Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 55

PERGERAKAN BAHAN-BAHAN

MERENTASI MEMBRAN PLASMA


BAB 3

3.1 PERGERAKAN BAHAN-BAHAN MERENTASI


MEMBRAN PLASMA
Pergerakan bahan-bahan ke dalam dan keluar dari sel-sel berlaku merentasi

membran plasma.
Membran plasma membantu sel untuk mengekalkan suatu persekitaran

dalaman yang malar supaya sel-sel boleh berfungsi dengan berkesan.


Struktur membran plasma:

(a) Teori bendalir-mosaic mula-mulanya dibentang oleh Singer dan Nicholson


pada 1972.
(b) Mereka mencadangkan bahawa membran plasma terdiri terutamanya
daripada fosfolipid dan protein.
(c) Membran plasma terdiri daripada dua lapisan fosfolipid dengan sebilangan
besar protein-protein yang berbeza bertaburan sepanjang dan dalam
dwilapisan fosfolipid.

Model mozek bendalir membran plasma

Setiap molekul fosfolipid mempunyai suatu kepala polar yang

hidrofilik(tertarik ke arah air) dan sepasang ekor bukan-polar


hidrofilik (ditolak oleh air).
Molekul-molekul fosfolipid tersusun dalam dua lapisan

(dwilapisan) dengan kepala hidrofilik pada lapisan luar,


menghadap bendalir ekstrasel dan kepala hidrofilik lapisan
dalam menghadap bendalir sitoplasma. Di antaranya adalah
ekor-ekor hidrofobik.
Lapisan fosfolipid mengandungi kolesterol yang menambahkan

ketegaran dan kestabilan membran sekeluruhannya.

Dwilapisan Fosfolipid

Beribu-ribu jenis protein yang berbeza wujud dalam membran. Proteinprotein yang berada keseluruhannya merentasi membran disebut protein
intrinsik, sementara protein-protein lain yang berada pada permukaan
dalam atau luar membran disebut protein ekstrinsik.
Jadual di bawah menunjukkan protein-protein dalam membran plasma:

Protein pembawa

Molekul protein yang


bertindak sebagai
pembawa

Protein liang

Molekul protein yang


membentuk laluan atau
liang

Glikoprotein

Protein membran yang


mempunyai karbohidrat
yang terikat padanya

Protein-protein dalam membran plasma

Struktur membran mengandungi molekul-molekul fosfolipid


dan protein-protein tertentu yang boleh bergerak dalamnya.
Molekul-molekul protein adalah bertaburan dalam lapisan
fosfolipid untuk membentuk satu corak mosaik.
Ini membenarkan membran plasma menjadi struktur
dinamik, seperti bendalir dan fleksibel.

Ketelapan membran plasma


Membran plasma adalah ketelapan memilih atau separa telap.
Ini bermakna bahawa membran plasma membenarkan hanya bahanbahan tertentu untuk merentasi dan bukan bahan yang lain.
Dua faktor yang menentukan ketelapan sesuatu molekul merentasi
membran plasma ialah:
(a) saiznya
(b) kekutubannya
Molekul-molekul yang bergerak secara bebas merentasi membran
plasma ialah:
(a) molekul larut lemak seperti asid lemak, gliserol, bahan-bahan steroid
dan vitamin A,D,E dan K yang boleh larut dalam dwilapisan lipid dan
bergerak merentasinya.
(b) molekul-molekul kecil bukan-polar (tidak bercas) seperti oksigen dan
karbon dioksida yang boleh bergerak melalui dwilapisan fosfolipid.
(c) air yang cukup kecil untuk bergerak antara dwilapisan fosfolipid atau
bergerak melalui liang-liang.

