Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

DEFINISI PENGURUSAN OPERASI

Pengeluaran dapat didefinisikan sebagai mengeluarkan barangan atau


perkhidmatan.
Fungsi pengeluaran menunjukkan perhubungan antara input dengan output yang
bermaksud kuantiti maksimum sesuatu barang yang dikeluarkan pada satu masa
tertentu dengan menggunakan kombinasi input yang tertentu
Pengurusan pengeluaran pula merujuk kepada satu system yang mengandungi
semua aktiviti-aktiviti yang penting dalam menghasilkan barangan dan
perkhidmatan.
Sistem pengeluaran ini dipanggil sebagai proses transformasi iaitu proses yang
menukarkan input menjadi output dengan mengambilkira maklumbalas dan
perubahan daripada persekitaran.
Proses ini memerlukan perancangan, pengarahan dan pengawalan yang cekap
daripada pengurusan operasi supaya syarikat dapat memaksimumkan output.
Terdapat 4 komponen utama di dalam system pengeluaran iaitu:
a. Input (sumber)
b. Proses transformasi
c. Output (hasil)
d. Maklumbalas dari persekitaran
Sistem Pengeluaran
Input
Input atau sumber adalah bahan-bahan asas yang diperlukan bagi tujuan
mengeluarkan barangan dan perkhidmatan seperti manusia, bahan mentah,
pengurusan, peralatan, kewagan dan maklumat.
Proses transformasi
Merujuk kepada proses yang mengendalikan segala aktiviti penukaran aktiviti
penukaran input kepada output yang melibatkan strategi-strategi operasi.
Output
Merupakan hasil terakhir yang didapati daripada proses tersebut seperti
barangan atau perkhidmatan, keuntungan atau kerugian, kepuasan hati dan
pertambahan pekerja dan pengguna.
Maklumbalas dari persekitaran
Transformasi adalah dianggap sebagai tidak statik kerana ia boleh dipengaruhi
oleh persekitaran yang akan memberikan maklumbalas kepada syarikat.
Oleh itu syarikat perlu peka kepada persekitaran supaya kawalan terhadap
proses transformasi boleh dilakukan.
Terdapat dua jenis factor persekitaran dalaman dan persekitaran luaran.
Persekitaran dalaman boleh didefinisikan sebagai factor-faktor yang berada di
dalam syarikat seperti sikap pekerja, suasana di syarikat dan peranan pihak
pengurusan di mana faktor-faktor boleh disimpulkan sebagai budaya syarikat.

Persekitaran luaran pula merujuk kepada factor-faktor di luar syarikat seperti


pembekal, kerajaan, pesaing, pemegang saham, penggunaan teknologi, sosial
dan ekonomi.
Syarikat perlu mengambil kira maklumbalas-maklumbalas daripada kedua-dua
persekitaran tersebut supaya kecekapan dan keberkesanan proses transformasi
dapat ditingkatkan.
TUJUAN utama aktiviti pengeluaran dapat dilakukan dalam perniagaan adalah
untuk:
Memenuhi permintaan dan pesanan daripada pelanggan
Memenuhi kehendak pasaran agar pelanggan dapat kepuasan dari penggunaan
produk/perkhidmatan tersebut
Beroperasi pada kos yang paling minimum
Kos mempengaruhi keuntungan syarikat. Oleh itu kos minimum dapat
memaksimumkan keuntungan
Menghasilkan produk dan perkhidmatan yang bermutu tinggi
Produk/perkhidmatan yang bermutu tinggi kerana ia member kesan kepada
volum jualan dan keuntungan syarikat
Meletakkan harga yang berpatutan dengan kos operasi
Skil pengeluaran secara besar-besaran akan merendahkan kos pengeluaran, oleh
itu harga yang berpatutan dapat ditawarkan
SISTEM PENGURUSAN ORGANISASI

