Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 29

GMGA 3023

Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

ISI KANDUNGAN

MS

PENGENALAN

KEPIMPINAN TUN ABDUL RAZAK

CABARAN DEMOKRASI TUN ABDUL RAZAK

10

ANALISIS DASAR YANG DILAKSANAKAN OLEH TUN ABDUL RAZAK18

Dasar Ekonomi Baru Tun Abdul Razak

Latar Belakang DEB

Rasional DEB

Objektif DEB

Strategi Perlaksaaan DEB

Kejayaan Dan Kelemahan DEB

Cadangan

KESIMPULAN

28

RUJUKAN

29

GMGA 3023
Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

Y.A.B TUN ABDUL RAZAK BIN DATO' HUSSEIN (1970-1976)


Pengenalan
Tun Abdul Razak Bin Datuk Hussein dilahirkan pada 11 Mac, 1922 di Pulau Keladi,
Pekan, Pahang. Beliau dibesarkan oleh datuknya di Kampung Jambu, Langgar, Pekan, dalam
suasana kampung yang penuh disiplin. Di sekolah Melayu kampung inilah Abdul Razak
mendapat pendidikan awal. Beliau terpaksa berulang alik sejauh empat batu dengan berjalan kaki
dari rumah ke sekolah. Semasa dari sekolah rendah lagi Tun Abdul Razak telah menunjukkan
kemampuan yang cemerlang dalam bidang pelajaran. Setiap tahun beliau dapat menggondol
hadiah-hadiah dalam kelas.
Sewajarnya beliau dihantar ke Maktab Melayu Kuala Kangsar dan kemudiannya ke
Raftles College Singapura untuk melanjutkan pelajarannya. Semasa di Maktab Melayu dan
Raffles College itu, beliau aktif di dalam persatuan dan aktiviti sukan. Kecekapannya terbukti
lagi apabila beliau berjaya menamatkan pengajian undang-undang di Lincoln's Inn, London
hanya dalam tempoh lapan belas bulan.
Semasa di London, Tun Abdul Razak tidak mensia-siakan peluang yang diberikan
kepadanya. Beliau menggunakan masa yang ada untuk mendalami bidang politik dan memupuk
konsep hidup dengan pemikiran yang luas. Aktif dalam kegiatan-kegiatan pelajar, beliau
kemudiannya menubuhkan Malayan Forum yang dipengaruhi oieh Parti Buruh British untuk
memberi kesedaran politik kepada anak-anak Persekutuan Tanah Melayu. Beliau juga
menganggotai Persatuan Fabian dan Malayan Student's Union.

GMGA 3023
Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

Beliau terpaksa kembali ke tanahair dan memberhentikan pelajaran lanjutannya kerana


kematian ayahnya pada bulan April 1950. Sekembalinya ke tanahair, beliau berkhidmat dengan
Kerajaan Negeri Pahang sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan dan dua tahun kemudian beliau
dilantik menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. Kejayaan beliau dalam perkhidmatan
awam ini selari dengan penglibatan beliau dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Empat
bulan selepas menganggotai UMNO, beliau dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO. Ini diikuti
pula dengan perlantikannya sebagai Ahli Tidak Rasmi Majlis Undangan Persekutuan pada Ihb.
Februari, 1951. Dalam tahun 1951 apabila Tunku Abdul Rahman menjadi Yang Dipertua UMNO
beliau yang berumur 29 tahun dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua Dari sini bermulalah satu
percantuman tenaga yang bersejarah dan begitu gigih dalam perjuangan mencapai kemerdekaan
dan seterusnya membina sebuah negara yang maju. Tun Abdul Razak juga menjawat jawatan
Pemangku Menteri Besar Pahang selama beberapa bulan pada tahun 1955.
Sebagai orang nombor dua kepada Tunku, beliau turut membuat draf-draf untuk
dimuatkan dalam Perlembagaan Tanah Melayu dan menyertai rombongan menuntut
Kemerdekaan ke London pada tahun 1956. Setelah Kemerdekaan dicapai waktu umur Tun 35
tahun bermulalah perkhidmatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri yang menjangkau lebih
13 tahun.
Dalam tempoh ini beliau telah memegang beberapa portfolio, termasuk Kementerian
Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Halehwal
Dalam Negeri. Sebagai Menteri Pelajaran yang pertama, beliau telah melahirkan Penyata Razak
1956 bertujuan menyatupadukan rakyat berbagai kaum. Dasar Pelajaran Kebangsaan yang
berasaskan Penyata ini adalah mendukung bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Dengan
menggunakan perantaraan Bahasa Kebangsaan dan kandungan pelajaran yang sama di semua
3

GMGA 3023
Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

sekolah, semangat perpaduan dan kerjasama di kalangan murid-murid dari berbagai kaum dapat
disemai. Semangat dasar pelajaran inilah yang menjadi asas mewujudkan generasi muda yang
sihat dan berpelajaran sebagai sumber tenaga pembangunan.
Kepimpinan Tun Abdul Razak
Berbekalkan sebuah basikal dan tanpa mengira panas serta mendung, Perdana Menteri
kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein mengorak langkah menyelami kehidupan
penduduk luar bandar. Sedikit pun beliau tidak rasa kekok mahupun malu untuk mengayuh
basikal melintasi kawasan sawah padi, pertanian dan perumahan orang kampung.Malah,
dijadikan pula sebagai alternatif bagi anak sulung kepada Orang Kaya Indera Shahbandar Datuk
Hussein Mohd. Taib dan Teh Fatimah Daud ini untuk mendekati rakyat.
Biarpun dilahirkan dalam keluarga bangsawan kerana bapanya adalah seorang daripada
empat orang besar Diraja Pahang yang mempunyai hubungan erat dengan Istana Pahang, namun
apa yang pasti tiada jurang atau unsur elitisme dalam keperibadian Tun Abdul Razak. Justeru,
tidak menghairankan apabila beliau yang juga digelar sebagai Bapa Pembangunan amat terkenal
dengan sikap kesederhanaan biarpun telah menceburi bidang politik sehingga menggalas
tanggungjawab sebagai Perdana Menteri.
Keperibadian sederhananya itu turut terserlah apabila beliau sanggup menginap di hotel
murah serta tidak akan menukar sesuatu perabot di kediaman rasminya, Sri Taman sekiranya
masih boleh digunakan lagi. Begitulah uniknya sikap Tun Abdul Razak yang tidak ada pada
pemimpin lain ketika itu dan ini diakui sendiri Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Sejarah, Politik
dan Strategi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
Abdul Ghapa Harun.