Molekul-molekul yang tidak boleh bergerak secara bebas merentasi membran

plasma adalah:
(a) molekul-molekul besar, larut-air dan asid amino yang tidak boleh bergerak
dengan senang melalui kawasan hidrofobik dengan membran plasma.
(b) Walau bagaimanapun, molekul-molekul ini boleh meresap merentasi
membran plasma dengan bantuan protein-protein pembawa
(c) Molekul-molekul kecil, larut air dan ion-ion seperti K+, Na+ dan Ca2+ yang
hanya boleh bergerak melalui membran plasma dengan bantuan protein liang.

Kenal pasti molekul-molekul yang boleh bergerak secara


bebas merentasi membran plasma
Asid-lemak

Glukosa
Asid amino
Oksigen
Karbon
dioksida
Vitamin E
Air
Ion K+
Steroid
Ion Ca+
Vitamin B

Boleh merentasi
membran plasma

Tidak boleh
merentasi membran
plasma

SPM 2008 (Kertas 3-Soalan 2)


Membran separa telap didefinisikan sebagai membran yang
membenarkan molekul tertentu meresap melaluinya tetapi tidak
membenarkan peresapan molekul-molekul lain. Peresapan molekul
melalui membran separa telap adalah berdasarkan saiz molekul-molekul
tersebut.
Berdasarkan maklumat di atas, rancang satu eksperimen dalam makmal
untuk mengkaji saiz molekul yang boleh meresap melalui membran separa
telap.
Perancangan eksperimen anda hendaklah meliputi aspek-aspek berikut:
Pernyataan masalah
Hipotesis
Pembolehubah
Senarai radas dan bahan
Teknik yang digunakan
prosedur
Cara data dipersembahkan

Susunan radas untuk mengkaji pergerakan bahan merentas


membran separa telap

400 ml air suling

15 ml larutan glukosa + 15 ml ampaian kanji

Tiub visking

Eksperimen untuk mengkaji saiz molekul yang boleh meresap melalui


Membran separa telap

Prosedur
1. Rendamkan tiub visking di dalam air selama 5 minit untuk melembutkannya.
Simpul dan ikatkan salah satu hujung tiub Visking dengan benang supaya tidak
bocor.
2. Isi tiub visking dengan 15ml larutan glukosa dan 15ml ampaian kanji. Ikat dengan
ketat hujungtiub Visking satu lagi dengan benang.
3. Bilas bahagian luar tiub visking dengan air suling.
4. Isikan 400ml air suling ke dalam bikar.
5. Masukkan tiub visking ke dalam bikar seperti yang ditunjukkan dalam Rajah dan
biarkan selama 40 minit.
6. Selepas 40 minit, keluarkan tiub visking dan pindahkannya ke bikar yang kering.
7. (a) Titiskan setitis larutan dari bikar ke dalam titisan iodin dalam jubin putih
berlekuk. Rekodkan pemerhatian.
(b) Ulang langkah 7(a) untuk larutan dari tiub visking.
8. Jalankan ujian Benedict terhadap larutan di dalam tiub visking dan larutan di dalam
bikar.
(a) Masukkan 2ml setiap larutan ke dalam tabung uji berasingan dan campurkan
1 ml larutan Benedict.
(b) Panaskan larutan tersebut di dalam kukus air selama kira-kira 5 minit dan
rekodkan perubahan warna.

Ujian Sampel Makanan


Uji untuk
mengesan

Reagen

Prosedur

Pemerhatian

Inferens

Kanji

Larutan iodin

1 titik iodin
ditambah
kepada
sampel
makanan

Warna kuning
bertukar kepada
warna hitam
kebiruan (blue
black)

Makanan
mengandungi
kanji

Gula penurun
(glukosa)

