Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

1. Huraikan perbezaan individu dalam konteks psikologi pendidikan.

Perbezaan individu bermaksud ketidaksamaan atau tidak serupa di kalangan ahli-ahli


sesuatu kumpulan yang mana kita boleh mengenalpasti ciri-ciri perbezaan yang tersendiri.
Setiap individu yang dilahirkan

tidak serupa dan mempunyai ciri-ciri perbezaan

tersendiri. Secara ringkasnya, perbezaan individu adalah ketidaksamaan individu dalam


aspek fizikal, mental, sosial, emosi dan moral.
Perbezaan yang pertama adalah perbezaan fizikal. Perbezaan fizikal merujuk
kepada perbezaan lahiriah yang dapat dilihat dengan mata kasar seseorang pemerhati.
Perbezaan ini juga ketara dan jelas berlaku, namun ianya tidak disedari. Perubahan dan
berlakunya perbezaan tersebut hanya diketahui sekiranya kita menyukat dan menimbang
seseorang individu tersebut. Apabila kanak-kanak membesar, akan banyak berlakunya
perbezaan di dalam kalangan kumpulan mereka. Perbezaaan fizikal boleh dikategorikan
kepada dua iaitu fizikal dalaman dan fizikal luaran. Bagi fizikal luaran ialah segala yang
dapat diperhatikan seperti tinggi, rendah, gemuk, kurus dan sebagainya. Manakala bagi
fizikal dalaman seperti bau badan, bendair gastrik di dalam perut, kepadatan sel, saiz otak,
jumlah neutron di dalam urat saraf dan lain-lain lagi. Secara umumnya juga, fizikal dan
tingkah laku lelaki lebih kasar dan agresif berbanding perempuan. Pelajar lelaki juga lebih
nakal dan kurang berdisiplin, manakala pelajar perempuan lebih rajin dan berdisiplin.
Sheldon (1942) mengategorikan tubuh badan atau fizikal manusia kepada tiga kategori
iaitu Endomorf (bertubuh bulat), Mesomorf (tubuh badan dan otot yang kuat) dan
Ektomorf (kurus dan tinggi).
Perbezaan yang kedua pula ialah perbezaan kognitif atau mental. Perbezaan ini
akan jelas kelihatan di kalangan pelajar walaupun berada di dalam kelas yang sama.
Setiap individu berbeza dari segi keupayaan berfikir, belajar, mengingat, menaakul,
menganalisis serta bakatnya. Ada sesetengah pelajar begitu mudah dan cepat memperolehi
segala yang diajar serta dalam penyelesaian masalah, manakala ada yang sebaliknya.
Perbezaan ini tidak boleh diambil secara tegar oleh para guru, kerana setiap individu
mempunyai pelbagai jenis kecerdasan masing-masing. Mereka mungkin memproses
rangsangan-rangsangan yang diterima daripada persekitaran dengan cara yang berlainan.
Kajian Santrock (2001) dapat membuktikan pencapaian murid-murid lelaki lebih baik
berbanding pelajar perempuan bagi matapelajaran Matematik, Sains dan sukan. Manakala
pencapaian pelajar perempuan dalah lebih baik dalam matapelajaran masakan dan jahitan.
Perbezaan mental ini memberi kesan kepada perbezaan pencapaian akademik dan jasmani.