GMGA 3023
Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

"Pengalaman sosialisasi beliau membesar di kampung selama 10 hingga 12 tahun membentuk


sifat kesederhanaan dalam dirinya," kata Abdul Ghapa.
Dibesarkan di sebuah kawasan perkampungan kecil, Pulau Keladi, Pekan, bersama-sama
anak penduduk kampung, akhirnya membentuk sahsiah 'kesederhanaan' yang kuat dalam diri
beliau. Malah, status 'anak bangsawan' tidak menghalang beliau bermain dan berkawan dengan
anak miskin kampung. Apatah lagi, asas persekolahan Tun Abdul Razak bukanlah digilap di
sebuah sekolah berstatus elit, tetapi hanya di Kampung Jambu Langgar yang agak jauh dari
rumah datuknya sehingga terpaksa menapak sejauh empat kilometer setiap hari.
Melihat kesengsaraan dan kesempitan hidup rakan-rakannya, menyebabkan beliau turut
sama tidak memakai kasut dan hanya berkaki ayam ke sekolah seperti mereka kerana tidak mahu
adanya perbezaan miskin atau kaya.
"Percakapan, pakaian, pergaulan, pergi mengaji al-Quran dan bermain sawah, langsung tiada
perbezaan dengan rakan-rakan sebayanya. Walaupun selepas Tun melanjutkan pelajaran ke
MCKK (Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak), Raffles College, Singapura sekejap sahaja
kerana Perang Dunia Kedua kemudian England, sikap kesederhanaannya masih utuh dan tidak
berubah biarpun sudah bergaul dengan golongan elit. "Jadi apabila Tun menjawat jawatan
sebagai Pegawai Tadbir dan kemudian terbabit dalam politik, beliau tidak berasa kekok dan
boleh makan sekali serta bergaul dengan orang kampung. Pengalaman Tun ini berbeza dengan
pemimpin lain kerana kebanyakan pemimpin ketika itu yang asal daripada golongan elit atau
bangsawan membesar dengan ibu bapa, jadi unsur elitisme itu sudah ada. "Berbanding dengan
Tun yang membesar di kampung, elemen dan sikap elitisme tidak tumbuh bersama-sama dalam
keperibadian beliau," katanya.

GMGA 3023
Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

Pengalaman membesar di kampung, bukan sahaja membentuk sifat kesederhanaan dalam


diri beliau, malah mewujudkan sikap prihatin tatkala melihat kesukaran dan kesempitan hidup
masyarakat kampung terutama orang Melayu. Tidak sekadar memandang atau merenung tanpa
melakukan apa-apa, Abdul Ghapa berkata, pengalaman itu akhirnya mendorong Tun Abdul
Razak komited mengubah kehidupan masyarakat luar bandar sekali gus bermatlamat
memodenkan serta meningkatkan pendapatan mereka.
"Untuk membolehkan masyarakat luar bandar terbabit secara aktif dalam ekonomi moden,
mereka mestilah dihubungkan dengan orang bandar melalui pembangunan infrastruktur. Bagi
merealisasikan perkara ini, pemikiran orang kampung mesti diubah sehingga terbinanya
'scientific frame of mind'. Menurut Tun, kalau pemikiran orang kampung tidak diubah, apa pun
program yang kerajaan laksanakan tidak akan berjaya. "Semasa tahun 60-an bukan sahaja
banyak projek pembangunan tetapi juga program berbentuk pentingnya kesedaran mengubah
sikap telah digiatkan untuk mengubah cara-cara mereka berfikir. Menurut Tun Razak, usaha
mengintegrasikan sains ke dalam kebudayaan kita semestinya menjadi tugas dan
tanggungjawab baru bagi orang Melayu," katanya.
Ini kerana Tun Abdul Razak berpendapat hanya menerusi pengintegrasian sains, orang
Melayu dapat berubah menjadi 'a new kind of economic man' dan mampu menyusun kegiatan
ekonomi mereka secara besar-besaran dan berkesan. Kesungguhan dan keprihatinan Tun Abdul
Razak membantu masyarakat kampung menjana pendapatan lebih baik dapat dilihat sebaik
sahaja beliau menggalas jawatan sebagai Menteri Pelajaran dalam barisan kabinet pertama, yang
ketika itu Perdana Menteri adalah Tunku Abdul Rahman Putra.
Menurut Abdul Ghapa, MCKK yang diketahui umum ketika itu sebagai sebuah platform
pengajian untuk golongan bangsawan dan elit, telah direformasikan oleh Tun Abdul Razak
6

GMGA 3023
Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

dengan membuka lembaran pintunya kepada orang Melayu bukan dari golongan tersebut untuk
mendapat pendidikan di situ bagi mengubah kehidupan mereka. Perjuangan beliau mengubah
nasib masyarakat kampung semakin dekat apabila memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana
Menteri merangkap Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar dan seterusnya Perdana
Menteri kedua pada tahun 1970.
Sikap kesederhanaan Tun Abdul Razak semasa pentadbirannya dari tahun 1970 sehingga
1976, tidak hanya tertumpu membantu masyarakat orang Melayu luar bandar, malah turut
merangkumi pelbagai kaum.Ini merujuk kepada segala keputusan dasar yang dibuat, beliau turut
menekankan kepentingan kaum lain sehingga digelar sebagai 'Symphatetic Father of Nation'
dalam sebuah majalah, 'Asia Yearbook' pada tahun 1974.
"Walaupun beliau membesar di kampung, Tun bukan ekstremis Melayu. Pendidikan di MCKK,
luar negara, mempengaruhinya dalam membuat keputusan supaya tidak mementingkan sebelah
pihak sahaja."Beliau juga bukanlah seorang pemimpin yang suka dominate. Ini kerana, beliau
amat terkenal dengan kesediaan mendengar pelbagai pandangan daripada semua pihak dan ini
dapat dilihat ketika memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB). "Ketika itu, sarjana ekonomi
daripada pelbagai aliran pemikiran telah dipanggil memberikan pandangan dan beliau
membuat keputusan berdasarkan mana lebih praktikal."Semasa membuat keputusan, beliau
menekankan matlamat DEB bukan sahaja membantu orang Melayu memperoleh peluang dalam
pembangunan ekonomi tetapi juga memastikan kepentingan kaum bukan Melayu juga turut
dilindungi dan ini menyebabkan pemimpin bukan Melayu boleh rapat dengan beliau," katanya.
Kesederhanaan Tun Abdul Razak bukan setakat dalam skop negara sahaja, malah
merangkumi jalinan hubungan diplomatik dengan negara luar. Tanpa mengira berlainan ideologi,
Perdana Menteri kedua menerusi sikap pragmatiknya melihat faedah, sumbangan mahupun hasil
7

