8SEBAB

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 14

Modul Pembelajaran Kendiri Kemahiran Proses Sains : Sains UPSR Bahagian B

MODUL pemBELAJARan KENDIRI

KEMAHIRAN
PROSES SAINS
(Sains UPSR Bahagian B)

Disusun oleh:
HAJI NASARUDDIN BIN SHAARANI
GURU CEMERLANG (SAINS)
SK Sri Tiram
Tanjong Karang, Selangor
1
2011 Haji Nasaruddin bin Shaarani, Guru Cemerlang (Sains)

Modul Pembelajaran Kendiri Kemahiran Proses Sains : Sains UPSR Bahagian B

8. SEBAB (INFERENS)
-

Sebab (Inferens) ialah penerangan mengenai hasil sesuatu eksperimen atau


mengapa sesuatu itu terjadi.
SEBAB (INFERENS) MEWAKILI PEMBOLEH UBAH DIMANIPULASIKAN (APA
YANG DIUBAH).
Terdapat 3 jenis sebab (inferens):
a) Sebab (Inferens) bebas Memberi alasan / sebab yang munasabah tanpa had.
b) Sebab (Inferens) terkawal Memberi alasan / sebab berdasarkan sesuatu
rangsangan atau pemerhatian tambahan yang diberi.
c) Sebab (Inferens) perbandingan - Memberi alasan / sebab dengan
membandingkan pemerhatian lain yang diberi.
JIKA TIADA
PERBANDINGAN, JAWAPAN SALAH (Berdasarkan UPSR 2013)

Contoh Soalan
-

Nyatakan dua inferens (sebab) tentang perbezaan


Nyatakan satu inferens (sebab).
Nyatakan dua inferens (sebab) ....
Tuliskan satu inferens (sebab)
yang boleh dibuat untuk menerangkan
perbezaan.
Nyatakan dua sebab ..

CARA MENULIS JAWAPAN


1. Sekiranya pemerhatian telah dinyatakan / ditulis dalam soalan
sebelumnya:
Kerana .
(Nyatakan alasan / sebab)

2. Sekiranya pemerhatian tidak dinyatakan / ditulis dalam soalan


sebelumnya:
. kerana ..
(Tulis pemerhatian dulu)

(Nyatakan alasan / sebab)

2
2011 Haji Nasaruddin bin Shaarani, Guru Cemerlang (Sains)

Modul Pembelajaran Kendiri Kemahiran Proses Sains : Sains UPSR Bahagian B

SEBAB (INFERENS) BEBAS


Contoh 1: (UPSR 2003)
Jadual di bawah menunjukkan keputusan suatu penyiasatan tentang penyejukan 500 ml
air.
Masa / minit
Suhu air / oC

0
98

2
86

4
76

6
68

8
62

10
58

12
56

Soalan: Cadangkan satu sebab mengapa air menjadi sejuk.


Jawapan : Sebarang jawapan yang munasabah.
Contohnya; Kerana diletakkan di bilik berhawa dingin // Diletakkan di bawah kipas //
Diletakkan di dalam bilik.
Contoh 2: (UPSR 2010)
Tahun
Purata indeks pencemaran udara

1990
32

1994
76

1998
100

2002
130

2006
200

Soalan: Nyatakan satu sebab (inferens) untuk perubahan dalam purata indeks
pencemaran udara dari tahun 1990 hingga 2006.
Oleh kerana soalan sebelumnya tiada pemerhatian @ pemerhatian tidak dinyatakan,
maka perlu tulis pemerhatian dulu.
Jawapan: Purata indeks pencemaran udara dari tahun 1990 hingga 2006 semakin
meningkat kerana banyak pembakaran terbuka // Asap dari kilang // asap dari
kenderaan.
Contoh 3:
Masa pakaian
kering (saat)

Jenis Pakaian

Soalan: Carta palang di atas menunjukkan masa pakaian kering bagi empat jenis
pakaian yang
dijemur di bawah sinaran matahari. Berikan satu sebab (inferens)
tentang masa bagi pakaian R kering.
Oleh kerana soalan sebelumnya tiada pemerhatian @ pemerhatian tidak dinyatakan,
maka perlu tulis pemerhatian dulu.
Jawapan: Masa pakaian R kering paling cepat kerana pakaian R paling nipis // paling
kecil // paling kurang menyerap air (Sebarang jawapan yang munasabah).

