Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

1.

0 PENGENALAN
Perkembangan merupakan satu proses yang berterusan dari peringkat lahir hingga
peringkat kematangan. Ia sering dikaitkan dengan pertumbuhan yang asasnya merupakan
perubahan fizikal tubuh badan. Perkembangan sebagai perubahan dalam corak biologi,
kognitif dan sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat percambahan sehingga
ke akhir hayat.
Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2008), kemahiran kognitif merupakan
kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami, mengingati perkaraperkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Pada pendapat saya Ia melibatkan
aktiviti mental seperti ingatan, mengkategori, merancang, menaakul, menyelesaikan
masalah, mencipta, berimaginasi dan lain-lain. Kemahiran kognitif ini penting untuk
kelangsungan hidup bagi seseorang individu.

1.1 TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET (1896-1980)


Menurut Piaget, proses pemikiran kita berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir
sehingga kita mencapai kematangan. Piaget juga telah mengenalpasti empat faktor yang
saling berkait yang boleh mempengaruhi proses pemikiran individu iaitu kematangan biologi,
interaksi individu dengan persekitaran, pengalaman sosial dan keseimbangan. Setiap
individu akan sentiasa mencuba untuk memahami dan mengadaptasi perubahan-perubahan
yang berlaku di persekitaran mereka.

1.2 TEORI PERKEMBANGAN VYGOTSKY


Menurut Vygotsky pula, perkembangan kognitif individu berlaku dalam dua peringkat iaitu,
peringkat sosial dan peringkat individu. Pada peringkat sosial, maklumat atau pengetahuan
individu diperolehi melalui interaksi individu dengan individu lain yang ada di persekitaran
seperti ibu bapa, adik beradik, guru, rakan sebaya, keluarga terdekat dan jiran. Peringkat
individu pula ialah kebolehan individu menukar maklumat dan pengetahuan yang diperolehi
daripada interaksi sosial kepada kefahaman individu. Maklumat yang diperolehi ini boleh
menukar skemata individu.

1.3 OBJEKTIF PENULISAN AKADEMIK


Objektif penulisan akademik ini adalah untuk mengaji perkembangan kanak-kanak daripada
pelbagai sudut. Selain itu, penulisan akademik ini juga bertujuan untuk memahami teori
perkembangan kanak-kanak dengan lebih jelas. Disamping itu,

dengan menjalankan

aktitivi-aktiviti perkembangan kanak-kanak saya dapat meninjau tahap perkembangan


kanak-kanak yang telah saya pilih.

2.0 TAHAP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK YANG TELAH SAYA MEMILIH


Tahap perkembangan kanak-kanak yang saya memilih ialah tahap konkrit operational iaitu
berumur 7-11 tahun. Pada masa ini kanak-kanak tersebut dapat berfikir secara logik
berkenaan peristiwa yang konkrit dan mengklasifikasi benda-benda yang berbeza warna,
ukuran, bentuk dan sebagainya.

2.1 LATAR BELAKANG KANAK-KANAK YANG DIPILIH

Nama : Sivasangari a/p Retnasamy.


Umur : 7 tahun.
Tarikh lahir: 9.8.2008
Sekolah : SJK (T) Mak Mandin Butterworth.
Anak ke berapa: Anak Tunggal
Prestasi Akademik : Sederhana

Saya telah memilih Sivasangari a/p Retnasamy iaitu tujuh tahun untuk membuat penilaian
dan pemerhatian kerja kursus ini.Saya memilih dia kerana dia seorang pemalu,penakut
semasa enam tahun.Apabila tujuh tahun penyelidik mendapati banyak perubahan pada diri
dia dan tingkah lakunya.Selain itu,Penyelidik memilih Sivasangari kerana ibunya adalah
seorang suri rumah dan sentiasa mengambil berat tentang dirinya.Ibunya selalu mengantar
Sivasangari lalu suka bertanya tentang perkembangan dia. Selain diatas faktor makanan
juga sebab utama penyelidik memilih dia.
Dia

tidak

makan

seperti

kanak-kanak

lain.dia

hanya

makan

roti,ikan

&

goreng,kokoranch,dan minum susu sahaja.dia selalu memberitahu bahawa dia sayang


ibubapanya.dan guru.Dia juga suka kawan kawan di kelas Dia tidak suka membuat kerja
kumpulan kerana kawan-kawanya membuat kerjanya lambat dan kadang-kadang
kumpulanya tidak dapat bintang yang banyak. Dia juga sentiasa memberitahu bahawa dia
nak jadi macam Vijay iaitu pelajar tahun lepas yang cemerlang dalam semua aspek. Sebab
saya memilih dia sebagai sample untuk membuat penilai kemahiran kognitif adalah untuk
mendapat tahu pemahiran kognitif yang telah berkembang dalam dirinya sendiri.

