Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 22

Laras

Bahasa
Dr Maheram Ahmad
Nur Adibah Bt Alias
Nurul Wardah Nazifah Bt Razali
Jabatan Peng. Arab & Tamadun Islam
PPPC6363 Sosiolinguistik dan Penterjemahan

Konsep Laras Bahasa


Nik Safiyah Karim (1988) menyatakan bahawa laras bahasa dapat dijelaskan sebagai gaya
dan penggunaan sesuatu bahasa. Gaya merujuk kepada kelisanan dan penulisan, manakala
penggunaan merujuk kepada penutur, pendengar, situasi, topik, dan tujuan perbincangan.
Halliday (1968) mendefinisikan laras bahasa sebagai variasi bahasa yang berbeza
berdasarkan fungsi. Menurut beliau lagi, laras bahasa berubah-ubah mengikut situasi.
Halliday mendasarkan perbezaan laras yang digunakan kepada dua faktor iaitu pengguna
dan penggunaan.

Bahasa

Pengguna

penggunaan

dialek
laras
Menurut Halliday, ukuran utama bagi sesuatu laras dapat dilihat daripada tatabahasa dan
perbendaharaan katanya. Beliau menjeniskan laras kepada tiga kategori :
a) Tajuk wacana
b) cara penyampaian wacana
c) Gaya wacana

Asmah Hj Omar (1987) memberi takrif laras : Yang dimaksudkan


dengan laras bahasa ialah ciri-ciri khusus dalam penggunaan menurut
bidang penggunaannya.
Kemunculan laras bahasa selari dengan kewujudan situasi penggunaan
bahasa. Penggunaan bahasa juga berubah mengikut konteks, bidang dan
juga peringkat sosial.
Laras bahasa merupakan satu konvensi sosial. Sesuatu laras tertentu
digunakan untuk keadaan atau situasi tertentu.Seseorang pengguna
bahasa menggunakan laras bahasa yang berbeza-beza bagi situasi yang
berlainan, mengikut kesesuaiannya.
Jumlah laras seseorang itu menggambarkan keseluruhan pengalaman
bahasanya dan peranan yang dimainkan olehnya dalam masyarakat.
Semakin besar jumlah peranannya, maka semakin besar jumlah laras
bahasa yang digunakannya.
Jadi jelaslah bahawa laras ialah cara penggunaan sesuatu bahasa dan
variasi bahasa mengikut bidang situasi seseorang penutur sewaktu
berbahasa sama ada secara lisan atau tulisan.

Ciri-ciri Laras
Laras bahasa dapat dilihat daripada dua ciri utama, iaitu :
a) Ciri-ciri keperihalan sesuatu peristiwa bahasa yang merangkumi situasi
luaran dan situasi persekitaransesuatu masyarakat bahasa.

SITUASI LUARAN

Merujuk kepada latar belakang sosial dan


kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa.
Meliputi struktur dan keseluruhan cara hidup
yang menentukan perlakuan anggota
masyarakat.
Contoh : huraian tentang laras agama
hendaklah mengambil kira bentuk lafaznya,
teknik lafaznya, dan latar belakang khalayak
yang mendengar ceramah agama berkenaan.

SITUASI PERSEKITARAN
Merujuk kepada aspek-aspek yang terlibat
secara langsung dengan penggunaan bahasa.
Empat situasi persekitaran yang ketara ialah :
1.Cara penyampaian
2.Hubungan sosial dan peribadi antara
pengguna bahasa.
3.Bahan yang diperkatakan
4.Fungsi-fungsi sosial perlakuan bahasa.

b) Ciri-ciri linguistik yang berkaitan dengan situasi dalaman teks tersebut iaitu
aspek bunyinya, aspek perkataannya, aspek frasanya, dan aspek ayatnya.

ASPEK BUNYI

Penggunaan sesuatu laras berkaitan dengan nada suara, terutama yang


melibatkan laras berbentuk lisan seperti laras agama.

ASPEK PERKATAAN

Sesuatu laras dikenali melalui kosa katanya seperti laras undang-undang,


laras ekonomi dan laras sains

ASPEK FRASA

Laras tertentu dikenali melalui ungkapan frasanya.


