar pergi ke poliklinik / hospital hendaklah dengan kebenaran
warden.

700/HEM_Asrama

Fasal 12 PERJUMPAAN ANTARA PENGHUNI-PENGHUNI


12.1 Sebarang mesyuarat / perjumpaan asrama mestilah dengan
kebenaran Pengetua / Warden dan dinyatakan tujuan perjumpaan
tersebut.
12.2 Penghuni-penghuni tidak dibenarkan menubuhkan sebarang
persatuan / badan pertubuhan yang bercorak bertindak, kedaerahan,
politik dan lain-lain yang bercanggah dengan Akta Pendidikan dan prinsipprinsip sekolah kecuali persatuan yang telah sedia ada.
12.3 Perjumpaan yang melibatkan orang luar mestilah mendapat
kebenaran dari Pengetua sekurang-kurangnya 5 hari sebelum diadakan.
Murid tidak dibenarkan menganggotai mana-mana persatuan luar sekolah
dan dilarang daripada mengedar majalah, risalah, kaset mana-mana
pertubuhan, persatuan dan lain-lain di asrama atau di sekolah.

Fasal 13 SURAT MENYURAT MURID


13.1 Semua urusan rasmi terutama surat menyurat dengan Jabatan atau
mana-mana Jabatan Kerajaan / Agensi / Pertubuhan dan lain-lain di luar
sekolah hendaklah dibuat melalui Pengetua.
13.2 Murid-murid tidak dibenarkan menulis ke mana-mana akhbar
tempatan, majalah-majalah dalam dan luar atau memberitahu atau
mengeluarkan kenyataan kepada wartawan / pemberita tanpa sebarang
kebenaran daripada Pengetua.
13.3 Pihak sekolah berhak membuka surat-surat keluar masuk muridmurid.

Fasal 14 PENERIMAAN PELAWAT


14.1 Murid-murid dibenarkan menerima pelawat pada masa yang
ditetapkan iaitu:Sabtu & Cuti Umum : 8.00 pagi hingga 6.00 petang
Ahad : 10.00 pagi hingga 6.00 petang
14.2 Pada hari-hari persekolahan penjaga tidak dibenarkan melawat /
menemui murid.

700/HEM_Asrama

14.3 Murid-murid tidak dibenarkan membawa pelawat-pelawat ke asrama


dan ke tempat-tempat larangan yang ditetapkan.
14.4 Murid dibenarkan menerima pelawat di tempat menunggu yang
disediakan.
14.5 Murid-murid tidak dibenarkan sama sekali membawa dan menerima
pelawat / tetamu selain daripada ibu bapa atau penjaga sahaja.

Fasal 15 PENGGUNAAN KUASA ELEKTRIK DAN ALAT


BUNYI
15.1 Murid-murid tidak dibenarkan sama sekali menggunakan kuasa
elektrik untuk alat-alat bunyian dan alat muzik kepunyaan mereka sendiri
kecuali sterika.
15.2 Semua bentuk alat-alat muzik tidak dibenarkan dibawa masuk ke
asrama.
15.3 Penggunaan alat-alat elektrik adalah dilarang seperti alat pemanas
air (water heater) dan lain-lain adalah dilarang dan alat-alat itu boleh
dirampas.
15.4 Fail-fail audio berbentuk digital seperti MP3, MP4 tidak dibenarkan
dibawa masuk ke asrama
15.5 Pelajar dilarang membawa telefon bimbit ke asrama.

Fasal 16 KESELAMATAN
16.1 Murid-murid adalah bertanggunjawab di atas keselamatan barangbarang mereka sendiri.
16.2 Murid perempuan dilarang membawa barang kemas.
16.3 Alat-alat yang merbahaya seperti pisau atau alat-alat yang boleh
dianggap senjata adalah dilarang sama sekali dibawa masuk ke asrama.
16.4 Penghuni-penghuni mestilah mengetahui peraturan keselamatan api
dan penghuni tidak dibenarkan menggunakan pelita atau lilin dan ubat
nyamuk.

700/HEM_Asrama

Fasal 17 KEROSAKAN ALAT-ALAT SEKOLAH / ASRAMA


17.1 Segala kerosakan yang disebabkan oleh penghuni hendaklah diganti
oleh murid berkenaan.
17.2 Segala kerosakan yang disebabkan oleh murid tetapi tiada siapa
yang mengaku, semua murid akan bertanggungjawab dan mereka semua
akan berkongsi menggantikannya.
17.3 Sebarang kerosakan peralatan dan kelengkapan asrama seperti
bantal, tilam, katil, almari dan lain-lain hendaklah dilaporkan kepada
warden asrama.

