Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 18

PENGENALAN

Kerajaan Tempatan di Malaysia telah bermula

sejak tahun 1801.


Dikenali sebagai Committee of Assessors
ditubuhkan di Pulau Pinang.
Kerajaan tempatan pada masa tersebut
adalah kurang berkesan dan tidak mampu
memberi perkhidmatan terbaik kepada
penduduk di kawasan mereka.

SEBAB-SEBAB
PENYUSUNAN SEMULA
Masalah pentadbiran
Masalah kewangan
Bilangan penguasa tempatan
Perkembangan bandar
Perkembangan ekonomi dan sosial
Peranan ahli majlis
Juga dari segi keberkesanan

MASALAH PENTADBIRAN
-Kerajaan tempatan mempunyai sistem pentadbiran
yang agak lemah.
-Menyebabkan mereka tidak mampu mendapatkan
perkhidmatan tenaga kerja profesional sehingga timbul
kelewatan dalam menyiapkan projek-projek tertentu.
MASALAH KEWANGAN
-Kekurangan dari segi kewangan menyebakan mereka
tidak mampu memainkan peranan yang sebenarnya
tidak mampu untuk mentadbir kawasan mereka
dengan baik. Contohnya, dari segi penjagaan
kebersihan di sesuatu kawasan pentadbiran mereka.

BILANGAN PENGUASA TEMPATAN


-Sebelum penyusunan semula bilangan penguasa
tempatan terlalu banyak iaitu berjumlah 374
buah.
PERKEMBANGAN BANDAR
-Perkembangan bandar-bandar dan juga pekan
pekan kecil telah membawa perubahan kepada
masyarakat setempat. Masyarakat yang
dahulunya terdiri daripada petani telah
berubah
kepada masyarakat perindustrian.

PERKEMBANGAN EKONOMI DAN SOSIAL


-Pada masa dahulu peranan kerajaan tempatan
adalah lebih tertumpu kepada service oriented
seperti perkhidmatan mengangkut sampah,
kesihatan awam, pembentungan dan sebagainya.
PERANAN AHLI MAJLIS
-Ahli majlis yang menganggotai kerajaan tempatan
tidak dapat menjalankan tugas dengan berkesan.
KEBERKESANAN
- Dari segi tugas, tidak terdapat usaha-usaha untuk
mengkaji semula struktur dan peranan kerajaan
tempatan .

PERMULAAN KERAJAAN
TEMPATAN
Kewujudan kerajaan tempatan adalah bermula di

bandar.
Setelah beberapa tahun barulah dimulakan di
kawasan luar bandar.
Perkhidmatan-perkhidamatan yang terdapat di
bandar adalah jauh berbeza dengan perkhidmatan
yang terdapat di luar bandar hakikat ini kerajaan
berusaha untuk menghapuskan kelemahan tersebut,
dan salah satu cara yang terbaik ialah melakukan
penyusunan semula ke atas kerajaan tempatan agar
perkhidmatan tersebut boleh boleh disediakan oleh
kerajaan tempatan.

LAPORAN ATHI
NAHAPPAN
Pada tahun 1965, sebuah Suruhanjaya Penyiasatan Diraja

telah ditubuhkan untuk mengkaji kelemahan-kelemahan


yang terdapat dalam sistem kerajaan tempatan dan
memperbaiki serta menyusun semula pentadbirannya.

Suruhanjaya ini dipengerusikan oleh Datuk Athi Nahappan

iaitu seorang pemimpin MIC pada masa itu.

Anggota-anggota lain adalah terdiri daripada 9 orang

pegawai kerajaan dari berbilang kaum yang telah dilantik


oleh Yang di-Pertuan Agong.

Hasil

laporan Suruhanjaya Penyiasatan inilah yang


dinamakan laporan Athi Nahappan yang disiapkan pada
tahun 1968.

Suruhanjaya ini telah membuat kajian yang menyeluruh

dan telah mengemukakan beberapa cadangan untuk


mengubah dan memperbaiki pentadbiran sistem kerajaan
tempatan.

Kajian-kajian atau penyiasatan yang


dilakukan oleh Suruhanjaya tersebut
adalah berkaitan dengan perkaraperkara berikut:
(i) Menyiasat sama ada kerajaan tempatan yang wujud

semasa itu telah memberikan perkhidmatan yang berguna


dan baik. Sekiranya tidak mengapakah perkara ini berlaku?