Larutan
benedict

Tambahkan
1ml larutan
benedict
kepada
sampel
makanan

Mendakan merah Makanan


bata terhasil
mengandungi
gula penurun

Panaskan
larutan
tersebut di
dalam kukus
air selama 5
minit

PERGERAKAN BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA

Pengangkutan pasif

Resapan ringkas

Resapan berbantu

Pengangkutan aktif

Osmosis

Kecerunan kepekatan

Resapan ringkas
Proses ini tidak menggunakan tenaga oleh sel.
Resapan ringkas ialah pergerakan rawak molekul atau ion
dari kawasan berkepekatan tinggi ke kawasan
berkepekatan rendah (menuruni kecerunan kepekatan)
sehingga keseimbangan tercapai.
Resapan ringkas dapat diperhatikan dalam cecair dan gas.
Contoh: meletakkan hablur kalium manganat (VII) di
dalam air.
Molekul hablur bergerak dari kawasan berkepekatan tinggi ke
kawasan berkepekatan rendah.
Resapan akan berlaku secara berterusan sehingga kedua-dua
jenis molekul tersebar sama rata ke seluruh larutan.
Keseimbangan dinamik tercapai apabila kepekatan tidak lagi
wujud.

Proses resapan kalium manganat (VII)

Proses Resapan

Kalium manganat (VII)


(molekul pewarna)

Osmosis

Proses pergerakan molekul air dari larutan


berpekatan zat terlarut rendah (kepekatan
molekul air tinggi) ke larutan berkepekatan zat
terlarut tinggi (kepekatan molekul air rendah)
merentas membran separa telap.
Osmosis penting kepada sel kerana sel
memerlukan air mencukupi untuk berfungsi
dengan baik.

Resapan berbantu
Molekul kecil bercas seperti ion atau molekul berkutub
yang tidak larut dalam lipid dan bersaiz besar seperti
asid nukleik, asid amino dan glukosa tidak dapat
bergerak merentas dwilapisan fosfolipid.
Proses ini dinamakan resapan berbantu
Molekul bergerak dari kawasan berkepekatan zat terlarut
tinggi ke kawasan berkepekatan zat terlarut rendah.
Tidak memerlukan tenaga kerana protein pembawa
mengangkut molekul menuruni kecerunan kepekatan.

Protein pembawa adalah khusus kerana setiap satu hanya


boleh bergabung dengan molekul tertentu sahaja.
Misalnya molekul glukosa hanya boleh bergabung dengan
protein pembawa khusus untuk glukosa.
Selepas proses penggabungan protein pembawa akan berubah
bentuk untuk menggerakan molekul merentas membran
plasma.
Protein pembawa kembali ke bentuk asalnya dan bersedia
untuk mengangkut molekul seterusnya.
Protein liang membentuk liang atau terusan bagi
membenarkan molekul kecil terlarut terutamanya ion
bergerak melaluinya.
Liang mempunyai ciri khusus yang hanya membenarkan ion
khusus melaluinya.

Pergerakan bahan merentas membran


plasma melalui pengangkutan aktif
Pengangkutan aktif ialah pergerakan bahan (ion
dan molekul) merantas membran plasma
menentang kecerunan kepekatan, iaitu dari
kawasan berkepekatan rendah ke kawasan
berkepekatan tinggi dengan menggunakan
tenaga metabolisme.
Proses ini memerlukan bantuan protein
pembawa dan tenaga untuk mengangkut bahan
merentas membran plasma.

Tenaga untuk pengangkutan aktif datangnya


dari molekul ATP(Adenosina Trifosfat) yang
dijana oleh mitokonria.
Protein pembawa mempunyai tapak aktif untuk
bergabung dengan sesuatu molekul atau ion
tertentu dan satu lagi tapak aktif untuk
bergabung dengan molekul ATP.
Tenaga ATP(adenosina trifosfat) terurai kepada
ADP(adenosina difosfat) dan P.
Proses penguraian ini membekalkan tenaga
kepada protein pembawa untuk berubah bentuk
dan untuk menggerakkan ion natrium merentas
membran plasma.

