Acc Ting 4 Pengenalan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Kedai telefon Aliff telah ditubuhkan pada 1 Januari 2015.

Kedai ini beralamat di ,tingkat


dua, bangunan Ukir Mall, Jalan Sultan Badlishah, 56000 cheras, Kuala Lumpur . erniagaan ini
dimiliki oleh Muhd Aliff bin Sham . Sepanjang perniagaan ini dijalankan, saya dibantu oleh
seorang pekerja yang bernama Nur Ain Sabrina binti Abdul Basir. Modal yang digunakan untuk
memulakan perniagaan ini adalah sebanyak RM30 000. Saya menjual telefon yang terbaru di
pasaran.
Tujuan saya memilih perniagaan jenis ini adalah kerana pada zaman sekarang, ramai
orang yang memerlukan telefon untuk berhubung dan bersosial . Selain itu, ramai orang
mempunyai keiginan dan duit untuk membeli telefon. Tetapi mereka tidak tahu hendak beli
dimana. Mereka juga akan kesuntukan masa untuk memilih telefon yang berkualiti. Oleh itu,
dengan adanya kedai telefon saya, para pelanggan hanya perlu memilih jenama yang mereka
suka tanpa mengambil masa yang lama.
Kelebihan di kedai telefon saya ialah, jenama telefon dan model telefon yang terdapat di
kedai saya adalah daripada model dan jenama yang terbaru dan sesuai untuk semua orang yang
menginginkan telefon yang berjenama mewah , sederhana dan biasa setaraf dengan wang yang
dikeluarkan.Seterusnya, kualiti telefon yang saya tempah sangat berpuas hati kerana ditempah
dalam keadaan yang baik . Selain itu, harga telefon di kedai telefon saya adalah berpatutan yang
dapat mengurangkan kerugian dalam perniagaan sekaligus meminimumkan perbelanjaan. Lokasi
perniagaan saya juga strategik kerana terletak di tengah-tengah pusat bandar dan terletak di
bangunan baru yang akan membuatkan pelanggan selesa berurusniaga.
Risiko yang mungkin perniagaan hadapi ialah cita rasa pelanggan akan sentiasa berubahubah. Seterusnya, kerosakan dan kehilangan penempahan stok telefon semasa pengangkutan
juga salah satu risiko perniagaan untuk mengalami kerugian. Selain itu, saya sebagai pelilik
perniagaan juga mungkin akan menanggung kerugian jika hal sedemikian berlaku.

You might also like