Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

AJ20903 SEJARAH AWAL ASIA TIMUR

Dinasti Ming merupakan zaman kestabilan

Soalan 8 :

politik dan kemakmuran sosial yang membawa banyak


perubahan

penting

Bincangkan

dari

dalam
aspek

ketamadunan
pembangunan

perdagangan dan ekspedisi maritim.


NAMA
MOHAMAD HAFIZ BIN

NO.MATRIK
BA12110192

RIDUAN
MASA

PENSYARAH :

11.00-12.00 (JUMAAT)
JAMES ONGKILI

Cina.
politik,

Pembentukan Dinasti Ming


Dinasti Ming diasaskan oleh Zhu Yuan Zhang yang merupakan seorang anak yatim
piatu berasal daripada kawasan petani miskin di utara barat wilayah Jiangsu. Zhu
hidup dalam zaman kebuluran dan penularan penyakit pada 1344 dan mula diambil
sebagai anak angkat oleh rahib buddha di wilayah bandar Fengyang. Selama 3
tahun Zhu menghabiskan masanya menjadi seorang rahib pengemis di lembah
Huai dan memulakan pembelajaranya sebagai rahib buddha di biara. Pada 1352,
berlaku penentangan terhadap regim Yuan dan Zhu berpihak kepada puak
penentang. Di bawah regim Han Liners, Zhu menjadi ketua general bagi
mengetuai penentangan di wilayah Fengyang. Di bawah pimpinan Zhu, regim
pemerintahan Song berjaya berada di kemuncak apabila berjaya mengetuai
angkatan tentera pemberontak bagi menakluki kawasan selatan. Pada 1356, Zhu
berjaya menakluki dan menubuhkan sebuah markas utama di Nanjing yang
merupakan kawasan bandar strategik sekitar kawasan sungai Yang Tze dan semasa
menguasai

Nanjing,

Zhu

telah

mendapat

asas

pengetahuan

awal

tentang

penubuhan sebuah kerajaan. Sekitar 1360-1367, Zhu meluaskan penguasaanya


terhadap wilayah timur lembah Yang Tze yang meliputi kawasan Han, Wu (timur),
dan wilayah Nanjing barat. Perkara ini menjadikan Zhu mengetuai pemberontakan
regim Song yang terkuat dan selepas berjaya menguasai sejumlah kawasan besar
China, Zhu mengistiharkan bahawa dia ingin membebaskan China daripada
kekuasaan Mongol pada 1368 dan membentuk satu empayar baru. 1
Zhu kemudiannya mengasaskan Dinasti Ming yang membawa maksud
bercahaya dan Zhu diberi gelaran Maharaja Hongwu kuat mempertahankan
diri.Pada tahun 1368, perleluasan kuasa di bawah empayar baru telah dilakukan
oleh dinasti Ming ke atas wilayah Shadong, Henan, Shanxi, dan Dadu, ini
menyebabkan regim Mongols terpaksa berundur. Perleluasan kuasa secara drastic
seterusnya dilakukan ke wilayah Fujian, Hunan ke kawasan Guandong, dan Guangxi
di kawasan selatan. Pada 1369-1370, sub-unit pentadbiran dinasti Ming telah
1 Kenneth Pletcher, Understanding China : The History of China, New York :
Britannica Educational Publishing, 2011, hlm.191.

ditubuhkan di kawasan Shaanxi, Gansu, dan kawasan pedalaman Mongolia


seterusnya penentangan terhadap regim Mongol diperluas ke kawasan Hami (1388),
timur laut sungai Sungari,Songhua di Manchuria (1387), dan kawasan utara luar
Mongolia hingga ke kawasan Karakorun,tasik Baikal (1387-1388).Selama 30 tahun
era permulaan dinasti Ming, regim Ming berjaya menghapuskan beberapa
penentangan seperti regim Xia di wilayah Sinchuan pada 1371, penentangan regim
Mongol dan Aborginal di wilayah Guizhou dan Yunan pada 1381 hingga 1382.Pada
akhir kekuasaan dinasti Ming, dinasti Ming berjaya membentuk sebuah empayar
yang besar dengan menguasai kawasan utara wilayah Hami hingga ke kawasan
pedalaman wilayah Mongolia dan utara Manchuria. 2
Pembangunan Politik Zaman Dinasti Ming
Secara amnya, pentabiran semasa zaman-zaman dinasti China akan dipecahkan
kepada dua bahagian iaitu pentadbiran di peringkat tempatan dan peringkat
pusat.Pada awal penubuhan dinasti Ming corak pentadbiran tradisional masih
diamalkan, namun apabila keadaan pemerintahan mula menjadi stabil corak
pemerintahan mula bertukar kepada pengawalan sepenuhnya. 3
Peringkat Wilayah
Diperingkat awal sebelum erak kestabilan Ming, pemerintahan kerajaan masih
dipelopori tradisi lama iaitu jawatan yang disandang akan diturunkan secara
warisan. Namun tradisi ini mula berubah di bawah pemerintahan totalitarian Ming.
Pada 1397 kod undang-undang Ming telah dirangka dan diishtiharkan, perkara ini
telah membantu memperkuatkan autoriti tradisional dan tangggungjawab kaum
keluarga

