Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 16

Draf DSP Sejarah Tingkatan 3

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI


SEJARAH
TINGKATAN 3
STANDARD PRESTASI
MATEMATIK TAHUN 1

DSP Sejarah Tingkatan 3


25 Jun 2013/ Sri Petaling

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara."

DSP Sejarah Tingkatan 3


25 Jun 2013/ Sri Petaling

PENDAHULUAN
Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Sejarah Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai panduan
untuk guru menambah baik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.

Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid mengetahui dan menguasai
perkara yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian sebagaimana yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.

Dokumen ini diharapkan dapat memberikan maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang menekankan pembinaan modal insan yang berteraskan pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

DSP Sejarah Tingkatan 3


25 Jun 2013/ Sri Petaling

TAFSIRAN
o

Band ialah label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki bagi tujuan pelaporan
individu.

Standard ialah pernyataan tentang sesuatu domain yang merujuk tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberikan
gambaran holistik tentang individu.

Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur merujuk standard dan
menunjukkan kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu
terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan secara menegak (band).
Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih petunjuk prestasi menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul
untuk menggambarkan penguasaan hasil pembelajaran.

Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan perkara yang diketahui dan dikuasai oleh murid berdasarkan standard yang
dapat ditaksir dan dicapai.

Evidens :

Murid

Instrumen

Pernyataan yang menerangkan cara-cara murid melaksanakan perkara yang diketahui dan dikuasai
berdasarkan deskriptor.
Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan
dalam bentuk produk atau proses seperti penulisan, laporan, foto, grafik, artifak, dan lain-lain.

Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian
bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali dan lain-lain .

DSP Sejarah Tingkatan 3


25 Jun 2013/ Sri Petaling

KERANGKA STANDARD PRESTASI


BAND

STANDARD

Tahu

Tahu dan Faham

Tahu, Faham dan Boleh Buat

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali

DSP Sejarah Tingkatan 3


25 Jun 2013/ Sri Petaling

TAFSIRAN BAND
BAND

PERNYATAAN BAND

TAFSIRAN

TAHU

Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau
memberikan respons kepada perkara yang asas.

TAHU DAN FAHAM

Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau


menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.

TAHU, FAHAM DAN BOLEH


BUAT

Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu


kemahiran dalam satu-satu situasi.

TAHU, FAHAM DAN BOLEH


BUAT DENGAN BERADAB

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu


mengikut prosedur atau secara sistematik.

TAHU, FAHAM DAN BOLEH


BUAT DENGAN BERADAB
TERPUJI

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dalam situasi baru, dengan


mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap
positif.

TAHU, FAHAM DAN BOLEH


BUAT DENGAN BERADAB
MITHALI

Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai


keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta
cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk
mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang
sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.

DSP Sejarah Tingkatan 3


25 Jun 2013/ Sri Petaling

MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN SEJARAH


Pendidikan Sejarah bertujuan untuk memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara
Malaysia dan warga dunia. Melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanah air dan sejarah negara luar yang berkaitan,
para pelajar dapat memahami keadaan masyarakat dan negara serta hubungannya dengan sejarah dunia. Usaha ini bertujuan
mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan bangsa dan negara Malaysia. Pendidikan Sejarah juga dapat mewujudkan
ingatan bersama terhadap Sejarah sebagai rangka rujukan kesedaran kebangsaan dan persefahaman antarabangsa.

OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN SEJARAH


Kurikulum Pendidikan Sejarah membolehkan murid:
OM 1 Menyatakan kepentingan Mata Pelajaran Sejarah sebagai satu disiplin ilmu dan mengamalkannya sebagai pendidikan
sepanjang hayat serta mampu berdikari.
OM 2 Menjelaskan perkembangan masyarakat dan negara dari segi politik, ekonomi dan sosial.
OM 3 Menghuraikan ciri-ciri kemasyarakatan dan kebudayaan Malaysia serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
OM 4 Menghargai usaha dan sumbangan tokoh-tokoh yang memperjuangkan kedaulatan, kemerdekaan dan pembangunan
negara dan mempertahankan maruah bangsa.
OM 5 Memiliki semangat patriotik dan melibatkan diri dalam usaha mempertahankan kedaulatan, pembangunan dan kemajuan negara.
OM 6 Menjelaskan kedudukan Malaysia sebagai sebahagian daripada peradaban dunia dan sumbangannya di peringkat
antarabangsa.
OM 7 Mengambil iktibar daripada pengalaman sejarah untuk mempertingkatkan daya pemikiran dan kematangan.
OM 8 Mengamalkan nilai-nilai murni.
OM 9 Menganalisis, merumus dan menilai fakta-fakta sejarah Malaysia dan dunia luar secara rasional.