Di dalam pengurusan pengeluaran, organisasi merujuk kepada entiti


perniagaan yang diwujudkan untuk menjalankan perniagaan samada
berorientasikan produk atau perkhidmatan. Contohnya kilang membuat kasut
sukan dan klinik
Setiap organisasi adalah berlainan antara satu sama lain dari segi output,
proses transformasi dan inputnya. Input adalah penting kerana dari input inilah
output akan dihasilkan melalui proses transformasi dan produk atau
perkhidmatan yang dihasilkan inilah yang akan mencerminkan sesebuah
organisasi tersebut.
Sistem pengurusan organisasi melibatkan jabatan-jabatan yang saling
bekerjasama untuk menguruskan perniagaan seperti jabatan kewangan/akaun,
jabatan pengeluaran/operasi, jabatan pemasaran/jualan dan jabatan sumber
manusia/personal.
Contohnya apabila jabatan pengeluaran akan melakukan proses pengeluaran
maka kerjasama dari jabatan kewangan diperlukan untuk membeli mesin dan
bahan mentah manakala jabatan sumber manusia perlu mencari tenaga pekerja

dan apabila produk telah dihasilkan maka jabatan pemasaran perlu mencari
pelanggan agar produk terjual untuk mendapat keuntungan.

Koordinasi antara aktiviti-aktiviti untuk proses transformasi


Koordinasi Operasi dan Pemasaran
Operasi dan pemasaran adalah antara dua asas penting perusahaan moden
tidak kira untuk pembuatan atau perkhidmatan
Koordinasi antara keduanya amat diperlukan dan ianya bergantung besar
kepada system pengeluaran yang terlibat dalam perusahaan tersebut.
Koordinasi yang dimaksudkan antara operasi dan pemasaran adalah
berlandaskan hanya kepada kajian reaksi terhadap output yang dikeluarkan dan
bukannya dari segi mempromosikan output tersebut.
Pemasaran bertanggungjawab menyelidiki gerak laku pengguna dalam
menilai dan menggunakan output termasuk member idea-idea atau
maklumbalas yang diharapkan dapat menyempurnakan kehendak dan keperluan
mereka.
Daripada kajian inilah operasi akan mengetahui sejauh mana pencapaian
terhadap output dan akan memperbaiki proses transformasi jikalau terdapat
kelemahan.

Koordinasi Operasi dan Kewangan


Kewangan lebih mengkhususkan kepada pemerhatian terhadap kos,
keuntungan, pelaburan dan aliran dana syarikat.
Koordinasi yang wujud antara operasi dan kewangan adalah lebih berbentuk
kawalan terhadap kos dan kewangan supaya jumlah pulangan yang
menguntungkan diperolehi sejajar dengan modal yang dikeluarkan.
Kawalan terhadap kos dan kewangan melibatkan keputusan pembelian input
seperti bahan mentah dan perbelanjaan overhead terhadap output yang hendak
dikeluarkan seperti peralatan rekabentuk, proses dan sebagainya.
Koordinasi Operasi dan Pembelian
Jelas sekali daripada system pengeluaran bahawa mutu output yang
dikeluarkan adalah bergantung kepada input yang digunakan dan proses
transformasi yang terlibat.
Penggunaan input adalah merujuk kepada bahan mentah yang digunakan
manakala proses transformasi pula merujuk kepada strategi-strategi operasi
yang memainkan peranan penting dalam menukarkan input menjadi output.

Adakalanya bahan mentah yang digunakan adalah terhad kerana


pembeliannya bergantung kepada beberapa factor seperti pembekal dan
bekalan.
Maka di sinilah operasi memainkan peranan penting dengan menggunakan
kaedah pengurusan inventori untuk memastikan kecukupan bekalan bahan
mentah bagi memenuhi permintaan pengguna.
Koordinasi Operasi dan Sumber Manusia
Apabila menyentuh tentang pengeluaran tentunya ia melibatkan pekerja.
Kepentingan pekerja kepada syarikat tidak harus dipandang ringan kerana
mereka adalah input yang terpenting dan merupakan asset syarikat.
Sumber manusia memainkan peranan penting dalam menyediakan pekerja
kepada sistem pengeluaran terutama di peringkat proses transformasi.
Manakala operasi pula memainkan peranan penting di dalam menyenaraikan
ciri-ciri pekerja yang dikehendaki supaya mendapat pekerja yang betul-betul
memenuhi kriteria untuk berada dalam proses transformasi bagi melaksanakan
strategi-strategi operasi.
FUNGSI PENGELUARAN DAN OPERASI
Fungsi utama ialah menukarkan input menjadi output.