3
2011 Haji Nasaruddin bin Shaarani, Guru Cemerlang (Sains)

Modul Pembelajaran Kendiri Kemahiran Proses Sains : Sains UPSR Bahagian B

SEBAB (INFERENS) TERKAWAL


Contoh1: (UPSR 2004)
Sekumpulan pelajar mengumpul maklumat tentang kepupusan spesies haiwan di
kawasan hutan. Carta palang di bawah menunjukkan maklumat yang mereka perolehi.
Bilangan spesies haiwan
yang pupus
50

35

20
10
5
1800

1850

1900

1950

2000

Tahun

Soalan : Nyatakan dua inferens (sebab) untuk menerangkan mengapa bilangan


spesies haiwan yang pupus pada tahun 2000 paling tinggi.
Huraian:
Soalan menyatakan di kawasan hutan. (Jawapan terhad di hutan).
Pemerhatian telah diberi dalam soalan: bilangan spesies haiwan yang pupus pada
tahun 2000 paling tinggi. Maka jawapan dimulakan dengan perkataan KERANA.
Fokus idea jawapan mestilah dihadkan dihutan.: Faktor-faktor yang menyebabkan
haiwan di hutan pupus. Bukan di dalam air atau di kampong.
Contoh jawapan :
1. Kerana habitatnya dimusnahkan. //
2. Kerana sumber makanan telah tiada. //
3. Kerana diburu secara besar-besaran.
Jawapan salah: Contoh:
1. Kerana air sungai tercemar. (Sepatutnya fokus jawapan di hutan bukan di sungai).
2. Kerana tidak diberi makanan yang mencukupi. (Haiwan di hutan cari makan sendiri).

4
2011 Haji Nasaruddin bin Shaarani, Guru Cemerlang (Sains)

Modul Pembelajaran Kendiri Kemahiran Proses Sains : Sains UPSR Bahagian B


Contoh 2: (UPSR 2010)
Rajah di bawah menunjukkan sebiji belon sedang dipam dengan udara.

Jadual di bawah menunjukkan perubahan saiz bagi belon itu.


Bilangan
mengepam

10

20

Saiz belon

Soalan: Nyatakan satu sebab (inferens) tentang sifat udara berdasarkan pemerhatian
dalam penyiasatan ini.
Huraian:
- Jawapan mestilah terhad tentang sifat udara.
- Pemerhatian tidak dinyatakan.
Maka tuliskan pemerhatian dahulu sebelum
memberikan sebab.
Jawapan: Contoh
Saiz belon semakin bertambah apabila bilangan mengepam bertambah kerana udara
memenuhi ruang.

5
2011 Haji Nasaruddin bin Shaarani, Guru Cemerlang (Sains)

Modul Pembelajaran Kendiri Kemahiran Proses Sains : Sains UPSR Bahagian B

SEBAB (INFERENS) PERBANDINGAN


Contoh 1: (UPSR 1999)

Bekas X
Bekas Y
Pemerhatian:
1. Bilangan tumbuhan dalam bekas Y lebih banyak daripada bilangan tumbuhan
dalam bekas X.
2. Saiz tumbuhan dalam bekas Y lebih besar daripada saiz tumbuhan dalam bekas
X.
Berdasarkan pemerhatian yang dipilih, nyatakan dua inferens (sebab) tentang
perbezaan antara tumbuhan dalam bekas X dengan tumbuhan dalam bekas Y.
Huraian:
1. Dua pemerhatian telah diberikan.
2. Soalan minta pilih satu pemerhatian untuk membuat dua inferens (sebab).
3. Oleh sebab pemerhatian adalah perbandingan antara dua tumbuhan, maka
jawapannya mesti perbandingan antara dua tumbuhan.
4. Mesti tulis dahulu pemerhatian yang dipilih kemudian berikan dua sebab.
Contoh Jawapan:
Bilangan tumbuhan dalam bekas Y lebih banyak daripada bilangan tumbuhan dalam
bekas X kerana tanah dalam bekas Y lebih subuh daripada tanah dalam bekas X. //
Bilangan tumbuhan dalam bekas Y lebih banyak daripada bilangan tumbuhan dalam
bekas X kerana tumbuhan dalam bekas Y mendapat air yang mencukupi berbanding
tumbuhan dalam bekas X. //
Bilangan tumbuhan dalam bekas Y lebih banyak daripada bilangan tumbuhan dalam
bekas X kerana tumbuhan dalam bekas Y mendapat baja yang mencukupi berbanding
tumbuhan dalam bekas X. //
Bilangan tumbuhan dalam bekas Y lebih banyak daripada bilangan tumbuhan dalam
bekas X kerana tumbuhan dalam bekas Y mendapat cahaya matahari yang mencukupi
berbanding tumbuhan dalam bekas X. //
Bilangan tumbuhan dalam bekas Y lebih banyak daripada bilangan tumbuhan dalam
bekas X kerana tumbuhan dalam bekas Y bakanya lebih baik berbanding tumbuhan
dalam bekas X.