(china

mementingkan

hubungan

sesame

keluarga

dan

keluarga

merupakan unit penting dalam kehidupan). Di bawah undang-undang baru ini,


keluarga

dikategorikan

kepada

berdasarkan

status

warisan

iaitu

orang

awam,tentera, dan golongan artisan. Semasa pemerintahan dinasti Ming, kawasan


kejiranan di setiap wilayah mula dirombak semula dengan mengkategorikan status
sosial bagi mewujudkan pengawasan dan sikap saling membantu. Dalam kalangan
2 Kenneth Pletcher, Op. cit., hlm.192.
3 Ibid., hlm.197.

orang awam, mereka akan dikategorikan kepada 10 sub-keluarga (puak) dan


dikumpulkan sebagai sebuah masyarakat yang meliputi 100 keluarga dan setiap
kumpulan masyarakat itu akan diketuai oleh 10 orang ketua yang akan memegang
jawatan sebagai ketua. Jawatan yang disandang akan dilakukan secara putaran
setiap tahun.4
Seca keseluruhannya, sistem inin dinamakan sebagai lijia dan kemudiannya
ditukar kepada baojia yang bertujuan bagi memperkuatkan,menstabilkan dan
mendoktrinkan pentadbiran wilayah. Dalam pengurusan serta pentadbiran kerajaan
Ming di peringkat wilayah, terdapat 3 badan utama yang akan menjadi pembantu
iaitu pentadbiran am, pemantauan, kehakiman, dan hal-hal ketenteraan. 5
Peringkat Pusat
Apabila Maharaja Yong-le memindahkan Bandar utama kerajaan ke Beijing, Yong-le
mengarahkan pembinaan sebuah istana yang menjadi simbolik kepada kekuasaan
dan kekuatan dinasti Ming (kota larangan). Pembinaan The Forbidden City ini
mengambil masa selama 14 tahun iaitu dari 1406 hingga ke 1420. Tembok batu
setinggi 35 kaki telah dibina di sekeliling kota, kota ini juga dikelilingi oleh
bangunan-bangunan seperti kuil, bangunan pentadbiran, dan lain-lain. Pemberian
nama The Forbidden City adalah disebabkan orang luar dan asing dilarang
daripada memasuki kota tersebut.6
Pada asasnya, pentadbiran dinasti Ming diambil daripada dinasti Yuan di
mana

pentadbiran

pusat

dipecahkan

kepada

bahagian

iaitu

bahagian

pentadbiran, unit pemantauan dan hierarki ketenteraan. Walaupun pembahagian


telah dibuat, namun banyak berlaku pertindihan fungsi serta kuasa ketiga-tiga
4 Kenneth Pletcher, Op. cit., hlm.193.
5 Charles O. Hucker, Harvard Journal of Asiatic Studies, Vol. 21 dalam Governmental
Organization of The Ming Dynasty, Harvard : Harvard-Yenching Institute. 1958.
hlm.7.
6 China Limits European Contacts dalam An Age of Explorations and Isolation,
(artikel tanpa penulis dan penerbit)

hierarki cuba dikawal oleh kuasa peringkat tertinggi. Pada awal pentadbiran pusat
dinasti Ming, ianya dikawal oleh kesatuan sekretariat. Ketua sekretariat berfungsi
sebagai perdana menteri kepada maharaja, namun pada 1380 pengkhianatan
berlaku