GMGA 3023
Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

yang boleh diperoleh daripada hubungan diplomatik terjalin khususnya dari sudut ekonomi
negara untuk dimanfaatkan kepada masyarakat. Abdul Ghapa berkata, kesederhanaan Tun Abdul
Razak menjalinkan hubungan diplomatik, akhirnya mengeratkan hubungan dengan negara
komunis di Eropah Timur, Soviet Union dan kemuncaknya dengan China pada tahun 1974
selepas beliau mengadakan lawatan ke China dan disambut mesra oleh Perdana Menteri China,
Chou En-Lai.
"Sikap pragmatiknya membolehkan Malaysia mendapat manfaat daripada negara komunis dari
sudut perdagangan, sains teknologi serta menjamin kedaulatan negara. Ini kerana, China
memberi jaminan tidak akan mengganggu urusan dalam negara Malaysia khususnya berhubung
dengan kegiatan pengganas komunis. "Macam konfrontasi Indonesia yang berlaku ekoran
daripada penubuhan Malaysia pada 16 September 1963, sikap pragmatik beliau sedikit
sebanyak telah membantu kepada usaha pembaikan hubungan persahabatan antara dua
negara," katanya.
Biarpun negara selepas merdeka mewarisi sebuah jentera pentadbiran yang mantap dan
ekonomi memberangsangkan daripada penjajah, namun terdapat dua masalah ketara iaitu agihan
kekayaan tidak sama dan kelemahan kerajaan membina satu identiti kebangsaan di kalangan
rakyat sehingga berlakunya peristiwa hitam, tragedi 13 Mei. Ia ditambah menerusi pilihan raya
yang diadakan pada 10 Mei 1969 di mana telah memberi satu tamparan kepada rakyat Malaysia
khususnya masyarakat Cina apabila MCA yang adalah anggota parti Perikatan kalah teruk dan
UMNO meletakkan punca kekalahan Perikatan kepada MCA. Bertitik tolak dari situ, ada
desakan daripada UMNO supaya menubuhkan kerajaan Melayu sahaja.
"Perikatan hilang sokongan. Orang Melayu makin ramai tidak menyokong, begitu juga dengan
sokongan terhadap parti bukan Melayu, kerajaan hilang majoriti dua pertiga. Biarpun begitu,
8

GMGA 3023
Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

Tun tidak tunduk kepada desakan menubuhkan kerajaan Melayu sahaja dan ini sudah dilihat
kesederhanaan beliau menjaga hubungan antara kaum. "Proses memulihkan sokongan rakyat
serta menjadikan Malaysia sebuah negara stabil telah bermula ketika beliau memegang jawatan
sebagai pengarah Mageran (Majlis Gerakan Negara) yang ditubuhkan untuk memulihara
keamanan selepas tragedi 13 Mei. Kemudian usaha menarik sokongan dilakukan secara
berterusan sehinggalah beliau menjawat jawatan Perdana Menteri dan telah cuba
menggabungkan parti politik pembangkang dengan Perikatan. "Apabila dapat menggabungkan
beberapa parti politik ketika itu, beliau menukarkan nama Perikatan kepada Barisan Nasional
untuk mewujudkan kerajaan kuat dan stabil," katanya.
Menurut Abdul Ghapa, Perdana Menteri kedua itu percaya bahawa pembangunan
ekonomi dan kestabilan politik di Malaysia hanya dapat diwujudkan melalui sebuah kerajaan
yang kuat. Bagi memastikan agihan kekayaan dapat diseimbangkan semua kaum, Tun Abdul
Razak berpendapat sudah tiba masanya campur tangan kerajaan diperlukan dalam menangani
permasalahan tersebut.
"Sebelum tahun 1969, kerajaan tidak banyak campur tangan dalam ekonomi dan ketika itu
golongan swasta memainkan peranan utama dalam ekonomi negara. Mereka hanya melihat
keuntungan dan tidak memberikan perhatian kepada soal pengagihan kekayaan secara adil.
"Atas sebab itu, beliau memperkenalkan DEB yang melibatkan penyertaan kerajaan bagi
memastikan proses agihan kekayaan secara lebih adil berlaku. Lebih penting lagi, campur
tangan kerajaan akan memberi peluang kepada bumiputera dan kaum lain dari sudut
meningkatkan penguasaan ekonomi," katanya.
Berkaitan masalah kedua, membina identiti kebangsaan, Abdul Ghapa berkata Tun Abdul
Razak telah mengambil langkah tegas menterjemahkan peruntukan dalam perlembagaan ke
9

GMGA 3023
Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

dalam dasar-dasar yang bersifat kebangsaan seperti membentuk dasar budaya kebangsaan, rukun
negara dan dasar pendidikan sebagai teras kepada identiti kebangsaan Malaysia. Melalui langkah
itu, Tun Abdul Razak telah membina satu 'baseline' yang jelas dari sudut identiti negara yang
terasnya adalah Melayu, seperti mana dimaktubkan dalam perlembagaan.
'Marker of identity' yang sudah ada dalam beberapa fasa Perlembagaan Negara seperti
kedudukan Bahasa Melayu, kedudukan orang Melayu dan Raja-raja Melayu telah dimanfaatkan
sepenuhnya sebagai unsur penyatu kepada perpaduan rakyat negara ini. "Tun Abdul Razak
menegaskan sebagai sebuah negara pelbagai kaum, Malaysia selepas tragedi hitam itu (13 Mei
1969) amat memerlukan dasar yang jelas dan tegas dalam soal identiti," katanya.
Cabaran Demokrasi Tun Abdul Razak
Konsep demokrasi Tun Abdul Razak berasaskan keseimbangan sosial dan ekonomi di
mana semua rakyat dapat memainkan peranan dalam kemajuan negara. Pembangunan negara
sangat besar ertinya sebab menurut beliau benteng terbesar pertahanan kedaulatan negara bukan
sahaja terletak pada pertahanan tetapi yang lebih penting ialah pembangunan. Gerakan
pembangunan luar bandar dipelopori oleh beliau dengan langkah pertama ialah merangka satu
dasar pembangunan yang meliputi setiap aspek keperluan negara. Ini dikenali sebagai "Buku
Merah" yang dilengkapi dengan "Bilik Gerakan" yang mencatitkan butir-butir rancangan setiap
daerah termasuk segala kemajuan dan kegagalan rancangan-rancangan tersebut. Tun telah
berusaha dengan gigihnya untuk menjamin supaya pendapatan petani-petani setimpal dengan
usaha-usaha mereka. Beliau telah membentuk berbagai agensi Kerajaan untuk mencapai
matlamat ini, dan yang paling berkesan ialah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan dan
Negeri-Negeri. Kemajuan yang berlipat ganda jelas dari jumlah tanah yang dibuka, jenis-jenis

10

GMGA 3023
Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

tanaman yang diusahakan, bilangan murid-murid yang disekolahkan, berbagai perusahaan dan
kemudahan-kemudahan bantuan kewangan dan teknik yang disediakan.

Di waktu Tun jugalah melihat penyertaan orang-orang Melayu dan bumiputra secara
lebih pesat dalam perniagaan khasnya dengan penubuhan agensi-agensi seperti MARA,
PERNAS dan lain-lain hasil dari cadangan-cadangan oleh Kongres-Kongres Ekonomi Bumiputra
yang diadakan.
Pendek kata, segala bentuk pembangunan yang dirasakan oleh rakyat masa kini adalah
sebahagian besarnya atas daya usaha dan kemahuan tegas dari Tun Abdul Razak. Pembentukan
Malaysia pada tahun 1963 merupakan perkembangan politik yang bersejarah di Malaysia
walaupun ianya disambut dengan tentangan hebat oleh pihak-pihak yang tertentu. Ketokohan
Tun sebagai Menteri Pertahanan mendapat ujian. Akhirnya krisis dapat diselesaikan secara
damai. Memang wajarlah Tun dikenali bukan sahaja sebagai Bapa Pembangunan tetapi juga
sebagai Bapa Perdamaian.
14 Januari 1976 sejarah terukir apabila Malaysia kehilangan seorang tokoh negarawan
yang telah mengabadikan setiap denyut nadinya untuk mengisi dan memberi erti kepada
Kemerdekaan. Seluruh negara tersentak kerana mereka kehilangan seorang tokoh pejuang
bangsa yang dihormati dan disegani bukan sahaja kerana sumbangan dan jasa beliau terhadap
pembangunan negara tetapi juga seorang pemimpin dinamis yang sukar dicari ganti. Rakyat
dikejutkan dengan berita pemergian Perdana Menteri Malaysia Kedua, Tun Abdul Razak bin
Dato' Hussein kerana penyakit leukemia. Tun Abdul Razak dilantik menjadi Menteri Pelajaran
dalam Kabinet yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman dan juga sebagai Ketua Whip dalam
Majlis Undangan Persekutuan pada 9 Ogos 1955 berikutan kemenangan besar Parti Perikatan
11