6
2011 Haji Nasaruddin bin Shaarani, Guru Cemerlang (Sains)

Modul Pembelajaran Kendiri Kemahiran Proses Sains : Sains UPSR Bahagian B


Contoh 2: (UPSR 2001)

Purata berat ikan / kg


Bilangan spesies ikan

Tahun penyiasatan dilakukan


1990
1999
0.5
1.0
2
5

Jadual di atas menunjukkan maklumat yang didapati tentang satu penyiasatan yang
telah dijalankan terhadap ikan dalam sebatang sungai pada 1990 dan 1999.
Soalan:
Nyatakan satu inferens (sebab) yang boleh dibuat untuk menerangkan perbezaan
keadaan ikan di sungai itu pada tahun 1990 dan 1999.
Huraian:
1. Pemerhatian tidak dinyatakan. Maka perlu ditulis pemerhatian dulu. Di sini terdapat
2 pemerhatian.
2. Buat perbandingan sebab soalan menghendaki berkaitan perbezaan pada tahun
1990 dan 1999.
3. Pemerhatian: 1: Purata berat ikan pada tahun 1999 lebih berat berbanding pada
tahun 1990.
4. Pemerhatian 2: Bilangan spesies ikan pada tahun 1999 lebih banyak berbanding
pada tahun 1990.
Contoh Jawapan:
1. Purata berat ikan pada tahun 1999 lebih berat berbanding pada tahun 1990 kerana
pada tahun 1999 terdapat banyak makan ikan berbanding pada tahun 1990. //
2. Purata berat ikan pada tahun 1999 lebih berat berbanding pada tahun 1990 kerana
pada tahun 1999 air sungai tidak tercemar berbanding pada tahun 1990. //
3. Purata berat ikan pada tahun 1999 lebih berat berbanding pada tahun 1990 kerana
pada tahun 1999 habitat ikan tidak ganggu berbanding pada tahun 1990. //
4. Bilangan spesies ikan pada tahun 1999 lebih banyak berbanding pada tahun 1990
kerana pada tahun 1999 terdapat banyak makan ikan berbanding pada tahun
1990.//
5. Bilangan spesies ikan pada tahun 1999 lebih banyak berbanding pada tahun 1990
kerana pada tahun 1999 air sungai tidak tercemar berbanding pada tahun 1990. //
6. Bilangan spesies ikan pada tahun 1999 lebih banyak berbanding pada tahun 1990
kerana pada tahun 1999 habitat ikan tidak ganggu berbanding pada tahun 1990.

LATIHAN 8.1
7
2011 Haji Nasaruddin bin Shaarani, Guru Cemerlang (Sains)

Modul Pembelajaran Kendiri Kemahiran Proses Sains : Sains UPSR Bahagian B


1. Seorang pegawai pertanian membandingkan hasil tanaman dua orang pekebun,
iaitu Adam dan Daniel. Laporan pegawai itu mengandungi dua pemerhatian berikut:
Pemerhatian: 1. Kebun Adam mengeluarkan hasil tanaman lebih cepat.
2. Kebun Daniel menghasilkan jumlah tanaman lebih banyak.
Berikan dua inferens (sebab) untuk mana-mana satu pemerhatian yang terdapat
dalam laporan pegawai pertanian itu.
(UPSR
2000)
Pemerhatian: .....
. ..
Inferens 1

: ....
..

Inferens 2

: ....
....