semasa

Hu

Weiyong

menjadi

perdana

menteri

dan

perkara

ini

menyebabkan maharaja Hongwu menghapuskan semua jawatan sekretariat yang


berfungsi dalam menjadi penasihat raja, percukaian, istiadat, peperangan, keadilan
dan pekerjaan. Perkara ini telah membawa kepada pemusatan kuasa yang terlalu
tinggi.7. Pada abad ke-15, pembentukan dan pentadbiran institusi baru mula
dikoordinasi semula dalam kerajaan pusat dan wilayah. Akademi Hanlin telah
ditugaskan secara terus dalam pentadbiran istana sebagai pembantu sekretariat
dan mula menjadi sekretarian utama (neige) yang mempunyai hubungan secara
terus dalam pengurusan kerajaan pusat. 8 Pentadbiran wilayah, diletakkan di bawah
kekuasaan pembesar kerajaan pusat yang dipanggil sebagai komander (zongbing
guan) dan di setiap kawasan kejiranan pula diletakkan di bawah pengawalan
pegawai-pegawai kerajaan pusat (zongdu). 9
Apabila populasi bertambah, pentadbiran mula dipecahkan dan agensi-agensi
ditugaskan dalam pentadbiran wilayah yang mempunyai fungsi khusus. Pada zaman
Ming juga, pentadbiran kerajaan Ming dipelopori oleh golongan yang bukan
berketurunan bangsawan serta tidak diwarisi. Setiap jawatan yang disandang
adalah melalui sistem peperiksaan yang diasaskan semasa dinasti Yuan. Pada 1450,
kerajaan Ming mula meletakkan satu peraturan di mana ahli kerabat diraja tidak
dibenarkan terlibat secara aktif dalam pentadbiran dan para pegawai yang
berjawatan tinggi hanya dibolehkan meletakkan hanya seorang anaknya secara
warisan untuk menjawat jawatan dalam pentadbiran awam. (hucker)
Perdagangan Dinasti Ming

7 Ibid, hlm.21-23.
8 Wright, D.Curtis, The history of China, California : Greenwood Publishing, 2011,
hlm.88.
9 Kenneth Pletcher, Op. cit., hlm.199.

Pada awal pemerintahan dinasti Ming, maharaja Hongwu (1368-1398) telah


mengharamkan segala aktiviti perdagangan dan hubungan luar 10 yang dijalankan
hanya

berfokus

kepada

penghantaran

ufti

oleh

negara

luar.Namun,

era

perdagangan mula meningkat semasa era pemerintahan maharaja Yongle (14021424) di mana hubungan luar pada awalnya dilakukan atas dasar mencari kawasan
yang

berpotensi

untuk

dijadikan

negara

naungan

bagi

mempertingkatkan

penghantaran ufti.11 Hubungan penghataran ufti yang dijalankan adalah dengan


kerajaan-kerajaan asia seperti Annam, Champa, Cambodia, Siam, Cochin, San Fo-qi,
Java, Japan, Ryukyu, Brunei, and Korea. Kerajaan-kerajaan awal di asia ini
menghantar ufti kerana beranggapan bahawa hubungan yang baik antara kerajaan
China akan membawa keuntungan terutamanya dari aspek perdagangan. 12
Hubungan perdagangan yang dijalankan oleh maharaja Yongle amat baik di mana
terdapat 3 pusat perdagangan utama yang telah dibuka iaitu di Ningbo(Zhejiang)
untuk pedagang dari Jepun, Quanzhou (Fujian) untuk pedagang dari Taiwan dan
kepulauan Ryukyu, dan Guangzhou(Canton) untuk pedagang dari gugusan asia
tenggara.Segala aktiviti

perdagangan

akan

diuruskan

perdagangan dan perkapalan) di setiap pelabuhan.

13

oleh

Shibosi

(pejabat

Hospitaliti yang diberikan

kepada para pedagang adalah amat baik di mana mereka akan diberikan layanan
yang istimewa seperti dibawa menghadap maharaja, dibenarkan membeli dan
menjual barangan di kawasan-kawasan bandar,pelabuhan dan lain-lain.

10 Hok-Lam Chan, The "Chinese Barbarian Officials" in the Foreign Tributary Missions to
China during theMing Dynasty dalam Journal of the American Oriental Society, Vol. 88, No. 3
(Jul. - Sep., 1968),
hlm. 411-418.

11 Patricia Buckley Ebrey, The Cambridge Illustrated History of China, New York :
Cambridge University Press, 1997, hlm.209.
12 Geoff Wade, Ming China and Southeast Asia in the 15th Century: A Reappraisal, Asia
Research InstituteNational University of Singapore, (Julai 2004), hlm 5.