Contohnya, frasa pukul telur hingga naik hanya terdapat dalam laras
resipi dan frasa sajak kabur terdapat dalam laras sastera.

ASPEK AYAT

Binaan, susunan, dan panjang pendeknya ayat akan menjadikan laras


berbeza-beza.
Contohnya, ayat yang panjang selalunya terdapat dalam laras undangundang.

Laras bahasa dapat digolongkan kepada dua golongan besar, iaitu laras biasa dan laras
khusus.

Laras biasa ialah laras khusus yang digunakan untuk masyarakat umum seperti bidang
hiburan (laporan sukan, berita sukan), pengetahuan dan penerangan (syarahan, rencana),
maklumat dan pemujukan (rencana, iklan).
Tidak melibatkan bidang tertentu, mudah difahami, tiada istilah teknikal, kurang kata
pinjaman.
Gaya ayat sederhana, ringkas dan padat.
Struktur ayat mudah, contohnya: Di larang memijak rumput.
Laras bahasa biasa terbahagi kepada formal dan tak formal.

Laras Bahasa Biasa


Formal/Rasmi

TakFormal

Berlakuprosespenggugurandalamayat-ayatyang
Digunakandalammajlisrasmi,suratkiriman
diucapkansamaadapengguguransubjek,predikat,
dansebagainya.
objek.

Laras khusus pula merujuk kepada kegunaan untuk khalayak khusus seperti ahli-ahli
atau peminat dalam bidang tertentu dan pelajar-pelajar (rencana, laporan, buku).
Pembeza utama yang membezakan antara laras biasa dengan laras khusus ialah:
kosa kata
tatabahasa
gaya
Perbezaan antara laras bahasa biasa dan laras bahasa khusus :
Golongan laras

Bidang

Biasa

Hiburan
Pengetahuan
Maklumat
Upacara/.Majlis

Khusus

Doa-khutbah
Teknikal
Ilmiah

Situasi

Contoh Bahan

Khalayak Umum

Berita, laporan. iklan, surat


peribadi
Ucapan syarahan
Acara majlis umum
Doa, khutbah

Khalayak khusus

Acara majlis rasmi


Rencana, ekonomi, undangundang, fizik, kimia, dan lainlain.
Tesis, rencana matematik,
biologi, Fizik, Kimiz, Lukisan
Kejuruteraan dan sebagainya.

Jenis-jenis Laras Bahasa


Berserta Contoh

Laras Biasa

Laras ini merupakan penggunaan bahasa yang tidak membabitkan sebarang


bidang ilmu atau konteks khusus. Ia biasanya digunakan dalam perbualan
seharian. Oleh itu, laras biasa tidak mengandungi istilah atau pola yang khusus.
Contoh : HaiMat!Nakkemanatu?Taksinggahdulu?

Laras bahasa biasa terbahagi kepada dua :


i-Laras bahasa biasa formal digunakan dalam situasi rasmi sahaja
Contoh: Laras untuk majlis akad nikah. Laras sewaktu majlis pertunangan.
ii- Laras bahasa biasa tidak formal menggunakan ciri-ciri bahasa basahan
Contoh: Bahasa di pasaran harian Bahasa sewaktu membeli barang di geraigerai - Cakap-cakap mulut sahaja disebabkan keperluan untuk
berkomunikasi - Kadangkala bahasa dicampuradukkan dengan bahasa
penutur yang berlainan ras dan tempat - Adakala digunakan dalam
komunikasi dalam kalangan kaum berbeza

Laras Bahasa Istana

Mempunyai peraturan nahu dan bunyi bahasa Melayu


Terdapat ciri-ciri pengulangan
Ciri pemulukan dan ciri pendinaan.
Kerap berlaku penambahan yang jelas menandai bahasa Istana
Mempunyai kosa kata dan ungkapan yang dibahagikan kepada
rutin bahasa dan perbendaharaan leksis (konotasi &denotasi)
Sebutan diri dalam laras bahasa Istana dibahagikan kepada dua
jenis iaitu ganti nama diri dan kekeluargaan

Contoh : ampun tuanku, bersemayam, bertitah, anakanda,


mencemar duli, berkirim sembah, derma kurnia

Laras Bahasa Rencana

bahasa yang mudah,ringkas

digunakan menyampaikan kepelbagaian idea tentang sesuatu isu


mudah difahami
gaya bahasa penulisan menarik yang menjurus kepada tajuk rencana
bersifat melaporkan sesuatu kepada pembaca secara umum ataupun secara
terperinci
Perkara utama dalam penulis berita ialah Judul. Imej atau berita yang terkandung
dalam judul menjadi penarik utama.