GMGA 3023
Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

dalam pilihan raya tahun 1955. Kemenangan besar Perikatan adalah atas undi yang tidak
berasaskan perkauman, ramai calon bukan Melayu yang menang di kawasan Melayu.
Di sinilah kaliber kepimpinan Tun Abdul Razak semakin terserlah. Ketokohannya
sebagai nasionalis memberikan kekuatan dengan ketegasannya memperkenalkan beberapa
langkah berani dalam Penyata Razak untuk memenuhi harapan sebilangan besar rakyat bagi
membentuk bangsa merdeka beridentitikan Malaya. Pada masa ini kebanyakan sekolah Cina di
bandar-bandar besar telah disusupi oleh anasir komunis. Beliau mengambil tindakan dengan
menyekat penyusupan ini dengan menutup sementara sekolah yang tidak mengendahkan amaran
kerajaan. Bagi menjayakan tindakan tersebut, beliau telah membentuk sebuah jawatankuasa
untuk mengkaji dasar pelajaran yang ada dan membentuk. Dasar Pelajaran Kebangsaan yang
boleh diterima oleh seluruh rakyat persekutuan. Dasar ini juga perlu memenuhi hasrat
meningkatkan pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik sebagai suatu bangsa dengan
menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tanpa mengenepikan pertumbuhan
bahasa dan kebudayaan kaum yang lain.
Penyata Razak 1956 ini merupakan polisi yang agak radikal dalam usaha membawa
perubahan besar bagi sekolah-sekolah dengan matlamat utama untuk menyatupadukan rakyat.
Antara perkara utama yang terkandung di dalam Penyata ini adalah mewujudkan dua jenis
sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) yang berbahasa pengantar bahasa
Melayu dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) yang menggunakan Kuo-Yu, Tamil dan
Inggeris sebagai bahasa pengantarnya. Namun bahasa Melayu buat pertama kali diajarkan di
semua Sekolah Jenis Kebangsaan. Ini adalah proses untuk menjadikannya sebagai Bahasa
Kebangsaan. Penyata Razak juga mencadangkan satu sistem pendidikan menengah dengan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Dasar yang mendukung bahasa Melayu sebagai bahasa
12

GMGA 3023
Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

kebangsaan ini juga menetapkan kandungan pelajaran yang sama di semua peringkat sekolah
untuk menyemai semangat perpaduan dan kerjasama di kalangan murid-murid dari pelbagai
kaum. Semangat dasar pelajaran inilah yang menjadi asas mewujudkan generasi muda yang sihat
dan berpelajaran sebagai sumber tenaga untuk membangunkan negara.
Didorong bayangan kemunduran dan kemiskinin desa semasa kecil di bawah
pemerintahan British dan kekejaman Jepun dalam usia remajanya menjadikan usaha
memperbaiki kehidupan penduduk kampung menjadi agenda utama apabila menerajui
Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar. Penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah
Persekutuan atau Federal Land Development Authority (FELDA) merupakan idea cetusan Tun
Abdul Razak yang bertujuan untuk meningkatkan penggunaan tanah dengan lebih cekap dan
berkesan. Antara projek terawal yang dilaksanakan oleh FELDA ialah pembukaan rancangan
tanah Lembah Bilut (1957) yang meliputi kawasan seluas 22 batu persegi melibatkan
perbelanjaan sebanyak $2.5 juta. Melalui rancangan ini setiap peserta diberi tanah seluas tujuh
ekar bagi tanaman getah dan tiga ekar tanah dusun. Dari sebuah idea kecil, hari ini FELDA telah
menjadi sebuah organisasi raksasa dengan pembukaan lebih setengah juta hektar tanah dan lebih
daripada setengah juta orang mendapat manfaat dari FELDA.
Agenda pembangunan Tun Abdul Razak tidak pernah berhenti. Di bawah terajunya
orang-orang kampung di awal-awal tahun enam puluhan mula dapat menikmati sinaran lampu
elektrik menggantikan lampu minyak tanah, air perigi digantikan dengan air paip. Buta huruf di
kalangan orang dewasa dihapuskan dengan penubuhan kelas Pelajaran Dewasa. Menerusi kelas
ini, dalam masa 10 tahun dari tahun 1960 hingga 1970 lebih tiga juta orang dewasa yang buta
huruf di seluruh negara dapat dicelikkan. Di merata desa muncul pusat bidan dan klinik
kesihatan meningkatkan tahap kesihatan rakyat.
13

GMGA 3023
Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

Kemudahan infrastruktur digiatkan dengan pembukaan jalan-jalan baru bagi kemudahan


rakyat. Jalan raya persekutuan dan negeri serta jambatan-jambatan telah diperbaiki. Antaranya
ialah 26 jambatan di Sungai Kelang dan jalan raya Temerloh-Maran, Kuala Lumpur-Kuantan,
Ajil-Jerangau di Terengganu, jalan-jalan di Petaling Jaya, Pantai Timur, Kedah dan lain-lain jalan
Persekutuan dan kawasan tali air Sungai Perak.
Pelbagai gerakan telah dilancarkan seperti Gerakan Maju, Jayadiri dan Gerakan
Pembaharuan dengan tujuan untuk menukar paradigma dan cara hidup tradisi orang Melayu serta
menggalakkan mereka bergiat aktif menyertai rancangan pembangunan. Kempen Jayadiri
pertama kali telah dilancarkan di Tanjung Karang Selangor pada 16 Jun 1968. Gerakan Bumi
Hijau dilancarkan ketika negara menghadapi inflasi kewangan (stagflasi) untuk menggiat jentera
kerajaan melibatkan rakyat dalam rancangan penggunaan tanah, tanaman jangka pendek,
pekebunan kelompok, ternakan dan pemeliharaan ikan air tawar.
Tun Abdul Razak dengan tongkat yang tidak pernah lepas dari tangannya menemui
rakyat di seluruh ceruk rantau untuk memastikan pembangunan yang telah dirancang sampai
kepada mereka. Tanpa jemu dan mengenal erti lelah Tun Razak tidak pernah lari dari fokus
utamanya untuk membasmi kemiskinan, kejahilan dan meningkatkan taraf kesihatan terutamanya
di kalangan penduduk luar bandar. Semangat untuk mewujudkan asas ekonomi yang kukuh
kepada rakyat khususnya golongan petani bagi menjamin mereka menerima sepenuhnya hasil
dari tanah yang dikerjakan dan menikmati kemudahan kehidupan yang setanding dengan
masyarakat di bandar menjadi iltizam dan azam yang berterusan.
Didorong bayangan kemunduran dan kemiskinin desa semasa kecil di bawah
pemerintahan British dan kekejaman Jepun dalam usia remajanya menjadikan usaha
14