Waktu
7 pagi
9 pagi
11 pagi
1 petang
3 petang
5 petang

Suhu udara kandang haiwan Y


/ oC
28
27
28
27
28
27

Suhu udara kandang haiwan Z


/ oC
28
30
33
37
33
30
(UPSR 2000)

2. Berdasarkan jadual di atas, tuliskan satu inferens (sebab) yang boleh dibuat untuk
menerangkan perbezaan suhu udara pada kandang haiwan Y dan kandang haiwan
Z.
..
..
Suhu air / oC
10
30
50
70

Masa untuk ais menjadi air / saat


Bilangan Percubaan
1
110
70
40
20

2
120
80
50
30
(UPSR 2001)

3. Jadual di atas adalah keputusan penyiasatan yang dijalankan oleh seorang murid
tentang masa yang diperlukan untuk ais berubah menjadi air dalam sebuah gelas
dengan menggunakan suhu air yang berbeza.
Tuliskan dua inferens (sebab) tentang perbezaan masa yang diperlukan untuk ais
berubah menjadi air dalam Percubaan 1 dan Percubaan 2.
..
..

8
2011 Haji Nasaruddin bin Shaarani, Guru Cemerlang (Sains)

Modul Pembelajaran Kendiri Kemahiran Proses Sains : Sains UPSR Bahagian B


Bahan Makanan
P
Q

Pemerhatian selepas seminggu


1. Terdapat tompok-tompok hitam
2. Berbau busuk
Tiada perubahan
(UPSR 2002)

4. Jadual di atas menunjukkan catatan pemerhatian ke atas bahan makanan, P dan Q


selepas seminggu. Berikan dua inferens (sebab) untuk bahan makanan P
berdasarkan pemerhatian dalam jadual di atas.
Inferens 1

: ....
..

Inferens 2

: ....
....

5. Seorang angkasawan membawa satu spesies tumbuhan untuk ditanam di Planet K.


Didapati tumbuhan tidak boleh hidup di planet itu. Nyatakan dua inferens (sebab)
yang beoleh dibuat berdasarkan pernyataan tersebut.
(UPSR 2002)

Inferens 1

: ....
..

Inferens 2

: ....
....

Bilangan spesies
haiwan yang pupus
55
50
45
40
35
30
25
20
15
10
5
0
1800

1850

1900

1950

2000

Tahun
(UPSR 2004)

6. Berdasarkan carta palang di atas, nyatakan


dua inferens (sebab) untuk
menerangkan mengapa bilangan spesies haiwan yang pupus pada tahun 2000
paling tinggi.
Inferens 1 : ....
..
Inferens 2

: ....
....

Suhu air / oC

30

90

9
2011 Haji Nasaruddin bin Shaarani, Guru Cemerlang (Sains)

Modul Pembelajaran Kendiri Kemahiran Proses Sains : Sains UPSR Bahagian B


Masa yang diambil untuk gula larut / saat

90

60
(UPSR 2004)

Berdasarkan jadual di atas, berikan satu sebab mengapakah masa gula itu larut
berbeza?

7. Siti mempunyai dua gelang getah, X dan Y. X dan Y adalah sama panjang. Dia
menjalankan penyiasatan menggunakan dua gelang getah itu. Setiap gelang getah
digantungkan dengan cawan yang serupa. Rajah di bawah menunjukkan keputusan
penyiasatan itu.
(UPSR 2006)

Nyatakan dua inferens (sebab) tentang panjang getah gelang Y.


Inferens 1

: ....
..

Inferens 2

: ....
....

8. Apabila lapan helai kertas tisu dilembapkan, jumlah beratnya ialah 200 g. Kertas tisu
itu dibiarkan kering dan beratnya dicatatkan setiap satu jam. Keputusan penyiasatan
itu dicatatkan dalam jadual di bawah.
(UPSR 2006)
Masa / jam
1
2
3
4
Jumlah berat lapan kertas tisu / g
180
160
135
110
Nyatakan satu inferens (sebab) tentang perubahan jumlah berat kertas tisu itu
semasa penyiasatan.
..
..

10
2011 Haji Nasaruddin bin Shaarani, Guru Cemerlang (Sains)

Modul Pembelajaran Kendiri Kemahiran Proses Sains : Sains UPSR Bahagian B


9. Rajah di bawah menunjukkan suatu penyiasatan yang dijalankan di suatu tempat di
Pulau Pinang.

Nyatakan satu inferens (sebab) tentang arah bayang-bayang pada jam 1.30 p.m.
..
..
10. Seorang murid telah melepaskan kereta mainan X menuruni satu landasan yang
condong. Aktiviti itu diulangi dengan kereta mainan Y. Jarak pergerakan kedua-dua
kereta itu direkodkan.
(UPSR 2007)
Kereta Mainan
Jarak Pergerakan / m
X
1
Y
2
Nyatakan dua inferens (sebab) yang boleh menerangkan mengapa setiap kereta
mainan itu bergerak pada jarak yang berlainan.
..
..
11. Rajah di bawah menunjukkan dua tempat yang berbeza P dan Q di atas permukaan
Bumi.
(UPSR 2007)
Bumi
Bulan
P
Q

Nyatakan satu inferens (sebab) mengapa keadaan di P lebih gelap daripada di Q.