Contoh pengangkutan aktif pam natrium


kalium
Protein pembawa dikenali sebagai pam.
Protein pembawa memerlukan tenaga untuk
menggerakkan bahan menentang kecerunan
kepekatan.
Pam natrium-kalium membantu mengekalkan
kecerunan kepekatan dengan mengangkut ion
natrium keluar sel dan ion kalium ke dalam sel.

Pengangkutan aktif dan pengangkutan pasif


dalam organisma hidup
Pertukaran gas antara alveolus dan kapilari
darah
Akar rambut menyerap air dan garam mineral

Tulis perbezaan antara pengangkutan aktif


dengan pengangkutan pasif
Pengangkutan aktif

Perbezaan

Pengangkutan
pasif

Keperluan tenaga
Kecerunan
kepekatan
Protein pembawa
yang dikenali sebagai
pam
Penyerapan garam
mineral oleh sel akar

Keperluan protein Protein pembawa


diperlukan untuk
pembawa

resapan berbantu

Contoh

Resapan kalium
manganat (VII)

3.2 PERGERAKAN BAHAN MERENTAS MEMBRAN


PLASMA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN
Persekitaran dalam sel haiwan dan sel tumbuhan

Setiap sel dikelilingi bendalir luar sel (bendalir


interstis).
Oleh itu, sel sentiasa mengalami proses osmosis.
Pergerakan air merentas membran plasma bergantung
pada kepekatan air dalam sel.
Air bergerak dalam arah yang menyeimbang
kepekatan air kepada kedua-dus belah sel.

Larutan isotonik
Kepekatan zat terlarut di luar sel sama dengan kepekatan
zat terlarut sel.

Kesan larutan isotonik


Air meresap masuk ke dalam dan keluar sel pada kadar
yang sama.
Jadi, dalam keadaan ini, pergerakan air meresap masuk
dan keluar sel secara osmosis merentas membran
plasma adalah seimbang.
Isi padu dan bentuk sel tidak berubah

Larutan hipotonik
Kepekatan zat terlarut di luar sel adalah lebih rendah
daripada kepekatan zat terlarut sel.

Kesan larutan hipotonik


Ini menyebabkan terdapat pergerakan bersih air dari
luar ke dalam sel.
Air masuk ke dalam sel secara osmosis, menyebabkan
isipadu sel bertambah dan sel mengembang.

Larutan hipertonik
Kepekatan zat terlarut di luar sel lebih tinggi daripada
kepekatan zat terlarut dalam sel.

Kesan larutan hipertonik


Ini menyebabkan berlaku pergerakan air bersih dari
dalam sel ke luar sel.
Air meresap keluar melalui proses osmosis.
Isipadu sel dan tekanan dalam sel berkurang.

Tugasan Dalam Kumpulan


Kumpulan 1 : Bincangkan apakah yang terjadi kepada sel haiwan
apabila berada dalam larutan isotonik. Lukiskan perubahan
struktur sel.
Kumpulan 2: Bincangkan apakah yang terjadi kepada sel tumbuhan
apabila berada dalam larutan isotonik. Lukiskan perubahan
struktur sel.
Kumpulan 3: Bincangkan apakah yang terjadi kepada sel haiwan
apabila berada dalam larutan hipotonik. Lukiskan perubahan
struktur sel.
Kumpulan 4: Bincangkan apakah yang terjadi kepada sel tumbuhan
apabila berada dalam larutan hipotonik. Lukiskan perubahan
struktur sel.
Kumpulan 5: Bincangkan apakah yang terjadi kepada sel haiwan
apabila berada dalam larutan hipertonik. Lukiskan perubahan
struktur sel.
Kumpulan 6: Bincangkan apakah yang terjadi kepada sel tumbuhan
apabila berada dalam larutan hipertonik. Lukiskan perubahan
struktur sel.

Kesan sel tumbuhan & sel haiwan dalam


larutan isotonik
Tiada perubahan isi padu dan bentuk sel.