GMGA 3023
Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

memperbaiki kehidupan penduduk kampung menjadi agenda utama apabila menerajui


Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar. Penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah
Persekutuan atau Federal Land Development Authority (FELDA) merupakan idea cetusan Tun
Abdul Razak yang bertujuan untuk meningkatkan penggunaan tanah dengan lebih cekap dan
berkesan. Antara projek terawal yang dilaksanakan oleh FELDA ialah pembukaan rancangan
tanah Lembah Bilut (1957) yang meliputi kawasan seluas 22 batu persegi melibatkan
perbelanjaan sebanyak $2.5 juta. Melalui rancangan ini setiap peserta diberi tanah seluas tujuh
ekar bagi tanaman getah dan tiga ekar tanah dusun. Dari sebuah idea kecil, hari ini FELDA telah
menjadi sebuah organisasi raksasa dengan pembukaan lebih setengah juta hektar tanah dan lebih
daripada setengah juta orang mendapat manfaat dari FELDA.
Beliau sampai ke puncak karier politiknya apabila terpaksa mengambil alih pemerintahan
negara dalam keadaan darurat, menjadi Pengarah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN),
menggantung Parlimen, mengharamkan perbincangan isu sensitif dan menerapkan kesetiaan
rakyat melalui Rukun Negara. Beliau mengambil tanggungjawab memulihkan semangat dan
keyakinan bangsa yang mulai pudar akibat tragedi hitam 13 Mei 1969 dengan Dasar Ekonomi
Baru, mengembalikan demokrasi berparlimen dan menambah bilangan ahli parti dan menjana
perpaduan untuk membentuk ketahanan nasional dan kestabilan politik melalui penubuhan
Barisan Nasional pada 1 Januari 1973 bagi menggantikan Parti Perikatan. Sesingkat usianya,
beliau berjaya membawa negara kembali ke landasan demokrasi dan muncul dari celah-celah
permasalah itu sebagai Perdana Menteri Malaysia Kedua menggantikan Tunku Abdul Rahman
Putra pada 22 September 1971.
Di bawah kepimpinan Tun Abdul Razak, negara tidak sahaja memperlihatkan dasar
ekonomi dan sosial yang radikal dengan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru berikutan
15

GMGA 3023
Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

peristiwa 13 Mei 1969 tetapi juga dasar luar Malaysia yang progresif, keluar dari bayangan proBarat, bebas dan berkecuali. Walaupun mengekalkan dasar antikomunis dan anti sosialis dalam
negeri, tetapi tetap mengekalkan hubungan baik dengan Barat di samping menjalinkan hubungan
dengan persahabatan dengan negara-negara komunis dan sosialis selain mendekati negara-negara
Islam di Asia Barat dan lain-lain negara Dunia Ketiga.
Dalam kemelut menangani ancaman pengganas komunis, Tun Abdul Razak
berkesempatan melangkahkan kakinya ke Republik Rakyat China sebagai pemimpin Asia
Tenggara yang pertama merintis hubungan diplomatik dengan negara komunis itu pada Mei
1974. Tun Abdul Razak dengan kebijaksanaan diplomasi dan dasar luar negaranya menjadikan
suara Malaysia didengari oleh kuasa-kuasa besar dunia sehingga di peringkat antarabangsa.
Terlalu banyak yang boleh diperkatakan mengenai sumbangan dan jasa yang telah
dicurahkan oleh Tun Abdul Razak terhadap pembangunan sosioekonomi dan sosiopolitik negara,
setanding dengan gelaran Bapa Pembangunan yang diberikan kepada beliau. Hakikatnya segala
nikmat kemajuan yang dikecapi hari ini adalah hasil daripada denyut pembangunan yang telah
dirintis oleh beliau. Tanpa usaha membangunkan kawasan luar bandar, tanpa kemudahan
infrastruktur yang dibina untuk kemudahan rakyat, tanpa badan-badan yang dibangunkan untuk
memacu pembangunan negara seperti Felda, Felcra, Pertubuhan Peladang, Perbadanan
Pembangunan Bandar (UDA), Dasar Ekonomi Baru (DEB), Perbadanan Nasional (PERNAS),
Syarikat Penerbangan Malasyai (MAS), Petrolium Nasional (PETRONAS), Majlis Amanah
Rakyat (MARA), Institut Teknologi MARA (ITM) yang kemudiannya dikenali sebagai
Universiti Teknologi MARA (UiTM), Bank Bumiputera dan tanpa MAGERAN dan Rukun
Negara, maka tidak akan ada kekuatan ilmu dan profesionalisme yang dapat menegakkan
perpaduan, kestabilan, keyakinan diri dan daya saing yang mampu membina maruah negara.
16

GMGA 3023
Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

Tanggal 16 Januari 1976 Tun Razak disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara
bersebelahan makam sahabat karibnya Tun Dr. Ismail bin Dato' Abdul Rahman. Negara
menangisi pemergian seorang negarawan bangsa yang amat gigih, yang tidak pernah jemu untuk
terus memerah keringat demi memajukan bangsa dan mengharumkan tanah airnya. Tun Razak
telah tiada untuk melihat segala usaha yang dirintis akhirnya menjadi pemacu kepada kepesatan
kemajuan negara. Umpama lilin yang membakar diri, hari ini kita melihat hampir setiap institusi
pembangunan negara yang berjaya dan bangkit untuk menaikkan martabat bangsa telah
dimulakan oleh beliau.
Pemergian mengejutkan pada usia 54 tahun bersama legasi yang ditinggalkan seharusnya
menjadi pemangkin kepada seluruh rakyat untuk terus mempertahan dan menjadikannya lebih
baik untuk Malaysia. Sesuatu yang perlu diakui bahawa agenda pembangunan dan ideologi Tun
Abdul Razak telah membina satu landasan untuk mencapai taraf kehidupan, pembangunan dan
perpaduan yang lebih baik kepada seluruh rakyat Malaysia. Hari ini kita kehilangan Tun Abdul
Razak, tetapi percayalah bahawa Tun Abdul Razak tidak pernah jauh meninggalkan kita kerana
semangat perjuangan negarawan ulung ini tidak pernah padam meskipun telah lebih tiga dekad
beliau pulang ke Rahmatullah. Semoga semangat juangnya sentiasa dikenang, terpahat kemas
dalam ingatan, menjadi kebanggaan dan membakar semangat. seluruh rakyat Malaysia untuk
terus memperjuangkan apa yang telah dipelopori oleh Tun Abdul Razak.