3 konsep penting di dalam system pengeluaran ialah:


i. Sistem pengeluaran menerima input dalam bentuk bahan mentah, pekerja,
modal, mesin, kemudahan dan maklumat.
ii. Subsistem penukaran input akan ditukarkan dalam subsistem penukaran
menjadi produk atau perkhidmatan yang dipanggil output.
iii. Subsistem kawalan berfungsi untuk menentukan samada produk atau
perkhidmatan yang dihasilkan boleh diterima atau tidak dari segi kuantiti, kos
dan kualiti. Jika tidak dapat diterima, tindakan pembetulan dan penambahbaikan
perlu dilakukan oleh pihak pengurusan.

SISTEM merujuk kepada satu set komponen yang berkaitan berinteraksi


melaksanakan beberapa fungsi dan mempunyai matlamat berhubungan secara
keseluruhan.

SUBSISTEM merujuk kepada komponen yang berkaitan

INPUT terbahagi kepada 3 kategori asas iaitu:


i. Input luaran selalunya berbentuk maklumat yang memberikan pengetahuan
kepada pihak pengurusan tentang keadaan di luar system pengeluaran seperi
input politik, input undang-undang, input social, input ekonomi dan input
teknologi.
ii. Input pasaran berbentuk maklumat seperti maklumat persaingan,
rekabentuk produk, citarasa pengguna dan syer pasaran untuk memenuhi
kehendak pasaran.
iii. Input sumber primer/asas input yang terlibat secara langsung dalam proses
pengeluaran dan penghantaran produk atau perkhidmatan seperti bahan
mentah, pekerja, modal, barangan modal dan kemudahan utiliti (elektrik, air, gas
dan minyak).

OUTPUT selalunya dalam 2 bentuk iaitu:


i. Bentuk nyata seperti kasut, ubat gigi, kereta dan kek.
ii. Bentuk tidak nyata iaitu pekhidmatan seperti insurans, perubatan,
pendidikan dan perbankan

Pembuatan keputusan dalam pengeluaran dan operasi


Melibatkan 3 kategori pembuatan keputusan
i. Keputusan strategik
Meliputi keputusan strategic mengenai produk, proses dan kemudahan yang
memberikan kesan jangka panjang (melebihi setahun) ke atas organisasi.
Contohnya pengeluaran produk baru, kilang baru, lokasi baru, lokasi kilang dan
kapasiti pengeluaran.
ii. Keputusan operasi
Merujuk kepada keputusan untuk memenuhi keperluan dan permintaan dari
pelanggan untuk masa sekarang dan masa hadapan. Contohnya menentukan
amaun inventori/stok yang perlu disimpan untuk setiap produk, tahap
pengeluaran yang diperlukan dan mengadakan overtime atau subkontrak.
iii. Keputusan kawalan
Merujuk kepada perancangan dan kawalan operasi yang melibatkan aktiviti
harian pekerja, kualiti produk dan perkhidmatan, kos pengeluaran dan overhead
serta penyelenggaraan mesin.
Faktor / Elemen-elemen yang terlibat dalam pengeluaran dan operasi

