Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Kelebihan Membaca Surah

Al-Khafi Pada Hari Jumaat


( H.R Baihaqi) : Rasulullah bersabda: Barang siapa yang membaca Surah
Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah akan meneranginya dengan
cahaya dari Jumaat yang dia baca kepada Jumaat yang berikutnya.
(HR Hakim 3349) : Sesungguhnya barangsiapa membaca surah Al-Kahf
pada hari Jumaat, nescaya ia akan diterangi oleh cahaya antara dua
Jumaat.
(HR Ahmad) : Daripada Muaz Ibnu Anas Al-Juhari, daripada bapanya,
daripada Nabi SAW baginda bersabda:
Sesiapa membaca dari Surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya
daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca
keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.
(HR Ibnu Katsir) : Daripada Umar beliau berkata, Nabi SAW telah
bersabda:
Sesiapa membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah
cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit, untuknya di hari kiamat
dan diampunkannya antara dua Jumaat.
(Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 243) : Rasulullah saw bersabda:Barangsiapa
yang menjaga sepuluh ayat dari surah Al-Kahfi, ia akan memiliki cahaya
pada hari kiamat. Hadis ini bersumber dari Abu Darda.
Imam Ahmad berkata yang daripada Abi Darda ra. yakni daripada Nabi
saw, Baginda SAW bersabda:
sesiapa yang menghafaz 10 ayat permulaan surah Al-Kahf maka
terhindar daripada dajjal
dan

Imam Ahmad berkata, daripada Abi Darda ra. bahawa Nabi saw
bersabda : sesiapa yang membaca 10 ayat akhir daripada surah al Al-Kahf
maka terhindarlah ia daripada ftnah dajjal.
Semoga kita semua tergolong dari orang yang dirahmati Allah dan
berusaha mendekatkan diri kepada Allah, hendaklah kita ingat dengan
sabda Nabi saw yang bermaksud : sesungguhnya Allah tidak melihat
gambaran lahir kamu tetapi Allah melihat batin (hati) kamu. Sama kita
amalkan pada setiap hari Jumaat.
Wallahuaalam

You might also like