17

GMGA 3023
Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

Analisis Dasar Yang Dilaksanakan Oleh Tun Abdul Razak


Dasar Ekonomi Baru Tun Abdul Razak
Dicetuskan oleh Tun Abdul Razak Keperluan lebih dirasakan apabila tercetusnya
peristiwa hitam 13 MeI Umumnya berpendapat bahawa peristiwa sedemikian dapat dielakkan
sekiranya kita berusaha Merapatkan jurang ekonomI meningkatkan pendapatan perkapita setiap
kaum membasmi kemiskinan menyusun semula masyarakat melebarkan dan meluaskan peluang
setiap kaum dalam ekonomi dan pentadbiran Program Ekonomi 20 tahun (1971-1991) Terbahagi
kepada 5 penggal atau Rancangan Malaysia Dianggap gagal mencapai sasaran ekuiti saham 30%
bumiputra Berjaya mencorak ekonomi yang mantap, pengurusan yang baik dan peningkatan
sosio ekonomi setiap kaum di Malaysia Diantara kejayaan DEB dapat dilihat dengan tertubuhnya
beberapa agensi dan syarikat yang berdaya maju seperti Tabung Haji,Petronas KWSP Felda
Permodalan Nasional Berhad Meningkatnya bilangan Universiti Jumlah usahawan dan ahli
perniagaan bumiputera yang bergiat aktif terus meningkat
Jumlah ahli profesional dikalangan bumiputra seperti CEO, peguam, doktor, pensyarah,
jurutera dan akauntan meningkatWalaupun pencapaian pegangan saham bumiputera di
penghujung DEB hanya 17.8% tetapi DEB telah berjaya menambah ruang dan jenis kegiatan
ekonomi kaum bumi putera telah pun bertambah. Ada pihak yang beranggapan kegagalan
pencapaian kaum bumiputera dalam DEB disebabkan beberapa perkara seperti : Rasuah
mengalibabakan projek Modal kecil Pengalaman dan pengetahuan dalam bidang berkaitan amat
kurang.
Latar Belakang DEB
Dilihat dari perspektif sejarah Malaysia, penjajah British menggalakkan perkembangan
masyarakat secara 'plural' melalui amalan 'pecah' dan perintah. Pihak British telah menggalakkan
18

GMGA 3023
Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

kedatangan tenaga buruh dari negara China dan India untuk kepentingan ekonomi penjajah
dalam sektor perlombongan bijih timah, perdagangan dan perladangan. Penambahan penduduk
dan peningkatan kegiatan ekonomi telah menyebabkan pertumbuhan bandar, jalan-jalan, rel-rel
keretapi dan pembahagian kelompok kaum mengikut sektor ekonomi. Keadaan ini telah
menyebabkan jurang perbezaan antara kaum, pembangunan bandar dan luar bandar bertambah
besar. Selepas mencapai kemerdekaan, Rancangan Malaya 5 tahun telah diperkenalkan.
Rancangan Malaya Pertama, kedua dan Rancangan Malaysia Pertama dirancang untuk
menitikberatkan kepada segi pertumbuhan dan pembaharuan ekonomi. Rancangan ini telah
menunjukkan kelemahan dari segi strategi di mana corak atau sistem semasa penjajahan masih
berterusan.
Rasional DEB
Dari banci penduduk tahun 1970 didapati 49.3% dari semua keluarga di Semenanjung Malaysia
menerima pendapatan di bawah garis miskin.Dari jumlah semua keluarga miskin 86% berada di
kawasan luar bandar dan 14% di kawasan bandar. Kadar kemiskinan mengikut kaum pula adalah
saperti berikut:
Kaum
Melayu
Cina
India
Lain-lain

Kadar Kemiskinan%
64.8
26.0
39.2
44.8

Pendapatan Purata
Keluarga Sebulan ( juta)
172.00
394.00
304.00
813.00

Dari kajian Tahunan Hakmilik Syarikat-syarikat Berhad yang dijalankan oleh Jabatan
Perangkaan dan rekod dari Pendaftar Syarikat adalah didapati hakmilik dan penguasaan sektor
syarikat-syarikat pada tahun 1971 adalah seperti berikut:
Pemilikan
Bumiputera perseorangan
19

( juta)

Jumlah Pemilikan

GMGA 3023
Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

a) Bumiputera
Perseorangan
b) Agensi Amanah
Bukan Bumiputera

168.7

2.6

110.9

1.7
34.0

2,233.2

Warganegara asing

61.7

4,051.3

Jumlah

6,564.1

100.0

Objektif DEB
Menyedari

kedudukan

ketidakseimbangan

social

ekonomi

itu,

kerajaan

telah

mengusahakan supaya satu pendekatan baru dalam rancangan pembangunan negara yang
melibatkan program 20 tahun yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru. Matlamat utama dasar
ini diperkenalkan ialah bagi mewujudkan perpaduan negara dengan mengurangkan perbezaan
ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan dan sebagainya.
Strategi Perlaksanaan DEB
Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru adalah disusun dan
dijalankan menerusi strategi serampang dua mata:
i.

Mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang-

ii.

peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.


Penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan

pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.


Membasmi Kemiskinan
Kemiskinan adalah sebab utama yang menimbulkan perasaan tidak puashati di kalangan
rakyat. Ianya bukan
menggugat perpaduan

sahaja terdapat di luar bandar tetapi juga di bandar. Keadaan ini boleh
negara kerana masalah kemiskinan adalah mengikut

kaum dengan

kadar kemiskinan paling tinggi di kalangan orang Melayu yang tertumpu kepada aktiviti
pertanian tradisional. Usaha telah dijalankan untuk menyelesaikan masalah sosial ekonomi dan
projek pembangunan telah dirangka supaya:
20

GMGA 3023
Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

a) Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang menganggur.


b) Menambah daya pengeluaran dan pendapatan.
c) Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang rendah daya
pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan.
d) Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum antara kawasan bandar
dan luar bandar dan antara wilayah.
e) Memodenkan kehidupan di luar bandar.
f) Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputera.
g) Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kaum di
Malaysia.
h) Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan,
kemudahan kemudahan infra-struktur dan lain-lain.
Penyusunan Semula Masyarakat
Adalah menjadi hasrat

kerajaan

supaya menjelang tahun 1990

pemilikan

saham/ekonomi Malaysia akan melambangkan komposisi kepentingan kaum di negara ini, di


mana penyertaan Bumiputera sebanyak 30%, 40% bukan Bumiputera dan 30% terdiri dari
pelabur-pelabur luar negeri. Dalam mencapai matlamat penyusunan semula Dasar Ekonomi
Baru, strategi berikut telah disusun:
i.

Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui proses
memodenkan kawasan luarbandar.

ii.

Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga yang terdapat
sekarang ini dengan cara yang progresif dan menerusi pertumbuhan ekonomi seluruhnya
supaya pada tahun 1990 kedudukan tenaga buruh mencerminkan bilangan kaum.

iii.

Menambahkan dengan lebih cepat lagi bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan modal
dalam stok syarikat dan pertumbuhan ekonomi.

iv.

Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu


dan kaum Bumiputera supaya dapat membentuk dan memiliki 30% ekonomi dalam
21

GMGA 3023
Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

tahun 1990 dan menubuhkan beberapa agensi saperti MARA, Bank Pembangunan, Bank
Bumiputera, Amanah Saham Nasional.
v.

Memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur melalui pembangunan wilayah
baru seperti DARA, KESEDAR, KEJORA dan sebagainya.