i. Perancangan sistem pengeluaran dan operasi


ii. Pengorganisasian sumber modal dan sumber manusia
iii. Pengarahan operasi dan personal
iv. Penilaian prestasi pekerja
Faktor-faktor yang mempengaruhi aktiviti pengeluaran dan operasi
i. Persaingan global / sejagat
ii. Kualiti, perkhidmatan pelanggan dan kos
iii. Perkembangan teknologi
iv. Perkembangan sector perkhidmatan
v. Sumber pengeluaran yang terhad
vi. Tanggungjawan social
PENGURUSAN ORGANISASI DAN SUMBER MANUSIA (PERSONAL)
Tidak mungkin sesebuah organisasi dapat diwujudkan tanpa ada sumber
manusia yang membantunya walaupun perniagaan tunggal.
Sumber manusia ditakrifkan sebagai sekumpulan pekerja yang berkhidmat
dengan sesebuah organisasi dan dipimpin oleh seorang pengurus yang dikenali
sebagai Pengurus Sumber Manusia.
Jabatan Sumber Manusia menjadi orang tengah di antara pekerja dengan
organisasi iaitu pihak atasan dalam memastikan bahawa pekerja bekerja untuk
mencapai matlamat yang diingini oleh pihak oranisasi.
Bagi memastikan pekerja dapat menjalankan tugas dengan baik maka keperluan
pekerja harus dipenuhi oleh pihak organisasi yang terdiri daripada keperluan:
i. Keperluan nyata berbentuk kewangan seperti gaji, bonus, elaun, pampasan
dan berbentuk material seperti piala, lencana dan surat pujian/ anugerah.
ii. Keperluan tidak nyata merangkumi pujian dari majikan, kepuasan bekerja,
status, kuasa pembuatan keputusan, kesesuaian pergaulan, rasa pemilikan
kepada organisasi dan bangga bekerja dengan organisasi.
Sumber manusia adalah golongan pekerja yang berasaskan asas fizikal dan asas
mental.
Pekerja yang berasaskan fizikal juga dikenali sebagai pekerja kolar biru, terdiri
dari pekerja di peringkat bawahan yang banyak menggunakan tenaga fizikal
untuk melakukan kerja seperti buruh binaan dan buruh di lading.

Pekerja yang berasaskan mental pula dikenali sebagai pekerja kolar putih yang
terdiri dari golongan professional di peringkat atasan dan menggunakan
kebijaksanaan akal fikiran untuk mendapatkan idea dan konsep.

SISTEM PENGURUSAN KUALITI (TQM)


TQM adalah atas dasar kerjasama dalam menjalankan usaha-usaha perniagaan
yang bergantung kepada bakat dan kebolehan buruh dan pengurusan secara
menyeluruh.
Prinsip-prinsip TQM
1. Kepuasan pelanggan - meeting and exceeding
- pelanggan terdiri dari dalaman dan luaran.
- TQM terlibat dengan semua spek terutamanya aspek-aspek kemanusiaan.
Pelanggan
Pembekal Pembekal

Pelanggan
Transperance management - with one feeling favour
- complaints, ideas and comment
- have to know what the customer want
- R & D needed to offer ground product
- check list
2. Top management leadership and commitment
Top management - membuat polisi
- mesti komunikasikan apa-apa polisi kepada pekerja.
Pemimpin - pengurus
- bukan dilahirkan - construct
- perlu belajar
- mesti tahu membina konsep yang betul

- set the vission/mission


- have to set vission for subordinate to work

3. Pengukuran dan Jaminan Kualiti


- Bagi menjaminkan kualiti proses dokementasi diperlukan.
4. Teamwork
- all activities
- SGA ( small group activities ) } 7 QC tools
- WIT ( Work Improvement Team )}
- WQT ( Work Quality Team) }
7 QC tools - to measures qualities
5. Penghargaan dan Ganjaran (Recognition and Reward)
- Pekerja perlukan penghargaan
- Pihak pengurusan perlu memberi ganjaran yang sesuai
- kita hanya perlukan sejumlah kecil sahaja perbelanjaan untuk mencipta kualiti
yang dikehendaki
6. Peningkatan yang berterusan - Kaizen
Plan }
Do } Deming cicrles
Check/measure }
Action }
7. Pendekatan berfakta dalam membuat keputusan
- Data yang tepat dan sesuai digunakan
- Keputusan berdasarkan hasil analisa/kajian sesuai dengan pengalaman dan
kebolehan diri
8. Hubungan baik antara syarikat dengan pembekal/ subkont.
- Ketulusan di dalam komunikasi

You might also like