Contoh : Oleh kerana baru dilancarkan, kejayaan model terbaru Proton,


Proton Satria GTi masih belum dapat diukur. Pelbagai aspek seperti
pilihan pembeli, faktor reka bentuk, kemudahan mendapatkan alat ganti
dan ketahanannya perlu diambil kira. Model terbaru ini pastinya
berhadapan dengan pelbagai rintangan sebelum model ini
berkemampuan untuk menguasai pasaran dalam dan luar negara.

Laras Bahasa Perniagaan/ iklan


Biasanya digunakan dalam dunia korporat, khususnya bidang
perusahaan, perindustrian, perakaunan, perbankan, perniagaan dan
perdagangan.
Contoh: BankSimpananNasional(BSN)mencatatkanprestasidiluar
jangkaanapabilamengautkeuntungansebelumcukaibagi
setengahtahunpertama,lebihRM70jutadanmengatasi
keuntungansebanyakRM47.754jutabagitahunlalu

Laras jenis ini kebiasaanya digunakan untuk mengiklankan jenama barangan yang
ingin dijual. Gaya bahasa yang digunakan biasanya memujuk pendengar supaya
membeli barangan menerusi cara penyampaian yang menarik sekali.
Ayat yang digunakan pendek-pendek dan tidak gramatis.
Mempengaruhi penguna untuk membentuk tanggapan tertentu , atau mengubah sikap
dan melakukan tindakan.
Digunakan dalam iklan, tender, laporan dan sebagainya , disokong pula oleh gambar,
lukisan, grafik, ilustrasi dan sebagainya.

Iklan dapat dihasilkan dengan beberapa cara seperti berikut:


(a)Slogan:KamiAdaCara
(b)KaedahPernyataan:RumahUntukDijual/Disewa
(c)PerkaitanKonsep:ArtisXdenganTilamJenamaY
(D)Perisytiharan:WajadenganAksesoriLengkap
(e)KaedahUmpan:BeliSatu,PercumaSatu
(f)Mesra:KeutamaanKamiAdalahPelanggan.
(g)Bandingan:BateriXLebihBerkuasadanTahanLama
(h)Gesaan:Cepat!Cepat!DatanglahBeramai-ramai
(i)Pertanyaan:SakitPinggang?SapulahDenganMinyakAnginZ.

Laras Bahasa Undang-Undang


banyak menggunakan istilah teknikal.
Teks berkaitan dengan perundangan dan mengandungi prinsip undangundang dan berbentuk akta terbahagi kepada bahagian dan seksyen
Penggunaan istilah-istilah khusus undang-undang dan banyak mengunakan
istilah yang dipinjam dalam bahasa Inggeris
Makna kosa yang digunakan berdasarkan interpretasi
Tidak mementingkan struktur ayat tetapi sangat mementingkan kejelasan
Bersifat objektif, terperinci, tepat dan padat
Penggunaan ayat majmuk
Contoh : Defendanmembantahpadaawalprosidingkeranatidakbersetuju
dengancadanganplaintifuntukmengemukakansaksi-saksiyangdikatakan
tidakrelevandenganperbicaraanberkenaan.

Laras Bahasa Akademik

Laras akademik boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian berdasarkan bidang ilmu
yang diperkatakan. Antaranya larassains,larasekonomi,larassastera dan
sebagainya. Laras ini kemudiannya terbahagi pula kepada beberapa sub-bidang yang
terdapat dalam sesuatu bidang akademik. Misalnya, dalam bidang sains, terdapat laras
kimia,biologidanfizik.