Kejayaan dan Kelemahan DEB


Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah diperkenalkan untuk menangani masalah ketidak
seimbangan ekonomi di antara pelbagai kaum di Malaysia yang menjejaskan perpaduan antara
kaum dan keamanan negara. Sejak Malaysia mencapai Kemerdekaan pada tahun 1957 hingga ke
akhir tahun 1960an, pembangunan ekonomi di dorong oleh kuasa pasaran. Hasilnya, Malaysia
mencapai kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi tetapi masih wujud ketidak seimbangan yang
serius. Ini bermakna, walaupun pertumbuhan ekonomi tinggi, kekayaan tidak diagihkan dengan
baik. Golongan yang miskin, kebanyakannya kaum Bumiputera yang tinggal di kawasan luar
bandar dan berkerja sebagai petani, masih ramai dan masih mundur. Manakala kaum Cina dan
orang asing pula menguasai bidang perindustrian, perniagaan dan sektor korporat. Ini yang
dinamakan market failure.
Ekoran dari peristiwa rusuhan kaum pada tahun 1969, DEB diperkenalkan pada tahun
1970. Ia bertujuan untuk menghapus kemiskinan tanpa mengira kaum dan mengstruktur semula
masyarakat supaya negara dapat membangun dengan stabil, aman di samping hasil pembangunan
dapat dinikmati oleh seluruh rakyat. Pengstrukturan semula masyarakat adalah supaya jenis
kaum tidak sinonim dengan kegiatan ekonomi. Strategi serampang dua mata ini tertumpu kepada
usaha menambah pendapatan golongan miskin dan penduduk di luar bandar, memodenkan sektor
pertanian, meningkatkan tahap pelajaran, mewujudkan golongan komersial Bumiputera dan
menambah pegangan ekuti korporat Bumiputera.
22

GMGA 3023
Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

Sasaran juga ditetapkan iaitu 30% pegangan ekuti korporat oleh Bumiputera, penetapan
kuota kemasukan pelajar Bumiputera di universiti dan 30% daripada bilangan pekerja mestilah
Bumiputera. Prinsip pokok pengstrukturan ini adalah supaya sasaran ini dapat dicapai dari
ekonomi yang sedia berkembang dan tidak mengambil dari kaum Bukan Bumiputera untuk
diberikan kepada kaum Bumiputera.
Kejayaan Malaysia mencapai pertumbuhan ekonomi berserta dengan agihan seimbang
telah diakui oleh berbagai pihak termasuk Bank Dunia dan DEB merupakan satu elemen penting
dalam kejayaan ini. Kejayaan DEB yang paling nyata dan membanggakan ialah penurunan kadar
kemiskinan dan peningkatan taraf pendidikan kaum Bumiputera. Yang paling menonjol ialah
penurunan kadar kemiskinan dari 49.3% pada tahun 1970 kepada 5.7% pada tahun 2005. Di
kawasan luar bandar, pendapatan penduduk telah meningkat dan penagguran tidak ketara (under
employment) hampir hilang. Kemudahan moden seperti jalan raya, sekolah, klinik kesihatan,
kuasa eletrik dan bekalan air telah menjadi kemestian.
Pelajar Bumiputera bukan sahaja mendapat pendidikan di peringkat rendah dan
menengah tetapi ramai yang berjaya keperingkat universiti. Ramai juga yang dihantar belajar ke
institusi pengajian tinggi di luar negeri. Bilangan profesional Bumiputera juga telah bertambah.
Kini, terdapat ramai pakar perubatan Bumiputera di hospital-hospital. Keadaan ini jauh berbeza
jika dibandingkan dengan kira-kira 45 tahun lalu di mana hanya ada segelintir sahaja doktor
pakar Bumiputera. Banyak syarikat besar di Malaysia sekarang diketuai oleh golongan
profesional Bumiputera. Ramai profesional Bumiputera mampu berdaya saing untuk bekerja di
luar negara.
Dalam erti kata lain, DEB telah melahirkan golongan profesional dan golongan kelas
menengah Bumiputera yang mempunyai kuasa beli yang kuat. Ini dapat dilihat, misalnya dari
23

GMGA 3023
Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

pemilikan rumah oleh kaum Bumiputera di kawasan perumahan kota. Sekarang ini, terdapat ibu
bapa Bumiputera yang mampu membiayai anak mereka belajar di universiti di dalam mahupun
di luar negara.
Pegangan ekuiti korperat Bumiputera telah meningkat dari 2.4% pada tahun 1970 kepada
19% pada tahun 2000. Jika dahulu tiada institusi perbankan yang mempunyai pemilik majoriti
Bumiputera, tetapi sekarang bank-bank utama di Malaysia dimiliki serta diuruskan oleh
Bumiputera. Golongan peniaga Bumiputera juga telah wujud walaupun kebanyakannya berstatus
industri kecil dan sederhana.
Justeru, terbukti telah ada pengstrukturan ekonomi di mana bidang pekerjaan tidak lagi
dikenal secara automotik dengan kaum. Ertinya, sebelum DEB, kaum Bumiputera adalah petani
atau nelayan yang tinggal di luar bandar sementara kaum Cina merupakan peniaga di kota. Kini
penglabelan automatik itu tidak lagi berlaku. DEB juga telah merapatkan jurang pendapatan
antara kaum Bumiputera dan bukan Bumiputera. Misalnya, nisbah pendapatan Bumiputera
kepada Cina meningkat daripada 1:1.74 pada tahun 1990 kepada 1:1.64 pada tahun 2004.
Walaupun DEB telah membawa buah kejayaan, namun ianya juga mempunyai beberapa
kelemahan dan telah menghasilkan kesudahan yang tidak dijangkakan. Intervensi kerajaan
diperlukan untuk mencapai sasaran DEB. Akibatnya, wujud di kalangan kaum Bumiputera
sindrom pergantungan kepada kerajaan. Ada pengusaha atau peniaga Bumiputera yang berniaga
secara Ali-Baba atau berniaga di atas angin. Mereka mendapat kontrak untuk menjalankan
sesuatu projek dan kemudiannya menjualkan atau memberi sub-kontrak kepada peniaga Bukan
Bumiputera. Mereka sebenarnya tidak menjalankan projek itu sendiri tetapi mendapat bayaran
sebagai imbuhan sebagai pengantara. Amalan seperti ini telah membawa kepada ketirisan
perbelanjaan kerajaan dan pengunaan dana yang tidak efisyen.
24

