Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

TEKS PENGACARAAN PROGRAM HARI SUKAN NEGARA

Guru-guru dan murid-murid diminta mengambil tempat di dewan kerana program kita
akan bermula sebentar lagi.

Bismillah. Assalamualaikum. Yang Berusaha Tuan Haji Sohairi bin Mohd Rais, Guru
Besar SK Marang. Yang Dihormati Encik Sulong bin Ismail, Penolong Kanan
Kokurikulum ; Encik Abu Riah bin Ismail, Penolong Kanan 1; Puan Khatijah binti Awang,
Penolong Kanan Hem seterusnya barisan ahli jawatankuasa pengelola program, guruguru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapat kita berkumpul pagi ini
untuk sama-sama menjayakan program Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah
Kebangsaan Marang. Buat pengetahuan semua, Hari Sukan Negara ini bertujuan
menggalakkan dan menjadikan Malaysia sebagai negara yang mempunyai rakyat yang
sentiasa bersukan sehingga menjadi budaya hidup. Bagi menjayakan Hari Sukan
Negara ini, acara senamrobik akan diadakan sebentar lagi.
Baiklah, untuk memberkati program ini, dijemput Cikgu Ahmad Mujahid bin Salim untuk
memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
Amin. Seterusnya, nyanyian lagu Negaraku, negeri dan lagu sekolah.
Bagi meneruskan program kita, majlis menjemput Tuan Haji Sohairi bin Mohd Rais,
Guru Besar SK Marang bagi menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan program
Hari Sukan Negara peringkat sekolah. Dipersilakan.
**ucapan
Dipersilakan Encik Abu Riah bin Daing Pesauk, Penolong Kanan 1 dan Puan Khatijah
binti Awang, Penolong Kanan Hem untuk mengiringi Tuan Haji Sohairi bin Mohd Rais,
Guru Besar SK Marang bagi menyempurnakan gimik perasmian.
Terima kasih kepada Tuan Haji Sohairi bin Mohd Rais atas kesudian untuk
menyempurnakan gimik sebentar tadi.

Baiklah, kini kita tiba ke acara kemuncak pada hari ini. Diminta barisan instruktor
senamrobik, guru-guru dan murid-murid mengambil tempat masing-masing bagi acara
senamrobik.

Macam mana semua? Seronok tak? Nak lagi ke? Baiklah, program senamrobik
sempena Hari Sukan Negara kita pada hari ini sudah sampai ke penghujungnya. Cikgu
mewakili barisan ajk pengelola mengucapkan terima kasih kepada semua kerana sudi
hadir untuk sama-sama menjayakan program ini. Satu tepukan gemuruh untuk semua!
Dengan ini, semua murid boleh bersurai untuk berehat sebentar kerana selepas ini,
pada jam 10.00 pagi, latihan olahraga mengikut rumah sukan akan diadakan. Sekian,
terima kasih.

You might also like