13 Kenneth Pletcher, Op. cit., hlm.201.

Dalam hubungan Perdagangan semasa era dinasti Ming, kain dan tembikar
merupakan barangan dagangan yang utama. Jenis-jenis kain yang didagangkan
adalah sutera, damask, baldu, satin, crepe, dan kasa. Mengikut catatan awal
Sepanyol, dinasti Ming pernah membawa sebanyak 50,000 pasang sarung kaki
menggunakan geliung(kapal buatan china), perkara ini menyebabkan aliran wang
perak yang banyak ke China terutamanya dari lombong Peruvian,Peru dan
Mexican,Mexico yang diangkut melalui Manila. Perkembangan aktiviti perdagangan
ini telah membawa kepada proses migrasi yang besar oleh para pedagang China
bagi mencari kawasan komersial yang baik antaranya Borneo dan Filipina. Selain
itu, perkembangan perdagangan turut membawa kepada pengenalan tanaman baru
sekaligus

mempertingkatkan

populasi

di

China

dan

membantu

dalam

membangunkan kawasan terbiar sebagai kawasan tanaman. Tanaman baru yang


diperkenalkan antaranya adalah kentang,jagung, dan kacang. 14
Dasar

hubungan

luar

yang

dijalankan

oleh

Maharaja

Yongle

adalah

bagi

menghalang kemaraan serta penyatuan kekuasaan Mongul dan empayar Turki,


menjalankan hubungan baik dengan negara-negara sekitarnya dan menjadikan
China sebagai kekuasaan yang unggul.15 Selepas era pemerintahan Maharaja
Yongle, era perdagangan China semakin merundum, kuasa-kuasa eropah mula maju
dan bangkit terutamanya Portugis yang mula membuka penempatan awal di Melaka
dan Utara India. Pada akhir pemerintahan dinasti Ming, dasar yang dijalankan oleh
maharaja seterusnya agak longgar dalam hubungan luar. Perkara ini disebabkan
berlaku masalah dan penglibatan dinasiti Ming dalam konflik luaran seperti perang
saudara baru Nam Viet-China (1540), Penentangan terhadap puak penentang
kerajaan yang melintasi sempadan Myanmar (1445-1446), dan konflik Korea-Jepun
bagi membantu dinasti Choson,Yi (Korea) menentang penceroboh Jepun pada
(1592-1598).16 Pada pertengahan abad ke-15 dan awal abad ke-16, dinasti Ming
14 Patricia Buckley Ebrey, Op.cit., hlm.211.
15 Kenneth Pletcher, Op. cit., hlm.202.
16 Denis Twitchett, The Cambridge History of China (Volume 8, The Ming Dynasty
1368-1644), Part 2 ), New York : Cambridge University Press, 1998, hlm.276.

telah

menjalankan

perdagangan

dasar

melalui

tutup

pintu

penutupan

dengan

menghalang

pelabuhan-pelabuhannya

segala

aktiviti

kecuali

di

Guangzhou,Canton.17
Ekspedisi maritim.
Ekspedisi maritim yang terunggul dalam sejarah empayar China adalah semasa era
pemerintahan maharaja Yongle (14021424). Maharaja Yongle mempunyai cita-cita
bagi mempertingkatkan kunggulan dinasti Ming terhadap seluruh dunia, dan
perkara ini telah menyebabkan Yongle telah mengarahkan pembinaan kapal yang
lebih besar berbanding kapal-kapal dinasti terdahulu yang bertujuan untuk
pelayaran. Kapal istimewa kapal harta karun telah dibina oleh Yongle yang
berukuran 400 kaki panjang, 160 kaki lebar, 9 tiang, 12 layar, 4 dek (cukup besar
untuk membawa 2500 tan kargo) dan dilengkapi dengan berpuluh-puluh meriam
kecil. Menemani kapal utama ini adalah beratus kapal kecil yang hanya membawa
muatan seperti air bersih, tentera, kuda, meriam, dan sesetengahnya di isi dengan
hadiah