DSP Sejarah Tingkatan 3


25 Jun 2013/ Sri Petaling

BAND

PERNYATAAN STANDARD

Mengetahui fakta sejarah, kemahiran pemikiran sejarah dan unsur patriotisme.

Memahami fakta sejarah, kemahiran pemikiran sejarah dan unsur patriotisme.

Menerangkan fakta sejarah serta mengaplikasi kemahiran pemikiran sejarah dan mengamalkan unsur
patriotisme .

Menghuraikan fakta sejarah dan mahir mengaplikasi kemahiran pemikiran sejarah serta sentiasa
mengamalkan unsur patriotisme.

Menghubungkait sejarah negara dengan sejarah dunia, mengamalkan unsur patriotisme secara berterusan
serta mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah.

Menjana idea secara rasional dan menjadi warganegara yang cinta akan negara serta berbangga sebagai
warganegara Malaysia dan warga dunia.

DSP Sejarah Tingkatan 3


25 Jun 2013/ Sri Petaling

BAND
1
TAHU

PERNYATAAN
STANDARD
B1
Mengetahui fakta sejarah,
kemahiran pemikiran
sejarah dan unsur
patriotisme

DESKRIPTOR
B1D1
Mengetahui perjuangan
rakyat ke arah
kemerdekaan tanah air

EVIDENS
Bab 1
B1D1E1
Menyatakan faktor perluasan kuasa Jepun
Bab 1
B1D1E2
Menamakan tokoh tempatan yang berjuang menentang
pendudukan Jepun (UP)
Bab 2
B1D1E3
Menyenaraikan tokoh yang terlibat dalam penentangan terhadap
Malayan Union (UP)
Bab 3
B1D1E4
Menyatakan sebab orang Melayu menolak fahaman komunis
Bab 4
B1D1E5
Menyenaraikan usaha membentuk kerjasama kaum ke arah
berkerajaan sendiri
Bab 5
B1D1E6
Memerihalkan Rombongan Merdeka 1956

DSP Sejarah Tingkatan 3


25 Jun 2013/ Sri Petaling

BAND

PERNYATAAN
STANDARD

DESKRIPTOR

EVIDENS
Bab 6
B1D1E7
Menamakan pemimpin tempatan yang menentang penjajahan
British di Sarawak (UP)

B1D2
Mengetahui pembentukan
Persekutuan Malaysia
2
TAHU DAN
FAHAM

B2
Memahami fakta sejarah,
kemahiran pemikiran
sejarah dan unsur
patriotisme

B2D1
Memahami perjuangan
rakyat ke arah
kemerdekaan tanah air

Bab 7
B1D2E1
Menyenaraikan tokoh tempatan yang terlibat dalam pembentukan
Persekutuan Malaysia (UP)
Bab 1
B2D1E1
Menjelaskan gerakan anti-Jepun di negara kita
Bab 2
B2D1E2
Menjelaskan penubuhan UMNO
Bab 3
B2D1E3
Menjelaskan keganasan komunis di negara kita pada Zaman
Darurat
Bab 4
B2D1E4
Menjelaskan pembentukan Parti Perikatan secara kronologi (KPS)
Bab 5
B2D1E5
Menjelaskan usaha mendapatkan kemerdekaan negara secara
kronologi (KPS)

DSP Sejarah Tingkatan 3


25 Jun 2013/ Sri Petaling

10

BAND

PERNYATAAN
STANDARD

DESKRIPTOR

EVIDENS
Bab 6
B2D1E6
Menjelaskan faktor penyerahan Sarawak dan Sabah kepada
British

B2D2
Memahami pembentukan
Persekutuan Malaysia

Bab 7
B2D2E1
Menjelaskan matlamat pembentukan Persekutuan Malaysia
Bab 7
B2D2E2
Menjelaskan reaksi negara luar terhadap pembentukan
Persekutuan Malaysia

DSP Sejarah Tingkatan 3


25 Jun 2013/ Sri Petaling

11

BAND
3
TAHU,
FAHAM DAN
BOLEH
BUAT

PERNYATAAN
STANDARD
B3
Menerangkan fakta
sejarah serta
mengaplikasi kemahiran
pemikiran sejarah dan
mengamalkan unsur
patriotisme

DESKRIPTOR
B3D1
Menerangkan perjuangan
rakyat ke arah
kemerdekaan tanah air

EVIDENS
Bab 1
B3D1E1
Menerangkan dasar pemerintahan Jepun di negara kita dalam
aspek politik, ekonomi dan sosial
Bab 3
B3D1E2
Menerangkan kesan Zaman Darurat dalam aspek politik, ekonomi
dan sosial
Bab 4
B3D1E3
Menerangkan Sistem Ahli
Bab 5
B3D1E4
Menerangkan penyediaan Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu 1957 (Perlembagaan Merdeka)
Bab 6
B3D1E5
Menerangkan gerakan antipenyerahan di Sarawak