2.2 TERANGKAN CARA PENGUMPULAN DATA


Saya telah menggunakan data bagi penulisan akademik ini melalui bebebrapa cara.
Antaranya ialah pemerhatian melalui eksperimen menggunakan gelas yang berbeza
ketinggian. Selain itu, saya juga telah menggunakan keadah temubual untuk memahami
fahaman kanak-kanak tersebut keatas perbezaan antara huruf b dan d. Disamping itu, saya
juga menggunakan gambar yang berbeza bentuk dan memmintanya untuk identifikasinya.
Saya juga telah menggunakan keadah senarai semak. Senarai semak adalah senarai item
yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan murid dari segi pengetahuan,
kemahiran, sikap dan kebolehan. Senarai item yang disediakan adalah untuk menentukan
sama ada sesuatu tingkah laku atau ciri ada atau dapat diperhatikan, sesuatu perlakuan
telah dilakukan dan juga kekerapan sesuatu tingkah laku itu berlaku.

2.3 LAPORKAN HASIL PEMERHATIAN


Pertamanya, saya telah menjalankan aktiviti dengan menyedikan dua buah gelas yang
mempunyai ketinggian dan bentuk berbeza. Selepas itu saya telah mengisi air yang
mempunyai isipadu yang sama ke dalam kedua dua buah gelas dan meminta kanak-kanak
sampel untuk mengenal pasti gelas yang manakah mempunyai isipadu air yang banyak.
Selepas itu, kanak-kanak tersebut telah memilih gelas yang mempunyai ketinggian yang
kurang dan mempunyai isipadu air yang banyak. Maksudnya, kanak-kanak tersebut tidak
dapat mengenal pasti yang sebenarnya kedua-dua gelas mempunyai isipadu air yang sama
kuantitinya dan perbezaanya adalah bentuk kedua-dua buah gelas itu.
Disamping itu, saya juga telah membuat pemerhatian dimana dengan meletakkan dua helai
kertas A4 yang bercetak dengan huruf kecil b dan d dan memintanya untuk membezakan
yang mana mempunyai urutan abjad yang pertama dan seterusnya. Hasil daripada
pemerhatian saya dapat merumuskan bahawa kanak-kanak tersebut dapat mengenal pasti
yang mana mendahuluhi dan yang mana akan disusun dibelakang. Selain tu, saya juga
menjalankan satu lagi pemerhatian dimana meminta kanak-kanak tersebut untuk mengenal
pasti bentuk-bentuk asas yang dipelajari dalam matapelajaran seni. Hasilnya dengan
dibimbing oleh saya kanak-kanak tersebut dapat menyatakan bentuk-bentuk yang diberikan
dengan betul.

2.4 ULASAN DARIPADA HASIL DAPATAN


Hasil daripada dapatan yang telah saya kaji dapatlah dirumuskan bahawa kanak-kanak ini
mempunyai kemahiran kognitif yang baik yang berikutan dengan usianya. Walaupun kanakkanak ini tidak dapat menyatakan jawapan yang betul pada percubaan yang pertama dan
kedua tetapi apabila dibimbing oleh saya, dia dapat menyatakan jawapan yang betul. Saya
juga ingin menyatakan bahawa kanak-kanak ini memmerlukan lebih banyak aktiviti
perkembangan kognitif kanak-kanak untuk mempertingkatkan kemahiranya. Disamping itu,
kanak-kanak ini memerlukan perhatian yang lebih banyak daripada ibu bapanya dengan
mendidik perkara disekelilingnya.

3.0 KESIMPULAN
Melalui kerja kursus ini saya dapat meningkatkan pengetahuan tentang perkembangan
kognitif kanak-kanak. Kita sebagai guru akan memerhatikan begaimana kanak-kanak
melakukan sesuatu aktiviti atau bagaimana mereka menguruskan diri mereka sendiri.Selain
itu saya juga dapat belajar cara menyedia dan nyatakan maklumat kanak-kanak.Seterusnya
saya juga dapat belajari menggunakan instrument pemerhatihan terhadap kanakkanak.Selain itu,saya juga dapat membelajari merancang dan mengelolaaktiviti susulan dan
tindakan susulan yang sesuai bagi meningkatkan lagi perkembangan kanak-kanak.

4.0 RUJUKAN
Haliza Hamzah, Joy N. Samuel (2008). Perkembangan kanak-kanak. Kuala Lumpur:
Budiman Sdn Bhd.

Wong kiet Wah (2013). Perkembangan kanak-kanak. Kuala Lumpur : Oxford


Fajar Sdn Bhd

Mok Soon Sang. (2012). Perkembangan kanak-kanak. Selangor : Penerbitan


Multimedia

Sdn.Bhd.

Prof. Madya Dr Rohani Abdullah. ( 2003). Panduan kognitif kanak-kanak Prasekolah.


Kuala Lumpur : Percetakan Zafar Sdn. Bhd.

5.0 LAMPIRAN

Kanak-kanak di dalam gambar diatas sedang menilai di dalam gelas yang manakah
mempunyai isu padu air yang lebih.

Berikut merupakan abjad berhuruf b dan d yang digunakan untuk membuat permerhatian
terhadap kanak-kanak.

You might also like