seperti

kain

sutera,

tembikar,

tea,

dan

lain-lain

bertujuan

bagi

memperlihatkan keunggulan dinasti Ming terhadap tamadun dunia yang lain. 18


Ekspedisi penjelajahan maritim yang dilaksanakan secara besar besaran
adalah dipelopori oleh Laksamana Zheng He (1405-1433). Zheng He merupakan
seorang yang beragama islam dan lahir di wilayag Yunnan. Setelah 10 tahun
ditawan oleh tentera maharaja Ming pertama, Zheng He dihantar ke kawasan
bandar utama untuk menjalani latihan ketenteraan. Zheng He merupakan seorang
yang sangat berbakat dan bijak, perkara ini menyebabkan maharaja Yong Le
memberikan amanat kepadanya untuk menjadi ketua armada ekspedisi pelayaran
ke kawasan laut barat.19 Ekspedisi maritim pertama yang dilakukan adalah pada
(1405-1407) yang membawa 317 kapal dan 60 kapal besar kapal harta karun.
17 Kenneth Pletcher, Op. cit., hlm.203.
18 Sue Gronewald, Asian Topics in World History (The Ming Voyages) - Columbia
University Seminar Paper, 2005. hlm.3.
19 Ibid,hlm.3.

Terdapat hampir 27,870 tentera, beribu anak kapal, ahli astronomi, pembina dan
pembaiki kapal, pakar dalam hubungan diplomatik, pakar perubatan, pengkaji
hubungan luar (terutamanya islam). Ekspedisi pelayaran pertama ini berhenti di
Champa (pusat tengah Vietnam) dan Siam, kemudiannya meneruskan perjalanan
menuju ke kepulauan jawa, menyelusuri selat Melaka dan seterusnya ke Cochin dan
kerajaan Kalkuta di utara barat India. Semasa perjalanan pulang, Zheng He berjaya
membantu menghapuskan aktiviti perlanunan di sekitar Sumatera. 20
Ekspedisi ke-dua pula adalah pada (1470-1409) yang membawa 68 buah
kapal menuju ke Kalkuta yang bertujuan untuk menghadiri pertabalan raja Kalkuta
yang baru. Zheng He telah merancang ekspedisi ini tetapi tidak sepenuhnya
mengetuai armada. Pelayaran ke-tiga pula berlaku pada (1407-1409) yang
membawa bersama 48 kapal besar dan 30,000 tentera yang bertujuan bagi
melawati tempat-tempat yang sama semasa pelayaran pertama, namun pelayaran
ketiga ini turut melawati kawasan Melaka di kepulauan Melayu dan Ceylon (Sri
Langka). Pelayaran ke-empat pula berlaku pada (1413-1415) yang membawa
bersama 63 buah kapal dan 28,000 tentera diketua oleh Zheng He juga untuk
melawat tempat-tempat yang sama seperti pelayaran sebelumnnya, namun
pelayaran ini bergerak sedikit jauh sehingga ke Hormuz dan teluk Parsi. Pegerakan
ini adalah disebabkan pelayaran kali ini dapat membawa bersama penterjemah
islam iaitu Ma Huan dan semasa perjalanan, Zheng He berhenti seketika di
Sumatera untuk membantu Sultan menentang pemberontak dan membawa mereka
balik ke Nanjing untuk hukuman mati. Pelayaran ke-lima pula adalah lawatan 7
buah negara asing terhadap kerajaan Ming sebagai balasan apabila Zheng He
melawat negara mereka. Dalam pelayaran ini, Zheng He telah melakukan
penerokaan yang agak jauh iaitu pertama ke kawasan Aden di hujung laut merah,
dan bergerak menuju ke kawasan pantai timur Afrika, kemudiannya berhenti di
beberapa tempat seperti di Mogadishu dan Brawa (Somalia), dan Malindi (Kenya).
Hasil pelayaran ini telah membawa bersama utusan-utusan daripada beberapa
negara asing bagi tujuan hubungan luar. 21
20 M.Stuart Fox, A Short History of China and Southeast Asia : Tribute, Trade, and
Influence, Australia : Allen & Unwin, 2003, hlm.84.
21 M.Stuart Fox, Op.cit., hlm.85.