GMGA 3023
Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

Sebagai suatu konsep penstrukturan sosial, DEB mempunyai nilai dan sasaran murni.
Namun implementasinya telah menimbulkan rasa tidak puas hati sesetengah pihak kerana ianya
menjurus kepada amalan siapa yang dikenal dan bukannya berdasarkan keupayaan atau dalam
pepatahan Inggeris who you know and not what you know. Selain dari itu, ada juga rungutan
yang tiada padang yang sama rata di kalangan kaum Bumiputera sendiri. Oleh itu,
implementasi DEB mungkin tidak mengwujudkan keadaan dimana yang terbaik akan berjaya.
Merit tidak menjadi kayu pengukur prestasi.
Dalam konteks masyarakat majmuk, budaya persaingan boleh membawa kepada konflik
perkauman kerana masyarakat keseluruhannya mudah terserat ke arah situasi zero-sum, yakin
kemenangan satu pihak akan ditafsirkan sebagai kekalahan kepada pihak yang lain. Maka
terdapat keadaan, misalnya perberian bantuan kepada Bumiputera oleh kerajaan dianggap
sebagai merugikan bukan Bumiputera, dan penglibatan Bumiputera dalam sector perniagaan
dianggap sebagai perampasan hak golongan bukan Bumiputera yang telah lama berada dalam
serta berkenaan. Gejala yang demikian boleh membawa kepada perasaan bermusuhan.
Namun begitu, perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru tetap mempunyai kosnya. Hal ini tidak
dapat dinafikan kerana tidak ada satu bentuk pembangunan pun yang tidak mempunyai kesan
sampingan yang negatif. Bukti menunjukkan bahawa pengagihan pendapatan dan asset serta
penyusunan semula masyarakat telahh berlaku melalui pertumbuhan ekonomi keseluruhan dan
juga pertumbuhan ekonomi setiap kaum. Oleh itu, semua kaum telah mengalami keadaan
ekonomi yang bertambah baik dari semasa ke semasa maka tidak seharusnya timbul masalah
deprivation terhadap bukan Bumiputera sekiranya konsep DEB untuk merapatkan jurang
perbezaan ekonomi antara kaum telah terima.

25

GMGA 3023
Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

Akibatnya, di peringkat awal implementasi DEB, sasarannya boleh berjaya, tetapi untuk
jangka panjang pencapaian itu sukar dikekal dan dipertingkatkan kerana ianya tidak berasaskan
daya saing. Contohnya, pegangan ekuiti korporat masih belum lagi mencecah sasaran 30%
kerana pegangan yang ada dijual untuk keuntungan jangka pendek dan bukan dikekalkan serta
ditambah untuk pegangan jangka panjang.
Implementasi DEB yang dianggap tidak adil, telus dan cekap telah menimbulkan rasa
tidak puas hati di kalangan kuam bukan Bumiputera. Antaranya, sistem kuota kemasukan
universiti telah dianggap oleh kaum Bukan Bumiputera sebagai menyempitkan peluang anakanak mereka yang berkelayakan mendapat pendidikan universiti. Sebagai kesimpulan, walaupun
terdapat beberapa kelemahan, DEB telah berjaya membawa pembangunan ekonomi yang lebih
seimbang yang memastikan kestabilan Negara jangka panjang.

Cadangan
Dasar Ekonomi Baru yang bermatlamatkan perpaduan negara melalui proses
pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat di dalam konteks keselamatan
negara yang kukuh. Segala program pembangunan negara dan Dasar kerajaan semasa yang
diperkenalkan adalah dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai tujuan-tujuan tertentu.
Usaha ini memerlukan bukan sahaja usaha yang gigih dari kerajaan dan kakitangannya,
malah ianya memerlukan perubahan sikap, tenaga dan pemikiran rakyat dari sektor swasta.
Kesimpulannya, pencapaian dan masalah yang timbul daripada perlaksanaan DEB iaitu gagal
menyatupadukan rakyat kerana ia beroperasi dalam suasana persaingan yang tidak adil dengan
budaya yang member kesan kepada soal moral dan tanggungjawab terhadap bangsa dan negara.

26

GMGA 3023
Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

Yang penting pada peringkat ini ialah kesedaran dan komitmen untuk mengurangkan
unsur persaingan yang tidak adil ini, dan memperkuatkan unsur kesefahaman dan kerjasama
antara kaum. Kerjasama hanya akan member erti, jika adanya sifat-sifat bertolak ansur dan
berkompromi. Menjelang tahun 2020, Malaysia dapat menjadi negara bersatu dengan
masyarakat Malaysia yang yakin, mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh, hidup dalam
masyarakat yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, penyayang, adil dari segi pengagihan
ekonomi, progresif dan makmur, dan mempunyai penguasaan sepenuhnya terhadap ekonomi
yang bersaing, dinamik, cergas dan kental.

Kesimpulan
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah salah seorang tokoh tanah air yang
telah berbakti dalam bidang pendidikan, pembangunan, pertahanan dan sosio ekonomi. Pelbagai
kurniaan dan darjah kebesaran dicurahkan kepada Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein
di dalam dan luar negara sebagai tanda aprisiasi perkhidmatan Allahyaraham Tun Abdul Razak
Dato' Hussein kepada pembangunan bangsa dan negara sehingga menyandang gelaran Bapa
Pembangunan Malaysia.
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein meninggal dunia pada 14 Januari 1976 di
London kerana penyakit leukemia dan digantikan oleh Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'
Onn. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah seorang pemimpin yang berjiwa
27

GMGA 3023
Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

besar dan seorang negarawan yang ulung dan setia. Rakyat Malaysia haruslah berbangga kerana
negara melahirkan seorang pemimpin sepertinya yang berjaya mengisi Kemerdekaan dengan
pembangunan yang sejati. Allahyaraham Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein telah
disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara. Pemergian Allahyaraham Tun Abdul Razak
Dato' Hussein merupakan satu kehilangan besar bagi seluruh rakyat Malaysia.

Rujukan
Faridah Jaafar. (2007). Perdana Menteri dan Dasar Luar Malaysia 1957-2005. Kuala Lumpur:
Universiti Malaya.
Malaysia Kita. Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Kuala Lumpur: Percetakan Nasional
Malaysia Bhd.
Lim Ting Seng. (23 Jun 2009). Renewing 35 Years of Malaysia-ChinaRelations: Najibs Visit To
China. EAI Background Briefs. No.460.Singapore: National University of Singapore.
Pascoe, Lynn. (1999). Malaysia and United States: A View From Ground. 20 Oktober. Asia
Society Washington Center.

28

GMGA 3023
Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

Rusdi Omar. (2005). Hubungan Malaysia-Singapura Era Mahathir. Sintok: Universiti Utara
Malaysia.
Dasar Luar Malaysia Dalam Konteks Hubungan Malaysia-Jepun, dalam Zulhilmi Paidi & Asrar
Omar. Hubungan Luar Antarabangsa. Bentong: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.
Salmy Hashim. (2007). 50 Years of US-Malaysia Relations: Prickly At Times But Still Strong. 17
Ogos. Bernama.com.
Sodhy, P. (2007). Malaysia-US Relations, dalam Baginda, A.R. (ed). Malaysias Foreign
Policy Continuity and Change. Malaysia: Marshall Cavendish Editions.
Vaughn, B. & Martin, M. (2007). Malaysia: Political, Security, Economic, and Trade Issues
Considered. Congressional Research Service Report for Congress.
Star Online. (2009). Obama applauds Najibs Appointment as PrimeMinister. 17 May.
Berita Harian. (2010). Gerbang Baru Hubungan Malaysia-Amerika. 18 April.
Utusan Malaysia. (2010). Dinamisme Hubungan Bilateral Malaysia-Jepun. 20 April.

29

You might also like