Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 31

KUMPULAN 2

TAJUK : GURU
AHLI KUMPULAN :
1. MUHAMMAD AMIR ARIFF B RAZAK
(CB130001)
2. NABILA BT KODRAT (CB130057)
3. NURUL HADHINAH BT MAHAYUDDIN
(CB130075)
4. NUR FARIHAN BT DZULKIFLEE
(CB130108)

BAB 2
GURU
2.1 Siapa Guru
Istilah Guru Menurut Kamus Dewan
bererti pendidik, pengajar dan pengasuh.
Istilah lain
Pendidik bermaksud orang yang memelihara dan melatih.
Pengajar ialah seorang yang memberi petunjuk kepada orang lain.
Pengasuh ialah orang memelihara, menjaga dan mendidik.
Istilah Arab guru dipanggil sebagai Muddaris bermaksud pengajar.
Al-Muallim : menyampaikan sesuatu ilmu yang benar.
Al-Murabbi : merujuk kepada menjayakan proses tarbiah atau mendidik.
Al-Muaddib : bermaksud mengajar adab dan budi pekerti.
Al-Mursyid : membentuk kepimpinan insan.

2.2 Peranan Guru


Menurut Kamus Dewan
peranan bermaksud tugas yang perlu dijalankan.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Melahirkan modal insan yang seimbang dari pelbagai aspek JERIS iaitu,
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan matlamat dan
objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Menerpakan nilai-nilai murni dalam diri setiap murid.

Peranan Utama Guru :


1. Bertindak sebagai Role Model
. Menurut Ragbir Kour (2007) guru harus membentuk murid-murid untuk
memiliki akhlak yang mulia dan mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi.
. Nilai-nilai yang perlu diterapkan ialah moral, agama, terminal dan
instrumental.
. Segala nilai dan tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada para
pelajar.

2. Guru Sebagai Pembentuk Akhlak

Arus teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin menggila


memudahkan lagi pelajar terjebak dengan nilai negatif.

Pendidikan akhlak iaitu pendidikan yang dapat membina keyakinan,


kefahaman, penghayatan dan pengamalan nilai murni yang terkandung
dalam ilmu wahyu iaitu Al Quran dan As-sunnah.

Guru boleh merujuk pada nilai berkenaan dan seterusnya membina nilai
positif yang diinginkan menerusi pengajaran dan pembelajaran.

3. Guru Berperanan Menggilap Potensi Murid

Setiap manusia diberi kelebihan dan keistimewaan masing-masing, tetapi


tetap jua mempunyai kelemahan tersendiri.

Guru memainkan peranan dalam mencari keistimewaan yang ada pada


murid untuk digilap agar murid tersebut berguna kepada agama, bangsa
dan negara.

Guru harus bijak mencungkil bakat serta kebolehan murid-muridnya agar


ianya tidak disia-siakan.

4. Guru Berperanan Sebagai Pembimbing

Guru bertindak sebagai pembimbing anak murid secara seimbang dari segi
intelek, rohani, jasmani dan emosi.

Guru sebagai seorang pembimbing perlu menguasai kemahiran dalam


bimbingan dan kaunseling untuk membimbing murid-murid dalam proses
pembinaan modal insan.

Guru juga adalah pekerja yang mematuhi segala etika profesion ke arah
membimbing anak muridnya menepati acuan sebagaimana yang termaktub
dalam FPK.

5. Guru Berperanan Supaya Dapat Berfikir Secara Kreatif dan Inovatif

Guru perlu mempunyai kemahiran dan sentiasa berupaya berfikir secara


kreatif dan inovatif.

Guru memainkan peranan sebagai pendorong kepada pemikiran kreatif dan


kritis murid-muridnya.

6. Guru Berperanan Sebagai Pendidik Kemahiran Asas

Maksud pendidik kemahiran asas disini tentulah guru menjadi orang yang
bertanggungjawab dalam mengajar kemahiran asas yang utama iaitu
kemahiran bertutur.

Keupayaan bertutur merupakan salah satu keutamaaan dan kepentingan


bagi seseorang manusia.

7. Guru Berperanan Sebagai Agen Sosialisasi

Agen sosialisasi bermaksud memberi peluang kepada pelajar untuk


menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang difikirkan
sesuai untuk perkembangan diri dan masyarakat.

Peranan sebagai agen sosialisasi adalah untuk memastikan perubahan dan


perkembangan tingkahlaku murid adalah mengikut nilai, norma dan
kehendak masyarakat.

Tugas guru juga bukan sekadar penyampai ilmu, malah memupuk sikap,
nilai dan sahsiah yang sempurna selaras dengan keperluan kendiri dan
tuntutan masyarakat.