Dalam bidang akademik, laras yang digunakan mudah dikesan dengan kehadiran
istilah-istilah teknikal dan khusus yang berkaitan dengan bidang berkenaan.
Contoh dalam bidang ekonomi : Perubahandalampolagunatenagamerupakan
gejalayangumumdalamprosespembangunanekonomi.Lebihanburuhdaripada
sektorpertanianyangmempunyaidayapengeluaranmarginalyangrendahsemakin
ramaidiserapkedalamsektorindustriyangmempunyaidayapengeluaranyang
tinggi.
Contoh laras sains dalam bidang biologi : Sel-selkelenjarkolonmerembeskan
mukusyangberfungsidalammelicinkanpergerakankandungankolonkearahrektum.
Tidakterdapatenzimyangdirembeskandibahagiankolon.Cecairyangdirembeskan
bersifatalkali.
Contoh laras bahasa sains dalam bidang fizik: sferometerialahsejenisalatyang
digunakanuntukmendapatkanjejarikelengkungpermukaanyangberbentuksfera
sepertipermukaankantadancerminyangmelengkung.

Laras Bahasa Sains dan Teknologi


Menggunakan istilah-istilah khusus.
Laras bahasa ilmiah dan bersifat formal dan tidak menggunakan
bahasa basahan
Bersifat intelektual, saintifik, formal dan objektif
Maklumat yang diberi berdasarkan kepada kajian dan fakta
Mementingkan kejelasan dan ketepatan fakta
Banyak menggunakan istilah sain dan teknikal
Penggunaan istilah-istilah pinjaman terutama daripada bahasa Inggeris
Lebih banyak penggunaan kata nama dan ragam ayat pasif
Contoh : Ada juga bukti-bukti yang menyatakan bahawa tumbuhtumbuhan menyerap dari tanah bahan-bahan bernitrogen yang larut
seperti urea, asid-asid amino dan lain-lain yang disebut auksimon.

Laras bahasa Media

Laras media massa kurang mementingkan gaya atau nahu, khususnya penggunaan imbuhan dan
kata hubung.
Berita sebagai satu wacana mempunyai struktur teks yang tersendiri, lain daripada struktur teks
cereka, dan lain pula daripada struktur teks esei dan karya ilmiah.
Wartawan atau pengarang akhbar menggunakan bahasa untuk menjelaskan sesuatu menurut cara
yang paling mudah diterima sesuai dengan selera sebilangan besar pembaca akhbar.
Tiga ciri penting yang harus ada dalam berita akhbar yang baik ialah:
Pertama - bahasa yang digunakan mudah.
Kedua - gaya tulisan yang jelas dan
Ketiga - isi tulisan mestilah tepat.
Oleh sebab akhbar diterbitkan untuk orang ramai, maka bahasa akhbar haruslah sesuai dengan
bahasa kegunaan orang ramai.
Bahasa yang digunakan bersahaja dan bersifat melaporkan sesuatu peristiwa yang berlaku.
Bahasanya juga ringkas dan mengandungi berita yang maksimum untuk dipaparkan kepada
pembaca dan penonton
Contoh : PerakmenjuaraikejohananbolasepakPialaMalaysia1998selepasmenewaskan
Terengganudenganjaringantipis1-0diStadiumNasionalmalamtadi.
Ayat yang panjang, mengandungi beberapa klausa, menggunakan petikan, metafora, kiasan,
istilah teknik, dan sebagainya haruslah dielakkan.

Laras Ekonomi

Laras ekonomi berbentuk ilmiah.


menggunakan istilah-istilah teknikal
tidak mementingkan struktur ayat,bersifat formal
mementingkan susunan maklumat yang disampaikan dengan jelas dan
eksplisit.
Setiap data dapat dihuraikan berdasarkan bukti dalam bentuk data dan
statistik.

Contoh: Jumlah dagangan negara melonjak ke tahap yang tertinggi sebanyak


RM 880.37 bilion pada tahun 2004, didorong oleh sektor eksport yang turut
merekodkan nilai terbesar dalam sejarah ekonomi negara.