Kesan sel haiwan dalam larutan hipotonik


Air masuk ke dalam sel haiwan.
Sekiranya larutan sangat hipotonik, sel haiwan seperti
sel darah merah mengembang dan akhirnya meletus
atau pecah.
Ini adalah kerana membran plasma adalah terlalu nipis
untuk menahan tekanan osmosis yang tinggi dalam
sel.
Pemecahan sel darah merah akibat tekanan osmosis
dalam sel dikenali sebagai hemolisis.

Kesan sel tumbuhan dalam larutan hipotonik


Berbeza daripada sel tumbuhan, sel haiwan tidak pecah
kerana dinding selnya tegar.
Apabila sel tumbuhan dimasukkan ke dalam larutan
hipotonik, air meresap secara osmosis dan memenuhi
vakuol.
Vakuol sel mengembang.
Cecair dalam vakuol akan menekan sitoplasma dan
menolak membran plasma ke dinding sel.
Sel dikatakan berada dalam tekanan segah.
Tekanan segah penting kerana memberi sokongan dan
mengekalkan bentuk sel.
Kesegahan sel juga menyebabkan sel pengawal
mengembang dan stoma terbuka untuk proses fotosintesis.

Kesan sel tumbuhan dalam larutan hipertonik


Air meresap keluar dari sel ke larutan hipertonik secara
osmosis.
Vakuol dan sitoplasma sel mengecut menyebabkan
membran plasma menjauhi dinding sel.
Proses ini disebut plasmolisis, iaitu pengecutan
sitoplasma akibat osmosis.
Sel dikatakan flasid, tumbuhan menjadi layu.
Sekiranya plasmolisis berlaku secara berterusan,
tumbuhan tersebut akan mati.
Walau bagaimanapun, sel tumbuhan yang mengalami
plasmolisis boleh menjadi segah semula jika dipindahkan
ke dalam larutan hipotonik.
Sel dikatakan mengalami deplasmolisis.

Kesan sel haiwan(sel darah merah) dalam larutan hipertonik

Air daripada sel meresap keluar melalui proses osmosis.


Isi padu sel dan tekanan dalam sel berkurang.
Sel tersebut akan mengecut dan sel darah merah dikatakan
mengalami krenasi.

Endositosis

Endositosis adalah pengangkutan bahanbahan ke dalam sel.


Bahan-bahan yang disertakan dengan satu
kali ganda daripada membran sel, yang
kemudiannya Pinches ditutup untuk
membentuk vesicle tertutup.
Terdapat dua jenis daripada endositosis:
pinocytosis
phagocytosis

Finositosis
Apabila bahan-bahan
dan vesikel kecil
(seperti sebuah
molekul protein)
proses yang dikenali
sebagai pinocytosis
(minum sel).

Fagositosis
Jika bahan-bahan yang besar
(seperti sel darah putih
meminum sel bakteria)
proses ini dikenali sebagai
fagosaitosis (makan sel).
mis.:
Kuffer sel di dalam hati
menelan eritrosit usang dan
bakteria.
Sel-sel darah putih (neutrofil
dan makrofaj)
Amoeba menelan zarah
makanan.

Exositosis
Eksositosis adalah
pengangkutan bahanbahan daripada sel. Ia
adalah terbalik sebenar
endositosis.
Bahan-bahan untuk
dieksport pertama
mestilah disertakan dalam
vesicle membran,
biasanya dari RER dan
Badan Golgi.

Hormon dan enzim pencernaan


dirembeskan oleh eksositosis dari sel-sel yg
mengeluarkan usus dan kelenjar endokrin.
Kadang-kadang bahan-bahan yang boleh
lulus terus melalui sel-sel tanpa pernah
membuat hubungan dengan sitoplasma
oleh yang diambil oleh endositosis pada
satu hujung sel dan lulus oleh eksositosis
pada akhir lain.

KESIMPULAN
Plasma membrane

SEKIAN, TERIMA
KASIH.
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN
BATIN

You might also like