Pelayaran ke-enam pula berlaku pada (1421-1422) merupakan pelayaran terakhir


dibawah pemerintahan maharaja Yongle. Ekspedisi ini membawa bersama 41 kapal
yang berlayar ke kawasan yang pernah dilawati di sekitar Asia Tenggara dan India.
Tujuan pelayaran ini adalah bagi menghantar semula utusan-utusan negara asing
yang melawat kerajaan Ming semasa pelayaran ke-lima kembali ke negara mereka.
Zheng He kembali ke China kurang daripada setahun, setelah menghantar
armadanya untuk meneruskan beberapa jadual perjalanan yang berasingan,
dengan beberapa kapal akan mungkin ke selatan sejauh Sofala (Mozambique).
Pelayaran ke-tujuh merupakan pelayaran terakhir laksamana Zheng He (1431-1433)
yang dihantar oleh pengganti maharaja Yongle iaitu maharaja Xuande. Ekspedisi ini
membawa bersama lebih daripada 100 kapal besar dan hampir 27,000 tentera yang
bertujuan bagi melawati kesemua pelabuhan penting di laut cina selatan, laut India,
Aden serta Homuz. Pelayaran ini merupakan pelayaran yang paling jauh, apabila
berjaya sampai ke Jeddah yang terletak hanya beberapa ratus batu dari kota suci
Mekah dan Madinah. Semasa dalam perjalanan pulang, laksamana Zheng He mati
pada 1433 dan mayatnya disemadikan di laut walaupun tugu kuburnya diletakkan
di Nanjing,China.22

22 M.Stuart Fox, Op.cit., hlm.86.

Kesimpulan
Kesimpulannya, dinasti Ming merupakan sebuah dinasti yang unggul dalam sejarah
empayar China. Dinasti Ming berjaya membawa China ke arah keunggulan dan
membuka mata segenap ketamadunan tamadun lain terhadap dinasti Ming. Aktiviti
pelayaran yang dilakukan merupakan aspek penting dalam era pemerintahan
dinasti Ming yang diterajui oleh maharaja Yongle atas dasar-dasar pentadbiran
negara yang baik dan keterbukaan yang menyeluruh. Namun, pada pertengahan
abad ke-15 dan awal abad ke-16, hubungan luar dan perkembangan aktiviti
perdagangan telah menyebabkan banyak masalah sosial berlaku di mana maharajamaharaja Ming seterusnya bnyak mengubah dasar pemerintahan dinasti Ming.
Perkara ini telah memberi kesan yang cukup mendalam terhadap pentadbiran
kerajaan dan aktiviti pedagangan dianggap aktiviti yang hina. Dinasti Ming mula
mengalami era kejatuhan setelah berlakunya banyak penentangan dan konflik
dalaman. Namun, sumbangannya terhadap hubungan luar serta era perdagangan
yang pesat telah membawa dinasti Ming sebagai era yang unggul di mata para
ilmuan.

Rujukan
Sumber Primer
Charles O. Hucker.1958. Governmental Organization of The Ming Dynasty dalam
Harvard Journal of Asiatic Studies, Vol. 21. Harvard : Harvard-Yenching Institute.
Hok-Lam Chan.1968. The "Chinese Barbarian Officials" in the Foreign Tributary
Missions to China during theMing Dynasty dalam Journal of the American Oriental
Society. Vol. 88.No.3 (Jul.- Sep).
Sue Gronewald. 2005. Asian Topics in World History (The Ming Voyages) - Columbia
University

Seminar Paper.

China Limits European Contacts dalam An Age of Explorations and Isolation, (artikel
tanpa penulis dan penerbit)
Geoff Wade, Ming China and Southeast Asia in the 15th Century: A Reappraisal, Asia
Research
Institute National University of Singapore, (Julai 2004), hlm 5.

Sumber Sekunder
Denis Twitchett. 1998. The Cambridge History of China (Volume 8, The Ming
Dynasty 1368-

1644),

Part 2 ). New York : Cambridge University Press.

Kenneth Pletcher. 2011. Understanding China : The History of China. New York :
Britannica

Educational Publishing.

M.Stuart Fox. 2003. A Short History of China and Southeast Asia : Tribute, Trade,
and

Influence. Australia : Allen & Unwin.

Patricia Buckley Ebrey. 1997. The Cambridge

Illustrated

History of China. New

York : Cambridge University Press.


Wright, D.Curtis . 2011. The history of China, California : Greenwood Publishing.
Bilbiograf
Anthony Reid. 2000.Charting the Shape of Early Modern Southeast Asia. Singapore :
Institute of

Southeast Asian Studies.

D.C.Wright, 2011. The History of China (2nded). England : Greenwood Publication.


Geoff Wade. 1998. Chinese imperial expansion during the early Ming : two
examples, kertas dibentangkan semasa konvensyen sarjana kebangsaan pada 25
28 June 1998.
Gascoigne, Bamber. 2006. The Dynasties of China. New York : Carroll & Graff.
Schneewind, Sarah. 2006. A Tale of Two Melons: Emperor and Subject in Ming China.
Indianapolis : Hackett Publication.

You might also like