Fasal 18 KEGIATAN ASRAMA


Murid hendaklah mengambil bahagian dalam apa jua kegiatan seperti
persatuan, permainan atau badan-badan tertentu di sekolah dan di
asrama.

Fasal 19 PENGGUNAAN AIR DAN ELEKTRIK


19.1 Murid hendaklah menggunakan air dan eletrik dengan berhemah.
19.2 Hanya lampu-lampu yang tertentu sahaja boleh dipasang apabila
murid meninggalkan asrama pada waktu ulangkaji malam dan semua
peralatan elektrik hendaklah ditutup pada waktu yang ditetapkan.
19.3 Gunakan tempat yang ditetapkan sahaja pada waktu mengulangkaji
malam. Bagi murid yang mengulangkaji lebih dari masa yang dibenarkan
hendaklah menggunakan bilik yang ditetapkan .

Fasal 20 YURAN DAN BAYARAN MAKAN ASRAMA

700/HEM_Asrama

20.1 Yuran asrama hendaklah dibayar pada tarikh yang ditetapkan.


20.2 Setiap resit pembayaran yang diterima oleh penghuni hendaklah
disimpan dengan baik. (Untuk tujuan rujukan jika timbul masalah)
20.3 Murid yang lewat membayar yuran / bayaran asrama, akan
digantung dari memasuki asrama.

Fasal 21 DISIPLIN
Murid-murid hendaklah mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan
oleh sekolah dan asrama. Tindakan disiplin akan diambil kepada manamana murid yang melakukan kesalahan-kesalahan berikut:KESALAHAN BERAT
a Lari dari asrama tanpa kebenaran.
b Membawa rakan ke kawasan dan ke bilik-bilik asrama sama ada murid
sekolah atau orang luar.
c Semua kesalahan yang terkandung dalam senarai kesalahan berat yang
dinyatakan dalam peraturan-peraturan sekolah .
HUKUMAN
Murid yang melakukan kesalahan yang disenaraikan di atas akan
dikenakan tindakan berikut:
a- Rotan tidak melebihi 3 kali
b- Gantung asrama
c- Buang asrama
d- Gantung persekolahan
e- Buang sekolah
f- Lain-lain yang difikirkan perlu.

KESALAHAN SEDERHANA

700/HEM_Asrama

a- Membawa, memiliki dan menggunakan alat-alat elektrik yang ditegah /


dilarang dibawa masuk ke dalam asrama seperti radio kaset, water heater
dan lain-lain.
b- Ponteng kelas al-Quran / Ulangkaji
c- Semua kesalahan yang terkandung dalam senarai kesalahan sederhana
yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan sekolah.
HUKUMAN
a- Rotan tidak melebihi 2 kali
b- Gantung asrama
c- Jika kesalahan yang sama diulangi, hukuman ini akan digandakan dan
seterusnya murid berkenaan akan dibuang asrama / sekolah.
d-Dan lain-lain yang difikirkan perlu.

KESALAHAN RINGAN
a- Merayau-rayau semasa pengajaran pembelajaran sedang berjalan.
b- Semua kesalahan yang terkandung dalam senarai kesalahan ringan
yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan sekolah.
HUKUMAN
Murid yang melakukan kesalahan tersebut akan dikenakan tindakan
berikut:a Nasihat / Teguran
b Amaran.
c Rotan tidak melebihi 1 kali.

Fasal 22 PENUTUP
22.1 Semua kesalahan yang dilakukan oleh murid akan direkodkan dalam
buku rekod kesalahan warden / guru disiplin.
22.2 Semua murid mesti mematuhi peraturan asrama dan sekolah selagi
mereka menjadi penghuni asrama sekolah ini.

700/HEM_Asrama

22.3 Semua murid mestilah menghormati guru di mana-mana dan pada


bila-bila masa sama ada di sekolah / asrama atau di luar.
22.4 Murid dilarang melakukan perbuatan yang boleh mencemarkan
kesucian Agama Islam, nama baik sekolah / asrama, guru-guru dan
ibubapa.
22.5 Lembaga Jemaah Disiplin sekolah atau Pengetua berhak untuk
menambah atau mengubah peraturan-peraturan ini dari semasa ke
semasa serta menjatuhkan hukuman yang sewajarnya ke atas muridmurid yang didapati bersalah.

You might also like