..
..

11
2011 Haji Nasaruddin bin Shaarani, Guru Cemerlang (Sains)

Modul Pembelajaran Kendiri Kemahiran Proses Sains : Sains UPSR Bahagian B


12. Rajah di bawah menunjukkan dua buah kotak yang serupa J dan K. Setiap kotak
mempunyai 8 lubang yang ditebuk di tepinya. Seorang penternak memasukkan 20
ekor anak ayam ke dalam kotak J dan 12 ekor anak ayam ke dalam kotak K.

Jadual di bawah menunjukkan keputusan penyiasatan ini selepas empat jam.


Kotak
J
K

Bilangan anak ayam yang mati


2
0

Nyatakan satu inferens (sebab) berdasarkan maklumat-maklumat ini.


..
..
13. Jadual di bawah menunjukkan masa yang diambil oleh empat planet untuk membuat
satu peredaran lengkap mengelilingi Matahari.
(UPSR 2008)
Planet
Zuhal
Uranus
Neptun
Pluto

Masa yang diambil oleh planet untuk membuat satu


peredaran lengkap mengelilingi Matahari / Tahun
29.5
84
165
248

Nyatakan satu inferens (sebab) tentang perbezaan antara masa yang diambil oleh
planet Zuhal dan Pluto.
..
..
Jenis Permukaan
Jarak yang dilalui oleh bongkah kayu / cm

Kering
20

Berminyak
35

14. Berikan satu sebab tentang jarak yang dilalui oleh bongkah kayu di atas permukaan
berminyak.
..
..

12
2011 Haji Nasaruddin bin Shaarani, Guru Cemerlang (Sains)

Modul Pembelajaran Kendiri Kemahiran Proses Sains : Sains UPSR Bahagian B


15. Rajah di bawah menunjukkan suatu penyiasatan tentang dua model yang diperbuat
daripada bilangan gulungan kertas yang berlainan. Kertas itu adalah jenis yang
sama. Kedua-dua model itu di tiup menggunakan kipas dengan laju yang sama.
Keputusan penyiasatan itu dicatat dalam jadual di bawah.
Model
Kestabilan

X
Jatuh

Y
Masih berdiri
(UPSR 2009)

Tuliskan satu sebab (inferens) berdasarkan pemerhatian pada model Y


..
..
16. Rajah di bawah menunjukkan dua buah buku yang serupa, J dan K. Kedua-dua
buku itu ditolak dengan cepat menggunakan daya yang sama. Jarak yang dilalui
oleh setiap buku ditunjukkan dalam jadual di bawah.

Pensel
Buku
J
K

Jarak yang dilalui / cm


10
30
(UPSR 2009)

Nyatakan satu sebab (inferens) tentang jarak yang dilalui oleh K.


..
..

Terapung di laut lebih mudah berbanding di sungai


17. Nyatakan satu inferens (sebab) berdasarkan pernyataan di atas. (UPSR 2003)
..
..

13
2011 Haji Nasaruddin bin Shaarani, Guru Cemerlang (Sains)

Modul Pembelajaran Kendiri Kemahiran Proses Sains : Sains UPSR Bahagian B

18. Jadual di bawah menunjukkan maklumat yang dikumpul oleh sekumpulan murid
semasa Gerhana Bulan.
(UPSR 2010)
Masa

8.40 p.m

9.30 p.m

10.30 p.m

11.30 p.m

12.10 p.m

Peringkat
Gerhana
Bulan

Pada pukul 2.00 a.m. pada hari yang sama, bulan tidak kelihatan.
Berikan satu sebab (inferens) berdasarkan maklumat di atas.
..
..
19. Rajah di bawah menunjukkan carta palang bilangan haiwan dalam sebuah sawah
padi.
Bilangan Haiwan
Tikus
Ular

2006

2007

2008

2009

2010

Tahun

Nyatakan satu sebab untuk menerangkan bilangan ular berkurang pada tahun
2010.
..
..

14
2011 Haji Nasaruddin bin Shaarani, Guru Cemerlang (Sains)

You might also like