Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

JENIS DAN CIRICIRI PEMILIKAN

PERNIAGAAN
SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD
SYARIKAT AWAM BERHAD

SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD


Syarikat ini boleh dikenali dengan mudah,ada
perkataan Sendirian Berhad atau Sdn. Bhd. pada akhir
nama syarikat
Pemilik atau pemegang saham syarikat terdiri daripada
2 50 orang
Ia dikawal dibawah Akta Syarikat 1965 (Seksyen 15
(b)) dan merupakan entiti yang sah terpisah daripada
pemilik.
Akta: www.ssm.com.my/acts/fscommand/a125.htm
Saham syarikat Sendirian Berhad boleh dijual beli
tetapi tidak dilakukan dalam pasaran terbuka.
Pemegang saham yang memiliki 51% atau lebih
daripada jumlah saham Syarikat Sendirian Berhad
berhak untukmengawal syarikat tersebut

CIRI-CIRI SYARIKAT SENDIRIAN


BERHAD
Pemilik atau pemegang saham terdiri daripada 2 hingga 50
orang
Pemilik syarikat mempunyai liabiliti terhad dan segala hutang
syarikat terhad kepada syarikat sahaja. Ini kerana syarikat satu
entiti yang terpisah daripada pemiliknya.
Syarikat Sendirian Berhad mempunyai hak dan tanggungjawab
boleh memiliki harta, boleh didakwa dan didakwa.
Pemilik atau pemegang saham syarikat menyumbangkan
modal perniagaan. Mereka dilarang mengutip hutang daripada
orang awam.
Jangka hayat panjang selagi tidak dibubarkan.
Syarikat dianggotai lembaga pengarah (sekurang-kurangnya 2
orang) untuk menentukan dasar dan matlamat syarikat.
Pengarah berkuasa dalam semua perkara yang tidak tercatat
didalam Tataurusan Syarikat dan bertanggungjawab kepada
kesalahan syarikat.

SYARIKAT AWAM BERHAD


Dikenali melalui perkataan BERHAD/BHD pada
penghujung nama syarikat. Contoh EON Bank
Berhad, Olympia Berhad.
Syarikat Berhad adalah syarikat awam yang
dimiliki oleh pemegang-pemegang saham.
Ia tertakluk dibawah Akta Syarikat 1965.

CIRI-CIRI SYARIKAT AWAM BERHAD


Bilangan pemegang saham lebih 2 orang hingga tiada had
maksimum bergantung kepada jumlah saham yang dipegang
oleh ahli syarikat dan jenis saham yang dikeluarkan.
Modal syarikat dikumpulkan melalui penjualan saham dan bon
kepada orang awam.
Pemegang saham syarikat awam berhad bebas menjual dan
membeli saham di pasaran saham iaitu Bursa Saham Malaysia.
Pemilik perniagaan mempunyai liabiliti terhad atas jumlah
modal atau saham yang dilaburkan dalam syarikat.
Pengurusan dan kawalan syarikat adalah tanggungjawab
lembaga pengarah yang dipilih oleh pemegang saham dalam
mesyuarat agong tahunan.
Pembahagian untung dan dividen bergantung kepada
keuntungan syarikat.
Mesti menerbitkan prospektus (laporan kewangan syarikat)
dan mengumumkan untung rugi dalam akhbar

KELEBIHAN SYARIKAT
Mudah untuk mendapatkan modal sama ada melalui
pinjaman bank atau orang awam dengan cara
menerbitkan saham.
Jangka hayat yang panjang walaupun terdapat
penukaran hakmilik saham atau kematian pemegang
saham
Liabiliti perniagaan terhad kepada sumbangan modal.
Syarikat mudah berkembang kerana modalnya besar.
Syarikat adalah satu entiti yang berbeza iaitu syarikat
boleh didakwa dan mendakwa atas namanya
Pemegang saham dilindungi oleh undang-undang
Saham syarikat mudah dijual
Pengurusan syarikat lebih efisyen

KELEMAHAN SYARIKAT
Pembentukan syarikat adalah rumit iaitu dibawah Akta
Syarikat 1965.
Saiznya besar dan banyak cawangan ia merumitkan
pengurusan iaitu banyak masalah yang timbul di kalangan
pihak pengurusan dan pekerja.
Kos penubuhan syarikat adalah tinggi
Pengurusan syarikat dikawal oleh lembaga pengarah dan
bukannya pemegang saham. Ini boleh menyebabkan salah
guna kuasa.
Operasi syarikat dikawal oleh undang undang dan
peraturan yang ketat yang mana undang-undang bertujuan
untuk melindungi kepentingan pemegang saham.
Pengurus dan pemilik syarikat terutama syarikat awam
adalah dipisahkan.
Cukai dikenakan dua kali iaitu cukai pendapatan dan cukai
syarikat

You might also like