B3D2
Menerangkan
pembentukan Persekutuan
Malaysia

Bab 7
B3D2E1
Menerangkan langkah ke arah pembentukan Persekutuan
Malaysia secara kronologi (KPS)
B3D2E2
Mengamalkan ciri-ciri warganegara yang patriotik (UP)

DSP Sejarah Tingkatan 3


25 Jun 2013/ Sri Petaling

12

BAND
4
TAHU,
FAHAM DAN
BOLEH
BUAT
DENGAN
BERADAB

PERNYATAAN
STANDARD
B4
Menghuraikan fakta
sejarah dan mahir
mengaplikasi kemahiran
pemikiran sejarah serta
sentiasa mengamalkan
unsur patriotisme

DESKRIPTOR
B4D1
Menganalisis perjuangan
rakyat ke arah
kemerdekaan tanah air

EVIDENS
Bab 1
B4D1E1
Menganalisis reaksi penduduk semasa pemerintahan Jepun di
negara kita (KPS/UP)
Bab 1
B4D1E2
Menganalisis faktor kejayaan Jepun mengalahkan British di
negara kita (KPS)
Bab 2
B4D1E3
Menganalisis penentangan terhadap Malayan Union dalam aspek
faktor, cara dan kesan
Bab 2
B4D1E4
Menganalisis Persekutuan Tanah Melayu 1948 dalam aspek
faktor penubuhan, ciri dan kesan
Bab 3
B4D1E5
Menganalisis langkah kerajaan membanteras ancaman komunis
semasa Zaman Darurat
Bab 4
B4D1E6
Menganalisis pelaksanaan pilihan raya ke arah berkerajaan
sendiri
Bab 5
B4D1E7
Menganalisis peristiwa Pemasyhuran Kemerdekaan 1957

DSP Sejarah Tingkatan 3


25 Jun 2013/ Sri Petaling

13

BAND

PERNYATAAN
STANDARD

DESKRIPTOR

EVIDENS
Bab 6
B4D1E8
Menganalisis langkah berkerajaan sendiri di Sarawak dan Sabah

B4D2
Menganalisis
pembentukan Persekutuan
Malaysia

Bab 7
B4D2E1
Menganalisis reaksi negeri yang terlibat dalam pembentukan
Persekutuan Malaysia
B4D2E2
Selalu mengamalkan ciri-ciri warganegara yang patriotik (UP)

DSP Sejarah Tingkatan 3


25 Jun 2013/ Sri Petaling

14

BAND
5
TAHU,
FAHAM DAN
BOLEH
BUAT
DENGAN
BERADAB
TERPUJI

PERNYATAAN
STANDARD
B5
Menghubungkait sejarah
negara dengan sejarah
dunia, mengamalkan
unsur patriotisme secara
berterusan serta
mengambil iktibar
daripada peristiwa sejarah

DESKRIPTOR
B5D1
Boleh menghubungkait
perkembangan sejarah
negara dengan dunia serta
mengambil iktibar

EVIDENS
Bab 1
B5D1E1
Menilai kesan pendudukan Jepun di negara kita dalam aspek
politik, ekonomi dan sosial
Bab 4
B5D1E2
Menilai usaha membentuk perpaduan kaum ke arah kemerdekaan
Bab 7
B5D1E3
Menilai tindakan pemimpin negara dalam menghadapi cabaran
pembentukan Persekutuan Malaysia
B5D1E4
Mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah demi
mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara
B5D1E5
Sentiasa mengamalkan ciri-ciri warganegara yang patriotik (UP)

DSP Sejarah Tingkatan 3


25 Jun 2013/ Sri Petaling

15

PERNYATAAN
STANDARD

BAND
6
TAHU,
FAHAM DAN
BOLEH
BUAT
DENGAN
BERADAB
MITHALI

B6
Menjana idea secara
rasional dan menjadi
warganegara yang cinta
akan negara serta
berbangga sebagai
warganegara Malaysia
dan warga dunia

DESKRIPTOR
B6D1
Menjana idea untuk
kesejahteraan negara dan
menjadi warganegara
yang patriotik serta warga
dunia yang
bertanggungjawab

EVIDENS
B6D1E1
Menjana idea secara rasional untuk kemajuan dan kemakmuran
negara serta dunia (KPS, UP)
B6D1E2
Menjadi contoh dalam pengamalan unsur patriotisme (UP):
Berbangga sebagai rakyat Malaysia
Bersemangat setia negara
Bersemangat kekitaan
Berdisiplin
Berusaha dan produktif

Nota :
UP

Unsur Patriotisme

DSP Sejarah Tingkatan 3


25 Jun 2013/ Sri Petaling

16

You might also like