Rujukan

Mohammad Asrie Asmaroul bin Roslan 2012 , Peranan Guru Dalam


Merealisasikan Falsafah Pendidikan Guru. Diambil dari web: http://
www.scribd.com/doc/112125637/Peranan-Guru-Dalam-Merealisasikan-Fal
safah-Pendidikan-Guru
Deeya76 Nov. 2008, Tanggungjawab dan Peranan Guru. Diambil dari web:
http://www.scribd.com/doc/8527541/tanggungjawab-dan-peranan-guru
Noralia Roslan Apr. 2011, Guru Cemerlang Guru Gemilang. Diambil dari
web: http://
www.scribd.com/doc/52039989/Guru-Cemerlang-Guru-Gemilang

2.3 SAHSIAH GURU


DEFINISI SAHSIAH

Sahsiah adalah perkataan Bahasa Arab yang membawa maksud keperibadian


atau peribadi (Kamus Dewan, 2011).

Merangkumi perangai, kecerdasan, sentimen, sikap, minat, kepercayaan, citacita dan nilai-nilai.

Perspektif Islam : membina akhlak, peribadi dan tingkah laku dengan


matlamat menjadikan seseorang itu bertamadun, berintelek, mempuyai nilai murni
dan berdaya maju.

Perspektif Barat : keperluan fizikal dan keperluan psikologi manusia,


meningkatkan status kuasa dan agama serta meningkatkan kelas sosial ekonomi
yang dianggap sebagai tunjang dalam menentukan pembentukan dan
perkembangan struktur sosial masyarakat manusia.

3 CIRI UTAMA SAHSIAH :


a) Keunikan
- Tersendiri
b) Kebolehsuaian / Keupayaan
Berubah dan diubah
c) Organisasi
Tindakan dan operasi bersifat konsisten

CIRI-CIRI SAHSIAH GURU POSITIF DAN NEGATIF


Kognitif
a.
b.
c.
d.

Berfikir secara positif


Menangani stress
Mengurus keperluan kerjaya
Mengurus diri dan kehidupan

Fizikal

Rohani
a. Hubungan dengan
Tuhan
b. Kejiwaan yang kental
c. Konsep kendiri yang
mantap

Ciri Ciri
Sahsiah
Guru

Positif

a. Mempamerkan tingkah
laku
b. Penampilan kendiri
c. Pengurusan kendiri

Sosial
a. Kebolehan berinteraksi dan berkomunikasi
b. Penerimaan terhadap orang lain
c. Persediaan untuk memberi dan menerima
pendapat

CIRI-CIRI SAHSIAH GURU POSITIF DAN NEGATIF


Kognitif
a. Mencemar memburukkan nama baik perkhidmatan awam.
b. Terbatasnya amalan timbang rasa

Fizikal

Rohani
a. Berjiwa kasar dan
membosankan
b. Emosi tidak seimbang
dan mudah naik
perasan.

Ciri Ciri
Sahsiah
Guru

Negatif

a. Kurang responsif dan sering


menjauhkan diri terhadap
amanah.
b. Bersikap tidak adil dan pilih
kasih
c. Kurang bertanggungjawab dan
bersikap dalih .

Sosial
a.

Memberi keutamaan kepada kenalan dalam


menimbangkan sesuatu permohonan
b. Tidak demokratik dan mengutamakan cara
autokratik

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBANGUNAN


SAHSIAH

KEPENTINGAN PEMBANGUNAN SAHSIAH KEPADA


GURU DAN PROFESIONALISME PERGURUAN

Mencorak kendiri individu.


Menjangka dan meramal tingkahlaku.
Memperihalkan sahsiah secara menyeluruh.
Menjelaskan pembangunan sahsiah secara teoritikal.
Merupakan perubahan kepada proses pertumbuhan diri
yang murni.

PERKAITAN SAHSIAH GURU DENGAN PENDIDIKAN


Guru bukan sekadar mengajar, tapi sebagai teman, fasilitator dan
kaunselor kepada pelajar.
Mempunyai jati diri dan pembentukan sahsiah yang bermoral
sebelum mendidik pelajar menjadi seorang yang bermoral dan
bersahsiah
Tanggungjawab di sekolah seperti kehadirannya di sekolah ,
mengajar dan mendidik murid mengikut masa yang ditentukan serta
mematuhi segala peraturan dan etika yang digariskan.

Etika Profesion Keguruan


Etika Profesion Perguruan penting untuk
menjadi panduan guru-guru dalam
menjalankan tugas mendidik.
Bakal-bakal guru harus mengetahui kod etika
profesion perguruan serta mematuhinya demi
menjamin martabat profesion perguruan
dipandang mulia.