Laras Bahasa Sastera/ Klasik


Memperlihatkan gaya bahasa yang menarik dan kreatif.
Bahasanya boleh dalam bentuk naratif, dramatik dan puitis.
Beberapa ciri bahasa sastera:
a kreatif dan imaginatif
b. mementingkan penyusunan, pengulangan, pemilihan kata
c. puitis dan hidup,: monolog, dialog, bunga-bunga bahasa dan
sebagainya.
d. menggunakan bahasa tersirat: perlambangan, kiasan, perbandingan,
peribahasa, metafora, simile, personifikasi, ilusi, ambiguiti dan
sebagainya.
e. terdapat penyimpangan makna daripada pengucapan bahasa biasa.
f. menggunakan bahasa hiasan
Contoh novel:PerkarangantempatmenunggudiUnitKecemasanHospitalUniversiti
KebangsaanMalaysiakelihatanlengang.SyafiqahdanFahmiyangsudahhampir15minittiba
setelahmenerimaberitakemalanganyangmelibatkanAbu,sekadarmenyepikandiridideretan
bangku-bangkukosongyangterdapatdisitu.Airmatamerekasudahlamakering.Penantian
merekabagaikantiadajawapan..

Laras Bahasa Agama

Mengandungi istilah agama daripada bahasa Arab


Struktur ayatnya banyak dipengaruhi struktur bahasa Arab
Diselitkan dengan petikan daripada al-Quran dan hadis.
Terdapat unsur bahasa klasik terutama pada kosa katanya.
Terdapat istilah agama yang khusus bagi sesuatu agama.
Banyak mengandungi bentuk cerita, kias dan ibarat.

. Contoh: SyurgadalambahasaArabdisebutsebagai''al-jannah''yang
bermaksdusebuahtamanyangindah,penuhdenganpelbagainikmatdan
keselesaan....
. Contoh (doa) : WahaiTuhankami,kamimemintadaripadaEngkau
kesejahteraandalamagama,kesihatantubuhbadan,keberkatanrezeki,
keampunansebelummati,rahmatpadakalamati,dankeampunanselepasmati.
WahaiTuhankami,senangkanlahkamiwaktumenghadapikematiandan
lepaskankamidarinerakadananugerahikamikemaafanpadawaktuperkiraan.

Laras Bahasa Sukan

Berkaitan dengan aktiviti-aktiviti dan kegiatan sukan.


Bahasa yang ringkas dan bersahaja
Menggunakan istilah sukan
Contoh :Sistemligamerupakansatu-satunyaformat
pertandinganyangpalingdigemariolehpihakpenganjurdan
parapesertadalampermainansukanberpasukan.Dalam
sisteminisetiappasukanakanbertemuseberapabanyak
yangmungkindenganpasukanyanglainbergantungkepada
bilanganahlikumpulanmasing-masing.

Laras Bahasa Kanak-kanak

Kosa katanya terdiri daripada kata akar, kata nama konkrit, kata kerja, dan kata
adjektif.
Bilangan atau jumlah kosa katanya kurang berbanding dengan kosa kata orang
dewasa.
Bilangan imbuhan yang digunakan agak terhad, malah imbuhan yang digunakan
untuk membentuk kata abstrak tidak terdapat dalam laras ini.
Struktur ayat yang banyak digunakan ialah struktur ayat aktif bentuk tunggal.
Bahasa perlambangan tidak digunakan, begitu juga bentuk-bentuk bunga bahasa.

Contoh:
Sebelum tidur, nenek menghidangkan susu panas.
Kamu berdua mahu dengar cerita tak? Nenek ada suatu cerita bagus, kata
nenek Kiti.
Cerita apa, nenek? tanya Kiti.
Kamu pernah dengar cerita Semut dan Belalang? tanya nenek pula.
Tidak pernah, jawab Kiti dan Bani.

KEPENTINGAN PENGGUNAAN LARAS YANG


BERBEZA-BEZA

Menyampaikan maklumat yang tepat dan jelas


Mencerminkan latar belakang penutur
Memupuk nilai penyesuaian diri dengan persekitaran
Gambaran situasi perlakuan sosial

You might also like