Ada pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan aktiviti fizikal dan ada juga pelajar
yang cemerlang dalam sukan dan permainan tetapi memperoleh keputusan yang sederhana
dalam peperiksaan awam.
Seterusnya ialah perbezaan sosial. Menurut Guilford (1959), beliau menerangkan
perbezaan sosial adalah mengikut ciri-ciri semulajadi iaitu trait yang akan tentukan sama
ada individu itu pemalu, pendiam, mengasingkan diri, gugup, gelisah dan impulsif.
Perbezaan sosial yang wujud juga adalah dipengaruhi oleh kelas sosial, latar belakang
budaya serta status ekonomi. Kelas sosial ekonomi yang rendah biasanya mempunyai
kadar kematian dan penyakit berbanding kelas pertengahan dan atasan. Pelajar yang
mengalami ketidak seimbangan zat makanan akan mengalami keupayaan yang rendah di
dalam kelas berbanding pelajar yang sihat dan mendapat keperluan asas yang cukup.
Pelajar yang berasal dari keluarga bersosioekonomi rendah mempunyai kualiti dan
kemahiran bahasa yang rendah berbanding dengan pelajar yang berasal dari keluarga
bersosiekonomi tinggi. Dapat dirumuskan bahawa, semakin tinggi tahap pendidikan
seseorang, semakin tinggi status sosioekonominya. Sistem kepercayaan dan budaya
pelajar juga berlainan seperti kaum Melayu, Cina, India dan etnik yang lain. Perbezaan ini
merangkumi perayaan, sistem kepercayaan, makanan dan pemakaian murid-murid.
Perbezaan emosi juga merupakan salah satu daripada jenis-jenis perbezaan
individu. Setiap pelajar mempunyai struktur emosi yang menjadi sebahagian
personalitinya. Contohnya, pelajar yang seronok akan menunjukkan emosi yang gembira,
kasih sayang, bermotivasi dan sebagainya. Manakala emosi yang tidak seronok akan
menjadikan pelajar itu menjauhi dari berkawan, takut, pendiam, membenci tanpa sebab,
cepat marah dan sebagainya. Faktor persekitaran, keluarga, masyarakat dan rakan sebaya
yang mempengaruhi emosi pelajar tidak stabil. Ia mewujudkan perasaan cemburu, rasa
disingkirkan dan tidak dihargai. Perkara ini menjadi punca kegagalan atau pencapaian
yang rendah serta tidak memuasakn di dalam pelajaran. Perasaan yang negatif ini juga
menimbulkan konflik emosi yang serius kepada diri pelajar dan seterusnya sukar memberi
tumpuan kepada pelajaran. Terdapat tiga komponen-komponen emosi iaitu perubahan
fisiologi, tingkah laku dan kesedaran kognitif. Contoh bagi perubahan fisiologi ialah
apabila individu berhadapan dengan anjing garang, jantungnya berdegup lagu. Bagi
tingkah laku ialah apabila seekor harimau muncul dihadapanya, beliau akan bertempiaran
lari. Manakala contoh bagi kesedaran kognitif ialah apabila seseorang gementar kerana
berbohong, pertuturan mereka tersekat dan tidak lancar.

Perbezaan yang terakhir ialah perbezaan moral dimana ia berkenaan dengan


pengajaran perkara yang baik dan buruk mengikut standard yang telah ditetapkan.
Personaliti diri mereka melambangkan ciri-ciri keperibadian seseorang (gaya bercakap,
tingkahlaku, gaya berfikir dan gaya bertindak. Sebagai contoh pelajar yang mengalami
situasi kekeliruan akan mengalami kesukaran untuk menyelesaikan masalah. Nilai moral
pelajar yang rendah menyebabkan mereka tidak dapat membezakan dengan jelas perkara
yang baik dan buruk. Persekitaran dan mayarakat di sekeliling mereka menyumbangkan
kepada faktor moral mereka. Perbezaan moral dan personaliti mereka juga dapat
dibahagikan kepada ekstrovert, introvert dan ambivert. Pelajar yang dididik di kalangan
keluarga yang berstatus ekonomi tinggi selalunya bersifat ekstrovert. Mereka
menunjukkan minat yang tinggi terhadap sesuatu perkara, suka mengambil bahagian dan
sering berfikiran terbuka. Pelajar yang dididik di kalangan keluarga yang berstatus
ekonomi rendah selalunya bersifat introvert. Mereka mementingkan dunia mereka sendiri,
kurang bergaul dengan rakan sebaya dan sukar untuk mengemukakan pendapat. Moral
yang diterapkan oleh ibu bapa kepada para pelajar perlu diambil kira dalam mengenalpasti
perbezaan.
Kesimpulannya, setiap murid adalah unik dan mempunyai pelbagai kebolehan
yang berbeza. Perbezaan individu ini berkait rapat dengan faktor fizikal, mental, sosial,
emosi dan moral seseorang. Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, strategi
dan pendekatan yang sesuai perlu diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran.