(ii) Menyiasat sama ada kerajaan tempatan dapat

diperbaiki. Jika ya, bagaimanakah cara memperbaikinya?

(iii) Sekiranya kerajaan tempatan tidak boleh diperbaiki

lagi,apakah bentuk pembaharuan yang diperlukan?


1989:114)

(Ahmad Atory Hussain,

Cadangan dan juga syor-syor yang


dikemukakan dalam laporan
suruhanjaya
(i) Mengadakan pemilihan wakil dalam sistem kerajaan

tempatan melalui sistem pilihan raya

(ii) Mencadangkan suatu perubahan dibuat ke atas

struktur pentadbiran kerajaan tempatan yang mana


semua badan, lembaga dan majlis yang sedia ada
dibubarkan dan digantikan dengan lembaga pengurusan.

(iii) Laporan ini juga mementingkan sistem jawatankuasa

yang mana terdapat dua jenis jawatankuasa yang


dicadang untuk digunakan iaitu jawatankuasa
pentadbiran dan jawatankuasa penasihat.

(iv) Berkenaan dengan kewangan kerajaan tempatan,

suruhanjaya penyiasatan mencadangkan supaya


geran yang disediakan mengikut budi bicara kerajaan
persekutuan dan negeri perlu ditetapkan jumlahnya
dan menjadi hak penguasa tempatan
(v) Menyarankan supaya pentadbiran atasan dan

pegawai eksekutif dalam penguasa tempatan


bercorak seperti setiausaha daerah. Setiausaha ini
akan mempunyai kuasa pentadbiran dan juga kuasa
eksekutif penguasa tempatan serta berkuasa ke atas
semua jabatan.

Secara keseluruhan:
Laporan Athi Nahappan
Cadangancadangan yang dikemukakan dalam

Laporan Athi Nahappan adalah bertujuan untuk


memperbaiki kelemahan yang ada pada
penguasa tempatan. Namun, cadangan tersebut
kurang sesuai dan tidak diterima kerana ia
banyak dipengaruhi oleh unsur British. Namun
begitu satu cadangan yang diterima oleh
kerajaan ialah tentang pemansuhan semua
bentuk majlis, lembaga dan badan-badan
tempatan serta digantikan dengan penguasa
tempatan sahaja iaitu Dewan/Majlis Bandaraya,
Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah.

TUJUAN PENYUSUNAN SEMULA


KERAJAAN TEMPATAN
Menjadi unit tersendiri
Aktif memainkan peranan
Bertangungjawab dalam hal perancangan bandar

dan memastikannya sistematik serta selaras


Mentadbir saiz kawasan dan bilangan penduduk
Memungut hasil dan menyediakan kemudahan

asas
Memastikan kawasan di Malaysia ditadbir oleh

PBT

AKTA DALAM PROSES


PENYUSUNAN SEMULA KERJAAN
TEMPATAN
Akta Kerajaan Tempatan 1976
Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974
Akta Perancangan Bandar dan Desa

1976

PERANAN & BIDANG


TUGAS KERAJAAN
TEMPATAN
Akta Perancangan Bandar & Desa 1976
pembangunan di kawasan masing-masing
Perancangan bandar dan desa
Arahan pihak berkuasa negeri

PERANAN & BIDANG


TUGAS KERAJAAN
TEMPATAN
Akta Kerajaan Tempatan 1976
Tempat-tempat awam
Kebersihan dan pengindahan
Perusahaan dan perdagangan
Pengangkutan
Pembekalan elektrik
Membuat kontrak

PERANAN & BIDANG


TUGAS KERAJAAN
TEMPATAN
Akta Jalan, Parit & Bangunan 1974
Jalan
Pembentungan dan perparitan
Lorong belakang
Bangunan

KESIMPULAN
Penyusunan

semula kerajaan tempatan


adalah
untuk
membolehkan
penguasa
tempatan memberikan perkhidmatan dan
juga menjalankan pentadbiran dengan baik
seiring dengan perubahan masa. Hasil
penyusunan semula ini telah mengubah aspek
struktur kerajaan tempatan, iaitu daripada
pelbagai jenis kerajaan tempatan yang wujud
hanya kepada tiga jenis sahaja.

You might also like