Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Saya sendiri akan bela nasib pelajar lapar - Idris Jusoh

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/112939
BESUT: Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh memberi jaminan akan
memastikan nasib pelajar di universiti awam yang mempunyai masalah kewangan
hingga menyebabkan mereka kelaparan akan terbela. Beliau juga pada masa sama
telah mengeluarkan arahan kepada pihak pentadbiran universiti termasuk Pejabat
Timbalan Naib Canselor (TNC) dan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) mengenal
pasti setiap pelajar yang menghadapi masalah kewangan dan melaporkan segera
kepada beliau dan pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). "Saya sendiri bagi
komitmen akan memastikan jika ada pelajar yang lapar saya sendiri pastikan
mereka tidak akan berlapar lagi. "KPT juga sudah keluarkan arahan jika ada pelajarpelajar yang lapar dan tidak dapat makan sila buat aduan kepada KPT dan pihak
universiti, Insya-Allah nasib setiap seorang akan terbela," katanya. Beliau berkata
demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan dan perasmian Makmal
Sains NBOS-PILS KPT kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Mahmud
2, dekat sini hari ini. Turut hadir, Ketua Setiausaha KPT, Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang,
Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, Datuk Prof Dr Asma Ismail, Pengarah
Pendidikan Terengganu, Shafruddin Ali Hussin dan Pengetua SMK Tengku Mahmud 2,
Che Zainon Che Salleh. Idris yang juga Ahli Parlimen Besut mengambil maklum isu
pelajar terpaksa mengikat perut di universiti akibat masalah kewangan berikutan
kos sara hidup yang tinggi adalah isu yang besar dan kini isu berkenaan menjadi
viral di laman media sosial Facebook. Bagaimanapun katanya, isu berkenaan tidak
wajar diperbesarkan di media massa memandangkan pihak KPT dan universiti
sentiasa mengutamakan kebajikan pelajar dan telah melakukan pelbagai inisiaif
bagi membantu dan membela nasib pelajar yang terlibat. Beliau juga sekali lagi
menegaskan terdapat pelbagai bentuk pembiayaan yang disediakan bagi
membantu kewangan para pelajar seperti Tabung Pendidikan Pengajian Tinggi
Nasional (PTPTN), kad siswa, zakat, tabung kebajikan dan wakaf. "Peluang pekerjaan
dalam kampus turut diwujudkan dengan kadar RM3 hingga RM10 sejam seperti
menjadi tutor atau bekerja di kafe. Jadi saya harap tidak ada pihak yang
memanipulasi isu ini," katanya. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/112939

You might also like