2. Apakah sumbangan guru dalam membangunkan motivasi pelajar

Motivasi memainkan peranan yang penting dalam bidang pendidikan. Para pelajar
memerlukan motivasi untuk menggerakkan diri bagi mencapai kejayaan yang cemerlang.
Pelajar yang bermotivasi akan mempunyai minat untuk belajar bagi mencapai apa yang
mereka inginkan dan harapkan. Bagi meningkatkan motivasi di kalangan pelajar, guru dan
ibu bapa memainkan peranan penting dan menjadi role model kepada para pelajar.
Sebagai seorang guru, banyak sumbangan yang telah diberikan untuk
meningkatkan motivasi pelajar. Di antara sumbangan-sumbangan guru ialah semasa
proses pengajaran dan pembelajaran berlaku di dalam bilik darjah, guru memastikan
semua pelajar mengambil bahagian dan memberi peluang untuk mereka berkongsi apa
yang mereka ketahui mengenai sesuatu topik itu. Pada permulaan kelas bermula guru
sering kali menjelaskan kepada pelajar betapa pentingnya pelajaran kepada mereka dan
mengapa mereka harus belajar dengan bersungguh-sungguh. Guru juga menerangkan
kenapa pentingnya ilmu pengetahuan bagi masa hadapan seseorang. Makin jelas tujuan
yang diberi, makin besar motivasi dalam belajar. Pembinaan satu set matlamat belajar
untuk pelajar juga merupakan salah satu usaha guru. Setiap pelajar mestilah mempunyai
matlamat bagi setiap mata pelajaran yang diambil. Dengan cara ini, guru dapat mengikuti
perkembangan pelajar dan memastikan setiap pelajar mencapai matlamat mereka.
Setiap kejayaan individu yang menunjukkan kemampuan mereka dalam pelajaran
dihargai dan diiktiraf oleh guru. Dengan melaksanakan perkara sebegini, ia dapat
meningkatkan semangat pelajar untuk lebih beragiat aktif dalam prestasi, dan bagi siswa
yang belum menunjukkan prestasi akan termotivasi untuk mengejarnya. Hadiah dan
pengiktirafan yang diberi tidak besar dan mahal, namun sekadar menimbulkan rasa
gembira pada diri pelajar, kerana mereka dihargai. Selain hadiah, guru juga akan sering
memberi pujian kepada para pelajarnya. Ganjaran dan pujian yang diberikan bukan sahaja
terhadap pencapaian yang diperolehi tetapi juga terhadap usaha yang telah diberikan para
pelajar. Ganjaran luaran yang berkesan mampu menjana motivasi dalaman pelajar.
Persaingan di antar pelajar juga dapat dikurangkan dalam meningkatkan motivasi bagi
mencapai prestasi akademik.
Selain itu, mengambil berat terhadap pelajar merupakan salah satu sumbangan
guru juga. Seandainya ada pelajar yang mengalami masalah, guru akan berjumpa dengan
pelajar tersebut secara peribadi dan bersemuka untuk membantu pelajar. Cara ini dapat
mewujudkan kemesraan di antara guru dan para pelajar. Pelajar akan memberi tindak
balas yang positif kepada guru yang mengambil berat tentang diri dan masalah mereka.
Oleh itu, memahami adalah lebih baik dari menghukum. Guru juga sentiasa memberikan

kata-kata perangsang kepada pelajar-pelajarnya. Kata perangsang ini sering diulang-ulang


oleh guru supaya ia akan lazim di dalam pemikiran pelajar. Guru yang cemerlang adalah
guru yang sentiasa menerima pelajar seadanya dan seringkali menjangkakan kejayaan
untuk setiap pelajarnya. Perlu difahami bahawa mengajar sahaja tidak cukup, guru juga
perlu sentiasa mempengaruhi pelajarnya dari segi budaya, pemikiran dan tingkah laku.
Seterusnya, guru juga membuat sumbangan dengan cara mempelbagaikan kaedah
pengajaran yang bersesuaian dengan tahap pencapaian pelajar. Guru sentiasa peka
terhadap suasana atau iklim sekolah dan benar-benar memahami bagaimana iklim sosial
mempengaruhi nilai-nilai yang dipegang para pelajar. Dalam zaman ICT ini, guru bukan
sahaja menguasai ilmu pengetahuan dalam bidang majornya tetapi juga menguasai ilmu
ICT untuk mewujudkan suasana yang kondusif dalam pengajaran dan pembelajaran.
Dalam situasi ini, pelajar lebih berminat dan beria untuk mengikuti pelajaran. Penerangan
dalam bentuk visual juga diberikan oleh guru agar pelajar lebih memahami dan
mengingati dengan lebih berkesan. Gambaran yang jelas tentang topik yang dipelajari
mendorong minat mereka untuk belajar sekaligus meningkatkan motivasi seseorang
pelajar. Di dalam kelas, guru sentiasa berperanan dalam menerapkan nilai kerjasama dan
toleransi di kalangan pelajar. Guru juga selalau bertungkus lumus tanpa mengenal erti
penat lelah mendidik anak bangsa.
Akhir sekali, antara sumbangan guru ialah guru sentiasa menggunakan pelbagai
emosi bagi merangsang pembelajaran dan motivasi para pelajar. Kekuatan memori ada
perkaitan dengan tahap emosi yang membentuk pengalaman seseorang. Guru tidak malu
untuk mempelbagaikan watak, gaya dan pendekatan diri untuk menarik minat pelajar agar
mereka tidak bosan. Guru juga sentiasa mengajarkan teknik dan strategi bagi
pembelajaran yang berkesan, menguruskan masa dan sebagainya sebagai peningkatan
motivasi pelajar. Selain itu, guru menjadi contoh kepada pelajarnya supaya rangsangan
berlaku dalam diri pelajar sewaktu aktiviti berkumpulan, penyelesaian masalah, outdoor
dan perbincangan berjalan. Penglibatan aktif pelajar dalam pembelajaran adalah salah satu
kunci bagi motivasi diri. Kesimpulannya, guru banyak memberikan sumbangan dalam
meningkatkan motivasi dalam diri pelajar dari peringkat rendah hingga ke peringkat yang
tinggi.
3. Huraikan faktor sekolah dalam membantu melahirkan atau mengembangkan
pelajar cemerlang.

