Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

HUZAIFAH IBNU YAMAN: PENYIMPAN RAHSIA NABI

Huzaifah bin Al-Yaman antara sahabat nabi yang sangat masyhur. Bapanya bernama Husail bin Jabir AlAbsi Al-yamani. Beliau merupakan sohib As-Sir atau penjaga rahsia nabi SAW.
Memandangkan beliau adalah manusia yang disebut sebagai penjaga rahsia nabi SAW, menyebabkan
banyak nama-nama para munafiq berada ditangan beliau. Semuanya ini disebabkan kepercayaan yang
diberikan oleh Nabi kepada beliau.
Pernah suatu hari, Omar bin Al-Khattab bertanya kepada Huzaifah, apakah nama beliau antara yang
tersenarai sebagai orang munafiq. Lalu dijawab oleh Huzaifah, bahawa Omar bukan dari kalangan
mereka[1].
Disebabkan beliau menyimpan rahsia-rahsia nabi, menyebabkan beliau pernah menyebut;

Maksudnya;
Demi Allah, sesungguhnya aku adalah manusia yang paling banyak mengetahui dengan setiap fitnah yang
akan berlaku diantaraku dan hari kiamat
Beliau diberikan kelebihan oleh Allah, bahawa mempunyai firasat yang sangat tinggi, sehinggakan beliau
mampu menafsirkan wajah manusia tentang apa yang terkandung dalam hati mereka.
Antara kehebatan firasat Huzaifah adalah, boleh dikatakan, permukiman Kufah adalah dibuka oleh
Huzaifah. Ini kerana, ramai dari pemukiman Kufah berasal dari Madyan yang ketika itu ditimpa penyakit
yang tidak diketahui punca.
Bagi memastikan pemindahan itu tidak membawa penyakit, terlebih dahulu Omar bin Al-Khattab
menghantar Huzaifah bin Al-Yaman untuk menyelidiki keadaan di situ. Huzaifah pergi ke tempat tersebut
bersama seorang kawannya, iaitu salman bin Ziyad.
Sesampai di kufah yang ketika itu adalah padang pasir yang kosong. Menghirup udara disitu, terus
difirasatkan oleh Huzaifah sebagai tempat yang tidak ada penyakit, menyebabkan disitulah bermulanya
permukiman orang arab Madyan tinggal di Kufah.
Bapa beliau yang bernama Husail bin Jabir Al-Absi Al-Yamani juga beragama islam, beliau syahid dalam
peperangan uhud ekoran tersilap bunuh oleh salah seorang sahabat nabi kerana menyangka ianya adalah
musyrik. Huzaifah merasa sedih dengan kejadian tersebut.

Berita pembunuhan tersilap itu dikhabarkan kepada Nabi Muhammad SAW, menyebabkan Nabi SAW
dibayar diyat kepada Huzaifah. Bayaran Diyat itu diterima oleh Huzaifah, tetapi tidak digunakan untuk
kegunaan peribadinya, bahkan dibahagikan kepada kaum muslimin. Keadaan inilah, menyebabkan baginda
SAW bertambah sayang kepada huzaifah.
Mempunyai ketaatan kepada rasulullah terlalu tinggi, hatta sanggup menggadaikan nyawa. Pernah berlaku
dalam kejadian peperangan Ahzab (nama lain : Khandak), Nabi SAW melantik beliau menjadi pencari
rahsia kuffar dengan menyelinap masuk bagi menyelidiki dan mengetahuai rahsia yang wujud dikalangan
tentera kuffar. Kerja itu adalah berat, tetapi diterimanya dengan hati terbuka.
Semasa sedang menuju secara sembunyi-sembunyi ke tempat kumpulan Kuffar itu, dengan pertolongan
Allah, angin kencang datang menyebabkan api pelita terpadam.
Dengan terpadamnya api pelita yang mengakibatkan kegelapan, diambil kesempatan oleh Huzaifah untuk
masuk dalam perkumpulan tentera kuffar.
Abu Sufyan sebagai panglima perang kuffar bimbang perkumpulan mereka dimasuki musuh, menyebabkan
mengarahkan agar tentera itu memegang tangan kawannya masing-masing, lalu bertanya nama.
Mendengar arahan itu, huzaifah dengan cepat memegang tangan orang kelilingnya lalu bertanya tentang
nama mereka.
Dalam keadaan gelap itu, kedengaran suara Abu Sufyan menyebut bahawa puak Yahudi Quraizah telah
mengkhianati mereka menyebabkan mereka terpaksa berundur, lebih-lebih lagi dengan kedatangan angin
tiupan yang terlalu kuat sehingga memporak perandakan kekuatan pertahanan mereka.
Huzaifah meninggal dunia di Madyan (sekarang : Lubnan) pada tahun 36 hijriyyah dalam umur yang terlalu
tua. Beliau meninggal dunia selepas mendapat berita pembunuhan terhadap Saidina Osman bin Affan.
Semasa hampir dengan saat meninggal dunia itu, dia meminta agar sahabat-sahabat menunjukkan
kepadanya kain kafan yang digunakan untuk mengkafankannya. Apabila dibawa kepadanya, dilihat kain itu
jenis yang elok, lalu diminta agar kain yang untuk dikafankannya itu bukan kain yang jenis mahal.
Semasa saat dia mahu menghembuskan nafasnya yang terakhir, para sahabat terdengar ucapannya seperti
berikut;
selamat datang wahai Maut; kekasih tiba di waktu rindu; hati bahagia tak ada keluh dan sesalku

You might also like