Maksud Etika
Satu sistem dasar
akhlak, adat atau tingkah
laku atau kesusilaan
(Dewan Bahasa
&Pustaka, 1995)

Menurut Kamus Dewan (1970), guru bererti


pendidik, pengajar dan pengasuh.
Pendidik bermaksud orang yang memelihara dan
melatih.
Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk
kepada orang lain
Pengasuh memberi makna orang yang memelihara,
menjaga dan mendidik.
Keguruan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan
dengan bidang menuntut ilmu atau tempat
mendapatkan ilmu seperti sekolah, tempat belajar,
pengajaran dan pembelajaran dan sebarang perkara
yang mempunyai perkaitan dengan guru.

Kod Etika Profesion


Peraturan untuk membantu guru yang
profesional mematuhi prinsip prinsip yang termaktub demi
menjaga imej profession.

Tujuh nilai utama menjadi fokus Etika


Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia

Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu


dilaksanakan dan dihayati
berdasarkan prinsip-prinsip berikut:

Kepentingan Etika Guru


Garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam
profesion perguruan dimana ianya sesuai untuk
dirujuk dan diamalkan oleh guru.
Menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab
guru terhadap pemegang amanah dalam bidang
pendidikan. Guru lebih faham dan jelas
tentangtanggungjawab mereka.

Nilai-nilai yang penting dalam sesebuah


organisasi. Pengamalan etika dapat mengekal, dan
memelihara kepercayaan yang diberi dalam
menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab
bersama dan mengeratkan perhubungan antara ahli
dalam organisasi.
Meningkatkan lagi imej profesion perguruan
secara hitamputih dan rasmi dan dapat membuka
mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab
guru yang luas dan berat dan menyokong guru
dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara.

Kod Etika Perguruan Malaysia


1. Tanggungjawab Terhadap Pelajar
mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar
daripada hal - hal lain, adil.
2. Tanggungjawab terhadap Ibu bapa
guru perlu merahsiakan maklumat rumahtangga atau anak yang
diamanahkan oleh ibu bapa
3. Tanggungjawab terhadap masyarakat dan Negara
guru sentiasa memenuhi tanggungjawab sebagai warganegara selain
membimbing dan memupuk pelajar untuk menjadi warganegara yang
disanjung tinggi
4. Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion
guru harus menjadi ahli persatuan guru seperti KPPK/NUTP

Akauntabiliti Keguruan
Akauntabiliti keguruan bermakna
tanggungjawab yang harus difahami
dan dilaksanakan oleh seseorang
guru. Akauntabiliti keguruan juga
membawa maksud berkenaan
dengan tanggungjawab guru
terhadap profesionalisme keguruan.

Oleh yang demikian,akauntabiliti perlulah


dihayati oleh semua guru. Sekiranya seseorang
guru itu mengabaikana akauntabiliti terhadap
tugas dan tanggungjawabnya , maka
tanggungjawabnya tidak dapat dijalankan
dengan baik dan akan gagal melahirkan modal
insan seperti yang di cita-citakannegara.
Ini akan menjatuhkan martabat profesion
perguruan oleh kerana perbuatan yangtidak
bertanggungjawab terhadap amanah yang di
berikan.

2.5 GURU & MASYARAKAT

Dalam perspektif perubahan sosial, guru


yang baik tidak hanya mampu melaksanakan
tugas profesionalnya di dalam kelas. Namun
harus berperanan dalam melaksanakan
tugas-tugas pembelajaran di luar kelas atau
di dalam masyarakat.
Kadangkala guru juga mengetuai persatuan
atau rukun tetangga di mana kepakaran dan
sifat kepimpinan seorang guru diperlukan
oleh masyarakat setempat.

Nilai murni yang terpuji seorang guru


apabila berhadapan dengan masyarakat.

a) Berbudi bahasa
Amalan bersopan santun dan senang
diajak berunding.
b) Ramah mesra
Menunjukkan sifat ramah mesra
ketika bergaul dengan masyarakat
setempat.
c) Merendah diri
Apabila
masyarakat
memberi
penghormatan
dan
sanjungan,
janganlah mudah lupa diri.

d) Semangat berbakti
Menyemai perasaan ingin sentiasa
menyayangi dan menaburkan bakti
kepada masyarakat.
e) Jujur dan amanah
Menjalankan tugas seperti yang
diarahkan, bekerja tanpa ada rasa
kepentingan diri dan mendengar
arahan majikan.

You might also like