Sekolah mempunyai ciri-ciri dan corak organisasi yang tersendiri. Faktor sekolah
merupakan salah satu faktor dalam membantu melahirkan atau membangunkan pelajar
yang cemerlang. Ia dapat dibahagikan kepada 5 aspek iaitu dari segi pentadbiran sekolah,
budaya sekolah, ko-kurikulm sekolah, prasarana sekolah dan guru sekolah.
Pentadbiran sekolah selalunya diketuai oleh guru besar. Sekolah yang berkesan
dapat dilihat berdasarkan kepada kepimpinan yang mampu bertindak sebagai pemimpin
pengajaran dan pembelajaran berkesan tetapi harus juga mampu kepada membawa
perubahan. Di dalam sekolah, banyak cara dilakukan untuk membentuk sifat kepimpinan
di kalangan murid secara latihan formal dan latihan tidak formal. Latihan formal ialah
latihan yang diperolehi dari kursus, seminar dan bengkel yang dianjurkan oleh pihak
sekolah. Latihan tidak formal pula boleh didapati dari pengalaman aktiviti atau kerja
harian bagi meningkatkan potensi kepimpinan seorang pelajar. Pelaksanaan program
kepimpinan seperti kem persatuan, kem badan beruniform, seminar mahupun kursus dapat
mencungkil bakat kepimpinan pelajar sekaligus dapat meningkatkan prestasi pelajar
cemerlang dalam semua bidang.
Budaya sekolah mempunyai pengaruh yang kuat terhadap kemajuan akademik,
sosial dan personal yang dicapai oleh individu di sekolah. Budaya sekolah dapat
dibahagikan kepada tiga aspek iaitu fizikal, sosial dan penggunaan bahasa. Dari segi
fizikal, kebersihan dan keselamatan di dalam sekolah amat dititik beratkan. Bangunan dan
kawasan sekolah yang bersih dan indah memberikan keselesaan kepada para pelajar.
Apabila pelajar selesa, proses pengajaran dan pembelajaran juga akan meningkat. Dari
segi aspek sosial pula, penerapan pelbagai nilai murni dipupuk di kalangan pelajar.
Contohnya, guru menerangkan kebaikan dan kepentingan mengamalkan nilai murni
tersebut. Dari aspek penggunaan bahasa pula, bahasa asas di ajar agar pelajar dapat
bertutur dan menulis dengan lancar. Budaya membaca dapat membentuk kemahiran
membaca, meulis dan mengira. Dengan mengamalakan amalan ini, pelajar akan sering
berusaha untuk memperoleh dan mengembang ilmu pengetahuan mereka.
Seterusnya adalah aspek ko-kurikulum sekolah. Ia merupakan satu program
pendidikan yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, nilai dan unsur
kepercayaan bagi membantu perkembangan pelajar dari segi jasmani, rohani, emosi dan
mental. Di dalam kokurikulum ini juga, pelbagai aktiviti yang mencabar dilaksana seperti
berkhemah di hutan, berkayak dan bersukan. Penglibatan pelajar dalam ko-kurikulum
dapat memupuk perkembangan diri pelajar, mengembangkan bakat dan potensi pelajar,
meningkatkan kemahiran asas pelajar dalam bidang yang dipilih dan membantu dalam

proses menjadikan pelajar cemerlang yang berilmu, berpengalaman, berkemahiran asas,


berkebolehan memipin dan mengurus. Selain daripada mempertingkatkan lagi keupayaan
pelajar ke arah kecemerlangan, ia juga dapat meningkatkan disiplin pelajar melalui
penyemaian dan pemupukan nilai dan sikap positif.
Selain itu, aspek lain yang membantu dalam perkembangan pelajar cemerlang
adalah aspek prasarana sekolah. Bagi mewujudkan sekolah yang mempunyai persekitaran
yang selesa di luar bilik darjah, sesebuah sekolah perlu ada prasarana yang lengkap dan
landskap yang baik, selamat dan berfungsi. Pembangunan landskap ini dapat
mengimbangi pengudaraan alam sekitar melalui proses-proses seperti fotosintesis dan
pengoksidaan yang dapat memberikan udara segar kepada pelajar. Implikasinya ia bukan
sahaja dapat memenuhi keperluan para pelajar malah memperlihatkan keharmonian
sekolah tersebut secara tidak langsung ia dapat meningkatkan kualiti pembelajaran serta
pencapaian akademik pelajar. Kemudahan prasaran yang disediakan perlu kerap
diubahsuai dan dinaik taraf sesuai dengan keadaan masa kini. Perubahan iklim sekolah
yang kondusif melahirkan pelajar yang cintakan ilmu. Selain itu, apabila kawasan
persekitaran sekolah cantik dan ceria, pelajar tidak akan jemu untuk hadir ke sekolah.
Akhir sekali ialah aspek guru sekolah. Perkhidmatan seorang guru adalah amat
penting untuk mendidik generasi muda. Guru sering kali mengutamakan kebajikan dan
keselamatan seluruh pelajarnya. Hubungan yang mesra dan erat di antara guru dan pelajar
merupakan penyumbang kepada sikap diri pelajar. Pendedahan ilmu pengetahuan melalui
buku atau rujukan oleh guru dapat menarik minat para pelajar untuk belajar sekaligus
dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang. Pihak sekolah melalui Persatuan Ibu
Bapa dan Guru (PIBG) menubuhkan sebuah jawatan kuasa menangani gejala disiplin
murid peringkat sekolah. Peranan guru dan pembimbing juga amat penting dalam
menjalankan bimbingan dan kaunseling dengan murid-murid yang mempunyai masalah
disiplin. Disipilin yang baik akan mendatangkan faedah seperti pengajaran dan
pembelajaran dapat dijalankan dengan licin, keberkesanan pengajaran dapat ditingkatkan,
murid menjadi lebih produktif dan terhasilnya peljar-pelajar yang cemerlang.
Kesimpulannya, faktor sekolah merupakan salah satu faktor yang amat penting
dalam melahirkan dan mengembangkan pelajar cemerlang. Falsafah Pendidikan
Kebangsaan amat penting untuk dijadikan garis panduan dan rujukan.
2.0

RUJUKAN

i.

Shahabuddin Hashim, Mahani Razali & Ramlah Jantan (2003). PSIKOLOGI


PENDIDIKAN - Bab 7 Perbezaan Individu. Kuala Lumpur : PTS Professional

ii.

Publishing Sdn. Bhd. (Muka surat 115-130).


Yeo Kee Jiar, Hamdan Said & Azlina Mohd Kosnin (2008). PERBEZAAN INDIVIDU
MENURUT TEORI DAN AMALI - Perbezaan Individu. Johor : Universiti Teknologi

iii.

Malaysia (UTM). (Muka surat 1-17).


Khadijah Rohani & Nazariah Samad (2007). BIMBINGAN & PENASIHATAN
Keperluan Memahami Perbezaan Individu. Perak : Universiti Pendidikan Sultan Idris

iv.

(UPSI). (Muka surat 147-150)


Sufean, Shahril, Ahmad Zabidi, Habib & Alina (2015). PENTADBIRAN DALAM
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN - Peranan Ibu Bapa dan Guru dalam Membantu
Pelajar-Pelajar yang Tidak Bermotivasi. Pahang : PTS Professional Publishing Sdn.

v.

Bhd. (Muka surat 259)


Khadijah Rohani & Nazariah Samad (2007). BIMBINGAN & PENASIHATAN
Peranan Guru Sebagai Pembimbing dan Penasihat. Perak : Universiti Pendidikan

vi.

Sultan Idris (UPSI). (Muka surat 166-169)


Khadijah Rohani & Nazariah Samad (2007). BIMBINGAN & PENASIHATAN
Budaya di Sekolah. Perak : Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). (Muka surat

vii.

166-169)
Fazli Hasan, Suhaida Abdul Kadir & Soaib Asimiran (2013). Hubungan Persekitaran
Sekolah dengan Penglibatan Pelajar dalam Aktivti Kokurikulum di Sekolah

viii.

Menengah. Jurnal Pendidikan Malaysia 38(2) (2013) : 1-9


Mohd Khairi & Asmawati Suhid (2010). Peranan Sekolah dan Guru dalam
Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan Nilai Murni : Satu Sorotan.
MALIM-SEA Journal of General Studies 11.

You might also like